Nama: Syed Nadzhan b. Syed Irham
Pekerjaan : Research Engineer
Umur : 30 tahun
Status : Masih bujang trang tang tang...biarpun dikejar tanpa henti oleh dua pupunya..Dr.Aleesya
Info :
Lelaki berpangkat Dr. PHD yang macam bagus. Lebih suka berkomunikasi dan hidup di dalam lingkungan kaum lelaki sahaja. Komited pada kerja tapi bermasalah hendak kerjasama dengan kaum perempuan. Pembersih, pengemas. Suka berjimat. Lebih suka hidup dalam dunia sendiri. Tak suka ambil tahu hal orang lain yang tidak berkaitan dengannya.
Nama : Afnan Tasneem bt.Adnan
Pekerjaan : Student
Umur : 22 tahun 11 bulan
Status : Hati sudah dimiliki...( Adam Naufal)
Info :
Pelajar praktikal di salah satu pusat penyelidikan. Ceria orangnya. Sangat jujur dan kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kalau ada sesuatu yang tidak difahaminya, dia akan terus bertanya dan bertanya. Selamba , kadang-kadang tak faham bahasa. Bukan kategori perempuan yang pengemas tapi suka mengemas.
Monday, May 7, 2012
Meh berkenalan dengan watak utama e-novel Meh, sandar pada aku!
Wednesday, May 2, 2012
Meh, Sandar Pada Aku - Bab 9
“ Mama?”.
Tasneem tercari-cari kelibat
mamanya. Mama tiada menantinya
di sisi katil itu. Bilik itu juga agak asing baginya. Hampir seluruh
bilik itu di cat dengan warna unggu, warna kegemarannya dengan hiasan wallpaper
pada dinding berbentuk hati. Dahi
Tasneem berkerut panjang. Di mana
dia sebenarnya? Yang pasti, dia bukan di hospital. Mungkin juga dia di dalam
salah satu bilik dalam rumah papa barunya...bukankah tadi dia pengsan?
“ Mama?”, sekali lagi dia menyeru perlahan.
“ Tasneem?”.
Tasneem bingkas bangun dari baring bila suara itu menyapanya. Dia pantas
tunduk melihat keadaanya ketika itu. Masih lengkap bertudung seperti dia
mula masuk ke dalam rumah itu tadi. Perlahan, dia menarik nafas lega.
“ Emir?
Aaaa...emmm...mama saya mana?” soal Tasneem, serba salah campur malu.
Lebih-lebih lagi bila Emir hanya tersenyum sambil berdiri di sisi katil itu.
“Auntie Farah ada di bawah dengan
uncle Irham. Awak okey Tasneem? Dekat setengah jam juga awak pengsan tadi.
Mungkin, awak letih lama duduk dalam kereta tadi kan? Kesian dekat awak. Kalau awak datang
sini naik flight pun tak apa kan?
Tapi itu lah, uncle Irham tu sibuk nak drive juga ”.
Tasneem sengih. Segan pula bila
soalan itu ditanya. Tak kan
nak jawab tak okey pula kot, padahal dalam hati menggunung malu.
Haiyyyaaa….macam mana kau boleh pengsan ni budak Anim?
“ Mana ada saya pengsan. Saya mengantuk. So tadi...saya terlelap,”
balas Tasneem spontan. Emir gelak
besar. Dengan selamba dia melabuhkan punggung di atas katil, di sisi Tasneem.
“ Awak ni comel la Tasneem. Awak tahu, kali pertama saya nampak awak, saya
terus tertarik tau! Awak ni..hmmm...ada something special yang tak ada pada
perempuan lain.”
Mata Tasneem terbeliak. Hilang terus rasa malu dan segannya tadi. Comel? Something
special?Erkkkk..mamat ni mamai ke atau terlebih minum kopi agaknya? Wajah Emir
yang memang murah dengan senyuman di tenung tidak berkerdip.
“ By the way, umur awak berapa ye
Tasneem?”.
“ 22..tak lama lagi masuk 23
tahun.”
Senyum Emir sampai ke telinga. Entah apa yang gembira sangat kalau setakat
umur saje kot.
“ So, Tasneem lagi muda dari saya la nampaknya. Saya 28 tahun. Tasneem kena
panggil saya abang Emir tau!”.
Abang? Seorang lagi abang? Yang tadi tu abang tiri yang ini pula abang apa?
Tasneem mencongak-congak
sendiri. Dari hanya ada seorang kakak sejak dia lahir, tiba-tiba saja dia ada
ramai abang ! Hebat kau Anim!
“ Tasneem? Fikirkan apa tu?”
“Errr..baik. Baik abang Emir...”
tutur Tasneem, sebutir-sebutir.
“ Tak mau panggil nama pun tak pe.
Abang pun okey,”.
Abang pun okey? Geshhhh..kan ke bagus kalau Abang
Emir ni je yang jadi abang tiri dia, bukan lelaki tu? Abang Emir ni nampak baik
saja orangnya. Sweet. suka tersenyum. Sikap dan perangainya macam Adam. Rupa
pun dah ada iras-iras. Cumanya, errmmm..mulut dia manis sikit rasanya. Adam
pula nampak lebih matang dan setiap kali dia bercakap rasa mendamaikan. Ooohhh…Tasnem,
kau dah pandai banding-bandingkan orang pula ye? Emir dengan Adam ni siapa?
Calon suami? Erkkk…
“ Bro, kau tak payah la nak jual
minyak dekat budak ni pulak. Dia ni
dah jadi sepupu kau pun.”
Tak semena-mena ‘abang tiri’ nya
itu masuk ke dalam bilik tanpa isyarat mahupun ketukan di pintu yang separuh
terbuka.
“ Sepupu pun boleh kahwin maa…kalau
hati dah berkenan. Betul tak Tasneem?”.
Tasneem angguk laju. Mata Syed
Nadzhan lantas membulat. Aihh minah ni? Tak kan lah dia dah sangkut pula dengan Emir ni kot! Baru kenal beberapa
minit dah suka? Hmmm...ada juga rupanya perempuan jenis lurus bendul macam dia
ni. Asal ada saja lelaki yang datang dekat, dia ingat lelaki tu ada hati pada
dia. Huhhh! Satu lagi jenis perempuan yang dia dapat kategorikan hari ni.
Perempuan lurus bendul a.k.a kuat perasan = Afnan Tasneem.
Tasneem mencebik melihatkan reaksi ‘abang’nya. Pandangan mata Syed Nadzhan
tidak diendahkan. Malas nak layan. Sekarang, kata-kata Salwa dulu-dulu dia
akui. Dunia ni kecil dan bulat. Punya jauhlah dia berjalan dan berpusing pun,
kalau sudah ketentuan Allah dia dan Dr.Syed sombong ni bersaudara...itulah
hakikatnya kan?
Tangannya perlahan menarik dan melipat comforter yang menutupi separuh
badannya tadi tanpa mengendahkan kehadiran dua lelaki yang sejak tadi hanya
memerhati saja gelagatnya. Namun, tak lama kemudian dia berpaling bila terasa
diri diperhati. Dahinya berkerut, minta penjelasan.
“ Kenapa abang diam je?”. Soal Tasneem sambil memandang ke arah wajah Emir
di hadapannya.
Abang? Wajah Syed Nadzhan separuh
terkejut. Memang haru betul budak
perempuan ni. Baru jumpa tak sampai 5 minit dah panggil abang? Haiihhhh..siapa sebenarnya abang tiri dia
ni?
“ Ehhmmm..ehmmm…Abang Emir. Dah
lewat ni. Jadi tak kita nak keluar
ni ?”.
Tasneem dan Emir sama-sama berpaling ke arah sisi kanan mereka. Tasneem
terasa ingin ketawa, tapi di tahan. Serius lawak muka Dr.Syed! Kelat! Sudahlah tu, boleh pula panggil abang Emir
ni, abang!
“ Jadi! Tapi kita tukar venue boleh Nadz? Kita
pergi midnight movie dengan Tasneem la ye. Okey tak? Ada apa cerita best ye? Aku dah lama tak
tengok wayang ni ”.
Tasneem senyum panjang.
Wahhhh..midnight movie? Dah lama tak pergi tengok wayang! Wajah Emir di pandang
penuh minat. Serius abang Emir ni memang best! Kalau lah dia jadi abang
tirinya…..
“ Nope! No midnight movie for her
but for us, yes. Boleh!”.
Senyuman Tasneem mati di situ.
Wajah Syed Nadzhan di pandang tajam, tak puas hati. Ni kenapa pula ni dengan Dr.Syed? Gaya lagak dah
macam abang-abang!
“ Kenapa saya tak boleh join pula
Dr.Syed?”. Soal Tasneem.Bibirnya diketap perlahan.
“ Wait! Dr.Syed? Tasneem dengan….”.
Tasneem tergamam bila lengannya
tiba-tiba di tarik. Dia lantas bangun dan mengikut langkah Dr.Syed yang sejak
tadi kejap memegang lengannya. Lengannya kemudian dilepaskan kasar bila mereka
memasuki bilik di hujung tingkat atas banglo itu.
“ Apa ni Dr.Syed? Sakitlah! Kenapa
tarik saya sampai sini pulak?” rungut Tasneem. Lengannya yang terasa
berdenyut-denyut di gosok perlahan
sambil mulutnya terkumat-kamit menyumpah tindakan lelaki itu. Seketika matanya
ligat memandang ke arah sekeliling bilik itu. Ini bilik siapa pula ni?
“ Dr.Syed..Dr.Syed…kita sekarang di
rumah, bukan opis!” tegas Syed Nadzhan. Wajah nya tegang, pandangannya tajam.
“ Habis, saya nak panggil apa?
Abang Syed? Hisyhhh..tolonglah!”.
Abang Syed? Syed Nadzhan tergamam.
Hilang kata.
“ Apa tolong, tolong? Aku bukan nya
lelaki mulut manis macam Emir yang kau nak panggil-panggil abang!”.
“ Saya tahu tu! Mulut Dr.Syed tu memang tak manis, tapi tajam.
Cakap ikut suka je. Habis tu, Dr.Syed nak
suruh saya panggil apa? Hisyhhh…panggilan pun nak jadi isu.” Tasneem terusan
membebel. Sudahlah badan penat, letih...kena bebel pula tu.
“ Benda ni tak kan jadi isu kalau kau tak beria-ia nak buat praktikal
dengan aku!”.
“ Pulak dah ? Saya apply je, manalah saya nak tahu yang Dr.Syed ni
bakal jadi..”.
“ Tak tahu ke, atau saja pura-pura tak tahu? Ha? Aku paling pantang orang yang suka berbohong ni,
kau tahu tak?”. Syed Nadzhan pantas memotong cakap Tasneem dengan
wajahnya yang serius.
Tasneem sedikit terbelakang bila Syed Nadzhan mula mendekatkan diri
dengannya. Melihatkan renungan matanya, jadi seram sejuk badannya semula.
“Errr...apa ni Dr.Syed..janganlah datang dekat-dekat...”.
Syed Nadhzan mencebirkan bibirnya. Langkah kakinya diteruskan merapati Tasneem
hingga tubuh gadis itu tersandar di dinding bilik itu. Tasneem pejam mata.
Akalnya dah tak mampu berfikir lagi. Doanya cuma satu, moga-moga ada seseorang
yang sedar kewujudan mereka berdua dalam bilik itu.
“ Nadzhan! Apa kamu berdua buat dalam bilik ni? ”.
Matanya lantas dibuka laju lalu berpaling. Mama, Papa Syed, Abang Emir! Tolong
Anim!
“Jangan beritahu sesiapa yang kau
kenal aku sebelum ni, faham?”. Sempat
juga pesanan diberi sebelum dia keluar dari bilik tanpa menjawab soalan Papanya.
Tasneem mengurut dada, lega. Bahaya juga dia ni rupanya. Tapi... bukan ke dia
tak minat pada kaum perempuan? Macam mana pula tadi...ahhh...abaikan! Lekas dia
melangkah laju ke arah mama lalu tubuh mamanya dipeluk erat. Papa Syed pula
hanya mampu menggeleng kepala, tanpa kata.
***********
Syed Nadzhan meraup wajahnya, perlahan. Sesekali dia mendegus kasar. Rasa
menyesal dengan tindakannya tadi mula menghantui dirinya. Kenapalah agaknya dia
boleh bersikap begitu pada Tasneem? Sudahlah tu, ditangkap berdua dalam bilik
dengan papa, auntie Farah juga Emir pula tu!
“ Bro! Kau kenapa ni? Kau dengan Tasneem, dah pernah kenal ke sebelum ni?”.
Bahunya ditepuk perlahan oleh Emir yang duduk di sisinya sama-sama disudut
hujung katil itu. Syed Nadhzan mengeluh perlahan.
“ Tak adalah,” balasnya pendek.
“ Tak ada? Habis, tadi tu? Apa kes ? Aku tak pernah tengok kau react macam tu sebelum ni Nadz. Kau
terus-terang je dengan aku. Dia tu siapa sebenarnya?”. Soal Emir bertalu-talu
dengan wajah beria-ia. Syed Nadzhan
mengeluh lagi. Dia rasa terhimpit. Itu kan,
bertindak tanpa berfikir. Kesannya? Dari orang tak tahu apa-apa, boleh jadi
tahu. Kepalanya digaru perlahan tanpa makna.
“ Okey, fine. Dia student praktikal
aku,” balas Syed Nadzhan, malas-malas.
“ What??”.
“Iye, dia student aku. Tapi kalau
boleh, aku tak mau papa dengan Auntie Farah tahu.”
Emir ketawa kecil. Patutlah Tasneem
sampai pengsan bila nampak Syed Nadzhan tadi. Rupa-rupanya mereka memang dah kenal satu sama lain sebelum ni.
‘ Ada masalah ke kalau papa kau tahu ?’.
Syed Nadzhan angguk perlahan.
‘ Aleesya pernah buat cerita yang aku ada affair dgn budak tu. Papa pun
tahu.’
‘ So ? Apa masalahnya? Realitinya kau memang tak ada apa-apa dengan
dia kan? Jadi abaikan saja gossip liar tu. Haahhh..Aleesya, dia tu kan memang
obses dengan kau. Mana boleh dia duduk diam kalau ada perempuan lain dekat
dengan kau kan?”.
“ Itu lah tu.”
“ So, kalau berita tu tak benar, apa yang kau nak takutkan? Yang kau
beria-ia tarik tangan budak tu tadi..kenapa? Kesan dia wehh...dah lah nampak
muka kau je terus dia pengsan tadi.” Emir ketawa besar. Syed Nadzhan mencebik.
Itu lagi satu masalah. Boleh pula budak tu pengsan bila nampak dia tadi. Macam
nampak hantu je!
“ Dah lah, aku tak nak cakap lagi pasal tadi. Hahh..dah lewat ni. Pergilah balik!”.
‘ Hamboi...dapat adik comel terus halau aku balik ye ! ‘. Emir
mengusik. Sengaja dia mahu menduga. Hati Syed Nadzhan memang susah hendak
dibaca tapi Aleesya kan satu tempat kerja dengannya ? Pasti dia tahu
sesuatu. Kalau tidak, tak kan lah dia pandai-pandai saja buat cerita ?
Hmmm...kena risik pada Aleesya ni !
‘ Kau tu bukan boleh dipercayai sangat. Nanti malam-malam kau merangkak ke
bilik sebelah kan ? ‘.
‘ Iye lah tu. Okey la bro. Jumpa esok la ye. Esok aku datang breakfast
kat sini. Cadangnya esok nak ajak
Tasneem keluar dating. Papa dengan mama baru kau dah izinkan. Balik dulu la.
Chow!”.
Kelibat Emir di pandang hingga hilang dari bilik itu. Emir nak
datang lagi esok sebab nak bawa Tasneem dating? Tak kan lah dia ada hati pada budak tu pulak kot? Haisyhh..budak ni
betul-betul macam gula lah! Dekat ofis, Adam datang dekat. Dekat rumah pula si
Emir. Hailah Tasneem! Dalam banyak-banyak perempuan dalam dunia ni kenapa mesti
kau yang jadi adik aku?
Dan Syed Nadzhan terusan mengeluh….
***********
“ Morning sayang. Lena
tidur malam tadi tak?”.
Tasneem tersenyum taktala
punggugnnya dilabuhkan di atas kerusi makan rekabentuk english itu. Semuanya
warna putih dalam rumah ini. Suci lagi murni. Hujung tudungnya yang terjatuh di
betulkan semula dan letak elok ke bahunya.
Perlahan-lahan dia menikmati bau
nasi goreng kampung yang masih lagi berasap di atas meja. Mesti sedap ni! Dah
lama mama tak masak spesial macam ni! Favorite tuhh!
“ A’aa…Anim. Tunggu papa dengan
Abang Nadz dulu sayang.” Tasneem sengih panjang. Perlahan-lahan tangan kanannya
di tarik semula ke sisi. Sudah
terbiasa berdua di rumah, terlupa pula pagi itu dia ada di mana.
“ Morning Anim!”.
Tasneem menoleh. Bibirnya di paksa menghadiahkan senyuman pada papa Syed
dan kemudian dia tunduk hormat. Terasa masih kekok dengan keadaan baru itu.
Hendak disebut perkataan papa pun rasa menggeletar saja bibirnya.
“ Ehh...Nadz tak turun lagi ke?”.
“ Belum lagi.”
“ Anim boleh tolong papa?
Panggilkan abang Nadz turun ye!”.
Wajah papa Syed dipandang tanpa
berkerdip. Dia? Panggil Dr.Syed turun? Tak ada orang lain ke yang lebih layak?
Mengingatkan kisah malam tadi pun dah cukup buat dia tak lena tidur malam. Lagi pula bila memikirkan lelaki itu
berada di bilik sebelahnya. Haisyhhh....tak larat nak pikir dah.
“ Anim? Yang kamu dok tenung muka papa tu kenapanya? Pergi panggil abang Nadz cepat. Dah sejuk, tak
sedap nanti nasi goreng ni. ‘
Tasneem angguk laju. Langkah di atur malas-malas ke tingkat atas rumah itu.
Dalam banyak-banyak lelaki kenapalah mesti lelaki ni jadi abang dia ?
Kalau Adam, okey juga. Baik, tenang saja orangnya. Tentu aman harmoni keluarga
baru mereka. Tapi, Adam ? Ohhh..tak boleh. Dia kan cinta hatiku.Tasneem
senyum sendiri.
Akhirnya dia tiba juga di pintu bilik yang dicat warna biru muda itu. Masih
berkira-kira untuk masuk. Tangan kirinya kemudian dipaksa mengetuk pintu itu
beberapa kali namun tiada sahutan. Tombol pintu dipulas perlahan. Tak
berkunci.Dengan sekali tolak saja, pintu itu sudah terbuka luas.
Seperti yang dia jangka. Bilik tidur lelaki itu memang keadaanya sama
dengan biliknya di pejabat. Sangat kemas dan teratur. Dinding dihias
wallpaper warna biru laut. Perhiasan dalam bilik itu pula dari katil, meja
kerja, almari baju dan loker semuanya warna putih. Jauh di sudut hati, dia rasa
kagum.
Dia tidak pasti pada lelaki lain,
tapi setakat yang dia tengok dalam cerita-cerita di televisyen bilik lelaki
selalunya berselerak. Pakaian bertaburan atas lantai. Majalah berselerak. Makanan tak habis dibiar atas
meja. Mug air yang berisi air tak habis dibiar tak berbasuh. Bau pula
tak payah cerita lah! Dah bau pekung kata orang! Bau rokok bercampur baju tak
basuh dan juga bau makanan dan minuman basi.Urghhhh..tak dapat dibayangkan
keadaannya!Tapinya bilik ni berlainan sekali. Kalah bilik anak dara!
Tapi, ke mana pula tuan bilik ni pergi? Elok saja katilnya berkemas
macam tak terusik. Entah-entah dia ikut abang Emir balik rumah dia semalam tak?
Ehhh..lembut gila tilam dia ni. Lagi
best dari tilam bilik nya. Bau pun wangi je cadarnya. Relaks dulu lah ! Lagi pun, dia bukan ada pun
kan ?
Tasneem merebahkan badannya ke atas tilam empuk itu dengan kakinya sengaja
dijuntaikan ke bawah. Dia senyum sendiri. Macam tak sangka saja dia
boleh duduk serumah dengan lelaki tak suka perempuan tu. Bukan saja serumah,
tengah baring atas katilnya pulak tu! Huyaaaiiii..kalau cerita pada Kak Mas
dengan Salwa ni mesti diorang mati hidup semula tak percaya. Kalau cerita pada
Dr.Aleesya? Mau sebulan pun tak cukup dia amuknya! Tasneem ketawa kecil bila
memikirkan rancangan jahatnya itu.
Namun, bunyi dentuman pintu
menghentikan tawanya. Dia bingkas bangun namun sedikit terkejut bila pemilik
bilik itu sedang berdiri tegak dihadapannya sambil mencekak pinggang. Tasneem
lantas tunduk dengan kedua tapak tangannya menutup muka.
“ Seronok nampak?”.
Tasneem rasa berdebar. Jantungnya
berdegup kencang. Ini bukan kantoi agung dah ni. Ini namanya dah kantoi tahap
dewa! Macam mana lah dia tak boleh terfikir yang lelaki itu ada dalam bilik air
tadi? Kalau pagi, mestilah mandi dulu baru sarapan ye tak?
“ Kau kenapa ni? Nampak hantu? Turunkan tangan kau tu!”.
Tasneem geleng laju.
“ Sudahlah masuk bilik orang tanpa izin,suka-suka hati kotorkan katil pula
tu. Turunkan tangan tu!”. Suaranya makin keras. Tasneem kecut perut. Cepat
tangannya diturunkan namun matanya masih lagi dipejamkan.
Syed Nadzhan ketap bibir. Melawan
lagi tu!
“ Kenapa dengan mata kau tu? Ketumbit?”.
“ Haaa?”. Pantas matanya dibuka tapi kemudian dia tunduk. Syed
Nadzhan makin tak puas hati. Dari mencekak pinggang,tangannya kini dipeluk erat
ke tubuhnya.
“ Dah, aku tak ada masa nak
main-main dengan kau. Kau nak apa
masuk bilik aku ni? ‘.
‘Aaa...err...papa Dr.Syed.... ‘.
‘ Berapa kali aku nak kena tegur, bila cakap pandang muka. Jangan
jadi orang tak ada adab ! ‘.
Tasneem telan air liur. Terasa payah pula patah-patah perkataan
nak keluar dari mulutnya. Mamat ni serius tak sedar keadaan diri dia tu macam
mana .Itu sebab sibuk nak suruh pandang muka dia yang tak ‘semenggah’
tu.Geshhhh....
“ Saya tunduk, bercakap tak pandang muka bukan bermakna saya tak ada adab. Tapi sebab saya segan. Saya tahulah Dr.Syed tak suka pada perempuan kan? Tengok kami yang
perempuan ni langsung tak rasa apa-apa. Tapi saya ni perempuan normal Dr.Syed.
Saya suka pada lelaki. Mestilah saya segan kalau nampak lelaki berdiri depan
saya tak pakai baju. Okeylah, saya keluar dulu. Kalau lapar, jomlah turun
sarapan sama.”
Tasneem bingkas bangun dengan pandangannya masih ditundukkan. Langkahnya di atur laju keluar dari bilik
itu tanpa berpaling lagi.
Syed Nadzhan tergamam. Perlahan-lahan dia tunduk memandang keadaan dirinya
yang hanya berseluar bermuda paras lutut dengan tuala masih elok bergantung di
bahunya. Kata-kata Tasneem
tadi benar-benar buat dia rasa terpukul. Budak tu cakap aku tak suka perempuan ? Maksudnya selama ni yang dia tersasul tu dia
maksudkan aku..... ? Arghhhhh!!!!!!
Langkah Tasneem terhenti di anak tangga terakhir ke tingkat bawah rumah itu
taktala suara jeritan itu kedengaran. Bibirnya diketap perlahan. Dia salah
cakap atau dah tersalah anggap sebenarnya ni? Ahhhh..abaikan. Yang penting,
perut yang kosong perlu di isi. Lagi pun, sekejap lagi dia ada janji dengan
Abang Emir!
to be continue....
p/s : amacam kwn2? dah terjawab teka-teki anda?hihihi....jemput comment deh kalau sudi :-)
Tuesday, April 24, 2012
Meh, Sandar Pada Aku bab 8
Dia sampai awal pagi itu. Seawal 8 pagi dia sudah ada di KLIA selepas
berjanji dengan Encik Hamid pukul 7 di depan pintu masuk opis. Malas hendak
memandu. Trafik ke arah Seremban boleh tahan juga sibuknya waktu hari kerja.
Penampilannya? Hmmm..agak santai berbanding biasa yang asyik berkemeja lengan
panjang dan sluar slack serta kasut hitam berkilat. Hari ini dia lebih selesa
begini. Tak salah rasanya kalau sekali-sekala hanya ber-shirt tanpa kolar dan seluar
jeans saja. Lagi pula hari ini hanya pendaftaran sahaja dan esok baru seminar
akan bermula.
Melihatkan pakaian yang tersarung di tubuhnya ketika itu, dia jadi senyum
sendiri. Jeans dan t-shirt. Kedua-duanya
mengingatkan dia pada seseorang. Budak tu ! Inikan uniform utama budak tu
bila datang ke opis. T-shirt lengan panjang, jeans dan kasut snickers. Huhh..macam
dah tak ada pakaian lain yang nak di pakai. Sudahlah badan kecik molek saja
macam budak lepas SPM, pakai pula baju macam tu. Memang confirm macam budak
lepasan sekolah.
Dan dia jadi keliru dan tertanya-tanya sendiri. Macam mana lah Adam yang
bijak pandai itu boleh suka perempuan macam tu ?Ahhh...kenapa pula soal
pilihan hidup Adam dia nak pertikaikan ? Hisyhhh...sudahlah tu Nadzhan. Jangan sibuk hal
orang !
Pandangannya pantas dialihkan ke arah skrin besar dihadapannya. Masih awal
lagi. Penerbangannya pukul 10 pagi ke Langkawi. Tapi memang sudah prinsipnya
begitu. Datang awal lebih baik. Biar lama menunggu tapi jangan ditunggu.
Matanya kemudian menangkap gelagat pasangan yang duduk selang dua barisan
kerusi darinya. Kelihatan seolah-olah baru saja berkahwin dan Inai masih merah
dijari si perempuan mengesahkan tekaannya. Muka macam budak lepasan universiti
tapi dah kahwin? Hai lah budak-budak
sekarang ni. Muda-muda dah nak kahwin. Nanti tak sampai setahun, dah bercerai
berai bila masing-masing rasa terikat dan tak boleh nak enjoy.
Tapi Tasneem pun muda lagi ! Baru umur 22 tahun dah nak bertunang. Mungkin juga, dia bertunang hanya setahun, habis
saja praktikal dan satu semester lagi pengajian terus kahwin ! Budak lurus
macam bendul macam dia tu, bukan boleh dijangka. Kadang kala gelagatnya memang di
luar jangkaan.
Ahhh..Nadzhan! Sekali lagi kau nak menyibuk hal orang! Biarkanlah
kalau dah itu pilihan dia. Hidup dia, kenapa kau nak sibuk-sibuk pula Nadzhan?
Dia mengeluh perlahan. Penat memikirkan perangai peliknya sejak akhir-akhir
ini. Entah sejak bila dia jadi busy body lebih-lebih lagi bila hal berkaitan
budak tu.
Lantas Ipod dari beg
galasnya dikeluarkan perlahan. Hasrat hati nak lari dari terus
memikirkan soal budak itu tapi entah kenapa akal fikirannya masih memikirkan
hal yang sama.
Kat mana dia sekarang ye ? Mesti
dia dah sampai kampung sekarang ni kan?
Dia orang mana ye? Dari 'slang' bercakap, tak dapat diagak pula dia asal dari
mana. Tapi, betul ke budak tu nak bertunang? Kalau betul, dengan siapa pula
kalau bukan Adam orangnya ? Ahhh..entah-entah dia temberang saja lebih kot. Saja nak buat cerita!
Dahinya pantas diurut perlahan.
Bibirnya diketap. Dia marah. Marah pada diri sendiri. Perlukah sekarang semuanya dikaitkan dengan budak tu?
Macam dah tak ada hal penting lain yang boleh dia fikirkan. Asyik-asyik pasal
dia. Ahhh...layan lagu lagi baiklah!
Pantas headphone dilekapkan ke telinganya dan hujung jarinya lincah menekan
butang Play. Matanya dipejam perlahan. Bayangan ‘budak’ yang kerap bermain di
fikirannya sejak akhir-akhir ini cuba dihalau jauh-jauh.
Cukup. Cukup setakat hari ini, saat ini. Mulai esok, dia akan kembali
menjadi Syed Nadzhan yang sama. Persepsinya pada perempuan, sekali-kali tak akan
berubah. Perempuan = menyusahkan.
Tasneem juga perempuan dan selama ini dia juga dah banyak menyusahkan kau yang
mana mengesahkan persepsi kau selama ini pada perempuan, betul. So, that’s it!
Enough!
" Hai Syed! Dah lama ke you tunggu I?"
Syed nadzhan sedikit tersentak bila bahunya ditepuk perlahan. Tubuhnya dijauhkan sedikit menjauhi tetamu tak diundangnya. Headset yang melekap elok di telinganya di tarik dan dibiarkan tergantung di lehernya.
" You buat apa kat sini Aleesya? You tak kerja ke hari ni?"
Alessya senyum simpul. Tanpa di ajak, dia
melabuhkan punggungnya di sisi Syed Nadzhan sambil membetulkan rambutnya yang
dibiarkan lepas tanpa di ikat.
" I kan bayang-bayang you Syed. Ke mana saja you pergi, I pasti akan ada. So..here I am. I akan join you ke Langkawi! Mesti you suka kan?" soal Aleesya sambil tersengih panjang.
" I kan bayang-bayang you Syed. Ke mana saja you pergi, I pasti akan ada. So..here I am. I akan join you ke Langkawi! Mesti you suka kan?" soal Aleesya sambil tersengih panjang.
Dahi
Syed Nadzhan berkerut panjang. Mulutnya pula automatic dimuncungkan.
“ Suka
la sangat! You adalah orang terakhir yang I harap dapat jumpa Aleesya. Please lah, jangan anggap diri you tu bayang-bayang
I. I feel humiliated. Totally humiliated!
”.
Aleesya
buat muka bersahaja. Dia sudah masak dengan sikap Syed Nadzhan yang sering saja
menolaknya. Kata-kata lelaki itu juga sudah
immune pada pendengarannya, dah tak masuk dalam hati. You kutuk lah I,
kata lah I apa pun Syed..I akan tetap akan ada di sisi you ke mana saja you
pergi! Aleesya senyum panjang.
“
Haaa…yang you sengih kenapa? You pergi sana
nak ikut seminar ke nak shopping? Besar beg you bawa?”.
Aleesya
hanya menjeling sekilas ke sisinya dan kemudian angkat bahu.
“ Well,
kalau you sudi temankan I shooping, apa salahnya kan? I seribu kali sudi Syed. Alang-alang
sampai sana…boleh juga kita survey tempat
honeymoon kita nanti kan?”.
Mata
Syed Nadzhan membulat. Honeymoon? Dia dengan Aleesya? Biar benar! Bibirnya
tersenyum diikuti dengan tawa yang besar.
“ You ni kan Aleesya, hai lah. I tak tahu nak sebut
perkataan apa lagi yang boleh buat you faham fakta tentang I dengan you. Okey,
dengar sini baik –baik ye wahai Dr.Sharifah Aleesya bt.Syed Azhar yang
bijaksana. I, Syed Nadzhan bin Syed Irham dengan ini menegaskan yang mati hidup semula pun I tak akan kahwin
dengan you. Kalau lah ditakdirkan Allah yang I accident dan hilang ingatan pun,
I berdoa supaya jodoh I masih bukan you. You faham tu?” tegas Syed Nadzhan
dengan wajah yang serius. Tak ada tanda-tanda dia hendak bergurau atau
berseloroh.
Wajah
Aleesya tegang. Dia terkedu. Tergamam dengan kata-kata itu. Matanya berkaca.
Wajah Syed Nadzhan dipadang tajam tanpa kerdipan mata. Entah kenapa kata-kata
lelaki itu kali ini masuk terus ke dalam hatinya. Hatinya sakit bercampur
marah. Bibirnya menggeletar seakan-akan gatal untuk menghamburkan sejuta rasa
yang dia sedang rasai sekarang.
“
Kenapa Syed? Kenapa you benci sangat pada I? Apa kurangnya I sampai you sanggup
cakap macam tu? I cantik, I pandai, I juga ada harta dan keturunan yang
baik..apa lagi yang you nak ha? You name it! I akan cuba dapatkan apa saja asalkan you
jadi milik I Syed !”.
Air mata Aleesya mula mengalir perlahan di
pipinya. Sungguh. Kali ini dia benar-benar terasa dengan kata-kata Syed
Nadzhan. Lebih-lebih lagi dengan reaksinya selepas itu. Syed Nadzhan hanya
buat muka tak reti dan membuang pandangannya kea rah orang ramai yang
lalu-lalang di hadapannya seakan tiada apa-apa yang berlaku ketika itu.
“ You
nak, I perangkap you..tuduh you rogol I and then by that way you kena kahwin
dengan I. Itu yang you nak?”.
Masih
seperti tadi. Syed Nadzhan hanya diam tanpa kata dengan lagak
muka bersahaja. Sesekali nafasnya dihembus perlahan.
“ Syed..you tahu kan, dari kecil I ikut
you...I sayang sangat pada you. Hampir 25 tahun you tahu tak? I setia
sangat-sangat pada you tapi kenapa you layan I macam sampah? Apa lagi yang kurang
pada I? I dah cukup semua criteria untuk jadi isteri you. You nak suruh I
berhenti kerja and jaga makan pakai you hari-hari? Fine! I sanggup!”.
“
Nope!”. Akhirnya Syed Nadzhan bersuara dengan helaan nafas panjang.
“ You
tak perlu berhenti kerja Aleesya.You hanya perlu berhenti kejar I. Itu saja.
Semua criteria yang ada pada you, tak sesuai untuk I tapi mungkin sesuai dengan
lelaki lain di luar sana.
So, Stop looking at me ! Buka mata you luas-luas . Ramai lagi lelaki baik di
luar sana yang suka kan you. But
I’m sorry.It’s not me . ”
“ Tapi you
lelaki terbaik yang I pernah jumpa!” tegas Aleesya. Air mata yang mengalir
pantas diseka. Rambutnya yang sedikit menutupi wajahnya diselak perlahan ke
belakang.
“ Itu
sebab you tak pernah buka mata you dan hati you pada lelaki lain. You hanya
nampak I. But I’m really sorry, you’re
not my taste. ”
Aleesya
tunduk. Perlahan-lahan kepalanya digelengkan. Jujurnya, dia sedikit hampa dan
sedikit berputus asa hendak menarik hati lelaki dihadapannya ini. Namun hati
kecilnya enggan mengalah. Dia tahu punca utama kenapa lelaki ini menolaknya.
“ Ini semua mesti sebab budak praktikal tu
kan? Sebab dia you tolak I bulat-bulat kan Syed? So budak muda, hingusan yang
selekeh macam tu taste you ye? ”.
“ Tasneem?”.
“
Eeeiiii..tolonglah Syed. I benci tengok muka you bila you sebut nama dia. Nampak…nampak…emmm.”
Aleesya bagai hilang kata. Setiap kali bibir itu menyebut nama itu, hati dia
jadi sakit.
“
Nampak apa?”.
“
Nampak ceria sangat! Nampak macam orang tengah bercinta…tengah berbahagia!”.
Syed
Nadzhan gelak besar. Tasneem = ceria + cinta + bahagia? Walla!
“
Kenapa you gelak? Salah ke apa yang I cakap? You tolak I sebab budak Tasneem tu
kan? Mengaku
sajalah Syed! Satu opis dah tahu cerita tentang you dengan dia!”.
Tawa
Syed Nadzhan terhenti di situ. Namun senyuman masih lagi terukir di bibirnya.
“You know what? I really don’t care what
other people think and talk back about me. Lagipun mulai minggu depan mereka akan
berhenti bercakap tentang I sebab ada cerita baru yang lebih menarik,” ujar
Syed Nadzhan perlahan. Senyuman nya mati
tiba-tiba. Tanpa dia sedari, wajahnya berubah rupa. Kosong. Tegang.
“
Maksud you?”.
“
Tasneem, dia akan bertunang. Minggu ni.”
“
Whattt???”.
***********
Tasneem
terbatuk-batuk perlahan. Salwa disebelahnya cepat-cepat menepuk belakang
badannya sambil hulur segelas air sirap. Gelas yang dihulur disambut perlahan
sebelum meneguk kasar air sirap, membasahi tekaknya.
“ Itu lah tu, dari tadi aku dah cakap. Makan
elok-elok. Jangan dok pandang je muka papa baru kau tu. ‘
Tasneem mencebik. Wajah lelaki separuh
umur yang sedang tersenyum memandang ke arah mamanya sempat juga dijeling
sebelum tunduk semula meneruskan suapannya.
‘ Anim, hensem kan papa baru kau tu ? Tak nampak macam
lelaki umur 55 tahun pun ! Untung mama kau kan, dapat suami hensem. Kaya pula tu.”
Pujian
Salwa yang meninggi buat hati Tasneem rasa bertambah panas sepanas cuaca ketika
itu. Kipas yang ada di dalam kanopi itu pun tak mampu tanggung kepanasan
hatinya ketika itu.
“
Senyaplah Awa! Banyak lah kau punya hensem!”.
Salwa
lantas berpaling. Aihhh…minah ni mood nya tak okey lagi ke? Sebelum-sebelum ni,
elok saja. Siap boleh karaoke sambil mereka isi telur dalam beg cenderahati
malam tadi. Tapi hari ni lain macam pula gelagat dia. Kena sampuk jin bendang
agaknya!
“ Kau ni kenapa ANim? Haaa…aku tahu. Kau..kau
rasa berdebar ye nak jumpa dengan adik beradik tiri kau ? ‘ Salwa
sengih, sengaja menduga sahabatnya itu.
Makin laju suapan Tasneem sesudah soalan
cepu emas Salwa tanyakan. Nasi minyak yang disuap sudah tiada rasa. Tawar. Entah
kenapa, hatinya rasa kurang selesa selesai saja majlis akad nikah tadi.
Lebih-lebih lagi bila melihat wajah papa barunya. Bagai ada yang tak
kena !
‘ Ramai juga kan rombongan pihak lelaki. Agak-agak
kau kan, yang
mana satu adik beradik baru kau Anim? “. Salwa terus menyoal biarpun jawapan
soalan pertamanya tadi masih belum ada. Matanya meliar memandang ke arah meja
VIP yang disediakan khas untuk rombongan pihak lelaki.
Putih. Semuanya serba putih hari itu.
Auntie Diba sengaja pilih warna putih. kAtanya putih tu suci. Tak perlu
pilih warna ikut trend sekarang. Lagi pula, dia segan bila memikirkan
umurnya yang sudah boleh ada cucu itu. Cukuplah warna putih menghiasi
majlis akad nikah mereka.Majlis sanding juga tiada. Katanya, yang penting akad.
Itu saja.
“ Anim! Aku dok perasan mamat tu kan..dok
pandang kau je dari tadi. Entah-entah dia tu saudara tiri kau kot ! ‘.
Tasneem lantas berpaling. Pandangan
matanya pantas bertaut dengan lelaki dua meja jaraknya dari meja mereka. Dan
akhirnya dia tunduk bila lelaki itu kemudiannya tersenyum ke arahnya sambil
tunduk hormat.
“ Wahhh...aku rasa memang betul lah mamat
tu saudara tiri kau ni! Perghhhh...like father like son ! Boleh tahan hensem juga kan dia ?
Haaa..budak perempuan dengan budak lelaki yang pakai baju sama warna
dengan dia , mesti adik-adik dia kan?
So, lengkap lah family kau Anim! Ada kakak, ada abang..ada adik perempuan
dan adik lelaki. Seronoknya!!!”.
Tasneem mencebik. Seronok la sangat kan?
Apa yang seronoknya bila terpaksa berkongsi kasih dengan tiga lagi adik beradik
barunya itu ? Berkongsi dengan Kak Long saja dah buat hati dia kadang kala
sakit dek sikap kak long yang suka menyakitkan hatinya dengan kata-kata yang
sama sejak kecil. Ini pula dengan tiga lagi adik beradik yang dia belum kenal
lagi hati perut masing-masing ? Memikirkan hal itu saja, sudah buat dia
rasa sakit kepala.
‘ Aku dah kenyang. Aku nak naik atas dulu
lah.’
‘Weii..releks lah dulu Anim. Sekejap
lagi kan ada
family photo session. Tunggulah dulu!”.
“ Tak apa
lah Awa! Kak long pun tak ada hari ni, jadi kalau aku tak ada sama pun dalam
gambar tu nanti tak mencacatkan suasana pun. Biarlah mama
gembira hari ni dengan family baru dia,” balas Tasneem perlahan sambil membasuh
tangan sebelum beredar dari khemah pengantin.
**********
Ranting kayu di sisinya lantas di capai
dan dibaling perlahan ke dalam kolam air dihadapannya. Seketika dia merenung
wajahnya sendiri di dalam air yang keruh itu. Nafas di lepaskan
perlahan.Lambat-lambat. Dia tak gembira! Itu yang dia rasa dan di hadapan mama
sewaktu selesai majlis akad nikah tadi dia hanya berpura-pura tersenyum
sedangkan dalam hatinya meronta-ronta!
Asalnya tadi dia hendak naik ke atas rumah
nenek dan berkurung di dalam bilik sahaja. Tapi entah kenapa, hasrat itu
dibatalkan. Tentu saja nanti dia akan dipanggil turun untuk sesi fotografi
nanti. Jadi, baik dia ke sini. Salwa tentu tak boleh agak dia ada di sini. Inilah
tempat peresmbunyiannya sejak kecil tiap kali di bergaduh mulut dengan kak
Long.
“ Awak
menyorok kat sini rupanya. Kenapa tak join sekali tangkap gambar satu keluarga
tadi? Mama awak puas suruh orang cari awak”.
Lambat-lambat
Tasneem berpaling. Suara itu agak asing padanya. Bukan suara
Pak Su Halim. Bukan juga suara Pak Tam Majid. Ehhh...dia?
“ Kenapa? Terkejut ye, saya dapat cari
tempat persembunyian awak ni?”.
Tasneem bingkas bangun. Belakang badannya
di sapu perlahan, membuang daun-daun yang melekat di baju kebaya moden warna
putih kain lace yang dipakainya. Dah gaya pengantin pun ada juga.
“ Awak
ni siapa? Stalker ye? Dari tadi dok pandang saya dan sekarang, ikut saya
pula!”.
Lelaki
tinggi lampai bertubuh tegap dihadapannya tertawa kecil. Perlahan-lahan dia
melabuhkan punggung di atas akar-akar pokok kelapa yang berselirat lalu bersila
dengan baju melayu lengkap warna putih. Mujur tak pakai tengkolok. Kalau tidak,
sah-sah macam pengantin!
“
Sampai hati awak tuduh saya stalker Tasneem. Saya Emir lah” Lelaki itu
memperkenalkan dirinya tanpa di pinta. Wajah Tasneem di padang tanpa jemu sambil bibirnya tersenyum.
Tasneem tergamam. Senyuman itu! Senyuman
itu bagai mengingatkan dia pada seseorang, tapi dia tak pasti siapa. Adam!
Senyuman dia macam Adam lah!
“ Awak ada adik lelaki?”.
Emir angguk perlahan dan senyum lagi.
Tasneem terkedu. Matanya dijulingkan, berfikir sesuatu. Tak kan dia ni abang
Adam kot dan papa barunya tu..papa Adam? kalau benar, di mana Adam? Kenapa dia
tak ada sama hari ni?
Ahhh..bukan kah Adam ada seminar di kampus. Sebab itu dia tak ada hari ni. Tapi...dia dengan Adam bersaudara? Tak mungkin!
Ahhh..bukan kah Adam ada seminar di kampus. Sebab itu dia tak ada hari ni. Tapi...dia dengan Adam bersaudara? Tak mungkin!
Kejap...nama suami mama? Ahhh...mana lah
dia tahu siapa namanya kalau dia sendiri tak berminat nak ambil tahu?
“ Anim! Kat sini rupanya kau ye! Mama kau
panggil. Cepat!”.
Tasneem lantas berpaling. Tanpa sebarang
kata, dia menurut langkah Salwa meninggalkan Emir, lelaki misteri yang tidak
dia tahu hubungan sebenar antara mereka.
*********
“ Sudah-sudah lah tu Syed. Tak payahlah you nak mengenangkan nasib you tu. Dah bukan jodoh you
dengan budak tu.”
Syed Nadzhan senyum nipis. I pad di
hadapannya di tenung tanpa rasa. Niat hendak merehatkan minda malam itu setelah
penat 5 hari menghadiri seminar juga terbantut di kerana kata-kata Aleesya
tadi.
“ You tak payah nak provoke I lah
Aleesya. Macam yang I cakap pada you
semalam. I dengan Tasneem sebenarnya tak ada apa-apa hubungan. Tak lebih
sekadar hubungan antara penyelia dengan student. Itu saja. So, atas alasan apa
I nak sedih bila dia bertunang?”.
Aleesya ketawa kecil. Gelas tinggi
berisi jus oren di hadapan Syed Nadzhan di tarik perlahan ke arahnya lalu
disedut. Mata Syed Nadzhan terbeliak
besar. Pantas gelas itu dirampas dari tangan Aleesya. Pelayan yang lalu
dihadapannya di tahan dan diminta straw yang baru sebelum straw yang ada kesan
gincu di keluarkan dari cawan itu. Melihatkan reaksi itu, Aleesya mencebik.
“ Tolonglah Syed, kadang –kadang you ni pembersih tak bertempat! Don’t
worry okey, I bukan pembawa penyakit berbahaya sampai you kena buat macam tu. Hisyhh..you ni kadangkala menyakitkan hati je tau sikap you tu.”
Syed Nadzhan mencebik.
‘ Pembersih tu satu hal. Satu hal
lagi, I hate sharing my thing with others.
That’s it! You kata you kenal I,
tapi….”. Perli Syed Nadzhan.
“ Tapi apa? Okey fine, you hate sharing things tapi boleh pula
you share labtop you dengan budak tu kan?”.
Syed Nadzhan mendengus kasar.
Lagi-lagi soal budak tu! Hidup dia dah cukup tenang sepanjang berada di
situ tanpa sedikit pun memikirkan soal budak itu tapi sejak petang semalam
Aleesya sengaja membangkitkan semula kisah yang sama.
‘ Enough Aleesya. Ini kali terakhir I nak ingatkan you dan beritahu you. I
dengan dia tak ada apa-apa hubungan so please stop kait kan semua hal tentang
I, apa yang I buat dengan dia. Faham? Arghhh.. I sendiri tak tahu kenapa
I perlu jelaskan semua ni pada you. You know what, you really spoiled my last
night stay in here!”.Syed Nadzhan bingkas bangun setelah meninggalkan not 50 di
bawah gelas tinggi itu.
“ But your statement really make my day Syed sayang…” ucap Aleesya
perlahan sambil senyum panjang. Mendengarkan
penjelasan lelaki itu biar pun beribu kali, dia rasa lega dan puas hati. Budak
tu dah bertunang kan? Baguslah! Kurang-kurang, tiada siapa lagi yang boleh
halang dia dari mendapatkan Syed Nadzhan selepas ini. Dan Aleesya senyum lagi
sambil menyedut gelas tinggi itu hingga kosong.
**********
Kereta Mercedes lama itu berhenti betul-betul di hadapan sebuah banglo
sederhana besar yang terang benderang dihiasi lampu. Perlahan-lahan gate tinggi
itu terbuka dan kereta itu meluncur masuk ke dalam ruang parkirnya.
Usai enjin kereta dihentikan, hati tasneem rasa berdebar-debar. Jantungnya
lantas berdegup kencang. Dia tak mampu berbohong yang sebenarnya dia gugup
hendak bersua muka dengan adik beradik tirinya sebentar lagi.
Emir! Ahhh...lelaki itu pasti ada di dalam kan? Kalau betul lah tekaan
Salwa, maka sebentar lagi lelaki itu lah yang akan dia temui sebenatar nanti.
Tempoh hari, dia tak sempat berbual panjang kerana papa barunya tiba-tiba saja
ada urusan kerja dan terpaksa balik selesai majlis. Pagi tadi dia muncul semula
seorang diri di rumah Tok Wan untuk mengambil dia juga mama balik semula ke KL tanpa
ditemani Emir dan juga adik-adiknya.
Dengan mama pula, tak pernah sekali dia membuka mulut bertanyakan perihal
suami barunya. Entah kenapa, dia rasa kekok hendak berbual mesra dengan mamanya
seperti sebelum ini. Terasa asing bila di hadapan mama. Mulutnya juga terasa
berat hendak bertanya. Sepanjang 5 jam perjalanan tadi pun, dia lebih suka
melayan I Padnya dan memberi ruang pada mama dan papa barunya berbual.
“ Anim, jom kita masuk!”.
Lamunan Tasneem terhenti bila suara garau papanya tiba-tiba menegur sebaik
saja pintu kereta dibuka dari luar.Tasneem angguk perlahan, tanpa senyuman. Masih
kekok untuk memanggil panggilan ‘papa’ atau apa saja panggilan yang sesuai
dengan ketua keluarga barunya itu.
Kakinya melangkah perlahan memasuki
ruang tamu rumah itu. Kemas dan bersih. Hampir semua perhiasan dan perabot
dalam rumah itu berwarna putih dan berkonsepkan English. Lagak gaya macam ada perempuan saja dalam rumah
ni. Teratur sekali! Ahhh..mungkin juga rumah sebesar ini ada pembantu rumah
untuk uruskan adik-beradik Emir yang dia kira masih lagi di bangku sekolah itu.
Tapi,hmmm..ke mana pula perginya budak-budak tu ye! Senyap sepi je rumah
ni. Entah-entah masing-masing ada dalam bilik, buat hal sendiri. Kalau
menurut cerita drama melayu yang biasa dia lihat di kaca televisyen, anak-anak
orang kaya ni suka buat hal sendiri je. Bukan macam dia dan mama yang selalu tonton tv sama-sama, lipat baju
sama-sama. Masak di dapur sama-sama. Ahhh…rindunya suasana begitu. Pastinya lepas ni mama dah tak ada masa
untuk buat itu semua dengannya. Pasti mama perlu luangkan masa dengan anak
perempuan baru mama tu .
“ Haaa…kamu nak kemana tu? Papa
baru balik, kamu nak keluar semula? Emir? ”.
Sergahan itu mematikan lamunan Tasneem sejak tadi. Dia lantas
berpaling sebelum matanya bertembung dengan mata lelaki yang baru saja turun
dari tangga di belakangnya.
Mata kecilnya lantas dibuntangkan besar. Pipinya kemudian dicubit
berkali-kali. Mungkin dia mengelamun lagi. Mungkin juga mimpi! Tak mungkin! Tak
mungkin dia! Wahai mata, kata kan lah yang kau hanya menipu!
“ Anim, papa kenalkan..ini abang
Anim ye...”.
Abang? Tubuh Tasneem menggeletar
perlahan. Antara mahu percaya atau tidak bercampur aduk. tak lama kemudian,
badannya mula rasa melayang sebelum pandangannya gelap. Tiada cahaya.
bersambung....
p/s:psssttt...psstt..terjawab tak pertanyaan anda tentang siapa papa baru anim dan saudara tirinya?hihihi....jom layan gambo dr.syed versi rugged skit.konon2 nak layan lagu sbb tak nak pikir pasal anim. padahal?hmmm....encem tak..encem tak dia? i'm so in love with him right now...errkkkk..speaking london la pulak kan? :-)
Monday, April 23, 2012
blurb novel Kahwin Ganti
(AKAN DATANG) KAHWIN GANTI : Aifa BatrisyaStok terawal akan dijual di Pesta Buku Antarabangsa dan untuk jualan di kedai-kedai mula dijual pada bulan 5
Luqman Hakim
Perempuan yang bertudung semuanya sama! Nampak baik, tapi hati busuk! Cin...ta konon! Ada apa dengan cinta? Dah bercinta, nak kena setia. Punyalah setia, kena tinggal juga! Jadi seperti dia juga senang. Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar yang lain. Muda lagi kut! Enjoy la!
Nuqman Hakim
Bertunang, banyak dugaannya. Ramai yang tunang dengan dengan orang lain, tapi nikah dengan orang lain. Nikah terus lagi senang. Lepas ni, boleh fokus pada belajar. Bukan macam mamat seorang tu, sibuk ke hulu dan ke hilir heret perempuan yang bukan muhrim. Macam manalah ilmu nak berkat kalau dok sibuk buat perkara tak senonoh!
Mya Zara
Bila berdua dengan lelaki itu, bayangan Nuqman selalu saja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. Tapi, bila wajah itu tiada di hadapannya rindu pula mula menghimpit diri. Dia sendiri tak pasti sama ada itu adalah cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya.
“Awak suka saya tak?” – Mya Zara
“Aku… aku suka Dibo!” – Luqman Hakim
Takdir Allah telah menentukan jodoh di antara Luqman Hakim, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia yang kasanova, dengan Mya Zara tutor mudanya yang juga bakal kakak iparnya tatkala Nuqman Hakim menghilang secara tiba-tiba.
“Sebab dia adiklah, abang akan buat macam tu. Abang akan paksa dia ceraikan Zara dan pulangkan semula Zara pada abang. Tak selamanya dia boleh rampas semua hak abang. Kali ini, abang akan bertegas. Sama ada dia suka atau tidak, Zara mesti jadi hak abang!” – Nuqman Hakim
Mampukah istana yang dibina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah persepsi Luqman tentang perempuan dan cinta?
Judul : Kahwin Ganti
Penulis : Aifa Batrisya
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM21
Sabah/Sarawak : RM24
Thursday, April 19, 2012
Meh, Sandar pada Aku! Bab 7
Langkah kakinya di atur perlahan. Akalnya pula mencongak-congak sendiri atas alasan apa pula dia patut ada di sini pagi-pagi buta sedangkan mesyuaratnya di HQ akan bermula setengah jam saja lagi. Malas hendak mencari alasan, langkah kaki dipercepatkan taktala susuk tubuh yang memang dinanti-nanti berada betul-betul di tempat yang sepatutnya. Dia kemudiannya berdehem perlahan bila langkah kakinya terhenti di depan biliknya.
“ Tangan kau dah okey ke? Kenapa tak ambil cuti lagi?”
“ Haaa? Ooo Dr.Syed. Awal datang hari ni? Emmm…sakitnya dah kurang, tapi balutan belum boleh buka lagi. Doktor kasi MC, tapi saya rasa sihat. Jadi saya datang hari ni.”
Wajah Dr.Syed hanya di pandang sipi-sipi sahaja. Segan untuk dia pandang wajah itu lebih lama bila teringatkan cerita Kak Mas malam tadi. Bukan tentang kisah Dr.Syed bayar bil perubatannya tapi tentang Dr.Syed yang mengendong beban berat badannya 42 kg tu dari tingkat atas bangunan ini sampai ke dalam kereta dan kemudian hingga dia terbaring atas katil hospital! Urrghhhh…membayangkan hal tu sahaja dah buat dia tak mampu nak tidur lena sepanjang malam tadi.Malu seyyy!!
“ Kenapa? Sehari tak tengok muka Adam, tak boleh? Sebab tu sakit-sakit pun datang juga?” soal Dr.Syed serius. Riak wajahnya sedikit berubah. Rasa kurang senang bila gadis dihadapannya itu enggan memandangnya bila bercakap. Ada apa dengan penampilan diri dia hari ni sampai budak depan ni hanya pandang sipi-sipi ala-ala menjeling pun ada !
Kali ni Tasneem menoleh. Wajah Dr.Syed di pandang tepat. Ni apehal pula dengan dia ni…pagi-pagi datang dah nak sembur orang? Bangun silap bantal kea pa? Sudah lah aku ni sakit disebabkan idea bodoh dia semalam, maaf pun tadak…cuma pasal bil tu…hurmmm. Tasneem tergigit lidah di situ. Niatnya hendak menyembur semula Dr.Syed terhenti disebabkan hutang bil.
“ Mestilah tak boleh Dr.Syed. Dia kan, bakal tunang saya! Selagi saya masih bernafas, tengok muka dia hari-hari tu dah jadi satu kewajiban!” balas Tasneem bersahaja. Entah dari mana idea itu datang secara tiba-tiba.
Membulat mata Syed Nadzhan taktala jawapan itu diterima. Perlahan-lahan dia melepaskan nafas panjang. Jadi memang betullah budak ni ada affair dengan budak Adam tu. Ahhh...abaikan ! None of your business Nadzhan !
“ Ikut kau lah. Bil hospital, jangan lupa bayar pada aku balik. Ini resitnya, bayar tepat-tepat. No discount! Haa sekarang…kau salin tajuk ni, kau cuba carikan maklumat untuk aku. Kalau aku nak suruh kau buat eksperimen pun, tak boleh juga kan? Tak kan lah company ni nak bayar kau gaji buta so kau duduk kat tempat aku, tunggu sampai aku balik. Aku ada kerja dekat HQ.”
No discount! Geshhhhh! Satu lagi sifat Dr.Syed yang baru dia tahu hari ini. Kedekut taik hidung masin ! Hisyhhh...sombong, berlagak bagus dan sekarang kedekut ! Wahhh...penuh dengan sifat-sifat Madzmumah !
“ Iye, dah dapat duit elaun nanti, saya bayar. Bil makan pun nanti Dr.Syed jangan lupa bagi saya juga tau !Tempat Dr.Syed?” kepalanya dijengahkan sedikit ke dalam bilik di sisi kirinya. Melihat kerusi empuk warna merah itu terbayang pula kisah kali pertama dia di serang ‘kekasih’ Dr.Syed, Dr.Aleesya. Pantas kepalanya digeleng laju. Seram ! Tak ! Tak boleh ! Pisang tak boleh berbuah dua kali !
“ Tak nak lah Dr.Syed..nanti Dr.Aleesya...”
“ Abaikan dia. Apa pun dia nak cakap, kau duduk je kat situ sampai aku datang. Faham? Dah, masuk. Sekarang!”.
Abaikan? Beria-ia mata kecilnya dibesarkan pada Dr.Syed seolah-olah minta kepastian. Senang saja nak cakap abaikan. Tapi nanti yang terima kutukan, umpatan orang sekeliling dia juga. Bukan dia tak tahu, sejak hari pertama dia masuk ke sini dia dah jadi buah mulut rata-rata staf di situ. Tak cukup dengan itu, Dr.Aleesya pula dah buat dia macam musuh . Asal bertembung saja di tandas atau pantri, sampai nak terbeliak mata perempuan itu menjeling ke arahnya. Belum kira lagi, muncungnya yang panjang sedepa sampai boleh buat sangkut hanger!
“ Afnan Tasneem. Sampai mana dah kau berangan ni? Ada sampai Niagara Falls?”.
Plofff!!Ploff!!! Kepulan-kepulan angan Tasneem hilang macam tu saja bila ditegur suara garau Dr.Syed. Tasneem sengih. Mencicit dia berlari masuk ke dalam bilik itu sambil memegang diari dan buku notanya. Malas nak bersoal jawab lebih panjang bila Dr.Syed tiba-tiba dah bertukar jadi Hitler!
Masa berlalu. Dari waktu makan tengahari hingga petang menjelma tapi batang hidung Dr.Syed masih belum muncul-muncul juga. Hisyhh Dr.Syed ni. Kalau nak kerja sampai malam pun dekat HQ tu, tak apalah. Tapi sekurang-kurangnya inform la pada dia dahulukan ? Ini tidak, dah jadi macam tugu negara pula dia duduk dalam bilik tu. Tengah sibuk dia berangan sendiri, telefon bimbitnya berbunyi.
“ Anim, kau kat mana? Kami dah lama tunggu kat dalam kereta ni!”
Suara nyaring Salwa di corong telefon menyedarkan Tasneem yang dia sudah pun melangkau masa kerja. Sekilas dia menjeling ke arah jam tangannya. Dah pukul 5 petang! Mana Dr.Syed ni? Hisyhh..macam mana ni? Nanti kalau dia balik dahulu dan Dr.Syed balik dan lihat dia tak ada di sini, dia marah pula! Geshhhhh!!!
“ Aku minta maaf. Lupa nak beritahu, aku balik lewat sikit. Ada kerja. Kau dengan Kak Mas balik dulu ye!”
“ Laaa.. ye ke? Banyak lagi ke kerjanya? Kalau tinggal sikit saja lagi, kami boleh tunggu.”
“Banyak lagi Awa! Kau balik dulu ye. Nanti,pandai-pandailah aku cari cara nak balik.”
‘ Mana ada teksi lalu kat sini Anim ! Tak apa, kalau dah siap beritahu je kami ye. Nanti kami datang. ‘
‘ Okey beb ! Aku tunggu Dr.Syed balik dulu ye..”.
“ Dr.Syed? Anim….”.
Panggilan telefon pantas dimatikan. Malas nak memanjangkan soal jawab dengan Salwa. Masak sangat dengan sikap Salwa yang kadang-kadang suka besikap macam akak-akak. Caring yang amat! Sorry Salwa! Aku tahu kau sayang aku! Tasneem senyum sendiri. Telefonnya di masukkan semula ke dalam beg tangannya sebelum menyambung semula bacaannya.
Masa berlalu dan Tasneem yang kebosanan hampir tersengguk-sengguk kepalanya dengan mata terpejam sambil tangannya masih kemas memegang mouse komputer.
“ Kau buat apa kat sini? Kenapa tak balik lagi ? ‘
Tasneem tersentak. Rasa macam kilat menyambar diri bila suara itu tiba-tiba menegurnya. Matanya digenyeh perlahan lalu berpaling ke sisi kerusinya.
“ Kerja Dr.Syed dekat HQ dah siap ke?” soal Tasneem perlahan. Masih dalam keadaan mamai.
“ Sudah. Kenapa?”.
Mata Tasneem yang tadinya mengantuk amat, terasa kembali cerah. Dia boleh tanya kenapa? Biar betul! Dengan Dr.Syed yang mana satu sebenarnya dia bercakap pagi tadi? Siapa pula yang beri tugasan supaya dia cari bahan dan duduk tercongok dalam bilik ni sejak pagi tadi?
“ Tadikan Dr.Syed suruh saya tunggu sampai Dr.Syed habis kerja dan datang semula ke sini?”
Wajah Syed Nazhan sedikit berkerut. Bila masanya ni?
“ Iye ke? Aku ada cakap macam tu? Ehhh…dah senja ni. Semua orang dah balik. Tinggal kau....”.
Tasneem bagaikan tersedar dari mimpi panjang. Dia bingkas berdiri tegak. Mata kecilnya tajam memandang ke wajah bersih milik penyelianya yang ternyata lebih tinggi darinya. Melihatkan wajah itu, tak semena-mena perasaan takut dan bimbang berdua-dua an dalam bilik makmal sebesar itu dengan Dr.Syed mula menguasai dirinya.
Isyhhh..kalau apa-apa jadi pun antara dia dengan Dr.Syed dalam bilik ni, siapa yang tahu? Hampir semua staff dah balik. En. Zul yang sibuk buat kerja kat makmal belakang pun rasanya dah balik pukul 6.30 petang tadi. Pak Guard pun bukan boleh masuk dalam bangunan ni !
“ Kenapa kau pandang aku macam tu?” Soal Nadzhan tak puas hati bila mata kecil itu memandangnya dari atas ke bawah berkali-kali.
‘ Errr...saya dengan Dr.Syed..berdua...”. Wajah Tasneem ketat. Jari telunjuknya perlahan ditunjukkan ke arah Dr,Syed dan kemudiannya ke arah dirinya sendiri. Syed Nadzhan mencebik, tangannya lantas dicekak kan ke pinggang.
“Ehhh..kau jangan nak fikir bukan-bukan pula. Aku bukan lelaki macam tu...”
Kata-kata Syed Nadzhan terhenti bila senyuman Tasneem terbit tiba-tiba dan kemudian tangannya menepuk perlahan kepalanya. Wajahnya kelihatan lebih lega dari sebelumnya.
“ Ha’ah….iye lah kan? Lupa pula saya. Apa yang saya nak bimbangkan. Dr.Syed kan memang tak minat pada perempuan sebab Dr.Syed...”.
Kata-kata Tasneem mati di situ bila menyedari mata penyelianya itu tajam memandang ke arahnya. Tubuh Tasneem terasa menggeletar. Perlahan. Tasneem, apa kau dah buat ni??
“ Aku apa?” Soal Syed Nazhan. Tegas.
“Tak ada apa-apa Dr.Syed...”. Kalau tadi badannya menggeletar, kali ini terasa seram sejuk pula. Macam nak demam!
“Aku tanya sekali lagi. Aku apa?” Soal Syed Nazhan lagi. Kali ini lebih serius. Wajahnya didekatkan pada Tasneem yang tinggi hanya paras bahunya.Tasneem telan air liur. Pahit. Think Tasneem, think! Cepat cover line!
“Errr… Dr.Syed kan hensem! Tentulah Dr.Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?”.
Syed Nadzhan tergamam. Badannya kembali ditegakkan. Dahinya sedikit berkerut. Akalnya cuba menangkap tiap patah kata yang baru saja didengari tadi.
Tasneem turut tergamam . Perlahan bibirnya diketap . Apa yang kau merepek ni Tasneem? Puji depan-depan muka dia yang dia hensem?Apakah? Buat malu satu kampung ni wehhh!!
Tidak lama kemudian, ketawa Syed Nadzhan pecah memenuhi ruangan bilik itu. Kepalanya digeleng perlahan berkali-kali.
“ Kau ni, boleh tahan lucu juga kan? Dah, cepat kemas barang. Aku hantar kau balik. Nanti, lagi lama kita berdua kat sini tak elok juga. Elok-elok berdua, ada pula datang yang ketiga. Dari tak suka, terus jadi suka pula!”
Uishhh lain macam saja bunyinya. Apa dah jadi dengan Dr.Syed ni ? Macam angin monsun pun ada. Sekejap marah, sekejap lagi boleh gelak. Makan dalam, penuh makna betul kata-kata dia tadi. Macam pantun dua kerat pun ada ! Hailah Dr.Syed !
************
“ Mama!! Rindu sangat dengan mama! Kenapa datang tak beritahu Anim dulu ! ‘
Tasneem menjerit kegembiraan bila wajah mamanya yang menyambut kepulangannya malam itu di hadapan pintu rumah sewa. Tubuh mamanya dipeluk erat sebelah tangan. Biarpun baru 2 minggu tak berjumpa rasa macam 2 bulan saja!
“ Mama saja nak buat spot check! Gotcha! Dating, malam-malam ye anak mama ni!”.
“ Mana adalah mama. Anim buat kerja. Supervisor Anim tu bagi Anim kerja banyak sangat!”.
“ Kerja, kerja juga Anim tapi jangan sampai bahayakan diri. Cuba tengok tangannya ni. Berbalut besar!”.
Tasneem sengih panjang. Pelukan pada mamanya dipereratkan lagi. Mama..Anim rindu mama! Rindu sangat-sangat!
“ Oiitt baby tua! Sudah-sudahlah tu, pergi mandi dulu ! ‘
‘Eleh..jeles lah tu ! ‘ Mastura ketawa kecil.
‘ Tak ada maknanya ! Kamu pergilah mandi dulu Anim. Akak dengan mama kamu nak bincang pasal barang hantaran... ‘.
‘ Hantaran ? Siapa nak kahwin ni ? ‘ Soal Tasneem dengan wajah kehairanan. Wajah mama dan Kak MAs di pandang bersilih ganti.
“ Haihhh…siapa lagi. Kamu la! Kamu kan nak bertunang dengan Adam ? ‘
‘Apa ?? ‘.
Kak Mastura gelak besar. Sofa disisinya ditepuk berkali-kali.Suka benar dapat mengenakan adik sepupunya lebih-lebih lagi bila melihat wajah tercengangnya dengan mulut ternganga besar.
‘ Nama supervisor Anim tu, Adam ke ? ‘
“ Yang tu nama nya Syed Nadzhan auntie Diba. Adam ni student master...”.
“ Okey...stop...stop. Cuba cakap betul-betul. Siapa sebenarnya yang nak kahwin ni? Kak Mas?”.
Mastura menggeleng laju. Tasneem mengeluh. Kepalanya digaru biar pun tidak gatal. Kalau bukan Kak mAs, siapa pula? Tak kan dia pula kot? Dia dengan Adam? Hisyhhhh....
“ Mama lah sayang...”.
“ Mama? Mama nak kahwin?”.
************
“ Kenapa dengan tunang saya ni? Tadi beria-ia semangat nak datang makan sini. Dah dapat makanan, dok diam tenung je. Makanlah...”.
Tunang? Wajah Adam Naufal dijeling sekilas sebelum pipi putih mulusnya berubah warna merah. Segan dan malu diusik begitu. Ini semua ‘misi’ baju purple tu punya pasal. Pandai-pandai dia saja nak create status mereka berudua sebagai tunangan. Tak pasal-pasal dia diusik dengan Adam dan Salwa sampai dia merajuk panjang. Dan sekarang, waktu dia sedang berseedih...Adam masih nak mengusik lagi?
“ Janganlah sedih-sedih ye Afnan. Senyumlah sikit. Saya bergurau je tadi tu. Senyumlah ye...”
Tasneem memaksa dirinya untuk tersenyum dihadapan Adam. Cawan kertas tinggi warna putih bergambar huruf M besar warna kuning di tarik perlahan ke sisinya. Air Coke disedut perlahan.
“Adam... saya tak nak kongsi mama dengan orang lain” luah Tasneem dalam nada suara perlahan. Wajahnya ditundukkan. Hampir seminggu lebih dia menahan rasa sendirian. Mama dah nak kahwin! Rupa-rupanya dalam diam mama masih berhubungan dengan bekas kekasih lamanya dan sekarang mereka nak mengikat semula kasih sayang yang terhenti beberapa puluh tahun dahulu. Entah kenapa selama ini dia tak dapat menghidu semua itu biarpun antara dia dengan Kak Long, dia lebih rapat dengan mama.
Hurmmm…bagaimanalah agaknya gerangan bakap bapa tirinya tu ye? Biasa-biasa, bapa tiri ni garang, perengus! Itu belum lagi di ambil kira dengan sikap bakal adik beradik tirinya! Argghhhh..memikirkan semua itu hatinya rasa nak meletup. Makanya, rasa hati itu perlu cepat diluahkan segera. Tapi tidak tahu pada siapa dia hendak luahkan rasa hatinya. Pada kak Mastura? Tak mungkin! Kak Mas kan sekutu utama mama, malahan bakal pengapit pula tu. Salwa? Dia pun sama! Sekutu kedua mama! Awal-awal dah bagi nama nak jadi flower girl!
“ Hidup kita ni Afnan, mana-mana pun perlu berkongsi. Contohnya kalau kita pergi shopping complex, tandas awam kat situ kita kena kongsi dengan orang lain juga kan?”.
“ Itu soal tandas awam Adam. Saya bercakap pasal mama saya! Lepas ni, saya terpaksa kongsi mama dengan bakal suami dia dan juga bakal anak-anak tiri dia!”. Tasneem tarik muka. Salah tempat rupanya dia. Adam pun sama! Adam pun tak faham apa yang dia rasa!
“ Saya faham Afnan. Saya faham apa yang awak rasa.Tapi awak pun harus faham perasaan mama awak. Dah berpuluh tahun dia korbankan segalanya untuk membesarkan awak seorang diri. Tak salahkan kalau kali ni awak pula berkorban untuk dia? Kalau awak rasa awak perlukan dia dalam hidup awak, dia pun perlukan seseorang waktu awak tak ada di sisi dia.”
Tasneem terdiam. Hatinya sedikit terusik dengan kata-kata itu. Dengan nada suara yang tenang dan perlahan, kata-kata itu bagaikan masuk tepat ke dalam hatinya. Wajah Adam Naufal yang hanya tersenyum manis ke arahnya di renung dan tidak lama kemudian dia turut tersenyum. Hail ah Adam! Aura apa yang ada pada awak ni sampai boleh buat hati saya berubah jadi macam ni?
***************
“ Kau nak cuti pergi mana ni? Lama kau cuti. Hampir seminggu”.
“ Balik kampong” balas Tasneem pendek.
“ Aku tak ada minggu depan. Aku kena pergi kursus,” jawab Syed Nadzhan perlahan. Surat cuti bertaip dihadapannya di tenung dari atas ke bawah. Kemas dan teratur saja ayatnya. Ini mesti tak lain Mastura yang tolong taipkan.
Tasneem mencebik. Oooo ye ke? Tak tanya pun!
“ Okeylah. Kau boleh cuti.”
“Terima kasih Dr.Syed!”. Tasneem senyum panjang sambil tarik nafas lega. Rasa tak sangka pula dapat minta cuti panjang semudah tu saja dari Dr.Syed biar pun tanpa notis awal. Nasib baik tak di amuk dek Dr.Syed!
“ Hmmm…kau balik kampong ni, cuti lama-lama nak bertunang ke?”.
Senyuman Tasneem berubah kelat. Terkerdip-kerdip matanya memandang ke arah wajah Dr.Syed. Dia ni kan, tak habis-habis dok ungkit pasal hal yang sama. Tunang..tunang. Dengan siapa pula aku nak bertunang? Adam? Kenapa dia tak suggest bertunang dengan dia je? Kan ke senang?
“ A’ah, ada majlis sikit. Ingatkan, nak ajak Dr.Syed datang tapi Dr.Syed ada kursus pula kan? Lain kali lah saya ajak Dr.Syed ye! Okeylah Dr.Syed, saya nak balik dulu. Selamat berkursus la ye! Assalamualaikum!”.
Syed Nadzhan hanya memandang sahaja gelagat Tasneem yang sedang menyanyi-nyanyi sambil mengemas barang-barangnya di atas meja. Gembira betul nampaknya dia sebab di beri cuti dan yang paling penting, sebab nak jadi tunang orang. Ohhh..bukan orang lain. Student masternya sendiri, Adam Naufal!
Dia sedar mereka berdua memang rapat sejak akhir-akhir ini tapi dalam masa 2 minggu sahaja mereka dah ambil keputusan nak bertunang? Tak terlalu awal ke rasanya untuk semua tu? Ahh budak lurus bendul macam dia ni, apa yang di hairankan. Seketika, gadis itu berpaling bila selesai mengemas lalu melambaikan tangan ke arahnya dan berlalu pergi.
Syed Nadzhan mengeluh panjang. Dia rasa tak puas hati selagi kebenaran belum dapat dia pastikan. Betul ke budak ni cuti sebab nak bertunang dengan Adam?Tak kan lah kot! Adam! Cuba call Adam dan tanya!
“ Iye Dr.Syed. Ada hal apa Dr.Syed call saya petang-petang macam ni.”
“ Saya cuma nak inform pada awak yang minggu depan saya berkursus.”
“ Ooo..okey. Minggu depan, saya tak datang sana rasanya Dr.Syed,” balas Adam. Syed Nadzhan telan air liur. Perlahan. Wajahnya berubah tegang. Adam pun cuti juga? Jadi betul lah mereka berdua nak bertunang?
“ Saya ada seminar anjuran pihak universiti, jadi minggu lagi satu lah saya pergi sana dan jumpa Dr.Syed ye!”.
Akhirnya wajah tegang itu berubah bila senyuman terukir di bibirnya. Hisyhh budak Adam ni! Saja je nak buat adrenalin dia naik sekejap. Selesai mematikan perbualan, Syed Nadzhan termenung sendirian. Telefon bimbitnya dipusingkan berkali-kali di atas meja sambil berfikir. Kalau bukan dengan Adam, dengan siapa pula budak tu nak bertunang ?
Ya Allah ! Apa kau dah buat ni Nadzhan? Perlahan-lahan wajahnya ditundukkan ke lantai bilik. Seriously Nadzhan...you’re out of your mind!
*************
to be continue..............
p/s: pst..pst...okey tak? terhibur dengan gelagat Dr.Syed dan Anim? comment lah ye..kalau sudi...lagi banyak comment anda lagi semangat sya nak terus menulis..hihihii...oohhhh...okey..layankan wajah Dr.Syed Nadzhan bila dia senyum....hmmmm...idak la seram sangat bila dia senyum ye tak?
Subscribe to:
Posts (Atom)





