Followers

Thursday, August 26, 2021

NOVEL KAHWIN GANTI EXTENDED VERSION

 ASSALAMUALAIKUM WBT....


Allah....lama sungguh tak berblogging rupanya. komitmen tinggi, sedangkan di Facebook pun jarang2 update status...


Tapi apa pun, buat semla yang masih akut blog ni...dengan ini saya nak maklumkan....

leaps hampir 9 tahun....novel kahwin anti akan dicetak semulaaaa tapi versi baru....


Storyline asal masih kekal..tapi saya tambah baik dari segi flownya...gaya Bahasa...sya sesuaikan dengen tahun 2021....


dan ya, ada penambahan di belakang buku....

kalau Sebelum ini endingnya setakat luqman dan cik Mya di Korea menunggu kelahiran bayi kembar mereka kan?



ahaaa.....ada lagi sikit kisah mereka kita tambah....



dan total mukasurat yang Baru ni lebih curant 740 ms plusss...


insyaAllah tempahan secara pre-order akan sya buka mulai 31 ogos ini. Pesanan secara pre-order ye....tiada ready stock sbb music covid ni mmg kena Q panjang skit until printing...jd gitulah prosesnya.


lagi pula cetakan ini versi PRINT ON DEMAND. Hanya dicetak untuk yg memesan. Tidak dijual di mana-mana kedai buat masa ini.


info lanjut Sya update nanti ye!


stay tune......




Wednesday, January 22, 2020

ANGGUN - PROLOG




“ Dah pukul 11 pun jalam jem lagi. Aku tak boleh hadam betullah dengan orang Malaysia ni. Tak boleh ke puntual sikit? Kalau masuk kerja pukul 9 pagi patutnya pukul 8.30 dah ada depan pintu pagar pejabat. Ini tidak, pukul 11 ada atas jalan lagi. Lepas tu bila admin call, bagitau on the way. Jalan jem. Blurghhh!” komen Edham sambil membetulkan duduknya. Hampir 45 minit tersekat dalam kesesakan, lenguh punggung dia dibuatnya. Notifikasi dari grup whtsapp pun selesai dia baca semuanya. Itu pun masih disitu lagi.

“ Kalau kau bebel sampai esok pun, bukan boleh mempercepatkan lagi perjalanan kita ni Am. Tak membantu. Aku sarankan kau duduk diam-diam, pejam mata. Itu lagi baik. Kalau itu pun kau tak mampu nak buat, haa pergilah ke belakang. Golek belakang tu tak apa. Jangan kau duduk macam tuan besar pulak. Memang aku halau kau keluar dari kereta ni on the spot,” balas Akid sambil buang pandangan ke arah luar tingkap. Ruang jalan sebelah yang bertentangan arah  kosong sekosongnya sampaikan kura-kura nak melintas pun dirasanya sempat sampai ke seberang. Manakala di arah mereka, rasanya kalau dia berjalan pun lagi laju sampai ke jambatan depan sana banding dengan kereta.

“ Macamlah kereta kau besar sangat nak aku golek-golek dekat belakang tu. Fefeling Aaaaaa..lepat ke itu?” perli Edham dengan sengihan.

“ Aaa lepat ke, Vempire ke bak kata Auni….aku kisah apa. Aku tak ada keperluan nak ada kereta macam tu, jangan kata feel…nak beli pun tak teringin.”

“ Cehhh! Ayat. Gaya macam…Hebatnya kamu…yakinnya kamu. Sekali kau kahwin, nin diaa….dapat quadraplet. Hambik! Menggelabah katak kau order MPV. Jangan cakap besar sangat Kid. Kita cuma merancang, Allah punya perancangan tu tak ada siapa boleh menidakkan,” balas Edham tak mahu kalah.

“ Kahwin pun belum masuk dalam perancangan, nak ada anak pulak? Hentikan. Kau yang sibuk nak kahwin, jangan nak kait aku pulak ye. Haaa…petang ni apa cer? Jadi ke nak jumpa Anida lepas habis meeting kejap lagi?”.

Edham sengih bila nama cinta hatinya disebut secara tiba-tiba. Hilang mood bosan, timbul mood ceria bunga-bunga matahari setaman.

“ Jadi! Boleh eh Kid? Kita lajak kejap tak apa kan? Bukan nak kena masuk pejabat balik pun. Alah, bukan jauh Subang Jaya tu. On the way je pun…pepatah melayu pula mengatakan, serampang dua mata ”

“ Dengan kau tak adanya dua mata, bermata-mata. Ada je port kau nak menyinggah. Ye. Boleh tu memanglah boleh tapi ada la syaratnya…”

Bibir Edham cebikkan. Kalau dia yang minta tolong mesti bersyarat. Lagi-lagi kalau berkait dengan Anida. Kadang-kadang ada juga terdetik dalam hatinya, cemburu ke Akid pada hubungan cinta dia? Tapi, ah. Mustahil. Cemburu apanya kalau Akid sendiri tak pernah nampak ada minat atau kecenderungan untuk ada hubungan serius dengan sesiapa sejak dulu lagi sampai la ke hari ini.

As you wish my boyfie…” balas Edham sambil matanya dikerdip berkali-kali diiringi senyum mengejek.

Boyfie? Tolonglah. Geli aku! Eh jap…diam..diam….awek aku ni….” Arah Akid sambil menguatkan suara pada radio. Terkulat-kulat Edham dibuatnya. Wajah bersungguh Akid dipandang lama. Ni sejak bila pula ni berawek segala? Baru tadi dia mengutuk dalam hati tahu-tahu Akid rupanya dah ada pujaan hati?

“ Aku kalau dapat jumpa minah ni, aku nak ajak dia kahwin,” beritahu Akid bersungguh.

“ Biar benar kau Kid. Kenal orangnya pun tak kot!”

“Apesal? Tak boleh? Nak kenal, bila-bila pun boleh. Sama ada nak ke tak nak sahaja” soalnya sambil tenang sambung memandu.

“ Bab nak kenal itu, aku tak ada masalah. Yang aku tak faham tu, motif beria nak ajak kahwin ni dah kenapa? Sudahlah setakat dengar suara je pun. Entah helok ke entah orangnya, mana nak tahu ”

“ Entahlah eh, kenapa entah tiap kali aku dengar iklan ni aku boleh rasa kejujuran dan keikhlasan suara dia nak ajak orang beli shawl ni untk berhijab patuh syariah.”

“ Ha ah. Cakap je lah suara dia buat tulang rusuk, lutut, kaki tangan kau semuanya bergetar. Kan senang ?” usik Edham sambil tertawa terbahak-bahak.

Whatever. Apa barang dari mata jatuh ke hati? Kita kasi tukar. Dari telinga menyusup ke hati. Gitu,” balas Akid sambil tersenyum sendiri. Sesekali melayan saja gila si Edham, okey juga sementara berdengung dek tersekat dalam kesesakan jalan raya seperti sekarang ini.

Seketika matanya menangkap kelibat motor besar dari cermin pandang sisi yang kemudiannya berhenti sebentar disisi keretanya dek kerana ada kereta yang sedang berhenti melintang mahu masuk ke laluan tengah dari laluan laju. Melihatkan gerangan disebelahnya senyum Akid langsung mati, keningnya berkerut panjang selaju akalnya dipicu.

Betul ke apa yang dia nampak ni? Perempuan bertudung, siap helmet fullface dan berjeket? Akhir zaman ni makin pelik-pelik manusianya ye? Kalau segitu sekali lasak orangnya, agak-agak kalau kahwin nanti reti ke bezakan daun sup dengan daun ketumbar?

Sekali lagi kepalanya dipalingkan tapinya motor besar itu sudah pun mulai bergerak bila perjalanan lalu lintas perlahan-lahan mulai lancar.

Yang pasti, perempuan seperti itu bukan jenis calon isteri dia atau menantu pilihan Ummi.


ANGGUN




Sinopsis

💕ANGGUN ðŸ’•


Motto hidup seorang Akid Edraki sangatlah mudah dan positif sentiasa. Hidupnya hanya berkisarkan hobinya dan kerjanya. Kisah apa dia kalau ada manusia yang mahu kahwin di Pluto sekali pun sebab baginya selagi boleh single, buat apa kahwin ? Dia dah cukup bahagia bersama keluarga yang baginya sempurna dengan adanya walid, ummi, kak chah sekeluarga dan Chacha.

Tapi tidak bagi Hajah Zahlia. Motto hidup Akid perlu dia ubah kerana terlalu ambil mudah tentang hidup sampaikan cara hidup Islam yang patut dia jalani dipandang enteng. Solat hanya bila lapang, Kitab Al-Quran itu bukan temannya. Asbab itulah hadirnya Anggun, si niqabis yang bukan biasa-biasa orangnya.

“ Pinjam motor abang ke tu? Patut tak reti nak agak tank besar mana ” – Akid

“ Taklah. Itu motor saya.” – Anggun.

Ducati Panigale kot! Akid? Lesen motor pun dia tak ada. Bukan setakat itu, berenang dan memanah pun Anggun tahu. Hobinya? Main skateboard! Aduh! Perempuan seperti ini yang Umminya mahu dia jadikan isteri? Akid rasa nak pitam berkali-kali.

“ Kid, dah hujung-hujung zaman ni betina ramai. Perempuan? Dah boleh kita kira dengan jari tak kiralah sama ada berhijab ke tak. Yang betul jaga maruah diri tak ramai dan antara yang masih menjaga, Anggun….” – Ummi.

“ Walid dah tak ada anak lelaki lain dah Kid, Akid sajalah satu-satunya waris yang Walid ada. Besar harapan Walid, untuk Akid berubah. Berubahlah ye” - Walid

Akid tersepit. Antara mengekalkan prinsip hidup dan juga memenuhi harapan ummi dan walidnya, dia terpaksa berkorban bukan sedikit. Tetapi banyak! Egonya tercalar beberapa kali, demi satu perubahan dia terpaksa menahan sendiri rasa hati. Untuk berubah, dia perlu jadi diri sendiri bukan berubah untuk orang lain. Masalahnya, mampu ke dia? Dan Anggun khususnya, mampu ke dia bertahan dan bersabar dalam proses hijrahnya?



SUDAH TERBIT!
KINI DI PASARAN 

Thursday, August 9, 2018

BAB 6









“Lehhh…langkawi je?” rungut Eril sambil baling bag ke atas lantai. Tubuhnya dihumban ke atas sofa sambil berpeluk tubuh. Menyesal tak tengok tiket, tak ambil peduli pun apa yang pilot dok umumkan sebelum boarding tadi. Kalau tahulah setakat ke mari je, baik dia duduk rumah. 

What do you mean by Langkawi je? Halooo..mama jumpa papa dulu dekat sini tau. Masa tu papa vacation dekat sini dengan ex-awek dia.”

Eril tepuk dahi. Ini vacation keluarga ke  atau sesi throwback untuk mama dengan papa? Bosannya!

“ Fine. Kalau mama dengan papa nak honeymoon lain kali jangan bawa Eril k! I rather stay at home. Dahlah kena share bilik.”

“ Hotel ni full house. Mama buat last minute reservation sayang…”

“ Macamlah tak ada hotel lain dekat sini?”tikah Eril, laju.

“ Mama….”.

“ Ahaaa…jangan kata ini hotel pertama. Bla…bla…bla…”.

“ Hairyl. Naughty boy. Jangan cakap macam tu depan papa k! Not nice. ”

Eril cebir bibir. Malas nak melayan segala terma dan syarat mama tiap kali keluar dengan papa langsung headphone disarung. Menyesal ikut! Serius menyesal.

“ Erik, are you okey dear?” soal Mama perlahan sambil tepuk bahu Erik yang ralit memerhati pool  yang hanya bermandikan cahaya lampu dari tepi tingkap.

Yeah. Im okey.”

“ Senyumlah sikit sayang. Bukan selalu kan kita dapat berkumpul? Haaa..apa kata kesempatan yang ada ni nanti mama slow talk dengan papa pasal…”.

“ Nope. Tak apa ma. Erik nak usaha sendiri. Erik tak nak guna kabel papa ke apa. “

“ Tapi Erikk….”

“ Sayang…..”.

Mama menoleh sekilas ke arah pintu sebelum hadiahkan ciuman mesra pada dahi Erik yang nampak tak terkutik sedikit pun dek tindakannya itu. Tubuhnya keras takda respon. Masih setia merenung tajam ke arah pool.

“ Erik rehat dulu ye. Esok kita borak lagi. Bye naughty boy!” laung mama. Sempat lagi hidung Eril dicuit sebelum berlalu. Mendengus kasar dia dibuatnya.

“ Arghhhhh!!!” jerit Eril tiba-tiba.

“ Kau dah kenapa?” soal Erik perlahan sambil meluruskan badan di atas katil. Perghhhh. Leganya dapat baring. Flight tadi memang menakutkan betul. Mentang-mentang penumpang tak ramai, langsung flight mereka pukul 8 delay. Agaknya disatukan dengan penumpang pukul 9. Lepas tu setengah jam je dah sampai Langkawi. Rasa macam tertinggal jantung dekat KLIA.

“ Stress. Kau tak rasa stress ke? Ke langkawi dah satu hal. Tu..mamat tu. Kenapa tak ada siapa beritahu Eril yang dia balik hari ni? Ha?”.

Erik jungkit bahu.

“ Jangan kata kau pun tak tahu apa-apa?”.

Kali ni geleng kepala pula.

Eril ketap bibir, menahan geram. Patutlah bila Mak Jemmy suruh kemas baju pagi tadi dia rasa berat hati je. Kalau duduk rumah dengan Mak Jemmy pun tak apa. Kurang-kurang boleh suruh Mak Jemmy masak macam-macam. Kalau mama dengan papa ada, banyak sangat menu-menu terlarang. Gulai daging salai tak boleh makan. Ayam KHabsah tak boleh makan. Bosan! Balik-balik makan benda sama. Sushi, chicken teppyanki, sashami tak pun Temaki. Ulanglah banyak kali. Muntah warna-warni dia dibuatnya. Nak makan ramen, mama tak bagi. Katanya nanti tak cerdik berlajar. Urghhh hidup bawah pemerintahan mama memang tak seronok! Sebab itu dia memang suka kalau mama outstation.

“ Aku tak suka dia,” luah Eril, jujur.

“ Suka tak suka, kita satu keluarga.”

“ Keluarga? Ini namanya keluarga ke? Dalam majalah, dalam mana-mana program tv memanglah keluarga. In real? We’re strangers. Aku rasa definisi mama untk keluarga hanya dia, papa dengan mamat tu je!”.

“ Hairyl, jangan cakap macam tu…”

“ Mulut aku kan? Suka hati akulah. Kau tengok ye. Aku habis je sekolah nanti, aku nak ajak Mak Jemmy keluar dari rumah tu.”

Erik gelak tiba-tiba. Habis sekolah nak keluar dari rumah? Hailah Eril. Itulah pemikiran budak umur 15 tahun. Tahu nak lari je. Tak fikir panjang langsung.

“ Kadang-kadangkan Rik, aku rasa macam Mak Jemmy tu mama kita sebenarnya…” lirih Eril perlahan. Sekilas wajah Erik di katil sebelah dikerling sebelum bibir dilorek senyum.

“ Sofea  Lorena adalah mama kita. Itu adalah hakikat yang kita tak boleh nak ubah. Dalam birth cert kau, bukan Mak Jemmy punya nama yang ada dekat situ”

“ Kau cakap macam orang tua doooo…” komen Eril tiba-tiba dengan gelak mengekek.

Well, aku memang tua dari kau pun kan?”.

“ Tapi mamat tu lagi tua dari kita tapi kenapa mama lebih concern pasal dia ye? Serius, aku tak boleh hadam. Boleh dapat indigestion kalau dok pikir pasal tu je” rungut Eril lagi. Masih dengan atmosfera tak puas hatinya.

“ Mamat mana ni?” soal satu suara yang baru saja keluar dari pintu bilik air yang terbuka.

“ Omoooo…jangan kata kau pun duduk bilik ni? Mama!!!!!!” jerit Eril sambil berlalu keluar .Jantung masa tu rasa nak luruh bila disapa secara tiba-tiba. Kantoi agung kot!

 Tinggal Erik saja yang tenang baring macam tak ada apa walaupun dalam hati debarnya Tuhan je yang tahu. Agak-agak mamat ni dengar ke tak apa mereka bincangkan tadi ye? Ahhh haruslah dengar sebab dia sendiri tak ada dengar bunyi tap air dibuka ke apa dari dalam bilik air. Aduhhhh! Kenapalah dia tak terfikir yang diaorang bertiga akan duduk bilik yang sama?

“ Lama tak jumpa kan? Study macam mana? Okey?” soal Anas sambil labuhkan punggung dihujung katil Eril baring tadinya.

“ Okey,” balas Erik pendek sebelum matanya dipejamkan. Entah kenapa tak rasa nak join catching up session yang cuba dimulakan Anas. Entah bila, tahu-tahu dia langsung terlelap sampai ke pagi.



TO BE CONTINUE.....

BAB 5



“ Dah sampai dah dik.”

Vee yang dok menganga tengok kawasan sekeliling macam orang tak pernah tengok rumah hanya memandang tepat ke wajah Pemandu Teksi sambil angguk beria.

“ Betul ke dah sampai ni pakcik?”

“ Ehh iyelah. Banyan Close kan?”

“Banyan ke Bayam?” soal Vee semula. Pakcik Teksi dah bagi senyuman senget pakej lengkap kening double jerk.

Laju je mata Vee terarah pada buku kecilnya sebelum dia angguk laju. Banyan Close, Bandar Bukit Mahkota. Rasanya macam ye macam yang tertera dekat pintu gerbang depan tadi. Masalahnya, betul ke mak duduk sini?

“ Haa inilah tempatnya dik. Lawa rumah ni. Rumah siapa?”

“ Mak saya,” balas Vee perlahan sambil mata ralit memerhati kawasan sekitar. Belum ada tanda lagi macam bersedia nak turun.

“ Aik? Rumah mak sendiri pun takkan tak tahu. Berapa tahun dah tak balik rumah mak ni?” soal Pakcik Teksi separa sarkastik. Vee juih bibir. Hilang mood blur dan rasa tak percaya, datang mood nak sekolahkan orang.

“ Pakcik nak saya jelaskan soalan pakcik tadi tu atau saya jelaskan tambang saya sampai  ke sini. Pakcik pilih.”.

Pakcik teksi sengih.

“ Amboi. Tanya sikit nak sentap. Tengak gaya macam sempoi.”

“ Gaya sempoi tak ada kaitan dengan apa pakcik tanya tadi. Air yang tenang  jangan disangka tak ada habuk jatuh pakcik. Kalau pakcik tenung elok-elok air tu, boleh nampak habuk-habuk atas permukaan air tu. Udara kita sekarang dah tak sihat pakcik. Keluar dari teksi ni jangan lupa pakai mask ye. So, berbalik pada permasalahan kita tadi. Pakcik nak saya jelaskan kenapa saya tak balik rumah mak saya dah lama ataupun saya jelaskan tambang saya ni,” tegas Vee lagi.

Pakcik Teksi Sengih lagi. Tak berani nak jawab apa dah cuma mampu angkat jari sebagai isyarat duit je. Takut kena ceramah le tu. Padan  muka!

Ha ah. Memang betullah bak kata Anas yang baik hati dekat KLIA tadi tu. Punyalah murah tambang ke sini, rm 70 biarpun rumah mak ni tak adalah jauh mana dengan Tol pun. Nak kata kena tempuh kesesakan lalu lintas pun jauh sekali. Tapi dia punya caj, boleh dapat beras berkampit-kampit. Sekian terima kasih.

Dan harga rm 70 tu pun setakat hantar depan rumah je. Beg dekat bonet Vee kena bawa keluar sendiri. Bertuah punya pakcik teksi! Dalam hati Vee dah doa berkali-kali tadinya sampai hilang kelibat teksi tu dari mata dia yang lepas je pintu gerbang kawasan rumah ni teksi tu nanti berhenti sebab tayar pancit. Rasakan! Tak ada langsung rasa ihsan pada kaum lemah macam dia.

Makanya, berialah dia heret 2 bagasi sebesar alam sampai ke pintu pagar. Ding Dong Ding dong berkali-kali barulah muncul penghuninya masalahnya bukan dari pintu depan. Tapi dari tepi. Konsep baru ke apa ni?

“ Veenea?”

“ Mak?”

“ Dah besar dah dia!” jerit Mak sambil berlari-lari anak ke arahnya. Vee pula dengan gigihnya lari juga sambil seret bagasi. Dah gaya peserta AF suka sangat kena AFundi keluar dari akademi gitu.

“ Mak ni. Mestilah orang makin besar. Tak kan ketot tett je macam dulu,” balas Vee sebaik saja pelukan dilepaskan. Ekor mata masih meliar kesekeliling rumah itu. Kereta pun tak ada. Agak-agak, suami baru mak tak balik kerja lagi ni.

“ Yelah. Memanglah selalu jumpa dalam gambar. Tapi bukannya mak boleh tahu tinggi mana anak dara mak ni. Kan? Lawanya dia!”.

“ Mak pun makin lawa. Pakai produk apa ni? Share la…share la…” usik Vee, mengada.

“Air wudhuk. Free of charge! Eh, ni mana orangnya ni?” tanya Mak tiba-tiba sambil terjenguk-jenguk mencari seseorang. Kening Vee dah berkerut panjang. Kita yang beria mencari, eh boleh pulak kita kena tanya balik. Ini alasan mak untuk mengelak dari ditanya ke macam mana?

“ Orang apa? Vee balik sorang je mak. Tak ada bawa balik laki orang Jepun ke apa. Orang jepun pun tak mau kat Vee. Jenuh orang ngorat dah. Gigih orang sewa kimono bagai. Tak adanya dia pandang kita,” balas Vee bersahaja. Tergelak besar Mak dibuatnya.

“ Mak tanyakan orang yang Vee pinjam telefon tu.Manalah tahu kalau sampai ke sini dia hantar. Bukannya calon suami ke apa. Apa yang Vee merepek sampai orang Jepun semua ni? Ha?” balas Mak dengan tawa bersisa.

Vee tayang sengih. Opsss..terlebih sudah rupanya! Nampak sangat apa yang berlegar dalam kepala kau sekarang ni kan Vee? Dari naik flight dok berdebar fikirkan desas desus mak kahwin lain dan dia bakal jumpa ayah baru. Seram okey. Mana tahu, pokok yang digoyang tu memang dari tangan-tangan manusia. Bukan dek sebab ribut ke apa.

“ Pinjam telefon? Oooo…haaa…mamat tu.”

“ Mamat tu?”

“ Err nantilah Vee cerita. Panjang sangat. Vee lapar ni. Mak masak apa?”

Mak sengih sambil tayang wajah teruja.

“ Mak masak makanan kegemaran Vee…….”

Vee jungkit kening berkali-kali. Makanan kegemaran dia? Mak ingat lagi ke?

“Telur…..masak…kicap!!!! yeayyy. Vee mesti sukakan? Mak masak tiga biji.”

Vee tepuk dahi. Punya jauh kita datang dari Jepun, telur masak kicap je? Alahai emak ni pun lah. Dalam banyak-banyak menu kegemaran, kenapa yang itu paling lekat dalam memori mak. Adoi.

“ Mak, itu makanan kegemaran Vee masa kecik. Vee dah besar la mak. Rendang ke, pulut kuning ke..tak adake? Orang dah berangan nak makan ni,” balas Vee, nada merajuk tapinya mood rajuk tergendala seketika bila riak muka Mak berubah muram.

“ Mak minta maaf ye Vee. Yang mak ingat, Vee suka makan kalau mak masak telur kicap tu. Manalah mak tau makanan kegemaran Vee bila dah besar. Kitakan…”.

“ Mak. …Vee minta maaf. Mak jangan kecik ati ye. Vee lupa,” pujuk Vee, serba salah. Bila lambat-lambat senyum kat bibir Mak mula terbit, Vee rasa lega.

“ Tak apa. Mak pun silap juga, patutnya Mak call Mak Usu tanya nak masak apa. Kan? Vee makan dulu ye lauk yang ada. Nanti malam mak buat rendang.” Pujuk Mak sambil peluk mesra bahu Vee.

“ Yeayyy! Sebab itu orang sayang mak. Jomlah masuk. Orang tak sabar nak tengok rumah mak ni. Besar gila kot! Pakcik Ada?” soal Vee sambil mereka berjalan menyusuri rumput karpet dihadapan rumah itu.

“ Pakcik? Pakcik mana ni? Mak duduk sorang je Vee.”

“ Duduk sorang? Dalam rumah sebesar ni?” soal Vee kagum. Tapi kekagumannya meleset terus bila dengan muka yakin Mak menggeleng.

“ Tu, rumah mak dekat belakang tu.Jom!”.

Vee blur. Depan macam istana dah, belakang ada rumah lagi? Konsep baru ke apa ni? Cannot brain!


Tuesday, August 7, 2018

BAB 4







“Nah…ambiklah!” jerit Vee sambil mata dipejam rapat. Telefon ditangannya dirampas kasar  sebelum kemudiannya  tangannya terasa seperti ditarik kuat dari belakang.

“ Oiii apa ni? Aku dah pulangkan pun. Kira setel lah!” marahnya sambil cuba meronta.

“ Apa setel-setel? Setel dekat balai lah,” marah Udin sambil menelek Iphone 8 ditangannya. Mujur tak calar ke hape. Kalau tidak? Mampus. Maunya gaji bulan ni kena potong separuh.

“ Apa main balai-balai pulak ni? Tak gentleman langsung lah korang ni. Kan aku dah cakap tadi. Nak pinjam je. Ada paham? Pinjam. Bukan curi. Ni kan aku pulangkan balik dah,” balas Vee tak mahu kalah. Sempat juga sikunya sekeh rusuk tepi Apai sampaikan mamat tu terkebelakang dibuatnya. Senak perut! Dahlah lapar tak sempat makan tengahari lagi.

“ Main sekeh lah minah ni. Membara je hati aku. Call 999 sekarang Apai,” marah Udin sambil tarik bagpack Vee tapi tak berjaya.

“ Ehh ni apehal pulak nak ambik beg aku ni? Nahhh. Aku ada ni je. Kira setel la ye. Aku call kejap je tadi pun. Tak sampai 5 minit.”

Udin dan Apai sambil berpandangan sebelum masing-masing tertawa mengekek.

“ Kau silap naik kapal terbang ke apa minah oii? Ini Malaysia. “

“ Hek eleh. Memanglah aku nak balik Malaysia. Dah orang Malaysia kan,” balas Vee tak puas hati. Entah apa yang lawaknya entah.

“ Dah tu? Duit tu kau nak bagi kami buat apa? Bukan boleh pakai pun,” balas Udin sambil belek duit ditangan Vee berkali-kali dengan kening berkerut.

“ Ha ah. Otak kau dua orang ni yang tak boleh pakai sebenarnya. Pernah dengar apa itu Money Changer? Satu dunia ada benda alah tu. Tak tahu jugak?” tempelak Vee.

Langsung menikus Apai dengan Udin dibuatnya. Vee rasa nak tergelak pun ada bila tengok muka masing-masing tapi bila teringatkan bag packnya dipeluk elok dek Udin, tak jadi dia nak gelak.

“ Dia bagi kita setepek ni Apai. Boleh tahan minah ni. Bab mengajar A. Bakal cikgu agaknya” balas Udin, bengang.

“ Kan? Aku pulak rasa tak boleh tahan dah ni menahan amarah yang meluap-luap. Jom! Setel balai!”.

“ Oppppsss relaks.  Alaaa..korang ni. Nah. Ambik. Ambik je semua. Tak apa, aku balik jalan kaki pun tak apa nanti. Please…please. Aku memang tak ada duit malaysia langsung ni. Tolonglah…..” pujuk Vee perlahan. Nada suara cuba dilembutkan walaupun terasa tersekat je dekat tekak bila nak dilenggokkan. Geli!

Sumimasen….”

“ Errkkk!” Pandangan Vee langsung terhenti pada wajah yang entah bila ada disebelah mamat yang dok pegang telefon yang dipinjamnya tadi.

Hai ( Ya)” balas Vee perlahan-lahan.

Daizyoubudeska? (Awak okey ke?) ”

Hai (Ya)”

“ Dia orang Malaysia jugak bos,” celah Udin tiba-tiba. Laju je mata Vee menjeling tajam ke arah sisinya. Sibuklah mamat ni. Baru nak feeling-feeling jumpa hero jepun dekat Malaysia.

“ Oh. Orang Malaysia.”

“ Ya saya,” balas Vee sambil senyum semanis mungkin. Mamat ni kalau dia buka spek mata hitam dia mata tak sepet mana, dijamin wajib masuk list jejaka Idaman dia yang tak pernah ada calon. Muka dahlah peloles macam kulit telur. Bibir merah pinkish. Sopan. Gaya sempoi bak hang.

“ Ha ah. Tak payah nak sengih beria. Bos, ni lah dia pencopet telefon bos tadi,” adu Udin.
Vee ketap bibir. Suka hati dia aje kasi label dekat aku ye? Pencopet katanya? Eh jap. Bos. Ini bos. Yang dia langgar tadi bos juga. Berapa banyak bos makhluk berdua ni ada sebenarnya? Ke orang yang sama? Ah tak perasan pula dia. Sibuk sangat nak larikan diri tak ada masa nak beria telek muka orang. Lagipun dressing macam sama je dengan mamat yang dia langgar tadi. Tapi tadi, helok je cakap melayu. Yang ini…

“ Nah. Buat tambang balik.”

“ Huhh?” Vee pandang je note seratus yang dihulur pada dia.

“ Eh tak apa. Kejap lagi saya tukar duit ni.”

Bos dua mangkuk ayun tu lorek senyum. Senyum yang kalau dalam cerita drama bergenre rom-com tu adalah konon cupid bawa busur pi lepas dekat hati heroin. Haaa gitulah gayanya. Sooooo…sawit.

“ 1000 yen tak cukup. Awak buka je pintu limosin dekat luar tu nanti dijamin rm30 wajib dah dibayar. Itu pun kalau awak duduk area sini. Ambiklah. Saya ikhlas.”

Vee curi-curi pandang wajah didepannya. Boleh tak nak buat request gila di kala waktu getir macam sekarang ni? Boleh je lah kan? Belum tentu esok lusa jumpa balik pun.

“ Kalau awak buka spek mata hitam tu boleh tak?”soal Vee, spontan.

“ He ek leh.banyak pulak songeh minah ni. Dah curi telefon, dapat duit pulak. Nak request bukan-bukan lagi,” perli Apai dengan gelak versi menyakitkan telinga. Vee dah acu penumbuk pada Apai dengan bibir diketap geram.

“ Aku nak kenal orang yang tolong aku la. Senang nanti kalau nak bayar balik duit ni. Ada paham? Kalau muka seposen macam kau orang berdua ni pakai tudung  pun dari jauh aku boleh kenal dah,” balas Vee bersahaja.

“ Mak aihhhh,” balas Udin bengang. Mamat ‘bos’  pula dah buat muka nak tahan ketawa.

“ Tak apa. Saya ikhlas. Tak payah bayar ye. Apai, Udin. Jom!”

“ Eh jap!” panggil Vee tiba-tiba.

“ Ya saya?”

“ Itu..bunyi mesej masuk kan?” soal Vee teragak-agak.

Mamat ‘bos’ senyum seraya angguk. Telefon dari poket seluarnya dikeluarkan lalu dihulur pada Vee yang nampak terpinga-pinga seketika.

“ Mesti ada hal pentingkan? Bacalah dulu.”

Muka Vee terasa panas tiba-tiba. Nak sengih sampai ke telinga bila mengenangkan keprihatinan tahap tertinggi yang bos mamat berdua ni tunjukkan tapi bila sedar ada dua mangkuk ayun yang jadi penonton setia reaksi dia dikiri dan kanannya langsung dia angguk beria macam burung belatuk.
Laju saja telefon dicapai sebelum alamat yang tertera di catit dalam buku kecilnya.

“ Terima kasih awak! Terima kasih sangat-sangat”.

“ Anas. Saya Anas.”

“ Vee.”

Dan Anas pun berlalu macam tu je sambil diescort dek dua makhluk yang agaknya bodyguard dia. Sampai hilanglah kelibat Anas dia perhatikan tu pun sampai terteleng-teleng kepala dia memerhati escalator sampai ke bawah.

Anas? Siapa? Anak datuk menteri mana? Indahnya la haih budi bahasa. Ingat Vee, perkara pertama lepas sampai rumah mak nanti, google. Siapa Anas?



to be continue.....

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon