Pejam celik,
pejam celik… minggu hadapan majlis kahwin dia dan Umar akan berlangsung. Tapi
entah kenapa, rasa teruja untuk bersanding seolah tiada. Tambahan pula sejak
peristiwa dalam teksi tempoh hari, Umar langsung tidak menghubunginya. Beberapa
kali dia cuba sms, tak berjawab. Call pun, tidak berangkat. Sesekali ada juga
dia pergi ziarah ke Café Al-Faliq tapi menurut Zamri, Umar memang tak ada di
situ. Mungkin juga dia balik kampung, buat persiapan untuk majlis mereka.
Haih, teruk juga keadaannya bila lelaki merajuk ni. Kalah perempuan dibuatnya. Tapi kut ye pun merajuk, angkatlah call tu. Tidak pun, kalau malas sangat nak dengar suara...reply saja sms. Bukan susah pun. Ini tidak, diam je seribu bahasa. Jadi sanding ke tidak ni?
Dan bila
memikirkan tentang majlis sanding mereka, Sofea terus jadi susah hati. Hari
sanding dah nak dekat, tapi cuti rehat belum lagi dia pohon. Bila terfikir yang dia perlu mengadap bos
besar tu…kecut perut tahap petala ketujuh mula terasa. Agak-agaknya, apa akan
jadi kalau puan bos tu tahu, dia
perempuan yang berniqab dan hadir majlis resepsi Naim tempoh hari ye? Ahhhh…mesti
kena sembur kaw-kaw tu nanti!
Tapi, ah. Orang
tak Tanya, kenapa nak mengaku? Diam-diam sudah. Siap je dia turun tandatangan,
terus keluar bilik dia. Apa susah? Tengah diri berperang sama ada nak pergi
mengadap si angry bird, atau tidak, telefon dibiliknya berbunyi minta diangkat.
“ Pia, dah ke
belum?”.
“Belum.”
“Bilanya?
Cepatlah! Aku dengar, bos-bos besar nak pergi management retreat next week. Kau
jangan lengah-lengah masa lagi!” marah Harlina di corong telefon.
“Aku nervous la
makcik! Sejak kes dekat hotel hari tu, aku mana ada bercakap dengan dia.”
Harlina mengeluh
kuat.
“Deii…menachi…kan
ke masa tu, hero kau tu dah selamatkan identiti kau dari terbongkar? Bil makna,
si angry bird tu tak tahu perempuan malam itu adalah kau. So, Apesal engkau
pula yang nak kena nervous? Dah, aku tak nak dengar apa alasan lagi. Aku tahu,
hari ni jugak..kau kena minta cuti dekat dia. Majlis kau tinggal seminggu lagi
kut. Minggu depan dia tak ada.”
“Iye.Baik.Baik.
Aku pergi sekarang. Bye!”.
Gagang terus
diletakkan.Nafas ditarik panjang sebelum dilepaskan perlahan berkali-kali.
Senyum ditarik sambil tangan digenggam kuat.
Hwaiting Pia!
Kau boleh!
*****
Hahh..boleh lah
sangatkan? Kesudahnya, dok terkebil-kebil depan bilik yang pintunya legap
dengan tangan kaku gaya nak mengetuk pintu. Hisyhhh..kenapa gemuruh semacam je
ni Pia? Hati pun rasa tak berapa nak sedap.
“Awak buat apa
depan ni?”
Sofea tergamam
bila tiba-tiba pintu terkuak tanpa isyarat.
“Err…saya.
Err..saya.”
“Hmmm..masuklah.Saya
pun ada hal nak bincang awak.”
Ada hal?Hal apa
ya? Usai angguk kepala, langkah diatur kemas sebelum duduk berhadapan dengan
bos paling digeruni dalam deparment mereka itu.
“So, ada apa
awak tercongok depan bilik saya tadi?”.
Sofea tarik
nafas panjang, sebelum menjawab. Dalam hati, sudah dihembus-hembus supaya si
angry bird ni berlembut hati dan bagi dia cuti panjang sikit kali ini.
“Saya..saya nak
minta cuti Puan.” Jawabnya sambil borang yang siap diisi dihulur perlahan.
Dengan wajah tak
beriak,borang Sofea direnung ke atas ke bawah sebelum dahinya
berkerut..mulutnya memuncung. Tu diaaa…dia dah buat muka angry bird dia dah!
“Lama cuti, nak
kemana? Kahwin?”
Uhuk!Uhuk!
Tiba-tiba boleh tersedak pulak. Haisyh si angry bird ni, macam tau-tau je!
“Err..iye
puan.InsyaAllah.”
“Dengan siapa?”
soalnya laju dengan kening terangkat.
“Dengan tunang
saya.” Sofea gelak jahat dalam hati. Wahh, loyar buruk tak hengat kau Pia!
Sempat lagi tu!
“Hmmm..sejak
bila pula awak bertunang ni?” soal Puan Zahlia lagi,tenang. Sikit pun tak
terkutik dek loyar buruk yang cuba dilemparkan tadi.
“Emm…kami
bertunang sekejap je, terus nikah.”
“Kenapa? Dah
terbabas ke?”.
Errrkk! Rasa
tercekik pula air liur kat rengkong. Terbabas? Ingat aku ni player ke? Gerutu
Sofea dalam hati.
“Alhamdulillah,
setakat ni kami masih belum terbabas. Jumpa pun jarang-jarang. Pilihan
keluarga.”
Sudah saja
menjawab, bibirnya diketap geram. Haisyhhh..yang kau cerita banyak-banyak..buat
apanya Pia? Kan abang long selalu pesan.
Don’t
explain. Because the person who love you don’t need an explanation. And the
person who hate you, just want to hear what they want to hear.
“ Ooo..pilihan
keluarga. Kenapa tak pilih sendiri?”.
Ketapan di bibir
dah bertukar kepada muncung secara automatik. Haaa..tu kan? Betul apa kata
abang long? Biarpun terasa macam dah tersampuk dengan angry bird di depan dia
ni, dia dah tak kisah. Dah cukup lama bersabar dengan pe el perli tak hengat si
angry bird ni.
“Sebenarnya, apa
yang puan tak puas hati sungguh dengan saya ni ye? Nak kata saya tak menurut
arahan kerja yang puan tugaskan, rasanya setakat ni belum ada. Nak kata saya
paksa anak tunggal Puan untuk kahwin dengan saya pun, tak ada juga. Dia pun dah
selamat kahwin dengan menantu pilihan Puan. Apa lagi yang tak kena pada saya di
mata Puan?” soal Sofea berani. Apa nak jadi, jadi.
Puan Zahlia
hanya senyum kecil sebagai respon pada soalan nya yang bertalu-talu tadi tu.
Tubuhnya disandar pada kerusi ala-ala big bos itu sambil mata ralit memerhati
ke wajahnya.
“Semua. Semua
tentang awak saya tak suka.”
What the? Sofea
tarik nafas panjang. Mencari sisa sabar yang makin tipis setiap kali berdepan
dengan puan bos yang seorang ini.
“Saya tahu Puan
tak sukakan hubungan saya dengan Naim,” bidas Sofea berani.
“Hmmm..betul. Jadi?”.
“Jadi, dengan
rela hati saya tinggalkan dia supaya Puan dapat kahwinkan anak kesayangan Puan
tu dengan menantu pilihan Puan dan sepatutnya di sini..saya dengan Puan.
Kosong-kosong.”
“Memang dia dah
kahwin, tapi dia masih ingatkan awak” tempelak Puan Zahlia.
“Dan itu bukan
masalah saya sebab saya sendiri dah lupakan dia sejak saya dapat tahu yang dia
dah ada tunang.”
Puan Zahlia
tepuk tangan tiba-tiba. Dah gaya orang gila pun ada bila tepuk tangan tak kena
acara.
“Bagus. Ini
menunjukkan yang awak ni sedar diri.So, bukan awaklah perempuan yang datang
dengan Harlina tempoh hari ke majlis respsi anak saya tu kan?”.
“Bukan saya!”
balas Sofea berani. Matanya sengaja di tajamkan ke arah Puan Zahlia. Marahnya
sudah tak boleh disorok-sorok lagi. Suka tak suka, perhitungan mesti
dilancarkan juga hari ini.
“Baiklah Sofea.
Awak nak cuti kan? Saya luluskan,” sahut Puan Zahlia secara tiba-tiba.Laju je
tangannya turunkan tandatangan. Sempat juga Sofea mendengus kasar. Sengal amat
heh! Kalau dari tadi dia tandatangan kan senang. Saja je nak kasi orang panas
hati dulu kan?
“Dan ini surat
khas untuk awak.” Sambungnya lagi sambil hulur borang yang siap
ditandatangan sekali dengan sampul surat.
Sofea tarik
sampul surat , sambil belek-belek. Sesekali wajah Puan Zahlia dikerling minta
penjelasan lebih lanjut.
“Surat? Surat
apa ni ye?”.
“Untuk awak,”
balasnya bersahaja.
“Tapi..surat
apa?” soal Sofea lagi.
“Surat penamatan
perkhidmatan kontrak awak di sini.Saya rasa, awak dah tak sesuai untuk terus
bekerja di sini Sofea. So, alang-alang awak mohon cuti tadi..awak boleh terus
bercuti..sampai bila-bila. Balik sahaja saya dari management retreat nanti,
saya harap awak tak tunjuk muka awak lagi di sini. Terima kasih Zarin Sofea,
atas perkhidmatan awak disini selama 4 tahun ini. Saya doakan, awak dapat
bekerja dengan lebih bagus ditempat lain.”
Dan saya doakan,
Puan serta anak Puan…tak akan bahagia dunia dan akhirat! Gumam Sofea dengan
mata berkaca merenung wajah Puan Zahlia yang nampak berpuas hati.
xpe pia.... wat derk je ngan angry bird 2. dia jugak yang sakit ati sbb anak dia xle lupakan pia. yg penting pujuk umar
ReplyDeleteRindu Umar....Bila la Umar nak muncul...
ReplyDeleteItulah pasal pls3 bg byk3 skit citer pasal umar n pia.... Klu bole xmolah asyik gaduh2 je huhuhu
ReplyDeleteBest....#^_^
ReplyDeleteBerlagak nya angry bird tu
ReplyDeletePergh..berat betul dugaan PIA ..kenapa perlu ada kebencian didalam hati ibu Naim pada PIA in d first place ya? adakah ada sebuah cerita yg tiada siapa mengetahui kenapa PIA dibenci nya sepenuh hati yg disembunyikan dari pengetahuan semua org kecuali dirinya yg seperti ada personnel grudge dengan siPIA ni.. Adakah PIA akan membiarkan sahaja dirinya diberhentikan tanpa alasan yg kukuh itu tanpa fight for her right..dia boleh mengadu kepada pejabat buruh kerana dia diberhentikan tanpa alasan yg munasabah..disebabkan anak lelakinya yg sengal itu yg tidak dapat melupakan dirinya dia dibuang kerja sebegitu..mmg akak rasa ibu Naim mmg keterlaluan tindakannya kerana menutup pintu rezki org..mentang mentang dia berkuasa..tindak tanduknya tidak mengambarkan dia seorg yg adil sebagai seorg ketua..kan..tidak kah ada tindakan displin dikenakan kepada wanita ini yg telah salah menggunakan kuasanya..
ReplyDeleteAlahai kesiannya PIA kan..dahlah Umar menyepi diri..seorg suami yg sepatutnya menjadi pelindung bagi dirinya..berada disampingnya dalam susah senangnya..dan bukan meminggirkan diri seperti kini..seakan akan PIA tidak mempunyai hubungan apa apa dengan dirinya.. Kenapakah Umar sengal tu mendiamkan diri dan membiarkan PIA sebegitu..dalam islam pun ada garis garis tertentu yg patut seorg suami buat kan..tidak kah Umar rasa dia telah mengabaikan dan melukakan hati isterinya itu.. Hopefully ada E3 baru..dalam masa yg terdekat ini..ingin mengetahui apa yg akan PIA lalui disaat saat seakan akan dunia berlaku kejam pada dirinya dan dia keseorangan utk mengharunginya...kan..cer citer dik..
ee..jahatnya bos dia..rasa benci sangat2 kat bos yang macam tu..lps ni biar terbeliak mata dia tngk pia kawen ngan umar..
ReplyDeleteEeeer bengkaknyaaa hati dgn bos mcm tuh. Adoi harap2 nnt tk dpt le bos gitu. Aiseh patutnya piaaa sembur angry bird tuh.
ReplyDeleteFuhhhh..ape punya angry bird..x professional langsung...grrrr...x per fea..pas ni blh dok umh goyang kaki jerk..abe umar kompom lg suka fea x kijer..hahaha...
ReplyDeletePendeknya.....x puas baca
ReplyDeletedasyatnya rajuk umar...kdg2 xphm dgn umar ni dah kawin kan apa yg nak buat mcm tunang dtg bg barang pun x nak jumpa bini padahal bini dah tercongok kat situ....harap umar dapat ubah perangainya lepas ni...
ReplyDeletenk buat novel ke my dear mr dimple?
ReplyDeleteanyway best