Followers

Saturday, August 4, 2018

BAB 1



Toyota Vellfire putih yang di tinted hampir 80 peratus dengan warna hitam itu meluncur keluar dari pintu gerbang berpengawal perumahan elit Banyan Close. Tidak sampai beberapa minit sahaja kereta itu sudah meluncur kea rah kotak Tol Plus.

“ Apa yang lambat sangat ni? Smart Tag pun jam juga ke?” Puan Lorena di tempat duduk hadapan sudah mula merungut sekaligus menghentikan suasana senyap sunyi bak malaikat lalu sejak mereka bertolak  dari rumah tadi.

“ Kereta depan tu ada problem sikit cik puan.”

“ Problem apa? Duit? Taka da duit, buat cara tak ada duit. Ini tidak,  ada hati nak lalu lorong smart tag!” rungutan Puan Lorena sudah mula berlarutan. Menyedari suasana itu , automatik tersongket sedikit hujung bibir Erik dibuatnya. Tanpa sedar, kepala digeleng perlahan.

Rasanya semua yang ada dalam kereta ni dah masak ranum dengan peel mama. Untuk mama, semua kena cepat. Puntual. Tak ada tunda-tunda tanpa asbab yang logik dan sahih. Nak makan kena cepat.Mandi kena cepat. Tapi bila sampai bab  dia nak make up, semua orang wajib tunggu.

“ Udin, kamu hon lah sikit!”

“ Tak sempat Cik Puan. Kereta depan dah hon dulu.” Balas Udin dengan sengih menyeringai.

“ Setakat hon, mana ada sempat tak sempat. Selagi tak berjalan lagi, kamu hon je la Udin!” giat Puan Lorena, masih tak puas hati. Kalau sebab kereta hadapan dia terlambat sidang akhbar dan terlepas penerbangan, memang wajib dia cari pemilik kereta depan ni lepas tu, saman!

“ Susah sangat, biar saya je yang hon kan,” Apai di tempt duduk sebelah  pula menyahut sambil bunyi hon ditekan panjang mula berkumadang. Langsung panjang senyum Puan Lorena sampai ke pipi. Puas hati bila apa yang disuruh, dituruti.

Erik sambung geleng kepala.  Mama..mama. Kalau sabar sikit, tak perlu hon apalah salahnya.Nak jugak join sama. Hmmm. Sabar itu tak ada dalam kamus mama untuk orang lain tapi untuk diri dia sendiri, orang lain perlu ada.

Malas nak mendengar bebelan mama yang tidak pernah ada kesudahan itu,pandangan sengaja di buang kea rah luar tingkap di mana ada van berwarna oren yang penuh dengan kanak-kanak beruniform sekolah berhenti sama disebelah MPV mereka.

Telatah penumpangnya, mencuri perhatian Erik biarpun di balik kaca mata hitamnya. Macam-macam ragam, macam-macam gaya. Yang duduk dibarisan belakang tengah asyik berjoget-joget . Yang lelaki buat gaya Ucuk Raver. Yang perempuan macam menari tarian Hajat.

 Yang di barisan kedua dari belakang pula dok sibuk keluarkan kepala melalui tingkap sambil buat gaya tarzan. Yang duduk sama baris dengannya pula  sibuk buat memek muka tanpa menyedari yang gelagat mereka itu sedang diperhatikan.

Tanpa sedar,senyum Erik sudah terlukis sama sambil mata terus menerus memerhati. Lucu! Macam-macam hal budak-budak ni. Mesti seronok kan dapat pergi sekolah ramai-ramai dengan kawan. Tak seperti dia yang  pergi dan balik dihantar dek Abang Udin hingga ke depan pintu kelas. Kawan-kawan pula ratanya berbangsa lain.

“ Udin, bila nak jalan ni? I lemas lah tengok gelagat anak tarzan dekat sebelah ni!” rungut Puan Lorena lagi. Kaca mata hitam yang disangkut di loketnya langsung di pakai. Tubuhnya sengaja disengetkan membelakangi tingkap. Dalam kepala dok mencongak tahap gelap mana lagi cermin tinted yang boleh dia pasang supaya tak perlu lihat adegan-adegan macam di van sebelah.

“ Tarzan? Are you talking about me?” soal Rayyan yang tadi kusyuk menaip sesuatu di Note nya.
Erik sudah gelak mengekek dibelakang.  Mata kuyunya sedikit mengecil bila dia mula tertawa. Sempat juga dia menoleh kea rah  Hairyl di sebelahnya yang sedang kusyuk melayan Ipadnya sejak tadi. 

Heh, itu kalau bukan wechat dengan geng-geng gamers dia, tentu-tentu dok live dekat instagram tak sudah-sudah. Dari tadi dok pandang keluar tingkap, pakai ray ban lepas tu mulut muncung gaya macam ramai sangat viewernya. 

“ Not you la sayang. Ni, van sekolah sebelah ni. Anak siapa entah dok terjelir-jelir lidah dekat I. Kalau lah they all tahu I ni siapa. Tu..mama papa diaorang tu mesti peminat filem I kan sayang?”

“ Ah,I ingat you cakap pasal I,” sahut Rayyan sambil menyambung kerjanya. Langsung tak terkutik dek isu anak tarzan tadi.

“ Dear…kalau you jadi tarzan, I sanggup jadi Jane nya!”

“ Ha ah. Eril dengan Erik pula sanggup jadi anak-anak tarzannya,” sahut Hairyl dari belakang sambil  tawa mengekek.

“ Husyhhh. Eril, jangan cakap macam tu! Eril dengan Erik lain. Anak mama semua behave. Budak baik. Haaa…sekarang baru Erik faham kan kenapa selama ni mama tak bagi Erik dengan Eril pergi sekolah macam anak orang biasa? Haaaa…sebab inilah. Tu..tengok tu. Yang sorang tu tak habis-habis jelir lidah..siap kembang-kembangkan hidung lagi. Hisyhh..pengotor! Oh God! Tengok tu. Dia korek hidung letak dekat cermin van!”

“ Maa…budak tu kan. Biasalah.” Balas Erik, acuh tak acuh.

“ Dari budaklah kena diasuh Erik. Dah besar tua bangka macam Udin dengan Apai ni tak ada guna dah nak diasuh.”

“ Errr. cik Puan. Saya pun masuk dalam ini cerita ke?” celah Udin yang sedang memandu. Apai di sebelahnya sudah tersengih-sengih.

“Sibuklah kamu tu. Cepatlah jalan!”

“Ma, bangka tu apa? Adik tiri ungka ke?” soal Eril, polos. Langsung pecah tawa Udin dan Apai diruangan hadapan. Erik pula dah tersengih-sengih sendiri melihat wajah mamanya yang terkulat-kulat cuba mengatur ayat.

“Aaaa..yeahh. Sort of. Nanti singgah zoo, Eril interviewlah ungka tu ye. Lepas tu bagitahu mama,” balas Puan Lorena sebelum beria scroll skrin telefon bimbitnya. 

Erik masih tersenyum melihatkan gelagat pelajar-pelajar dalm van sekolah yang makin lama makin ditinggalkan di belakang. Tanpa sedar tangan kanannya melambai perlahan dengan rasa yang berbekas. Kalaulah masa boleh diputar kembali. Dan Kalaulah dia bukan anak mama.
Hisyhh..Erik. Cut it out! Apa yang kau cakapkan ni?

“ Nanti bila Erik dah jadi ayah, Erik akan faham maksud mama.” Ulas Puan Lorena mengakhiri isu tarzan tadi sebelum telinganya dilekapkan dengan headphone .Irama lagu Mirae mula  kedengaran. Sengaja lagu itu diputarkan, sekadar mengmbil mood.  Skrip di sebelahnya langsung dicapai. Terkumat-kamit mulutnya menyebut beberapa dialog yang tertera di atasnya.

“ Ayah? Im too young ma. Belajar pun tak habis lagi,” bisik Erik perlahan sambil memejamkan matanya, mencari tenang yang sedikit terusik dengan pesanan penaja mamanya yang tak berapa relevan baginya.

“ Too young? Kalau kau kahwin esok lusa, lagi 9 bulan dah boleh ada anak tau!” usik Eril yang menyikunya dari sisi.

Perlahan-lahan matanya dibuka sambil kening berkerut, matanya tajam menjeling ke arah Eril dari balik kaca mata hitamnya.

“ Im not marrying just anybody… except her.”

Eril gelak lepas sambil kunyah chewing gum yang baru sahaja dibaling masuk ke dalam mulutnya dengan penuh gaya.

“ Masalahnya, wujud ke ‘her’ tu? Hehhh?”

Kali ini Erik hanya lemparkan senyum sambil buang pandangan semula ke arah luar tingkap MPV itu.

Kalau jodoh, pasti Allah temukan!

PROLOG









11 Mac 2011

“ Ayah, Vee dahaga lah.”

“ Vee tunggu Usu kejap ye. Usu kan pergi toilet dengan Bonda. Nanti Vee pergi beli dengan Usu tau. Nahh duit,” pujuk Ayah sambil hulurkan beberapa not yen pada Vee. Tersengih dia tengok jumlahnya. Ini bukan kata air, ramen cup pun dia boleh beli.

“ Vee pergi sendiri pun tak apa. Bukan jauh pun. Ayah ingat lagi kan booth tu? Kalau dalam setengah jam Vee tak balik sini, ayah cari Vee dekat sini ye. Orang mesti ramai tu..”

“ Vee tunggulah dulu ye. Ayah tak boleh nak teman Vee. Nanti kalau Usu dengan Bonda sampai sini kita tak ada, lagi jenuh. Kan?”

Vee tarik muka. Dengan cuaca sejuk macam ni, tekak punyalah kering sampai nak telan liur pun rasa payah. Aduii ayah ni.

“ Vee pergi sendiri je. Ayah jangan risaulah. Vee janji, vee tak akan keluar dari park ni walau apa pun terjadi. Okeh? Vee dahaga sangat ni ayah. Please..please….” pujuk Vee bersungguh. Lambat-lambat barulah Ayah angguk dalam terpaksa. Langsung satu kucupuan di pipi ayah dia berikan sebelum dia melompat gembira ke arah datang mereka tadi.

Sungguh bagai dikata, punyalah ramai yang beratur nak beli minuman dan sampai sahaja giliran dia. Habis! Aduhhh. Mujurlah ada pelancong lain yang beritahu pada dia yang ada booth lain di belah kanan park itu. Tanpa fikir panjang, Vee terus saja melangkah ke arah yang ditunjukkan.

Kata orang, kalau rezeki tak kemana. Orang pun tak adalah ramai seperti tadi. Tanpa menunggu lama, berjaya juga Vee basahkan tekak yang kering sebelum bergegas semula menuju ke arah tempat ayah menunggu sebelum laluannya sebelum ini tiba-tiba sahaja jadi kelam-kabut dengan pengunjung yang bertempiaran lari. Menjerit sana-sini.

“ Miss, you better hurry up. They said this theme park will be flooded with water due to the tsunami!” beritahu staff yang kebetulan menegurnya waktu dia dah mula rasa tergamam tak tahu nak melangkah ke arah mana.

“ Tsu…tsunami?”

“ Yeah. Where’s your colleague? Hurry up miss! The entrance have been closed and nobody can enter or exit this park at this moment.”

“ Allahu. Ayah!” gumam Vee sendirian. Dia masih kaku disitu. Ditengah-tengah keributan semua pengunjung berlari ke sana ke mari sebelum entah dari mana datang tenaga kuat yang menolaknya sampai dia tersungkur di atas jalan.

“ Aduh!” rungut Vee. Air tin nya tumpah ke jalan. Tangannya pula terasa pedih.Ada darah yang mengalir dek kerana tolakan kuat yang buat dia terjatuh di atas jalan yang bahagiannya berbatu kerikil.

“ Are you okey?”.

Vee mendongak. Tanpa banyak soal. Lengannya ditarik supaya berdiri tegak. Dan bagai dijampi dia cuma diam sambil memerhati budak lelaki dihadapannya yang sibuk buang pasir di lutut seluar jeannsya sebelum tangannya yang luka dibalut dengan sapu tangannya.

“ Tadi baru dapat alert tsunami. So sekarang ni, Park dah ditutup sampailah dapat dipastikan perjalanan keluar dari sini selamat untuk dilalui. Just to make sure nothing bad happen,    sebaiknya awak pergi cari tempat yang tinggi untuk lebih selamat. Kita tak tahu setinggi mana air boleh naik. First of all, cari family awak. Got to go!”.

Vee angguk beria. Dalam takut, dia kagum dan terharu.. Mujur ada yang boleh berbahasa malaysia yang sudi tolong dia. Tapi, muka dia tak nampak macam orang Malaysia pun!

“ Awak!”

“ Huhh?”

“ Sapu tangan ni?”.

“ Buang je. Dah kotor pun!”.

Dah kotor katanya? Menyesal pula rasa kagum dan terharu tadi!


Thursday, July 14, 2016

McHt 2









“ Tak guna punya kren. Waktu pagi sepeei inilah dia nak lalu. Lepas tu boleh pulak kan, tersangkut dengan pokok. Alahai. Dah tau cangkuk tu tinggi melangit, takan tak boleh bajet bakal tersekat dekat jalan yang penuh dengan pokok rendang tu? Haisyhhhh. Tak pasal-pasal jam. Dahlah jalan tu sedia ada jam.Eiiii, geramnya aku!” bebel Hani sambil dia melangkah mendaki bukit menuju ke plant.

“Hoi!”.

“Bongoklah kau ni Wari!” marah Hani sambil mengurut laju dadanya yang berombak kencang. Sudahlah mengah dia dibuatnya mendaki jalan ni, boleh pula disergah dari tepi macam tu. Memang minta kena maki namanya tu.

“Hey, apa ni? Pagi Isnin dah bongokkan orang. Relaks Honey Maduku. Tarik nafas, lepas. Tarik nafas, lepas. Nah, horlicks ais kegemaran kau. Aku dah tolong tapaukan siap-siap dah. Hehehehe.”  Plastik berisi Horlicks ais bertukar tangan. Laju saja straw disedut berkali-kali tanpa henti menghilangkan lelah di dada.

“Bismillahirrahmanirrahim dulu la sayang. Gelojoh tau kau ni!” tegur Hawari dengan sengihan.

“Sayang, sayang. Meluat heh!” bidas Hani sambil meneruskan langkah. Hawari disisinya ikut rentak yang sama.

“Kau ni, pagi-pagi lagi dah nak melenting. Releks. Jangan marah-marah. Everything happens for a reason. Tengok, kau lewat pagi ni tapi sampai-sampai aku dah tapaukan horlick ais dengan nasi lemak bawah pokok. Tak cukup heaven ke life kau?”.

“Hidup aku akan aman bila ummi dengan walid balik. Eeeiiii, aku tak tahan lah dengan peel abang-abang aku tu. Masing-masing mengada tahap aku ni macam isteri diaorang. Semua aku nak kena siapkan. Nak kena ikutkan. Letih tau!” bebel Hani berterusan.

“Tak mengapalah. Diaorang pun, bukannya orang lain. Abang kau jugak kan? Dekat rumah, kau siapkan untuk diaorang. Dekat sini, aku siapkan untuk kau. Okey la tu kan?”.

Hani kerling sekilas ke wajah Hawari yang memandang redup kewajahnya. Tak ada pula garis senyum seperti biasa bilamana dia mengusik atau berseleroh.

“Lain macam je ayat kau tadi tu aku dengar. Eh Wari, kau tu BBF aku aje tau? Jangan nak beria-ia sangat polish skill nak up jadi macam boyfriend aku. Aku tak suka tau.” Tegas Hani, serius.

“ Antara lelaki dengan perempuan, tak wujud istilah Best Friend Forever ataupun Boy Best Friend. Kau kena tahu tu Hani. Boy Friend? Itu wujud.”

Sambil melangkah, wajah pura-pura serius Hawari dikerling dengan hujung mata.

“ Eh sampai matilah aku dengan kau cuma kawan. Tak ada nak lebih-lebih,” balas Hani sambil melangkah masuk ke ruangan plant. Sempat juga dia mengerling sekilas ke arah feed tank. Mujurlah tong raw material dah siap sedia di hadapannya. Makanya boleh terus start plan sekarang juga.

“Alaa kau ni Hani. Aku gurau pun nak ambil serius lah. Chill la. Janganlah cengey sangat cik kak oi ” Komen Hawari yang baru saja tarik kerusi di meja sebelahnya.

“Kau pun tahu kan, dari kampus lagi aku memang tak boleh ‘in’ dengan soal hati dan perasaan ni. Haaa sebab itulah aku kawan dengan kau, aku tak kawan dengan budak perempuan yang ada berapa kerat je dalam kos kita tu. Sebab apa? Sebab aku tak kuasa nak layan cerita pakwe makwe dating diaorang tu. “

“Iyalah..iyalah. Lepas ni aku tak sebut dah pasal tu. Aku terus pinang kau dekat rumah. Senang. Cakap banyak pun tak guna, ye tak?” balas Hawari dengan wajah bersahaja merenung ke skrin komputer.

“Tengok tu! Mengarut lagi” jerkah Hani sambil tangannya laju mencubit bahu Hawari yang hanya beberapa depa jarak darinya.

“Adoi!Adoi. Sakitlah Hani. Alah, aku gurau je la. Gurau.”

Kali ini bibir Hani menguntum senyum. Bahu yang menjadi mangsa cubitannya tadi  diusap perlahan beberapa kali kononnya nak meredakan sakit yang berpunca darinya. Hailah. Tak larat  dia nak marah lama-lama pada lelaki yang dia kenal sejak dia mula kenal alam kampus lagi. Sungguh, jodoh mereka memang panjang. Selesai saja pengajian, dapat pula bekerja di syarikat yang sama. Tapi, jodoh persahabatan sajalah. Tidaklah sampai nak ke jinjang pelamin segala. Kot ye pun kalau terdesak sangat nak berlaki, tetap Hawari bukan pilihannya. Baik diserahkan pada ummi dan walid saja.

“Ehemmmm…ehemmmm. Wah, pagi-pagi lagi dah nampak pemandangan indah kan Usop? Patutlah dari luar tadi aku ada bau nasi minyak. Rupa-rupanya bunga-bunga cinta sedang memekar dalam bilik control room ni. Alhamdulillah,” tegur satu suara.

Tanpa mengendahkan gerangan yang menegur, Hani bingkas bangun sebelum berpaling dengan wajah menyinga.

“Dah lah datang lewat, nak buat lawak slapstik pula ye? Sekarang dah pukul berapa?Ha? Kenapa tak datang esok je?” marah Hani dengan tanggan dicekak di pinggang.

“Errr…errrr. Baru pukul 8.15 Cik Hani. Kita nak start up pukul 8.30 kan?” tanya Usop sepatah-sepatah.

“Kan saya dah pesan semalam, pukul 7.55 pagi sebelum saya sampai plant ni dah kena buka? Tong raw material dah nak kena alih. Lupa la tu. Beli rokok tak lupa pula kan?”.
Usop dengan Reydha paling keluar bilik seketika sambil kerut dahi.

“ Tuuu…dah alih dah.”

“Memanglah dah alih, sebab Wari yang alihkan. Nak harap kau orang? Memang tak lah.”
“Hehehehe.”

“Kenapa? Kelakar ke? Saya ada buat ulangan lawak copy paste dari catatan Matluthfi ke? Ha? ”soal Hani dengan mata membuntang.

Reydha berhenti menyengih. Tertunduk dia dan Usop dibuatnya.Sambil menunduk kepala masing-masing digeleng berkali-kali tanpa henti.

“Ni Pian dengan Ihsan mana? Ha?Nak tunggu plant jalan baru nak datang?” soal Hani lagi. Hawari yang sejak tadi ambil keputusan untuk tidak masuk campur sudah turut sama berdiri disebelah Hani memerhatikan gelagat staff teknikal dibawah seliaannya.

“Motor Pian  pancit on the way ke sini,” balas Usop pendek.

“Pancit? Yang saya nampak dekat parking lot tu bukan motor dia?”.
Mata Usop terbeliak sebelum dia menunduk semula. Hawari disebelah Hani hampir-hampir tertawa. Budak-budak ni pun satu hal juga. Dah tahu peel Hani ni macam mana masih lagi nak auta dia terang-terangan.

“Dah, saya tak nak dengan apa-apa alasan lagi. Motor pancit ke, tayar keretapi bocor ke. Semua tu rubbish. Sekarang ni, Usop awak pergi ke cafĂ© panggil budak berdua yang bertuah tu suruh datang cepat. Lagi 15 minit nak start. Reydha, pergi cek raw material lepas tu timbang ikut resepi. Pastikan kuantiti ngam-ngam. Accuracy 95%. Tak nak lebih, tak nak kurang. Faham?”

“Baik cik!” balas mereka serentak sambil beredar.

“Janganlah kasar sangat dengan dioarang tu Hani. Budak muda, macam tulah.” Tegur Hawari sambil sedut kopi ais yang tergantung di sudut mejanya.

“Itu bukannya kasar tapi tegas. Kalau tak tegas, kena pijak. Contohnya pagi tadi. Buka plant bukan tugas kau tau Wari. Tugas budak-budak tu tapi kau pula yang buat.” Tegas Hani. Marahnya masih bersisa. Dari rumah membawa ke opis, semuanya buat dia naik darah.

“Setakat buka plant apa sangatlah. Tak menyusahkan pun. Kebetulan aku datang awal hari ni…” balas Hawari, jujur. Melihatkan tikah Hani yang tak sudah-sudah angin monsunnya, dia jadi risau sendiri. Ada juga nanti terpaksa batalkan testing ni kalau Hani terus dengan angin satu badannya.

“Haaaa…itu nasib baik kau datang awal. Kalau nak tunggu aku yang tersekat dekat jam ni?”.

“Dahlah, janganlah marah-marah lagi. Istighfar ye…istighfar. Astaghfirullahalzim..” sahut Hawari perlahan.
Hani bersandar perlahan ke belakang. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dilepaskan panjang. Dalam hatinya, dia beristighfar berkali-kali menurut saranan yang diberi dek Hawari. Mujurlah Hawari ada sama disini. Agaknya kalau dia tak ada, mesti worklife dia jadi serabut gila sebab kena melayan kerenah budak-budak bujang tu. Itu belum campur lagi dengan aktiviti menganyam ketupat staf bahagiam makmal sepanjang masa yang tak payah tunggu raya. Itu Double serabut!

“Amacam? Dah rasa okey sikit dah?” soalnya dengan senyuman.

“Alhamdulillah,” balas Hani sambil membalas senyuman Hawari sebelum keningnya tiba-tiba berkerut panjang bila terpandangkan sepasang mata milik Hawari.

“Hello brother! Kau boleh tak jangan pandang aku macam tu?” marahnya sebelum alih pandangan ke arah luar control room. Kelihatan kelibat Reydha tengah tekun menimbang bahan-bahan dari tong raw material sambil mulutnya terkumat-kamit berkata sesuatu. Lincah sahaja tangannya kemudian mencatit pada buku nota dihadapannya.

“Macam mana nya?” soal Hawari, polos.
Hani tayang muka ‘tak payah bajet suci’.

“Macam tu lah! Mata kau, kau patut tahu.”

“Pulak dah? Mata aku pula yang salah sekarang ni? Nanti karang kalau aku cakap dengan mata bertutup kau tuduh aku sleep talking pula”.
Sleep talking? Hani ketap bibir menahan geram.

“Tulah. Mata kau tu kan bulat. Bila kau pandang aku dengan mata redup macam tu, aku jadi seram sejuk tau tak? Aku rasa macam kau bayangkan aku tak pakai baju depan kau!”

“Choiii!Choiii! Kau ingat aku ni sex maniac ke apa?” tempelak Hawari. Hani sudah tertawa terbahak-bahak menggelakkan reaksi Hawari yang bersungguh-sungguh menafikan.

“Alah, kalau bukan sex maniac pun macamlah akal lelaki kau tu tak pernah terfikir bukan-bukan pasal aku. Kan? Kan?” usik Hani sambil jelir lidah gelakkan Hawari.

“Kau ingat kau hot sangat ke nyah?” balas  Hawari dengan kekekan.

Hani terusan tertawa kemudiannya cebir bibir seiring bahunya dijungkit bersahaja. Usai mencapai buku log dari dalam laci dia bingkas bangun dari duduknya.

“Hot ke tidak, itu aku tak tahu. Yang aku tahu, kau rasa aku ni comel. But you know what, my Mr. Dayyan Hawari? We’re just friends. Forever. Ever After. No feeling-feeling aaaa. Chhiow! Aku nak pergi tengok si Reydha tu sama ada dia timbang betul ke tak dulu. Nanti kalau dah nak start pilot plant ni kau roger aku dekat walkie talkie ye.Daaaaa…..” sahut Hani sambil berlalu. Walkie talkie diatas meja sempat lagi dicapai sebelum di masukkan ke poket belakang seluar jeansnya.

Laju saja tangan Hawari mengusap telinganya yang jadi tempat berbisik Hani sebentar tadi. Sebelah tangan lagi menekup dadanya yang bergetar laju. Perlahan-lahan nafasnya ditarik dan dilepaskan. Dari kaca bilik itu yang membolehkan dia melihat ruangan kerja Reydha dan Hani berada, wajah comel itu direnung untuk kesekian kalinya.

“But sometimes, friendships may turn into love my missy Naurah Tihani,” bisik Hawari perlahan sambil terus memerhatikan gelagat Hani yang sedang membebel marahkan Reydha.






Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon