Followers

Friday, February 15, 2013

My Dear Mr Dimple 2


Tangannya mengagau mencari sambil mulut terkumat kamit menyumpah. Serakan kertas di atas meja ditolak laju-laju dengan hujung jari kirinya. Tangan kanan pula sibuk mengangkat susunan buku log yang sudah siap sedia disepahkan. Ah,tak ada juga! Mana pergi kunci ni? Waktu kritikal macam ni jugalah dia nak main aci nyorok! 

Recall semula Pia, recall!

Okey, perkara pertama yang dilakukan lepas jumpa angry bird tadi, pergi tandas. Tapi on the way ke tandas, singgah lepak bilik Luna sambil menegur Kak Wok yang baru keluar dari bilik Luna atas tujuan kutip duit kutu. Dapat pula pesanan maut dari Kak Wok, sampel yang berkurun di makmalnya bila nak diambil. Okey, pesanan tu boleh diabaikan sebab taka da kaitan dengan kunci bilik.

 Lepas tu, on the way balik dari tandas tegur Luna sekali lagi yang dok sibuk make up sementara tunggu giliran ber taaruf dengan bos jajahan baru mereka tu. Jadi suspek utama…eh, tak kan Kak Wok ambil kot! Mesti Luna! Laju tangannya mencapai gagang telefon. Baru sekali bunyi dail, panggilan bersambung.

“Alooha, Luna di sini.”

“Aloha..alooha. Nasib baik aku yang call, kalau bos baru tu?”.
Luna tertawa mengekek di hujung corong telefon.

“Sebab aku tahu kau lah aku sambut macam tu,” balas Luna bersahaja.

“Poyo!”.

“Apa kau ndak daaa?”

“ Kunci bilik aku. Pulang balik kunci bilik aku cik Tuna. Aku tahu, kau suka sorok kunci bilik aku tu kan?” arah Sofea , nada suaranya agak serius.

“Hamboii..sesedap mulut kau panggil aku cik Tuna ye. Cik Tuna tak ada. Cik Luna yang cun, ada. Maaf ye, silap nombor. Bye!”.

“Lunaaaaaaaa!!!!”.

“Oiii…hisyhhh kau ni Pia. Boleh kembang gegendang telinga aku ni dibuatnya kalau hari-hari macam ni. Kunci kau taka da kat sinilah. Kau ke tandas tadi lenggang itik je, bawa badan.”

“Laaa..tak ada ke? Kat mana pula aku letak tadi? Takpelah.Bye Tuna!”.

“Pia!”.

Laju saja gagang telefon diletak sambil tapak tangan di tekup ke mulut menahan tawa bila terdengar namanya dilaung di koridor aras mereka.

Tubuhnya kemudian laju di paling ke meja belakang bertujuan mencari di meja belakangnya yang belum lagi disepahkan sebelum terasa ada barang yang tersangkut di pinggangnya.

Ceh! Dari tadi tergantung di leher, mana nak jumpa! Sofia sengih sendiri sebelum terkedek-kedek dia berlari anak keluar dari bilik itu. Langkah di atur laju sambil sesekali mata di kerling kea rah jam di tangan kanannya. Dah lewat 5 minit ni. Mesti dia marah!

Laju lagi..laju lagi Pia.

“Aduh!”.

Kertas putih berterbangan di udara sebelum sehelai dua jatuh di atas selipar kepala hello kittynya. Takut-takut dia hendak berpaling ke sisinya sambil dalam hati ligat berdoa.Dan dalam doanya, hanya satu harapannya.

Harap-harap bukan dia.Harap-harap sangat bukan dia.  Berdoalah Pia, supaya bukan dia orangnya!

“ Zarin Sofea, awak nak kemana ni?”

Dangggg!

“Ehhh…Puan. Maap, ampun, sorry..mianhe…”.

“Eh awak ni, kenapanya kalut sangat ni?”.

Sofea curi-curi jeling dan tak semena-mena bola matanya tepat pula menghala kea rah kening yang hitam pekat macam dilukis-lukis dek eye liner itu. Kerutannya tinggi, tajam, kalah kak Ziana anak Pak Zain.
Aduhai Pia, taka da orang lain ke yang nak dilanggar?

“Maaf Puan, saya nak cepat tadi,” jelasnya lagi. Laju saja tangan mengutip kertas yang bertabur di anak tangga.

“Nak cepat ke mana? Pergi makmal?”

“Iya puan.”

“Dengan selipar kepala kucing ni?”

“Haaa?”. Bola matanya langsung mencerun ke bawah. Selipar kepala kucing dia panggil? Comel kut!

“Hehehe….” Kertas yang siap disusun kemas di hulur.

“Apa hehehe? Awak rasa benda ni kelakar? Awak tahu, ada dua kesalahan yang awak lakukan di hari pertama awak kerja dengan saya. Pertama, berlari-lari di kawasan makmal. Ini bukan tepi pantai ataupun padang permainan. Ini kawasan berkerja. Awak tahu,tindakan awak itu boleh datangkan bahaya?”.
Sofea angguk lambat-lambat. Dekat pantai ada tangga ke? Haih.

“Kedua, pakai selipar . Ingat Sofea, awak sekarang di pejabat. Bukan di rumah. Tolong pakai kasut yang bertutup sepanjang berada di kawasan ini. Faham?”.

“Faham puan! Saya pergi dulu.”

“Ehhh..nanti dulu. Kalau faham, pergi tukar sekarang.”

“ Tukar? Maksud puan, Selipar ni? Tapi saya bukan nak masuk makmal pun Puan. Nak pergi ambil barang dekat kereta je” soal Sofea. Kali ini keningnya pula yang meninggi sambil mata di arah kea rah Puan Zainah bersilih ganti dengan selipar kesayangannya itu. Ahh sudah, baru separuh hari di bawah jajahan, sudah tersampuk sindrom angry bird. Grrrrrr….

“ Tak kiralah awak nak kemana pun tapi selagi awak dalam kawasan pejabat,dalam kawasan pemerhatian saya, saya tak mahu awak pakai selipar kepala kucing tu, Awak faham ke tidak ni?”.

“Kalau saya buang kepalanya, boleh puan?”

“Eh awak ni. Tak faham-faham lagi?”.

“Faham. Saya faham. I understand. Maaf puan, saya pergi tukar.” Mencicit dia berlari kea rah biliknya untuk kali yang kedua.

***********
Pemegang pintu kereta swift hitam itu di tarik perlahan. Usai saja daun pintu dibuka, semerbaik bau lavender melekat di hujung hidungnya. Dengan muncung panjang sedepa, kening bagai disumpah dek binatang bulu merah itu dia labuhkan punggungnya di tempat duduk bahagian penumpang.

“Assalamualaikum. Amboi, panjangnya muncung. Dah macam anak burung!” tegur Naim dengan senyuman. Matanya yang besar, bulat itu sedikit mengecil bila dia tersenyum.

“Burung..burung jangan sebut. Sensitif!” marah Sofea. Tangan ditarik ke sisi. Bibir dicebik.Pandangan dibuang kea rah luar tingkap sisi kereta itu diiringi keluhan panjang.

“Pulak dah. Okey, kalau macam mulut itik…boleh?”.

“Awak jangan nak perli saya Im. Bukan itik tu ahli keluarga burung juga ke cuma tak boleh terbang je?” marah Sofea dengan mata mencerun merenung.

“Oh, ya ke? Hehe.”

“Apa hehehehe?” balas Sofea pendek. Bibir diketap, geram.

Sengihan Naim mati tiba-tiba.Dahinya berkerut memikir. Lain macam je ni. Semua serba tak kena. Kenapa pula?

 Wajah yang sudah beberapa tahun hanya dilihat melalui Skyppe di curi renung setiap inci. Marah betul nampaknya dia.

“Boleh tak Im jangan buat kening macam tu. Macam…macam orang tu lah!”.

“Orang mana pula ni?”

“Tak mo lah cakap!”.

“Okey..okey. Tak payah cakap pasal orang tu. Kita cakap pasal kita ye. Awak, awak tak suka ke saya balik?”.

Kerutan di dahi Sofea mula reda. Perlahan-lahan senyum manis terbit dihujung bibirnya. Kepala kemudian diangguk berkali-kali seiring mata yang sengaja dikelip-kelipkan.

“ Gila tak suka? Mestilah suka. Dekat 4 tahun kita tak jumpa tau. Im..saya, rindu…rindu…rind..rindu empat puluh belas juta kali dekat awak. Tapi….kenapa balik tak beritahu awal-awal? “ wajah ceria tiba-tiba berubah cuaca. Senyum hilang, mendung datang.

“ Bila-bila pun tak pe. Yang penting, saya dah balik. So…lepas ni, bolehlah kita sambung semula plan kita yang tertunda selama beberapa tahun tu kan?” ulas Naim dengan senyum penuh makna.

“Plan?”.

“Ha’ah. Plan kita tu……”.

“Plan apa ni?”

“ Aaaa…Hulur tangan.”

Hulur tangan? Sofea garu kepala.

“Im nak bagi hadiah ye!” teka Sofea sambil tangannya di hulur.

Naim geleng.

“ Kembangkan jari tu sikit.”

Kembangkan jari pulak dah! Jari pun jarilah. Jangan disuruh kembangkan hidung, sudah.

“Dah.”

“Tutup mata.”

Tutup mata? Haihhh, apa sajalah akal dia ni. Namun arahan masih diturut. Dengan perlahan, terasa sesuatu berjalan di atas jari manisnya sebelum matanya cepat-cepat dibuka.

“Apa Im ni, conteng-conteng tangan orang!” marah Sofea. Laju saja contengan cuba dipadam dengan tapak tangannya.

“Eh..jangan padam! Itukan cincin risik saya untuk awak…”.

“Ha?”. Gosokan tapak tapannya terhenti secara automatic. Jari manisnya langsung ditelek berkali-kali sambil sesekali wajah rajuk Naim dipandang.

“Ini cincin ke?”.

“Ini cincin virtual.”

“Cincin pun boleh virtual, tak virtual ke?”.

“Tak nak sudah!” rajuk Naim bersambung. Correction roleball dari kocek kemejanya dicapai dan digoncang perlahan sebelum dihalakan matanya kea rah cincin virtual warna hitam itu.

“Ehhh…dah conteng best-best, nak ‘liquid paper’ pula tangan kita. Biar je la kat situ. Nanti mandi dah kena sabun, hilanglah.”

“Kalau kena sabun, boleh hilang ye?”.

Sofea angguk perlahan.

“Laaa..tak bestnya macam tu. Hmmm…kalau macam tu…yang ni, mesti tak hilangkan?” soal Naim sambil mengeluarkan kotak merah yang sudah siap sedia dibuka dari bahagian bawah tempat letak kaki.

“Ccccc..ccccc….”soal Sofea, terketar-ketar.

“Cincin.”

“Ha, cincin,” balas Sofea perlahan. Wajahnya yang putih sudah memerah. Rasa malu tiba-tiba saja menyerbu. Pandangan dibuang ke tangannya yang masih berbaki contengan dakwat hitam bentuk cincin di jari manisnya.

“Zarin Sofea…awak… mau kawin sama saya?” soal Naim dengan kenyitan mata.


2 comments:

hk said...

hahaha..angry bird tu mesti mak mertua kesayangan tu nanti..heheh

Hartini Halim said...

rasanya dulu tajuk citer ni lain kan?

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon