Pages

Wednesday, October 16, 2013

Di bawah satu bumbung - 1



“Macam mana?” soal Syafiq sebaik saja wajah Aizam tersembul di muka pintu biliknya. Teman sekerja merangkap rakan kongsi niaganya itu menapak perlahan sebelum pintu bilik di tutup perlahan. Tanpa suara, dengan wajah tidak beriak dia duduk dengan pandangan bersahaja.

“ macam rahsia besar je. Siap tutup pintu lagi. Apehal?” soal Syafiq lagi dengan  dahi berkerut.
Aizam pandang kanan, kiri dan kemudian ke belakang.  Tangannya digerakkan, mengajak Syafiq dekat sedikit kepadanya. 

“Kita kalah lagi,” bisiknya.

Syafiq geleng kepala sebelum tersenyum kecil. Hisyhh..mamat ni kan!

“Kalau setakat nak bagitahu itu, tak payahlah sampai nak berbisik…tutup pintu bagai! Kau ni kan Zam…hisyhhh…dari orang tak marah. Boleh jadi marah,” komen Syafiq sambil meneruskan lakaran di atas kertas putih di hadapannya.

Rasa kecewanya cuba disorok kemas-kemas dengan senyuman yang masih bersisa di hujung bibirnya. Sungguh, dia mengharapkan yang syarikat mereka dapat tender projek resort di Kota Tinggi itu. Projek besar itu lah yang diharapkan bakal menyelamatkan Nisa Cipta dari kemarau sejak sebulan yang lalu tapi nampaknya, rezeki itu masih bukan milik mereka.

“Ada dua sebab kenapa aku tutup pintu, berbisik Fiq!”

Wajah Aizam langsung direnung dengan tidak berkelip.

“Aku pula ada satu sebab besar kenapa kau tak perlu berbisik. Zam, kalau pintu tu dah tutup, tak ada maknanya kau nak cakap macam dalam kelambu lah!”

Aizam tarik sengih. Tali leher diregangkan sebelum menyambung bicara.

“Okey, aku tolak sebab pertama. Fokus pada sebab utama kekalahan kita…”.
“Jap…kita kalah dengan siapa? Azman Holding kan?”
Aizam geleng kepala laju.

“Azman? Hampeh! Design lapuk. Macam rumah hantu je aku tengok! Dengan chandelier, sofa design lama. Haihh..siapa lagi lah yang menang kalau bukan company kembar kau tu!”

Kembar? Mata Syafiq membulat.
“Is?”

“Hahh..baru kali ni aku dengan  kau sanggup mengaku dia kembar kau kan? Hisyhh..aku tak faham sungguhlah Fiq. Macam mana design chalet kembar kau tu boleh ala-ala sama dengan design kau tu. Sebijik sejibon kot! Bezanya Cuma dia guna perabot lebih eksklusif.Eh Fiq, Kau dengan Is tu..ada psikik ke apa?
Seiring sejalan, design semedang sama. ”

“Eh, tolong sikit ye. Aku dengan dia bukan kembar.Bapak je sama. Mak lain-lain,” balas Syafiq, separuh bengang.

“Lahir hari yang sama, bukan kembar ke? Keluar perut lain je,” sahut Aizam.

“Okey, stop. Hal kembar-membar tu, sila abaikan. Persoalan aku di sini, tentang kesamaan design. Macam mana boleh sama. Dan setahu aku, ini bukan kali pertama. Bulan ni saja, 4 dari projek besar yang kita cuba masuk hampir sama dengan dia.”

“You’re damnly correct bro. Malu aku dibuatnya bila Datuk Zahri dok perli aku. Memang nasib tak baik, mamat tu present dulu sebelum kita. Dah sah-saha gaya kita yang copy pasta design dia. Ikutkan aku, nak ajak aku keluar bilik seminar tu lepas si Iskandar tu habis tunjuk slide dia”

Syafiq tarik nafas panjang sebelum mengeluh kasar. Rambutnya yang elok tersisir sejak pagi dikusai perlahan dengan tangan.

“Masak kita Fiq. Mana nak cari duit bayar gaji orang kat luar tu. Setakat nak mengharapkan projek kecil, design banglo..apartment ke..mana nak cukup. Setakat bayar sewa opis ni, aci la. Bukan hari-hari orang nak tukar design rumah.”

“Aku rasa..macam ada yang tak kenalah Zam,” luah Syafiq perlahan. Bola matanya meliar, seakan memikir sesuatu.

“Ha! Itulah aku nak bagitahu kat kau ni!” sergah Aizam tiba-tiba.

“Zam…kau ni…”.

“Fiq…aku rasakan, dalam opis kita ni…Iskandar tu ada kaki la!” nada suara Aizam mula bertukar nada perlahan.

Kaki? Makin panjang kerutan dahinya. Kaki apa? Informer?

“Maksud kau? Kak Ton?”. Laju dua pasang mata itu beralih kea rah luar kaca bilik itu. Ka Ton si penjaga akaun yang sopan bertudung sedang berbual di telefon.

“Kak Ton yang suka Tanya aku dia cantik tak tu? Hahh..tak mungkin. Dia tu dah bercucu kut. Taka da maknanya dia nak buat kerja terkutuk macam tu,” ulas Aizam. Langsung mati telahan Syafiq sebentar tadi.

“Ada kaitan ke dah ada cucu dengan hal ni?”

“Ehhh..mestilah ada. Itulah yang orang dok panggil motif. Kak Ton…aku tak rasa dia nak buat macam tu, tapi kalau awek cun mekap 7 layer, telan pil cantik berbotol-botol depan bilik kau ni..haaa…yang itu mungkin.”

“Nazirah?”.

“Nazzy okey..Nazzy..” ajuk Aizam. Pecah tawa Syafiq seketika.

“Tapi…dia? Tak mungkin. Sebab apa dia nak buat macam tu? ”.

“Apa lagi. Mesti sebab Dia angin kau tak layan dia,Is pula datang tabor duit. Bukan susah pun, kasi je design kita pada Is. Obvious kut! Bro, semua orang dalam opis ni dapat gaji separuh je bulan lepas kut. Azhar budak despatch tu… kalau dulu  isnin dengan khamis je puasa…sekarang ni seminggu direct dia puasa. Berbuka pun makan megi dengan roti. Kak Ton? Dari naik kereta, naik bas. Haaa…sapa lagi? Azlan si mamat colour tu pun dah naik motor je sekarang. Tapi si Nazzy tu, rancak lagi naik kereta dia. Siap tayang handbag chanel baru lagi! Cer kau fikir logic la Fiq, kerja PA merangkap setiausaha dan admin pejabat kecil macam kita ni mampu ke pakai barang berjenama macam tu?”

“Kau ada bukti? Tuduhan tanpa bukti tu, fitnah Zam!”

“Fitnah apanya Fiq? Bukan ke selama ni design yang siap semua kau pass pada dia suruh fotocopy? “

“Azlan?”.

“Kau masih nak back up makwe tak jadi kau tu?” marah Aizam. Wajah Suafiq terasa panas tiba-tiba. Minah plastic tu dikatanya makwe tak jadi? Laju mulutnya beristighfar, hatinya ditarik supaya bersabar.

“Okey…macam ni. Kau cari bukti dulu. Kalau sah kerja dia, kita panggil dan soal siasat dia.”

“Bro..kita bukan balai polis nak soal siasat bagai…kita ni…”.

“Sorry.” Syafiq angkat tangan, beri isyarat menunggu sebelum panggilan dari telefon yang berbunyi diangkat.

“Yes Yana. Ada apa dear?”

“Abang..mama buat hal lagi,” adu Izz Yana dengan nada suara bimbang.

“Hal apa?”

“Mama dah seminggu tak makan bang. Abang dah dua minggu tak balik sini, kenapa?”

“Abang sibuk la Yana. Yana tanyalah mama, mama nak makan apa. Lepas tu suruh Mak Biah masak. Kalau taka da bahannya, suruh Pak Bahar pergi belikan. Kak Hana mana? Kenapa tak call dia?” kali ini adik perempuan yang hanya berjarak usia setahun itu pula yang ditanyanya.

“Kak Hana cuti. Dia keluar pergi cari barang untuk hantaran tunang dia.”

Syafiq ketap bibir. Masa gawat macam inilah juga dia nak cari barang hantaran. Tak menyempat!

“Shahnaz?”

“Abang sibuk dengan projek akhir dia. Dia kan dah semester akhir.”

Izz Yuhana dating, Karl Shahnaz sibuk. Dia yang nun jauh di seberang tambak johor juga yang dicari.

“So, siapa yang ada kat rumah sekarang ni?” soalnya serius.

“ Yana, adik Yantie, mama….”.

“Pak Bahar ada?” celahnya.

“Ada!”.

“Haaa..suruh Pak Bahar pergi beli apa mama nak makan.”

“Tapi bang..mama nak makan..”.

“Hmmm..mama nak makan apa pula kali ni?” soalnya lagi. Sekilas wajah Aizam beserta sengihan dikerling dengan matanya dijulingkan.

“Mama nak makan steak…”.

“Lahh..kat sana kan banyak?”.

“Abang ni…Yana belum habis cakap lagilah. Mama nak makan Majidee Steak.”

“What? Maji….hurmmm.Okey. Nanti abang beli. Malam nanti abang sampai. Suruh mama bangun, mandi..segarkan badan.K.Bye!”. Laju saja panggilan dimatikan. Mama ni macam-macam hal!

“So..kau nak balik sana petang ni?”.

Syafiq angguk kepala perlahan. Kertas lukisan dihadapannya langsung ditutup. Hilang terus moodnya hari ini. Tender melepas, mama buat hal.

“Aku ingat, aku nak gerak sekarang la Zam.”

“Mama kau…masih macam tu lagi?”.

Angguk lagi.

“Selagi aku tak turutkan idea dia tu, macam tu lah nampaknya Zam.”

“Apa salahnya kau ikutkan je?” balas Aizam dengan kening terangkat. Sengihan sudah panjang ke telinga.

“ Gaji bulan ni pun belum tentu ada, kau nak suruh aku ikutkan idea mama aku tu? Haihh, hentikan. Haa…pasal hal tadi tu…aku minta kau tolong setelkan..boleh?”

Bersinar-sinar wajah Aizam sebelum kepalanya diangguk laju.

“kalau aku dapat bukti, aku pecat minah Nazzy tu..boleh? Lepas tu..aku cari orang lain”.

“ikut kau lah Zam…tapi pastikan…kena ada bukti kukuh okey? “

“I…i…bos! Bisa di atur! Have a save journey home! Kem salam dekat adik Yana kau yang omei itu ye.”

“Mangkuk! Adik aku pun kau nak ngap ye!”

“Kuato aku ada tiga kosong lagi kut..” balas Aizam bersahaja sambil tertawa. Langkah diatur keluar namun sampai saja di hadapan meja Nazirah, langkahnya dihentikan.

“Fiq…design baru tu kau tinggalkan je dalam laci kau. Nanti Azlan balik , aku suruh dia taruh colour sebelum aku sign. Jangan risau ye!” laungnya sambil menoleh.
Syafiq garu kepala. Design mana pula ni? Ahh..Aizam. Macam-macam!

**********

Syafiq tarik nafas panjang sebelum dilepaskan perlahan-lahan. Jam di tangan dikerling sekilas. Baru pukul 8 pagi. Awal lagi! Ah, mana tidaknya. Sesudah subuh dia bergerak mengikuti ribuan kereta yang memenuhi laluan Singapore-Johor Causeway Link memasuki bandar Johor Bharu.

Perut yang terasa pedih langsung diraba perlahan. Nak cepat sangat sebab nak elak jam sampai lupa nak sarapan! Langsung kunci kereta di atas meja dicapai sebelum langkah diatur.

“Selamat pagi encik Karl!”

Encik Karl? Langsung langkahnya terhenti sebelum dia berpaling.

“ Awak ni siapa?”.

“Nia.” Balasnya pendek dengan senyuman.

“Nia?” wajah kuning langsat yang lengkap bertudung warna merah jambu lengkap berbaju kurung itu dipandang dari atas ke bawah.

“Iya, Nia An Nisa,”.

“Wait! Awak ni bukan….”.

“Morning Fiq! Awal kau sampai hari ni?” tegur  Aizam di muka pintu ofis itu.

“Zam…dia ni siapa?”soalnya dengan wajah serius. Mata bulat macam nak telan orang.

“Inilah Nia, pengganti Nazzy kau tu,” balas Aizam dengan gaya Nazirah yang sedang mengibas rambutnya 
dengan tangan.

“Tapi dia ni bukannya orang….”.

“Jom masuk! Aku cerita dalam bilik. Nia, tolong buatkan kopi dua cawan ye. Kurang gula, lebih kopi untuk encik Karl Syafiq kita. Lepas 10 minit, baru hantar bilik saya ye. Jom fiq!” jelas Aizam dengan kenyitan mata sambil menarik lengan Syafiq menuruti langkahnya. Dan Syafiq masih tergamam melihat ke arah Nia si pengganti Nazzy yang sedang melambai perlahan ke arahnya.

p/s: repost and  to be continue. kalau rasa suka, jemputlah komen ye kawan2  :-)

2 comments:

  1. Akak , introny best . cepat2 masukkan entry baru yaa :))
    _Dee_

    ReplyDelete