Mya Zara merenung ke sekeliling bilik kerja itu. Terasa sayu pula hendak meninggalkan bilik itu. Walau baru seminggu dia di situ, terlalu banyak memori antara dia dengan Luqman berlaku di bilik itu. Di situlah kali pertama Luqman melahirkan rasa sayangnya, walaupun bukan dengan patah perkataan. Sedih pula bila memikirkan yang malam itu adalah malam terakhir mereka di situ.
Langkah di atur ke bilik tidur utama. Luqman sedang bersila di atas katil sambil kusyuk mengadap labtop.Entah apa yang ralit di lihatnya, dia tidak tahu.Yang pasti, bukan ‘slide’ pembentangan projek akhirnya. Sekejap-sekejap dia senyum. Kemudiannya sengih. Itu tidak lain mesti melayan ‘Dibo’ lah tu! Mya Zara mengeluh.
“Tadi kata nak siapkan ‘slide”. Sengaja Mya Zara memulakan cerita sambil tangannya sibuk mengeluarkan pakaian dalam almari untuk dilipat.Tiada sambutan. Yang kedengaran hanya ketawa kecil Luqman.
“Luqman, saya cakap dengan awak ni”.Reaksi masih seperti tadi. Nampak gaya macam ‘Dibo’ betul-betul dah ‘merasuk’ pemikiran Luqman sampai tak sedar bila dipanggil. Mya Zara ketap bibir.Tangannya laju menggumpal baju di tangannya lalu di baling.
“Oitt..apa baling-baling ni. Tengok…dah terlepas scene ‘dibo’ menyorok dari kawan-kawan dia. Kesian dia, dah kehabisan hadiah.Lawak betullah. Nak hasilkan hadiah kena makan awan.Gila tak logik!”. Luqman ketawa kecil. Mya Zara mendengus, tak puas hati.Sudah namanya kartun, dari mana pula datang logiknya?
“Awak ni kan Luqman, macam budak-budak. Dah besar panjang macam ni pun suka tengok kartun macam tu”.
“Ehhh..ni cukup baik tau saya tengok kartun.Kalau saya tengok cerita pelik-pelik, awak jugak yang susah nanti”. Wajah Mya Zara mulai merona merah bila mendengarkan jawapan Luqman. Namun hatinya masih belum puas. Luqman lebih mementingkan watak kartun tu dari mendengar apa yang dicakapnya.
“Eleh..kalau tengok cerita bukan-bukan pun, bukan awak boleh buat apa-apa”. Balas Mya Zara perlahan, separuh berbisik. Tiba-tiba Luqman berpaling lalu merenung tajam ke arahnya.
“ Cuba ulang sekali lagi....”. Mya Zara ketap bibir. Itu kan Zara! Cakap ikut sedap mulut saja!Laju dia menggelengkan kepalanya.
“ Ulang semula!”. Mya Zara tunduk memandang ke lantai. Rasa takut hendak menatap wajah itu lama-lama. Rasa menyesal pula bercakap ikut hati tadi.Patutnya malam akhir di apartment itu mereka bergembira, bukannya bertefang leher seperti sekarang.
“ Zara!”.Suara Luqman semakin meninggi. Terasa sakit hatinya bila melihatkan Mya Zara tunduk membatu bersila di atas karpet itu.Tanpa fikir panjang, dia turun dari katil dan menuju ke arah Mya Zara.Sepenuh tenaga dia membongkok lalu menggendong Zara dan meletakkannya di atas katil. Mya Zara tergamam.Seluruh badannya menggeletar secara tiba-tiba lebih-lebih lagi bila melihatkan renungan Luqman yang tajam.
“ Awak lupa agaknya, saya ni lelaki.Lelaki paling pantang bila dicabar”.
“Errr...Luqman....saya..saya main-main je tadi tu.”.
“Dah terlambat”. Mya Zara rasa berat nak telan air liur bila Luqman menutup kasar komputer ribanya dan kemudian mengatur langkah laju menuju ke suis lampu di sebelah pintu. Baru saja lampu bilik dimatikan, pintu bilik dketuk perlahan.....
p/s: full entry might be weekend or early next week.insyaAllah :-)
alahai..akak dah cukup berharap agar Lukman menjalani tanggungjawabnya sebagai seorg suami dan hampir setahun mereka berkawen dan ikatan perkawenan itu seperti dipersendakan oleh mereka.Dalam islam mana ada ikut kontrak dan akak harap malam yg akhir ini mereka menjalankan tanggungjawab mereka sebagai suami isteri yg sebenarnya dan berharap minah yg menumpang rumah mereka tu tidak kacau daun dan biar sahaja lah minah tu mengetuk pintu sebab niatnya pun tidak baik..
ReplyDeleteHarap zara dapat memulakan hidup baru bersama Lukman dan lupakan sahaja Nukman yg tidak mempunyai perasaan itu.. Akak tahu..zara dah dapat melupakan Nuqman dan mencintai Luqman sepenuh hati dan begitu juga dengan Luqman.
salam
kak idA
yes dh update :)
ReplyDeleteeh..sape ktuk pintu??
ReplyDeleteadessss sape plak yg kacau nieeeee ....
ReplyDeletex sabar nye nk full n3..kekekekeke..
ReplyDeletecepatlah update full version...tak sabar nie
ReplyDeletemesti Qaseh la tu...
ReplyDeletegilerlah...hehehe
ReplyDeleteHaisshh...anak sapo pulak Yg ketuk pintu tu...kacau je...hehe
ReplyDeletesape lg f not qaseh - dah dpt guess kn - coz luqman n zara tak kn BERSAMA - remember sinopsis ada ckap zara mrajuk lari k Japan -smbong belajar - n luqman di suruh utk nikahi qaseh! - kdg dlm novel penlis lupa hukum perkahwinan dlm islam - dah setahun kawen tpi .... klau dah tak suke napa tak cerai sja - jgn menafikn hak each other - luqman kawen ngan qaseh - zara kn melarikn diri -
ReplyDeletepada saya... dh tiba masanya mereka memahami erti perkongsian hidup dlm alam umahtangga... lbh2 lagi Mya Zarra, seorg pensyarah... dan Luqman sebagai suami.. walau kawin ganti pn... tanggungjawab tetap perlu dilaksanakan...
ReplyDeleteklau dlm sipnosis.. Luqman kena kawin dgn Qaseh... Luqman patut lbh mengetahui isi hati sendiri... dan xkn dia nk mnjebakkan diri sekali lagi dipaksa kawin...
ReplyDeletejgn la si luqman tu kawin ngn qaseh gediks tu.. buat la ala2 propa jek..
ReplyDeletebetul ckp anonymous tu...rase mcm x logik plk bile baca sinopsis cite tu...mcm dlm lakonan plk..hope x jd mcm drama sinetron..kena beratkan isu agama even dlm novel sekalipun...juzz my opinion..
ReplyDeletei sokong semua komen di atas!!
ReplyDeletehope diorg akan ttp bersama smp bile2...eppy nding..
ReplyDeletesaya telah banyak membaca novel yg hampir sama dengan KG ni. Jika mengikut sinopsisnya, Luqman akhirnya kene kahwin dgn qaseh. biarkan zara merajuk? nampak sgt tiada kematangan...bila saya baca cerita ini tanpa membaca sinopsisnya dulu pun, saya dah tahu ape fungsi watak qaseh kat sini....lelah saya membaca novel jika ada watak seperti qaseh ni(watak penhancur rumahtangga org)..luqman dan zara perlu matang dlm mengharungi alam rumahtangga...dah nama pun kahwin ganti..cubalah menyelami perasaan masing2..dugaan tu biasalah..harap luqman dan zara dlm suami isteri yg sebenar..
ReplyDeletealaaaa.......kcau laa...
ReplyDeletenak bce kat mne yek sinopsis cite nie...???
ReplyDeletetwo tumbs up!ahaha
ReplyDeletegiler best la akak..hik
betul ke nanti zara merajuk ?
ReplyDeletealaaa x bes la camni. xnak la luqman kawin dgn qaseh lak . mcm x best pulak nak bace
coolz said,
ReplyDeleteadussss .... ni mesti qaseh - huhhh benci le!
hope nanti luqman bekeras tak nak nikahi qaseh saperti yg di cadangkn oleh mama! - tak logik lak mama suruh luqman nikahi qaseh si gediks neh jaz bcos *pasal anak* kn selama ini mama syg kat zara! mana peranan kakak Nuha neh - dia jugak yg selalu ambik kisah luqman -
anyway tq writer -
akak... xnk la luqman kene kawen dgn qaseh... i dont like qaseh la... xpon, wat la dyowg x jadi kawen ke... kononnya, someone yg suka qaseh dtg halang or luqman mnyesal n g cari zara jugak....
ReplyDeletesapa lgi yg ketuk tu?? kacau daun betul laa.. bkn qaseh dh blk ke? yelah..wlaupun diorg kwin dh hmpir 1thn, tpi diorg tingal asing2.mmg kes mcm ni brlaku dlm real life juga.kn this is based on true story. infact-ourlife is drama! who agree with me? :) so relax jer enjoy citer ni.(juz giving out my opinion/peace y'all):)
ReplyDeletesalam... sya disi ni nk cadangkan ttg nama lain bagi novel ini...sekadar cadangan...apa kata letak tajuk 'BUKAN KEHENDAK KU'...sbb luqman bkn nk pun kahwin dgn zara same jgk dgn zara dia bkn nk pun kahwin dgn luqman tp nuqman...lagi satu bkn kehendak mereka utk menjalani kehidupan yg mcm tu...tp keadaan yg memaksa... sekian, saidatul...
ReplyDeletebest.....saya ambik masa 2 hari nak habiskan e-novel ni.....yg kat penulisan2u tu sama gak ke ngan cerita ni atau ada edit2 lagi??? cepat2 la sambung cerita ni....tak sabar nak habiskan....
ReplyDeleteharap jalan cita kisah zara ngan lukman happy anding. stress la kalau mreka x ditakdirkan bersama. selepas cabaran yang mereka harungi bersama. Saya pun tak suka jika watak qasih jadi bini No. 2 Lukman. Harap Lukman akan bantah sekeras-kerasnya. Mana aci asyik kena paksa kawin aje. fist sb maruh keluarga skrg ni sb kes zuriat pulak. kalau nak satukan gak Qasih dlm fmly Lukman, biar la watak Nukman yg jadi Suami kepada Qasih...! @ sedara mara yg lain..
ReplyDelete