Dia sampai awal pagi itu. Seawal 8 pagi dia sudah ada di KLIA selepas
berjanji dengan Encik Hamid pukul 7 di depan pintu masuk opis. Malas hendak
memandu. Trafik ke arah Seremban boleh tahan juga sibuknya waktu hari kerja.
Penampilannya? Hmmm..agak santai berbanding biasa yang asyik berkemeja lengan
panjang dan sluar slack serta kasut hitam berkilat. Hari ini dia lebih selesa
begini. Tak salah rasanya kalau sekali-sekala hanya ber-shirt tanpa kolar dan seluar
jeans saja. Lagi pula hari ini hanya pendaftaran sahaja dan esok baru seminar
akan bermula.
Melihatkan pakaian yang tersarung di tubuhnya ketika itu, dia jadi senyum
sendiri. Jeans dan t-shirt. Kedua-duanya
mengingatkan dia pada seseorang. Budak tu ! Inikan uniform utama budak tu
bila datang ke opis. T-shirt lengan panjang, jeans dan kasut snickers. Huhh..macam
dah tak ada pakaian lain yang nak di pakai. Sudahlah badan kecik molek saja
macam budak lepas SPM, pakai pula baju macam tu. Memang confirm macam budak
lepasan sekolah.
Dan dia jadi keliru dan tertanya-tanya sendiri. Macam mana lah Adam yang
bijak pandai itu boleh suka perempuan macam tu ?Ahhh...kenapa pula soal
pilihan hidup Adam dia nak pertikaikan ? Hisyhhh...sudahlah tu Nadzhan. Jangan sibuk hal
orang !
Pandangannya pantas dialihkan ke arah skrin besar dihadapannya. Masih awal
lagi. Penerbangannya pukul 10 pagi ke Langkawi. Tapi memang sudah prinsipnya
begitu. Datang awal lebih baik. Biar lama menunggu tapi jangan ditunggu.
Matanya kemudian menangkap gelagat pasangan yang duduk selang dua barisan
kerusi darinya. Kelihatan seolah-olah baru saja berkahwin dan Inai masih merah
dijari si perempuan mengesahkan tekaannya. Muka macam budak lepasan universiti
tapi dah kahwin? Hai lah budak-budak
sekarang ni. Muda-muda dah nak kahwin. Nanti tak sampai setahun, dah bercerai
berai bila masing-masing rasa terikat dan tak boleh nak enjoy.
Tapi Tasneem pun muda lagi ! Baru umur 22 tahun dah nak bertunang. Mungkin juga, dia bertunang hanya setahun, habis
saja praktikal dan satu semester lagi pengajian terus kahwin ! Budak lurus
macam bendul macam dia tu, bukan boleh dijangka. Kadang kala gelagatnya memang di
luar jangkaan.
Ahhh..Nadzhan! Sekali lagi kau nak menyibuk hal orang! Biarkanlah
kalau dah itu pilihan dia. Hidup dia, kenapa kau nak sibuk-sibuk pula Nadzhan?
Dia mengeluh perlahan. Penat memikirkan perangai peliknya sejak akhir-akhir
ini. Entah sejak bila dia jadi busy body lebih-lebih lagi bila hal berkaitan
budak tu.
Lantas Ipod dari beg
galasnya dikeluarkan perlahan. Hasrat hati nak lari dari terus
memikirkan soal budak itu tapi entah kenapa akal fikirannya masih memikirkan
hal yang sama.
Kat mana dia sekarang ye ? Mesti
dia dah sampai kampung sekarang ni kan?
Dia orang mana ye? Dari 'slang' bercakap, tak dapat diagak pula dia asal dari
mana. Tapi, betul ke budak tu nak bertunang? Kalau betul, dengan siapa pula
kalau bukan Adam orangnya ? Ahhh..entah-entah dia temberang saja lebih kot. Saja nak buat cerita!
Dahinya pantas diurut perlahan.
Bibirnya diketap. Dia marah. Marah pada diri sendiri. Perlukah sekarang semuanya dikaitkan dengan budak tu?
Macam dah tak ada hal penting lain yang boleh dia fikirkan. Asyik-asyik pasal
dia. Ahhh...layan lagu lagi baiklah!
Pantas headphone dilekapkan ke telinganya dan hujung jarinya lincah menekan
butang Play. Matanya dipejam perlahan. Bayangan ‘budak’ yang kerap bermain di
fikirannya sejak akhir-akhir ini cuba dihalau jauh-jauh.
Cukup. Cukup setakat hari ini, saat ini. Mulai esok, dia akan kembali
menjadi Syed Nadzhan yang sama. Persepsinya pada perempuan, sekali-kali tak akan
berubah. Perempuan = menyusahkan.
Tasneem juga perempuan dan selama ini dia juga dah banyak menyusahkan kau yang
mana mengesahkan persepsi kau selama ini pada perempuan, betul. So, that’s it!
Enough!
" Hai Syed! Dah lama ke you tunggu I?"
Syed nadzhan sedikit tersentak bila bahunya ditepuk perlahan. Tubuhnya dijauhkan sedikit menjauhi tetamu tak diundangnya. Headset yang melekap elok di telinganya di tarik dan dibiarkan tergantung di lehernya.
" You buat apa kat sini Aleesya? You tak kerja ke hari ni?"
Alessya senyum simpul. Tanpa di ajak, dia
melabuhkan punggungnya di sisi Syed Nadzhan sambil membetulkan rambutnya yang
dibiarkan lepas tanpa di ikat.
" I kan bayang-bayang you Syed. Ke mana saja you pergi, I pasti akan ada. So..here I am. I akan join you ke Langkawi! Mesti you suka kan?" soal Aleesya sambil tersengih panjang.
" I kan bayang-bayang you Syed. Ke mana saja you pergi, I pasti akan ada. So..here I am. I akan join you ke Langkawi! Mesti you suka kan?" soal Aleesya sambil tersengih panjang.
Dahi
Syed Nadzhan berkerut panjang. Mulutnya pula automatic dimuncungkan.
“ Suka
la sangat! You adalah orang terakhir yang I harap dapat jumpa Aleesya. Please lah, jangan anggap diri you tu bayang-bayang
I. I feel humiliated. Totally humiliated!
”.
Aleesya
buat muka bersahaja. Dia sudah masak dengan sikap Syed Nadzhan yang sering saja
menolaknya. Kata-kata lelaki itu juga sudah
immune pada pendengarannya, dah tak masuk dalam hati. You kutuk lah I,
kata lah I apa pun Syed..I akan tetap akan ada di sisi you ke mana saja you
pergi! Aleesya senyum panjang.
“
Haaa…yang you sengih kenapa? You pergi sana
nak ikut seminar ke nak shopping? Besar beg you bawa?”.
Aleesya
hanya menjeling sekilas ke sisinya dan kemudian angkat bahu.
“ Well,
kalau you sudi temankan I shooping, apa salahnya kan? I seribu kali sudi Syed. Alang-alang
sampai sana…boleh juga kita survey tempat
honeymoon kita nanti kan?”.
Mata
Syed Nadzhan membulat. Honeymoon? Dia dengan Aleesya? Biar benar! Bibirnya
tersenyum diikuti dengan tawa yang besar.
“ You ni kan Aleesya, hai lah. I tak tahu nak sebut
perkataan apa lagi yang boleh buat you faham fakta tentang I dengan you. Okey,
dengar sini baik –baik ye wahai Dr.Sharifah Aleesya bt.Syed Azhar yang
bijaksana. I, Syed Nadzhan bin Syed Irham dengan ini menegaskan yang mati hidup semula pun I tak akan kahwin
dengan you. Kalau lah ditakdirkan Allah yang I accident dan hilang ingatan pun,
I berdoa supaya jodoh I masih bukan you. You faham tu?” tegas Syed Nadzhan
dengan wajah yang serius. Tak ada tanda-tanda dia hendak bergurau atau
berseloroh.
Wajah
Aleesya tegang. Dia terkedu. Tergamam dengan kata-kata itu. Matanya berkaca.
Wajah Syed Nadzhan dipadang tajam tanpa kerdipan mata. Entah kenapa kata-kata
lelaki itu kali ini masuk terus ke dalam hatinya. Hatinya sakit bercampur
marah. Bibirnya menggeletar seakan-akan gatal untuk menghamburkan sejuta rasa
yang dia sedang rasai sekarang.
“
Kenapa Syed? Kenapa you benci sangat pada I? Apa kurangnya I sampai you sanggup
cakap macam tu? I cantik, I pandai, I juga ada harta dan keturunan yang
baik..apa lagi yang you nak ha? You name it! I akan cuba dapatkan apa saja asalkan you
jadi milik I Syed !”.
Air mata Aleesya mula mengalir perlahan di
pipinya. Sungguh. Kali ini dia benar-benar terasa dengan kata-kata Syed
Nadzhan. Lebih-lebih lagi dengan reaksinya selepas itu. Syed Nadzhan hanya
buat muka tak reti dan membuang pandangannya kea rah orang ramai yang
lalu-lalang di hadapannya seakan tiada apa-apa yang berlaku ketika itu.
“ You
nak, I perangkap you..tuduh you rogol I and then by that way you kena kahwin
dengan I. Itu yang you nak?”.
Masih
seperti tadi. Syed Nadzhan hanya diam tanpa kata dengan lagak
muka bersahaja. Sesekali nafasnya dihembus perlahan.
“ Syed..you tahu kan, dari kecil I ikut
you...I sayang sangat pada you. Hampir 25 tahun you tahu tak? I setia
sangat-sangat pada you tapi kenapa you layan I macam sampah? Apa lagi yang kurang
pada I? I dah cukup semua criteria untuk jadi isteri you. You nak suruh I
berhenti kerja and jaga makan pakai you hari-hari? Fine! I sanggup!”.
“
Nope!”. Akhirnya Syed Nadzhan bersuara dengan helaan nafas panjang.
“ You
tak perlu berhenti kerja Aleesya.You hanya perlu berhenti kejar I. Itu saja.
Semua criteria yang ada pada you, tak sesuai untuk I tapi mungkin sesuai dengan
lelaki lain di luar sana.
So, Stop looking at me ! Buka mata you luas-luas . Ramai lagi lelaki baik di
luar sana yang suka kan you. But
I’m sorry.It’s not me . ”
“ Tapi you
lelaki terbaik yang I pernah jumpa!” tegas Aleesya. Air mata yang mengalir
pantas diseka. Rambutnya yang sedikit menutupi wajahnya diselak perlahan ke
belakang.
“ Itu
sebab you tak pernah buka mata you dan hati you pada lelaki lain. You hanya
nampak I. But I’m really sorry, you’re
not my taste. ”
Aleesya
tunduk. Perlahan-lahan kepalanya digelengkan. Jujurnya, dia sedikit hampa dan
sedikit berputus asa hendak menarik hati lelaki dihadapannya ini. Namun hati
kecilnya enggan mengalah. Dia tahu punca utama kenapa lelaki ini menolaknya.
“ Ini semua mesti sebab budak praktikal tu
kan? Sebab dia you tolak I bulat-bulat kan Syed? So budak muda, hingusan yang
selekeh macam tu taste you ye? ”.
“ Tasneem?”.
“
Eeeiiii..tolonglah Syed. I benci tengok muka you bila you sebut nama dia. Nampak…nampak…emmm.”
Aleesya bagai hilang kata. Setiap kali bibir itu menyebut nama itu, hati dia
jadi sakit.
“
Nampak apa?”.
“
Nampak ceria sangat! Nampak macam orang tengah bercinta…tengah berbahagia!”.
Syed
Nadzhan gelak besar. Tasneem = ceria + cinta + bahagia? Walla!
“
Kenapa you gelak? Salah ke apa yang I cakap? You tolak I sebab budak Tasneem tu
kan? Mengaku
sajalah Syed! Satu opis dah tahu cerita tentang you dengan dia!”.
Tawa
Syed Nadzhan terhenti di situ. Namun senyuman masih lagi terukir di bibirnya.
“You know what? I really don’t care what
other people think and talk back about me. Lagipun mulai minggu depan mereka akan
berhenti bercakap tentang I sebab ada cerita baru yang lebih menarik,” ujar
Syed Nadzhan perlahan. Senyuman nya mati
tiba-tiba. Tanpa dia sedari, wajahnya berubah rupa. Kosong. Tegang.
“
Maksud you?”.
“
Tasneem, dia akan bertunang. Minggu ni.”
“
Whattt???”.
***********
Tasneem
terbatuk-batuk perlahan. Salwa disebelahnya cepat-cepat menepuk belakang
badannya sambil hulur segelas air sirap. Gelas yang dihulur disambut perlahan
sebelum meneguk kasar air sirap, membasahi tekaknya.
“ Itu lah tu, dari tadi aku dah cakap. Makan
elok-elok. Jangan dok pandang je muka papa baru kau tu. ‘
Tasneem mencebik. Wajah lelaki separuh
umur yang sedang tersenyum memandang ke arah mamanya sempat juga dijeling
sebelum tunduk semula meneruskan suapannya.
‘ Anim, hensem kan papa baru kau tu ? Tak nampak macam
lelaki umur 55 tahun pun ! Untung mama kau kan, dapat suami hensem. Kaya pula tu.”
Pujian
Salwa yang meninggi buat hati Tasneem rasa bertambah panas sepanas cuaca ketika
itu. Kipas yang ada di dalam kanopi itu pun tak mampu tanggung kepanasan
hatinya ketika itu.
“
Senyaplah Awa! Banyak lah kau punya hensem!”.
Salwa
lantas berpaling. Aihhh…minah ni mood nya tak okey lagi ke? Sebelum-sebelum ni,
elok saja. Siap boleh karaoke sambil mereka isi telur dalam beg cenderahati
malam tadi. Tapi hari ni lain macam pula gelagat dia. Kena sampuk jin bendang
agaknya!
“ Kau ni kenapa ANim? Haaa…aku tahu. Kau..kau
rasa berdebar ye nak jumpa dengan adik beradik tiri kau ? ‘ Salwa
sengih, sengaja menduga sahabatnya itu.
Makin laju suapan Tasneem sesudah soalan
cepu emas Salwa tanyakan. Nasi minyak yang disuap sudah tiada rasa. Tawar. Entah
kenapa, hatinya rasa kurang selesa selesai saja majlis akad nikah tadi.
Lebih-lebih lagi bila melihat wajah papa barunya. Bagai ada yang tak
kena !
‘ Ramai juga kan rombongan pihak lelaki. Agak-agak
kau kan, yang
mana satu adik beradik baru kau Anim? “. Salwa terus menyoal biarpun jawapan
soalan pertamanya tadi masih belum ada. Matanya meliar memandang ke arah meja
VIP yang disediakan khas untuk rombongan pihak lelaki.
Putih. Semuanya serba putih hari itu.
Auntie Diba sengaja pilih warna putih. kAtanya putih tu suci. Tak perlu
pilih warna ikut trend sekarang. Lagi pula, dia segan bila memikirkan
umurnya yang sudah boleh ada cucu itu. Cukuplah warna putih menghiasi
majlis akad nikah mereka.Majlis sanding juga tiada. Katanya, yang penting akad.
Itu saja.
“ Anim! Aku dok perasan mamat tu kan..dok
pandang kau je dari tadi. Entah-entah dia tu saudara tiri kau kot ! ‘.
Tasneem lantas berpaling. Pandangan
matanya pantas bertaut dengan lelaki dua meja jaraknya dari meja mereka. Dan
akhirnya dia tunduk bila lelaki itu kemudiannya tersenyum ke arahnya sambil
tunduk hormat.
“ Wahhh...aku rasa memang betul lah mamat
tu saudara tiri kau ni! Perghhhh...like father like son ! Boleh tahan hensem juga kan dia ?
Haaa..budak perempuan dengan budak lelaki yang pakai baju sama warna
dengan dia , mesti adik-adik dia kan?
So, lengkap lah family kau Anim! Ada kakak, ada abang..ada adik perempuan
dan adik lelaki. Seronoknya!!!”.
Tasneem mencebik. Seronok la sangat kan?
Apa yang seronoknya bila terpaksa berkongsi kasih dengan tiga lagi adik beradik
barunya itu ? Berkongsi dengan Kak Long saja dah buat hati dia kadang kala
sakit dek sikap kak long yang suka menyakitkan hatinya dengan kata-kata yang
sama sejak kecil. Ini pula dengan tiga lagi adik beradik yang dia belum kenal
lagi hati perut masing-masing ? Memikirkan hal itu saja, sudah buat dia
rasa sakit kepala.
‘ Aku dah kenyang. Aku nak naik atas dulu
lah.’
‘Weii..releks lah dulu Anim. Sekejap
lagi kan ada
family photo session. Tunggulah dulu!”.
“ Tak apa
lah Awa! Kak long pun tak ada hari ni, jadi kalau aku tak ada sama pun dalam
gambar tu nanti tak mencacatkan suasana pun. Biarlah mama
gembira hari ni dengan family baru dia,” balas Tasneem perlahan sambil membasuh
tangan sebelum beredar dari khemah pengantin.
**********
Ranting kayu di sisinya lantas di capai
dan dibaling perlahan ke dalam kolam air dihadapannya. Seketika dia merenung
wajahnya sendiri di dalam air yang keruh itu. Nafas di lepaskan
perlahan.Lambat-lambat. Dia tak gembira! Itu yang dia rasa dan di hadapan mama
sewaktu selesai majlis akad nikah tadi dia hanya berpura-pura tersenyum
sedangkan dalam hatinya meronta-ronta!
Asalnya tadi dia hendak naik ke atas rumah
nenek dan berkurung di dalam bilik sahaja. Tapi entah kenapa, hasrat itu
dibatalkan. Tentu saja nanti dia akan dipanggil turun untuk sesi fotografi
nanti. Jadi, baik dia ke sini. Salwa tentu tak boleh agak dia ada di sini. Inilah
tempat peresmbunyiannya sejak kecil tiap kali di bergaduh mulut dengan kak
Long.
“ Awak
menyorok kat sini rupanya. Kenapa tak join sekali tangkap gambar satu keluarga
tadi? Mama awak puas suruh orang cari awak”.
Lambat-lambat
Tasneem berpaling. Suara itu agak asing padanya. Bukan suara
Pak Su Halim. Bukan juga suara Pak Tam Majid. Ehhh...dia?
“ Kenapa? Terkejut ye, saya dapat cari
tempat persembunyian awak ni?”.
Tasneem bingkas bangun. Belakang badannya
di sapu perlahan, membuang daun-daun yang melekat di baju kebaya moden warna
putih kain lace yang dipakainya. Dah gaya pengantin pun ada juga.
“ Awak
ni siapa? Stalker ye? Dari tadi dok pandang saya dan sekarang, ikut saya
pula!”.
Lelaki
tinggi lampai bertubuh tegap dihadapannya tertawa kecil. Perlahan-lahan dia
melabuhkan punggung di atas akar-akar pokok kelapa yang berselirat lalu bersila
dengan baju melayu lengkap warna putih. Mujur tak pakai tengkolok. Kalau tidak,
sah-sah macam pengantin!
“
Sampai hati awak tuduh saya stalker Tasneem. Saya Emir lah” Lelaki itu
memperkenalkan dirinya tanpa di pinta. Wajah Tasneem di padang tanpa jemu sambil bibirnya tersenyum.
Tasneem tergamam. Senyuman itu! Senyuman
itu bagai mengingatkan dia pada seseorang, tapi dia tak pasti siapa. Adam!
Senyuman dia macam Adam lah!
“ Awak ada adik lelaki?”.
Emir angguk perlahan dan senyum lagi.
Tasneem terkedu. Matanya dijulingkan, berfikir sesuatu. Tak kan dia ni abang
Adam kot dan papa barunya tu..papa Adam? kalau benar, di mana Adam? Kenapa dia
tak ada sama hari ni?
Ahhh..bukan kah Adam ada seminar di kampus. Sebab itu dia tak ada hari ni. Tapi...dia dengan Adam bersaudara? Tak mungkin!
Ahhh..bukan kah Adam ada seminar di kampus. Sebab itu dia tak ada hari ni. Tapi...dia dengan Adam bersaudara? Tak mungkin!
Kejap...nama suami mama? Ahhh...mana lah
dia tahu siapa namanya kalau dia sendiri tak berminat nak ambil tahu?
“ Anim! Kat sini rupanya kau ye! Mama kau
panggil. Cepat!”.
Tasneem lantas berpaling. Tanpa sebarang
kata, dia menurut langkah Salwa meninggalkan Emir, lelaki misteri yang tidak
dia tahu hubungan sebenar antara mereka.
*********
“ Sudah-sudah lah tu Syed. Tak payahlah you nak mengenangkan nasib you tu. Dah bukan jodoh you
dengan budak tu.”
Syed Nadzhan senyum nipis. I pad di
hadapannya di tenung tanpa rasa. Niat hendak merehatkan minda malam itu setelah
penat 5 hari menghadiri seminar juga terbantut di kerana kata-kata Aleesya
tadi.
“ You tak payah nak provoke I lah
Aleesya. Macam yang I cakap pada you
semalam. I dengan Tasneem sebenarnya tak ada apa-apa hubungan. Tak lebih
sekadar hubungan antara penyelia dengan student. Itu saja. So, atas alasan apa
I nak sedih bila dia bertunang?”.
Aleesya ketawa kecil. Gelas tinggi
berisi jus oren di hadapan Syed Nadzhan di tarik perlahan ke arahnya lalu
disedut. Mata Syed Nadzhan terbeliak
besar. Pantas gelas itu dirampas dari tangan Aleesya. Pelayan yang lalu
dihadapannya di tahan dan diminta straw yang baru sebelum straw yang ada kesan
gincu di keluarkan dari cawan itu. Melihatkan reaksi itu, Aleesya mencebik.
“ Tolonglah Syed, kadang –kadang you ni pembersih tak bertempat! Don’t
worry okey, I bukan pembawa penyakit berbahaya sampai you kena buat macam tu. Hisyhh..you ni kadangkala menyakitkan hati je tau sikap you tu.”
Syed Nadzhan mencebik.
‘ Pembersih tu satu hal. Satu hal
lagi, I hate sharing my thing with others.
That’s it! You kata you kenal I,
tapi….”. Perli Syed Nadzhan.
“ Tapi apa? Okey fine, you hate sharing things tapi boleh pula
you share labtop you dengan budak tu kan?”.
Syed Nadzhan mendengus kasar.
Lagi-lagi soal budak tu! Hidup dia dah cukup tenang sepanjang berada di
situ tanpa sedikit pun memikirkan soal budak itu tapi sejak petang semalam
Aleesya sengaja membangkitkan semula kisah yang sama.
‘ Enough Aleesya. Ini kali terakhir I nak ingatkan you dan beritahu you. I
dengan dia tak ada apa-apa hubungan so please stop kait kan semua hal tentang
I, apa yang I buat dengan dia. Faham? Arghhh.. I sendiri tak tahu kenapa
I perlu jelaskan semua ni pada you. You know what, you really spoiled my last
night stay in here!”.Syed Nadzhan bingkas bangun setelah meninggalkan not 50 di
bawah gelas tinggi itu.
“ But your statement really make my day Syed sayang…” ucap Aleesya
perlahan sambil senyum panjang. Mendengarkan
penjelasan lelaki itu biar pun beribu kali, dia rasa lega dan puas hati. Budak
tu dah bertunang kan? Baguslah! Kurang-kurang, tiada siapa lagi yang boleh
halang dia dari mendapatkan Syed Nadzhan selepas ini. Dan Aleesya senyum lagi
sambil menyedut gelas tinggi itu hingga kosong.
**********
Kereta Mercedes lama itu berhenti betul-betul di hadapan sebuah banglo
sederhana besar yang terang benderang dihiasi lampu. Perlahan-lahan gate tinggi
itu terbuka dan kereta itu meluncur masuk ke dalam ruang parkirnya.
Usai enjin kereta dihentikan, hati tasneem rasa berdebar-debar. Jantungnya
lantas berdegup kencang. Dia tak mampu berbohong yang sebenarnya dia gugup
hendak bersua muka dengan adik beradik tirinya sebentar lagi.
Emir! Ahhh...lelaki itu pasti ada di dalam kan? Kalau betul lah tekaan
Salwa, maka sebentar lagi lelaki itu lah yang akan dia temui sebenatar nanti.
Tempoh hari, dia tak sempat berbual panjang kerana papa barunya tiba-tiba saja
ada urusan kerja dan terpaksa balik selesai majlis. Pagi tadi dia muncul semula
seorang diri di rumah Tok Wan untuk mengambil dia juga mama balik semula ke KL tanpa
ditemani Emir dan juga adik-adiknya.
Dengan mama pula, tak pernah sekali dia membuka mulut bertanyakan perihal
suami barunya. Entah kenapa, dia rasa kekok hendak berbual mesra dengan mamanya
seperti sebelum ini. Terasa asing bila di hadapan mama. Mulutnya juga terasa
berat hendak bertanya. Sepanjang 5 jam perjalanan tadi pun, dia lebih suka
melayan I Padnya dan memberi ruang pada mama dan papa barunya berbual.
“ Anim, jom kita masuk!”.
Lamunan Tasneem terhenti bila suara garau papanya tiba-tiba menegur sebaik
saja pintu kereta dibuka dari luar.Tasneem angguk perlahan, tanpa senyuman. Masih
kekok untuk memanggil panggilan ‘papa’ atau apa saja panggilan yang sesuai
dengan ketua keluarga barunya itu.
Kakinya melangkah perlahan memasuki
ruang tamu rumah itu. Kemas dan bersih. Hampir semua perhiasan dan perabot
dalam rumah itu berwarna putih dan berkonsepkan English. Lagak gaya macam ada perempuan saja dalam rumah
ni. Teratur sekali! Ahhh..mungkin juga rumah sebesar ini ada pembantu rumah
untuk uruskan adik-beradik Emir yang dia kira masih lagi di bangku sekolah itu.
Tapi,hmmm..ke mana pula perginya budak-budak tu ye! Senyap sepi je rumah
ni. Entah-entah masing-masing ada dalam bilik, buat hal sendiri. Kalau
menurut cerita drama melayu yang biasa dia lihat di kaca televisyen, anak-anak
orang kaya ni suka buat hal sendiri je. Bukan macam dia dan mama yang selalu tonton tv sama-sama, lipat baju
sama-sama. Masak di dapur sama-sama. Ahhh…rindunya suasana begitu. Pastinya lepas ni mama dah tak ada masa
untuk buat itu semua dengannya. Pasti mama perlu luangkan masa dengan anak
perempuan baru mama tu .
“ Haaa…kamu nak kemana tu? Papa
baru balik, kamu nak keluar semula? Emir? ”.
Sergahan itu mematikan lamunan Tasneem sejak tadi. Dia lantas
berpaling sebelum matanya bertembung dengan mata lelaki yang baru saja turun
dari tangga di belakangnya.
Mata kecilnya lantas dibuntangkan besar. Pipinya kemudian dicubit
berkali-kali. Mungkin dia mengelamun lagi. Mungkin juga mimpi! Tak mungkin! Tak
mungkin dia! Wahai mata, kata kan lah yang kau hanya menipu!
“ Anim, papa kenalkan..ini abang
Anim ye...”.
Abang? Tubuh Tasneem menggeletar
perlahan. Antara mahu percaya atau tidak bercampur aduk. tak lama kemudian,
badannya mula rasa melayang sebelum pandangannya gelap. Tiada cahaya.
bersambung....
p/s:psssttt...psstt..terjawab tak pertanyaan anda tentang siapa papa baru anim dan saudara tirinya?hihihi....jom layan gambo dr.syed versi rugged skit.konon2 nak layan lagu sbb tak nak pikir pasal anim. padahal?hmmm....encem tak..encem tak dia? i'm so in love with him right now...errkkkk..speaking london la pulak kan? :-)
Erk..pengsan la plak...sapa nak jwb ni...hehe
ReplyDeleteSian.....
ReplyDeleteAdam abang tiri Tasneem???...Cik Writer..rasanya ejaan labtop yg betul laptop..maafkan saya kalau saya silap ye...apa2 pun tak sabar nak tunggu next n3...
ReplyDeleteAdam???
ReplyDeleteADAM!!!!!!!!!!! hehehehe cepat sambung kak!
ReplyDeleteSy nazhan kot ....abg tiri anim ....cepat2 smbg ye
ReplyDeleteadam abg tiri tasneem!!!!!!
ReplyDeletenak lagi,please?????
npe la wat cm2...heart attack dh ni...cpt2 la smbung ye cik writer...
ReplyDeletesempat lagi nak pengsan...
ReplyDeletewallawei,hahahahha, anim pengsan? hayyo. hahaha. cepat2 aah sambung ek. x sabar da nih.hahahhahah
ReplyDeletela adam ke jdi abg tiri dye mmg jlez ag la Dr.syed nti..hehehehehh..mmg la nti dorg mkin rpat adam n tasneem kn
ReplyDeletealamak... besh giler novel ni... cepat sambung... dan siapkan... i nak beli... dan buat koleksi... u're da best!!
ReplyDeleteAleesya =
ReplyDeletemalu la weh terkejar2 lelaki yg x suka kita . buat hape belajar tinggi2 muka tip top tpi perangai perghhh! seram je ..
Tasneem n syed akan jdi adik beradik ke ? mesti laki tu kang jdi king control .
takkan dr syed kot abg tiri dia??? pengsan la plk Anim ni
ReplyDelete