Kata
orang, tak kenal…maka tak cinta. Tapi kalau dah kenal, asyik nak menyakitkan
hati sahaja…buat apa? ~ Afnan Tasneem~
Dia, gadis yang ceria,
jujur cuma kadang kala lurus bendul tak bertempat. Kehadirannya di institusi
penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk sempurnakan
pengajian peringkat ijazah pertamanya.Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja
sambil menimba pengalaman awal sebelum tempuh alam kerja. Rupanya tidak.
Berdepan
dengan spesis lelaki terancam yang macam bagus
seperti penyelianya itu buat
hatinya sentiasa jadi panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Tak ada gaya lagsung sedang jalani praktikal. Asyik kena buli tu, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan,
tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula lagsung tak beralih dari skrin komputer
setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat! Harap muka je boleh tahan, tapi
perangai....
“ Kau letak otak
kau kat mane haa? Kat lutut?”.
‘ Kenapa Dr.Syed
tanya pada saya macam tu ? ‘
‘ Sebab kau buat
kerja tak guna otak. Tapi guna lutut ! ‘.
Dalam marah, dalam herik…tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang Syed Nadzhan yang dunianya selama ini kosong untuk kaum perempuan. Hari-hari kosongnya mula rasa terisi dengan gelagat Afnan Tasneem yang kadangkala buat dia sering senyum sendiri. Kehadiran Adam
Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan
senyuman dan bicara tenangnya buat hati Syed Nadzhan yang mula terisi,
rasa tergugat. Dari rasa gembira yang baru hendak menyapa, Marah, geram dan sedih jadi pembunuh rasa.
Namun rasa itu terhenti bila akhirnya mereka
ditakdirkan untuk duduk serumah tanpa dirancang. Tidak cukup dengan Adam Naufal
yang baik hati dan Syed Nadzhan yang suka menyakitkan hati, Syed Emir pula
muncul dalam hidup Afnan Tasneem.
Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di bawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama?
Afnan Tasneem, seakan-akan hasil tindakbalas kimia
yang unik. Ciri-cirinya tak menepati satu-satu kumpulan kimia yang khusus. Dari
situ datang menariknya bila lebih pemerhatian perlu dijalankan supaya boleh
dikenali dan dikenal pasti kumpulan kimia mana yang paling menghampiri
ciri-cirinya. Dan sebab itu, dia jadi pilihan. Dia yang menarik
hati - Syed Nadzhan
ok ke? jemput kritik dan komen ye.
bakal di published eik ?
ReplyDeleteok dah ni kak...
ReplyDeletebagus..bagus.. interesting
ReplyDeleteCik Aifa, bila nk kuar novela ni? Tak sabor nk dptkan versi cetak...
ReplyDelete~ Aminah
ok, cun cik aifa. Dh blh tarik minat org tuk tau kisah sebenar di sebalik sinopsis ni.
ReplyDelete-nor..