Followers

Thursday, June 27, 2013

Teaser My Dear, Mr Dimple




Sambil mendaki anak tangga ke atas, bibirnya yang hanya dioles dengan lip ice tak habis-habis menyumpah. Memang tak boleh pakai punya member. Tadi beria-ia mengajak macam tak cukup masa nak ke sini, ini boleh pula dia yang disuruh order makanan dulu dengan alasan nak pergi cucuk duit dekat ATM. Sengal !

Baru saja pintu café itu ditolak, matanya langsung tertancap pada susuk tubuh yang sedang kusyuk mengelap meja yang penuh dengan  pinggan bersusun tinggi. Bagai sedar dirinya diperhati, tuan punya badan angkat muka sebelum mata mereka bertentangan. Tapi tak lama, bila pihak lagi satu cepat-cepat tunduk kan semula pandangannya dan pura-pura meneruskan kerja.

“ Bila awak balik? Kenapa tak call saya?” soal Sofea sambil berdiri peluk tubuh di sisi Umar.

“Saya baru sampai semalam.” balas Umar tanpa memandang.

“Dah tu, tak reti-reti nak call?” marah Sofea. Kerusi dihadapannya di tarik sebelum punggung dilabuhkan. Tinghkah laku bersahaja Umar buat dia rasa menyirap.Sikit pun tak nak kata hai ke apa. Boleh pula dia sambung lap meja ni. Macam penting sangat lap meja dari berbual dengannya.

“Umar, saya cakap dengan awak ni tau.”

“Iye, saya tahu.”

“Dah tau, kenapa awak dok sibuk lagi lap meja ni? Suruhlah orang lain buat. Bukan awak ke boss café ni?” tempelak Sofea. Kerja lap meja, terhenti. Keluhan dilepaskan perlahan, sebelum senyum dilemparkan.

 “Awak duduk dulu ye. Saya nak bawa pinggan kotor ni ke belakang. Sekejap lagi saya datang.”
Nope! Saya tak da banyak masa.”

Dahi Umar berkerut. Kening diangkat seakan menyoal.

“Saya datang dengan kawan-kawan saya. Dia orang pergi ATM dekat hujung jalan ni je. Kejap lagi sampai….”.

“Jadi awak tak nak kawan-kawan awak tahu yang awak dengan saya, bukan lagi dengan Naim. Macam tu?” 

Sofea terdiam. Buat kali pertama, Umar tayang wajah serius dengan muka nya tidak lagi ditundukkan ke bawah seperti biasa. Nampak garang! Tambah –tambah pula bila penghias di wajahnya, si lesung batu itu terus sembunyi bila dia tayang muka macam ni. Hmmm..ada gaya cemburu di situ. Tapi, tak kanlah dia nak cemburukan Naim kan? Tak Logiklah.

garang  x muka umar?


“Naim dah nak kahwin pun tak lama lagi. Lambat laun mereka akan tahu juga.”

“Kalau macam tu, kenapa perlu takut mereka tahu pasal kita?” bidas Umar lagi. Wajahnya masih serius seperti tadi. Gaya macam marah pun ada. Sofea mendengus kasar. Ini sudah lebih ni. Dah pandai nak argue dah encik lesung batu ni sekarang.

“Umar…cerita pasal kita…belum mula lagi tau. Untuk apa saya hebah-hebahkan benda yang belum pasti?” Sengaja perkataan kita itu ditekankan. Biar mamat di hadapannya ni sedar akan reality yang sebenar antara mereka.

“Belum pasti ye?” soalan umar kali ni berbau sarkastik. Kain lap meja dilepaskan dari tangannya dan kemudian tangannya di tarik ke tubuh.Rapat. Pandangannya pula dibuang kea rah lain.Sesekali terdengar keluhan dilepaskan. Kepala pula digeleng perlahan.

“Baiklah Cik Sofea. Saya terima kata-kata awak tu dengan hati yang terbuka yang kita, bukan lagi sesiapa. Tapi kalau berjodoh, insyaAllah…KITA akan ada sesuatu. Jadi, saya serahkan semuanya pada awak untuk buat keputusan sama ada nak terima atau tidak cincin risik yang saya serahkan semalam pada mama dan juga abang long. Ini, menu makanan. Awak pilih-pilih lah dulu ye. Saya nak ke belakang, ada kerja sikit.”

Sofea terkedu. Bibirnya yang lancar sungguh menjawab tadi diketap berkali-kali. Tak cukup dengan itu, jarinya pula menjentik bibir. Pia…apa kau dah buat ni?Haaa??

11 comments:

NurAtiZa said...

Haih Pia ni cakap tak reti pikir dulu.....

comel said...

nasiblah kau pia oiiiiiii.....encik Umar dah merajuk ...........hahahaha

Nadia said...
This comment has been removed by the author.
Nadia said...

Huhuhu comel2

Roziah said...

Kan abg kesung batu dah majuk! Rugi oooo kau Pia! Baik pujuk cepat....

einielouis said...

Nak lagi dan lagi. Keep up the good work ye.

Fakhira Musa said...

Yeye umar merajuk yeye! Sofea nie ikut kepala die je. Emosi. Hehe

idA said...

kan ..dah merajuk..tu lah..cer fikir dulu..apa nak cakap sebelum keluarkan ayat yg tak brp bikal tu...kan..plz...full E3

Sue Isma said...

Adeh.. Apa la Pia ni.. Cian Umar.. Xpe2.. Umar meh cni meh. I pujuk u... Hehe

Anonymous said...

Tu lah pia..kn umar dh merajuk..masa x de sibuk nk kn umar bila dh ada cakap tu x reti nk fikir....ha cari lah idea nk pujuk umar tu...hehehe semakin best lah citer ni..

aisyah said...

amboi pia...umar tu dh serius kut...

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon