Followers

Wednesday, January 11, 2012

Memperkenalkan..kuih kalakatar kegemaran Luqman :-)

 okey semua..ini lah dia kuih kalakatar yang digemari oleh luqman tu..amacam?nampak menyelerakan tak?oooo..kena rasa dulu..baru tau!hihihi...tp kuih ni mmg jarang2 ada..kalau nkak rase..bleh ke pekan rabu@ pasar ramdhan di batu 6, simpang 5..parit buntar (promote nampak..hihihi)..dan kalau teringin juga nak...bleh contact aifa..sbb makcik aifa mmg master buat kuih ni...

dan dibawah..aifa sediakan resepi..mana tahu kalau ada yg nak try...tp sbnrnye yg lebih afdhal ialah bakar guna sabut kelapa (tradisional method) berbanding dalam oven....so..layankan resepi ni yek...



Bahan-bahannya: (hidangan untuk 5 orang... tapi kalau K.an, sorang pun habis..hi..hih)
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan tepung beras
3 cawan air kelapa muda -diambil daripada 1 biji kelapa muda)
5 sudu besar gula pasir
1 biji telur
isi kelapa muda yang diambil daripada 1 biji kelapa (seeloknya yang lembut) Kalau isinya agak keras, gunting kecil-kecil agar senang dipotong nanti
1/8 sudu teh garam

Cara-cara:

1. Panaskan oven pada suhu 200 darjah Celsius. Gunakan api atas dan bawah.
2. Masukkan gula dan telur ke dalam mangkuk. Pukul hingga gula hancur.
3. Masukkan tepung beras, tepung gandum dan air kelapa berselang-seli sambil digaul menggunakan pemukul.
4. Masukkan garam dan kacau rata.
5. Lengserkan loyang dengan margerin. Tuang adunan ke dalam loyang dan masukkan ke dalam oven. (Letakkan di rak kedua daripada bawah)
6. Selepas 15 minit keluarkan loyang dan kacau rata adunan untuk mengelakkan tepung mendap ke bawah. Taburkan isi kelapa muda di atas adunan dan masukkan semula ke dalam oven.
7. Masak lebih kurang 1 jam atau sehingga kuih nampak keperangan di bahagian atas seperti di dalam gambar.
8. Setelah masak, keluarkan kuih dan sejukkan sebentar sebelum dipotong dan dihidang.


credit to: periuk tanah.blogspot.com

6 comments:

mizz niza said...

salam...
cik penulis ni org parit buntaq ekk.
sama la kite..tp sy bukan kulaan...jiran kiri kanan kulaan laa.. =]
tp kan kueh kalakatar tu mmg sedap...mak mentua cik sy pandai buat...sedapppp...nk dapat rasa mmg time bulan posa je laa kan..

ok...selamat menulis..

mine said...

org parit buntar area mana??? saya pun duduk area tu jugak :)

missfie_za&Lynn_are said...

nmpak mcm sdap.. tliur dibuatnya... hehe...

eyfa sasha said...

wahh nmpk menyelerakn...nk try buat la..hihihi..tengs resepi ny :)

Anonymous said...

salam perkenalan

br jumpa cite nie n tidak mengecewakan.
biar pun byk cite khwn paksa dikeluarkan tetapi cite nie byk kisahnya n tidak bosan d baca.

suka ngan lokman n zara. semoga perhubungan dia org berkekalan w/pun mcm2 cabaran dtg.

semoga terus berkarya dengan jayanya :)

Teri Tasia said...

Wahhhh...mcm sedap jerk...hehehee

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon