11 Mac 2011
“
Ayah, Vee dahaga lah.”
“
Vee tunggu Usu kejap ye. Usu kan pergi toilet dengan Bonda. Nanti Vee pergi
beli dengan Usu tau. Nahh duit,” pujuk Ayah sambil hulurkan beberapa not yen
pada Vee. Tersengih dia tengok jumlahnya. Ini bukan kata air, ramen cup pun dia
boleh beli.
“
Vee pergi sendiri pun tak apa. Bukan jauh pun. Ayah ingat lagi kan booth tu?
Kalau dalam setengah jam Vee tak balik sini, ayah cari Vee dekat sini ye. Orang
mesti ramai tu..”
“
Vee tunggulah dulu ye. Ayah tak boleh nak teman Vee. Nanti kalau Usu dengan
Bonda sampai sini kita tak ada, lagi jenuh. Kan?”
Vee
tarik muka. Dengan cuaca sejuk macam ni, tekak punyalah kering sampai nak telan
liur pun rasa payah. Aduii ayah ni.
“
Vee pergi sendiri je. Ayah jangan risaulah. Vee janji, vee tak akan keluar dari
park ni walau apa pun terjadi. Okeh? Vee dahaga sangat ni ayah.
Please..please….” pujuk Vee bersungguh. Lambat-lambat barulah Ayah angguk dalam
terpaksa. Langsung satu kucupuan di pipi ayah dia berikan sebelum dia melompat
gembira ke arah datang mereka tadi.
Sungguh
bagai dikata, punyalah ramai yang beratur nak beli minuman dan sampai sahaja
giliran dia. Habis! Aduhhh. Mujurlah ada pelancong lain yang beritahu pada dia
yang ada booth lain di belah kanan park itu. Tanpa fikir panjang, Vee terus
saja melangkah ke arah yang ditunjukkan.
Kata
orang, kalau rezeki tak kemana. Orang pun tak adalah ramai seperti tadi. Tanpa
menunggu lama, berjaya juga Vee basahkan tekak yang kering sebelum bergegas
semula menuju ke arah tempat ayah menunggu sebelum laluannya sebelum ini
tiba-tiba sahaja jadi kelam-kabut dengan pengunjung yang bertempiaran lari.
Menjerit sana-sini.
“
Miss, you better hurry up. They said this
theme park will be flooded with water due to the tsunami!” beritahu staff
yang kebetulan menegurnya waktu dia dah mula rasa tergamam tak tahu nak
melangkah ke arah mana.
“
Tsu…tsunami?”
“
Yeah. Where’s your colleague? Hurry up
miss! The entrance have been closed and nobody can enter or exit this park at
this moment.”
“
Allahu. Ayah!” gumam Vee sendirian. Dia masih kaku disitu. Ditengah-tengah
keributan semua pengunjung berlari ke sana ke mari sebelum entah dari mana
datang tenaga kuat yang menolaknya sampai dia tersungkur di atas jalan.
“
Aduh!” rungut Vee. Air tin nya tumpah ke jalan. Tangannya pula terasa pedih.Ada
darah yang mengalir dek kerana tolakan kuat yang buat dia terjatuh di atas
jalan yang bahagiannya berbatu kerikil.
“
Are you okey?”.
Vee
mendongak. Tanpa banyak soal. Lengannya ditarik supaya berdiri tegak. Dan bagai
dijampi dia cuma diam sambil memerhati budak lelaki dihadapannya yang sibuk
buang pasir di lutut seluar jeannsya sebelum tangannya yang luka dibalut dengan
sapu tangannya.
“ Tadi baru dapat alert tsunami. So sekarang ni, Park dah ditutup sampailah dapat
dipastikan perjalanan keluar dari sini selamat untuk dilalui. Just to make sure nothing bad happen, sebaiknya awak pergi cari tempat yang
tinggi untuk lebih selamat. Kita tak tahu setinggi mana air boleh naik. First of all, cari family awak. Got to go!”.
Vee
angguk beria. Dalam takut, dia kagum dan terharu.. Mujur ada yang boleh
berbahasa malaysia yang sudi tolong dia. Tapi, muka dia tak nampak macam orang
Malaysia pun!
“
Awak!”
“
Huhh?”
“
Sapu tangan ni?”.
“
Buang je. Dah kotor pun!”.
Dah
kotor katanya? Menyesal pula rasa kagum dan terharu tadi!
No comments:
Post a Comment