Followers

Thursday, September 5, 2013

Mr Dimple...Umar Faliq







Dia sudah puas cari merata tempat. Destinsi pertama, café Al-Faliq dengan harapan dia sempat ke sana sebelum Sofea bergerak ke mana-mana. Tapi harapannya hampa bila si pinky masih terletak elok di ruang tempat parkir kereta hadapan café. Bermakna, Sofea memang tak ke sana.


Panggilan telefonnya pada Zafril pula, tak berjawab. Mungkin dia sibuk dengan kerjanya. Dan dek kerana tak mahu Mama Dhuha memikirkan yang bukan-bukan kalau disoal tentang Sofea melalui telefon, dia gigihkan juga meredah kegelapan malam menuju ke Sungai Buloh dengan berbekalkan alasan, nak ambil pakaian Sofea. Tapi bila sampai sahaja di sana, ternyata di sana pun dia tak ada juga. Umar dah jadi hilang punca.Dah kemana perginya dia? 

Umar langsung jadi tak betah untuk duduk. Mundar mandir dia di tepi jalan berhampiran R&R serdang. Dia dah buntu nak mencari. Sudah berkali-kali panggilan dibuat, tapi dari tak berangkat kesudahnya Sofea mematikan telefonnya terus.Nampak sangat dia memang cuba nak larikan diri.

Macam mana ni? Gusar Umar sambil duduk di tepi benteng jalan.Matanya meliar ke kiri dan ke kanan mencari cara dan idea. Kawan dia! Entah-entah dia tumpang rumah kawan dia. Hmmm…siapa nama kawan baik Sofea tu ye? Linda? Ina? Alamak, lupa pula namanya. Tapi, kawan Sofea tu macam rapat saja dengan Zam. Mesti dia tahu nombor contact kawan baik Sofea tu. Cepat-cepat nombor telefon Zamri di dail.

“Yes bos! Café dah nak tutup bos. Jangan risau, semua di bawah kawalan. Bos boleh relax-relax dengan Cik Sofea..ehh..silap. Puan Sofea. Hehehehe”.

Umar mendengus kasar.Belum  ditanya, dia dah jawab.Bertuah punya budak.

“Hmm..bagus. Ni..Zam. Awak kenal kan kawan baik Sofea tu?”.

“kawan baik? Lina ye bos?”.

Lina?

“Sofea ada kawan baik selain dia ke?”.

Zamri tertawa besar.

“Bos..Cik Sofea tu bini bos. Bukan bini saya. Manalah saya tahu bos…hahahah”.

“Tak payah nak loyar buruk malam-malam macam ni la Zam. Saya serius ni.”

Tawa Zamri terhenti serta-merta bila nada suara Umar mulai serius.

“Okey bos. Baik bos. Seingat saya, Cik Sofea tu memang ramai kawan. Dulu, masa mula-mula dia datang café..dia datang dengan orang lain. Tapi lepas tu, selalunya dia datang dengan Harlina. Kenapa ye bos?”.

Aha,Harlina! Umar sengih.

“Awak ada nombor telefon Harlina?”.

“Eh? Bos nak buat apa dengan nombor dia? Harlina tu dah kahwin tau bos!”.

“ Saya tau lah! Saya ada hal sikit dengan dia. Awak ada nombor phone dia ke tak?”.

“Ooo..saya ingat bos cuba nak tackle kawan Cik Sofea tu. Bos jangan bos, Cik Sofea tu dah cukup baik dah bos..bos pun dah nikah pun kan dengan dia. Jangan buat hal bos…”.

“Zam!!!”.

“Okey bos! Sorry..sorry. Saya sent nombor dia pada bos ye.Selamat malam bos. Assalamualaikum…”.

“Waalaikumussalam.”

Umar tarik nafas lega. Harlinalah harapannya yang terakhir. Kalau tidak, mahu tak tidur malam dia dibuatnya. Mana pula nak mencari Sofea malam-malam macam ni?

Bunyi mesej masuk disambut dengan senyum panjang. Tanpa tunggu lama, nombor telefon Harlina didail sebelum panggilannya bersambung.



*****


“Masuklah Umar,”.

Umar masih setia di hadapan pintu masuk sambil kepala terjenguk-jenguk ke dalam. Tertawa kecil Harlina dibuatnya. Dah gaya pencuri je. Nak masuk, tapi takut-takut.

“Sofea dah tidur. Jangan risau.”

“Suami awak?”.

Harlina senyum lagi.

“Dia dah dekat area sini. Kejap lagi sampailah tu. Masuklah. Jangan risau, saya dah beritahu pada Samsul tentang awak. Masuklah Umar.”

Ada wajah lega terpancar di muka Umar sebelum dia melangkah masuk. Usai melabuhkan punggung di sofa, dia menyambung kata.

“Maafkan saya Lina, susahkan awak je. Ganggu malam-malam macam ni.”

“Tak adalah. Saya okey je. Pia memang biasa buat perangai macam tu. Dulu-dulu, kalau dia merajuk dengan Naim pun..saya juga yang dia cari.”

Naim? Wajah Umar serta-merta berubah.Rasa tak dapat nak telan air liur bila nama itu disebut-sebut lagi. Kan ke bagus kalau dulu, dia yang bertemu dengan Sofea. Bukan Naim? Ahh..Umar. Apa yang nak disesalkan? Semua yang Dia aturkan, pasti dah bersebab. Tak perlu nak menyesal. Lagipun, kalau bukan sebab Naim buat perangai…belum tentu lagi kau dapat kenal dengan Sofea kan?

“Hmmm..maafkan saya Umar. Saya tahu, awak kurang senang saya sebut pasal Naim tu.”

Teguran Harlina langsung mematikan monolog Umar dalam hati. Dalam paksa, dia tarik senyum bila mendengar pernyataan Harlina.

“Saya tak tahu nak terangkan macam mana.Tapi yang boleh saya beritahu, Cuma satu. Saya ikhlas, ambil Sofea jadi isteri saya. Tak ada niat lain. Jauh sekali bertujuan untuk sakitkan hati dia.” Jelas Umar dengan wajah polos. Seboleh mungkin dia mahu Harlina tahu tentang isi hati sebenarnya pada Sofea dengan harapan, Harlina mampu menyakinkan Sofea nanti.

“Saya tahu Umar. Awak jangan risau dan jangan terlalu ambil hati apa yang Sofea cakapkan. Kalau dia tengah marah, habis segalanya dia keluarkan.Cuma satu yang saya nak beritahu pada awak, jangan sekali-sekali mendesak dia sebab Sofea kalau didesak…dia akan lebih melawan. “

“InsyaAllah. Saya akan ingat pesan awak tu. Emmm…saya rasa, saya kena gerak dulu kut.Dah lewat ni.”

“Eh, nak ke mana pula? Tidur je la kat sini.”

“Haa? Ttt…”ayat Umar habis saja di situ bula Harlina dah tayang sengih.

“Laaa…awak kan dah nikah pun dengan Sofea.”

“Tak pe lah kut. Esok pagi-pagi, saya datang ye.” Balas Umar sambil bingkas bangun .

“Umar..sebaiknya awak tidur je kat sini malam ni. Mana tahu, celik-celik mata je dia nampak awak….hati dia boleh lembut semula?”.

Langkah Umar ke muka pintu terhenti. Keluhan dilepaskan sebelum senyum pendek dihadiahkan pada Harlina. Tak lama selepas itu, sebuah kereta Toyota Avanza pula masuk ke ruangan parkir. Tekanya, tentu lelaki ini Samsul, suami Harlina dan tak kan tiba-tiba sahaja lelaki ini sampai dia pula mahu keluar? Makanya, suka atau tidak..terpaksalah dia tidur juga disitu dengan harapan bila bangun esok pagi dia tak disumpah seranah dek Sofea. Amin!


p/s: sebab ramai yg tanya, ke mana hilang Umar..asyik2 teaser pasal Naim je..so sya up entry umar. aci kan?




13 comments:

NurAtiZa said...

best

Anonymous said...

pelik??? tiba2 pasal sofea lari nape?

Anonymous said...

sis please update slalu... penasaran nak tau kisah sofea dan umar ni...

Unknown said...

mmm...pelik jg...tiba2 sofea lari bkn ke hr tu sofea gelakkan umar sbb menyorok beakang langsir :-)....

Anonymous said...

hurmmm..betul tu, pening gak la masa baca td, nape tetiba je pia lari???ada bab yg t'cicir ke???

Anonymous said...

ye la...sy pun pelik gak camne kisah umar mnyorok blkg langsir,
terus brsmbng kisah sofea lari dr rmh, apa cer ni...
ce citer...ce citer....

Anonymous said...

please update citer ni scara bab. teratur sikit. org nk bce pun boleh konpius. btw mne citer luqman ? -Kyungsoo :))-

Unknown said...

Haah la...pelik...cer cite...dh xphm plak...

ayu salina said...

Bila akan dibukukan? Nk tahu endingnya.....

Anonymous said...

Cik Writer, saspen nih...... Citer la. Update la slalu utk kami kami yg sgt sgt (tahap gaban) menanti. :'( :'( :'(. Update slalu yer * _* (wink.. Wink).

Anonymous said...

Mcm keling si aifa batrisya ni tau
Hello ,lain kali entry tu biar lah tersusun !!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

to anon, september 10...
Klu marah sekali pun...jgn smpai ckp cam tu... tak baik la awk ckp cam tu kt writer ksygn saya,
klu tak suka tok sah bc...
mngkin writer nk wat suspen kut...
teruskn kak aifa...kami sentiasa mnyokong anda...

Anonymous said...

Haah aifa....jgn ambik ati ngan komen org yg x sabar dan x mahu memahami masalah org lain . Akak x sabar nak tunggu kisah umar dan sofea selanjutnya...cerita ni mcm sedap je..mcm best je. Harap2 boleh lawan ngan citer Meh sandar pada aku.

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon