Followers

Wednesday, May 29, 2013

My Dear Mr Dimple 8





“ Jemput makan.” 

Sofea hanya merenung kosong kea rah pinggan yang berisi dim sum yang tersusun elok 3 biji. Lambat-lambat dia menoleh ke sisi sebelum dia tergamam seketika.  Macam kenal. Tapi....eh, Mamat ni? Macam mana pula dia boleh ada kat sini?

“Maaf, saya tak tahu cik suka makan apa. Jadi, saya ambilkan ini,”

“Terima kasih.” Balas Sofea pendek. 

Dengan rasa tertanya-tanya yang masih ada , garfu dicapai perlahan sebelum dim sum yang masih berasap itu dibelahnya dua sambil mata yang masih berkaca dibiarkan merenung ke arah pinggan.Entah kenapa akalnya masih sukar nak di’centre’ kan bila dapat kejutan seperti tadi. 

Malam ini majlis pertunangan Naim, tapi bukan dengan dia? Gila lah! Bukan baru minggu lepas ke dia melamar aku dalam kereta? Jadi, cincin yang dia bagi tu, untuk apa? Buat tukun? Atau jual je dekat pajak bila dah sengkek sangat?

“ Cik, okey?” soalnya lagi. Nada suara dah macam orang berbisik betul-betul dekat sebelah telinga Sofea.

“ Kenapa pula tak okey?” balas Sofea, sedikit berang sambil matanya menjeling kea rah lelaki disebelahnya itu.

“Aaa…kalau macam tu, cik makan dulu lah ye.”

Langsung bibirnya dijuih ke hadapan. Menyampah! Tiba-tiba pula jadi mesra alam ustaz lesung batu ni. Masa dekat café sebelum ni, bukan main pemalu. Bila jumpa kat sini, dah berubah karakter pula. Kopiah pun tak ada di kepala. Nak kata dia kerja kat sini, tak pula dia pakai cheongsam macam pelayan yang lain.

“Assalamualaikum…cik ni, siapa ye? Kita pernah jumpa di mana-mana ke?”

Sofea langsung berpaling bila bahunya ditepuk perlahan. Si cantik jelita yang tadinya anggun di pentas kecil tengah bilik VVIP itu sudah elok saja berdiri di antara kerusi dia dengan ustaz lesung batu dengan senyum simpul. Laju saja mata Sofea memandang kea rah sekelilingnya, mencari kelibat seseorang. Tak pula Naim mengikut sama datang menegur, takut lah tu! Takut kena amuk macam dalam cerita Madu 3 tu sebab kahwin tanpa izin kut.

Heh, silap besar la! Ini Pia! One go, hundred come!

Tapi, apa pula alasan yang kukuh lagi munasabah nak bagi pada dia ni? Nak mengaku sebagai bakal tunang Naim yang direject last minute oleh mak mentua tak jadi? Gile ke apa? Sah-sah kena usir keluar dari bilik ni nanti. Fikir Pia, fikir!

“Wa..waalaikumussalam. Saya…saya datang dengan dia. Dia tunang saya! Kan awak?” balas Sofea sambil tangannya laju menepuk mesra bahu mamat lesung batu. Maaf ustaz, saya pinjam awak sekejap ye!

“Tunang? Umar tak pernah beritahu kami pun yang dia dah ada tunang? Umar?” Kali ini soalan beralih pula pada ‘tunang express’ nya. 

Sofea dah tersipu-sipu segan sendiri. Umar? Nama dia Umar? Minah ni kenal dia?

Oh mai.

 Masa tu juga rasa macam dim sum dalam mulut nak terhambur keluar.

“ Tunang je kut. Kenapa nak kecoh-kecoh. Kalau nak nikah nanti, aku beritahulah. Jangan risau,” balas Umar bersahaja. Dengan langsung tak kalih mata,  selamba je dia cicah dim sum dengan sos sebelum suap dalam mulut. Gila cool! Tak berkerdip mata Sofea merenungnya. Lain sungguh karakter ustaz ni bila diluar rupanya.

“ Tapi..bukan ke kalau bertunang, kita nak kena adakan majlis ? Macam sekarang ni? Perlu ada ahli keluarga…”.

“ Lelaki tak perlu minta izin ayah dengan mak untuk berkahwin. Tak kan itu pun kau tak tahu?”

Kali ini mata Sofea sudah berkalih pada perempuan di sisinya. Muka nampak tak puas hati je dengan jawapan ustaz Umar ni. 

Sofea sudah naik kompius di situ.

Siapa perempuan ni pada ustaz umar ni ? Kekasih lama ke? Haaa..eloklah tu. Aku datang tengok Naim bertunang dengan perempuan ni, dan si umar ni pula datang untuk tengok ex awek dia bertunang dengan Naim. Senasib rupanya kami! Dah lah pakai baju pun sama warna. Macam berjanji!

“ Kalau betul dah bertunang, mana cincinnya?”lagi soalan berbentuk provokasi merangkap tak puas hati.

Erkk! Cincin? Jari jemarinya yang kosong ditelek dengan hujung mata.Hancus!! Kantoi abad macam ni! Apa aku nak jawab?

“ Mayra, mama panggil. Photo session. Sekarang,” tiba-tiba saja suara yang hampir dua minggu lebih tak kedengaran, datang mencelah.

 Tajam mata Sofea merenung wajah lelaki yang segak berkemeja sedondon dengan Mayra.  Anak  matanya jelas nampak takut-takut bila mata mereka bertembung secara tak sengaja. Entah pada siapa yang dia takut, Sofea tak pasti. Takut kena amuk dengan dia atau dengan mama dia tu? Hampeh punya Naim! Memang dasar pengecut! Anak mama! 

tara guna punya Naim! Anak mak! huhh

Mata Sofea kembali berkaca. Bila teringatkan suasana majlis bertukar cincin sebentar tadi, hatinya jadi sentap semula. Tekak rasa kering, nak menelan air liur pun rasa payah. Tambah sentap bila Naim pura-pura tak kenal dengan dia. Dok tunjuk muka ‘selenga’ dia pada Mayra. Sampai hati dia! Sampai hati!

“ Umar, jom!”.

Umar, Jom? Sofea kalih kea rah Umar yang hanya geleng kepala tanpa memandang. Dijeling pula sekilas ke arah Mayra yang nampak muka beria-ia mengajak. Langsung buat tak heran dengan Naim disebelahnya.

 Ni ape kes ajak ex-pakwe ambil gambar sekali? Dah mamun ke dia ni? Udah tu, kenapa pula Naim tak ajak dia sekali? 

Eh, kalau terasa nak kena penggal kepala dengan si angry bird tu pergilah Pia! Dah cukup pelik kau ada kat sini tanpa diundang. Nak tambah pelik, gambar bersama ala-ala satu keluarga bahagia? Hentikan!

“ Sorry, not interested!”.

Sekali lagi wajah tenang Umar dipandang. Serius, mamat lesung batu ni…something. Penuh dengan misteri yang tersendiri.

“Mayra, I pergi dulu lah macam tu.”

Nah, si pengecut dah nak lari. Panas le tu, duduk dekat-dekat dengan aku. Ini baru panas di dunia la mommy’s boy. Panas di akhirat sebab menipu aku hidup-hidup belum tentu kau dapat lari!

“Okey, you pergi dulu ye Am. Umar…jomlah.”

“ Just go, Mayra! Tak cacat gambar tu nanti kalau aku tak ada sekali. Awak, jom kita ambil angin dekat luar.”

Sekali lagi Sofea terkedu tanpa kata . Serius lain karakter dia ni. Pandai juga dia marah rupanya ye. Tapi… Awak tu, merujuk pada siapa ye? aku ke? Sofea?

“Awak…”.

“Aaaa…okey. Jom! Jom!” balas Sofea sambil terkocoh-kocoh mengambil beg tangan di atas lantai. Dan mereka melangkah keluar dari bilik itu, tanpa sedikit pun berpaling. 

********

“Nah….”.

Sofea kerling sekilas ke sisinya sebelum geleng kepala dan alih pandangan semula ke hadapan. Lututnya kemudian di tarik rapat ke dada dengan susah payah. Menyesal besar dia pakai baju kebaya tadi. Nak duduk bersila pun payah.

"Saya tak nangislah. Simpan je lah sapu tangan awak tu." balas Sofea dengan mata mencerun ke arah jalan tar dihadapannya.

Umar yang segak berkemeja itu hanya tersenyum nipis. Sapu tangan yang tidak bersambut hanya di letakkan di atas pehanya usai sama-sama duduk bersila di tepi pembahagi jalan itu.

“ Sebenarnya, saya tak tahu sejauh mana hubungan cik dengan tunang Mayra . Tapi,reaksi cik masa mula-mula tadi macam ada sesuatu antara cik dengan dia ”.
Sofea angguk perlahan, seakan mengiyakan.

“ Dia..lelaki tu. Lelaki yang pernah meminang saya.” Tutur Sofea, lambat-lambat. Wajah langsung tak beriak. Plain.

“ Tapi…apa yang berlaku tadi, berpunca dari saya. Pinangan dia, saya ambil sambil lewa. Saya lari-lari. Jadi, bukan salah dia..kalau dia ada orang lain,” tambah Sofea lagi sambil tahan air mata yang gigih nak melompat keluar sejak tadi. Bertahan Pia, bertahan! Pia kuat! Pia hebat! Apa barang menangis sebab lelaki?

“Ooo…”.

“Oooo je?” Tiba-tiba Sofea naik syeh. Bukan nak cakap sabarlah, tak apalah. Tapi...ooo?

“Aaaaaa…”.

“Aaaaa..pulak? Awak ni memang berat mulut kan? Saya rasa, sepanjang saya kenal awak..tadi tu lah ayat paling panjang awak pernah cakap dengan saya kan? Ada apa dalam mulut awak tu? Emas?”

Umar langsung tergamam. Tapi…nama nak pandang muka dia yang tengah naik syeh ni memang tidaklah. Tunduk je pandang ke bawah. Tangan pula dok kuis-kuis sapu tangan yang dah sedondon dengan warna kemeja yang dipakai. Unggu muda. 

“ Aaa…lupa. Awak ni kan ustaz. Awak hanya cakap, bila ada benda yang penting saja kan? Macam tu?”.

“Saya bukan ustaz.”

“ Memanglah dah bukan ustaz, sebab awak dah berhenti dari kerja dekat Café Al-Faliq tu kan? Awak buat salah apa ye? Curi-curi makan waktu kerja ye?”.

Lelaki disebelahnya itu langsung angkat wajah. Gaya macam nak cakap sesuatu, tapi boleh pula dia tunduk semula. Diamkan diri. Sangat berbeza sikap dia waktu sekarang dengan waktu di dalam restoren itu tadi. Tadi waktu depan Mayra nampak serius, garang. Tapi sekarang?

Sofea dah mula rasa tak betah untuk duduk. Langsung dia berdiri sambil cekak pinggang. Hilang mood kecewa, marah pada Naim beralih pula pada si mamat lesung batu yang dah gaya macam burung kasawari ni. Cakap sikit nak tunduk kepala.

“ Awak dengan Mayra tu, ada hubungan ye? Ex-girlfriend awak, barangkali? Umar, awak kan pernah nampak saya dengan Naim minum dekat café tu. Awak pun tahu, saya selalu ke sana. Kenapa awak tak bagi amaran awal-awal pada saya kalau awak dah tahu yang Naim tu bakal dijodohkan dengan Mayra? Ha? ”

“ Saya tak kenal cik, jadi rasanya tak wajar untuk saya masuk campur hal peribadi cik.”

“Cik…cik. Saya ada nama lah! Nama saya Sofea. Zarin Sofea.”

“Saya Umar. Umar Faliq.”

Umar Faliq? Sofea langsung terdiam. Matanya ligat digerakkan ke kiri, ke kanan. Umar Faliq, café al-Faliq. Eh, tak kan lah dia ni owner café tu kut! Tak mungkin!

“ Kalau betul, lelaki tu pernah lamar awak…awak patut bersyukur yang hal seperti ini berlaku sebelum awak terima lamaran dia.”

Syukur? Wajah tenang Umar di kerling sekilas sebelum perlahan-lahan punggungnya dilabuhkan semula di sisi lelaki itu. Diam seketika, cari kekuatan nak membidas ustaz tak jadi disebelahnya ini.

“ Kalau hal seperti ni berlaku bila awak dah kahwin dengan dia, saya rasa mungkin awak tak berkedaan macam sekarang. Mungkin…awak dah amuk satu bilik tu tadi,” tambahnya lagi dengan senyum pendek dihujung bibir.

Ceh! Kurang asam terlebih garam betul dia ni. Perli aku le tu!

“Eleh,  gaya cakap macam ada pengalaman je! Mayra tu siapa sebenarnya pada awak? Ha?Awak pun macam saya kan, kena tinggal dengan dia.” Bidas Sofea. Penuh rasa yakin. 

“Mayra tu bukan sesiapa pada saya. Ex- bukan. Tunang, jauh sekali.”

Akhirnya, Sofea tertawa kecil. Tak sangka mamat  yang dia kenal dek kerana suka tunduk, curi-curi pandang  je sebelum ni pandai juga buat lawak.

“Habis, yang dekatnya apa, siapa?”.

“Awaklah. Awak kan tunang saya” balasnya sambil terus buang pandangan kea rah dataran parkir kereta.

“Tunang?” soal Sofea separuh menjerit.

“Zarin Sofea, kenapa tunggu diluar? Kata tadi nak jumpa dekat lobi hotel kan?”.

Sofea sudah kaku di situ bila melihat wajah Abang Long yang nampak terkejut, wajah Mama Dhuha yang tersenyum dan juga wajah dua orang adik lelakinya yang tersengih mengejek.Cepat-cepat dia bangun sambil membuang daun-daun kering yang melekat di bajunya.

“Errr…abang long…mama…Rin sebenarnya. Macam ni…”

“Jadi, ini bakal tunang Zarin tu?” soal Mama Dhuha tiba-tiba. Wajah Sofea terasa panas. Segan-segan nak pandang pada Umar. Ini sudah kes berat ni. Kalau tadi dia mengaku yang Umar sebagai tunangan, tak apa lagi. Bohong sunat untuk menyelamatkan keadaan. Tapi sekarang, tak kan dengan keluarga sendiri nak berbohong? Dan...macam mana pula mama boleh anggap mamat ni….

“Iye makcik. Saya. Saya Umar Faliq.”

Dan waktu itu juga, nafas Sofea sudah rasa tersekat dikerongkong.  Rasa nak rebah pun ada bila tengok reaksi bersahaja Umar yang mesra bersalaman dengan abang long, Zaim dan Zafran.
Ya Allah, apa dah jadi ni? Mintak nyawa! Mintak nyawa!

Mama Dhuha pula dah angkat  ibu jari tangan tinggi-tinggi tanda setuju. Habislah kau Pia! 


p/s: tq for reading. do appreciate ur comment kawan2. maaf kalau typo. unedited version ;-) ohhh....by the way..inilah umar faliq ;-)

ini le kununnya umar faliq@ si mamat lesung batu

7 comments:

Anonymous said...

Nie bru cun...
Si lesung batu nie selamba jea ngaku dy bkal tunang sofea...
Naim pengecut btol,dsar ank mak!!!
Xper pia, si lesung batu aka umar sdg menunggumu....hahaha
nk lg kak aifa,x sbar nk tunggu sambungan dy...
-illa-

Anonymous said...

Ni bt xsbr nak bace lbh...

Anonymous said...

Assalamualaikum. Inilah hikmahnya ditinggalkan oleh Naim, ada yang lebih baik menanti! Cepatlah sambung cerita, tak sabar nak tahu nasib Mayra dapat tunang anak emak. Semoga bahagia...!

Anonymous said...

Pengecut pnye Naim,. kalau saya dkt tmpt sofea, dh lme dh sye bgi pnumbok kat naim tu.. haishhh!! minta Nyawa, minta nyawa,.... haha,..

-aira-

Ariffah Mohd Nor said...

Dah lah mungkir janji, pastu leh wat sombong pulak..mmg x de ciri2 lelaki solehlah si naim mommy's boy tu..mujur de ustz lesung batu yg hencem..hik. Hik..keep a good job aifa.

idA said...

kesian pia kan..dimainkan perasaannya oleh mamat sengal anak mak tu..nasib baik dia tidak menerima pinangan mamat sengal tu..apa terjadi sebenarnya ni..
dan ya mamat poyo tu mmg best..boleh dia join sekaki mengia kan apa yg tidak betui..mengakui bahawa dirinya adalah bakal suami pia..abis la..mcm mana ek..apa akan berlaku seterusnya..

Anonymous said...

Fuyoo... hensem giler ustaz Umar ni... Hmm... bagus sgtlah Sofea clash dgn si Naim.... Yg baru ni lagi macho.... Hahaha....

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon