Jam baru sahaja menunjukkan pukul 10 pagi. Setakat sejam ini, baru dua orang sahaja pegawai yang membentangkan kemajuan projek mereka. Kalau diikutkan, pembentangan Roney si perfectionist dan juga Amna yang ayu itu tidak lah lama mana pun. Setakat 15 ke 20 minit seorang. Yang panjangnya, soal jawab. Setakat silap ejaan pun nak jadi isu sampai berjam-jam. Kecoh amat!
Dan untuk kesekian kalinya, poket seluar slacknya bergetar lagi. Tapi Sofea buat endah tak endah sahaja. Malas nak tengok. Tak payah tengok pun, dah tahu siapa yang menghantar sms kepadanya. Siapa lagi lah hai kalau bukan Naim. Dari malam semalam, sampailah ke pagi ini adalah berpuluh MMS di hantarnya. Berbulu mata Sofea dibuatnya. Buat penuh inbox je!
“ Hoi, poket kau tu bergerak lagi lah. Aku boleh rasa tau!” rungut Harlina dalam nada berbisik.
Sofea jeling sekilas Harlina di sebelahnya sambil tayang muka menyampah. Pen di tangannya lantas mencoret sesuatu sebelum lengan Harlina di tolak dengan sikunya.
Si mamat obsesor! Tak reti bahasa. Menyampah!
Harlina ketawa mengekek tanpa suara. Tangannya kemudian laju menulis.
Menyampah ke, suka? Bukan dia tu, cinta hati kau ke? :-p
Cinta hati? Cinta hatilah sangat! Laju saja tangannya menulis sesuatu.
Kalau dah tak reti bahasa sangat macam ni, dari suka boleh jadi benci tau!
Harlina jelir lidah. Menyampah! Tulis lain, dalam hati cakap lain.
Apa kata kau terima je lamaran dia, kan senang. Please stop the hide and seek competition. Mak yang jadi penonton ni dah nak muak nokk!
Sofea cebik bibir. Siapa pula yang main sorok-sorok? Sorok-sorok ye? Eh, minah ni perli aku ke?
Muak, tutup mata. Taka da siapa suruh tengok.
Harlina tarik sengih.
Weh, off topic sat. Bila abang seluk poket kau nak buat progess presentation?
Sofea mendecit perlahan sebelum bibirnya disongket sebelah.
Apesal? Kau rindu nak dengar suara dia?
Tak lah. Aku suka tengok style dia. Tak perlu power point segala. Seluk poket seluar dan kemudian dengan machonya terangkan progress dia. Gempak sey!
Gempak la….
“Sofea!”
“Eh, mak kau gempak!”
Sofea terus tekup mulutnya bila semua mata di dalam bilik seminar itu sudah mula memandang ke arahnya. Ada yang buat muka pelik, ada juga yang tersenyum mengejek. Haih, budak Lin ni kan!
“ Mak kau gempak?” soal Dr. Rahimah minta kepastian.
“Hehehe. Sorry Dr. Rahimah. Tersasul tadi. Hehehe..”.
“Oh, okey. So, you ada prepare slide untuk presentation tak?”
Sofea angguk laju.
“Tapi Dr, projek saya ni..projek sampingan je. Bukan projek rasmi.”
“Taka pa. Yang penting, ada progress kan? Apa kata you tunjukkan progress you tu.”
“Boleh! No problem!” balas Sofea seraya bangun. Harlina disebelahnya sudah megekek ketawa sambil tekup mulut.
******
“ Semua kau punya pasal!” marah Sofea sambil mereka menuruni tangga kea rah lobi. File di tangan laju saja di hempuk ke lengan Harlina. Menjerit kecil dia dibuatnya.
“Ehh..aku pulak, kau yang mulakan sesi chit chat tu kan? Boleh pula tersasul gempak tu! Nasib baik tak terbut nama si seluk poket tu! Ahahaha,”.
Sofea dengus perlahan. Tak guna punya member! Bukan nak simpati, gelakkan lagi ada! Nasib baik dah kahwin. Kalau tidak, mau saje dia hentuk kepala si Harlina ni dengan si mamat seluk poket tu.
“Dah. Cukup-cukup gelak tu! Petang ni, aku akan pastikan kau pula yang kena tayang slide kau untuk orang ramai. Lepas tu, setiap satu slide yang kau tunjuk, aku nak Tanya soalan. Siap kau. Aku dah nekad ni,”
“ Well, I don’t care. Petang ni aku tak masuk. Ada meeting lain. Sila lah kejungkan diri mendengar progress presentation yang seterusnya ye! Send my regards to abang seluk poket kot-kot namanya kena seru,” balas Harlina sambil gelak besar.
“Grrr…aku alergik la dengan si seluk poket tu. Tiap kali nama dia nyaris-nyaris kena sebut, dia dok usha aku. Macam aku ada hutang berjuta je dengan dia”
“Ehh…bukan kau dengan dia bff ke…”.
“Sofea….”.
Langkah mereka kea rah kafetaria terhenti. Langsung keduanya berpaling ke belakang.
“Naim? Awak buat apa kat sini? “ soal Sofea sambil matanya ligat memandang kea rah keliling. Ini karang kalau nampak dek kak Leha Propa, habislah! Bukan setakat satu deparment, satu HQ ni boleh tau.
Headline terkini: Satu-satunya pegawai kontrak bahagian engineering dilihat dating dengan seorang lelaki di hadapan pejabat. Urghhh..tak menarik langsung tajuknya!
“Cari awak. Nak ajak awak makanlah!” balas Naim bersahaja sambil tersengih-sengih.
“Awak ni kan…orang tak bagi datang rumah, datang pulak ke opis. Agak-agaknya, perkataan mana dalam ayat saya sebelum ni yang awak konfius ye?” marah Sofea sambil tangan dicekak ke pinggang.
“ Hehehe…”
“Ehh mamat ni, boleh gelak pulak! Kau cuba tengok dia ni Lin” marah Sofea, tak puas hati.
“ Malas aku nak tengok, bukannya laki aku!”
Satu jelingan di beri pada Harlina. Dia ni pun, masa ni juga lah nak tunjuk sifat taat setia pada suami.
Melihat kerlingan ala-ala manja Sofea, sebaris giginya ditayang, tanda rasa bersalah.
“Selain dari ajak makan, apa tujuan awak datang sini?”
“Awak tak balas sms saya, buat saya risau. Sebab itu saya datang.”
“ Saya ada meeting, nak balas macam mana” balas Sofea laju.
“Bukannya susah pun. Taip je. Saya maafkan awak”.
“Kan saya dah cakap semalam yang saya maafkan awak. Apa lagi awak nak?” marah Sofea. Harlina di sebelah sudah mula pandang kiri, kanan. Cover line.
“Tapi awak belum cakap lagi awak terima lamaran saya kan?” laju saja Naim bertanya.
Langsung terdiam Sofea dibuatnya bila soal lamaran jadi soal utama. Entah kenapa, dia taka da jawapan untuk itu. Mungkin buat sementara waktu atau mungkin jawapan tu memang tak ada.
Wajah mengharap Naim di kerling sekilas sebelum keluhan panjang dilepaskan. Nak jawab apa ye dengan mamat tak reti bahasa macam dia ni? Di suruh tunggu, dia datang juga. Agak-agaknya, kalau lamaran dia diterima…mau nya esok juga dia ajak nikah. Haru!
“ Dengan Harlina jadi saksi, saya nak awak jawab lamaran saya. Sudi tak awak, terima saya…kahwin dengan saya Sofea?”.
Mata Sofea membuntang besar. Segan-segan dia nak pandang muka Harlina yang mesti terkejut dengan gelagat tak berapa ‘centre’ si Naim ni. Hari tu lamar dalam kereta, okey lagi. Tapi hari ni, dekat tepi jalan menuju ke café pula?Apa barang....
“sss..saya….” ayat Sofea terhenti bila tiba-tiba saja lengannya jadi mangsa siku Harlina. Terbeliak matanya melihat kelibat yang baru sahaja menghampiri mereka dari tepi.
“ Am, Am buat apa kat sini?”.
Am? Mata Sofea ligat memandang kea rah Naim bersilih ganti dengan tetamu tak diundang itu. Kalau Kak Leha, boleh juga dimaafkan lagi. Paling tidak, di halau sahaja. Tapi yang ini…
“Mama?”.
Mama? Sofea sudah rasa tekaknya kering. Bila-bila masa saja boleh hilang suara.
“Sofea…awak, kenal dengan anak saya ni?” kali ini dirinya pula yang disoal.
Matanya di gerakkan ke kiri , ke kanan. Berat pula mulutnya kali ini hendak menjawab. Sekilas wajah tergamam Harlina di kerling, minta bantuan. Boleh pula si sahabat sejati dunia akhirat itu berpaling kea rah lain sambil geleng kecil.
“ Aaaaaaa”.
“Sofea, ikut saya balik bilik sekarang. Am, ikut mama sekejap ye!”
Sofea hanya mampu angguk kepala lesu. Naim pula sudah tersengih-sengih seorang sambil buat isyarat untuk turut serta. Harlina pula minta diri untuk ke café. Katanya, jangan risau nanti dia tapaukan nasi ambang. Sempat juga dia buat gaya poyo ala-ala korean idol - fighting!
Dan sofea…hanya melangkah longlai mengikut rentak Naim dan juga ‘mama’ nya…
************
“Yang kau pandang je nasi tu, kenapanya? Makanlah Pia,” tegur Harlina yang setia memandangnya sejak tadi lagi.
Perlahan-lahan wajahnya diangkat sebelum bagi pandangan sayu pada sahabatnya. Nasi ambang disenduk perlahan dengan sudu sebelum di suap masuk ke dalam mulutnya.Lambat-lambat.
“Apa yang jadi tadi? Betul ke Naim tu anak angry bird?”.
Bagaikan dipukau, Sofea hanya angguk perlahan diiringi keluhan. Ternganga Harlina seketika. Terkelip-kelip matanya memandang Sofea,tak percaya. Kenapalah dunia ni kecil sangat?
“Habislah aku Lin….” Lirihnya perlahan.
“Habis kenapa pulak? Salah ke kau dengan anak dia bercinta? Profesional la kot. Kerja, kerjalah. Peribadi lain cerita.”
“Valid untuk orang lain, tapi tidak untuk aku. Dia kan tak suka aku?”
angry bird tu tak suka aku la lin... :-( |
“Kau je yang selalu rasa yang dia tak suka kau. Tapi, dia tak ada buat kenyataan macam tu pun kan?” soal Harlina lagi. Dah gaya wartawan pun ada. Soalan penuh provokasi lagi menyakitkan hati.
“Lin, aku ni siapa? Setakat pegawai yang diambil kerja secara kontrak je. Bukannya tetap. Kau rasa, orang macam dia tu boleh ke terima orang tak stable macam aku ni jadi menantu dia? Anak dia tu bukan calang-calang orang. Ada DR tau. Dari oversea lagi,” luah Sofea panjang lebar. Bungkusan berisi nasi ambang langsung di tutup dan ditolak ke hujung tepi meja kerjanya. Selera makan entah kenapa hilang pula.
“Kontrak ke..tetap ke, yang penting kau ada kerja kan? Alahh..aku rasa…Naim tak pandang soal pangkat semua tu….”.
“Naim tu tidak, tapi mama dia tu,” potong Sofea. Sesekali keluhan kasar dilepaskan. Tudung yang tadi elok terletak, sudah senget-senget dek tangan yang gatal garu kepala tanpa tujuan.
‘ Kau sendiri tahu kan Lin, berkahwin tak makna kita kahwin dengan lelaki tu je. Tapi dengan keluarga dia sekali. Dan aku tak rasa aku boleh hidup dengan orang macam mama dia tu. Dekat opis ni pun orang ramai tak suka dia, macam mana aku nak jadi keluarga dia. Paling tidak, dengan aku-aku sekali kena tempias nanti. Entah-entah lepas ni, kau pun dah tak nak kawan dengan aku ! " luah Sofea panjang lebar.
‘ kau ni, belum apa-apa dah fikir bukan-bukan. Jangan biarkan fikiran kau tu sempit dengan pandangan orang la Pia. Mana tahu, lepas kau jadi menantu dia, dia berubah? Berganda pahala kau sebab selamatkan warga department kita ni dari buat dosa kering mengutuk dia tau!”
“Berubah kau kata? Nih, aku nak bagitau kau. Tadi, si angry bird tu baru je bagi aku tugasan yang paling aku menyampah nak buat dan aku percaya.... Sangat-sangat percaya. Gile punya percaya yang dia sengaja suruh aku buat benda ni untuk menghukum aku sebab berkawan dengan Naim. Kau tahu apa tugasan tu?”
Harlina geleng kepala perlahan.
“ Jumpa Dr. Syed kegilaan ramai itu dan cuba minta pada dia sampel yang dia sangat kedus kan tu!”
“What? Dr.Syed? Ikutttttt!!!!”. Harlina dah buat muka gatal. Mata bulat, bersinar-sinar macam nampak duit berjuta-juta jatuh dari langit. Beria-ia benar! Entah apa yang best sangat dengan Dr.Syed tu entah. Se entero organisasi ni dok cakap pasal dia, tapi orangnya entah mana satu pun dia tak kenal. Yang penting lagi utama, dia memang diminati ramai.
“Kau pun tersampuk juga dengan yang lain ke? Hailah….aku pergi dulu lah. Orang kata, Dr.Syed tu tak suka orang lambat-lambat. Bye!”’
“Pia…kirim salam!!!” sempat juga Harlina melaung dari dalam bilik.
**********
“ Ha’ ah sebab kau lembab. Aku tak suka bekerja dengan manusia yang lembab, macam tukul dengan pahat je. Kena ketuk banyak kali, baru kerja boleh berjalan. Sudah, kau tak payah susah-susah buat janji dengan aku. Kalau dah lembab tu, tak guna nak berusaha sekuat mana pun. Sama saja hasilnya
Sofea di tepi pintu gelungsur tu langsung tergamam. Berdegup jantung dengar butir bicara dari perut bilik itu walau tanpa memandang. Ini ke budi bahasa Dr. Syed yang orang dok agung-agungkan tu? Haih. Maaflah ye Lina, kalau gini gaya orangnya…tak jadi nak tolong sampaikan salam.
Dan tiba-tiba saja pintu yang separuh terbuka itu langsung terbuka luas sambil seorang gadis berbaju kmeja jalur-jalur keluar dari situ dengan wajah memerah, menahan sebak. Laju saja dia mengatur langkah keluar dari pintu berdekatan dengan tempat dia berdiri tadi.
Melihatkan keaadaan itu, Sofea jadi kecut perut sendiri. Garangnya orang tua ni! Sampai menangis budak tu dibuatnya. Besar sangat ke salahnya sampai di tuduh lembab? Gila talak kea pa? bini lari? Ehhh..silap. Menurut Kak Kiah, Dr.Syed ni belum kahwin lagi. Masih bujang. Tapi sama ada bujang trang tang tang..atau bujang terlajak, itu dia sendiri tak pasti.
“Awak ni siapa? Cari siapa?”
Gulp! Lamunan Sofea mati sendiri bila suara garau itu menyapanya.
“Hehehe....”
“Saya ada buat lawak ke?” soal lelaki itu, serius.
“Tader…tak da.” Balas Sofea pendek dengan sengihan. Walawehh...comei. Siapa agaknya dia ni? Kacak lagi tampan rupanya pegawai-pegawai lelaki dekat stesyen luar ni. Buat ubat mata memang berbaloi ni!
“ Awak cari siapa?” soalnya lagi.
“Saya Sofea. Saya datang wakil Puan Zahlia.”
“Ooo...yang datang nak ambil sampel tu ke?”
“Iya saya.” Balas Sofea teragak-agak. Eh, dia tahu? Siapa dia ni agaknya? Pembantu Dr.Syed tu kut.
“ Pian..tolong bagi dia ni sampel amide dalam 1 kg. Cukup?”
Sofea angguk laju.
“Kalau tak cukup, boleh saya datang minta lagi?”.
“Datang je. Bukan jauh pun. Dah, awak pergi ikut budak Pian tu. Lain kali, jangan lewat kalau dah janji. Saya tak suka,” balasnya sambil berlalu masuk ke dalam bilik betul-betul di sebelah tempat dia berdiri sejak tadi.
Eh! Kejap! Dia tu ke Dr.Syed?
“Kak long, cepatlah! Apa yang menung lagi tu? Saya ada banyak kerja lain nak buat ni.”
“kak Long? Bila masa kita kongsi mak aa? Hisyhhh..” bebel Sofea sambil menuruti langkah kea rah makmal luar bangunan itu. Sesekali dia berpaling ke belakang kea rah bilik tadi sebelum dahinya ditepuk kuat berkali-kali.
Habis kau Pia! Dr.Syed pun kau tak kenal ke!!! Hampeh!
p/s: menyibuk je si SN ni ye dak? kat sini pun dia mau timbul.haih.sambung lagi ye...
**********
best.... ;-)
ReplyDeleteBest,.. kak, bila nak smbg KTG... dh lme x jmpe LH ngan Mya Zara... Winduuuu..... ;)
ReplyDelete