Followers

Friday, February 15, 2013

My Dear Mr Dimple 3



Sofea ketap bibirnya buat kesekian kalinya.Kotak baldu warna merah itu dibuka berkali-kali dalam kesamaran. Tangannya kemudian memain peranan. Garu kepala yang memang sah-sah tak gatal. 

Ahhh..tertekannya dia! Dulu-dulu waktu tengok dalam drama,bila sampai babak macam ini heroinnya okey sahaja bila terima cincin lamaran. Gembira, ada yang siap buat lompat bintang tingi-tinggi lagi. Tapi dia? Sebaliknya. Pelik. Orang ajak kahwin pun boleh buat susah hati ke Pia oii?

Sesekali, cuping telinganya menangkap alunan lagu nyanyian Marc Antony yang memang sengaja di set khas, untuk orang jauh yang memang sejak dulu lagi di tunggu. Kira punya kira, sepanjang dia balik dari kerja tadi hampir berpuluh kali lagu itu berkumandang. Itu belum campur sepanjang dia berada di pejabat.

“Saya naik dulu!”.
“Eh…nantilah dulu. Saya belum dapat jawapan, awak dah nak lari?”.
“Nanti-nantilah saya jawab ye!”
“Awak!”.

Sofea mengeluh panjang bila terkenang semula hal siang tadi. Hal lamaran Naim yang secara tiba-tiba. Naim pun satu hal juga. kot iya pun nak melamar tengoklah dulu keadaan dan tempat. Ini tidak, waktu dia lepas jumpa si penjajah baru. Dalam kereta pula tu!

Alasan.

Bagilah 1001 alasan pun Sofia. Mudahnya, kenapa tak jawab saja….Naim, saya belum bersedia?

“Pia! Pia!”

Sofia tersentak. Dari celah-celah ruang yang ada, tombol pintu biliknya nampak seperti dipulas berkali-kali diiringi deringan telefonnya yang sengaja ditinggal di atas katil. Dia mula berkira-kira sendiri. Hendak keluar atau tidak ni? Ah, malas!

“Pia! Oooo pia! Isyhh budak ni. Pengsan agaknya. Sheha, cepatlah ambil kunci tu!” laung  Alia, nyaring.

“Aku tak jumpa la kunci spare tu. Aku rasa, orang DMU pinjam masa nak baiki paip haritu tak pulangkan semula la,” suara Sheha pula menyahut.

“Pulak dah? Yang kau pergi bagi segugus kat dioarang tu kenapanya?”.

“Sorry la beb…”

“Takpe. Biar saya cuba.”

Eh? Sofia garu kepala. Dari mana pula datang suara lelaki? Orang-orang DMU? Tak kan kut!
Bunyi tombol pintu dipulas kasar berterusan diiringi bunyi ketukan bertalu-talu. Sofia mengeluh panjang. 

Yang budak-budak ni pun beria-ia benar nak buka bilik, kenapanya? Macam lah mereka tak biasa dengan fi il nya yang kadang-kadang lebih suka mengunci bilik lebih-lebih lagi bila tengah kusyuk melayan novel.

Dummmmm!

Cepat-cepat Sofia tekup mulutnya dari terjerit kecil. Dari ruang-ruang yang ada dia cuba memerhati gerangan yang buat serang hendap ke atas biliknya. Poyo betul sampai nak pecah-pecah bilik ni.

“Taka da pun dia!” suara Harlina tiba-tiba turut ada sama.

“Peliknya! Kami taka da pun nampak dia keluar. Makan malam pun tidak,” sahut Sheha.

“Ha’ah lah Lin. Kami balik tadi, kereta dia dah ada. Taka da pula nampak dia keluar dari bilik ni.”

Sofia menahan tawa sendiri. Satu-satu wajah rakan serumah dan teman baiknya di tatap dari ruang yang ada. Tapi wajah lelaki yang bersuara tadi, tak jelas pula dek kerana terlindung dengan tubuh Sheha yang agak gempal. Siapa dia agaknya? Suami Lin?

Tubuhnya digerakkan sedikit mencari ruang yang cantik untuk diteropong suara sang adam antara hawa yang ada. Jari telunjuk dan ibu jari tangannya dibulatan kedua-duanya, ala-ala meneropong. Ala, nampak siku je! Siku siapa tu agaknya?

“Pia?”

Perlahan-lahan teropong tangannya ditarik ke sisi sambil sengihan ditayang pada mata-mata yang membulat merenung ke arahnya.

“Pia! Awak buat apa duduk dalam almari ni?”

Dan kali ini, mata Sofia pula yang membulat sambil mulut terkumat-kamit memikir untuk menjawap.

“Na…Naim?”.


************

Tawa Naim masih bersisa. Boleh pula dia bersatu padu dengan Sheha dan Alia menggelakannya. Harlina pula sejak tadi tak henti-henti memohon maaf tapi dibiarkan saja pujukannya tidak bersambut.

“ Lin, macam mana kau boleh terfikir nak cari budak ni dalam almari baju ye?”

“Sebab…” kata-kata Harlina terhenti di situ. Renungan mata Sofia buat dia jadi gerun. Langsung tak jadi hendak menjawab.

“Kau menyorok dari siapa sebenarnya Pia?” soal Sheha lagi diiringi tawa yang masih bersisa.

“Taka da siapa-siapa,” balas Sofia, acuh tak acuh.

“ Kau memang ada tabiat suka meyorok walau tak dicari ye Pia? Kelakar la kau ni,” soal Alia pula.

“Taka da lah,” balas Sofia lemah. Pandangannya ditundukkan. Mata berkelip-kelip tanpa arah. Susuk tubuh Naim yang sedang tersengih-sengih ke arahnya dibiar, sedikit tidak dihiraukan. Melihatkan reaksi itu, aju sahaja Harlina di sisinya menoleh sebelum isyarat mata berbaur amaran di beri pada Sheha dan Alia tapi sayangnya, isyarat langsung tidak difahami.

“ Kalau macam tu mesti masa kecik-kecik dulu kau suka menyorok dalam alamari bila ada buat salh kan? Jenuh lah mak kau mencari merata rumah.”

“Sheha….”.

Suasana ruang tamu tiba-tiba sahaja jadi senyap sunyi. Hanya bunyi kipas syiling yang berputar kuat sahaja yang kedengaran. Semua mata sudah tertumpu pada Sofia yang masih setia tunduk, berdiam diri sebelum perlahan-lahan wajahnya diangkat lalu pandangan kosong diberi pada Sheha.

“Sheha, aku tak pernah jumpa mak aku sejak kecil lagi jadi aku tak perlu nak menyorok bila aku ada buat salah. Dan awak Im, awak baliklah dulu ye. Bila saya dah bersedia nak jumpa awak, saya akan call. Selamat malam!” balas Sofia sebelum atur langkah perlahan kea rah biliknya.

***********

“Itu memang tebiat dia dari kecil. Bila dia susah hati, dia akan berkurung di tempat yang dia rasa hanya dia seorang sahaja manusia yang ada dalam dunia ni pada waktu itu,” komen Harlina sambil menyedut perlahan Milo O aisnya yang baru tiba.

“ Macam mana awak boleh tahu pasal tu?” soal Naim, inginkan kepastian. Harlina tarik sengih. Kedua belah tangannya diseluk ke kocek sweaternya, menahan kesejukan malam.

“Naim, saya kenal dia dari kecil. Dari sama-sama kami belum kenal  huruf lagi.”

“Maksud awak? Awak dengan dia bersaudara?”

Harlina geleng kepala sebelum menyedut minumannya sekali lagi.

“Berapa lama awak kenal Sofia?” Kali ini Harlina pula yang menyoal biarpun soalan yang diaju tidah dijawab.

“Hampir 5 tahun. Tapi hanya setahun yang pertama saja kami sempat jumpa, sebelum saya lanjut pelajaran.”
“Dan dalam masa 5 tahun tu, tak pernah terdetik dalam hati awak bertanyakan tentang parents dia? Adik beradik dia?”.

Naim terdiam. Wajah polos milik Harlina ditenung seakan cuba membaca maksud yang tersirat di sebalik soalannya.

“ Ada, tapi dia selalu saja mengelak bila soal ni saya ajukan.”

“ Dia ada sebab yang sendiri…”.

“Tapi sebab apa? Sebab dia tak yakin yang saya serius dengan hubungan kami berdua? Macam tu? Kalau saya tak serius, saya tak kan balik ke Malaysia dan terus lamar dia,” balas Naim. Sedikit berang.

“ Bukan sebab dia tak yakin tapi sebab dia taka da jawapan untuk semua soalan awak tu.”
Naim mendengus perlahan. Kopi ais dihadapannya disedut  kasar sebelum dia membuang pandangan kea rah pengunjung lain di restoren itu.

“ Saya tak fahamlah. Selalunya, lelaki yang suka buat liat bila datang soal kahwin tapi kes saya dengan Sofia lain pula. Dia pula yang suka lari-lari.”

“ Mungkin, dia belum bersedia.”

“Sampai bila pun tak kan bersedia kalau tak mencuba.”

“ Dan awak dah cuba untuk fahami Pia? Awak biasa jumpa dia waktu dia dengan perangai gila-gila dia kan? Pernah awak nampak dia sedih, muram macam tadi? ”

Naim tarik muka sebelum tersenyum sinis.

“ Awak sendiri tahu Sofia macam mana kan Lin? Dia selalu saja sibuk dengan projek akhirlah, assigmentlah. Tas sebab musabab macam tulah dulu yang menyebabkan kami jarang berjumpa. Jumpa dalam facebook tu, selalulah.Kalau dah begitu keadannya, macam mana saya nak tahu bila dia sedih?”.

“ Dari tulisan pun, kadang-kadang kita boleh tahu lah Naim.”

“Maaflah, tapi saya bukan jenis lelaki yg boleh agak hati orang berdasarkan ayat dalam message. Tak pun, macam nil ah Lin. pendekkan sahaja cerita. Apa hubungan awak dengan Sofia sebenarnya. Saudara? Sepupu? Awak kenal mak ayah dia? Beritahu saya di mana mereka duduk. Biar saya pinang dia dengan cara yang betul kalau itu yang Sofia mahukan,” jells Naim dengan wajah bersungguh-sungguh.

Harlina tarik senyum sinis. Tangannya juga ditarik ke sisi, berpeluk tubuh sambil geleng kepala melihat gelagat Naim yang kelihatan terburu-buru membuat keputusan.

“Awak kenal Pia, tapi awak tak faham dia.”

“ Kami dah berkawan 5 tahun Lin. Itu pun pada awak, saya masih tak kenal dia, faham dia? Awak ni peliklah.”

“ Kenal lalu berkawan tak bermakna awak faham dia Naim.”

“Tapi Saya sayangkan Sofia dn sudah tentu-tentu juga saya fahami dia”.

“Tapi sayang dan fahami dia tu dua perkara yang berbeza Naim.”

“Whatever Lin. Jawab je soalan saya. Itu saja yang saya minta. Adress or name?” balas Naim sambil mengeluarkan Ipad Mini dari beg sandangnya. Jarinya sudah siap sedia hendak menaip.

“Lelaki…sama saja kan? Tak sensitive,” ulas Harlina. Masih dengan provokasi.

“Sensitif atau tidak, tak penting. Yang penting, saya sayangkan Sofia dan saya ikhlas nak kahwin dengan dia. 
Titik.”

“ Sensitiviti itu kadang-kadang penting Encik Naim Idham, untuk orang-orang macam saya…macam Pia. Orang-orang yang dibesarkan di Asrama Damai.”

Asrama Damai? Kening Naim bertaut. Belakang telinganya digaru sambil akal ligat memutar butir-butir perbualan waktu di rumah staff yang diduduki Sofia tadi. Ada ke soal Asrama Damai disebut? Asrama Damai tu tempat apa ya?

“Maksud awak?”.

“Pia tak pernah menyorokkan diri bila dia ada buat salah sebab dia sendiri tak pernah kenal siapa ibunya…itupun awak tak faham juga?”.

Naim melongo.Kaitan menyorok dengan kenal ibu?

“ Kalau masih tak faham juga, sebaiknya awak tunda dulu hasrat awak hendak meminang Pia. Jelasnya, sebab awak belum cukup kenal dengan dia. Saya balik dulu.Selamat malam. Assalamualaikum.”

Harlina beredar usai salam diberi, meninggalkan Naim terpinga-pinga sendirian. Tanpa dirancang, jarinya laju menekan Ipad menaip sesuatu dan akhirnya dia tersandar ke belakang usai cariannya berhasil.

“Jadi betullah kata Lin. Aku kenal dia..tapi aku tak faham dia,” lirih Naim perlahan beserta keluhan panjang.


p/s: okey ke? tak okey bagitahu tau!huhuhu

6 comments:

gina said...

takdak butang like kat sini.. hahahha

princess ryanna said...

ok sgt..I LIKE...hehee..saya baru hbis baca Meh sandar pada ku..best sgt2 la kak...

cyah said...

Best makin x sbr tunggu next entry...

Anonymous said...

Xsbr nak tggu smbgn :)

Unknown said...

Kak aifa..best la cite ni

I.am.iffah said...

Okay...harap jgnlah kali ni hero dia Sengal mcm dr syed....

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon