“Lehhh…langkawi
je?” rungut Eril sambil baling bag ke atas lantai. Tubuhnya dihumban ke atas
sofa sambil berpeluk tubuh. Menyesal tak tengok tiket, tak ambil peduli pun apa
yang pilot dok umumkan sebelum boarding tadi. Kalau tahulah setakat ke mari je,
baik dia duduk rumah.
“
What do you mean by Langkawi je?
Halooo..mama jumpa papa dulu dekat sini tau. Masa tu papa vacation dekat sini dengan ex-awek dia.”
Eril
tepuk dahi. Ini vacation keluarga
ke atau sesi throwback untuk mama dengan
papa? Bosannya!
“
Fine. Kalau mama dengan papa nak honeymoon lain kali jangan bawa Eril k! I rather stay at home. Dahlah kena share
bilik.”
“
Hotel ni full house. Mama buat last minute reservation sayang…”
“
Macamlah tak ada hotel lain dekat sini?”tikah Eril, laju.
“
Mama….”.
“
Ahaaa…jangan kata ini hotel pertama. Bla…bla…bla…”.
“
Hairyl. Naughty boy. Jangan cakap
macam tu depan papa k! Not nice. ”
Eril
cebir bibir. Malas nak melayan segala terma dan syarat mama tiap kali keluar
dengan papa langsung headphone disarung. Menyesal ikut! Serius menyesal.
“
Erik, are you okey dear?” soal Mama
perlahan sambil tepuk bahu Erik yang ralit memerhati pool yang hanya bermandikan cahaya lampu dari tepi
tingkap.
“
Yeah. Im okey.”
“
Senyumlah sikit sayang. Bukan selalu kan kita dapat berkumpul? Haaa..apa kata
kesempatan yang ada ni nanti mama slow
talk dengan papa pasal…”.
“
Nope. Tak apa ma. Erik nak usaha sendiri. Erik tak nak guna kabel papa ke apa.
“
“
Tapi Erikk….”
“
Sayang…..”.
Mama
menoleh sekilas ke arah pintu sebelum hadiahkan ciuman mesra pada dahi Erik yang
nampak tak terkutik sedikit pun dek tindakannya itu. Tubuhnya keras takda
respon. Masih setia merenung tajam ke arah pool.
“
Erik rehat dulu ye. Esok kita borak lagi. Bye
naughty boy!” laung mama. Sempat lagi hidung Eril dicuit sebelum berlalu.
Mendengus kasar dia dibuatnya.
“
Arghhhhh!!!” jerit Eril tiba-tiba.
“
Kau dah kenapa?” soal Erik perlahan sambil meluruskan badan di atas katil.
Perghhhh. Leganya dapat baring. Flight tadi memang menakutkan betul. Mentang-mentang
penumpang tak ramai, langsung flight mereka pukul 8 delay. Agaknya disatukan
dengan penumpang pukul 9. Lepas tu setengah jam je dah sampai Langkawi. Rasa
macam tertinggal jantung dekat KLIA.
“
Stress. Kau tak rasa stress ke? Ke langkawi dah satu hal. Tu..mamat tu. Kenapa
tak ada siapa beritahu Eril yang dia balik hari ni? Ha?”.
Erik
jungkit bahu.
“
Jangan kata kau pun tak tahu apa-apa?”.
Kali
ni geleng kepala pula.
Eril
ketap bibir, menahan geram. Patutlah bila Mak Jemmy suruh kemas baju pagi tadi
dia rasa berat hati je. Kalau duduk rumah dengan Mak Jemmy pun tak apa.
Kurang-kurang boleh suruh Mak Jemmy masak macam-macam. Kalau mama dengan papa
ada, banyak sangat menu-menu terlarang. Gulai daging salai tak boleh makan.
Ayam KHabsah tak boleh makan. Bosan! Balik-balik makan benda sama. Sushi,
chicken teppyanki, sashami tak pun Temaki. Ulanglah banyak kali. Muntah
warna-warni dia dibuatnya. Nak makan ramen, mama tak bagi. Katanya nanti tak
cerdik berlajar. Urghhh hidup bawah pemerintahan mama memang tak seronok! Sebab
itu dia memang suka kalau mama outstation.
“
Aku tak suka dia,” luah Eril, jujur.
“
Suka tak suka, kita satu keluarga.”
“
Keluarga? Ini namanya keluarga ke? Dalam majalah, dalam mana-mana program tv
memanglah keluarga. In real? We’re
strangers. Aku rasa definisi mama untk keluarga hanya dia, papa dengan
mamat tu je!”.
“
Hairyl, jangan cakap macam tu…”
“
Mulut aku kan? Suka hati akulah. Kau tengok ye. Aku habis je sekolah nanti, aku
nak ajak Mak Jemmy keluar dari rumah tu.”
Erik
gelak tiba-tiba. Habis sekolah nak keluar dari rumah? Hailah Eril. Itulah
pemikiran budak umur 15 tahun. Tahu nak lari je. Tak fikir panjang langsung.
“
Kadang-kadangkan Rik, aku rasa macam Mak Jemmy tu mama kita sebenarnya…” lirih
Eril perlahan. Sekilas wajah Erik di katil sebelah dikerling sebelum bibir
dilorek senyum.
“
Sofea Lorena adalah mama kita. Itu
adalah hakikat yang kita tak boleh nak ubah. Dalam birth cert kau, bukan Mak Jemmy punya nama yang ada dekat situ”
“
Kau cakap macam orang tua doooo…” komen Eril tiba-tiba dengan gelak mengekek.
“
Well, aku memang tua dari kau pun
kan?”.
“
Tapi mamat tu lagi tua dari kita tapi kenapa mama lebih concern pasal dia ye?
Serius, aku tak boleh hadam. Boleh dapat
indigestion kalau dok pikir pasal tu je” rungut Eril lagi. Masih dengan
atmosfera tak puas hatinya.
“
Mamat mana ni?” soal satu suara yang baru saja keluar dari pintu bilik air yang
terbuka.
“
Omoooo…jangan kata kau pun duduk bilik ni? Mama!!!!!!” jerit Eril sambil berlalu
keluar .Jantung masa tu rasa nak luruh bila disapa secara tiba-tiba. Kantoi
agung kot!
Tinggal Erik saja yang tenang baring macam tak
ada apa walaupun dalam hati debarnya Tuhan je yang tahu. Agak-agak mamat ni
dengar ke tak apa mereka bincangkan tadi ye? Ahhh haruslah dengar sebab dia
sendiri tak ada dengar bunyi tap air dibuka ke apa dari dalam bilik air.
Aduhhhh! Kenapalah dia tak terfikir yang diaorang bertiga akan duduk bilik yang
sama?
“
Lama tak jumpa kan? Study macam mana? Okey?” soal Anas sambil labuhkan punggung
dihujung katil Eril baring tadinya.
“
Okey,” balas Erik pendek sebelum matanya dipejamkan. Entah kenapa tak rasa nak
join catching up session yang cuba
dimulakan Anas. Entah bila, tahu-tahu dia langsung terlelap sampai ke pagi.
TO BE CONTINUE.....