Followers

Sunday, March 25, 2012

Meh, Sandar Pada Aku! Bab 1

“ Ha..dah sampai dah. Jom kita!”

Tasneem membeliakkan matanya yang sepet itu kearah bangunan putih dua tingkat itu. Laaa…sini ke tempatnya? Macam kilang je !Bukan ke bangunan HQ patutnya besar? Dalam internet, tunjuk gambar lain. Tapi yang ini…

“ Anim…apa yang kamu buat ternganga lagi tu? Keluarlah cepat. Akak nak pergi ‘punch’ kad ni. Lagi 5 minit pukul 8!”

Lamunan Tasneem terhenti di situ. Dia sengih sendiri. Kak Mastura dah cekak pinggang di luar kereta. Salwa pula dah siap-siap buka kan pintu kereta untuknya. Lagak dah macam tuan besar pula. Sudahlah tadi dia duduk di belakang seorang diri.

‘ Sorry kak ! Tergamam pula saya tengok bangunan ni ! “

Kali ini Mastura pula yang tersengih.

“ Hehhh...ni mesti dalam ati mengutuk bangunan ni kan? Yang kamu tengok dalam internet tu, HQ. Memanglah cantik...besar. Tapi, kamu di tugaskan praktikal di sini. Bahagian luar. Ada paham ? ‘

‘ Oooo..macam tu. Baik, berita terima ! ‘

“ Kau ni, poyo la anim. Aku kan dah cakap awal-awal kat kau malam tadi. Tapi kau tak percaya!”

“ Yelah..yelah. Tak kisahlah mana-mana pun. Asalkan ada tempat nak praktikal. Jom cepat! Nanti Kak Mas dah masuk, kita pula tertinggal kat luar!”


*****************

Mereka berdua hanya duduk di sofa oren sambil memerhatikan gelagat staf-staf pejabat itu yang masing-masing baru sampai. Macam-macam gelagat yang boleh dilihat. Ada yang kelam kabut dukung anak sambil tangan ‘punch card’. Ada juga yang lemah longai berjalan macam itik pulang petang.Ahhhh..begini agaknya alam pekerjaan. Hiruk pikuk!

“ Salwa, kamu ikut kak Hidayah jumpa Dr. Cheong. Anim, kamu pula ikut akak jumpa Dr. Syed ye!”

Kening Tasneem berkerut. Seketika dia berbalas pandangan dengan Salwa yang kebetulan satu fakulti, satu rumah sewa dengannya. Dan sekarang, satu tempat praktikal pula!

“ Kak Mas, Anim dengan Awa kerja lain bahagian ye!”

“Mestilah. Kamu kan bahagian kejuruteraan. Awa bahagian polimer. Mana boleh sama. Dah, jangan banyak soal. Ikut akak cepat”

Tasneem mencebikkan bibirnya. Ceh Kak Mas ni, kata sepupu. Tapi bila masuk opis, mula la nak tunjuk ek’ pulak kan. Huhhh..benci!

Dalam benci, dia hanya menurut langkah Mastura dari belakang. Dr.Syed? Emm..macam mana la agaknya orangnya ye! Mesti dah tua, berjanggut macam ‘bapak-bapak’ kan? Seingatnya pensyarah yang ada panggilan Dr PHD ni semuanya dah tua-tua. Releks Anim...releks.Praktikal aje kot! Bukannya kerja!

Dan langkahnya diteruskan dengan senyuman berpanjangan hinggalah akhirnya Kak Mastura berhenti di bilik kaca berhampiran pintu keluar ke arah makmal luar.

“Assalamualaikum Dr.Syed! Student praktikal Dr. Syed datang lapor diri hari ni.”

Kak Mastura menyapa setelah megetuk pintu. Dari belakang, Tasneem mencuri pendang ke wajah lelaki yang sedang tunduk, sibuk meniliti kertas-kertas dihadapannya.
Ini ke Dr.Syed? Mudanya! Tak kan kot!

‘ Waalaikumussalam. Emmm..saya tengah sibuk sekarang Mas. Suruh dia tunggu saya di luar dulu. Setengah jam lagi suruh dia datang jumpa saya, ‘ balas Dr.Syed tanpa sedikit pun mengangkat wajahnya.

“ Baik Dr. Nanti bila kerja Dr. Dah selesai, inform pada saya ye!”

“Hmmmm...”.

Perlahan-lahan pintu sliding kaca ditarik semula. Secara automatik, bibirnya dijuihkan lagi. Sombong gila kot dia ni. Kot ye pun sibuk, angkatlah muka bila bercakap dengan kak Mas tadi. Ini tak. Macam tu ke gaya pegawai kat sini? Teruknya!

“ Kak, Dr.Syed tu memang sombong macam tu ye!”

“Sombong?” Soal Kak Mastura. Keningnya diangkat tinggi.

“Iyelah. Orang yang sombong dan perasan diri dia bagus je yang tak pandang orang lain waktu bercakap. Apa..dia ingat dia tu pangkat Dr...ada PHD, boleh layan kita macam tu?”

“Syhhhhh.....!”

Tasneem terdiam bila jari Mastura melekap di bibirnya.

“ Kamu ni Anim, cakap tu slow-slow la sikit. Hisyhhh...suka atau tak, Dr.Syed tu tetap penyelia kamu untuk 6 bulan akan datang ni. Jangan cakap bukan-bukan pasal dia. Nanti, kalau dibuatnya dia gagalkan kamu..kan ke susah ? ‘

‘ Masalahnya kak, kalau macam tu lah sikap dia...Anim buat kerja elok pun confirm gagal jugak ! Haiii..nasib Animlah dapat penyelia sombong, berlagak macam dia...huurmmmm.. ‘.

‘ Dia bukan sombonglah Anim. Memang sikap dia macam tu. Dia memang jarang berkerja dengan perempuan. Pembantu makmal yang kerja bawah dia, semuanya lelaki. Ketua Unit dia pun lelaki. Direktor department ni? Hmmm..nasib baiklah lelaki.”

“ Kenapa dengan dia tu Kak Mas ? Dia tu suka kaum sejenis ke? Dah la muda…putih-putih…macam jambu je!” Soal Tasneem sambil gelak kecil.

‘ Hisyhh kamu ni ! Celupar betul lah ! Akak cubit mulut kamu tu, baru kamu tahu ! ‘

‘ Laaa...salah ke apa Anim cakap tu kak ? Kalau betul dia selesa bekerja dengan lelaki, kenapa ambil Anim jadi pelajar praktikal dia ? Haa...biar Anim teka, mesti dia belum kahwin kan ? Macam mana nak kahwin kalau tengok perempuan pun tak nak. Confirm dia tu.... ‘

“ Dia bukan tak pandang langsung.  Bila perlu, kalau ada urusan rasmi dia pandang. Tadi tu, dia tengah sibuk. Akak dah faham sangat pe’el dia tu. Tapi kan Anim, kalau dia pandang…perghh…boleh masuk terus dalam ati tau! Pandangan mata dia sangat tajam dan…..”

Penerangan Kak Mastura terhenti di situ bila telefon dihadapannya tiba-tiba berbunyi.

“ Iye saya. Baik. Saya suruh dia jumpa Dr. Syed sekarang.”

Tasneem hanya memandang tepat ke wajah sepupunya. Biar pun butir perbualan sudah didengar, sengaja dia hendak mendengarnya sendiri dari mulut Mastura.

“ Haaa..tercegat apa lagi kat situ. Pergilah jumpa Dr.Syed. Kamu ingat lagi kan bilik dia di mana? Opis ni bukannya besar, tak sesatnya kamu nanti.”

“Emmm...Kak Mas, tak ada pegawai lain ke yang nak kan pelajar praktikal selain Dr. Sombong tu?”

“Hisyhh kamu ni, dah dapat tempat praktikal pun dah cukup baik dah. Ni ada hati pula nak request penyelia lain ye! Dah, Pergi cepat! Dr. Syed tu tak suka orang lambat-lambat. Dia tu punctual orangnya ! ‘.

‘ Yelah..yelah....’.

Tasneem mencapai perlahan fail dan buku lognya yang diletakkan di atas meja Mastura tadi. Apalah nasib badannya dapat penyelia macam tu. Sudahlah sombong, berlagak, anti perempuan, gg...ermmm...yang akhir tu, macam tak sesuai je disebut. Kalau dah confirm dia macam tu, baru boleh sebut. Hmmm....apa-apa jelah!

***********

“Assalamualaikum. Boleh saya masuk?”

Yes, come in!”

Perlahan-lahan Tasneem melangkah masuk ke dalam bilik yang penuh dengan fail dan buku-buku yang kemas teratur di atas rak. Tanpa disuruh, dia menarik kerusi merah dihadapannya lalu duduk.

“ Aku ada suruh kau duduk ke?”

Erkkk....aku ? Apakah ? Laju Tasneem berdiri tegak semula. Matanya tajam memandang ke arah lelaki yang masih tekun memandang ke arah skrin komputer ribanya.

‘ Lain kali, kalau orang tak suruh duduk..jangan duduk. Itu tak ada adab namanya. Hmmm...duduklah. ‘

Tasneem mencebik. Itu nak cakap, yang dia tak ada adablah tu kan ?Geshhh....perlahan-lahan dia menarik semula kerusi merah itu lalu duduk. Matanya kemudian kembali meliar memandang ke sekeliling bilik itu. Serius kemas giler bilik ini. Macam bilik perempuan ! Entah-entah, ini bukan bilik dia kot. Dia tumpang aje. Tak perasan pula tanda nama dia kat depan pintu tu tadi.

“ So, kau datang sini nak praktikal kan?”

“ Ye, saya.” Emmm…sesuai ke soalan tu ditanya? Bukan dia ke yang minta student praktikal?

“ Kau ambik kursus apa kat universiti?”

‘ Kejuruteraan kimia, tapi major bioproses. ‘

“ Hmmm…”.

Pause.

Setengah jam berlalu....

 Dr.Syed sombong tu masih tekun memandang skrin computer ribanya sambil jarinya menaip laju. Tasneem dah mula rasa tak selesa. Apa ni…kalau ada kerja, cakap saja lah. Boleh juga dia tunggu di luar, lepak-lepak dekat meja Kak Mas. Ini tidak. Dia buat macam tugu pula. Biar je duduk depan dia macam tu.Hisyhhh....tak boleh jadi ni. Cakap Tasneem. Suarakan rasa tak puas hati tu. Kalau tak cakap, mana dia tahu!

“ Dr.Syed sibuk ke? Kalau sibuk, saya tunggu di luar sajalah.”

“ Tak pe. Dah siap dah laporan ni.”

Cehhh!!! Kalau ada kerja, buat apa lah dia panggil datang bilik dia ni? Kalau tidak, boleh juga setengah jam yang berlalu tadi dia peruntukkan untuk bergossip, mengutuk, mengata dengan Kak Mas tentang Dr.Syed Sombong ni. Sabar je lah!

“ So, biasa buat proses amidasi?”

“Ha? Apa?” Wajah Tasneem berkerut. Apakah? Kali pertama dia dengar perkataan seperti itu.

“Amidasi.”

“Apa tu?”

“ Hai..kata tadi, engineer kimia. Tak kan itu pun tak tahu.”

Tasneem ketap bibir. Geram. Sudahlah cakap tak pandang. Tangan dok sibuk menaip lagi, sempat juga mengutuk tu!

“ Saya engineer. Bukan chemist!”

“ But all of chemical engineer should learn about chemistry. Patutnya semua term-term tu, ada kat hujung jari je.”

“Okey fine. Nanti saya google. Amidasi kan?” soal Tasneem sambil mencatat sesuatu di buku notanya. Pen ditangannya ditekan kuat. Hati sakit. Rasa tercabar, rasa dicabar. Semua di hujung jari ye. Esok, dia datang bawak kitab lama ‘Kimia Organik’ masa tahun 1 pengajian dulu.

“ Lagi?”

“Apa yang lagi?”

“ Nama saya. Dr.Syed tak nak tahu nama saya ke? Macam mana saya nak berkerja dengan Dr.Syed kalau nama saya pun Dr.Syed tak tahu.”

“Penting ke?”

Penting ke? Urghhhh..serius! Lelaki jenis apa yang ada didepannya ni?

“ Habis, macam mana Dr.Syed nak beri tugasan dan arahan pada saya kalau nama saya pun Dr.Syed tak tahu?”

Akhirnya lelaki dihadapannya itu mengangkat wajahnya dari terus memandang ke skrin komputer ribanya. Tangan dan tubuh Tasneem terasa menggeletar taktala mata mereka bertembung. Seakan macam ada satu kuasa dah meresap masuk ke dalam badannya. Mata dia memang...

“ Itu bukan masalah kau. Aku yang bagi arahan di sini. Jadi terpulang pada aku sama ada nak panggil kau Kiah ke...Minah ke. Tugas kau, buat seperti yang di arah kalau nak lulus. Faham?”

Erkkk...Tasneem telan air liur. Perlahan. Nama baik-baik arwah papa bagi, Afnan Tasneem…tapi dia nak panggil aku Kiah? Ada ke patut?

“ Ikut suka Dr.Syed lah…saya yang menurut perintah,” balas Tasneem perlahan. Ada sedikit senyuman di hujung bibir lelaki itu taktala jawapan itu diberi.

“Okey, kau boleh ambil tempat di luar sekarang.”

Tasneem lantas berpaling ke belakang. Matanya pantas mencari ruang-ruang kosong di dalam makmal itu. Tak nampak macam ada meja kosong pun yang disediakan untuknya !

‘ Saya nak duduk mana ye Dr.Syed ? ‘.

“ Depan bilik aku. Senang aku nak pantau.”

Depan bilik? Sekali lagi Tasneem menoleh. Meja tu kan penuh dengan peralatan mesin Kromotagrafi. Celah mana pula dia nak duduk ni?

“ Meja ni dah penuh....”

“ Meja je penuh. Kerusi tu, tak ada siapa yang duduk. Kau duduk je situ buat sementara. Nanti kalau dah masuk makmal, tak ada masa pun nak duduk. ‘

‘ Baikkk..saya yang menurut perintah. ‘

Perlahan-lahan Tasneem bangun. Pintu sliding kaca ditutup perlahan sebelum dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi makmal itu.

Seketika, jam ditangannya di jeling. Baru pukul 11 pagi. Lamanya lagi nak keluar makan tengahari! Hai..bosan..bosan. Nak pergi cari Salwa, takut pula sesat walaupun opis ni nampaknya tidaklah besar mana. Dan yang paling ditakutinya, kalau-kalau si Dr.Syed sombong tu pula yang dok amuk kalau dia tak ada ditempatnya.Ahhh..apalah nasib badan.

Akhirnya, sejam berlalu juga. Tasneem sengih panjang. Cepat-cepat fail dihadapannya dikemas. Kak Mas...Awa...wait for....

“ Haa...kau nak pergi mana ni, berkemas bagai? Tak jadi praktikal kat sini?”

“Erkkk...aaaa..emmm..taklah. Saya berkemas sebab nak keluar makan.”

“ Dengan siapa?”.

“Dengan...”.

“Kebetulan, aku nak makan. Jom!”

“Haaa? Tapi saya…”

“ Cepatlah. Aku paling pantang orang yang terhegeh-hegeh ni.”

“Aaaa? Saya dah janji dengan..”.

“Jom!”.

Tasneem masih lagi ternganga, tercegat di situ. Situasi yang baru terjadi sebentar tadi betul-betul diluar jangkaan. Kata-kata Kak Mas tadi kembali berputar diingatannya. Bukan ke Kak Mas kata tadi Dr.Syed ni dengan perempuan, kureng sikit. Tapi kenapa dia ajak aku makan sama? Tak kan dia ada hati dekat aku kot? Cinta pandang pertama mungkin?

“Afnan Tasneem!”

Lamunan Tasneem terhenti bila suara garau itu memanggilnya. Ehhh...dia tahu nama aku la !!

Cepat-cepat Tasneem mencapai beg tangannya di atas meja sebelum menuruti langkah Dr.Syed keluar dari makmal itu. Sempat juga dia bertembung dengan Salwa dan Kak Mas yang memang setia menunggunya di lobi bangunan itu. Tanpa sempat kata apa-apa, cuma isyarat mata yang mampu dia sampaikan pada mereka dan kemudian dibalas dengan senyuman penuh makna dari kak Mas dan juga akak-akak yang berada di lobi.

Tak payah tunggu esok, petang ni saja..confirm dia akan jadi buah mulut orang-orang di sini. Habislah kau Anim! Baru masuk sehari, dah keluar makan berdua dengan lelaki! Perlahan-lahan Tasneem terus melangkah sambil matanya dipejam seketika tanpa menyedari halangan di hadapannya....

p/s: kalau sudi..comment la ye kwn2 :-)

15 comments:

Arin Arida said...

best!
:D

AIFA BATRISYA said...

tq dear arin...uiksss..cepatnye arin baca!hihihi

name saye u'u said...

best! tp cm t'gantung jek -_-

suma said...

macam best je..cerite ni...next n3 pls...

Unknown said...

best,..
minak kepoh ngan mamat perasan bagus...
huhu....sgtla menarik...

Hamiza said...

bestttt! sambung tau!

Anonymous said...

best..cepat2 sambung ye...suka dengan dr syed...ala-ala sombong gitu..tasneem pun best...selamber je..suka kutuk dalam hati...luar tak berani...

mila said...

kekwat nya mamat tu... sesuai la sgt dpt minah selamba....mesti best tau.. tq

Ayu dzulkarnain said...

Mcm havoc jer dr.syed n anim nih..
Seronok baca!!

EijA:) said...

wow,ad psl engineering..love it

RinsyaRyc said...

dr. syed ... awal2 kita dah jatuh hati . bleh tak kita duduk praktikal bawah dr ? <----ni dah gatal tahap x hengat . hahaha

Waisya Carissa said...

wahaha... boley tahan kasar jugak ek dr. Syed ni... kau-kau lagi tu ngn tasneem

mawar jingga said...

best...

Unknown said...

beesstttt....suka2....hahahx...terbaek r..!!

Unknown said...

great!! baru 1st time terjah blog ni & sy jd tersuka cite ni.
TQ cik writer

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon