“Betul ke rumah dia kat sini?”
“Iya, betul..tak kan saya nak tak
tipu Datin pula. Sekejap ye. Eh…pintunya tak tertutup pula. Kenapa agaknya ye?”
soal Zamri sendirian sambil kaki terus melangkah mendaki tangga. Seketika
matanya tertancap pada sepasang sandal hitam yang tersusun elok di tepi pintu.
Ahhh..mungkin Cik Sofea ada lagi, tak balik. Sebab itulah bos bukak pintu. Nak
elakkan fitnah…mungkin?
“Assalamualaikum….bos..Oh..bos,”
panggil Zamri sambil tanggal capal, tangan tolak perlahan daun pintu yang
separuh terbuka.
“ Dia taka da kut!”.
“Ada, capal dia ada, bermakna dia
ada di rumah ni. Tapi, itulah. Call tak berangkat. Salam pun tak berjawab.
Pelik juga ni. Jarang-jarang bos buat perangai macam ni,” balas Zamri sambil
kalih pandang ke hadapan, tapi kemudian langkahnya terhenti. Tergamam dia di
muka pintu dengan mata membuntang.
“MasyaAllah…bos! Bos buat apa
ni!” pekik Zamri sambil bergegas masuk.Tetamu yang mengekorinya dari belakang
sejak tadi turut sama bergegas masuk tanpa sempat membuka kasutnya.
“Umar! Umar! Bangun!”.
Umar terjaga bila bahunya dipukul berkali-kali. Terpisat-pisat dia
memandang kea rah datang suara sebelum matanya memaku ke wajah itu.
“ Ma? Ma buat apa dekat sini?
Macam mana mama tahu…”.
“kamu tu buat apa tidur di sini?
Perempuan ni siapa?” soal Datin Gina dengan mata membulat, tangan disisip di
pinggang.
“Perempuan?” soal Umar kembali.
Matanya menala kea rah sekeliling rumahnya sebelum terhenti ke sisinya.
MasyaAllah! Cepat-cepat dia bangun dengan wajah serba-salah. Rambut yang
sedikit kusai dibetulkan beberapa kali dengan tangan.
“Bos…apa bos dah buat pada Cik
Sofea? Bos bagi dia ubat tidur ke?” soal Zamri dengan wajah mencuka. Sesekali
wajah Sofea yang masih tenang tidur dikerling dengan keluhan.
Mata Umar membulat kea rah Zamri.
Mak aihh mulut! Ubat tidur? Suka-suki dia saje menuduh!Bibir diketap geram
sambil matanya dikecilkan. Melihatkan respon itu, Zamri langsung tunduk menikus.
ehhh budak zam ni.... -umar- |
“ Umar..siapa perempuan ni? Apa
dia buat di sini?” soal Datin Gina tak puas hati. Wajah lena si gadis
dikerling. Orang dok bising-bising kat sini, dia masih lena tak sedar-sedar lagi.
Tidur mati kea pa ni?
“Dia..dia…dia isteri Umar ma,”
jelas Umar dalam nada terpaksa.
“Isss…isteri? Ke..kenapa bos tak
cakap pun….”. Zamri dah terduduk di sofa. Umar mendengus. Poyo amat budak Zamri
ni, dia pula yang melebih-lebih responnya! Gumam Umar dalam hati sebelum tayang
wajah bersalah pada mamanya.
“So..betullah cerita yang mama
dengar sebelum ni yang Umar dah kahwin?” soal Datin Gina dengan kening
terangkat, senyum menggulum.
Umar angguk lambat-lambat. Dalam
hati masih sebal kerana ditangkap waktu dia terlena disebelah Sofea. Macam
manalah boleh terlelap betul-betul tadi? Walhal awalnya tadi, setakat nak tenangkan hati sendiri saja. Rupanya? Hailah.
“Kami baru nikah ma…kahwinnya
minggu depan. Emmm….Mama duduk dulu ye. Zam, tolong buatkan air..3 gelas ye.
Bawa ke atas. “
Zamri angguk laju dan berlalu
sambil tayang muka tak puas hati, masih mahukan penjelasan. Tapi Umar buat muka
bersahaja, malas nak melayan.Nak menjawab pada mama, lagi payah dari nak memahamkan
budak Zamri tu. Nanti-nanti pun boleh cerita. Kalau tak mahu cerita pun, taka
pa. Seketika, pandangannya mati bila terpandangkan Sofea yang masih lena tidur.
“Mama nak tumpang toilet. Kamu
kejutkan dia bangun dulu. Nanti terkejut pula dia bila bangun-bangun Nampak
mama ada,” arah Datin Gina sebelum berlalu.
Dan Umar hanya mampu angguk
kepala sebelum wajahnya ditekup, menahan malu yang masih belum surut.
****
“Dah lama ke kenal Umar?” soal
Datin Gina, sekadar memulakan perbualan.
Sofea angguk lambat-lambat sambil tayang wajah mengantuk yang masih bersisa. Tapi bila
terpandang wajah Umar yang sedang angkat kening ke arahnya, dia tersenyum
sebelum menjawab.
“ Kami baru kenal dalam dua tiga
minggu macam tu….”.
“Kenal dua tiga minggu dah nak
kahwin? Nikah dulu pula tu….”
.
.
Sofea melongo. Lain macam saja bunyinya.Dia perli aku ke? Wajah wanita awal
50-an yang masih tidak dimamah usia, rambut pula diwarnakan keperangan itu
ditatap. Adoyai Pia, macam mana kau ni? Dulu nak lari dari mak mentua macam angry bird,…tp dapat pula
mak mentua gaya gini. Apa kes?
Soalan wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai mama Umar tadi, dibiar tidak berjawab. Matanya yang masih susah hendak dibuka, kesan mengantuk dan lepas nangis yang beria-ia tadi dia genyeh perlahan dengan hujung jari.
ngantuk woo..-pia- |
Sekilas, wajah tenang Umar pula
dipandang. Sekadar membandingkan lagak dan gaya kedua beranak dihadapannya ini.
Macam langit dengan bumi je. Yang mama nye sekian, yang anaknya dah gaya
ustaz-ustaz.Huisyhh, watch your mouth Pia! Agak-agak le nak mengutuk pun. Mak
mentua sendiri tu.Laju saja mulutnya ditekup sebelum pura-pura batuk kecil.
“Ma, Umar yang ajak Sofea nikah
awal. Dan Umar juga yang buat keputusan untuk tak tunggu lama lepas Umar yakin
dengan istikharah Umar. Jangka masa kenal tak penting ma. Yang penting, kami
berjodoh.”
Datin Gina mendengus perlahan.
Sambil berpeluk tubuh, dia menyandar ke belakang dengan pandangan tajam. Masih
belum Nampak berpuas hati dengan kehadiran Sofea yang tiba-tiba ada dalam kamus
hidup anak terunanya itu.
“Awak tahu, Umar ni anak orang
kaya?”.
Anak orang kaya? Dahi Sofea
berkerut. Apa maksud dia? Nak tuduh aku ni perempuan Gillete ke?
Sekali lagi wajah Umar dipandang,
mohon penjelasan. Tapi Umar langsung tak pandang. Asyik tunduk je ke bawah
sambil kuis kaki pada karpet yang berambu ramba kaler unggu itu.
“ Jujurnya, pada awal perkenalan
kami…saya kenal Umar hanya sebagai cashier di café al-faliq…”.
“What? Cashier café?” Datin Gina
gelak besar tiba-tiba. Waktu itu juga Sofea dah rasa macam nak tumbuk mulut
sendiri laju-laju. Boleh tak kalau cuba bersikap tak berapa nak jujur depan mak
mentua wahai Sofea? Lurus sangat kut!
Sofea tarik nafas panjang sebelum
menyambung kata. Puas otak menyusun ayat terbaik nak cover semula keterlanjuran
katanya sebentar tadi.
“Tapi…bila kenal lebih lama, saya
terfikir juga apa sebenarnya kerja dia. Mampu pakai motor sebesar itu, mesti
kena ada kerja yang stabil bukan setakat jadi pekerja café aje kan? Ada juga
saya cuba Tanya, tapi Umar tak pernah jawab. Even, sebelum datin sampai tadi
pun…saya masih lagi soal perkara yang sama pada umar. But as usual, sebagai
umar yang saya kenal..dia mengelak untuk jawab. Tapi saya tak kisah Datin. Apa
pun kerja yang Umar buat, asalkan halal..saya terima dia seadanya. Dan untuk jawab persoalan puan tadi, saya…memang
tak tahu yang Umar ni anak orang kaya. Yang saya fikirkan…mungkin juga dia ada
buat part time jadi bouncer kelab malam ke..ambik upah tarik kereta ke….”.
Gelak Datin Gina bersambung. Dari
jarak sedepa, dia mengengsot menghampiri Sofea yang duduk berhampiran dengannya
sebelum bahu Sofea diraih lalu dipeluk erat dengan senyum sampai ke telinga.
Langsung berubah karakternya dari ala-ala nyonya Mansur pada calon mak mentua
terbaik tahun ini. Melihatkan reaksi itu, Sofea hanya tersengih-sengih sendiri
walau diri masih rasa kekok.
“Mama suka isteri kamu ni Umar.
Dia sangat berterus-terang orangnya and..quite interesting. And the best thing
is she is much better than your sister. Mesra alam. Hahahahha.”
comei menantu aku ni - datin gina |
Sofea tarik sengih. Umar pun
senyum kelegaan. Nampak jelas sangat dia gembira dengan keadaan itu bila mata
mereka bertembung sebentar tadi.
Phewwwwww….nasih baik.
Rupa-rupanya, mama si Umar ni saja nak testing dia je tadi kut! Haih.
Pelik-pelik perangai family si Umar ni. Dia dah sekian macam tu, mama dia pula
dah sekian macam ni.Tapi… Sister?
“Errr…Umar ada adik ke Datin?”
soal Sofea, takut-takut berani.
“Isyhh..apa datin-datin ni?
Panggil mama je sayang. Hmmm… Anak mama ada sepasang je. Umar dan adiknya. Adik
dia dah kahwin, Umar saja belum. Tapi itulah, tak sangka pula dalam diam dia
pun dah kahwin. Sampai hati, nikah diam-diam. Tak ajak mama langsung.”
Sofea sudah rasa tergigit lidah.
Salah dia ke sebab tak sensitive tentang hal itu? Dia kira, yang menyarung
cincin nikah tempoh hari itulah ibu kepada Umar sebab ada iras-iras wajahnya.
Tapi rupanya, bukan. Yang ini.
“Maafkan Umar ma. Umar tak
berniat nak rahsiakan hal ini dari mama dengan papa. Umar Cuma tak nak susahkan
mama yang sibuk uruskan hal majlis adik. Itu je.”
Penjelasan Umar bagaikan payang
terjun yang menyelamatkan Susana tak tentu arah ketika itu. Walau Nampak macam
bergurau, tapi mama si Umar ni Nampak macam double meaning je. Merajuk je
gayanya.
“Kalau umar beritahu,
kurang-kurang…boleh lah mama langsungkan sekali dengan adik. Kan lagi meriah."
Sekalikan? Adik umar baru kahwin ke?
Sekalikan? Adik umar baru kahwin ke?
“Sekalikan? Adik kan dah kahwin dulu macam mana pula nak sekalikan dengan kami.
Lagi pun, Umar dengan Sofea nak buat majlis sederhana je. Sanding nanti pun,
Cuma buat belah Sofea je Ma. Mama pun tahukan, jadual kerja Umar macam mana.”
Datin Gina hanya tarik senyum
paksa sambil angguk. Pelukan pada Sofea dipereratkan lagi sebelum sebuah ciuman
di hadiahkan ke pipi menantu sulungnya itu.
“Mama tak kisah Umar. Yang
penting, kamu bahagia dengan isteri kamu yang comel ni.”
Sofea dah tarik sengih Nampak
gigi. Segan pula bila dipanggil comel. Comel ke aku? Sengihan bersambung lagi
sebelum bibir disungkit pada Umar, buat gaya berlagak. Mama puji saya tau! Awak
ada?
“Muka comel pun, kena seiring
juga dengan perangai ma…”.
Errrkkkk! Sengihan Sofea mati
terus. Bibir dimuncung panjang sambil mata mengerling tajam kea rah Umar yang
sudah tersengih ke arahnya. Huhh, dasar jeles!
“Mama yakin, semuanya comel dari
perangai dan segala-galanya. Hehehe.Haaa…alang-alang dah terkantoi dengan mama
ni kan, apa kata kamu datang rumah mama. Kita makan malam sama-sama nak? Dah
lama Umar tak balik sana kan? Jomlah sayang. Mesti papa suka jumpa menantu
perempuan dia ni. Boleh ye Umar?”.
“Haaa? Emmm…errrr…”.
Kening Umar dah berkerut seribu.
Jelas lagi nyata dia keberatan dengan cadangan mama untuk mereka ke sana. Kalau
dah makan malam, harus kena tidur sana kan? Dan…tak kan, aku dengan dia nak
tidur sana kut? Errrr. Sofea jadi tak keruan. Macam mana nak mengelak ni?
“Kalau lain kali, boleh tak mama?
Bukan apa, emmm..kami ni belum duduk serumah lagi ma. Jadi, baju Sofea taka da
kat sini,” cepat-cepat Sofea cipta alasan sendiri. Nak tunggu Umar,
haihh.Berjanggut!
“Alaaa..apa susah, awal lagi ni.
On the way ke sana kita singgah je mana-mana butik. Betul tak umar?”.
Butik la pulak! Wajah Umar ditenung
panjang, minta bantuan dan segala panggilan hayat yang mungkin. Tolong saya Umar,tolong cepat. Cari lah apa-apa dalih pun. Dan bagai
ada telepati, matanya dengan mata Umar bertaut lama sebelum Umar mengangguk seraya
buat isyarat supaya bersabar.
“Emmm..macam nil ah. Mama balik
dulu dengan Sofea ye. Nanti Umar menyusul. Pasal baju tu, tak payahlah mama
dengan Sofea singgah mana-mana. Nanti Umar cuba usahakan. Kalau tak sempat,
kami singgah makan malam saja lah ye mama.”
Tak sempat? Jadi kalau sempat,
memang mereka kena bermalam kat sana la kan? Apakah? Tak membantu langsung kut!
“Okey then. Kalau macam tu, lepas
minum kita gerak ye! Wahhh…mama rasa gembira sangat hari ni tau sebab dapat
kenal dengan menantu mama ni. Patut dari
dulu kamu kahwin dengan dia Umar. Tak adalah mama boring, shopping
sorang-sorang. ”
Datin Gina dah mula pasang angan
sendiri. Dan yang pasti, hidupnya lepas ni tak lagi boring dan sunyi dengan
kehadiran menantu yang sporting dan sempoi macam gadis disebelahnya ini.
******
best...
ReplyDeletenak lagi...
huwaaa... bestnye.. xsabar la nk tggu novel nye..sambung la lg. :D
ReplyDeleteBest cik aifa...nak saya pujuk pulak tak...hehehehe spy up entry seterusnya.
ReplyDeletehehehe.... agaknya besok ada n3 lg tak? ke mlm ni ker...♥♥♥
ReplyDeletepergh..macam biasa terbaeklah dik...akak terasa macam akak pulak siPIA tu..comel kan dia..boleh masuk dalam keluarga yg baru dikenalinya tak sampai satu hari..tapi lagaknya seakan dah mengenali lama..kemungkinan kerana latarbelakangnya yg menumpang kasih pada mama dhuha dan famili menyebabkan sikapnya yg peramah dan giler giler tu diterima oleh keluarga Umar.. Adakah adik umar kawen ngan mamat sengal anak angry bird tu ke yg menyebabkan Umar seakan akan berat hati nak bawak PIA berumahtangga dirumahnya..adakah malam pertama bagi mereka akan terjadi..ijab dan qabul yg telah dilafazkan oleh Umar memberikan sijil utk Umar meniduri PIA..tak dapat akak nak bayangkan bagaimana penerimaan PIA akan malam pertama mereka..mesti ada situasi yg mencuit hatikan..sebab PIA kan minah selamba sedangkan mamat tu pemalu yg amat..boleh ke..penyatuan dua hati bersatu...pergh ayat akak tak boleh bla kan..
ReplyDeleteBoleh ada E3 baru lagi...ke dik...
Bestnyaaaaaaaa! Hehe bile nk keluar novel nie?
ReplyDeletebest......
ReplyDeleteAkhirnya...pia n umar mncul,rindu sgt2 dgn dorg,hehehe...laki c adik umar ni msti c naim tu kn??kak aifa..btul x?,bile la cite ni nk terbit jd novel,da xsbr nk tahu ending nye,hehehe...gud job kak.
ReplyDelete- Fara -
same ngan
ReplyDeleteAnonymous - Fara -
Best....
waa..pjg gak n3 kali ni
ReplyDeletepuas membacanya...bestnya...
x sbr nk tnggu novel ni keluar
mekasih kak aifa
~ zee ~
bila nk publish novel ni??
ReplyDeletetak sabar ,cepat lah
Haha...best la...klaka la si umar n pia nih... Bc pun ketawa je...
ReplyDeleteBila nk diterbitkan? Tahap sabar tu dah makin kurang ni.....alang2 dpt n3 cenggini lak. Alahai......
ReplyDelete