“Hai
cik adik, tengah buat apa tu?”.
Hani
dongak kepala,kerling selayang pandang ke arah gerangan yang menegurnya dengan
bibir menyungil sengih.
“Kau
siapa? Sejak bila mak aku bersalinkan kau?” balas Hani acuh tak acuh. Matanya
kembali tertancap ke arah Biskut Famos
Amos kesayangannya yang dah jadi arwah lepas kena hurung dengan geng cik semut
yang entah bila bersarang dalam beg galasnya.
“Huisyhh
cengeynya! Badan kecik, muka comel tapi cengey!” balas si mamat mata bulat
bertshirt ala-ala corak Tommy Highfler. Kaler biru, merah putih. Sekali tengok
macam bendera JDT pun ada juga.
“Ada
masalah ke?” soal Hani lagi. Untuk kesekian kalinya, tentera semut yang gigih
beratur keluar dari plastik berwarna kuning itu dipijaknya sungguh-sungguh
dengan kaki. Biasa tu! Curi lagi biskut aku. Sudahlah baru saja dia makan 2,3
keping semalam sebelum walid, ummi dan abang-abangnya bertolak balik semula ke
KL. Sedih tak habis lagi sebab kena tinggal, tambah lagi sedih biskut kena
hijack.
“Hoi!
Dosa tau tak kau buat macam tu. Semut-semut ni semua kan makhluk Allah juga.
Mana boleh suka suki kau je buat pembunuhan secara beramai-ramai macam tu.
Patutnya kau sembang dengan diaorang. Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s.
Biskut ni, biskut aku. Kamu adalah makhluk Allah s.w.t yang berzikir kepadanya.
Kalau nak buat sarang untuk teruskan hidup, hiduplah dekat luar plastik biskut
ni agar kamu semua selamat dari dipijak dek kaki gajah aku ni….”.
Tawa
Hani meletus tiba-tiba, berdekah-dekah. Boleh tahan loyar buruk juga mamat ni
kan? Ingatkan tadi mula-mula mamat ni jenis mat bunga. Dok adik manis segala.
Rupanya dua kali lima juga macam dia.
Sengal!
“
Perbualan jenis apa yang kau cuba cadangkan pada aku tadi tu ha? Ke mana hala
tuju perbualan tadi tu? Kau ingat semut-semut ni kisah? Dah terlentang
kekenyangan diorang belasah biskut aku ni tau!” balas Hani usai tawanya reda.
Malas nak meneruskan sesi pembunuhan secara beramai-ramai versi kejamnya tadi
langsung bekas plastik dihadapannya dikutip dan dibuang ke dalam tong sampah
berhampiran. Tak apalah, bukan rezeki dia agaknya. Lain kali, kalau cuti
semester boleh je lagi nak ‘paw’ abang-abangnya bila balik rumah.
“
Aku Wari. Dayyan Hawari. Process Engineering. Kau?”.
Hani
kalih, pandang mamat yang tinggi sikit dari dia berkali-kali dari atas ke
bawah. Tinggi tak tinggi pun, kepala Hani paras bahu dia juga kiranya.
“Wajib
ke jawab?” soal Hani, sarkastik.
“Untuk
budak perempuan lain, sunat. Tapi untuk kau yang nampak macam rare tak ada
kawan perempuan lepas tu….”.
“Diamlah!
Aku. Hani. Naurah Tihani,” balas Hani laju.Malas nak dengar asbab-asbab dia
digelar rare.
“Kita
kawan?” soal Hawari dengan kening diangkat tinggi berkali-kali.
“Nak
kawan, boleh. Tapi kena kawan sampai mati. No feeling-feeling sampai bawa ke
jinjang pelamin segala. Boleh?”.
Hawari
geleng perlahan. Dahi berkerut panjang.
“Tak
boleh, sudah. Blah!” komen Hani bersahaja sambil mahu melangkah ke arah
cafeteria. Perut lapar!
“Aku
tak kata pun tak boleh.”
“Dah
tu?” soal Hani lagi.
“Nak
berkawan tu boleh. Tak mahu feeling sampai ke jinjang pelamin tu pun aku boleh
terima lagi. Tapi yang bab sampai mati tu, aku tak sanggup. If you want to die,
just die. Don’t ask me to follow you. Boleh?”soal Hawari serius.
Hani
tergamam. Lama. Ambil masa untuk dia hadam maksud kata-kata Hawari tadi sebelum
dia dan Hawari sama-sama tertawa tak ingat dunia.
Dan
siapa boleh sangka, hanya disebabkan sepeket biskut Famous Amos mereka
berkenalan dan bakal kekal berkawan sampai ke alam kerja?
No comments:
Post a Comment