Sejak mula
perjalanan, Umar hanya mendiamkan diri tidak bersuara. Hanya buang pandangan ke
arah luar tingkap kereta tapi tangan masih kejap memegang tangannya. Mujur juga
pakcik teksi buka radio. Tidaklah rasa tegang sangat keadaan waktu itu.
Sesekali, wajah
itu dikerling…sekadar curi-curi pandang. Nampak gaya macam Umar memang marah
sangat-sangat sampai tak boleh nak bercakap langsung. Ahhh..Pia. Apa kau dah
buat ni?
“Awak…” seru Sofea, perlahan.
Diam. Umar
langsung tak memandang. Masih melayan perasaan sendiri gayanya.
“Awak…” panggil
Sofea lagi sambil tangannya yang digenggam di goncang peralahan.
“Iya?”
Takut-takut
Sofea tarik senyum biar pun dia tahu, dalam kegelapan malam dengan wajah
ditutupi niqab, mana mungkin Umar nampak senyumannya tadi.
“Saya minta maaf
ye. Saya tahu, tak sepatutnya saya datang tadi. Tapi, saya dok ikut juga degil saya. Nak juga datang. Hurmmm..nasib baik awak ada.
Terima kasih ye Umar. Kalau tidak, mesti kecoh majlis tadi dibuatnya” ucap Sofea perlahan. Tangan
kasar yang setia menggengam tangannya tadi di kucup perlahan, buat kali kedua
sejak perkenalan mereka. Yang pertama kali, waktu majlis akad nikah semingggu yang lalu.
Lambat-lambat,
senyum terukir di wajah Umar.Kepala kemudian diangguk.
“Saya maafkan.
Tapi lain kali kalau saya larang, awak jangan lah memberontak dan lawan semula
ye. Ada sebab kenapa saya tak galakkan awak datang ke majlis tadi. Bukan saya saja-saja tak nak bawa awak ikut
sama.”
“Ye ke? Sebab
apa?” laju Sofea menyoal bila diberi peluang.
Tapi umar hanya
sambung senyum.
“Umar... Awak dengan
Mayra tu…ada apa-apa ke? Sebab, awak Nampak beria-ia sangat nak ada pada setiap
majlis dia” soal Sofea, lambat-lambat. Sambil menyoal, jantung berdetak laju.
Bimbang pula kalau soalan yang ditanya bakal jadi punca marah umar sekali lagi.
“Kalau ada?”
soal Umar dengan senyum senget.
Errrkkk!
Tersandar Sofea di tempat duduk seketika. Menyesal tanya tadi!
“Dia nak kahwin
dengan saya, tapi saya tak nak,” luah Umar bersahaja.
Kahwin? Mata
Sofea dah membulat besar. Kemudiannya Bibir pula digigit perlahan diiringi
keluhan. Tapinya, tak lama bila akalnya mula menaksir sesuatu.
“Oooo..jadi,
awak datang tadi…semata-mata sebab nak tayang pada Mayra yang awak sikit pun
tak kisah dia kahwin dengan si hampas tu? Macam tu? Laaaa…kenapa tak cakap?
Kalau nak lagi dramatic, awak sepatutnya ajak saya datang sekali…baru gempak!”.
Pecah tawa Sofea
seketika tapi bila kain niqabnya beberapa kali masuk ke dalam mulutnya, tawanya
terhenti. Tangan pula laju menanggal pin yang disemat di sisi tudungnya.
Kelam-kabut kena tarik keluar dari dewan tadi sampai lupa nak tanggal niqab.
Selesai niqab jarang itu disimpan dalam bag tangan, wajah Umar dipandang
semula.
“Ehh..yang awak
tunduk tu, kenapa pula?” soal Sofea, tak puas hati.
“Err..tak ada
apa-apa!” balas Umar sambil berpaling semula ke arah luar tingkap. Sekadar
memerhati kegelapan malam sepanjang lebuhraya itu.
“Awak…kenapa ni?
Tadi kata, dah maafkan saya…tapi….”.
“ Sofea..”.
Sofea dah tunduk
kepala sambil mata laju gerak ke kiri, ke kanan. Lembut je suara seru nama, ada
apa-apa ke ni?
“Errr…iye.”
“Hmmm…lepas dari
malam ni, awak tak payahlah pakai macam ni lagi ye. Kalau betul nak pakai,
istiqamah. Jangan buka-buka lagi dan warnanya, tak perlulah semeriah ini ye.”
Sambung Umar. Dalam lembut, ada nada tegas.
“Macam ni?
Maksud awak? Berjubah?”
.
Umar geleng
laju. Hanya jari yang di arah ke sisi tudungnya.
“Niqab?”.
Dia senyum
seolah mengiyakan.
“ Ini kan Cuma
fesyen je awak. Lina yang suruh saya pakai, supaya Naim tak perasaan saya ada
sama kat majlis tadi tu.”
“Naim, atau
saya?”.
Sofea terdiam.
Wajahnya mendung sambil mata melirik tajam kea rah Umar yang hanya memandang,
menanti reaksinya. Isyhh , dia ni pun. Boleh tak jangan sebut nama samdol tu
lagi? Sofea hanya mampu jerit dalam hati. Jerit depan muka dia, harus dapat
satu lagi markah belah bahu kiri sebab derhaka pada suami.
“Okeylah,
abaikan tentang niat utama awak tadi yang kononnya untuk menyamarkan diri. “
“Mana ada
konon!”.
“Okey, bukan
konon. Menurut awak tadi tujuan utama awak pakai macam ni, untuk menyamarkan
dirikan? Tapi, awak mungkin tak perasan yang pada masa yang sama awak cuba
menarik perhatian orang lain untuk memandang awak. Sedangkan saya sendiri, yang
memang halal…”
“Jap” suara
Sofea sudah meninggi sambil tapak tangan di hala pada Umar. Tapi bila
terperasankan jelingan si pemandu teksi dari cemin pandang belakang, perlahan-lahan
tangannya diturunkan dan rasa amarahnya cuba ditahan.
“Saya tak ada
niat macam tu tau!” bisik Sofea, geram.
“Kalau bukan
niat macam tu, apa tujuan awak pakai celak yang pekat sampai menyerlahkan mata
awak tu di tambah pula dengan pewarna lagi. Satu lagi Sofea, cara pemakaian
niqab yang sebenar mestilah menutupi bentuk hidung..bukannya…..”.
“Ini bukan
pewarna la. Orang panggil eye shadow! Dan FIY, saya pakai benda ni hanya untuk
malam ni saja. Itupun, bukan saya yang nak…tapi Lina yang cadangkan.”
“Hmmm…” Umar
langsung berpeluk tubuh sambil tersenyum sumbing ke arahnya. Lagi nak tambah
kayu api pada bara yang memang dah menyala sejak tadi.
“Apa yang awak
cuba cakap sebenarnya Umar? Yang saya ni, isteri yang cuba mengorat lelaki lain
diluar dengan solekan? Macam tu?”
Umar geleng
laju.
“Saya tak cakap
apa-apa pun,”
“Alaa…awak tak
cakap pun, saya boleh tahu la. Awak ni kan, apa saya buat..semuanya tak kena.
Pakai salah, tak pakai salah. Naim
dulu..tak pernah komen pun tentang pakaian saya tau!” suara Sofea mula meninggi
semula. Marahnya sudah tak boleh ditahan-tahan lagi. Pantang tok nenek sunggguh
orang tegur pasal pemakaiannya yang dia kira masih beradab dan sopan.
“ Naim tak komen
sebab dia bukan suami awak, tapi saya. Saya yang akan bimbing awak sama ada di
‘hari bersejarah’ itu nanti..awak akan kekal atas titian sampai ke
penghujungnya, atau jatuh tergelincir dan join sekaki dengan perempuan lain
yang tak hormat pada suami mereka sendiri.”
Sofea tergamam.
Dia mati kata. Hanya mata yang kekal merenung wajah di hadapannya itu dengan
rasa kebencian. Genggaman tangan ditarik kasar sambil bibirnya diketap rapat. Matanya
pula sengaja dibesarkan.
“Saya benci awak
Umar!Benci! Dan mungkin Naim…adalah satu-satunya lelaki yang faham tentang
saya. Bukan awak!”
“Dan saya
maafkan awak Sofea atas setiap langkah awak ke majlis tadi, tanpa keizinan
saya. Juga pada setiap patah perkataan yang awak cakapkan tadi pada saya, saya
anggapkan yang saya tak dengar. Sebab bagi setiap wanita yang derhaka kepada
suaminya…tak ada yang lain melainkan kemurkaan Allah yang dia akan dapat dan
saya, tak nak awak tidur malam ni dalam keadaan seperti itu. Bang, tolong
hantar kami semula ke Hotel Equitorial, bolehkan? Saya tertinggal sesuatu kat
sana. “
Sofea terdiam. Tanpa kerdip dia memandang ke arah wajah Umar yang tenang saja memandang
ke hadapan…seolah tak ada apa. Cuma dia, yang sudah mula rasa sesuatu dek kerana keterlanjuran kata-katanya tadi. Tanpa sedar, bibirnyi digigit berkali-kali sambil keluhan dilepaskan.
Seriously Pia, dalam banyak-banyak lelaki yang kau kenal..kenapa harus nama Naim samdol tu yang kau sebut depan suami sendiri!
13 comments:
sobs sobs... kenapalah sofea.. kenapaaaa..
Jgnlah keras hati sgt sofea... Jgn derhaka ngn suami...
geramnya dgn pia nii...
bila agaknya keluar dlm versi cetak nih...x sabar rasanya..
huwaaa.kenapa Pia ni? why why?
Nice en3 x sabar nak tunggu yg seterusnya.. tolong la habis kan kat sini je ye..
Nice n3 tapi tak suka dengan attitude si Pia lah apa dia tu nak jadi isteri derhaka ke? Cik Aifa akan ada versi cetak ke citer ni kalau ada jgn lama sangat ye tak sabar nak tau penyudah kisah si Pia dan Umar :D
Kenapa lah nama si Naim tu disebut lagi...
Alaaaa..kenapa pulak pertanyaan PIA dan jawapan Umar menjirus kepada perbalahan pula ni.. Kenapa PIA tidak boleh menerima teguran dari suaminya dan apa yg Umar nyatakan pada PIA mengenai Marsya tu mmg membuat setiap wanita yg bergelar isteri akan tersentap dengan pengakuan suami.. Kenapa Umar hendak berpatah balik keHotel itu..adakah kerana dia saja nak kembali semula kemajlis perkawenan itu setelah PIA ditakzirahkan dan akan menyuruh abang teksi tu membawa isterinya balik kerumah sendirian..tidak kah dia takut yg merbahaya diwaktu malam bila seorg wanita naik teksi tanpa berteman..kenapa pula dia mesti marah dengan perlakuan PIA sedangkan perilaku Umar pun sama sepertinya..tidak kah dengan menghadirkan diri dimajlis perkawenan Naim dan Marsya akan menimbulkan perasaan yg tidak tenang pada pasangan pengantin itu..Hopefully akan ada E3 baru..rasa tak sabar nak tahu ..apa yg ingin Umar lakukan.. Tidak kah Umar rasa tindakannya meninggalkan PIA setelah ijab dan qabul seakan akan menunjukkan bahawa dia sudah menyesali mengahwini PIA. Tidak kah Umar memikirkan perasaan isterinya bila meninggalkan majlisnya dan berlalu pergi macam gitu sahaja..Apa pandangan emak dan abang angkatnya ..tidak terfikirkah Umar dia bertindak kejam ..walaupun dia tiada niat untuk berbuat demikian..Tidak kah dia rasa yg PIA terluka dengan tindakan nya..walaupun apa alasannya..patutkah meninggalkan PIA macam gitu sahaja..ce citer
Ish2 sofea..mcm nk tempah nma kt sna jer..derhaka taw x..
pia ikut jea laa ckp si umar 2! dy suami,awq perlu patuh arahn dy... nk lg kak aifa
-illa-
Bengong si sepia neyh!!!!
pia ni memang lah. biar aku piat piat telinga dia ni
Post a Comment