Selesai je
urusan mengambil sampel, Sofea tak terus balik ke pejabat. Sebenarnya dia malas
nak mengadap muka si muncung mulut merah tu. Tahu sangat dia yang sampel tu tidaklah penting mana
sangat nak digunakan le le tu jugak. Akalnya cuma si angry bird tu tak mahu dia
ada sama dalam bangunan dua tingkat itu. Itu saja. Panas agaknya bila dapat
tahu, staff yang paling dia tak suka bercinta dengan anak tunggalnya.
Bila mengenangkan kenyataan dan fakta
itu, hati Sofea jadi kusut kembali. Dalam ramai-ramai lelaki dalam dunia ni,
kenapa mesti Naim yang jadi anak dia ? Hmmm…kecik rupanya dunia ni. Dok
bercakap sebelum-sebelum ni dalam telefon, idak le dapat di cam yang hak milik
suara itu…Puan Zahlia. Waktu sembang, nampak okey je. Ala-ala calon mak mentua
mithali. Padahal….
Dan tanpa sedar, keretanya sudah di berhentikan di kotak parkir dan kakinya
yang hanya disarung croc warna unggu itu laju saja melangkah menaiki tangga.
Serius, dia tak sedar. Bagai dipukau.
Ketibaanya di tingkat atas bangunan
kedai dua tingkat itu disambut dengan alunan bacaan ayat suci Al-Quran. Tenang
pula rasa hati yang serabut bagai nak rak sejak tadi. Tiba-tiba rasa insaf
datang. Rasa nak balik umah terus, buka
Al-Quran yang dah lama elok tersimpan dalam almari.
‘ Assalamualaikum….selamat
petang. ‘
‘Waalaikumussalam…encik ? Saya
belum order apa-apa lagi. ‘ balas Sofea sambil mata melirik ke arah bekas
kecil yang berisi kurma dan kismis. Segelas air jernih juga turut dihidang
bersama.
‘ Tak mengapa cik. Jamulah dulu manisan
dan air zam-zam ni. Nanti, kalau cik dah nak buat pesanan, panggil je saya ye.Sila,’
balas si penyambut tetamu sebelum berlalu.
Ada orang belanja ? Siapa ?
Laju saja matanya meliar ke arah sekeliling cafe itu. Selain dia, Cuma ada pelanggan
yang ada dihujung bucu kiri cafe itu. Tapi, gayanya macam bukan mereka je. Tak
kan lah dua orang budak perempuan tu yang belanja dia kut. Kenal pun
tidak !
Mata Sofea kemudian terhenti bila
melewati kaunter bayaran. Dan bila mata
mereka bertembung, laju saja pemuda di kaunter bayaran itu menundukkan
pandangannya ke bawah sambil pura-pura menekan kalkulator di hadapannya. Hek
eleh encik ustaz ni, nampak sangat cover line nya !
‘ Awak…awak belanja saya
ye ? ‘ soal Sofea bersahaja.
‘Aaa…errr..ya. ‘balasnya pendek
sambil tunduk, tersipu-sipu malu. Kopiah putih di atas kepalanya di perbetulkan walaupun gayanya tak ada pun yang tak kena. Timbul
lesung pipit di kedua belah pipinya. Manis sungguh la haih.
‘Laaa..nak malu-malu apanya.Saya okey
je, kalau orang nak belanja ni. Tapi, tak kan lah belanja kurma dengan air
zam-zam aje kut. Alang-alang belanja, belanja lah menu yang heavy sikit. Lapar ni. Stress lagi ! Err..tapi,
awak ada duit tak ni ?’
Si penjaga kaunter hanya tersenyum,
sambil angguk kecil. Mata pula masih setia memandang ke arah kalkulator di
hadapannya. Sopan habis ! Dah gaya dia pula yang tak tahu adab sopan. Selamba
batak je pergi terjah anak bujang orang.
‘ Eh, jap. Kenapa tiba-tiba nak belanja
saya ye ? Kurma dengan kismis pula tu. Awak perli saya ye, sebab muka saya
masam macam…. ‘.
‘ Cik nak makan apa ya? ‘
Tak sempat dia nak habis cakap, dah kena potong. Nampak
sangat nak mengelak dari cakap banyak dengan aku kan ? Cakap pun sepatah
dua kata je. Haih..memang stok ustaz-ustaz betul mamat ni.
‘ Emm…saya tak makan tenghari lagi ni.
Bagi saya nasi arab lah ye ! Kalau boleh cepat sikit, bagus juga. ‘
‘Baik. Cik duduk dulu ye. Saya ke
belakang sekejap. Masak. ‘ balas si penjaga kaunter sambil berlalu. Sofea
hanya memerhati dengan hujung mata hingga kelibatnya hilang dari pandangan. Terpegun
dia sebenarnya.
Mana taknya. Dialah tukang jaga
kaunter, dia tukang ambil pesanan. Tukang masak pun dia ? Haih, memang
jimat kos betul tokey cafe ni.
Dan tak sampai 10 minit, sepinggan nasi
arab terhidang di hadapannya. Sudah baca doa, baru saja hendak menyuap nasi
tiba-tiba saja tempat duduk di hadapannya diduduki sebelum air zam-zam yang
masih penuh sejak tadi ditarik lalu diteguk. Tak berkerdip mata Sofea memandang
pengunjung tak diduga tu.
‘ Dahaga ! Panas cuaca kat luar tu
kan ? ‘ luah Naim bersahaja. Gelas yang kosong dihulur semula .
‘ Naim ! Awak buat apa kat
sini ? Mana awak tahu saya… ‘.
Naim tayang sengih sebelum tayang skrin
Note II nya yang sememangnya besar gabak. Cehh ! Friend finder rupanya.
Ingatkan, ada sixth sense ! Baru nak angan-angan yang mereka ni sehati
sejiwa.
‘ Awak nak makan apa ? Order
lah ’
Laju Naim menggeleng.
‘ Aaaa… kalau kita kongsi, boleh ?
Nanti-nanti pun…semua nya kita akan kongsi…ye tak ? ‘ soal Naim. Muka
dia dah jelas-jelas tayang muka gatal nak cepat kahwin. Haih. Dapat green light
dari si angry bird tu ke ? Tak kan kut.
‘ Cer…awak pandang sekeliling. ‘
‘ Cer ? ‘ kening Naim dah
bersambung.
‘ Cer tu cuba lah. Bahasa orang
sekarang.’
‘Ooooo…haa, kenapa dengan cafe ni ?’
soalnya.
Sofea merengus perlahan. Kenapa dengan cafe
ni ? Mamat ni rabun ke apa ? Laju mata Sofea menyoroti sekeliling
restoren itu. Memang tak dinafikan, pengunjung tak ramai. Tapi, cafe ni kan
ala-ala islamic macam tu. Cuba tengok dekorasi….mata Sofea terhenti bila sampai
di kaunter bayaran namun bila menyedari yang dirinya masih diperhatikan Naim,
cepat-cepat mata ditarik sebelum terus merenung pinggan yang sudah beralih
tempat.
‘ Sedapnya ! Ni nasi
arabkan ? Saya tak pernah makan
nasi arab sesedap ni tau awak. Awak order yang lain ye ! Saya
laparlah. ‘ kata Naim sambil tangannya laju menyuap. Sofea ketap bibir.
Geram. Bertuah betul lah dia ni. Tadi kata nak kongsi.
Belum sempat dia angkat tangan nak buat
pesanan, sepinggan lagi nasi arab dihidangkan. Tapi kali ni bukan oleh si penjaga
kaunter. Orang lain. Laju betul servisnya. Belum minta dah dapat. Kalah
restoren segera yang charge macam-macam. Service charge la. Government charge
la.
Naim dah melantak nasi arab ala-ala
orang tak jumpa nasi setahun. Sikit pun kepala tak diangkat dari merenung nasi
arabnya. Bau memang..perghhh.
Nasi arab di hadapannya pula direnung
usai doa makan dibaca. Matanya kemudian beralih ke arah nasi arab yang ada
dalam pinggan Naim. Gayanya macam lain je dari yang Naim dok makan tu. Rupa tak
berapa nak sama. Baunya pun lain. Hmmm..belasah
aje lah. Yang penting, perut yang lapar perlu diisi !
***************
‘ Mama awak okey ke ? ‘
‘ Okey je. ‘
‘Maksud saya, dia okey ke bila tahu pasal kita. Saya ni kan, orang bawahan
dia. ‘
‘ Bawah ke atas ke, yang penting saya suka pada awak. Betul tak ?’
balas Naim seraya tersenyum.
Sofea pula juih bibir. Ah, Naim. Ayat nak sedapkan hati je tu.
Dan makan tengahari mereka yang dah merangkap
minum petang itu adalah kali terakhir dia dengar khabar dari Naim. Sudah dua
minggu berlalu, jangankan tayang muka…call pun tak ada. SMS? Lagilah tak ada.
Bila di call pula, masuk peti suara. Tiba-tiba saja Naim hilang macam kena telan
bumi. Hilang tanpa berita.
Kaedahnya, nak tahu berita yang terkini
tentang Naim mudah aje. Tanya saja pada mama nya. Tapi dengan syarat, mamanya
bukan Puan Zahlia. Itu baru boleh dikatakan mudah.
Sofea terus termenung. Mesin kromotografi
yang sedang digunakan direnung sampai ala-ala tembus masuk ke dalam wayar dan
fius kedalamnya. Sesekali dia mengeluh. Telefon pula dah berkali-kali di belek.
Mana tahu kalau ada message masuk dan dia tak perasan.
‘ Itu yang orang kata karma Cik Pia oii.
Dulu, waktu dia terhegeh-hegeh sua muka…kau tolak-tolak. Haa..sekarang, dah
merindu-rindu.”
Sofea
tarik muka panjang. Pen di jarinya di
ketuk perlahan pada meja. Cari idea nak membidas.
“ Karma tu, bukan kepercayaan kita Puan Lina.
Qada’ dan Qadar tu yang betulnya.”
“Ah, tak kiralah. Yang penting, sekarang baru
kau terasa kehilangan dia kan?” ejek Harlina yang dah mula tarik kerusi bulat
mendekatinya. Makanya, lama lagilah sesi soal jawab mereka.
“ Dia tak hilang. Dia cuma mendiamkan diri.”
“Mesti ada sebab kenapa dia macam tu. Kali
terakhir kau jumpa dia, kau berdua bergaduh ke? Tak kan?” soal Harlina. Muka
dah serius ala-ala wartawan tak bergaji. Sofea geleng kepala, sekadar melayan
persoalan Harlina yang nampak bersungguh-sungguh.
“Dah tu, kau tak pelik kenapa dia tak call
kau lebih dua minggu?”
“Pelik juga.” Balas Sofea bersahaja.
Tangannya ligat tarik keluar botol sampel lain untuk di masukkan ke dalam ruang
sampel.
“Haaa!!”
Sofea urut dada. Hampeh punya member. Nasib
baik tak terlepas botol sampel ditangannya.
“ Entah-entah, Pn. Zahlia tak bagi dia kawan
dengan kau dah kut!”
“Dah..tak payah nak buat spekulasi. Kalau dia
tak bagi, awal-awal hari tu dia dah bagitau masa aku dengan Naim jumpa dia.”
“ Ehhh…tak semestinya. Kau ingat, Puan Zahlia
tu sengal macam kau? Tak kanlah dia nak break the news depan-depan anak dia.
Confirm dia ambil tempoh bertendang dulu, fikirkan strategi sebelum bertindak.”
Laju saja jarinya menjentik bahu Harlina.
“Deyy…ni apa ni? Tempoh bertendangla,
strategi la. Untuk apa?” luah Sofea tak puas hati. Tadi dah gaya wartawan. Ini
boleh pula bertukar jadi ala-ala ahli politik. Krisis identiti ke apa budak Lina
ni?
“Strategi untuk memisahkan kau dengan Naim
la!”
Tangan Sofea tak jadi nak capai botol sampel
yang seterusnya. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dilepaskan. Lambat-lambat
dia menoleh ke arah Harlina yang dah tayang wajah bersalah.
“Sorry beb….” Ucap Harlina perlahan. Lengan
Sofea ditepuk perlahan, minta simpati.
Sofea tayang senyum biarpun matanya mula
berkaca. Berkali-kali nafas ditarik dan dilepaskan, cuba nak tahan air mata
yang gatal hendak melompat keluar dari bibir matanya.
“Tak apalah Lina. Apa yang kau cakapkan tu,
tak mustahil. Lebih-lebih lagi dengan reaksi luar jangka Naim yang tak
pernah-pernah tutup telefon melebihi 24 jam macam ni. Aku rasa, apa yang kau
cakap tu ada betulnya. Mungkin sekarang, Naim tengah relekskan diri dan cari
cara untuk terangkan hal sebenar pada aku…betul tak?”.
“Pia…kau janganlah cakap macam tu. Aku minta
maaf ye. Hmmm…walau apa pun, aku yakin yang Naim tu sayangkan kau. Dia mesti
ada cara untuk yakinkan mama dia tu.”
“ Harap-harap, macam tu lah,” balas Sofea
perlahan sambil meneruskan kerjanya yang sedikit tertunda.
Apa yang kita paling nak, itulah yang kita takkan dapat.
Dan entah kenapa, tiba-tiba saja kata-kata Yon
dalam komik Kartini itu muncul pula dalam fikirannya. Langsung harapannya tadi
yang mula-mula ada sepuluh persen, jatuh ke lima persen saja. Ahhh, kacau daun
sungguh!
*******
Petang itu, sekali lagi Sofea ke Café
Al-Faliq. Entah kenapa waktu melewati kawasan itu, stereng keretanya laju saja
memusing ke arah café yang mula dapat tempat dihatinya. Makanan sedap, layanan
pun okey, harga murah dan yang penting…ada dia. Dia?
Haip! Laju saja kepalanya dijentik sendiri.
Tolonglah Pia. Masalah dengan Naim belum
selesai dah pandai-pandai pandang yang lain? Laju mulutnya beristighfar
sendiri.
Dan hari ini, ramai pula pengujung yang
datang ke café berkonspekan library ini. Mujur ada meja kosong berhampiran
rak-rak buku. Automatik bila tiba sahaja di situ, matanya pasti terarah ke
kaunter bayaran. Tapi, kali ni lain pula orangnya. Bukan dia. Mana dia agaknya
ya? Entah-entah di dapur kot, memasak. Café ni kan, café mesra alam versi jimat
cermat. Sofea membuat telahan sendiri.
“ Assalamualaikum, nak order apa ye cik?”.
“Waalaikumussalam. Jap, saya nak tanya. Ustaz
yang dok jaga kaunter tu kat mana ye? Ada kat dapur ke? Saya nak order nasi
arab yang dia masak. Tak nak orang lain.”
“Ustaz?” si penyambut tetamu memandang
sekilas ke arah kaunter bayaran sebelum menggeleng.
“Yang mana satu ye cik? Namanya? Pekerja di
sini, ramai. Silih berganti. Ada yang dah berhenti, ada juga yang ditukar ke
cawangan lain.”
Sofea melongo. Nama? Macamlah pekerja
diaorang ni pakai tag nama macam ustaz kat sekolah tu.
“Aaa..yang ada lesung batu tu. Tak putih
sangat orangnya. Biasa-biasa je.” balas Pia dengan muka yakin, tanpa was-was.
“Lesung batu?”.
Sofea langsung tertawa kecil sebelum tepuk
dahi sendiri. Apa kau merepek ni Pia?
“Maksud saya, dia ada lesung pipit kat pipi.”
Si penyambut tetamu garu kepala. Pada
sahabatnya yang baru melalui meja mereka ditanya, tapi gelengan kepala yang
diberi.
“ Maksud cik, bos kami ke?”
“ Bos? Ehh, bukan. Dia pun pekerja café macam
awak juga,” balas Sofea sungguh-sungguh. Muda sangatlah haih, kalau dia tu nak
jadi bos. Tak ada tokoh jadi bos pun. Ada ke bos masuk dapur, ambil pesanan?
“Aaa…saya tak pasti tentang tu cik. Mungkin,
orang yang cik maksudkan dah berhenti kerja. Semalam, ada seorang budak
bahagian dapur diberhentikan kerja. Maaf ye cik, tapi…cik nak makan apa ya?
Minum?”
Berhenti kerja? Sofea terus tarik muka sambil
buang keluhan. Punah. Musnah harapan nak mencuci mata merangkap mengusik dia
yang nampak malu dan alim-alim tu. Nampak je alim, tapi buat perangai juga
sampai diberhentikan kerja. Jadi betullah orang putih dok kata, don’t judge the
book by it’s cover!
“ Hmmm…bagi saya air milo ais je la macam tu.
Terima kasih.”
Dan usai si penyambut tamu berlalu, matanya
masih melirik ke arah kaunter bayaran. Terbayang-bayang mamat si lesung batu tu
ada di situ sambil pura-pura picit kalkulator bila ditangkap memerhati.
Entah-entah, mamat tu ada masukkan apa-apa
pada minuman atau makanan yang dia jamu aku tak? Sebab itu siang malam dok
terbayangkan dia dan café ni? Hisyhhh! Terkena aku!
Cepat-cepat sisi peha nya ditepuk tiga kali.
Buang kenan, bak kat Harlina.
***********
“Zarin Sofea.”
Langkah Sofea terhenti di hadapan bilik
‘ngeri’ itu waktu dia berjalan ke arah pantri. Tahu sangat dia, orang yang suka
sangat panggil nama versi lengkap penuh IC tu. Laju saja matanya menyorot ka
arah kakinya.
Arghhh, si kepala kucing! kantoi!
“Maaf
puan. Saya tak perasan waktu keluar bilik tadi. Saya ingatkan, saya dah
sarung kasut dah tadi. Maaf puan, saya pergi tukar sekarang,” balas Sofea
sebelum ditegur.
“ Berapa kali awak nak minta maaf ni? Sekali , cukuplah.” Balasnya, sinis.Muka
keras, kejung nak habis. Serius amat.
“Iye puan, maafkan saya….err..”
“Maaf lagi?”
“Erkkk…hehehehe.” Automatik dua jari tangan
kanannya ditarik, tanda berdamai.
“Sengih, sengih. Ni…hujung minggu ni, awak
free?”.
Gulpp! Tekak dah rasa berpasir. Takut-takut
wajah bos nya dipandang sambil akal ligat berfikir tujuan soalan itu ditanya.
“Errr..biasanya, hujung minggu saya pergi
mengajar…”.
“Ada saya tanya, kebiasaan awak? Saya tanya
minggu ni..”
Ceh! Garangnya!
“ Kalau ada hal yang penting, saya boleh cuba
hadirkan diri. Ada apa ye puan? Ada seminar yang perlu saya hadiri ke?” soal
Sofea, gaya macam pekerja harapan negara. Komitednya kau Pia, ujung minggu pun
nak pergi seminar ke? Ada peluang dapat jawatan tetap ni! Sofea dah mula pasang
angan sendiri.
“Bagus. Sabtu, lepas maghrib datang ke
Restoren Harmoni, Hotel Equitorial. Ajak sekali parents awak atau ahli keluarga
terdekat. Wajib hadir. Faham?” jelas Puan Zahlia sebelum berlalu ke arah
bertentangan.
Erkk! Ni bukan berpasir anak tekak. Rasa
tercekik tulang pun ada. Hotel, bawa ahli keluarga? Entah-entah, dia nak
bincang soal aku dengan Naim tak?
Sofea dah melompat-lopat di hadapan pantri
dengan mug ditangan, selipar kepala kucing di kaki. Tangannya kemudian laju
saja menyeluk poket seluar sebelum dail nombor Naim. Haishhh..tutup phone lagi?
Baru nak kongsi gembira sama-sama.
Jap, entah-entah Naim saja nak buat surprise
tak? Sebab itu dua minggu dia diam je. Lebar senyuman Sofea hingga ke telinga.
Hilang mood nak buat milo panas, laju saja langkah di atur ke bangunan sebelah.
Rasa tak sabar nak jerit dekat telinga Lina.
Weehhh…aku bakal jadi menantu Puan Zahlia!
********
p/s: sambung lagi...sudi2 kan komen ;-)
Alaaaa...sikit sangat xpuas bace....:(
ReplyDeleteAkhirnya,..... klkrlah ustaz lesung batu tu,.. a ciri2 my future husband,.. ngeh, ngeh, ngehhhh,...
ReplyDeletePia jgn ykin sgt,.. t merana hati,...
-Aira-