Pages

Sunday, March 17, 2013

My Dear Mr Dimple 4




“ Pia…kami minta maaf. Kami taka da maksud nak gelak kan kau gila-gila macam malam tadi.”


“Pia…bukalah pintu ni. Kau kunci pintu, macam mana kami nak minta maaf. Bukalah Pia..”.Kalau tadi Alia, kali ini suara Sheha pula yang datang merayu di hadapan biliknya.

 Sejak habis subuh tadi, membawa ke waktu sulat dhuha…mereka berdua masih setia di situ. Cuba memujuknya. Semuanya gara-gara kes malam tadi. Kes gelak beramai-ramai  sementelaah dia dikantoikan abad-abad dek Harlina. Yang tambah sakitnya bila si cinta hati pun turut tempah tiket join sekaki. Hampeh punya Naim!

“Pia..kami janji, lepas ni kami tak kacau kau lagi kalau kau nak hibernasi dalam gua persembunyian kau tu. Kami janji! Janji yang benar lagi pasti tau Pia!” laung Sheha lagi.

Tanpa sedar, sengihan terukir dibibirnya bila mengenangkan reaksi mereka. Risau melampau! Macamlah dia baru buat pengakuan nak bunuh diri, lompat bangunan ke.

“Oitt.Sheha, dah call Zali budak DMU belum?”

“Sudah. Dia tak angkat lah. Tidur kot! Sabtu kan…” balas Sheha.

Alia mendengus. Bunyi Ketukan di pintu berterusan. Mengekek Sofia di dalam seorang diri. Sesekali mengenakan dua bersaudara tu, bagus juga!

“Piaa..buka lah Pia sayang oiii. Janganlah buat kami risau macam ni…” rayu Alia lagi beserta ketukan.

“Entahnya Pia. Kalau kau tak mau keluar, kami panggil Naim datang!”

Naim?  Tak ada orang lain ke budak-budak ni nak panggil? Kalau panggil Fahrin Ahmad ke, okeylah juga. Ini tidak, Naim juga. Haih! Sofia langsung berdiri dari duduknya. Laju saja langkah di ayun kea rah pintu biliknya. Baik serah diri sebelum budak-budak ni buat panggilan hayat pada Naim.

“Bisinglah kau berdua ni. Kacau mood aku nak golek-golek jek!” marah Sofia sebaik sahaja pintu bilik itu terkuak.

“Laaa…pintu bilik ni kau tak kunci ke?” soal Sheha.

Sofia geleng kepala sebelum tersengih.

“ Pintu bilik ni memang susah sikit nak bukak. Kayu dah kembang kut,” balas Sofia bersahaja sambil melangkah ke ruang tamu. Sikit pun tiada komen atau ulasan tentang sesi pujuk memujuk sebentar tadi.  Remote tv dicapai sebelum chanel astro oasis dipilih.

“ Hisyhhh kau ni Pia. Pagi-pagi lagi dah buka cerita pasal Tanah Kubur. Seram kut!” tegur Alia sambil melabuhkan punggung di sisinya. Alat kawalan astro di tangan Sofea cuba dicapai namun gadis itu lebih cekap. Sengaja alat itu di sorok di bawah pehanya sambil tayang sengih nakal.

“Ehhh..okey pe. Mengingati mati tu kan bagus. Lagipun, aku sukalah tengok lakonan pelakon yang jadi anak tiri penggali kubur ni..”

“ Bagus tu memang bagus..tapi…”.

“Eh..jom breakfast kat luar nak?” potong Sheha tiba-tiba. Langsung mati soal tanah kubur sebentar tadi. Yang pentingnya, langsung lari dari topik.

Sofia dan Alia sama-sama berpaling sbelum masing-masing tayang muka blur. Wajah Sheha yang serius di pandang tepat.  Sheha ajak makan luar? Ajaib!

“ Aku mimpi lagi ke ni?” soal Alia pada Sofea.

“Entah, kau rasa?”

“Oit. Wait..wait. Ape kesss mimpi-mimpi ni?”  kali ini Sheha pula menyoal. Dia pula yang naik blur. Wajah \nyasepara bengang. Bingung pun ada gaya juga. Kaitan antara breakfast dengan mimpi?

“Memanglah terasa di alam mimpi kalau yang namanya Sheha mengajak kami keluar sarapan di luar. Weh, Kau bukan alergik makan dekat luar ke? Nanti bila dah sampai,kau mulalah sibuk nak tengok tanda halal la..HACCP lah..macam-macam! Dari kau mula jalankan tugas sebagai  inspector makanan tak berbayar, baik kita masak saja untuk sarapan pagi ni. Nasi malam tadi kana da lagi. Goreng telur sudah. Tengah-tengah bulan ni mana ada fulus.” Komen Alia panjang lebar.

“Amboi…sedap kau bagi aku sedas ye! Eh, kau orang kena cuba tau….cafe ni lain dari lain! Halal tu confirm ,murah pulak tu. Lokasi pun tak jauh dari sini. Dan aku rasa, kau mesti suka pergi café macam ni Pia.”

“Aku? Ape kes?”  soal Sofea tak puas hati. Pergi pun tak pernah, tetiba pula dikaitkan. Pelik heh!

“ Sambil minum…boleh baca novel  free tau!” umpan Sheha sambil tersengih-sengih.
Minum bayar, tapi novel free? Wahhh!

“ Jom! Aku drive!” sahut Sofea  sambil berlalu masuk ke dalam biliknya. Serentak itu, Sheha dan Alia saling berpandangan antara satu sama lain sebelum  masing-masing jungkit bahu. Sebut saja novel, terus setuju!

********************

“ Café macam ni, murah ke Sheha?” soal Sofea sambil mata ligat memandang sekeliling. Ini kalau taka da Rm50 dalam tangan, baik jangan  masuk ni.Deko-deko kemain hebat, ekslusif! Nampak dek Eric Leong, mahu dia menangis sebulan tak dapat cari makan.

 Hantu punya Sheha! Promo je lebat. Terlebih khabar dari rupa! Gumam Sofea dalam hati. Matanya masih galak memerhati.

“ Kau ni sengal  la Sheha!” marah Alia. Bahu Sheha langsung jadi mangsa hempukan dompetnya. Murah lah sangat kan? Entah-entah air suam pun seringgit!

“Apehal ni? Baru duduk dah marah-marah. Cuba kau dengar dan hayati ayat Al-Quran yang berkumandang ni.Hisyhhh..budak ni.”

Pecah tawa Sofea bila melihatkan wajah cemberut yang ditayang dek Alia bila ditegur. Sheha dah mula dah. Dah mula buka ceramah pagi!

“Deii…café apa kau bawa kami ni Sheha? Buat malu aku je tau. Kalau aku tahu café versi islamik macam ni yang kau nak bawa, idak le aku pakai baby tshirt macam ni!” marah Alia seiring dengan hempukan manja sekali lagi. Matanya meliar kea rah sekeliling restoren eksklusif yang dihiasi dengan dekorasi islamik, dengan tulisan khat ayat suci al-quran.

“ Mana aku tahu café ni macam ni. Yang aku tahu, kat sini confirm halal. Lepas tu restorennya eksklusif tapi harganya macam dekat kedai biasa je. Kononnya owner café ni nak buat amal jariah. Tak mau ambil untung!”.

“Kau memang, nak yang murah je! Kedusss!” balas Alia.

“Keduss ke tidak, yang penting aku dah tolong kau berdua dapat pahala free pagi-pagi hujung minggu ni dengan dengar alunan ayat suci Al-Quran. Dari kau dok melayan lagu SNSD pagi-pagi buta!”

“Eleh…bukan tu CD kau ke?” balas Alia pula. Sofea tarik sengih sebelum tawa halusnya keluar lagi. Ha ah eloklah tu. Mak ketam ajar anak ketam menari. Beterabur rentak!

“Gelak..gelak…cer kau hormati alunan ayat Al-Quran yang dialunkan tu…”. Mati terus tawa Sofea bila dia pula yang ditegur.

“Eleh….”.

“Assalamualaikum….selamat pagi.”

“Waalaikumuss……”.

“Waalaikumussalam,” sahut lelaki di sisi meja mereka yang datang dengan kertas berserta pensel. Sofea tergamam. Tak berkerdip matanya memandang kea rah pelayan café itu yang sejak tadi hanya tunduk kea rah lantai.

“ Boleh saya ambil pesanan?”

“Aaaa….menu nya?”

“Maaf, ini dia cik.”

Sheha dan Alia menyambut menu yang dihulurkan. Cuma Sofea yang masih ralit memerhati. Sesekali pandangannya pada pelayan yang segak berbaju melayu dan kopiah yang sedang tunduk itu saling berganti di pandang dengan dengan lantai di sisi meja tu.

Apa yang menariknya lantai café ni sampai lelaki ni seibuk memandang ke bawah. Nak kata takut kasut yang dipakai tak berkilat, dia pun bukannya askar. Cuma pakai capal sahaja. Peliknya dia ni!

“ Bagi saya roti arab kuah dal dengan milo o.”

“ Saya pun sama.” Sahut Alia.
“ Piaa…kau.”
“Aaaaa?”.
“Hisyhhh kau ni. Macam tak pernah tengok lelaki! Kau nak makan apa?”.
Sofea tayang sengih.

“ Roti bakar la!” jawabnya, pantas.
“ Roti bakar taka da cik.”
“ Roti telur?”.

“Haa?”

“Roti sardine ke..tak da ?” soal Sofea lagi.

Alia sudah mula gelak. Sheha pula hanya geleng kepala melihat wajah pelayan yang tadinya Cuma tunduk akhirnya tercengang melihat Sofea.

“ Deiii..aci, ini bukan kedai mamak la. Mana ada roti telur..roti sardine! Tengok menu tak nak. Dok sibuk tenung muka cik abang ni. Mana tidak menu merapu yang kau pesan,” bidas Sheha.

Sofea ketap bibir. Sound tepat tu! Taka da absorber langsung.

“Kalau macm tu, bagi saya mee goring mamak satu la ye.”

“Pia!!!” jerit Alia dan Sheha serentak.

“Errr…itu pun taka da ke encik ustaz?” soal Sofea bersahaja. Langsung pelayan itu tersenyum lantas geleng. Tapi mata, masih mencerun ke bawah. Entah ada apa yang menarik atas lantai tu.

“Susah-susah, bagi saya menu yang sama macam budak-budak nil ah ye.”.

“ Baik. Terima kasih. Sebentar ye!”

Dan mata Sofea masih setia mengikuti langkah si pelayan hingga bayangnya masuk ke bahagian memasak. Peliknya lelaki macam dia tu. Pemalu kut! Nak tengok perempuan pun segan sampai sanggup pandang lantai. Apa, tak lenguh ke tengkuk dia ya?

“Hisyhh kau ni! Tak baik tau perempuan mata meliar macam tu. Haa.. Naim tu, kau nak letak kat mana?”.
Sofea ketap bibir. Tak habis-habis nama Naim. Bosan!

“Aku simpan dia dalam kocek! Alaaa..boringlah cakap pasal Naim.Dari bercakap soal dia, baik aAku pergi usha novel jap. Kau berdua lepak sini ye.” Balas Sofea sambil berlalu kea rah du arak buku yang diletakkan di sudut hujung café itu. Rak buku yang pertama diisi dengan buku-buku agama dan motivasi dan yang kedua rak berisi novel. Tapi…..

Matanya mula meliar ke sekeliling café itu. Mana pula perginya lelaki berkopiah ramai-ramai tadi? Tak kanlah mereka pelayan, mereka juga tukang masak? Wahhh, memang budget betul café ni! Haaa…nasib baik ada seorang lagi yang available.

“Ustaz, novel Ahadiat Akasha yang terbaharu tu taka da ye? Alah…yang tajuknya Resepi Dari Kubur tu…”.
Si penunggu kaunter pembayaran hanya geleng kepala sebelum tersenyum.

“taka da ye? Novel  Hlovete yang  terbaru tu, ada tak? Saya belum sempat cari lagi tu.Best tau ustaz. Ustaz pernah baca tak karya dia? Bersahaja tapi ada ilmu disebaliknya ”

Geleng lagi.Hlovate tak da? Macam tak cukup sifat je kalau café versi kaki novel macam ni tapi taka da novel dia. Hmmm..cuba yang lain.

“ Siti Rosmizah?”
Geleng lagi.
“Emm…Aisya Sofea? Ehh..dia ada keluar buku baru ke? Tak perasan pulak. Silap-silap.Ramlee Awang Mursyid?”.

Geleng lagi. Novel RAM pun takda?

Sekilas wajah sahabatnya yang sedang asyik berbual dikerling.  Tak guna punya Sheha. Kononnya kat sini banyak novel. Novel apa je yang ada? Buang duit minyak kereta je datang sini. Sudahlah menu makanan pun terhad. Roti sardine pun taka da! Novel favourite pun taka da!

 “ Novel  Habibur Rahman yang tajuknya Ketika Cinta Bertasbih tu..ada tak?”.

“Ada. Rak nombor dua, aras tiga.”

Lehh, novel tu ada pula. Sofea tarik muka, tapinya tidak lama sebelum dia tersengih-sengih sendiri.
“Oooo..boleh cakap rupanya. Saya ingatkan, ustaz ni bisu,” balas Sofea bersahaja.
“ Saya bukan ustaz. Orang biasa je.”
“ Saya pun orang biasa juga. Bukan makhluk asing.”
“Pia….dah tu! Makanan dah sampai!”laung Sheha. Sofea berpaling sebelum  mencebir bibir kea rah Sheha yang sudah tawa mengekek di meja berhampiran.
“Saya makan dululah ye ustaz. Lesung batu ustaz tu cantik. Simpan elok-elok. Takut kena curi! Asalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Selamat menjamu selera.”
“Iya..selamat..selamat,”  balas Sofea bersahaja sambil berlalu. Selamat ye? Inilah kali pertama dan terakhir dia singgah di café yang serba terhad ni. Dari menu ke koleksi novel, apa pun tak boleh!

*************

“Pia.”

“Yupp!” sahut Sofea malas-malas. Mata masih tertancap pada skrin computer riba. Esok dah isnin. Report akhir tahun tu due date nya minggu depan tapi  puan big bos dah seru seminggu awal. Hah si angry bird tu, advance melampau-lampau.Lepas tu merosakkan  program hujung minggu orang. Nak pergi mengajar tak dapat, nak golek-golek layan novel pun tak sempat. 

“Itu…errrr…”.
“ Apo ea?” soal Sofea lagi. Jari masih menaip selaju yang mungkin.
“Naim…dia tunggu kau dekat luar.”

Langsung terhenti larian jemarinya di atas kekunci keyboard. Lama skrin computer ribanya di renung sebelum keluhan dilepas panjang.Lambat-lambat dia menoleh kea rah Sheha yang tampak serba salah.

“ Aku busy la Sheha. Banyak lagi report aku nak siapkan ni. Aku baru tulis introduction. Conclusion lambat lagi ni. Kau suruhlah dia balik ya. Yang dia pandai-pandai datang sini tak call dulu, kenapanya?” balas Sofea sebelum menyambung menaip.

“Dia dah call banyak kali, tapi tak berjawab.”
Tak jawab? Telefon bimbit di sis mejanya dikerling sekilas. Hohh..silent rupanya!

“ Kau cakaplah pada dia, aku dah tidur.”
“Tidur apanya pukul 6.20 petang ni Pia? Kau pergilah jumpa dia sekejap. Kurang-kurang, tunjuklah muka kau tu”

“Kalau kau je yang jumpa dia, tak boleh?”

“Ehh..sekarang ni siapa sebenarnya kekasih hati mamat tu? Aku ke kau?” balas Sheha, separuh berang.

“Entah!”.

“Piaaa…kau ni kenapa sebenarnya? Kau gaduh dengan dia ya? Dulu masa dia jauh nun kat US beria-ia pukul kompang, canang dekat kami yang kau rindu. Bila dah ada depan mata, kau malas pula nak layan dia. Apa citer ni?”

“Yelah..yelah…aku pergi tunjuk muka.” Balas Sofea. Malas nak bersoal jawab bila cerita dulu-dulu dipetik semula.

“Maniskan sikit muka tu…masam je. Macam kena paksa bercinta je kau ni.”

“Heeeeeee….” Sofea tarik sengih terpaksa sebelum berlalu. Terkekeh-kekeh Sheha sendiri sebelum turut sama keluar dari bilik itu.

************

“ Sweet!” puji Naim sebaik sahaja dia menapak menghampiri kereta yang di parkir hadapan rumah itu.

“Ye ke? Terima kasih.” Balas Sofea, acuh tak acuh. Matanya meliar ke sekeliling perumahan itu. Kelihatan beberapa orang lelaki lengkap berjubah dan berserban  melalui kawasan hadapan rumah sewa mereka.

“Tapi..lagi sweet kalau…awak pakai cincin tu.” Tokok Naim diiringi sengihan nakal.

Tanpa sedar, bibirnya dicebir sambil jarinya yang kosong dikerling sekilas. Cincin? Ah, kotak cincin itu pun, entah mana dia letak semalam.

“ Ada apa datang ni? Kan saya dah beritahu, saya sendiri akan contact awak,” balas Sofea. Sesekali kain batik yang dipakai dibetulkan lipatannya.

“ Saya tahu, awak masih marah..pasal saya gelakkan awak malam tu kan? Sebab itu saya datang. Saya nak minta maaf pada awak. Bukan niat saya nak persendakan awak…. Maafkan saya ye” jelas Naim dengan bersungguh-sungguh. Jelas mukanya mengharap.

“Okey. Saya maafkan. Awak boleh balik sekarang. Saya masuk dulu ye.”

“Nantilah dulu….”.

Langkah Sofea terhenti bila lengannya tiba-tiba sahaja dipaut. Langsung dia berpaling sambil wajah Naim dipandang dengan kening berkerut seribu.

“ Naim…saya bukan duduk dalam hutan tau. Jiran-jiran saya semua ada mata. Yang bermata empat pun ramai. Depan rumah saya ni surau,” tegur Sofea.

Naim sengih sebelum lengan halus itu dilepaskan perlahan-lahan dengan berat hati.

“Awak takut kita kena tangkap basah ye? Hmm..kalau pinang baik-baik tak dilayan, tangkap basah pun okey juga!”

“Hisyhhh,,psiko lah awak ni Naim. Jodohkan ketentuan Tuhan. Cubalah apa cara pun, kalau dah bukan jodoh kita…apa boleh buat. Carilah yang lain.”

“lain macam saja bunyinya….” Sahut Naim perlahan, Air mukanya langsung berubah. Wajah bersahaja Sofea direnung lama seakan cuba memahami maksud tersirat dari reaksi gadis itu. Sofea yang selamba, nampak simple tapi sisi hatinya susah hendak diteka.

“ Awak…ada  orang lain ke Sofea?” soal Naim, lambat-lambat.

“Entah.”

“Entah? Saya Tanya serius ni Sofea..awak ada lelaki lain selain dari saya, selama saya taka da di sini?”.
Diam. Entah kenapa Sofea tidak mahu menjawab biarpun jawapannya sememangnya ada dan sememangnya mudah. Jawab saja tidak pia. Bukannya susah mana pun!

“Entah.”

“Sofea!”

Sofea tersentak. Macam-macam rasa mula ada. Tergamam, terkejut dan yang sewaktu dengannya. Naim tinggikan suara pada dia? Wajahnya mula mendung.

“ Look. I’m sorry. I’m really sorry..I shouldn’t….because..I really love…”.

“ \ Awak..balik dulu.”

“Tapi Sofea…saya sebenarnya taka da niat nak tinggi suara tadi. Saya…”.

“Balik.”

Naim mendengus  perlahan sebelum dia angguk kepala,seakan terpaksa.

“ I’ll laways love you Sofea. Always..” pesan Naim sebelum atur langkah menghampiri Nissan Lationya dengan seribu rasa. Menyesal, sedih, geram. Semua rasa ada. Ah, Sofea. Awak boleh buat saya jadi gila!

“ Naim….”.

“Ye Sofea,”  sahut Naim usai berpaling. Senyum terukir di bibir merahnya.

“ Baik awak pergi solat Jemaah maghrib dulu sebelum balik. Sekejap lagi azan.”

“Aaaa…errr…okey. Saya park kereta kat sini, tak mengapa kan?” soal Naim sambil menggosok perlahan belakang rambutnya dengan sengihan.Serba salah sudah bercampur gaul dengan rasa malu.
"Sure."
“Saya..pergi surau dulu ye! Bye!”
“Assalamualaikum….”
“Waalaikumussalam “ balas Naim perlahan dengan sengihan.Ah, Terkena dia lagi!

Sofea sengih sendiri. Kelibat Naim diperhatikan hingga hilang pandangan matanya. Tapi  baru sahaja dia hendak berpaling dan atur langkah kakinya masuk ke rumah, anak matanya tiba-tiba terhenti pada kelibat seseorang yang baru sahaja lalu dihadapannya dengan berjubah putih serta kopiah.

Automatik, keningnya berkerut seribu sebelum tubuh itu dikerling beberapa kali. Macam kenal! Tapi, dia buat apa di sini? Haih…tak kan kut! Bayangan saja. Almaklum, senja-senja macam ni…

Mengingatkan hal itu, laju saja kepalanya ditoleh ke kiri dan ke kanan taktala azan mula berkumandang dari surau yang jaraknya hanya beberapa meter dari kuaters yang diduduki.

Dah maghrib ni…entah-entah.

Pia…..cepat masuk rumah!

Berdesup dia atur langkah besar-besar agar cepat masuk ke rumah. Langsung terlupa yang sejak tadi dia hanya berkain batik!

p/s: cer komen...okey ke?

6 comments:

  1. confuse sy...yg mne satu heronya?mcm bkn naim je...ntah2 lelaki yg berjubah putih dan berkopiah tu orgnya...hahahah....pndai2 je sy bt kesimpulankan?hehehe...sorry kak,sje je nk teka....

    ReplyDelete
  2. wah lelaki berkopiah dan berjubah...! Auwww, so sweet! cepat sambung yaaaa ~


    Pa'ah Mohd Isdris :)

    ReplyDelete
  3. Best sgt2 kak...nk n3 lg,hehehe

    ReplyDelete
  4. Ahah! Dah la cerita best, nama titew lak tu.. Uhuk! Uhuk! I loike! Ngehehe...

    ReplyDelete