“ Okey. Siap! Dah hensem dah!”. Sengaja Mya Zara mengusik Luqman yang kelihatan agak tegang dan kekok sejak tadi.
“Terima kasih”. Luqman mula mengatur langkah ke bilik kerja untuk mengambil fail dan begnya sebelum tangannya di tarik perlahan oleh Zara.
“ Kenapa?Aku dah lewat ni ”.
Mya Zara senyum. Perlahan-lahan dia mendekati Luqman lalu tubuh lelaki itu dipeluknya rapat ke tubuhnya.Hatinya benar-benar rasa lega ketika itu.Segala kerisauannya dan persoalan dihatinya selama ini sudah terjawab. Memang benar lelaki dihadapannya ini Luqman dan tanda itu mengesahkannya.
“ Saya sayang awak!”. Diam. Yang kedengaran hanya bunyi hembusan nafas lelaki itu.
“Luqman…saya sayang awak tau!”. Sekali lagi Mya Zara ulanginya.Masih tiada respon seperti tadi.Perlahan-lahan pelukannya diregangkan oleh Luqman. Kemudiannya wajah lelaki itu direnungnya penuh tanda tanya.
Kenapa lelaki ini terlalu dingin?Mustahil dia tak rasa apa-apa pada aku.Bagaimana pula dia boleh berdiri tegak macam tu sahaja bila aku memeluknya? Mya Zara bermonolog sendiri. Timbul kehairanan padanya dengan respon Luqman tadi.
“Aku dah lewat. Aku pergi dulu”. Luqman terus berlalu tanpa sabarang pamitan meninggalkan Mya Zara dalam keadaan terpinga-pinga.
Tidak lama kemudian, Mya Zara tersenyum. Tak mengapa Zara, yang penting dia tak tolak dan yang paling utama….dia memang Luqman Hakim! Mya Zara senyum lagi....
p/s: untuk mengubat rindu anda pada Luqman dan Zara... :-)
12 comments:
alolo.. sikitnye :'(
huhu. cik writer, nnty update lg yep :)
cik writer~ nak lagi.. x sabar dah nak baca full entry bab 16.. agak2 bila siap? hati da berbunga-bunga.. bibir dah tersungging, tersengeh-sengeh cam kerang busuk~ "saya sayang awak" (^_^)v
alaaa.........
lg? =(
xpuas la kak... bile nak post full?
Kecewa, sbb teaser ni pendek sgt...full version pls as soon as posible.
pendek ny....wat full n3 cepat2..xsbr nk tnggu..hihi
alaaa..... napa lh luqman mcm 'cold' je! - respond le - tak pun cakap saya jugak sayang awak at least kasi physical contact ke ----- aduyuiii...
~jazmeen@Melor
Akak xpuas hatilh,,,
Asal skt sngt?
Bila nk update yg penuh punya?
Tak sabar dah ni!
:)
ey.. zara dh trblk pulak. tak malu kat Luqan lgi.haha. tapi apasal zara asyik ckp yg pnting dia Luqman, dia Luqman aje? bagi saspen jer, adakh Nuqman dh blk? omg.. tak nak..
npe ckit sgt nie...... Amboi mya brni nya.. Tabik spring ar..
ala nape pendek sngt
Alolo!Sweet Lol!
Chaiyok Zara!
And Luqman really heart cold Lol!
He's like no feeling lorh!
Zara,remember step by step
Trying to seduced Luqman! :)
Post a Comment