Pages

Saturday, August 4, 2018

BAB 2








Ada dalam 20 minit dia mengunyah chewing gum, akhirnya bagasinya muncul juga di hadapannya lepas roller tu dua tiga kali pusing menayang bagasi yang tiba sama. Sepenuh tenaga dua beg yang disusun berturutan itu diangkat ke atas troli miliknya. Boleh tahan berat juga. Almaklum, empat tahun punya barang. Itu pun banyak baju-baju tshirt yang elok lagi dia sedekah je dekat junior yang masih tinggal di rumah sewa. Selebihnya dia letak dekat tong charity. Baldi dan segala tok nenek tak gigih dia nak bawa balik sama. Dekat Malaysia pun berlambak. Kot nak buat kenangan mengusik kalbu pun banyak lagi benda lain yang boleh dibawa selain baldi. Ye tak?

Mata bulatnya menerawang ke sekeliling kawasan ketibaan itu. Bertahun lama tak balik ke Malaysia, rasa asing pula. Urghhh Vee, stament poyo tak hengat ko eh? Baru balik dari Alaska ke hape? 4 tahun je pun, bukan 14 belas tahun. Kalau selama itu, wajar balik bukan seorang dah. Paling baloi bawa balik sekali dua tiga orang budak mata sepet.

Eh? Poyo lagi? Berangan! Hakikatnya, 4 tahun di bumi para-para sakura itu hatta seorang pun mamat jepun tak sempat dia curi hatinya. Setakat teman tapi mesra tu, adalah. Itupun mesra bersebab. Nak tiru laporan makmal dia. Hampeh!

Sambil menolak troli, sebelah tangan lagi menyeluk poket seluar capri paras lututnya sebelum keningnya berkerut panjang. Langkah dihentikan seketika. Tak cukup tangan kanan, tangan kiri pula menyeluk poket sebelah lagi. Tak ada juga. Poket belakang seluar? Pun tak ada. Ah sudah!

Bag pack yang disandang dibawa ke depan. Semua ceruk poket bag diseluk. Pun tak ada! Biar betik Veenea oii.Benda paling penting abad ini merangkap nyawa kedua hilang dari radar. Merana jiwa!
Agak-agak, dalam bag baju ada tak?

Ah, tu dah melebih Vee. Bag ni memang tak diusik langsung sepanjang kau layover dekat Tokyo semalam. Beg sandang je yang merata dibawa. Lagi pula baju untuk ditukar pun dah disimpan awal-awal dalam beg sandang  supaya tak perlu kacau bag pakaian.
Makna kata?

Mana pergi telefon ni? Adoiiiii!!!!

Rambut paras dada yang diikat separuh diurut-urut perlahan. Think Vee. Think. Di mana agaknya kawasan yang mungkin kau sorok telefon selain backpack? Di mana?  Dekat mana? Poket jacket? Laju tangannya seluk poket jaket. Tak ada juga. Okey. Sekian. Tutup cerita. Tamatlah riwayatnya tapi entah dimana.

Vee tersandar sekejap di dinding kedai jual coklat. Bibir diketap  sambil mata ligat memerhati. Nafas ditarik dalam-dalam supaya tak panic. Rasanya dah tau dah kat mana telefon dia. Tau dah. Dekat kedai perfume Airport Narita. Ye. Dekat situlah telefon bimbitnya bersemadi. Dok kalut sangat  masa tu nak bayar, nak kejar sebelum gate tutup. Haaa ambik. Sekian. R.I.P noni. 4 tahun berkhidmat dengan setia akhirnya dekat sana juga kau bersemadi.

“ Macam mana ni?” rungut Vee perlahan. Troli ditolak perlahan menuju ke arah luar ruangan itu dengan tak ada arah tuju.

“ Sedihnya la haih. Balik tak bersambut, telefon hilang. Macam mana nak contact mak ni?” gumam Vee sendirian sebelum langkahnya terhenti. Ada kerusi kosong ditepi troli langsung punggung dilabuh perlahan. Dompet dikeluarkan sambil matawang yen diperhatikan.

1000 yen. Ini je yang tinggal lepas dia lupa daratan sekejap waktu di Narita Airport subuh tadi. Beria telek perfume, kesudahnya nak makan pun tak cukup duit. Nasib baik dalam flight ada makanan.1000 yen, berapa ye duit malaysia sekarang? Agak-agak telefon awam wujud lagi tak untuk dia call mak tanyakan alamat? Kenapalah sebelum ni tak terlintas dekat fikiran dia untuk catat alamat tu dalam buku nota? Ah, itulah manusia zaman sekarang. Semua nak bergantung pada telefon bimbit. Kesudahnya kalau dah hilang macam ni, tak haru?

Sekilas mata Vee terpandangkan telefon bimbit yang dicaj diletak elok dikerusi berhampiran dia duduk. Kosong di sekelilingnya. Bag tak ada, orang pun tak ada. 

Hmmmm..agak-agak kalau dia pinjam kredit orang tu untuk call mak, aci tak? Senyum Vee dah panjang sampai ke telinga. Bijak kau Vee. Bijak! Why pay more?

Laju saja buku nota hikmat sebesar buku 555 dikeluarkan dari backpacknya. Tertera nombor telefon mak didalamnya. Mujurlah bab nombor telefon ni masih ada sifat jumud dan oldschool yang ditanam dalam dirinya lepas kes hilang telefon dekat stesen keretapi masa tiba-tiba je bandar Tokyo buat Drill Serangan Misil Dari Korea Utara secara tiba-tiba masa tu. Haaa lepas dari tu, setiap nombor telefon dia catit.

Tidak mahu buang masa dan peluang yang ada, dengan lagak biasa tak mahu ditangkap curi-curi pinjam, telefon sapa entah laju saja nombor mak didail.

“ Assalamualaikum mak. Mak! Ini Vee. Ha ah. Vee dah sampai. Telefon Vee terhilang la mak. Mak bagi location dekat telefon ni boleh? Yeee..Okey. Cepat ye mak. Sekarang. Ok.”

Vee tarik nafas lega. Laju je telefon bimbit tadinya diletak semula diatas kerusi sambil sesekali mata dikerling kalau-kalau ada mesej masuk. Tapinya idokla lega mana bila dia menoleh untuk kali yang yang kedua ada dua lelaki berpakaian ala-ala pembuli jalan raya dok elok berpeluk tubuh  di sebelah kerusi itu sambil pandang dia dengan wajah serius.

Vee tayang sengih sambil akal dah berkira-kira tindakan selanjutnya yang harus dia ambik. Alamak. Macam mana ni? Silap pinjam phone ke apa? Nak blah ke atau….eh. Tak boleh. Mak nak share location, kan? Kalau lari sekarang, nak kena call mak lagi lepas ni.

“ Errrr…saya pinjam kejap bolehkan?” bagitahu Vee perlahan dengan sengihan yang dipaksa.

“ Apa pinjam-pinjam?”

“ Kalau tak boleh pinjam…lariiii!!!!!” jerit Vee sambil memecut sekuat hati.



to be continue.....

1 comment: