Followers

Monday, May 27, 2013

My Dear Mr Dimple 6




Selesai je urusan mengambil sampel, Sofea tak terus balik ke pejabat. Sebenarnya dia malas nak mengadap muka si muncung mulut merah tu. Tahu sangat dia yang sampel tu tidaklah penting mana sangat nak digunakan le le tu jugak. Akalnya cuma si angry bird tu tak mahu dia ada sama dalam bangunan dua tingkat itu. Itu saja. Panas agaknya bila dapat tahu, staff yang paling dia tak suka bercinta dengan anak tunggalnya.

Bila mengenangkan kenyataan dan fakta itu, hati Sofea jadi kusut kembali. Dalam ramai-ramai lelaki dalam dunia ni, kenapa mesti Naim yang jadi anak dia ? Hmmm…kecik rupanya dunia ni. Dok bercakap sebelum-sebelum ni dalam telefon, idak le dapat di cam yang hak milik suara itu…Puan Zahlia. Waktu sembang, nampak okey je. Ala-ala calon mak mentua mithali. Padahal….

Dan tanpa sedar, keretanya sudah  di berhentikan di kotak parkir dan kakinya yang hanya disarung croc warna unggu itu laju saja melangkah menaiki tangga. Serius, dia tak sedar. Bagai dipukau.

Ketibaanya di tingkat atas bangunan kedai dua tingkat itu disambut dengan alunan bacaan ayat suci Al-Quran. Tenang pula rasa hati yang serabut bagai nak rak sejak tadi. Tiba-tiba rasa insaf datang.  Rasa nak balik umah terus, buka Al-Quran yang dah lama elok tersimpan dalam almari.

‘ Assalamualaikum….selamat petang. ‘

‘Waalaikumussalam…encik ? Saya belum order apa-apa lagi. ‘ balas Sofea sambil mata melirik ke arah bekas kecil yang berisi kurma dan kismis. Segelas air jernih juga turut dihidang bersama.

‘ Tak mengapa cik. Jamulah dulu manisan dan air zam-zam ni. Nanti, kalau cik dah nak buat pesanan, panggil je saya ye.Sila,’ balas si penyambut tetamu sebelum berlalu.

Ada orang belanja ? Siapa ? Laju saja matanya meliar ke arah sekeliling cafe itu. Selain dia, Cuma ada pelanggan yang ada dihujung bucu kiri cafe itu. Tapi, gayanya macam bukan mereka je. Tak kan lah dua orang budak perempuan tu yang belanja dia kut. Kenal pun tidak !

Mata Sofea kemudian terhenti bila melewati kaunter  bayaran. Dan bila mata mereka bertembung, laju saja pemuda di kaunter bayaran itu menundukkan pandangannya ke bawah sambil pura-pura menekan kalkulator di hadapannya. Hek eleh encik ustaz ni, nampak sangat cover line nya !

‘ Awak…awak belanja saya ye ? ‘ soal Sofea bersahaja.

‘Aaa…errr..ya. ‘balasnya pendek sambil tunduk,  tersipu-sipu malu. Kopiah putih di atas kepalanya di perbetulkan walaupun gayanya tak ada pun yang tak kena. Timbul lesung pipit di kedua belah pipinya. Manis sungguh la haih.

‘Laaa..nak malu-malu apanya.Saya okey je, kalau orang nak belanja ni. Tapi, tak kan lah belanja kurma dengan air zam-zam aje kut. Alang-alang belanja, belanja lah menu yang heavy sikit.  Lapar ni. Stress lagi ! Err..tapi, awak ada duit tak ni ?’

Si penjaga kaunter hanya tersenyum, sambil angguk kecil. Mata pula masih setia memandang ke arah kalkulator di hadapannya. Sopan habis ! Dah gaya dia pula yang tak tahu adab sopan. Selamba batak je pergi terjah anak bujang orang.

‘ Eh, jap. Kenapa tiba-tiba nak belanja saya ye ? Kurma dengan kismis pula tu. Awak perli saya ye, sebab muka saya masam macam…. ‘.

‘ Cik nak makan apa ya? ‘

Tak sempat dia nak habis cakap, dah kena potong. Nampak sangat nak mengelak dari cakap banyak dengan aku kan ? Cakap pun sepatah dua kata je. Haih..memang stok ustaz-ustaz betul mamat ni.

‘ Emm…saya tak makan tenghari lagi ni. Bagi saya nasi arab lah ye ! Kalau boleh cepat sikit, bagus juga. ‘

‘Baik. Cik duduk dulu ye. Saya ke belakang sekejap. Masak. ‘ balas si penjaga kaunter sambil berlalu. Sofea hanya memerhati dengan hujung mata hingga kelibatnya hilang dari pandangan. Terpegun dia sebenarnya.

Mana taknya. Dialah tukang jaga kaunter, dia tukang ambil pesanan. Tukang masak pun dia ? Haih, memang jimat kos betul tokey cafe ni.

Dan tak sampai 10 minit, sepinggan nasi arab terhidang di hadapannya. Sudah baca doa, baru saja hendak menyuap nasi tiba-tiba saja tempat duduk di hadapannya diduduki sebelum air zam-zam yang masih penuh sejak tadi ditarik lalu diteguk. Tak berkerdip mata Sofea memandang pengunjung tak diduga tu.

‘ Dahaga ! Panas cuaca kat luar tu kan ? ‘ luah Naim bersahaja. Gelas yang kosong dihulur semula .

‘ Naim ! Awak buat apa kat sini ? Mana awak tahu saya… ‘.

Naim tayang sengih sebelum tayang skrin Note II nya yang sememangnya besar gabak. Cehh ! Friend finder rupanya. Ingatkan, ada sixth sense ! Baru nak angan-angan yang mereka ni sehati sejiwa.

‘ Awak nak makan apa ? Order lah ’

Laju Naim menggeleng.

‘ Aaaa… kalau kita kongsi, boleh ? Nanti-nanti pun…semua nya kita akan kongsi…ye tak ? ‘ soal Naim. Muka dia dah jelas-jelas tayang muka gatal nak cepat kahwin. Haih. Dapat green light dari si angry bird tu ke ? Tak kan kut.

‘ Cer…awak pandang sekeliling. ‘

‘ Cer ? ‘ kening Naim dah bersambung.

‘ Cer tu cuba lah. Bahasa orang sekarang.’

‘Ooooo…haa, kenapa dengan cafe ni ?’ soalnya.

Sofea merengus perlahan. Kenapa dengan cafe ni ? Mamat ni rabun ke apa ? Laju mata Sofea menyoroti sekeliling restoren itu. Memang tak dinafikan, pengunjung tak ramai. Tapi, cafe ni kan ala-ala islamic macam tu. Cuba tengok dekorasi….mata Sofea terhenti bila sampai di kaunter bayaran namun bila menyedari yang dirinya masih diperhatikan Naim, cepat-cepat mata ditarik sebelum terus merenung pinggan yang sudah beralih tempat.

‘ Sedapnya ! Ni nasi arabkan ? Saya tak pernah  makan nasi arab sesedap ni tau awak. Awak order yang lain ye ! Saya laparlah. ‘ kata Naim sambil tangannya laju menyuap. Sofea ketap bibir. Geram. Bertuah betul lah dia ni. Tadi kata nak kongsi.

Belum sempat dia angkat tangan nak buat pesanan, sepinggan lagi nasi arab dihidangkan. Tapi kali ni bukan oleh si penjaga kaunter. Orang lain. Laju betul servisnya. Belum minta dah dapat. Kalah restoren segera yang charge macam-macam. Service charge la. Government charge la.

Naim dah melantak nasi arab ala-ala orang tak jumpa nasi setahun. Sikit pun kepala tak diangkat dari merenung nasi arabnya. Bau memang..perghhh.

Nasi arab di hadapannya pula direnung usai doa makan dibaca. Matanya kemudian beralih ke arah nasi arab yang ada dalam pinggan Naim. Gayanya macam lain je dari yang Naim dok makan tu. Rupa tak berapa nak sama.  Baunya pun lain. Hmmm..belasah aje lah. Yang penting, perut yang lapar perlu diisi !


***************


‘ Mama awak okey ke ? ‘

‘ Okey je. ‘

‘Maksud saya, dia okey ke bila tahu pasal kita. Saya ni kan, orang bawahan dia. ‘

‘ Bawah ke atas ke, yang penting saya suka pada awak. Betul tak ?’ balas Naim seraya tersenyum.
Sofea pula juih bibir. Ah, Naim. Ayat nak sedapkan hati je tu. 

Dan makan tengahari mereka yang dah merangkap minum petang itu adalah kali terakhir dia dengar khabar dari Naim. Sudah dua minggu berlalu, jangankan tayang muka…call pun tak ada. SMS? Lagilah tak ada. Bila di call pula, masuk peti suara. Tiba-tiba saja Naim hilang macam kena telan bumi. Hilang tanpa berita.
Kaedahnya, nak tahu berita yang terkini tentang Naim mudah aje. Tanya saja pada mama nya. Tapi dengan syarat, mamanya bukan Puan Zahlia. Itu baru boleh dikatakan mudah.

Sofea terus termenung. Mesin kromotografi yang sedang digunakan direnung sampai ala-ala tembus masuk ke dalam wayar dan fius kedalamnya. Sesekali dia mengeluh. Telefon pula dah berkali-kali di belek. Mana tahu kalau ada message masuk dan dia tak perasan.

‘ Itu yang orang kata karma Cik Pia oii. Dulu, waktu dia terhegeh-hegeh sua muka…kau tolak-tolak. Haa..sekarang, dah merindu-rindu.”

 Sofea tarik muka panjang.  Pen di jarinya di ketuk perlahan pada meja. Cari idea nak membidas.
“ Karma tu, bukan kepercayaan kita Puan Lina. Qada’ dan Qadar tu yang betulnya.”

“Ah, tak kiralah. Yang penting, sekarang baru kau terasa kehilangan dia kan?” ejek Harlina yang dah mula tarik kerusi bulat mendekatinya. Makanya, lama lagilah sesi soal jawab mereka.

“ Dia tak hilang. Dia cuma mendiamkan diri.”

“Mesti ada sebab kenapa dia macam tu. Kali terakhir kau jumpa dia, kau berdua bergaduh ke? Tak kan?” soal Harlina. Muka dah serius ala-ala wartawan tak bergaji. Sofea geleng kepala, sekadar melayan persoalan Harlina yang nampak bersungguh-sungguh.

“Dah tu, kau tak pelik kenapa dia tak call kau lebih dua minggu?”

“Pelik juga.” Balas Sofea bersahaja. Tangannya ligat tarik keluar botol sampel lain untuk di masukkan ke dalam ruang sampel.

“Haaa!!”
Sofea urut dada. Hampeh punya member. Nasib baik tak terlepas botol sampel ditangannya.
“ Entah-entah, Pn. Zahlia tak bagi dia kawan dengan kau dah kut!”

“Dah..tak payah nak buat spekulasi. Kalau dia tak bagi, awal-awal hari tu dia dah bagitau masa aku dengan Naim jumpa dia.”

“ Ehhh…tak semestinya. Kau ingat, Puan Zahlia tu sengal macam kau? Tak kanlah dia nak break the news depan-depan anak dia. Confirm dia ambil tempoh bertendang dulu, fikirkan strategi sebelum bertindak.”
Laju saja jarinya menjentik bahu Harlina.

“Deyy…ni apa ni? Tempoh bertendangla, strategi la. Untuk apa?” luah Sofea tak puas hati. Tadi dah gaya wartawan. Ini boleh pula bertukar jadi ala-ala ahli politik. Krisis identiti ke apa budak Lina ni?

“Strategi untuk memisahkan kau dengan Naim la!”

Tangan Sofea tak jadi nak capai botol sampel yang seterusnya. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dilepaskan. Lambat-lambat dia menoleh ke arah Harlina yang dah tayang wajah bersalah.

“Sorry beb….” Ucap Harlina perlahan. Lengan Sofea ditepuk perlahan, minta simpati.

Sofea tayang senyum biarpun matanya mula berkaca. Berkali-kali nafas ditarik dan dilepaskan, cuba nak tahan air mata yang gatal hendak melompat keluar dari bibir matanya. 

“Tak apalah Lina. Apa yang kau cakapkan tu, tak mustahil. Lebih-lebih lagi dengan reaksi luar jangka Naim yang tak pernah-pernah tutup telefon melebihi 24 jam macam ni. Aku rasa, apa yang kau cakap tu ada betulnya. Mungkin sekarang, Naim tengah relekskan diri dan cari cara untuk terangkan hal sebenar pada aku…betul tak?”.

“Pia…kau janganlah cakap macam tu. Aku minta maaf ye. Hmmm…walau apa pun, aku yakin yang Naim tu sayangkan kau. Dia mesti ada cara untuk yakinkan mama dia tu.”

“ Harap-harap, macam tu lah,” balas Sofea perlahan sambil meneruskan kerjanya yang sedikit tertunda.

Apa yang kita paling nak, itulah yang kita takkan dapat.

Dan entah kenapa, tiba-tiba saja kata-kata Yon dalam komik Kartini itu muncul pula dalam fikirannya. Langsung harapannya tadi yang mula-mula ada sepuluh persen, jatuh ke lima persen saja. Ahhh, kacau daun sungguh!

arghhh..tidak. mana pergi si budak Naim ni?

*******

Petang itu, sekali lagi Sofea ke Café Al-Faliq. Entah kenapa waktu melewati kawasan itu, stereng keretanya laju saja memusing ke arah café yang mula dapat tempat dihatinya. Makanan sedap, layanan pun okey, harga murah dan yang penting…ada dia. Dia?

Haip! Laju saja kepalanya dijentik sendiri. Tolonglah Pia.  Masalah dengan Naim belum selesai dah pandai-pandai pandang yang lain? Laju mulutnya beristighfar sendiri.

Dan hari ini, ramai pula pengujung yang datang ke café berkonspekan library ini. Mujur ada meja kosong berhampiran rak-rak buku. Automatik bila tiba sahaja di situ, matanya pasti terarah ke kaunter bayaran. Tapi, kali ni lain pula orangnya. Bukan dia. Mana dia agaknya ya? Entah-entah di dapur kot, memasak. Café ni kan, café mesra alam versi jimat cermat. Sofea membuat telahan sendiri.

“ Assalamualaikum, nak order apa ye cik?”.

“Waalaikumussalam. Jap, saya nak tanya. Ustaz yang dok jaga kaunter tu kat mana ye? Ada kat dapur ke? Saya nak order nasi arab yang dia masak. Tak nak orang lain.” 

“Ustaz?” si penyambut tetamu memandang sekilas ke arah kaunter bayaran sebelum menggeleng.

“Yang mana satu ye cik? Namanya? Pekerja di sini, ramai. Silih berganti. Ada yang dah berhenti, ada juga yang ditukar ke cawangan lain.”

Sofea melongo. Nama? Macamlah pekerja diaorang ni pakai tag nama macam ustaz kat sekolah tu.

“Aaa..yang ada lesung batu tu. Tak putih sangat orangnya. Biasa-biasa je.” balas Pia dengan muka yakin, tanpa was-was. 

“Lesung batu?”.

Sofea langsung tertawa kecil sebelum tepuk dahi sendiri. Apa kau merepek ni Pia?
“Maksud saya, dia ada lesung pipit kat pipi.”

Si penyambut tetamu garu kepala. Pada sahabatnya yang baru melalui meja mereka ditanya, tapi gelengan kepala yang diberi.

“ Maksud cik, bos kami ke?”

“ Bos? Ehh, bukan. Dia pun pekerja café macam awak juga,” balas Sofea sungguh-sungguh. Muda sangatlah haih, kalau dia tu nak jadi bos. Tak ada tokoh jadi bos pun. Ada ke bos masuk dapur, ambil pesanan?

“Aaa…saya tak pasti tentang tu cik. Mungkin, orang yang cik maksudkan dah berhenti kerja. Semalam, ada seorang budak bahagian dapur diberhentikan kerja. Maaf ye cik, tapi…cik nak makan apa ya? Minum?”

Berhenti kerja? Sofea terus tarik muka sambil buang keluhan. Punah. Musnah harapan nak mencuci mata merangkap mengusik dia yang nampak malu dan alim-alim tu. Nampak je alim, tapi buat perangai juga sampai diberhentikan kerja. Jadi betullah orang putih dok kata, don’t judge the book by it’s cover! 

“ Hmmm…bagi saya air milo ais je la macam tu. Terima kasih.”

Dan usai si penyambut tamu berlalu, matanya masih melirik ke arah kaunter bayaran. Terbayang-bayang mamat si lesung batu tu ada di situ sambil pura-pura picit kalkulator bila ditangkap memerhati.

Entah-entah, mamat tu ada masukkan apa-apa pada minuman atau makanan yang dia jamu aku tak? Sebab itu siang malam dok terbayangkan dia dan café ni? Hisyhhh! Terkena aku!

Cepat-cepat sisi peha nya ditepuk tiga kali. Buang kenan, bak kat Harlina.


***********

“Zarin Sofea.”

Langkah Sofea terhenti di hadapan bilik ‘ngeri’ itu waktu dia berjalan ke arah pantri. Tahu sangat dia, orang yang suka sangat panggil nama versi lengkap penuh IC tu. Laju saja matanya menyorot ka arah kakinya.

Arghhh, si kepala kucing! kantoi!

“Maaf  puan. Saya tak perasan waktu keluar bilik tadi. Saya ingatkan, saya dah sarung kasut dah tadi. Maaf puan, saya pergi tukar sekarang,” balas Sofea sebelum ditegur.

“ Berapa kali awak nak minta maaf  ni? Sekali , cukuplah.” Balasnya, sinis.Muka keras, kejung nak habis. Serius amat.

“Iye puan, maafkan saya….err..”
“Maaf lagi?”

“Erkkk…hehehehe.” Automatik dua jari tangan kanannya ditarik, tanda berdamai.

“Sengih, sengih. Ni…hujung minggu ni, awak free?”.

Gulpp! Tekak dah rasa berpasir. Takut-takut wajah bos nya dipandang sambil akal ligat berfikir tujuan soalan itu ditanya.

“Errr..biasanya, hujung minggu saya pergi mengajar…”.
“Ada saya tanya, kebiasaan awak? Saya tanya minggu ni..”

Ceh! Garangnya! 

“ Kalau ada hal yang penting, saya boleh cuba hadirkan diri. Ada apa ye puan? Ada seminar yang perlu saya hadiri ke?” soal Sofea, gaya macam pekerja harapan negara. Komitednya kau Pia, ujung minggu pun nak pergi seminar ke? Ada peluang dapat jawatan tetap ni! Sofea dah mula pasang angan sendiri.

“Bagus. Sabtu, lepas maghrib datang ke Restoren Harmoni, Hotel Equitorial. Ajak sekali parents awak atau ahli keluarga terdekat. Wajib hadir. Faham?” jelas Puan Zahlia sebelum berlalu ke arah bertentangan.
Erkk! Ni bukan berpasir anak tekak. Rasa tercekik tulang pun ada. Hotel, bawa ahli keluarga? Entah-entah, dia nak bincang soal aku dengan Naim tak?

Sofea dah melompat-lopat di hadapan pantri dengan mug ditangan, selipar kepala kucing di kaki. Tangannya kemudian laju saja menyeluk poket seluar sebelum dail nombor Naim. Haishhh..tutup phone lagi? Baru nak kongsi gembira sama-sama.

Jap, entah-entah Naim saja nak buat surprise tak? Sebab itu dua minggu dia diam je. Lebar senyuman Sofea hingga ke telinga. Hilang mood nak buat milo panas, laju saja langkah di atur ke bangunan sebelah. 
Rasa tak sabar nak jerit dekat telinga Lina. Weehhh…aku bakal jadi menantu Puan Zahlia!


********

p/s: sambung lagi...sudi2 kan komen ;-)

Sunday, May 19, 2013

Dia...Lelaki itu 5 updated ( full )

 

Jam baru sahaja menunjukkan pukul 10 pagi. Setakat sejam ini, baru dua orang sahaja pegawai yang membentangkan kemajuan projek mereka. Kalau diikutkan, pembentangan Roney si perfectionist dan juga Amna yang ayu itu  tidak lah lama mana pun. Setakat 15 ke 20 minit seorang. Yang panjangnya, soal jawab. Setakat silap ejaan pun nak jadi isu sampai berjam-jam. Kecoh amat!

Dan untuk kesekian kalinya, poket seluar slacknya bergetar lagi. Tapi Sofea buat endah tak endah sahaja. Malas nak tengok. Tak payah tengok pun, dah tahu siapa yang menghantar sms kepadanya. Siapa lagi lah hai kalau bukan Naim. Dari malam semalam, sampailah ke pagi ini adalah berpuluh MMS di hantarnya. Berbulu mata Sofea dibuatnya. Buat penuh inbox je!

“ Hoi, poket kau tu bergerak lagi lah. Aku boleh rasa tau!” rungut Harlina dalam nada berbisik.

Sofea jeling sekilas Harlina di sebelahnya sambil tayang muka menyampah. Pen di tangannya lantas mencoret sesuatu sebelum lengan Harlina di tolak dengan sikunya.

Si mamat obsesor! Tak reti bahasa. Menyampah!

Harlina ketawa mengekek tanpa suara. Tangannya kemudian laju menulis.

Menyampah ke, suka? Bukan dia tu, cinta hati kau ke? :-p

Cinta hati? Cinta hatilah sangat! Laju saja tangannya menulis sesuatu.

Kalau dah tak reti bahasa sangat macam ni, dari suka boleh jadi benci tau!

Harlina jelir lidah. Menyampah! Tulis lain, dalam hati cakap lain.

Apa kata kau terima je lamaran dia, kan senang. Please stop the hide and seek competition. Mak yang jadi penonton ni dah nak muak nokk!

Sofea cebik bibir. Siapa pula yang main sorok-sorok? Sorok-sorok ye? Eh, minah ni perli aku ke?

Muak, tutup mata. Taka da siapa suruh tengok.

Harlina tarik sengih.

Weh, off topic sat. Bila abang seluk poket kau nak buat progess presentation?

Sofea mendecit perlahan sebelum bibirnya disongket sebelah.

Apesal? Kau rindu nak dengar suara dia?

Tak lah. Aku suka tengok style dia. Tak perlu power point segala. Seluk poket seluar dan kemudian dengan machonya terangkan progress dia. Gempak sey!

Gempak la….

“Sofea!”

“Eh, mak kau gempak!”

Sofea terus tekup mulutnya bila semua mata di dalam bilik seminar itu sudah mula memandang ke arahnya. Ada yang buat muka pelik, ada juga yang tersenyum mengejek. Haih, budak Lin ni kan!

“ Mak kau gempak?” soal Dr. Rahimah minta kepastian.

“Hehehe. Sorry Dr. Rahimah. Tersasul tadi. Hehehe..”.

“Oh, okey. So, you ada prepare slide untuk presentation tak?”
Sofea angguk laju.

“Tapi Dr, projek saya ni..projek sampingan je. Bukan projek rasmi.”

“Taka pa. Yang penting, ada progress kan? Apa kata you tunjukkan progress you tu.”

“Boleh! No problem!” balas Sofea seraya bangun. Harlina disebelahnya sudah megekek ketawa sambil tekup mulut.

******

“ Semua kau punya pasal!” marah Sofea sambil mereka menuruni tangga kea rah lobi. File di tangan laju saja di hempuk ke lengan Harlina. Menjerit kecil dia dibuatnya.

“Ehh..aku pulak, kau yang mulakan sesi chit chat tu kan? Boleh pula tersasul gempak tu! Nasib baik tak terbut nama si seluk poket tu! Ahahaha,”.

Sofea dengus perlahan. Tak guna punya member! Bukan nak simpati, gelakkan lagi ada! Nasib baik dah kahwin. Kalau tidak, mau saje dia hentuk kepala si Harlina ni dengan si mamat seluk poket tu.

“Dah. Cukup-cukup gelak tu! Petang ni, aku akan pastikan kau pula yang kena tayang slide kau untuk orang ramai. Lepas tu, setiap satu slide yang kau tunjuk, aku nak Tanya soalan. Siap kau. Aku dah nekad ni,”

“ Well, I don’t care. Petang ni aku tak masuk. Ada meeting lain. Sila lah kejungkan diri mendengar progress presentation yang seterusnya ye! Send my regards to abang seluk poket kot-kot namanya kena seru,” balas Harlina sambil gelak besar.

“Grrr…aku alergik la dengan si seluk poket tu. Tiap kali nama dia nyaris-nyaris kena sebut, dia dok usha aku. Macam aku ada hutang berjuta je dengan dia”

“Ehh…bukan kau dengan dia bff ke…”.

“Sofea….”.

Langkah mereka kea rah kafetaria terhenti. Langsung keduanya berpaling ke belakang.

“Naim? Awak buat apa kat sini? “ soal Sofea sambil matanya ligat memandang kea rah keliling. Ini karang kalau nampak dek kak Leha Propa, habislah! Bukan setakat satu deparment, satu HQ ni boleh tau.

 Headline terkini: Satu-satunya pegawai kontrak bahagian engineering dilihat dating dengan seorang lelaki di hadapan pejabat. Urghhh..tak menarik langsung tajuknya!

“Cari awak. Nak ajak awak makanlah!” balas Naim bersahaja sambil tersengih-sengih.

“Awak ni kan…orang tak bagi datang rumah, datang pulak ke opis. Agak-agaknya, perkataan mana dalam ayat saya sebelum ni yang awak konfius ye?” marah Sofea sambil tangan dicekak ke pinggang.

“ Hehehe…”

“Ehh mamat ni, boleh gelak pulak! Kau cuba tengok dia ni Lin” marah Sofea, tak puas hati.

“ Malas aku nak tengok, bukannya laki aku!”

Satu jelingan di beri pada Harlina. Dia ni pun, masa ni juga lah nak tunjuk sifat taat setia pada suami.

Melihat kerlingan ala-ala manja Sofea, sebaris giginya ditayang, tanda rasa bersalah.

“Selain dari ajak makan, apa tujuan awak datang sini?”

“Awak tak balas sms saya, buat saya risau. Sebab itu saya datang.”

“ Saya ada meeting, nak balas macam mana” balas Sofea laju.

“Bukannya susah pun. Taip je. Saya maafkan awak”.

“Kan saya dah cakap semalam yang saya maafkan awak. Apa lagi awak nak?” marah Sofea. Harlina di sebelah sudah mula pandang kiri, kanan. Cover line.

“Tapi awak belum cakap lagi awak terima lamaran saya kan?” laju saja Naim bertanya.

Langsung terdiam Sofea dibuatnya bila soal lamaran jadi soal utama. Entah kenapa, dia taka da jawapan untuk itu. Mungkin buat sementara waktu atau mungkin jawapan tu memang tak ada.

Wajah mengharap Naim di kerling sekilas sebelum keluhan panjang dilepaskan. Nak jawab apa ye dengan mamat tak reti bahasa macam dia ni? Di suruh tunggu, dia datang juga. Agak-agaknya, kalau lamaran dia diterima…mau nya esok juga dia ajak nikah. Haru!

“ Dengan Harlina jadi saksi, saya nak awak jawab lamaran saya. Sudi tak awak, terima saya…kahwin dengan saya Sofea?”.

Mata Sofea membuntang besar. Segan-segan dia nak pandang muka Harlina yang mesti terkejut dengan gelagat tak berapa ‘centre’ si Naim ni. Hari tu lamar dalam kereta, okey lagi. Tapi hari ni, dekat tepi jalan menuju ke café pula?Apa barang....

“sss..saya….” ayat Sofea terhenti bila tiba-tiba saja lengannya jadi mangsa siku Harlina. Terbeliak matanya melihat kelibat yang baru sahaja menghampiri mereka dari tepi.

“ Am, Am buat apa kat sini?”.

Am? Mata Sofea ligat memandang kea rah Naim bersilih ganti dengan tetamu tak diundang itu. Kalau Kak Leha, boleh juga dimaafkan lagi. Paling tidak, di halau sahaja. Tapi yang ini…

“Mama?”.

Mama? Sofea sudah rasa  tekaknya kering. Bila-bila masa saja boleh hilang suara.

“Sofea…awak, kenal dengan anak saya ni?” kali ini dirinya pula yang disoal.

Matanya di gerakkan ke kiri , ke kanan. Berat pula mulutnya kali ini hendak menjawab. Sekilas wajah tergamam Harlina di kerling, minta bantuan. Boleh pula si sahabat sejati dunia akhirat itu berpaling kea rah lain sambil geleng kecil.

“ Aaaaaaa”.

“Sofea, ikut saya balik bilik sekarang. Am, ikut mama sekejap ye!”

Sofea hanya mampu angguk kepala lesu. Naim pula sudah tersengih-sengih seorang sambil buat isyarat untuk turut serta. Harlina pula minta diri untuk ke café. Katanya, jangan risau nanti dia tapaukan nasi ambang. Sempat juga dia buat gaya poyo ala-ala korean idol - fighting!

Dan sofea…hanya melangkah longlai mengikut rentak Naim dan juga ‘mama’ nya…

************
 

“Yang kau pandang je nasi tu, kenapanya? Makanlah Pia,” tegur Harlina yang setia memandangnya sejak tadi lagi.

Perlahan-lahan wajahnya diangkat sebelum bagi pandangan sayu pada sahabatnya. Nasi ambang disenduk perlahan dengan sudu sebelum di suap masuk ke dalam mulutnya.Lambat-lambat.

“Apa yang jadi tadi? Betul ke Naim tu anak angry bird?”.

Bagaikan dipukau, Sofea hanya angguk perlahan diiringi keluhan. Ternganga Harlina seketika. Terkelip-kelip matanya memandang Sofea,tak percaya. Kenapalah dunia ni kecil sangat?

“Habislah aku Lin….” Lirihnya perlahan.

“Habis kenapa pulak? Salah ke kau dengan anak dia bercinta? Profesional la kot. Kerja, kerjalah. Peribadi lain cerita.”

“Valid untuk orang lain, tapi tidak untuk aku. Dia kan tak suka aku?”

angry bird tu tak suka aku la lin... :-(

 “Kau je yang selalu rasa yang dia tak suka kau. Tapi, dia tak ada buat kenyataan macam tu pun kan?” soal Harlina lagi. Dah gaya wartawan pun ada. Soalan penuh provokasi lagi menyakitkan hati.

“Lin, aku ni siapa? Setakat pegawai yang diambil  kerja secara kontrak je. Bukannya tetap. Kau rasa, orang macam dia tu boleh ke terima orang tak stable macam aku ni jadi menantu dia? Anak dia tu bukan calang-calang orang. Ada DR tau. Dari oversea lagi,” luah Sofea panjang lebar. Bungkusan berisi nasi ambang langsung di tutup dan ditolak ke hujung tepi meja kerjanya. Selera makan entah kenapa hilang pula.

“Kontrak ke..tetap ke, yang penting kau ada kerja kan? Alahh..aku rasa…Naim tak pandang soal pangkat semua tu….”.

“Naim tu tidak, tapi mama dia tu,” potong Sofea. Sesekali keluhan kasar dilepaskan. Tudung yang tadi elok terletak, sudah senget-senget dek tangan yang gatal garu kepala tanpa tujuan.

‘ Kau sendiri tahu kan Lin, berkahwin tak makna kita kahwin dengan lelaki tu je. Tapi dengan keluarga dia sekali. Dan aku tak rasa aku boleh hidup dengan orang macam mama dia tu. Dekat opis ni pun orang ramai tak suka dia, macam mana aku nak jadi keluarga dia. Paling tidak, dengan aku-aku sekali kena tempias nanti. Entah-entah lepas ni, kau pun dah tak nak kawan dengan aku ! " luah Sofea panjang lebar.

‘ kau ni, belum apa-apa dah fikir bukan-bukan. Jangan biarkan fikiran kau tu sempit dengan pandangan orang la Pia. Mana tahu, lepas kau jadi menantu dia, dia berubah? Berganda pahala kau sebab selamatkan warga department kita ni dari buat dosa kering mengutuk dia tau!”

“Berubah kau kata? Nih, aku nak bagitau kau. Tadi, si angry bird tu baru je bagi aku tugasan yang paling aku menyampah nak buat dan aku percaya.... Sangat-sangat percaya. Gile punya percaya yang dia sengaja suruh aku buat benda ni untuk menghukum aku sebab berkawan dengan Naim. Kau tahu apa tugasan tu?”

Harlina geleng kepala perlahan.

“ Jumpa Dr. Syed kegilaan ramai itu dan cuba minta pada dia sampel yang dia sangat kedus kan tu!”

“What? Dr.Syed? Ikutttttt!!!!”. Harlina dah buat muka gatal. Mata bulat, bersinar-sinar macam nampak duit berjuta-juta jatuh dari langit. Beria-ia benar! Entah apa yang best sangat dengan Dr.Syed tu entah. Se entero organisasi ni dok cakap pasal dia, tapi orangnya entah mana satu pun dia tak kenal. Yang penting lagi utama, dia memang diminati ramai.

“Kau pun tersampuk juga dengan yang lain ke? Hailah….aku pergi dulu lah. Orang kata, Dr.Syed tu tak suka orang lambat-lambat. Bye!”’

“Pia…kirim salam!!!” sempat juga Harlina melaung dari dalam bilik.


**********

“ Ha’ ah sebab kau lembab. Aku tak suka bekerja dengan manusia yang lembab, macam tukul dengan pahat je. Kena ketuk banyak kali, baru kerja boleh berjalan. Sudah, kau tak payah susah-susah buat janji dengan aku. Kalau dah lembab tu, tak guna nak berusaha sekuat mana pun. Sama saja hasilnya

Sofea di tepi pintu gelungsur tu langsung tergamam. Berdegup jantung dengar butir bicara dari perut bilik itu walau tanpa memandang. Ini ke budi bahasa Dr. Syed yang orang dok agung-agungkan tu? Haih. Maaflah ye Lina, kalau gini gaya orangnya…tak jadi nak tolong sampaikan salam.

Dan tiba-tiba saja pintu yang separuh terbuka itu langsung terbuka luas sambil seorang gadis berbaju kmeja jalur-jalur keluar dari situ dengan wajah memerah, menahan sebak. Laju saja dia mengatur langkah keluar dari pintu berdekatan dengan tempat dia berdiri tadi.

Melihatkan keaadaan itu, Sofea jadi kecut perut sendiri. Garangnya orang tua ni! Sampai menangis budak tu dibuatnya. Besar sangat ke salahnya sampai di tuduh lembab? Gila talak kea pa? bini lari? Ehhh..silap. Menurut Kak Kiah, Dr.Syed ni belum kahwin lagi. Masih bujang. Tapi sama ada bujang trang tang tang..atau bujang terlajak, itu dia sendiri tak  pasti.

“Awak ni siapa? Cari siapa?”

Gulp! Lamunan Sofea mati sendiri bila suara garau itu menyapanya.

“Hehehe....”

“Saya ada buat lawak ke?” soal lelaki itu, serius.

“Tader…tak da.” Balas Sofea pendek dengan sengihan. Walawehh...comei. Siapa agaknya dia ni? Kacak lagi tampan rupanya pegawai-pegawai lelaki dekat stesyen luar ni. Buat ubat mata memang berbaloi ni!

“ Awak cari siapa?” soalnya lagi.

“Saya Sofea. Saya datang wakil Puan Zahlia.”

“Ooo...yang datang nak ambil sampel tu ke?”

“Iya saya.” Balas Sofea teragak-agak. Eh, dia tahu? Siapa dia ni agaknya? Pembantu Dr.Syed tu kut.

“ Pian..tolong bagi dia ni sampel amide dalam 1 kg. Cukup?”

Sofea angguk laju.

“Kalau tak cukup, boleh saya datang minta lagi?”.

“Datang je. Bukan jauh pun. Dah, awak pergi ikut budak Pian tu. Lain kali, jangan lewat kalau dah janji. Saya tak suka,” balasnya sambil berlalu masuk ke dalam bilik betul-betul di sebelah tempat dia berdiri sejak tadi.

Eh! Kejap! Dia tu ke Dr.Syed?

“Kak long, cepatlah! Apa yang menung lagi tu? Saya ada banyak kerja lain nak buat ni.”

“kak Long? Bila masa kita kongsi mak aa? Hisyhhh..” bebel Sofea sambil menuruti langkah kea rah makmal luar bangunan itu. Sesekali dia berpaling ke belakang kea rah bilik tadi sebelum dahinya ditepuk kuat berkali-kali.

Habis kau Pia! Dr.Syed pun kau tak kenal ke!!! Hampeh!


p/s: menyibuk je si SN ni ye dak? kat sini pun dia mau timbul.haih.sambung lagi ye...


**********

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon