Sambil
memandu, air mata yang mengalir di kesat dengan hujung jari.Sungguh dia keliru
waktu itu. Tak tahu kendak ke mana dan pada siapa hendak mengadu. Pergi ke
bilik Harlina, dia tak ada. Masuk meeting kata Muzammil, jiran bilik sebelah
Harlina. Cuba call abang long, tak dapat. Telefon ditutup. Tak lain, mesti abang
long ada operasi besar-besaran lah tu. Kesudahnya, kunci kereta dicapai dan
kereta dipandu keluar tanpa isi borang keluar pejabat menuju ke arah bangi.
Usai
saja kereta diparkir dan berlari-lari anak menaiki tangga,pintu café yang dah
dianggap macam café hak milik sendiri ditolak kasar. Matanya yang merah
tertancap pada kaunter bayaran, mencari si dia. Tapi bayangnya tiada.
Ahhh..kemana
pula dia pergi? Takkan tak habis lagi rajuknya sampai sembunyi tak keluar lagi
sampai hari ini? Call pun tak berangkat. Matanya kemudian menjalar ke arah
sekeliling café itu. Di sudut hujung café, kelibat Zamri yang sedang menyusun
buku-buku di rak buat hatinya rasa lega. Laju saja langkah diatur ke arah itu.
“Zam!”.
“Ehh..cik
Sofea. Bila cik sampai?” soal Zamri
sambil sengih-sengih.
“
Baru je sampai. Umar ada? Dia tak kerja ke hari ni”
“Kerja.
Tapi dia balik umah sekejap. Berehat. Letih katanya, sebelum subuh tadi baru
sampai.”
Sampai
sebelum subuh?Rumah?
“Err..Zam,
awak tahu tak..rumah dia dekat mana?”.
Zamri
gelak jahat, Beria-ia dia gelak sebelum tawanya terhenti bila wajah Sofea mula
masam mencuka.
“Maaf
cik Sofea. Saya tak sengaja. Err..tapi kan, tak kan Cik Sofea tak tahu rumah
bakal suami sendiri dekat mana?”.
Jap…Bakal
suami? Apa..Zamri dan yang lain masih belum tahu tentang pernikahan mereka?
Tapi kenapa? Umar malu?
“Cik…Cik
okey?”
“Rumah
Umar di mana?” soal Sofea tegas.
Jari
telunjuk Zamri tegak menunjuk ke atas siling kedai itu dengan sengihan. Sofea tarik beg tangan
disisinya, sudah bersiap sedia nak hempuk Zamri yang terang-terang cuba loyar buruk
dengannya.
“Awak
jangan main-mainlah Zam. Saya tanya betul-betul ni. Rumah Umar di mana?”.
“Saya
tak tipu Cik Sofea, rumah bos kat atas café ni je. Dia….”.
“Kalau
awak bohong, siap awak!” balas Sofea sebelum bergegas memanjat tangga ke atas. Usai tiba di depan pintu, loceng di
tekan berkali-kali sambil tangan sebelah lagi laju mengetuk.
“Zamm…kan
saya dah cakap…”.
“Awak!”
jerit Sofea sambil meluru masuk dan cuba mendekati Umar. Umar yang terkejut,
tanpa sengaja mengelak dari dipeluk menyebabkan
tubuh Sofea yang tidak seimbang hampir tersungkur. Mujur umar sempat
tarik tali beg tangannya sebelum Sofea jatuh.
“Umar!
Awak ni kan…”
“Err..Sofea,
maaf. Saya tak sengaja. Emmm… macam mana awak tahu saya ada di sini? Eh, tak
apa. Mari duduk dulu” soal Umar sambil menarik perlahan lengan Sofea yang sudah
teresak-esak menangis untuk duduk di
sama di sofa berhampiran.
“Awak…saya.”
Esakan Sofea berterusan. Umar jadi serba salah. Kepala digaru perlahan
berkali-kali. Mencari cara paling sesuai untuk bertanya.
“Awak…okey
ke?”.
Umar
ketap bibir. Jarinya laju saja menjentik dahi sendiri. Apa punya soalan daa.Dia
kan tengah menangis, mestilah tak okey Umar oi!
“Errr..kenapa
ni Sofea? Apa dah…”. Soalannya terhenti bila tiba-tiba saja Sofea labuhkan
kepala dibahunya. Langsung tubuhnya keras disitu sambil mata terkebil-kebil.
“Saya…saya
diberhentikan kerja.Macamana ni Umar? Apa saya nak buat lepas ni?”
“Berhenti
kerja? Kenapa?” soal Umar lambat-lambat. Kalau tadi bahu, kali ini tangannya
pula bagaikan beku bila disambar dan digenggam erat dek Sofea. Hanya matanya
saja yang melorot ke arah tangannya dan kemudian ke arah Sofea disisinya.
“
Si angry bird tu lah! Saya tak faham lah dengan perempuan tu. Apa yang dia tak
puas hati sangat dengan saya. Saya dah tinggalkan anak dia, supaya dia dapat
menantu pilihan hati dia…apa lagi yang dia nak?”
Angry
bird? Siapa? Mak si Naim tu ke? Dan menantu pilihannya, Umayra?
“Umar…macam
mana ni? Majlis kita minggu depan..tapi.” Air mata Sofea masih deras mengalir.
Geram, marah bercampur rasa. Kalau dapat dia debik je si angry bird tu tadi,
bagus juga. Atau, koyakkan saja surat penamatan kontrak depan dia tadi? Hah,
itu lagi puas hati!
“Tak
apa Sofea, rezeki Allah atas muka bumi ni kan luas. Mungkin rezeki awak ada kat
tempat lain.Dah, jangan nangis ye.”
“Tapi,
apa salah saya sampai macam tu skali angry bird buat pada saya? ”.
“Sofea….istighfar
banyak-banyak. Dah, jangan marah-marah macam ni. Biarlah, apa orang nak buat
pada kita. Yang penting, Allah masih ada dengan kita dan saya yakin…Dia mesti
ada perancangan yang lebih baik untuk awak lepas ni. Jadi, awak janganlah
sedih-sedih lagi ye. Dan satu lagi, walau macam mana pun orang buat pada
kita…janganlah sampai kita menggelar-gelar dia. Kadang-kadang tu kan, kita rasa
kita tak ada buat apa salah pun tapi orang masih tak suka kita. Mungkin juga,
sebab gelombang gelaran yang awak bagi pada dia tu sampai pada dia tanpa awak
sedar.” Balas Umar sambil tersenyum memandang ke sisinya.
Gelombang
gelaran? Laju saja kepalanya diangkat tanpa sedar yang Umar sedang memandang ke
arahnya sebelum kepalanya dan dagu Umar terhantuk.
“Aduhhh!”
“Awakkk..sorry…ampun.
Saya tak sengaja.Alaaa….kat mana sakit? Kat sini?” soal Sofea cemas. Sebelah
tangan, lap air mata yang mengalir dan yang sebelah lagi pegang dahu Umar yang
terbabas, terhantuk kepalanya sebentar tadi.
“Ehh…bibir
awak pun…berdarah ni!” dari dagu, tangan Sofea sudah beralih ke bibir Umar.
Tengah kalut darah yang keluar di lap dengan hujung tudungnya, mata mereka
bertaut. Gerak tangan Sofea terhenti sambil mata tidak berganjak.
“Aaaa…err..tak
apa.” Balas Umar laju sambil menarik perlahan tangan Sofea sebelum dia tunduk
dengan kening berkerut-kerut. Melihatkan reaksi spontan Umar, Sofea dah
tersengih sendiri. Terus datang niat hendak mengusik. Langsung lupa soal kerja
dan kekejaman si angry bird sebentar. Oh, pembetulan. Bukan angry bird tapi
Puan Zahlia.
“
Awak tau tak Umar, Ni… yang ini lah sebab utama..saya jadi jatuh suka pada
awak,” kata Sofea tiba-tiba sambil jari telunjuknya menyentuh perlahan ke arah
pipi kanan Umar yang sedikit berlekuk.
“Ha?”
soal Umar terpinga-pinga. Biji matanya melorot ke arah yang ditunjukkan sambil
kening berkerut memikir. Sofea senyum meleret dengan mata yang mula nampak
membengkak.
“Satu
lagi sebab ini…”. Dari pipi, telunjuk kecil itu beralih pula ke arah dada yang
disarung dengan t-shir kosong putih polos.
“Hati
yang ikhlas,sudi terima kelebihan dan
kekurangan saya walaupun Cuma kenal dalam masa yang singkat,” tambah Sofea lagi
dengan senyum bersisa. Kemudiannya, tangan Umar di tarik sebelum di salam dan
dikucup perlahan.
“Maafkan
saya Umar, atas sikap saya sebelum ini dan terima kasih sebab sudi terima
saya.”
Dalam
keadaan masih terpinga-pinga, akhirnya Umar tersenyum sambil usap perlahan
kepala Sofea.
“Jangan
risau, saya akan selalu maafkan awak Sofea. Hmmm..dah, jangan sedih-sedih lagi
ye. Tentang kerja tu, nanti kita fikirkan macam mana. Dan, kalau buat sementara
awak nak duduk rumah pun..saya tak halang. InsyaAllah, saya masih mampu sara
hidup kita berdua.”
“Haaa!!! Apa kerja awak sebenarnya ya?”jerit Sofea tiba-tiba dengan sengih nakal.
“Kerja
saya?” soal Umar dengan kening terangkat.
“Kenapa
dengan kerja saya?” soalnya lagi.
“Saya
tau…awak bukan setakat tokei café bawah
tu je kan? Apa kerja awak sebenarnya Umar? Awak ni…dengan saya pun awak nak
berahsia kan? Dengan Lina, boleh pula awak story de mory kan.”
Story
de mory? Apa tu? Umar garu kepala.
“
Kalau tak tahu, lagi elok kut. Tak ada apa yang nak dibanggakan sangat dengan
kerja saya tu. Cukup setakat awak tahu, kerja saya tu..kerja yang halal. Bukan
jual orang atau yang sewaktu dengannya,”.
Sofea
cebik bibir. Ceh! Nak berahsia lagi tu.
“Halal
tu memang halal, tapi kerja apa? Kenapa dari dulu awak asyik mengelak bila saya
soal tentang kerja ye?Hmmm..something
fishy di sini”.
“
Mungkin sebab saya tak mahu awak fikir yang bukan-bukan tentang saya.”
Uikkk?
Fikir bukan-bukan? Lain macam saja bunyinya. Wajah bersahaja Umar dikerling
sekilas sebelum dipandang dari atas ke bawah berkali-kali. Hmmm…tak ada pula
gaya pembunuh upahan ke, ah long ke.
Dengan janggut sejemput, muka
gitu-gitu…lebih mirip pada ustaz-ustaz je pada pandnagan peribadinya.
“Dengan
buat statement macam tu, awak lagi buat saya nak fikir bukan-bukan tentang awak
tau.”
Umar
tarik sengih sebelum jungkit bahu.
“Awak
mesti belum makan tengahari lagi kan? Saya masak kan nasi arab spesial, nak
tak? Awak tunggu sini ye”.
“Oooo..nak
lari ye!”
Umar
tersengih seraya berdiri. Tangan yang ditarik erat oleh Sofea, ditolak perlahan
diiringi gelengan.
“
Bukan lari, Cuma mengelak. Awak tunggu ye. Saya turun bawah sekejap.”
Sofea
angguk perlahan lalu tersenyum. Pesanan Harlina beberapa hari yang sudah waktu
dia buat sesi luahan perasaan tentang Umar, bagai di replay berkali-kali di kotak fikirannya. Dan kesimpulan dari
bebelan panjang merangkap motivasi rumahtangga secara percuma oleh Harlina
adalah, sudah-sudahlah mendesak. Bawa bersabar. Lambat laun, mesti segalanya
akan berjalan lancar. Tak cukup dengan bebelan, SMS pula dihantar.
Take time to know and explore him
and enjoy your new experience living with you unknown husband.
Sofea
sengih sendiri. Macam-macam hal si Lina ni. Dan Sofea terus tersenyum hingga akhirnya terlelap
di sofa, tanpa sedar.
*****
“Sofea?”
Langkah
Umar terhenti di depan pintu masuk yang sedikit terbuka. Sedikit tergamam dia
dibuatnya melihat Sofea terlentuk lesu di sofa. Tak berkerdip mata memandang
sambil kaki melangkah mendekati.
Pinggan
berisi nasi arab yang masih berasap, diletak perlahan ke atas meja sebelum
ambil tempat di sisi Sofea yang sudah tidur mati. Tanpa sedar, bibirnya
menguntum senyum. Hailah Sofea, awak ni macam angin tau tak? Sekejap sedih,
sekejap lagi boleh tertawa dan sekarang boleh pula terlena?
Kasihan
melihat keadaannya terlentok seperti itu,perlahan-lahan tubuh Sofea dibaringkan
ke atas sofa dengan kaki di lunjurkan sebelum dia sendiri duduk bersila
mengadap Sofea yang lena tidur.Nyenyak sungguh gayanya.
Dari
sekadar memerhati dari jauh, tubuhnya diengsot mendekati sofa sebelum tangannya
dijadikan bantal di tepi sofa untuk letak kepala sambil memerhati wajah polos
itu dengan lebih dekat. Kemudiannya senyum ditarik, tanda puas hati. Ternyata
sifat garang Sofea hanya luaran kerana bila dia tidur, gayanya tak ubah seperti
bayi. Nampak comel dan mendamaikan.
“Saya
sayangkan awak Sofea, insyaAllah…fillah,” tutur Umar perlahan sebelum matanya
dipejam rapat. Cuba sedaya upaya untuk menenangkan hati yang jadi kacau
serta-merta sebaik saja kata-kata tadi diluahkan.
Dan
tanpa sedar, dia turut terlena sama dengan wajah mereka saling berpandangan dan
dipisahkan setakat beberapa inci sahaja.
14 comments:
Weeeee weeee. Sukaaaa. Kenapa last part? Mksudnya lepas nie diterbitkan keee? Excitednyaaa!
blom abis g kan kan kan kan.....
alaaa ..jgn la last kt blog
nak lagi nak lagi ...
Jgn lupa UMUMKAN bila dh dibukukan nanyi yer dik
alaa kak...jgn la last lg...
alamak dik.... takkan dah abis kot???
dah hbs ker?????? mmm...x sabar nak tunggu versi cetak...terlalu berahsia umar ni....mahu tapi malu....
cepat2 lah publish novel ini . .eeeee tak sabar nk tunggu . .
Huhuhu..bestnyaaaaa. cepat2 la jadi novel
hurm..masih banyak lagi yang misteri tentang umar ni..
napa last part ..best ni...nak publish dah ya...
dah last part dah...
bestnya mesti dah nak publish kan...
nanti gi tau tarikh keluar...
x sabar nak beli...
BEST X SABAR TUNGGU NAK PEGANG BUKU.
Part last??? Janganlah...xpuas lagi, nak tunssu buku lambat lagi kot... :(
Post a Comment