Followers

Tuesday, August 7, 2018

BAB 3








Anas baru saja keluar dari tandas sebelum matanya tertancap pada troli berisi bagnya yang terbiar tidak berjaga. Matanya langsung terarah ke sekeliling kawasan itu. Tak ada tanda bayang mereka berdua. Ke mana agaknya?

Langkah diatur perlahan menghampiri tempat duduknya sebelum ke tandas tadi sebelum matanya terhenti berkerdip buat seketika. Wayar je? Dah tercabut pula tu. Mana pergi telefon dia? Alahai. Mesti dah kena songlap ni!

Troli langsung ditolak perlahan ke arah bilik yang dimaklumkan sebentar tadi. Ramai pula yang menunggu diluar. Malas pula rasanya nak join the crowd. Dahlah telefon pun entah ke mana perginya. Agak-agak kalau troli tinggal dekat depan bilik ni, kena kebas juga tak?

Dalam teragak-agak separuh yakin, troli Anas tinggalkan juga disitu sebelum menuju ke arah kedai kopi berhampiran. Untuk hari ni dia belum dapat lagi jumlah kafein yang diperlukan. Wajib teguk secawan kalau tak mahu lemau seharian. Itu vitamin dia selama ini.

“ Eh bos! Bos ada sini? Jap ye! Ada hal!” tegur seseoraang waktu dia mahu membayar jumlah harga kopi mocha caramel ditangannya.

“ Eh kau orang nak pergi mana tu?” balasnya sambil mata memerhati langkah mereka berdua menuruni escalator ke tingkat bawah.

“ Bos tunggu je situ. Jangan pergi mana-mana.”

“ Masalahnya….” Kata-kata Anas terhenti bila kelibat keduanya hilang ketingkat bawah. Tanpa sedar dia turut sama melangkah ke bawah dengan langkah diatur lebih laju dari tadi.

“Budak-budak ni main kejar-kejar ke apa? Suka hati je tinggalkan troli kat atas tadi,” bebel Anas sambil melajukan lagi langkah.Rasa teruja pula nak tahu apa urusan yang penting sangat sampai tak cukup kaki mereka berdua melangkah.



Erik keluar dari ruangan surau sambil tarik nafas lega. Dah setel solat, baru senang dan lapang rasa hati. Mama nak kemana pun lepas ni, tak adalah rasa berat je hati. Mama tu bukan boleh. Ikut suka hati dia je. Kot tetiba rasa nak mengajak ke Dubai,zassss.  Flight terdekat dia tempah. Mana tak urut dada papa dibuatnya. Dubai tu mama buat macam IOI Mall yang 40 minit dari rumah mereka. Rasa nak pergi, pergi. Urghhh! Erik dah picit dahi sendiri bila memikirkan peel mamanya yang susah nak dibendung lagi. Makin berusia, makin panjang langkahnya sesuka hati dia dan semua orang hanya perlu kata, ya.

Poket jaketnya diseluk sebelum ray ban disarungkan. Sekilas jam ditangan dikerling. Dah dekat pukul 6 petang. Agak-agak press conference mama dengan papa dah setel ke belum ye? Dekat sejam dah ni tak kan tak habis lagi. Kan? Seingatnya tadi Eril kata flight mereka pukul 8. Ke mana? Itu Eril sendiri tak berapa pasti katanya.

“ Aduhh!” rungut  Erik sambil menggosok perlahan bahu dan punggungnya yang rasa berbisa. Pedihnya dah gaya macam kena gelek steam roll!

“ Awak ni buta ke? Main jalan je! Tak nampak ke orang tengah lari?”

Mata Erik membulat sambil dia dibantu berdiri dek Udin dan Apai yang entah bila ada sama. Aku buta? Siapa yang rempuh siapa tadi tu?

“ Cik, cik yang rempuh bos saya. Apehal pula bos saya yang kena tuduh buta?” tukas Apai, tak puas hati.

 “ Orang buta je lah yang pakai cermin mata hitam dalam bangunan!”

What?” laju saja Ray Ban nya ditanggalkan sebelum matanya membulat merenung ke wajah bujur sireh itu yang sesekali kelihatan meliar matanya.

“ Sekarang ni, Cik yang salah sebab langgar bos kami. Maaf tak ada, boleh pula tuduh bos kami buta. Ini KLIA cik, bukan stadium bukit jalil. Rasanya cik salah tempat nak training Sukan Sea ni.”

“ Apa awak cakap? Sukan Sea? Hisyhh…bos? Ni bos korang? Tuan punya telefon tu?  “ soal gadis itu sambil memandang ke arah lelaki yang dirempuhnya tadi dari atas, ke bawah berkali-kali. Setakat t-shirt lengan panjang. Scarf lilit kat leher konon macam dok kat Negara salji, seluar senteng ni dipanggil bos? Haih!

“ Ini….”. Kata-kata gadis itu terhenti sebelum dia berpaling ke rah satu sudut.

“ Eh kejap! Apai, bukan kita tengah kejar dia ke? Ni apa kes bersoal jawab macam sesi temuramah pulak ni?”

“ Lariiii!!!” jerit gadis itu tiba-tiba sebelum kelibatnya hilang serta-merta.

“ Pompuan gila! Dekat KLIA dia boleh ajak kita main kejar-kejar? Jom kita kejar dia balik weii. Dia bawa lari lagi telefon tu!” sahut Udin sambil membetulkan ikatan scarf dileher  Erik yang sedikit teralih.

“ Kejaplah. Kita kena tahu dulu keadaan bos. Kalau injured, kau sanggup menjawab dengan Puan Lorena nanti? Bos, bos okey tak? Ada luka mana-mana?”

“ Nope. I’m okey! Sebenarnya  apa yang dah jadi ni?”.

“ Nanti kita story bos. Bos balik bilik tadi dulu ye. Kami ada urusan penting nak diuruskan. Setel nanti kami jumpa bos dekat sana. Moh kejarr!!!” jerit Udin penuh semangat.

Walaupun tak faham apa yang tengah berlaku, bibir Erik tetap terukir senyum bila nampak kesungguhan Udin yang beria berlari menaiki escalator ke atas.Macam-macam hal!

Dan baru saja langkah mahu diatur ke arah bertentangan, kelibat seseorang yang sedang melangkah dengan kopi ditangan serta kaca mata hitam langsung mematikan langkahnya seketika. Senyum terukir lagi tapi hanya sedikit. Dihujung-hujung bibir. Jelasnya, tak ikhlas mana. Perlahan-lahan jari telunjuknya menunjuk ke arah atas sebelum lelaki dihadapannya hanya angguk sebagai respon.

Erik mengeluh perlahan sambil terus melangkah melepasinya tanpa memandang. Mimpi buruk kau bakal bermula Erik. Mulai sekarang.



0 comments:

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon