Followers

Wednesday, August 14, 2013

My Dear, Mr Dimple..last part






Sambil memandu, air mata yang mengalir di kesat dengan hujung jari.Sungguh dia keliru waktu itu. Tak tahu kendak ke mana dan pada siapa hendak mengadu. Pergi ke bilik Harlina, dia tak ada. Masuk meeting kata Muzammil, jiran bilik sebelah Harlina. Cuba call abang long, tak dapat. Telefon ditutup. Tak lain, mesti abang long ada operasi besar-besaran lah tu. Kesudahnya, kunci kereta dicapai dan kereta dipandu keluar tanpa isi borang keluar pejabat menuju ke arah bangi.

Usai saja kereta diparkir dan berlari-lari anak menaiki tangga,pintu café yang dah dianggap macam café hak milik sendiri ditolak kasar. Matanya yang merah tertancap pada kaunter bayaran, mencari si dia. Tapi bayangnya tiada.

Ahhh..kemana pula dia pergi? Takkan tak habis lagi rajuknya sampai sembunyi tak keluar lagi sampai hari ini? Call pun tak berangkat. Matanya kemudian menjalar ke arah sekeliling café itu. Di sudut hujung café, kelibat Zamri yang sedang menyusun buku-buku di rak buat hatinya rasa lega. Laju saja langkah diatur ke arah itu.

“Zam!”.

“Ehh..cik Sofea.  Bila cik sampai?” soal Zamri sambil sengih-sengih.

“ Baru je sampai. Umar ada? Dia tak kerja ke hari ni”

“Kerja. Tapi dia balik umah sekejap. Berehat. Letih katanya, sebelum subuh tadi baru sampai.”

Sampai sebelum subuh?Rumah?

“Err..Zam, awak tahu tak..rumah dia dekat mana?”.

Zamri gelak jahat, Beria-ia dia gelak sebelum tawanya terhenti bila wajah Sofea mula masam mencuka.

“Maaf cik Sofea. Saya tak sengaja. Err..tapi kan, tak kan Cik Sofea tak tahu rumah bakal suami sendiri dekat mana?”.

Jap…Bakal suami? Apa..Zamri dan yang lain masih belum tahu tentang pernikahan mereka? Tapi kenapa? Umar malu?

“Cik…Cik okey?”

“Rumah Umar di mana?” soal Sofea tegas.

Jari telunjuk Zamri tegak menunjuk ke atas siling kedai itu dengan sengihan. Sofea tarik beg tangan disisinya, sudah bersiap sedia nak hempuk Zamri yang terang-terang cuba loyar buruk dengannya.


“Awak jangan main-mainlah Zam. Saya tanya betul-betul ni. Rumah Umar di mana?”.

“Saya tak tipu Cik Sofea, rumah bos kat atas café ni je. Dia….”.

“Kalau awak bohong, siap awak!” balas Sofea sebelum bergegas memanjat tangga ke  atas. Usai tiba di depan pintu, loceng di tekan berkali-kali sambil tangan sebelah lagi laju mengetuk.

“Zamm…kan saya dah cakap…”.

“Awak!” jerit Sofea sambil meluru masuk dan cuba mendekati Umar. Umar yang terkejut, tanpa sengaja mengelak dari dipeluk menyebabkan  tubuh Sofea yang tidak seimbang hampir tersungkur. Mujur umar sempat tarik tali beg tangannya sebelum Sofea jatuh.

“Umar! Awak ni kan…”

“Err..Sofea, maaf. Saya tak sengaja. Emmm… macam mana awak tahu saya ada di sini? Eh, tak apa. Mari duduk dulu” soal Umar sambil menarik perlahan lengan Sofea yang sudah teresak-esak menangis untuk duduk di  sama di sofa berhampiran.

“Awak…saya.” Esakan Sofea berterusan. Umar jadi serba salah. Kepala digaru perlahan berkali-kali. Mencari cara paling sesuai untuk bertanya.

“Awak…okey ke?”.

Sofea geleng laju sambil terus menangis.


Umar ketap bibir. Jarinya laju saja menjentik dahi sendiri. Apa punya soalan daa.Dia kan tengah menangis, mestilah tak okey Umar oi!

“Errr..kenapa ni Sofea? Apa dah…”. Soalannya terhenti bila tiba-tiba saja Sofea labuhkan kepala dibahunya. Langsung tubuhnya keras disitu sambil mata terkebil-kebil.

“Saya…saya diberhentikan kerja.Macamana ni Umar? Apa saya nak buat lepas ni?”

“Berhenti kerja? Kenapa?” soal Umar lambat-lambat. Kalau tadi bahu, kali ini tangannya pula bagaikan beku bila disambar dan digenggam erat dek Sofea. Hanya matanya saja yang melorot ke arah tangannya dan kemudian ke arah Sofea disisinya.

“ Si angry bird tu lah! Saya tak faham lah dengan perempuan tu. Apa yang dia tak puas hati sangat dengan saya. Saya dah tinggalkan anak dia, supaya dia dapat menantu pilihan hati dia…apa lagi yang dia nak?”

Angry bird? Siapa? Mak si Naim tu ke? Dan menantu pilihannya, Umayra?

“Umar…macam mana ni? Majlis kita minggu depan..tapi.” Air mata Sofea masih deras mengalir. Geram, marah bercampur rasa. Kalau dapat dia debik je si angry bird tu tadi, bagus juga. Atau, koyakkan saja surat penamatan kontrak depan dia tadi? Hah, itu lagi puas hati!

“Tak apa Sofea, rezeki Allah atas muka bumi ni kan luas. Mungkin rezeki awak ada kat tempat lain.Dah, jangan nangis ye.”

“Tapi, apa salah saya sampai macam tu skali angry bird buat pada saya? ”.

“Sofea….istighfar banyak-banyak. Dah, jangan marah-marah macam ni. Biarlah, apa orang nak buat pada kita. Yang penting, Allah masih ada dengan kita dan saya yakin…Dia mesti ada perancangan yang lebih baik untuk awak lepas ni. Jadi, awak janganlah sedih-sedih lagi ye. Dan satu lagi, walau macam mana pun orang buat pada kita…janganlah sampai kita menggelar-gelar dia. Kadang-kadang tu kan, kita rasa kita tak ada buat apa salah pun tapi orang masih tak suka kita. Mungkin juga, sebab gelombang gelaran yang awak bagi pada dia tu sampai pada dia tanpa awak sedar.” Balas Umar sambil tersenyum memandang ke sisinya.

Gelombang gelaran? Laju saja kepalanya diangkat tanpa sedar yang Umar sedang memandang ke arahnya sebelum kepalanya dan dagu Umar terhantuk.

“Aduhhh!”

“Awakkk..sorry…ampun. Saya tak sengaja.Alaaa….kat mana sakit? Kat sini?” soal Sofea cemas. Sebelah tangan, lap air mata yang mengalir dan yang sebelah lagi pegang dahu Umar yang terbabas, terhantuk kepalanya sebentar tadi.

“Ehh…bibir awak pun…berdarah ni!” dari dagu, tangan Sofea sudah beralih ke bibir Umar. Tengah kalut darah yang keluar di lap dengan hujung tudungnya, mata mereka bertaut. Gerak tangan Sofea terhenti sambil mata tidak berganjak.

“Aaaa…err..tak apa.” Balas Umar laju sambil menarik perlahan tangan Sofea sebelum dia tunduk dengan kening berkerut-kerut. Melihatkan reaksi spontan Umar, Sofea dah tersengih sendiri. Terus datang niat hendak mengusik. Langsung lupa soal kerja dan kekejaman si angry bird sebentar. Oh, pembetulan. Bukan angry bird tapi Puan Zahlia.

“ Awak tau tak Umar, Ni… yang ini lah sebab utama..saya jadi jatuh suka pada awak,” kata Sofea tiba-tiba sambil jari telunjuknya menyentuh perlahan ke arah pipi kanan Umar yang sedikit berlekuk.

“Ha?” soal Umar terpinga-pinga. Biji matanya melorot ke arah yang ditunjukkan sambil kening berkerut memikir. Sofea senyum meleret dengan mata yang mula nampak membengkak.

“Satu lagi sebab ini…”. Dari pipi, telunjuk kecil itu beralih pula ke arah dada yang disarung dengan t-shir kosong putih polos.

“Hati yang ikhlas,sudi  terima kelebihan dan kekurangan saya walaupun Cuma kenal dalam masa yang singkat,” tambah Sofea lagi dengan senyum bersisa. Kemudiannya, tangan Umar di tarik sebelum di salam dan dikucup perlahan.

“Maafkan saya Umar, atas sikap saya sebelum ini dan terima kasih sebab sudi terima saya.”

Dalam keadaan masih terpinga-pinga, akhirnya Umar tersenyum sambil usap perlahan kepala Sofea.

“Jangan risau, saya akan selalu maafkan awak Sofea. Hmmm..dah, jangan sedih-sedih lagi ye. Tentang kerja tu, nanti kita fikirkan macam mana. Dan, kalau buat sementara awak nak duduk rumah pun..saya tak halang. InsyaAllah, saya masih mampu sara hidup kita berdua.”

“Haaa!!!  Apa kerja awak sebenarnya ya?”jerit Sofea tiba-tiba dengan sengih nakal.

“Kerja saya?” soal Umar dengan kening terangkat.

“Kenapa dengan kerja saya?” soalnya lagi.

“Saya tau…awak bukan setakat  tokei café bawah tu je kan? Apa kerja awak sebenarnya Umar? Awak ni…dengan saya pun awak nak berahsia kan? Dengan Lina, boleh pula awak story de mory kan.”

Story de mory? Apa tu? Umar garu kepala.

“ Kalau tak tahu, lagi elok kut. Tak ada apa yang nak dibanggakan sangat dengan kerja saya tu. Cukup setakat awak tahu, kerja saya tu..kerja yang halal. Bukan jual orang atau yang sewaktu dengannya,”.

Sofea cebik bibir. Ceh! Nak berahsia lagi tu.

“Halal tu memang halal, tapi kerja apa? Kenapa dari dulu awak asyik mengelak bila saya soal tentang kerja ye?Hmmm..something  fishy di sini”.

“ Mungkin sebab saya tak mahu awak fikir yang bukan-bukan tentang saya.”

Uikkk? Fikir bukan-bukan? Lain macam saja bunyinya. Wajah bersahaja Umar dikerling sekilas sebelum dipandang dari atas ke bawah berkali-kali. Hmmm…tak ada pula gaya pembunuh upahan ke, ah long ke. 

Dengan janggut sejemput, muka gitu-gitu…lebih mirip pada ustaz-ustaz je pada pandnagan peribadinya.

“Dengan buat statement macam tu, awak lagi buat saya nak fikir bukan-bukan tentang awak tau.”

Umar tarik sengih sebelum jungkit bahu.

“Awak mesti belum makan tengahari lagi kan? Saya masak kan nasi arab spesial, nak tak? Awak tunggu sini ye”.

“Oooo..nak lari ye!”

Umar tersengih seraya berdiri. Tangan yang ditarik erat oleh Sofea, ditolak perlahan diiringi gelengan.

“ Bukan lari, Cuma mengelak. Awak tunggu ye. Saya turun bawah sekejap.”

Sofea angguk perlahan lalu tersenyum. Pesanan Harlina beberapa hari yang sudah waktu dia buat sesi luahan perasaan tentang Umar, bagai di replay berkali-kali di kotak fikirannya. Dan kesimpulan dari bebelan panjang merangkap motivasi rumahtangga secara percuma oleh Harlina adalah, sudah-sudahlah mendesak. Bawa bersabar. Lambat laun, mesti segalanya akan berjalan lancar. Tak cukup dengan bebelan, SMS pula dihantar.

Take time to know and explore him and enjoy your new experience living with you unknown husband.

Sofea sengih sendiri. Macam-macam hal si Lina ni. Dan Sofea terus tersenyum hingga akhirnya terlelap di sofa, tanpa sedar.

*****
“Sofea?”

Langkah Umar terhenti di depan pintu masuk yang sedikit terbuka. Sedikit tergamam dia dibuatnya melihat Sofea terlentuk lesu di sofa. Tak berkerdip mata memandang sambil kaki melangkah mendekati.

Pinggan berisi nasi arab yang masih berasap, diletak perlahan ke atas meja sebelum ambil tempat di sisi Sofea yang sudah tidur mati. Tanpa sedar, bibirnya menguntum senyum. Hailah Sofea, awak ni macam angin tau tak? Sekejap sedih, sekejap lagi boleh tertawa dan sekarang boleh pula terlena?

Kasihan melihat keadaannya terlentok seperti itu,perlahan-lahan tubuh Sofea dibaringkan ke atas sofa dengan kaki di lunjurkan sebelum dia sendiri duduk bersila mengadap Sofea yang lena tidur.Nyenyak sungguh gayanya.

Dari sekadar memerhati dari jauh, tubuhnya diengsot mendekati sofa sebelum tangannya dijadikan bantal di tepi sofa untuk letak kepala sambil memerhati wajah polos itu dengan lebih dekat. Kemudiannya senyum ditarik, tanda puas hati. Ternyata sifat garang Sofea hanya luaran kerana bila dia tidur, gayanya tak ubah seperti bayi. Nampak comel dan mendamaikan.

“Saya sayangkan awak Sofea, insyaAllah…fillah,” tutur Umar perlahan sebelum matanya dipejam rapat. Cuba sedaya upaya untuk menenangkan hati yang jadi kacau serta-merta sebaik saja kata-kata tadi diluahkan.

Dan tanpa sedar, dia turut terlena sama dengan wajah mereka saling berpandangan dan dipisahkan setakat beberapa inci sahaja.


14 comments:

Fakhira Musa said...

Weeeee weeee. Sukaaaa. Kenapa last part? Mksudnya lepas nie diterbitkan keee? Excitednyaaa!

Unknown said...

blom abis g kan kan kan kan.....

Unknown said...

alaaa ..jgn la last kt blog
nak lagi nak lagi ...

ayu salina said...

Jgn lupa UMUMKAN bila dh dibukukan nanyi yer dik

Anonymous said...

alaa kak...jgn la last lg...

elfa said...

alamak dik.... takkan dah abis kot???

Unknown said...

dah hbs ker?????? mmm...x sabar nak tunggu versi cetak...terlalu berahsia umar ni....mahu tapi malu....

Anonymous said...

cepat2 lah publish novel ini . .eeeee tak sabar nk tunggu . .

Anonymous said...

Huhuhu..bestnyaaaaa. cepat2 la jadi novel

rahsia hatiku said...

hurm..masih banyak lagi yang misteri tentang umar ni..

Anonymous said...

napa last part ..best ni...nak publish dah ya...

Anonymous said...

dah last part dah...
bestnya mesti dah nak publish kan...
nanti gi tau tarikh keluar...
x sabar nak beli...

Unknown said...

BEST X SABAR TUNGGU NAK PEGANG BUKU.

Anonymous said...

Part last??? Janganlah...xpuas lagi, nak tunssu buku lambat lagi kot... :(

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon