Pages

Monday, July 1, 2013

Teaser....My Dear, Mr Dimple 17



“Umar…kita kahwin!”
sofea ajak aku kahwin?

Dan dia  masih tegak berdiri di hadapan pintu tandas perempuan itu, biarpun bayang Sofea sudah lama berlalu pergi. Termenung, dengan mata tidak berkerdip. Beberapa ketika begitu, tangan yang elok di sisi ditarik sebelum  pipinya dicubit beberapa kali. Dari pipi , telinganya ditarik beberapa kali. 

Bukan dia dah pergi ke? Tapi..kenapa masih terngiang-ngiang di telinga ya? Macam sengaja di rewind berkali-kali dialog yang sama. Entah-entah, dia tak balik lagi kut!

 Dari telinga, mata pula digosok berkali-kali. Kosong. Memang tiada bayang Sofea lagi di situ. Tanpa sedar,bibirnya menggulum senyum sambil tangannya ditekup ke mulut menahan tawa yang mahu terkeluar.

Berani, jarang-jarang dibuat orang.... tapi comel! Hailah Sofea.

Sengihan Umar bersambung.Tapi tidak lama bila wajahnya berubah mendung bila teringatkan reaksinya dek ajakan Sofea tadi.

Senyum tanpa jawab apa-apa. Kemudian, angguk lambat-lambat gaya anak dara baru lepas kena pinang.

 Apakah?

 Suara dah taka da ke Umar oii? Kesian pada Sofea, mesti dia rasa serba salah dengan respon aku tadikan? Urghhh…kenapa lah kau macam ni Umar?

Dan kali ini, dahinya pula jadi mangsa tepukan.

“Boss…”.

“Iye saya.” Tepukan di kepala, langsung terhenti. Laju saja tangannya meraup rambut ke belakang. Cover line.

“Bos..okey ke ni?” soal Zamri lagi dengan sengihan.

“Okey je. Kenapa? Nampak macam saya tak okey ke?” balas Umar bersahaja. Sesekali dia berdehem perlahan, sekadar membasahkan tekak yang terasa kering yang dia kira jadi punca utama ajakan Sofea tadi tidak dijawab.

“Hehehe..bos nak temberang saya kan? Kalau dah dekat 5 minit termenung depan tandas, sekejap sengih sekejap serius…okey ke tu bos? Gaya bos ni kan…macam, anak dara baru lepas kena pinang tau. Haaa…macam tu!” komen Zamri sambil tayang muka budget control macho.Tangan pula diletak elok ke pehanya, gaya orang sedang bersanding.  Umar terus  tarik muka sambil berpeluk tubuh merenung Zamri.

“Amboi, sakan mengutuk nampak? Awak tak  ada kerja lain ke selain dari mengintai saya Zam?”

“Ehh..Mana ada mengintai bos. Terang-terang kut saya Nampak bos kat sini. Kalau bos duduk dalam bilik ke…dalam stor macam tadi ke, baru dikira mengintai. Errr..bos, Cik Sofea okey ke? Dia dah keluar tandas ke belum?” soal Zamri lagi sambil lehernya panjang menjenguk  ke dalam tandas perempuan yang terbuka pintunya.

“Sibuklah awak ni. Pi buat kerja! Dia dah balik dah” bidas Umar, sengaja tayang wajah serius. Kalau dilayan si Zamri ni mau nye kerja tak berjalan.

“Cehhh..bos sekarang dah pandai kerek kan? Mentang-mentang dah nak kahwin.Huisyhhh…..eh, bos…bunyi apa bising-bising kat bawah tu? Macam kenal je suara tu…suara cik Sofea kan?” adu Zamri sambil tayang muka ala-ala Mac Taylor, CSI New York.

“Awak ni…kenal aje suara dia kan? Awak ada hati pada dia ke?” soalnya sambil kening diangkat.
Laju je Zamri goyang dua belah tangan , gaya mengaku tak buat salah apa-apa.

“Mana ada bos. Saya dah ada marka dah pun. Eh bos..betullah. Macam suara Cik Sofea kat bawah tu. Jom lah tengok bos!”.

Umar hanya diam seketika sambil matanya dipejam. Cuba mengamati suara yang datang dari arah tangga mengarah ke café mereka. Ada suara perempaun berselang seli dengan suara lelaki. Mula-mula dengar macam gaya orang berbual. Dua, tiga kali dengar dah gaya bergaduh pun ada. Suara siapa? Betul ke dia?

“Ala..bos ni , boleh pula dia lelap kat sini. Biar saya lah pi tengok Cik Sofea kat bawah tu,” bidas Zamri tak sabar sebelum berlari anak. Bagai tersedar dari mimpi, Umar turuti juga langkah Zamri dengan hati yang masih berbolak-balik. Bukan tadi Sofea dah balik ke?


p/s: betul ke suara tu suara Sofea?
      Tungguuuuu....jumpa umar dan pia minggu depan..aci kan? ;-p


14 comments:

  1. alaaaaaa....saja je kan ko dik..menguji betui kesabaran kami..apa pulak yg berlaku ..mamat sengal Naim tu tak balik lagi ke? sambung intermission perasaan tak puas hati bila minah tu masuk toilet..sbb tu tunggu minah tu turun..apa lagi yg mamat tu nak.. adakah Umar akan membela Pia bila tunang dia dikutuk depan mata..adakah dia akan menjadi hero dan menumbuk mamat sengal Naim tu..mamat sengal tu mesti diajar agar tidak menganggu kehidupan Pia lagi..cukup cukuplah dia menjatuhkan maruah Pia..kan...apa kata mamat tu takzirah sikit kat mamat sengal Naim tu dan at d same time cakap yg dia akan mengahwini Pia in 2 weeks time..kita nak tgk reaksi mamat sengal Naim tu..terus bisu ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju!!!!
      Sis kat atas ni dah komen panjang berjela dah...
      Cepat lah update ye dear... #^_^

      Delete
    2. Saya setuju jugak.. Saja je nak bg kitorg x sabar.. Wawwa

      Delete
  2. Saya pun setuju jgk,kikiki...cpt la smbung lagi,tsekse ni kak..

    ReplyDelete
  3. hahaha...saya pun setuju ngan sis di atas..

    ReplyDelete
  4. Ala....Jgnla mggu depan....

    ReplyDelete
  5. akak pun sokong ida...cepat cikit cik aifa jgn dera kami

    ReplyDelete
  6. Tak aci langsung..... Hehehe...stress tgu mgu dpn...

    ReplyDelete
  7. yo setuju sgt2 ngan k.ida...aduss
    tension nya tgu mggu dpn...
    ~zee~

    ReplyDelete
  8. la kenapa minggu depan lama tu.

    ReplyDelete
  9. Saja wat hati terseksa...cpt2 update ye cik writer..

    ReplyDelete
  10. Kejam ah cik writer. Mana boleh tahan nak kena tunggu seminggu. Acah kan...kan...
    Anywayz, mungkin yg dtg tu si angry bird ataupun tunangan si naim? Nak buat kacau???

    ReplyDelete
  11. tak setuju kalau sambung minggu depan~!!
    kena sambung hari ni jugak~

    ReplyDelete