“ Adoii!”.
Tasneem menyapu perlahan wajahnya yang sakit dek kerana melanggar bahu lelaki dihadapannya itu tanpa sengaja.
“ Kau letak mata kat lutut ke?”
Lutut? Cepat-cepat pandangannya dialihkan ke bawah. Mata kat lutut ?
‘ Lain kali, jangan suka berangan. Hmmm...perempuan. Tengah jalan pun boleh pejam mata, berangan. Cepat masuk!”
Tasneem membulatkan matanya yang kecil. Bibir diketap perlahan. Okey Tasneem, ini kali pertama dan terakhir untuk kau makan dengan dia. Lepas ni, hmmm..tak ada lepas ni dah!
Sepanjang perjalanan, tiada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulutnya. Dr.Syed sombong tu? Lagilah tak. Kusyuk saja memandang ke depan dengan spek mata hitam dia tu. Budget hensem la tu kan?
Tasneem berdehem perlahan. Tak mahu keadaan terus seperti itu. Create rapor Tasneem! Kata-kata Prof.Jay, pensyarah bahasa inggerisnya kembali bermain di fikirannya.
“ Emmm...kita nak pergi mana ni Dr.Syed?”
“Kahwin lari.”
“Errkkk....ka..kawin?”. Terjegil mata Tasneem. Tubuhnya diinjakkan sedikit mendekati pintu kereta.Baru hari pertama jumpa...dah...
“ Kau ni banyak betul berangan. Pergi makan lah. Tak kan lah nak pergi kahwin. Ape la.”
Dr.Syed ketawa kecil sambil menampakkan lesung pipit di pipinya yang licin dan putih cerah itu. Dan Tasneem sudah mula muncungkan mulutnya sambil mata terkebil-kebil. SubhanAllah...indah betul ciptaan Tuhan di hadapannya ni.Emmm...kalau nak ajak pergi kahwin pun, apa salahnye ye tak?
“ Okey. Dah sampai!”
Alaaa! Tasneem hanya mampu merungut dalam hati. Baru nak berangan kahwin lari, dah sampai destinasi!
Akhirnya kereta BMW 3 Series itu berhenti juga. Sempat juga Tasneem menjeling ke arah restoren di sisi tempat mereka berhenti. Papa Rich? Mak aihh...cukup ke duit dia nak bayar nanti ni? Baru hari pertama praktikal dah makan dekat restoren eksklusif dan mahal macam ni. Konfem mama mengamuk sakan!
Tasneem hanya menurut langkah Dr.Syed tanpa banyak soal. Risau pula, kalau banyak sangat bertanya ditinggal pula suruh balik sendiri nanti!
Lelaki itu mengambil tempat yang agak tersorok dari penglihatan orang ramai. Dah gaya macam dating pula! Cehhh Tasneem...jangan nak berangan lebih-lebih ye! Gentle reminder: he’s your supervisor!
Pelayan restoren datang sambil membawa menu sebaik saja mereka duduk. Belum sempat dia menyambut menu yang dihulurkan, Dr.Syed dah angkat tangan.
“ Just give us 2 fresh orange and fish n chip with fried rice 2 set. Thank you.”
Mata Tasneem membulat besar kea rah lelaki di hadapannya. Mulutnya dah gatal nak bercakap tapi ditahannya hingga pelayan itu beredar dari meja mereka.
“ Dr.Syed, saya..saya tak makan…”
“Tak makan, atau tak cukup duit nak bayar?” Soal Dr.Syed. Sinis.
Tasneem mencebik. Geshhh!
“ Dah tau, buat juga!” bebel Tasneem perlahan lantas tunduk dengan mulut yang muncung.
“ Jangan risau, aku bayar.”
Wajah Tasneem secepat kilat berubah. Dia tersengih. Wajah Dr.Syed yang sememangnya segak berkemaja belang-belang hijau tebu dengan tali leher warna sedondon dipandang dengan mata bersinar-sinar.
“ Dr.Syed belanja saya ye! Wah, mulia sungguh hati Dr.Syed. Terima kasih!”
“ Ada aku cakap aku belanja? Dapat elaun nanti, bayarlah balik.”
Toingg!! Tasneem terkesima sebentar. Aci tak kalau dia tarik balik segala puji-pujian yang diberi tadi?
“Apa? Saya kena bayar balik ?Dr.Syed yang pandai-pandai order untuk saya.Tapi saya pula…”
“Syhhh…makanan dah sampai.”
Tasneem terdiam. Rasa menyesal mula terasa. Penyesalan paling besar sebab bersetuju nak ikut penyelia sombong, macam bagus merangkap kedekut ni keluar makan!
Hidangan yang terhidang di hadapan mata, di pandang sepi. Tak ada selera, walaupun baunya..perghhh..memang menarik hati!
“ Makanlah...apa yang dipandang-pandang lagi tu. Nanti orang sekeliling tengok macam kita berdua ni couple yang bergaduh pula.”
“Couple?Eee…tak kuasalah…”
“ Tak kuasa?”
Gulllppp. Kata-kata Tasneem mati di situ. Takut-takut dia hendak angkat muka. Mesti muka Dr.Syed dah macam hulk Hogan…emmm..bukan-bukan. Macam incredible hulk mungkin? Dah kena sangatlah dengan baju warna hijau yang dia pakai hari ni.
“ Saya ingat esok nak puasa. Emmm…saya makan dulu lah ye. Bismillahirrahmanirrahim…”.
Setelah tak ada respon yang diterima, Tasneem tarik nafas lega. Sesekali dia curi pandang kea rah lelaki di hadapannya. Sopan betul Dr.Syed ni makan. Tertib. Badan tegak je. Serius..dia bukan calang-calang orang, cuma perangai je tak serupa kategori calang-calang orang. Macam bagus!Huhhh!
*****************
Syed Nazhan menghempaskan badannya ke atas katil. Letih! Penat sepetang menghadiri mesyuarat. Yang paling meletihkan, berbincang cuma beberapa jam..minum dan makan saja yang lebih ! Aduhai...
Dia lantas menoleh bila pintu biliknya yang sedikit terbuka diketuk perlahan.
‘ Nadz dah makan ? ‘ Soal Prof. Syed Irham yang hanya berdiri di muka pintu.
‘ Nadz kenyang lagi pa. Tadi masa meeting, dah makan banyak. Papa?”
“Emmm..papa baru je makan. Tadi papa.. ‘
‘ Dating dengan auntie Farah ? ‘
Prof.Syed Irham tersenyum lantas mengangguk. Ilham pula hanya mengeluh perlahan lantas menggeleng.
“ Sudah-sudahlah pa. Papa juga yang selalu pesan pada Nadz, kita kena belajar dari pengalaman. Same goes to you. Perempuan semuanya sama pa. Ada atau tidak mereka pun sama saja. Tak ada beza. Tanpa mereka pun kita boleh hidup.”
Prof.Syed Irham menggeleng.Perlahan dia ambil tempat di sisi hujung katil anak tunggalnya itu. Tangan kirinya kemudian diletakkan di atas bahu Nadzhan.
“ Jangan kata begitu Nadz. Kita ni manusia biasa. Fitrah manusia, lelaki perlukan perempuan dan juga sebaliknya. Tanpa insan bergelar perempuan, tak mungkin Nadz lahir dan membesar dan berjaya seperti hari ini. Ilham kena ingat tu!”
“ Entahlah pa. Pendirian Nadz tak pernah berubah dari dulu. Perempuan semuanya sama.Menyedihkan dan menyusahkan! Tapi tentang hal papa dengan auntie Farah, terpulang pada papa. Nadz tak mahu masuk campur. Kalau papa serius dengan dia, silakan. Tapi, setapak dia melangkah masuk ke rumah kita ni, Nadz keluar.”
“Nadzhan!”
“ Nadz letih pa. Nadz nak mandi, berehat dulu.”
Syed Nazhan lantas bangun lalu mencapai tuala yang tersidai kemas di atas rak di sisi katilnya. Dibiarkan saja papanya duduk di situ memandang gelagatnya. Tanpa sebarang kata, dia melangkah masuk ke dalam bilik air.
*****
“ Beb! Lama gila kau mandi kot! Dekat setengah jam dalam bilik air, kau buat apa?”
Salwa menegur sebaik saja pintu bilik air dibuka. Tasneem angkat kening ke atas. Apehal pula dengan dia ni?
“ Mandilah, apa lagi!”
Salwa lantas menjengukkan kepalanya ke dalam bilik air lalu mencekak pinggang.
“Ada bath tub ke dalam tu?” Soal Salwa.
“ Kau ingat ni hotel? Mestilah tak ada!”
“Dah tu, yang kau mandi lama sangat apesal?”
“Ehhh..suka hati akulah nak mandi lama ke sekejap. Dalam rumah ni kan ada dua bilik air. Pergilah turun bawah.”
“Malas!” Salwa tersengih. Tak lama kemudian dia berlari-lari anak masuk ke dalam bilik air yang terbuka. Dah tak tahan!
Tasneem geleng perlahan. Entah hapa-hapa entah dia ni.
Tangannya laju mengeringkan rambutnya dengan tuala di kepala. Pening kepala! Baru hari pertama praktikal dah pening. Kalau 6 bulan, mau botak dia dibuatnya! Perlahan-lahan dia melangkah ke arah bilik di hadapannya.
“ Ha’ah auntie Diba! Si anim ni dah buat havoc dekat opis Mas. Hari pertama dia datang praktikal, dah pergi keluar makan dengan lelaki. Sudahlah tu, lelaki tu kan auntie...jenis yang..”
“Kak Mas!” Mulut Kak Mastura ditutupnya dengan tapak tangan kirinya. Tangan yang sebelah lagi merampas telefon di telinga Kak Mastura.
“Hello..ma? Ma, ma jangan percaya cerita Kak Mas tu ye! Semua bohong belaka!”
“ Iye ke ni sayang?” Suara mama di corong telefon seakan meragui.
“Iye ma. Kak Mas ni saja je nak buat cerita. Anim okey ma. Semuanya okey. Mama jangan risau ye!”
“ Baiklah sayang. Anim jaga diri ye. Jimat-jimat duit belanja tu. Kalau ada apa-apa just call mama ye!”
“Baik ma! I love you!”
“Love you too sayang!”.
Cepat-cepat punat end call ditekan. Matanya kemudian mencerlung memandang ke arah kak Mastura yang dah tersengih-sengih macam kerang busuk.
“ Akak mengadu apa kat mama Anim aaaa?”
“Emmm…akak tak mengadu. Akak cerita hal sebenar.” Mastura buat muka tak bersalah. Butang on pada konputer ribanya ditekan.
“ Apa yang benarnya kak? Hisyhh..akak janganlah fikir bukan-bukan pasal Anim dengan Dr.Syed tu…”
“ Anim…ini bukan , bukan-bukan tahu tak. Ini betul-betul!”
“Apa yang betul-betulnya kak Mas?”
“ Anim tahu tak yang Anim ni dah langgar pantang?”
Tasneem membulatkan matanya. Kepalanya kemudian digaru perlahan. Pantang ?
‘ Anim tak faham lah Kak Mas. Pantang apa pula ni?”
“ Kepantangan Dr.Syed!”
Kepantangan Dr.Syed? Errkkk…seramnya! Baru hari pertama dah langgar pantang? Habislah..matilah aku! Lebih baik esok berhenti terus je dari buat praktikal kat situ. Sah-sah dah tahu apa keputusan akhir praktikal aku. Gagal!
“ Dr.Syed cakap dekat Kak Mas ye? Anim buat salah apa ye kak?”
“ Tak ada. Dia tak ada cakap apa-apa pun”
“Pulak dah! Dah tu? ”
Mastura berpaling, lalu tersengih. Perlahan-lahan bahu Tasneem di tepuknya.
“Apa ni Kak Mas? Jangan buat Anim suspen. Kalau betul Anim dah langgar pantang, dah buat salah..baik esok Anim tak payah datang praktikal dah.”
Makin panjang sengihan Mastura. Tasneem merungut perlahan.Isyhhh Kak Mas ni. Kasik panass....je hati ni!
“ Anim tahu tak...Anim student praktikal perempuan pertama Dr.Syed?”
“Tahu. Kak Mas kan dah cerita waktu dalam kereta tadi.”
“ A’ah kan. Lupa!”. Tasneem mencebik. Cehhhh!! Itu je ke? Pantang la sangat !
“ Ehhh…Ada lagi. Anim tahu tak..Anim perempuan pertama yang naik kereta Dr.Syed merangkap yang pertama keluar makan dengan dia?”
“Hah? Maksud?”
“Hehe..maksudnya… Anim berjaya membuka hati Dr.Syed yang hensem tu pada perempuam! Ada faham?”
Errkkk??Apakah? Dr.Syed sukakan Afnan Tasneem? Tak mungkin!!!
ok..best sngat2x,,,suka tgk si anim tu...doktor syed mcm ok la...hehe...teruskn jgn give up... :)
ReplyDeletesuker la dengan citer ni...seronok tengok tasneem kena buli.. hahahaha
ReplyDeletehehe...best...tp nape dr syed tu cam tak suke perempuan...? tp boleh pulak die ajak tasneem kuar mkn...mmg dah jatuhh cinta ke...hehe...
ReplyDeleteok sgt2x.. teruskan cerita nie, mesti best punya tau....tq
ReplyDeletememang best...mesti sambung tau...nak tau apa jadi dengan Tasneem n Dr Syed...
ReplyDeletebest juga cerita ini....sambung pls............
ReplyDeleteShe's what?...Dr Syed jawab la She's my girlfriend....hahahah..biar padan dengan muka Dr Aleesya...hihihi...Aifa best la...cepat sambung ye...
ReplyDeleteOkey sgt.. Suka..suka cite ni.
ReplyDeletelike3....okey gilew..haha..
ReplyDeleteok kalau kita jdi tasneem kita pun x caye tu doktor suka kat kita. Dingin coolio . hahaharr.. paling x bleh blah pi bayar tpi mintak bayar balik dpt elaun . sekati mak bapak dia je ~ kopak duit praktikum la bhai ...
ReplyDeletekedekut punye dr. syed... da la kaya, lagi mau suruh anim bayar balik...
ReplyDeletemesti ada sebab dia xsuka perempuan ni... dia pernah kecewa kot?
menarik..& rasa tertarik untuk ke n3 seterusnya
ReplyDeleteAnim Cool
ReplyDeleteDr Syed Cold
huhuhuhu