“Delete…delete…delete!” gumam Sofea
sambil tangannya laju dilarikan di atas skrin Nokia C5 nya. Satu-satu gambar
Naim yang ada dalam telefonnya itu dibuangnya. Biar puas hati!
Sedang asyik menelek skrin telefon,
tiba-tiba ada kelibat yang lalu di hadapannya yang serasanya sambil lalu,
sambil merenung gelagatnya. Cepat-cepat
Sofea angkat muka sebelum mata mereka bertembung. Huhh…si angry bird
rupanya!
“ Awak buat apa tu Zarin Sofea? Dah
taka da kerja, dok belek phone je dari tadi.”
Sofea dah rasa tergigit lidah nak
menjawab. Dah berapa lama agaknya dia dok memerhati depan bilik tadi ye?
“Aaa…ada. Saya nak call supplier ni Puan.”
“ Ye ke? Dari gaya macam bukan nak
buat call. Macam menelek gambar. Gambar siapa?”.
Cepat-cepat Sofea tahan diri dari
tarik muka. Ingat Pia, walau apa pun ..dia masih bos kau. Sila bawa
bersabar.Simpan saja rasa meluat tu baik-baik.
“Ha’ah. Saya tengah telek dan delete
gambar bekas kekasih saya yang curang. Janji nak kahwin dengan saya, tup-tup
bertunang dengan orang lain,” balas Sofea bersahaja.
Tapi bila Nampak mata Puan Zahlia dah sedikit
membulat, waktu tu juga dia rasa macam nak simpan mulut yang terlebih rajin
menjawab tadi dalam laci. Memang cari nahas kau Pia!
“Oh,
ye ke. Well, mesti ada sebab kenapa dia tinggalkan awak. Mungkin, awak
tak cukup bagus untuk dia. Awak kena tahu Sofea, setiap apa yang berlaku dalam
hidup kita ni, terutamanya yang buruk …kita tak boleh nak salahkan orang. Awak
kena tengok diri awak dulu yang mungkin jadi punca semua masalah.”
Gulppp!
Wajah bersahaja Puan Zahlia ditatap
tanpa kerdip. Memang anak dengan mak, sama ye agaknya. Dua-dua boleh berlagak
macam taka da apa-apa berlaku lepas tu tayang muka tak bersalah. Dan sekarang,
dia suruh aku check it out diri sendiri pulak? Bukan dia ke yang suruh aku
datang ke sana kelmarin?
“ Betul tu Puan. Mungkin, saya ni tak
cukup layak nak masuk dalam keluarga dia yang serba bagus tu kut!” bidas Sofea
dengan muka bersungguh-sungguh.
“Apa?” Makin membulat mata Puan
Zahlia. Tapi Sofea buat muka selamba.
Aku tak sebut nama kan? Jadi…Siapa makan sambal belacan, dial ah yang rasa
pedas.
“Tengok. Masih nak cari salah orang
lain.”
Puan Zahlia dah gaya nak naik syeh.
Terasa le tu. Siapa suruh menegur? Kan dah kena berdas-das tembakan secara
tepat.
“Saya tak fahamlah dengan awak ni
Sofea. Cubalah ubah sikap awak tu. Kalau macam ni perangai awak, saya tak
terkejut kalau awak tak kahwin sampai ke tua.”
Whattt? Sofea dah rasa macam nak melompat dari kerusi beroda itu. Ini
sudah lebih ni! Isu kahwin- mawin ni tersangatlah sensitip untuk dia yang dah
ada angka 3 dihadapannya.
Aci tak kalau aku lastik si angry bird ni
jauh-jauh? Sibuk je! Kalau aku kahwin pun bukan nak guna duit kau. Dan yang
penting, aku tak kan kahwin dengan anak kau!
Rasa nak terkeluar je semua kata-kata
tu, tapi entah kenapa hanya tersekat dikerongkongnya.
“Tak apalah Puan. Soal jodoh tu, saya
serahkan bulat-bulat pada Tuhan. Kalau dah tertulis, saya memang tak berjodoh
sampai ke akhir hayat, saya redha. Lebih baik macam tu dari berkahwin dengan
lelaki yang taka da pendirian. Macam bekas kekasih saya ni.”
Kali ini Puan Zahlia tidak menjawab.
Hanya bibir dia yang tercalit gincu merah menyala itu yang Nampak
bergerak-gerak. Entah menyumpah, entah mengumpat dia secara depan-depan tapi
tanpa suara. Sofea tak pasti yang mana satu. Yang penting, dia puas hati sebab
dapat diamkan si angry bird yang sibuk berkicau tepi telinganya sejak tadi.
Busy body yang amat!
“Dah, pergi buat kerja. Jangan dok
membesarkan bontot awak dalam bilik ni,” balas Puan Zahlia sebelum berlalu.
Besarkan bontot? Laju saja dia
menoleh ke belakang. Sengal punya angry bird! Perli tak hengat.
Dan kerja sampingannya tadi
diteruskan tanpa mengendahkan Puan Zahlia yang baru saja berkawad balik
kebiliknya sebentar tadi dengan jelingan tajam.
********
“Lin, aku nak kahwin.”
“Haaa?” Tak jadi Harlina nak pakai
seat belt. Wajah Sofea yang Nampak serius amat itu ditatapnya tanpa berkerdip.
Mamun kea pa minah ni? Taka da rebut, taka
da angina tiba-tiba nak kahwin.
“Okey, aku tahu kau baru jumpa lepas
jumpa angry bird dengan anaknya. Tapi….”.
“Aku bukan nak kahwin dengan Naim,”
tegas Sofea. Mata masih ralit memandang ke hadapan jalan raya. Sesekali
tangannya menukar kepala gear yang
dihiasi dengan hiasan kepala hello kitty.
“Ha? Bukan dengan Naim? Habis tu
siapa Pia? Eh, sejak bila pulak kau jadi two-timer ni beb? Bukan selama ni kau
setia menunggu Naim balik sini ke?”.
“ Naim dah bertunang.”
“Ha?”.
“Ha, ha..tak ada perkataan lain ke
kau nak sebut?” marah Sofea, sambil mengerling sekilas.
“ Ber…ber..”.
“Bertunang, tapi bukan dengan aku.
Dia bertunang minggu lepas….dan jemputan si angry bird hari tu sebenarnya
jemputan pertunangan Naim.”
Harlina sudah menganga. Speechless.
Sesekali wajah serius Sofea direnung. Tenang amat dia berkata-kata. Langsung
taka da tanda-tanda frust. Relax je. Ajaib! Gaya macam Naim tu bukan
siapa-siapa pada dia. Tapi tindakan Puan Zahlia tu….
“ Brengset punya Angry bird. Memang
dasar burung! Sampai hati dia buat macam tu kat kau? Aku ingat, muka dia je
kerek. Rupanya hati dia pun busuk!”marah Harlina bila mood terpinga-pinga nya
mula reda.
“Setakat dia tunangkan Naim tu, aku
tak kisah sangat pun. Yang aku ambil kisah sangat, pasal pagi tadi. Ada ke
patut, dia singgah bilik aku semata-mata nak cakap yang dengan perangai aku ni…aku
tak kan kahwin sampai ke tua? Hahhh..silap besar la! Tengok nanti camane. Siapa
yang kahwin dulu. Aku atau Naim! Hahahaha.”
Sofea sudah gelak besar. Wajah serius
tadi, hilang. Ganti pula dengan wajah tersengih-sengih. Harlina garu kepala. Konfius
sudah. Apa motif si angry bird cakap
camtu?
“Tapi kan beb, kalau bukan dengan
naim kau nak kahwin dengan siapa sebenarnya ni? Kau mana ada kawan lelaki lain
selain dia,”
“ Weii..kau jangan pandang aku tak da
mata ye Lin. Ini Pia tau. Aku ada dua calon menunggu. Saja je aku tak story the
mory dengan kau. Haaa…sekarang, aku nak bawa kau jumpa calon yang pertama.
Jeng..jeng..jeng. Kau duk diam-diam sudah. Pakai seat belt. Aku nak speed ni.
Wahai bakal suamiku…I’m coming!” balas Sofea sambil gelak.
CUma Harlina yang teragak-agak nak
ketawa. Dua calon? Biar benar Pia ni!Terbelit kea pa fius dalam kepala dia tu?
*****
“ Umar, taka da?”
Penjaga kaunter bayaran itu hanya
geleng kepala sambil tersenyum.
“Dia pergi mana?”
Jungkit bahu pula.
“Dia..masih kerja sini kan?”
Angguk kepala.
“Awak, ada nombor contact dia tak?”.
Geleng pula.
Sofea ketap bibir. Ikut hati, rasa
nak cepuk je mamat yang ganti umar jaga kaunter ni. Tapi bila nampak papan tanda telinga dan mulut yang dipangkah
tu, dapat diagak yang mamat ni tergolong dalam orang kurang upaya. Ahh, apa
yang nak dimarahkan sangat Pia. Dia senyum pun, dah cukup baik.
Sambil melangkah kea rah Harlina,
kepalanya dijentik berkali-kali. Serius menyesal, sebab tak minta nombor
telefon dia tempoh hari. Kalau tidak, tak le susah nak buat sesi mencari harta
karun macam ni. Alahai Umar, ke mana awak ni?
“Mana calon pertama kau tu?” soal
Harlina sambil bibir tersongket. Perli le tu.
“ Hilang.”
“Hilang? Macam mana pula tu? Bukan
kau dah janji nak jumpa dengan dia kat
sini ke? Kenapa tak call dia, Tanya dia kat mana”.
Sofea menggeleng, longlai habis.
“Aku mana ada nombor telefon dia daaa…”.
“ Nombor phone tak ada?”.
Sofea geleng lagi. Harlina tepuk dahi.
Ni apa kes pula budak Pia ni? Takkan dek kerana semata-mata kena ‘tulah’ dengan si angry bird
tu pasal jodoh dia, terus hilang arah kut.
“So, cik Pia. Memandangkan kau taka
da pun nombor phone dia,atas assumption apa kau datang sini sebenarnya? Boleh
kongsi dengan aku?”
“Mamat tu kerja kat sini,” balas
Sofea, perlahan.
“Oooo…owner café ni ke?”.
Geleng kepala.
“Mamat cashier cum chef.”
“What?” Harlina pula yang geleng
kepala kali ini. Milo ais dihadapannya disedut kasar sebelum kembali merenung
wajah sahabatnya yang nampak kusut. Hailah Pia, desperate sangat ke kau ni
sampai aci kebas je siapa-siapa pun?
“ Berapa lama dah kau kenal mamat ni?”
soal Harlina dengan nada suara perlahan. Malas nak provoke-provoke dah.
“3 minggu.”
“3 minggu kenal, kau dah nak ajak dia
kahwin? Biar benar kau ni Pia! Hati budi dia pun kau belum kenal. Atau, kau
dengan dia dah ter…”
“ Kau ni, sengal la Lin. Aku masih
waras lagi la. Naim yang aku kenal 5 tahun tu pun, setakat pegang tangan
gitu-gitu je. Takkan lah aku nak ter… dengan mamat ni. Memang kami baru kenal. Tapi,
mama Dhuha dengan family aku yang lain suka kat dia,” balas Sofea. Malas-malas
dia hirup teh suam.
“Oooo…family arrange la ni.”
Sofea geleng kepala.
“Isyhhh..kusut la kau ni Pia. Tak
faham aku. Tadi kata, mama Dhuha suka..tapi bukan family arrange.”
“Tak faham, sudah. Yang perlu kau
faham, aku nak kahwin dalam masa yang terdekat ni. By hook , by crook. Aku nak
buktikan pada si angry bird tu, yang aku ni berjodoh! Huhh!”.
Harlina tarik senyum, sebelum dia
tertawa kecil.
“Pia…kahwin ni, untuk seumur hidup.
Kau tak boleh nak tangkap muat atau pun berkahwin semata-mata sebab nak
buktikan sesuatu pada orang lain. Susah-senang alam perkahwinan nanti, bukan
orang lain yang rasa. Tapi kau. Jadi, sebelum kau buat keputusan nak kahwin
dengan siapa dan bila, baik kau fikir betul-betul. Abaikan je apa yang si angry
bird tu nak cakap. Just admit yang dia ‘jaki’ sebab kau lagi cun dari dia. Okey
macam tu?”.
“Huk aloh!” dalam tak puas hati ,
Sofea masih tertawa. Confirm sangat kut dia lagi cun dari si mulut merah tu. Tak
setanding langsung!
“ Entahlah Lin, dengan umur macam
ni..aku malas dah nak cintan cintun sana sini. Last-last, orang tu pilih orang
lain juga. Membazir masa. Jadi, biarlah aku bercinta lepas kahwin. Yang penting,
family aku suka dia.”
“Memanglah. Masalah nya disini, macam
mana kau nak kahwin dengan dia…kalau nombor phone dia pun kau taka da?”.
Sofea terdiam. Betul juga kan?
Hmmmm..macam mana ye?
“Kalau macam tu, melepaslah calon
pertama tu nak beristerikan aku.”
Harlina langsung bantai gelak sakan.
Tapi bila perasankan rata-rata pengunjung café itu sudah memandang ke arahnya,
dia langsung tekup mulut.
“Statement tak agak-agak. Kalah diva! So, siapa pula
calon kedua kau? Haaa…yang ini, baik kau pastikan yang kau ada contact number
dia. Tak kuasa aku nak mengekor kau kejar orang yang entah ke mana perginya
macam calon pertama ku ni”.
Sofea tarik sengih.
“Don’t worry. Yang calon kedua ni kau
kenal amat.”
“Kenal? Siapa? Mamat seluk poket?”.
“Wehh..sengal. Dia dah kahwin lah.”
“Hehehe…dah tu, siapa?”.
“Zafril.” Balas Sofea pendek sambil
tayang muka malu-malu.
“Ha? Abang long?”.
agak-agaknya kan..sudi tak abang long kawin dengan Pia? |
7 comments:
Abang Long??? Anytime je mau!
yes abg long
alaaaaaa nak abang Umar
Ala..umar la..lelaki misteri
nak abg umar la...
BUKAN KE GAMBAR LAMPU TIDUR HELLO KITTY TU GAMBAR BLOGGER FATIN LYANA ??
waa,xnk laa pia ngan abg long.....
nk dy ngan ustaz cafe aka ustaz lesung batu...
cpt2 smbg kak aifa....
-illa-
Post a Comment