Followers

Monday, July 29, 2013

My Dear, Mr Dimple part II




“Pia…kau okey tak ni?” soal Harlina, setelah beberapa ketika kereta Vios itu bergerak meninggalkan perkarangan Hotel.

Sofea hanya diam, tidak bersuara. Hati, masih ada macam-macam rasa. Dah gaya role coster! Yang paling tinggi dalam carta, rasa bersalah, malu dan marah pada diri sendiri.

Perlahan, jari jemarinya dipicit kuat-kuat sesama sendiri. Tapi..Ah, kuat mana pun dia picit..sakit mana pun rasanya…mesti tak sesakit hati Umar waktu ini pada dia kan? Heh, tak gunalah Pia oii. Lain kali, fikir dulu sebelum cakap! Bibirnya kemudian diketap diiringi helaan nafas panjang.

Berdosanya kau Pia! Kenapa sampai macam tu sekali reaksi kau walhal awal-awal lagi di dah mengaku yang dia maafkan kau? Kalau setakat ditegur pasal solekan, apa sangatlah yang nak dianginkan? Tak cukup dengan tu, siap up lagi pasal Naim yang sah-sah hampas punya orang sebab sanggup tunang diam-diam lepas tu mengaku masih sayangkan kau tapi dalam masa yang sama tegar tinggalkan kau dekat tepi jalan. Lelaki macam tu yang kau kata faham kau sangat-sangat?
Oh..sedihnya kau Pia. Buta hati rupanya!

“Pia…kau okey tak ni? Jangan buat aku risau Pia…” tegur Harlina lagi sambil tepuk perlahan lengan Sofea disisnya.

Sofea tarik senyum dalam paksa sebelum angguk perlahan.

“Umar…dia…marah kau kaw-kaw ke tadi Pia?” soal Harlina lambat-lambat.

“Tak…aku yang marah dia…”. Balas Sofea perlahan. Kepala tunduk memandang ke arah jari jemari yang masih dipicit sama sendiri.

“Kau marah dia? Kenapa pula kau yang marah dia?”soal Harlina, sarkastik.

“Hmmm..itulah yang aku tak faham Lina. Aku betul-betul tak faham..kenapa aku buat macam tu,” balas Sofea dengan nada suara bergetar. Mata dah mula berkaca.

Kali ini, Harlina pula yang mengeluh. Hailah Pia, dari dulu sampai sekarang memang anginnya susah betul hendak dikawal. Aci lepas je tak kira pada siapa. Mujurlah sewaktu dia ada hubungan dengan naim dulu, mereka duduk  berjauhan. Seorang di Malaysia, seorang lagi di US. Kalau tidak, mesti bernanah telinganya hari-hari  mendengar bebelan Sofea. Tapi itu dulu. Jodohnya dengan Naim pun, taka da. Sudah tertulis, Umar orangnya. Dan sekarang, Umar pula jadi mangsa? Gawat si Pia ni.

Sesekali pandangan di arahkan ke sisi, sekadar melihat reaksi sugul Sofea yang seakan sedang memarahi diri sendiri.

“Kau dah minta maaf pada dia ke belum lepas kau termarah dia tadi?” soal Harlina lagi. Gitu je cara paling sesuai nak bersoal jawab dengan orang yang ada angin monsun macam budak Pia ni. Anggap yang dia tak sengaja buat macam tu. Bila dia dah mengaku, tiaw lah balik.

Sofea geleng kepala.

“Kenapa tak minta maaf Pia oii. Tindakan kau untuk datang ke majlis tadi, dah sah-sah salah. Dan aku, sebagai kawan pun sama ‘ngek’ macam kau…pi sokong kau datang sekali.Hmmmm….”.

“Umar dah maafkan aku pasal tu…sebelum aku sempat minta maaf dari dia…”.

Mata Harlina membulat. Serius? Bagusnya mamat lesung batu tu!

“Dah tu, yang kau boleh U turn balik ke hotel ni kenapanya? Boleh pula Umar terus naik motor , blah macam tu je. Nasib baik aku tak balik lagi tau!”.

“Aku tak sengaja la LIna. Aku tak sengaja cakap…yang Naim tu lagi faham aku dari dia”

Gulppp!! Harlina hilang suara. Laju saja tangannya tepuk dahi. Sambil membebel tanpa butir bicara, dia geleng kepala.

“Kau ni Pia..adoyaiii. Kenapalah kau suka create scene? Umar tu dah cukup baik maafkan kau sebelum kau mintak maaf, kau carik pasal lagi sebut mamat hampeh tu buat apa?”.

“Dah tu…dia yang bakar-bakar aku. Kutuk  mekap aku. Kata aku buat  semua ni, pakai macam ni sebab nak pikat orang lain, apehal?” bentak Sofea. Hilang karakter sayu, bersalah dan ala-ala down to earth tadi. 

“ Betul ni, umar kutuk?”.

“Errrr…..”.

Senyum Harlina terbit tiba-tiba.

“ Dia bukan kutuk Pia, tapi dia cuba didik kau. Kau kan, isteri dia. Mestilah dia tak suka kalau lelaki lain pandang kau atas bawah macam nak makan. Hangin kut!”.

Wajah poyo Harlina dikerling. Menyampah! Tiba-tiba je Lina pun dah join Umar Fan Club.Benci! Bukan dia ke yang suggest aku pakai baju 'meriah' macam ni?

“Pia, Umar buat macam tu ada sebab. Itupun kau tak faham lagi ke Pia?”.

“Faham? Faham apa? Faham yang, aku ni diperli tapi masih tak sedar-sedar diri lagi. Macam tu?”.

Harlina tepuk dahi lagi.Budak Pia ni kan, macam machine gun! Sekali kita cakap, berderet jawapnya.

“Bukan daaa. Umar, cakap macam tu…sebab dia sayangkan kau la sengal!”.

Sayang? What the heck? Celah mana pula sayang tu datang dan releven ke perkataan tu dalam isu sekarang ni? Bagai nak tercabut biji mata dia menjeling Harlina dengan kening bertaut rapat.

“ Beb…dari kenal, sampai dah nikah seminggu ni …aku belum pernah dengan perkataan tu keluar dari mulut dia tu tau.”

Harlina tarik sengih.

“Alah…apa sangatlah setakat nak kena sebut sayang sana, sayang sini. Contoh terbesar, aku ni ha. Sampai sekarang si Samsul tu dok sayang –sayang aku. Taaaaapi….dia buka juga cawangan lagi satu dekat Johor tu. Sayang la sangat kan? Contoh kedua besar, tuu..mamat sengal merangkap obsesor kau tu. Naim. Baru turun dari pelamin ni, boleh telek-telek bini orang..panggil sayang sana, sayang sini. Padahal bini ada dekat sebelah. Haaa, cer kau fikir pia. Penting ke kau nak dengar Umar cakap perkataan tu pada kau? Dengan maafkan kau, sebelum kau sendiri minta maaf pun dah cukup tunjukkan dia sayangkan kau dan sanggup turunkan ego dia sebagai suami. Kalau Naim ditempat Umar, kau rasa…kau masih ada dengan aku sekarang…relax-relax macam ni? Tak ada maknanya! Kau baru sebut kau nak kahwin pun, dia dah tinggalkan tepi jalan kan?”.

Sofea angguk kepala, perlahan-lahan. Sesekali keluhan dilepaskan dengan hati yang berbolak-balik.

apa kau dah buat ni pia?

“Itulah bezanya Pia…antara hubungan dari satu perkenalan dengan hubungan dari hati. Dengan Naim, kau dah kenal lama tapi tak bermakna kau faham dan kenal hati budi dia yang sebenar. Siapa sangka, Naim yang kita kenal dulu boleh bersikap macam hari ini? Anak mak tu, satu hal. Pengecut, panas baran pula tu. Umar pula, kau kenal hanya melalui hati budi dia dan tup-tup tanpa kena paksa…kau dah sah jadi isteri dia. Kau tak rasa ke semua  bawa makna sesuatu Pia? Dan kau fikir, kalau Umar tu tak sayangkan kau…dia nak ke kahwin dengan kau?”.

Sofea hanya memandang sekilas kea rah Harlina, kemudian tunduk melengung. Rasa sedikit terpukul dengan kata-kata Harlina tadi. Tapi hendak dibidas, dia taka da modalnya. Tambah pula kata-kata Harlina tadi banyak benarnya.

“Pia..Status kau, bukan macam dulu lagi tau. Kau dah ada suami, tak boleh buat perangai angin satu badan kau macam dulu lagi dah. Kau kena ingat tu! Satu lagi, kau kena bagi ruang dan masa untuk diri kau dan  Umar  nak kenal diri masing-masing, nak dapat kesesuaian. Jadi, kalau ada apa-apa tu…kau janganlah terus melenting ye. Maafkanlah dia, sebab aku yakin yang Umar tu tak kan sia-siakan kau macam apa yang Naim dah buat pada kau. ”.

Kali ini, Sofea tak mengangguk sebaliknya air mata yang mengalir tanpa henti dan sengaja dibiar tidak diseka.

“Lina….kalau..kalau kau bawak aku jumpa Umar, boleh?”

Harlina senyum sebelum angguk laju. Puas hati bila kata-katanya tidak dibetah. Kurang-kurang, kalau ini keadaannya ada peluang juga leboh 50 persen nasihat dia tadi serap masuk dalam hati budak Pia ni.

“ Boleh, Tapi, rumah umar kat mana? “.

Erkkk! Sofea dah rasa macam jentik bibir sendiri sebelum menggeleng sayu.

“Aku… aku tak tahu Umar duduk mana.”

“Laahhh kau ni, tak kan kut! Rumah suami sendiri pun tak tahu. Dah, call dia cepat!”.

“Okey…okey. Sorry, sebab aku tak pernah terfikir nak tanya soal tu. Lagipun, Umar sendiri tak pernah nak cerita kat mana dia tinggal. Jap, aku call dia ” Dalam kalut, telefon bimbit dalam tas tangan dibawa keluar sebelum nombor Umar di dail. Pada harlina dia tersenyum bila panggilannya bersambut bila dengan suara Umar beri salam.
“Waalaikumussalam. "Umar, awak kat mana?”.

“ Rumah.”

Sofea sedikit tersentap. Pendek dan tegas saja jawapannya. Merajuk lagi ke dia ni?

“Rumah awak dekat mana? Boleh saya datang sana?”.

“Tak pelah. Dah malam ni. Awak dah sampai rumah ?” balas Umar mendatar, sengaja menukar topik perbualan.

“Saya nak pergi rumah awak. Rumah awak dekat mana umar? Saya masih dekat area bangi ni.”

Jeda, dan kemudian terdengar keluhan pendek di hujung talian.

“ Awak baliklah rumah Sofea, berehat.”

“ Saya okey je, tak letih pun. Saya nak jumpa awak ni Umar, tapi kenapa awak macam keberatan je nak beritahu rumah awak kat mana. Awak, masih marahkan saya ke ? Tadi kata, dah maafkan saya….”.

Tuttt…tuttt..tuttt.

Panggilan dimatikan.

Tangan Sofea kaku tiba-tiba. Keliru dan tergamam dengan apa yang baru berlaku tadi. Lambat-lambat, telefon bimbit diletak ke atas peha sebelum pipinya ditampar berkali-kali. Biar betul ni.Umar, matikan panggilan macam tu saja?

“Pia…kenapa?”.

“Umar….”.

“Kenapa dengan Umar? ”.

“Umar…dia….matikan panggilan macam tu je Lina…aku…”.

Dan Harlina hanya mampu geleng kepala bila melihatkan Sofea yang dah tersengguk-sengguk bahunya menahan tangis.

                                                               ******

Skrin IPhone nya hanya mampu dipandang kosong, tanpa riak. Kemudiannya jari yang menekan skrin pada perkataan END CALL pula jadi mangsa renungannya. Terkerdip-kerdip dia memandang telefon pintar itu dengan seribu satu rasa. Apa yang aku dah buat tadi sebenarnya? Apa tujuan aku berbuat macam tu? Merajuk? Jauh hati?Ahhh.

 Perlahan-lahan, telefon itu dicampak ke sisi sofa sebelum tubuhnya disandarkan. Wajah pula diraup berkali-kali dengan tangan sambil sesekali kepalanya digelengkan.

Kononnya hari tu, nak cuba lindungi Sofea dari gangguan Naim. Tapi, baru dia sebut nama mamat tu dua kali dah nak sentap sampai hantar semula dia pada Harlina. Apa kes ni Umar? Bisik suara hatinya yang agak memberontak dengan tindakan luar kawalnya tadi.

"Sabarlah Umar...sabar. Get back to your sense". lirih Umar perlahan, sambil mata dipejam rapat dan tangannya ditekup ke dada . Cuba mencari sabar yang sudah tinggal sisa sahaja tadi.



PESANAN DARI UMAR FALIQ;

sekian...jumpa lepas raya ye..insyaAllah.  :-)


13 comments:

idarohaina said...

ala sedihnya...pia nak minta maaf umar matikan telefon.

Anonymous said...

pia..pia... ckp slalu x pk dlu...

marsilla junodin said...

mcm cxcukup..
nak lagi

baby mio said...

UMAR PUN SATU DAH KAHWIN PUN X BAGI TAHU PIA RUMAH KAT MANA KATA SUKA .

Anonymous said...

haiya...pelik2 mcmana blh trkhwin..rumah pun x tau..asal usul pun x tau..byk benda yg x tau..mcm x logik..agak2 blh terima ke dlm kehidupan yg nyata ni..mcm ini org pun ada ka...

Anonymous said...

xcukup.. lamanya nk tggu lepas raya.. apa pia ni.. buat org marah je.

winnieshah said...

cik writer plz satu part lg sebelum rayer....

Anonymous said...

Tak suka dgn pesanan dari Umar. Dik writer, please uodate lagi...lama nak tau sambungan crita mcm gini.

idA said...

alahai..kenapalah umar berperangai begitu..ek...menakzirah bini dia mengenai hukum hakam..tetapi dirinya tersasar jauh..perlukah meninggalkan isterinya dilokasi yg sama..dan membiarkan isterinya balik bersendirian bersama kawannya..dayus kah dia..sebagai seorg suami ..berlalu pergi kerana hati terasa marah bila nama Naim yg disebut bininya..tidak kah dia sepatutnya berpijak dibumi yg nyata dan realiti hidupnya kini..dia adalah suami PIA dan katanya akan menerima seadanya diri PIA..tetapi kenapa membiarkan gadis itu bersendirian dan kenapa dirinya berlagak seperti tidak mempunyai apa apa hubungan dengan PIA..cuba letakkan dirinya dalam diri PIA..mungkin dia akan fahami hati gadis itu..bila dia sendiri yg provok..mengenai majlis itu..kan..kenapa mesti menyalahkan si PIA yg dia telah sah sah dapat meng agak tindakan spontan wifenya..hopefully adalah E3 baru..kesian pulak melihat keadaan PIA..sudah berkawen tetapi Umar seakan menjauhkan dirinya..apa sebenarnya mau lelaki sengal itu ..ek..Umar mahu PIA memahami dirinya..sedangkan semua tindkan Umar menjurus kearah yg bertentangan ..kan..Kata Umar dia memaafkan PIA tetapi kenapa bila PIA ingin bertemu dengannya dia mematikan talian..apa maunya lelaki sengal ini..

ayu salina said...

Lambat lg lh nk tahu apa yg berlaku antara umar dan sofea ni......hmmm.......

Anonymous said...

Lama nyer nak tunggu lepas raya... :-(
Tak sanggup rasa nyer

nurul hidayah ablah said...

lambatnya lepas raya, sebenarnya Umar ni abang Naim kan, Naim kena kawin dengan Myra tu sebab Umar tak terima Myra so Naim la kena ganti... tak sabar nak tunggu pembongkaran.

Kiki Wafa said...

Huhuhu....bila la umar nk kuar...

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon