Meh kita kenali watak -watak dalam e-nopvel kahwin ganti :-)
~ Luqman Hakim ~
Dia cukup pakejnya.Rupa, harta, bijaksana cuma agama kurang arifnya dan sifat kasanova itu, tabiatnya. Dia pujaan rata-rata mahasiswi UTM tapi padanya, tempoh sah seorang wanita di sisinya hanya satu bulan. Padanya, betina itu ramai.Yang perempuan hanya segelintir termasuk Ummi dan Kak Longnya.Disebalik sifat nakalnya, dia seorang adik dan anak yang patuh dan kerna itulah cadangan 'kahwin ganti' untuk tempat abangnya diterima.Bertemu Mya Zara, dia mula kenal 'perempuan' selain ummi dan kak long dan dia mula mengenali Islam dan Cinta. Namun, kerana ego dan kurang yakin tentang 'cinta' Mya Zara padanya buatkan dia lebih rela memendam dari berterus terang.Akan adakah lagi peluang untuk dia meluahkan perasaan sebenarnya atau semua itu sudah terlambat?
~Mya Zara~
Kasih dan setianya hanya pada lelaki yang dikenalinya sejak di tahun 3 kampus UM. Walau masih terlalu awal baginya, pinangan Nuqman Hakim yang masih berbaki setahun pengajian di kampus diterima demi kerana sayang dan enggan terus difitnah.Namun ketentuan Allah melebihi segalanya. Dia redha dan pasrah tentang jodohnya dengan 'pengganti' Nuqman. Acapkali dia keliru dengan bayangan Nuqman pada 'penggantinya' itu hingga dia menidakkan tanggungjawabnya sebagai isteri. Namun tanpa dia sedari, hatinya kini sudahpun terpaut pada si pengganti kerana dirinya sendiri dan bukan kerana bayangan Nuqman. Mampukah dia untuk mempertahankan kasih dan sayangnya pada suami sendiri atau kembali hanyut dengan kasih lamanya pada Nuqman?
Nantikan...kisah penuh kahwin ganti. Sememangnya berbeza dari e-novel kahwin ganti sebab anda semua boleh kenali Nuqman , Zara dan Luqman sebelum 'kahwin ganti' berlaku....doakan cik penulis diberi kekuatan untuk siapkan cerita ni secepat yang mungkin dan dimurahkan rezeki.Terima kasih sbb menyokong KG selama ini.Nantikan sinopsis penuh cerita ni, taklama lagi ye :-)
with luv,
nur aifa batrisya
hihi! chaiyok! chaiyok!
ReplyDeletesemoga akak terus tabah dan dilimpahi idea ynag mencurah-cura ke ladang gandum untuk cepat-cepat siapkan e-novel KG nie, ye kak! ;)
sentiasa menunggu dan support akak dari belakang! :D *winkwink*
good luck untuk penulis.semoga sukses dalam menyiapkan manuskrip Kawen Ganti nie :)
ReplyDeleteAja- aja Fighting Kak Aifa...
ReplyDeleterasa tak sabarnya nak menunggu buku ni diterbitkan..
ReplyDelete