Tombol pintu masuk dipulas perlahan. Keadaan dalam
rumah itu nampak tenang berbanding biasa. Sunyi sahaja. Tiada bunyi televisyen
yang dipasang kuat mahupun suara radio dari bilik Ayuni yang sememangnya gemar
pasang radio sampai habis volume. Dan tanpa bingit suara radio itu menandakan yang
budak Kuantan tu masih belum balik dari kampung lagi.
Langkah di atur kea rah biliknya dihujung kawasan
rumah teres setingkat itu sebelum kakinya terhenti di ruang hadapan arah masuk
ke dapur. Sofea menjingkit-jingkitkan
kakinya perlahan, lagak macam pencuri menghampiri dua sahabatnya yang sedang
duduk di meja makan sambil membelakanginya .
“ Woittt! Buat apa tu ha ?”.Dua
pasang mata memandang bulat ke mukanya sambil mulut masing-masing terlopong.
“ Ooooo...sampai hati ye korang.Makan durian sorok-sorok. Bagi aku bau je.”
Tanpa
di ajak, Sofea tarik kerusi untuk duduk di antara Alia dengan Sheha sambil
merenung kosong ke arah bekas putih di hadapannya.
“
Beli durian kat mana ni? Kenapa beli yang dah disusun dalam bekas. Tak fresh
la!” komen Sofea sambil tangannya laju
mencapai satu. Baru saja hendak disua ke dalam mulut, tangannya terhenti.
“Kenapa
durian ni pelik? Durian apa kau beli ni?” soalnya lagi. Sheha dan Alia langsung
tertawa.
“
Itulah, masuk rumah tak bagi salam..main serbu masuk je. Ini bukan durian la,”
balas Sheha sambil mencapai satu sebelum di gigit perlahan.
Sofea
garu kepala. Bukan durian, tapi warna kuning..baunya pun bau durian. Apa pula
bendanya kalau bukan durian?
“Ini
namanya durian crepe. Tengah glamer ni. Kakak ipar aku menjual secara online,
aku saja bawak sini sikit. Ingat nak promosi dekat opis,” balas Alia sambil
tersengih.
“Crepe?
Apa tu?” soal Sofia.
“Crepe
tu ala-ala lempeng juga. Perkataan crepe tu berasal dari Perancis. Crispa yang
bermaksud kerinting,” jelas Alia.
Makin
panjang kerutan dahi Sofia. Durian crepe ditangannya dibelek berkali-kali
sebelum mulut dimuncungkan panjang. Kerinting? Celah mana pula benda ni
kerinting. Elok saja bulat macam kuih koci. Cuma warnanya sahaja bagai dicelup
dengan pewarna kuning. Entah-entah celup dengan serbuk kunyit! Crepe di tangan
didekatkan ke hidungnya. Tak mungkin kunyit! Pekat betul bau duriannya!
“Haaaa…aku
tahu, mesti kau nak persoalkan pasal kerinting tu kan. Jangan Tanya. Aku pun
tak tahu kaitannya. Nak tahu, kau Tanya pengasasnya,” Alia memberi amaran.
“Ssss……”.
“Oppp…jangan
Tanya aku juga siapa pengasasnya. Aku tak tahu. Yang aku tahu, aku suka makan
benda ni.”
Sofia
tarik sengih. Alia ni kan! Haih, mentang-mentang jadi PA Direktor, cekap
sungguh bab menjawab atau menepis soalan.
Ngappp!!
Mulutnya mengunyah perlahan sambil kepala sekali-sekala dianggukkan lagak juri
Masterchef. Hmmm…sedap juga durian tipu-tipu ni.
“Payah
betul berkawan dengan orang dari bahagian penyelidikan ni kan Lia. Sampai ke
akar umbi dia nak tahu,” komen Sheha sambil tertawa mengekek.
“Entahnya,”
sahut Alia dengan tawa.
“Lohhh…taka
da kaitan di situ heh!” komen Sofia sambil terus menyuap. Serius sedap benda
kerinting ni. Tak kurang tak lebih rasa durian pun!
“Eh,
Pia. Awal kau balik hari ni? Bukan selalu kalau cuti panjang macam ni kau terus
pergi opis pagi esoknya ke?”
“Kau
gila? Esok angry bird mula memerintah. Kot dibuatnya aku terlewat satu saat pun
sampai ke anak cucu dia sebut tahu?”
Alia
gelak besar. Angry bird?
“Kau
panggil Puan Zahlia apa? Angry bird?” soal Sheha lagi.
“Ha’ah.
Kenapa? Salah ke?” soal Sofea sambil mengunyah crepe yang kedua.Emmmm…sedapnya!
“
Taka da gelaran lain ke kau nak bagi dekat orang tua tu?”.
“Ammm..eemmm..ummm..”
“oii
budak. Mulut penuh nak bercakap. Habiskanlah dulu makanan dalam mulut tu dulu.
Hisyhh.”
Sofea
sengih sambil mulut laju mengunyah.
“Ha,
sambung balik. cuba kau belek muka bos kau tu Sheha. Kalau dia tengah berfikir,
tengah marah..kening dia kan terangkat. Mulut muncung…haaaa…sebijik angry bird
pe!” balas Sofea bersahaja sambil tertawa mengekek. Sheha yang mula-mula
berkerut dahi membayang akhirnya turut sama tertawa.
“Ha’ah!
Bos aku pun, dah jadi bos kau sekarang.Selamat datang lah ye ke wilayah Jajahan
Angry Bird wahai Cik Zarin Sofea. Eh, dia ada email aku tau semalam,” balas
Sheha.
“Siapa?
Dr.Syed pujaan hati kau tu ke?” soal Sofea.
“Bukan
daaa... Bos angry bird kau tu lah.”
“
Huk aloh, dia tu tak reti-reti nak berehat waktu cuti ke? Mengganggu
ketenteraman awam je. Apa dia nak?” soal Sofea lagi. Kali ini crepe yang ketiga
pula dikunyahnya. Licin bekas plastic yang tersusun cantik dengan durian crepe
tadi.
“Esok
pagi, dia nak buat sesi taaruf dengan semua pegawai jajahan terbaru dia. Tepat
pukul 8.30 pagi.”
“Apa?
Taaruf? ”.
Dan
saat itu juga Durian crepe yang lazat sudah hilang rasanya….
*****
“
Jadi you ni pekerja kontrak je?” soal wanita berumur pertengahan 40-an yang segak
memakai uniform rasmi syarikat mereka. Keningnya berkerut, mulut dimuncung.
Persis angry bird.
Mata
Sofea membulat. Amboi soalan! Pekerja kontrak je? Dia samakan aku dengan
pekerja kontrak yang bina bangunan tu ke?
“
Pegawai kontrak” balas Sofea, serius.
“Sama
lah tu. Tarafnya kontrak juga kan.”
Taraf
kontrak? Sofea ketap bibir bawah. Haih si angry bird ni, ayat tak agak-agak!
Hina sangat ke jadi pegawai berasaskan kontrak ni? Pegawai juga kot.
Sofea
tarik nafas panjang sambil berkira-kira sendiri. Sejak dia mula buka mulut,
rasanya ada dekat 3 kali dia dok sebut pasal status kontrak ni. Laju je mulut
menyebut dengan muka bersahaja, mulut muncung dia tu. Ini karang kalau di sebut
banyak-banyak kali, boleh juga buat telinga berasap ni.
“
Ooo…kelulusan sarjana. Tapi sayangkan, masih diikat kontrak,” komen Puan Zahlia
lagi dengan mulut yang bercalit gincu merah sengaja dijuih. Mata pula ralit
memerhati biodata yang tertera di kertas dihadapannya.
Kontrak
lagi? Empat. Sofea mengira sendiri dalam hati.
“Berapa
lama dah you kerja kontrak?”.
Lima.
“Hampir
4 tahun dah puan,” balas Sofea, masih bersopan biarpun hati sudah mula membara.
Kontrak, kontrak. Lagi sekali dia sebut kontrak, aku bidas! Omelnya dalam hati.
“
Dah lama dah tu. Hmmmm…so, memandangkan you ni kontrak..you kena buat kerja
lebih sikit lah ye berbanding orang lain. Dengan cara itu saja kita dapat nilai
sama ada you ni layak atau tidak untuk ditetapkan jawatan disini. Tak kan lah
you nak kerja kontrak je seumur hidup you kan?”
Kontrak
lagi? Cukup tujuh kali sebut. Cukup untuk jadi alasan untuk hilang sabar. Sofea
tarik nafas panjang.
“
Buat pengetahuan puan, ini bukan kali pertama saya dimomok-momok kan, di ugut
macam ni. Hampir tiap-tiap tahun, setiap kali kontrak perkhidmatan saya hendak
disambung saya akan diingatkan benda yang sama. Jujurnya Puan, saya dah lali
dan saya dah tak kisah tentang semua tu sebab saya yakin rezeki saya datang
dari Dia. Biar pun saya buat kerja sekuat mungkin, buat projek melebihi pegawai
tetap pun tapi kalau bukan rezeki saya untuk terus ada disini…saya tetap akan
dihentikan juga.”
“Jadi,
kesimpulan yang awak nak beritahu pada saya?” soal Puan Zahlia bersahaja sambil
berpeluk tubuh.
Sofea
tarik senyum.Perlahan kepala digaru. Aaaaaa…apa yang dia cakap tadi tadi ya?
Aduhai Pia, yang kau ke laut sangat tadi kenapa?
Sekilas,
wajah tegas dihadapannya di jeling dengan senyuman.
“Kesimpulannya,
errr…saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada puan sebab sudi untuk terus
ingatkan hal tu pada saya.”
*************
“Lawak
siut!!!!!” komen Harlina di corong telefon diiringi tawa mengekek.
“Cehhh.Gelak
ye. Gelak. Kau ni kan Lin, kata kawan….”.
“Kawan
tetap kawan, gelak tetap gelak.”
“Sengal!
Aku letak telefon ni karang.”
“Ehh..Pia.
Kejap. Sorrylah beb, aku bukan nya sengaja nak gelakkan kau. Aku Cuma tak
berapa faham yang macam mana kau boleh terceramah Puan Zahlia le..le.. tu
jugak. Kau tahukan dia tu macam mana? The most ‘ngeriest’ woman in our
department maaaa..”.
“Iya,
aku tau. Tapi dia tak habis-habis dok petik aku kerja ni sebagai pekerja
kontrak. Hanginlah aku dibuatnya. Ada ke patut pegawai macam aku di samakan
dengan mamat-mamat bangla yang buat rumah tu?” adu Sofea. Marahnya berbaki.
Sambil berbual, tangan kirinya laju melukis gambar burung yang kemudiannya
dipangkah berkali-kali.
“Dia
tak maksudkan macam tu la Pia. Kau ni, kalau aku cakap kau poyo..kau marah. Benda
macam ni, kau janganlah ambil hati sangat. Dia cuma maksudkan taraf jawatan kau
je, tapi idak le dia anggap kau setaraf dengan abang-abang bangla kat luar tu.”
“Ahhh…sama
je. Cara dia perli aku tu, sama je macam aku ni taraf diaorang. Allooo…you
aaa..kalu itu you tak mo kirija betul-betul, saya kasi hantar you balik itu
negeri baru you tahu. Ada faham ka?”
Makin
kuat Harlina ketawa di corong telefon. Sofia pula baru selesai melukis tujuh
ekor burung yang siap sedia dipangkah dengan pen merah. Benci burung merah!
Benci!Bencii!
“Dah
lah Pia, jangan ambil hati sangat. Puan Zahli tu sekadar bertanya sebab dia
belum kenal kau. Tak kenal kan, maka tak cinta!”.
“Heh..kalau
angry bird macam tu, tak kenal pun taka pa tau!”
“
Haluuu..jangan cakap besar, budak-budak ni kata dia ada anak lelaki hensem
tau!”.
“Who
cares! Kalau anak dia semua lelaki, hensem mana pun berderat nak kan aku, aku
tetap tak hingin nak ber mak mentua kan orang macam dia. Suka double standard.
Ngeri! Lagipun, aku…..”.
Kata-kata
Sofea terhenti bila telefon bimbit di dalam poket seluarnya tiba-tiba sahaja
berbunyi. Langsung terbit senyumnya bila matanya tertancap kea rah skrin
blackberry nya.
“Lin,
aku call kau semula. Orang jauh call!”.
“Uihhh..orang
jauh call? Okey, okey. Kita borak nanti.”
“Iya..iya.”
Cepat-cepat gagang telefon diletakkan sebelum punat received call di tekan.
“Awak!!!”.
“Assalamualaikum,
cinta hati saya….”.
“Euwwww….Naim.
Tolonglah. Awak, baru nak tidur ni ye? Kalau dah mengantuk sangat, tidurlah
dulu. Tak payah call saya pastu cakap pelik-pelik camni. Haiyyaa…awak ni kan”.
Naim
tertawa kecil.
“Nak
tidur apanya siang-siang buta macam ni cik adik oii”
Siang-siang
buta? Jam ditangan dikerling sekilas. Baru pukul 10 pagi. Bermakna di sana baru
pukul 9 malam.
“Awak
jangan nak main-mainkan saya Im. Mood saya tak berapa nak baik pagi ni tau.
Saya baru lepas jumpa angry bird. “
“
Pagi-pagi dah main game? Syoknya kerja macam awak. Balik sana nanti, saya nak
kerja situ boleh?” soal Naim dengan tawa bersisa.
“
Tak payah. Bukannya best mana pun kerja sini. Eh, awal awak telefon arini?
Kenapa? Awak nak tidur awal sebab letih mengemas barang ye. Awak…bila
sebenarnya awak nak balik sini ni? Saya da banyak benda nak cerita pada awak
tau…” rengek Sofea. Nada suara seriusnya tadi sudah bertukar rentak.
“
Saya dah balik pun.”
“
Ha? Tipu! Minggu lepas pun awak cakap macam ni juga.”
“Iya,
saya dah balik.”
“Gebang.
Naim gebang..naim gebang.”
“Betul.
Saya dalam kereta sekarang ni. Saya parking betul-betul sebelah myVi pink plat
WQV…..”.
“Naim….awak
jangan main-main! Itu kereta saya tau”
“Iya,
saya tahu. Mana ada perempuan lain yang sefanatik awak pada Hello Kitty? Saya
tak main-main. Sekejap ya.”
Pin!Pin!
“Haaa…awak
dengar tak bunyi hon tu?”.
“Alah,
kalau awak tekan hon mestilah saya dengar dalam telefon ni.”
“Okey,saya
hon sekali lagi. Letak telefon tu atas meja dan dengar.”
Pin!
Pin!
Dahi
Sofea berkerut panjang sambil bibir diketap. Biar betul ni! Mimpi kot! Eh!
Cepat-cepat
dia bangun lalu menuju kea rah tingkap biliknya dan seraya itu bibir kecilnya
tarik senyum panjang hingga ke telinga.
“Awak!
Awak dah balik? Tunggu ye! Saya turun sekarang!” jerit Sofea di telefon bimbit
sebelum dia berlari-lari anak menuruni tangga ke bawah.
p/s: layan.... :-)
Menarik
ReplyDeleteUikss Aifa....jiran department ngan Dr Syed ke??....menarik2
ReplyDeleteteruskan usaha anda... I loike
- CT Zanariah