“Ummi! Tolong Nuqman!Luqman ambil beg sekolah Nuqman!” rengeknya sambil menarik-narik hujung baju kurung umminya yang sedang berdiri di sisi pintu rumah, sibuk menyiapkan bekalan untuk pasangan kembar kesayangannya itu.
“Luqman sayang, jangan buat macam tu pada abang. Bagi balik beg dia. Bukan ke abah dah beli beg sekolah yang sama untuk kamu berdua? Kenapa kamu nak juga pakai beg Nuqman tu?Hisyhhh..budak ni!”.
Luqman Hakim buat muka selamba. Sedikit pun teguran ummi tidak masuk dalam telinganya. Beg milik abangnya masih kemas di kelek dibelakang badannya. Selesai memakai stoking di kaki, dia senyum lagi. Tanpa menoleh ke belakang, cepat-cepat kasut Pallas Jazz yang di susun di sudut kanan pintu dicapainya dan dipakai.
“Ummi! Luqman pakai kasut Nuqman!”.
“Luqman!”.
“Alah, ummi juga cakap kasut kami berdua sama saja kan? Saiz sama, brand pun sama. Tak kisah lah mana-mana pun Luqman pakai”.
“ Tapi kasut tu aku punya! Ummi letak kat situ untuk aku pakai!”. Nuqman memberanikan dirinya untuk bersuara.Selalunya, dia hanya membiarkan semua harta bendanya jadi milik Luqman tapi kali ini dia mahu bertegas. Suka atau tidak, kasut di kaki Luqman tu harus juga dia pakai ke sekolah sebab itu kasut dia!
“Oooo..ye ke? Tak ada nama pun? Lain kali, tulis nama dulu baru aku tak ambik.Faham?”. Tegas Luqman sambil tersenyum mengejek. Sambil bersiul perlahan, dia mengikat tali kasutnya.
“Kalau aku tulis nama pun, kau ambil jugak! Buku latihan aku, semua kau ambik. Kau padam, kau tulis nama kau kan?”.
“Ada beza ke nama kau dengan nama aku? Aku padam huruf N, tukar pada L. Bukan susah pun.Jeng..jeng..jeng...terus jadi hak aku!”. Luqman tertawa besar. Namun tawanya tidak lama bila kepalanya tiba-tiba saja disekeh perlahan. Dia mengaduh kesakitan sambil menggosok kepalanya yang sedikit berdenyut.
“Luqman buli abang lagi ye! Hisyhh kamu ni..apa lah nak jadi?Akak pun ada juga kawan kembar tapi tak lah seteruk kamu berdua ni.Pantang berjumpa, mesti bergaduh. Agaknya kan ummi, waktu dalam perut ummi pun mereka berdua ni dah mula berebut barang.Haaa...Luqman, tanggal kasut tu bagi pada Nuqman. Kamu ni kan, jangan lah besar nanti isteri Nuqman pun kamu ambil sudahlah” arah Nuha Aleesya.
“ Tak nak!”.
“Pulang semula!”.
“Tak nak! Dah ada dekat kaki Luqman, Luqman punyalah!”. Luqman berkeras.
“ Kamu nampak ni? Nak kena?”. Luqman sedikit terkebelakang bila penumbuk Nuha benar-benar di tujukan ke arah mukanya.
“ummi! Tengok kak long ni!”.
“Haaaa..tau pula kamu takut.Dengan si Nuqman ni berani sangat ye!Sudah tu Luqman, dah lewat ni. Cepat buka kasut tu. Bagi pada Nuqman”.
Luqman tarik muka.Perlahan-lahan, dia tunduk untuk membuka kasut dan kemudian atur langkah malas-malas ke hadapan pintu rumah.
p/s: khas untuk yang merindui en.luqman kita :-)
nakal ssgt luqman ae....hbs dibulinye nuqman..hahaha
ReplyDeletenakal ssgt luqman ae....hbs dibulinye nuqman..hahaha
ReplyDeletenakalnye luqman..tapi comey.. suka suka <3
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletecik writer...nk tnyer..
kt mane nk bace full n3 yea??
sebab tgk suma sedutan jer..
or kene jd member kt mana2(Fb ker)??? baru bleh bace??
xbest la plak bace sedutan tp org len dpt full...huhu n3 kt p2u lambat la..