“Pia…kau okey
tak ni?” soal Harlina, setelah beberapa ketika kereta Vios itu bergerak
meninggalkan perkarangan Hotel.
Sofea hanya
diam, tidak bersuara. Hati, masih ada macam-macam rasa. Dah gaya role coster! Yang
paling tinggi dalam carta, rasa bersalah, malu dan marah pada diri sendiri.
Perlahan, jari
jemarinya dipicit kuat-kuat sesama sendiri. Tapi..Ah, kuat mana pun dia
picit..sakit mana pun rasanya…mesti tak sesakit hati Umar waktu ini pada dia
kan? Heh, tak gunalah Pia oii. Lain kali, fikir dulu sebelum cakap! Bibirnya kemudian diketap diiringi helaan nafas panjang.
Berdosanya kau
Pia! Kenapa sampai macam tu sekali reaksi kau walhal awal-awal lagi di dah
mengaku yang dia maafkan kau? Kalau setakat ditegur pasal solekan, apa
sangatlah yang nak dianginkan? Tak cukup dengan tu, siap up lagi pasal Naim
yang sah-sah hampas punya orang sebab sanggup tunang diam-diam lepas tu mengaku
masih sayangkan kau tapi dalam masa yang sama tegar tinggalkan kau dekat tepi
jalan. Lelaki macam tu yang kau kata faham kau sangat-sangat?
Oh..sedihnya kau
Pia. Buta hati rupanya!
“Pia…kau okey
tak ni? Jangan buat aku risau Pia…” tegur Harlina lagi sambil tepuk perlahan
lengan Sofea disisnya.
Sofea tarik senyum
dalam paksa sebelum angguk perlahan.
“Umar…dia…marah
kau kaw-kaw ke tadi Pia?” soal Harlina lambat-lambat.
“Tak…aku yang
marah dia…”. Balas Sofea perlahan. Kepala tunduk memandang ke arah jari jemari
yang masih dipicit sama sendiri.
“Kau marah dia?
Kenapa pula kau yang marah dia?”soal Harlina, sarkastik.
“Hmmm..itulah
yang aku tak faham Lina. Aku betul-betul tak faham..kenapa aku buat macam tu,”
balas Sofea dengan nada suara bergetar. Mata dah mula berkaca.
Kali ini,
Harlina pula yang mengeluh. Hailah Pia, dari dulu sampai sekarang memang
anginnya susah betul hendak dikawal. Aci lepas je tak kira pada siapa. Mujurlah
sewaktu dia ada hubungan dengan naim dulu, mereka duduk berjauhan. Seorang di Malaysia, seorang lagi
di US. Kalau tidak, mesti bernanah telinganya hari-hari mendengar bebelan Sofea. Tapi itu dulu.
Jodohnya dengan Naim pun, taka da. Sudah tertulis, Umar orangnya. Dan sekarang, Umar pula
jadi mangsa? Gawat si Pia ni.
Sesekali
pandangan di arahkan ke sisi, sekadar melihat reaksi sugul Sofea yang seakan
sedang memarahi diri sendiri.
“Kau dah minta
maaf pada dia ke belum lepas kau termarah dia tadi?” soal Harlina lagi. Gitu je
cara paling sesuai nak bersoal jawab dengan orang yang ada angin monsun macam
budak Pia ni. Anggap yang dia tak sengaja buat macam tu. Bila dia dah mengaku, tiaw lah balik.
Sofea geleng
kepala.
“Kenapa tak
minta maaf Pia oii. Tindakan kau untuk datang ke majlis tadi, dah sah-sah
salah. Dan aku, sebagai kawan pun sama ‘ngek’ macam kau…pi sokong kau datang
sekali.Hmmmm….”.
“Umar dah
maafkan aku pasal tu…sebelum aku sempat minta maaf dari dia…”.
Mata Harlina
membulat. Serius? Bagusnya mamat lesung batu tu!
“Dah tu, yang
kau boleh U turn balik ke hotel ni kenapanya? Boleh pula Umar terus naik motor
, blah macam tu je. Nasib baik aku tak balik lagi tau!”.
“Aku tak sengaja
la LIna. Aku tak sengaja cakap…yang Naim tu lagi faham aku dari dia”
Gulppp!! Harlina
hilang suara. Laju saja tangannya tepuk dahi. Sambil membebel tanpa butir
bicara, dia geleng kepala.
“Kau ni
Pia..adoyaiii. Kenapalah kau suka create
scene? Umar tu dah cukup baik maafkan kau sebelum kau mintak maaf, kau
carik pasal lagi sebut mamat hampeh tu buat apa?”.
“Dah tu…dia yang
bakar-bakar aku. Kutuk mekap aku. Kata
aku buat semua ni, pakai macam ni sebab
nak pikat orang lain, apehal?” bentak Sofea. Hilang karakter sayu, bersalah dan
ala-ala down to earth tadi.
“ Betul ni, umar
kutuk?”.
“Errrr…..”.
Senyum Harlina
terbit tiba-tiba.
“ Dia bukan
kutuk Pia, tapi dia cuba didik kau. Kau kan, isteri dia. Mestilah dia tak suka
kalau lelaki lain pandang kau atas bawah macam nak makan. Hangin kut!”.
Wajah poyo
Harlina dikerling. Menyampah! Tiba-tiba je Lina pun dah join Umar Fan
Club.Benci! Bukan dia ke yang suggest aku pakai baju 'meriah' macam ni?
“Pia, Umar buat
macam tu ada sebab. Itupun kau tak faham lagi ke Pia?”.
“Faham? Faham
apa? Faham yang, aku ni diperli tapi masih tak sedar-sedar diri lagi. Macam
tu?”.
Harlina tepuk
dahi lagi.Budak Pia ni kan, macam machine gun! Sekali kita cakap, berderet
jawapnya.
“Bukan daaa.
Umar, cakap macam tu…sebab dia sayangkan kau la sengal!”.
Sayang? What the
heck? Celah mana pula sayang tu datang dan releven ke perkataan tu dalam isu
sekarang ni? Bagai nak tercabut biji mata dia menjeling Harlina dengan kening
bertaut rapat.
“ Beb…dari
kenal, sampai dah nikah seminggu ni …aku belum pernah dengan perkataan tu
keluar dari mulut dia tu tau.”
Harlina tarik
sengih.
“Alah…apa
sangatlah setakat nak kena sebut sayang sana, sayang sini. Contoh terbesar, aku
ni ha. Sampai sekarang si Samsul tu dok sayang –sayang aku. Taaaaapi….dia buka
juga cawangan lagi satu dekat Johor tu. Sayang la sangat kan? Contoh kedua
besar, tuu..mamat sengal merangkap obsesor kau tu. Naim. Baru turun dari
pelamin ni, boleh telek-telek bini orang..panggil sayang sana, sayang sini.
Padahal bini ada dekat sebelah. Haaa, cer kau fikir pia. Penting ke kau nak
dengar Umar cakap perkataan tu pada kau? Dengan maafkan kau, sebelum kau
sendiri minta maaf pun dah cukup tunjukkan dia sayangkan kau dan sanggup
turunkan ego dia sebagai suami. Kalau Naim ditempat Umar, kau rasa…kau masih
ada dengan aku sekarang…relax-relax macam ni? Tak ada maknanya! Kau baru sebut
kau nak kahwin pun, dia dah tinggalkan tepi jalan kan?”.
Sofea angguk
kepala, perlahan-lahan. Sesekali keluhan dilepaskan dengan hati yang
berbolak-balik.
apa kau dah buat ni pia? |
“Itulah bezanya
Pia…antara hubungan dari satu perkenalan dengan hubungan dari hati. Dengan
Naim, kau dah kenal lama tapi tak bermakna kau faham dan kenal hati budi dia
yang sebenar. Siapa sangka, Naim yang kita kenal dulu boleh bersikap macam hari
ini? Anak mak tu, satu hal. Pengecut, panas baran pula tu. Umar pula, kau kenal hanya melalui hati budi dia dan tup-tup tanpa kena
paksa…kau dah sah jadi isteri dia. Kau tak rasa ke semua bawa makna sesuatu Pia? Dan kau fikir, kalau
Umar tu tak sayangkan kau…dia nak ke kahwin dengan kau?”.
Sofea hanya
memandang sekilas kea rah Harlina, kemudian tunduk melengung. Rasa sedikit
terpukul dengan kata-kata Harlina tadi. Tapi hendak dibidas, dia taka da
modalnya. Tambah pula kata-kata Harlina tadi banyak benarnya.
“Pia..Status
kau, bukan macam dulu lagi tau. Kau dah ada suami, tak boleh buat perangai
angin satu badan kau macam dulu lagi dah. Kau kena ingat tu! Satu lagi, kau
kena bagi ruang dan masa untuk diri kau dan Umar nak kenal diri masing-masing, nak dapat
kesesuaian. Jadi, kalau ada apa-apa tu…kau janganlah terus melenting ye.
Maafkanlah dia, sebab aku yakin yang Umar tu tak kan sia-siakan kau macam apa yang
Naim dah buat pada kau. ”.
Kali ini, Sofea
tak mengangguk sebaliknya air mata yang mengalir tanpa henti dan sengaja dibiar
tidak diseka.
“Lina….kalau..kalau
kau bawak aku jumpa Umar, boleh?”
Harlina senyum
sebelum angguk laju. Puas hati bila kata-katanya tidak dibetah. Kurang-kurang, kalau ini keadaannya ada peluang juga leboh 50 persen nasihat dia tadi serap masuk dalam hati budak Pia ni.
“ Boleh, Tapi,
rumah umar kat mana? “.
Erkkk! Sofea dah rasa
macam jentik bibir sendiri sebelum menggeleng sayu.
“Aku… aku tak
tahu Umar duduk mana.”
“Laahhh kau ni,
tak kan kut! Rumah suami sendiri pun tak tahu. Dah, call dia cepat!”.
“Okey…okey. Sorry, sebab aku tak pernah terfikir nak tanya soal tu. Lagipun, Umar sendiri tak pernah nak cerita kat mana dia tinggal. Jap, aku call dia ”
Dalam kalut, telefon bimbit dalam tas tangan dibawa keluar sebelum nombor Umar
di dail. Pada harlina dia tersenyum bila panggilannya bersambut bila dengan
suara Umar beri salam.
“Waalaikumussalam. "Umar,
awak kat mana?”.
“ Rumah.”
Sofea sedikit tersentap. Pendek dan tegas saja
jawapannya. Merajuk lagi ke dia ni?
“Rumah awak dekat mana? Boleh saya datang sana?”.
“Tak pelah. Dah malam ni. Awak dah sampai rumah ?”
balas Umar mendatar, sengaja menukar topik perbualan.
“Saya nak pergi rumah awak. Rumah awak dekat mana umar?
Saya masih dekat area bangi ni.”
Jeda, dan kemudian terdengar keluhan pendek di hujung
talian.
“ Awak baliklah rumah Sofea, berehat.”
“ Saya okey je, tak letih pun. Saya nak jumpa awak ni
Umar, tapi kenapa awak macam keberatan je nak beritahu rumah awak kat mana.
Awak, masih marahkan saya ke ? Tadi kata, dah maafkan saya….”.
Tuttt…tuttt..tuttt.
Panggilan dimatikan.
Tangan Sofea
kaku tiba-tiba. Keliru dan tergamam dengan apa yang baru berlaku tadi.
Lambat-lambat, telefon bimbit diletak ke atas peha sebelum pipinya ditampar
berkali-kali. Biar betul ni.Umar, matikan panggilan macam tu saja?
“Pia…kenapa?”.
“Umar….”.
“Kenapa dengan
Umar? ”.
“Umar…dia….matikan
panggilan macam tu je Lina…aku…”.
Dan Harlina
hanya mampu geleng kepala bila melihatkan Sofea yang dah tersengguk-sengguk
bahunya menahan tangis.
******
Skrin IPhone nya hanya mampu dipandang kosong, tanpa riak. Kemudiannya jari yang menekan skrin pada perkataan END CALL pula jadi mangsa renungannya. Terkerdip-kerdip dia memandang telefon pintar itu dengan seribu satu rasa. Apa yang aku dah buat tadi sebenarnya? Apa tujuan aku berbuat macam tu? Merajuk? Jauh hati?Ahhh.
Perlahan-lahan, telefon itu dicampak ke sisi sofa sebelum tubuhnya disandarkan. Wajah pula diraup berkali-kali dengan tangan sambil sesekali kepalanya digelengkan.
Kononnya hari tu, nak cuba lindungi Sofea dari gangguan Naim. Tapi, baru dia sebut nama mamat tu dua kali dah nak sentap sampai hantar semula dia pada Harlina. Apa kes ni Umar? Bisik suara hatinya yang agak memberontak dengan tindakan luar kawalnya tadi.
"Sabarlah Umar...sabar. Get back to your sense". lirih Umar perlahan, sambil mata dipejam rapat dan tangannya ditekup ke dada . Cuba mencari sabar yang sudah tinggal sisa sahaja tadi.
PESANAN DARI UMAR FALIQ;
sekian...jumpa lepas raya ye..insyaAllah. :-) |
13 comments:
ala sedihnya...pia nak minta maaf umar matikan telefon.
pia..pia... ckp slalu x pk dlu...
mcm cxcukup..
nak lagi
UMAR PUN SATU DAH KAHWIN PUN X BAGI TAHU PIA RUMAH KAT MANA KATA SUKA .
haiya...pelik2 mcmana blh trkhwin..rumah pun x tau..asal usul pun x tau..byk benda yg x tau..mcm x logik..agak2 blh terima ke dlm kehidupan yg nyata ni..mcm ini org pun ada ka...
xcukup.. lamanya nk tggu lepas raya.. apa pia ni.. buat org marah je.
cik writer plz satu part lg sebelum rayer....
Tak suka dgn pesanan dari Umar. Dik writer, please uodate lagi...lama nak tau sambungan crita mcm gini.
alahai..kenapalah umar berperangai begitu..ek...menakzirah bini dia mengenai hukum hakam..tetapi dirinya tersasar jauh..perlukah meninggalkan isterinya dilokasi yg sama..dan membiarkan isterinya balik bersendirian bersama kawannya..dayus kah dia..sebagai seorg suami ..berlalu pergi kerana hati terasa marah bila nama Naim yg disebut bininya..tidak kah dia sepatutnya berpijak dibumi yg nyata dan realiti hidupnya kini..dia adalah suami PIA dan katanya akan menerima seadanya diri PIA..tetapi kenapa membiarkan gadis itu bersendirian dan kenapa dirinya berlagak seperti tidak mempunyai apa apa hubungan dengan PIA..cuba letakkan dirinya dalam diri PIA..mungkin dia akan fahami hati gadis itu..bila dia sendiri yg provok..mengenai majlis itu..kan..kenapa mesti menyalahkan si PIA yg dia telah sah sah dapat meng agak tindakan spontan wifenya..hopefully adalah E3 baru..kesian pulak melihat keadaan PIA..sudah berkawen tetapi Umar seakan menjauhkan dirinya..apa sebenarnya mau lelaki sengal itu ..ek..Umar mahu PIA memahami dirinya..sedangkan semua tindkan Umar menjurus kearah yg bertentangan ..kan..Kata Umar dia memaafkan PIA tetapi kenapa bila PIA ingin bertemu dengannya dia mematikan talian..apa maunya lelaki sengal ini..
Lambat lg lh nk tahu apa yg berlaku antara umar dan sofea ni......hmmm.......
Lama nyer nak tunggu lepas raya... :-(
Tak sanggup rasa nyer
lambatnya lepas raya, sebenarnya Umar ni abang Naim kan, Naim kena kawin dengan Myra tu sebab Umar tak terima Myra so Naim la kena ganti... tak sabar nak tunggu pembongkaran.
Huhuhu....bila la umar nk kuar...
Post a Comment