Followers

Monday, June 3, 2013

My Dear, Mr. Dimple 10





“Delete…delete…delete!” gumam Sofea sambil tangannya laju dilarikan di atas skrin Nokia C5 nya. Satu-satu gambar Naim yang ada dalam telefonnya itu dibuangnya. Biar puas hati!

Sedang asyik menelek skrin telefon, tiba-tiba ada kelibat yang lalu di hadapannya yang serasanya sambil lalu, sambil merenung gelagatnya. Cepat-cepat  Sofea angkat muka sebelum mata mereka bertembung. Huhh…si angry bird rupanya!

“ Awak buat apa tu Zarin Sofea? Dah taka da kerja, dok belek phone je dari tadi.”

Sofea dah rasa tergigit lidah nak menjawab. Dah berapa lama agaknya dia dok memerhati depan bilik tadi ye?

“Aaa…ada. Saya nak call supplier ni Puan.”

“ Ye ke? Dari gaya macam bukan nak buat call. Macam menelek gambar. Gambar siapa?”.

Cepat-cepat Sofea tahan diri dari tarik muka. Ingat Pia, walau apa pun ..dia masih bos kau. Sila bawa bersabar.Simpan saja rasa meluat tu baik-baik.

“Ha’ah. Saya tengah telek dan delete gambar bekas kekasih saya yang curang. Janji nak kahwin dengan saya, tup-tup bertunang dengan orang lain,” balas Sofea bersahaja.

 Tapi bila Nampak mata Puan Zahlia dah sedikit membulat, waktu tu juga dia rasa macam nak simpan mulut yang terlebih rajin menjawab tadi dalam laci. Memang cari nahas kau Pia! 

“Oh,  ye ke. Well, mesti ada sebab kenapa dia tinggalkan awak. Mungkin, awak tak cukup bagus untuk dia. Awak kena tahu Sofea, setiap apa yang berlaku dalam hidup kita ni, terutamanya yang buruk …kita tak boleh nak salahkan orang. Awak kena tengok diri awak dulu yang mungkin jadi punca semua masalah.”

Gulppp!

Wajah bersahaja Puan Zahlia ditatap tanpa kerdip. Memang anak dengan mak, sama ye agaknya. Dua-dua boleh berlagak macam taka da apa-apa berlaku lepas tu tayang muka tak bersalah. Dan sekarang, dia suruh aku check it out diri sendiri pulak? Bukan dia ke yang suruh aku datang ke sana kelmarin?

“ Betul tu Puan. Mungkin, saya ni tak cukup layak nak masuk dalam keluarga dia yang serba bagus tu kut!” bidas Sofea dengan muka bersungguh-sungguh.

“Apa?” Makin membulat mata Puan Zahlia. Tapi Sofea  buat muka selamba. Aku tak sebut nama kan? Jadi…Siapa makan sambal belacan, dial ah yang rasa pedas.

“Tengok. Masih nak cari salah orang lain.”

Puan Zahlia dah gaya nak naik syeh. Terasa le tu. Siapa suruh menegur? Kan dah kena berdas-das tembakan secara tepat.

“Saya tak fahamlah dengan awak ni Sofea. Cubalah ubah sikap awak tu. Kalau macam ni perangai awak, saya tak terkejut kalau awak tak kahwin sampai ke tua.”

Whattt? Sofea dah rasa macam  nak melompat dari kerusi beroda itu. Ini sudah lebih ni! Isu kahwin- mawin ni tersangatlah sensitip untuk dia yang dah ada angka 3 dihadapannya. 

 Aci tak kalau aku lastik si angry bird ni jauh-jauh? Sibuk je! Kalau aku kahwin pun bukan nak guna duit kau. Dan yang penting, aku tak kan kahwin dengan anak kau! 

Rasa nak terkeluar je semua kata-kata tu, tapi entah kenapa hanya tersekat dikerongkongnya.

“Tak apalah Puan. Soal jodoh tu, saya serahkan bulat-bulat pada Tuhan. Kalau dah tertulis, saya memang tak berjodoh sampai ke akhir hayat, saya redha. Lebih baik macam tu dari berkahwin dengan lelaki yang taka da pendirian. Macam bekas kekasih saya ni.”

Kali ini Puan Zahlia tidak menjawab. Hanya bibir dia yang tercalit gincu merah menyala itu yang Nampak bergerak-gerak. Entah menyumpah, entah mengumpat dia secara depan-depan tapi tanpa suara. Sofea tak pasti yang mana satu. Yang penting, dia puas hati sebab dapat diamkan si angry bird yang sibuk berkicau tepi telinganya sejak tadi. Busy body yang amat!

“Dah, pergi buat kerja. Jangan dok membesarkan bontot awak dalam bilik ni,” balas Puan Zahlia sebelum berlalu.

Besarkan bontot? Laju saja dia menoleh ke belakang. Sengal punya angry bird! Perli tak hengat.

Dan kerja sampingannya tadi diteruskan tanpa mengendahkan Puan Zahlia yang baru saja berkawad balik kebiliknya sebentar tadi dengan jelingan tajam.

********

“Lin, aku nak kahwin.”

“Haaa?” Tak jadi Harlina nak pakai seat belt. Wajah Sofea yang Nampak serius amat itu ditatapnya tanpa berkerdip. Mamun kea pa minah ni?  Taka da rebut, taka da angina tiba-tiba nak kahwin.

“Okey, aku tahu kau baru jumpa lepas jumpa angry bird dengan anaknya. Tapi….”.

“Aku bukan nak kahwin dengan Naim,” tegas Sofea. Mata masih ralit memandang ke hadapan jalan raya. Sesekali tangannya  menukar kepala gear yang dihiasi dengan hiasan kepala hello kitty.

“Ha? Bukan dengan Naim? Habis tu siapa Pia? Eh, sejak bila pulak kau jadi two-timer ni beb? Bukan selama ni kau setia menunggu Naim balik sini ke?”.

“ Naim dah bertunang.”

“Ha?”.

“Ha, ha..tak ada perkataan lain ke kau nak sebut?” marah Sofea, sambil mengerling sekilas.

“ Ber…ber..”.

“Bertunang, tapi bukan dengan aku. Dia bertunang minggu lepas….dan jemputan si angry bird hari tu sebenarnya jemputan pertunangan Naim.”

Harlina sudah menganga. Speechless. Sesekali wajah serius Sofea direnung. Tenang amat dia berkata-kata. Langsung taka da tanda-tanda frust. Relax je. Ajaib! Gaya macam Naim tu bukan siapa-siapa pada dia. Tapi tindakan Puan Zahlia tu….

“ Brengset punya Angry bird. Memang dasar burung! Sampai hati dia buat macam tu kat kau? Aku ingat, muka dia je kerek. Rupanya hati dia pun busuk!”marah Harlina bila mood terpinga-pinga nya mula reda.

“Setakat dia tunangkan Naim tu, aku tak kisah sangat pun. Yang aku ambil kisah sangat, pasal pagi tadi. Ada ke patut, dia singgah bilik aku semata-mata nak cakap yang dengan perangai aku ni…aku tak kan kahwin sampai ke tua? Hahhh..silap besar la! Tengok nanti camane. Siapa yang kahwin dulu. Aku atau Naim! Hahahaha.”

Sofea sudah gelak besar. Wajah serius tadi, hilang. Ganti pula dengan wajah tersengih-sengih. Harlina garu kepala. Konfius  sudah. Apa motif si angry bird cakap camtu?

“Tapi kan beb, kalau bukan dengan naim kau nak kahwin dengan siapa sebenarnya ni? Kau mana ada kawan lelaki lain selain dia,”

“ Weii..kau jangan pandang aku tak da mata ye Lin. Ini Pia tau. Aku ada dua calon menunggu. Saja je aku tak story the mory dengan kau. Haaa…sekarang, aku nak bawa kau jumpa calon yang pertama. Jeng..jeng..jeng. Kau duk diam-diam sudah. Pakai seat belt. Aku nak speed ni. Wahai bakal suamiku…I’m coming!” balas Sofea sambil gelak. 

CUma Harlina yang teragak-agak nak ketawa. Dua calon? Biar benar Pia ni!Terbelit kea pa fius dalam kepala dia tu?

*****

“ Umar, taka da?”

Penjaga kaunter bayaran itu hanya geleng kepala sambil tersenyum.
“Dia pergi mana?”

Jungkit bahu pula.

“Dia..masih kerja sini kan?”

Angguk kepala.

“Awak, ada nombor contact dia tak?”.
Geleng pula.

Sofea ketap bibir. Ikut hati, rasa nak cepuk je mamat yang ganti umar jaga kaunter ni. Tapi bila nampak  papan tanda telinga dan mulut yang dipangkah tu, dapat diagak yang mamat ni tergolong dalam orang kurang upaya. Ahh, apa yang nak dimarahkan sangat Pia. Dia senyum pun, dah cukup baik.

Sambil melangkah kea rah Harlina, kepalanya dijentik berkali-kali. Serius menyesal, sebab tak minta nombor telefon dia tempoh hari. Kalau tidak, tak le susah nak buat sesi mencari harta karun macam ni. Alahai Umar, ke mana awak ni?

“Mana calon pertama kau tu?” soal Harlina sambil bibir tersongket. Perli le tu.
“ Hilang.”

“Hilang? Macam mana pula tu? Bukan kau dah  janji nak jumpa dengan dia kat sini ke? Kenapa tak call dia, Tanya dia kat mana”.

Sofea menggeleng, longlai habis. 

 “Aku mana ada nombor telefon dia daaa…”.
“ Nombor phone tak ada?”.

Sofea geleng lagi. Harlina tepuk dahi. Ni apa kes pula budak Pia ni? Takkan dek kerana  semata-mata kena ‘tulah’ dengan si angry bird tu pasal jodoh dia, terus hilang arah kut.

“So, cik Pia. Memandangkan kau taka da pun nombor phone dia,atas assumption apa kau datang sini sebenarnya? Boleh kongsi dengan aku?” 

“Mamat tu kerja kat sini,” balas Sofea, perlahan.
“Oooo…owner café ni ke?”.
Geleng kepala.

“Mamat cashier cum chef.”
“What?” Harlina pula yang geleng kepala kali ini. Milo ais dihadapannya disedut kasar sebelum kembali merenung wajah sahabatnya yang nampak kusut. Hailah Pia, desperate sangat ke kau ni sampai aci kebas je siapa-siapa pun?

“ Berapa lama dah kau kenal mamat ni?” soal Harlina dengan nada suara perlahan. Malas nak provoke-provoke dah.

“3 minggu.”

“3 minggu kenal, kau dah nak ajak dia kahwin? Biar benar kau ni Pia! Hati budi dia pun kau belum kenal. Atau, kau dengan dia dah ter…”

“ Kau ni, sengal la Lin. Aku masih waras lagi la. Naim yang aku kenal 5 tahun tu pun, setakat pegang tangan gitu-gitu je. Takkan lah aku nak ter… dengan mamat ni. Memang kami baru kenal. Tapi, mama Dhuha dengan family aku yang lain suka kat dia,” balas Sofea. Malas-malas dia hirup teh suam.

“Oooo…family arrange la ni.”
Sofea geleng kepala.

“Isyhhh..kusut la kau ni Pia. Tak faham aku. Tadi kata, mama Dhuha suka..tapi bukan family arrange.”

“Tak faham, sudah. Yang perlu kau faham, aku nak kahwin dalam masa yang terdekat ni. By hook , by crook. Aku nak buktikan pada si angry bird tu, yang aku ni berjodoh! Huhh!”.

Harlina tarik senyum, sebelum dia tertawa kecil.

“Pia…kahwin ni, untuk seumur hidup. Kau tak boleh nak tangkap muat atau pun berkahwin semata-mata sebab nak buktikan sesuatu pada orang lain. Susah-senang alam perkahwinan nanti, bukan orang lain yang rasa. Tapi kau. Jadi, sebelum kau buat keputusan nak kahwin dengan siapa dan bila, baik kau fikir betul-betul. Abaikan je apa yang si angry bird tu nak cakap. Just admit yang dia ‘jaki’ sebab kau lagi cun dari dia. Okey macam tu?”.

“Huk aloh!” dalam tak puas hati , Sofea masih tertawa. Confirm sangat kut dia lagi cun dari si mulut merah tu. Tak setanding langsung!

“ Entahlah Lin, dengan umur macam ni..aku malas dah nak cintan cintun sana sini. Last-last, orang tu pilih orang lain juga. Membazir masa. Jadi, biarlah aku bercinta lepas kahwin. Yang penting, family aku suka dia.”

“Memanglah. Masalah nya disini, macam mana kau nak kahwin dengan dia…kalau nombor phone dia pun kau taka da?”.

Sofea terdiam. Betul juga kan? Hmmmm..macam mana ye?

“Kalau macam tu, melepaslah calon pertama tu nak beristerikan aku.”

Harlina langsung bantai gelak sakan. Tapi bila perasankan rata-rata pengunjung café itu sudah memandang ke arahnya, dia langsung tekup mulut.

“Statement  tak agak-agak. Kalah diva! So, siapa pula calon kedua kau? Haaa…yang ini, baik kau pastikan yang kau ada contact number dia. Tak kuasa aku nak mengekor kau kejar orang yang entah ke mana perginya macam calon pertama ku ni”.

Sofea tarik sengih.

“Don’t worry. Yang calon kedua ni kau kenal amat.”

“Kenal? Siapa? Mamat seluk poket?”.

“Wehh..sengal. Dia dah kahwin lah.”
“Hehehe…dah tu, siapa?”.

“Zafril.” Balas Sofea pendek sambil tayang muka malu-malu.

“Ha? Abang long?”.

agak-agaknya kan..sudi tak abang long kawin dengan Pia?


7 comments:

Norbiha Hj. Sabtu said...

Abang Long??? Anytime je mau!

Anonymous said...

yes abg long

idA said...

alaaaaaa nak abang Umar

Anonymous said...

Ala..umar la..lelaki misteri

Anonymous said...

nak abg umar la...

Anonymous said...

BUKAN KE GAMBAR LAMPU TIDUR HELLO KITTY TU GAMBAR BLOGGER FATIN LYANA ??

Anonymous said...

waa,xnk laa pia ngan abg long.....
nk dy ngan ustaz cafe aka ustaz lesung batu...
cpt2 smbg kak aifa....
-illa-

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon