Followers

Thursday, September 5, 2013

Mr Dimple...Umar Faliq







Dia sudah puas cari merata tempat. Destinsi pertama, café Al-Faliq dengan harapan dia sempat ke sana sebelum Sofea bergerak ke mana-mana. Tapi harapannya hampa bila si pinky masih terletak elok di ruang tempat parkir kereta hadapan café. Bermakna, Sofea memang tak ke sana.


Panggilan telefonnya pada Zafril pula, tak berjawab. Mungkin dia sibuk dengan kerjanya. Dan dek kerana tak mahu Mama Dhuha memikirkan yang bukan-bukan kalau disoal tentang Sofea melalui telefon, dia gigihkan juga meredah kegelapan malam menuju ke Sungai Buloh dengan berbekalkan alasan, nak ambil pakaian Sofea. Tapi bila sampai sahaja di sana, ternyata di sana pun dia tak ada juga. Umar dah jadi hilang punca.Dah kemana perginya dia? 

Umar langsung jadi tak betah untuk duduk. Mundar mandir dia di tepi jalan berhampiran R&R serdang. Dia dah buntu nak mencari. Sudah berkali-kali panggilan dibuat, tapi dari tak berangkat kesudahnya Sofea mematikan telefonnya terus.Nampak sangat dia memang cuba nak larikan diri.

Macam mana ni? Gusar Umar sambil duduk di tepi benteng jalan.Matanya meliar ke kiri dan ke kanan mencari cara dan idea. Kawan dia! Entah-entah dia tumpang rumah kawan dia. Hmmm…siapa nama kawan baik Sofea tu ye? Linda? Ina? Alamak, lupa pula namanya. Tapi, kawan Sofea tu macam rapat saja dengan Zam. Mesti dia tahu nombor contact kawan baik Sofea tu. Cepat-cepat nombor telefon Zamri di dail.

“Yes bos! Café dah nak tutup bos. Jangan risau, semua di bawah kawalan. Bos boleh relax-relax dengan Cik Sofea..ehh..silap. Puan Sofea. Hehehehe”.

Umar mendengus kasar.Belum  ditanya, dia dah jawab.Bertuah punya budak.

“Hmm..bagus. Ni..Zam. Awak kenal kan kawan baik Sofea tu?”.

“kawan baik? Lina ye bos?”.

Lina?

“Sofea ada kawan baik selain dia ke?”.

Zamri tertawa besar.

“Bos..Cik Sofea tu bini bos. Bukan bini saya. Manalah saya tahu bos…hahahah”.

“Tak payah nak loyar buruk malam-malam macam ni la Zam. Saya serius ni.”

Tawa Zamri terhenti serta-merta bila nada suara Umar mulai serius.

“Okey bos. Baik bos. Seingat saya, Cik Sofea tu memang ramai kawan. Dulu, masa mula-mula dia datang café..dia datang dengan orang lain. Tapi lepas tu, selalunya dia datang dengan Harlina. Kenapa ye bos?”.

Aha,Harlina! Umar sengih.

“Awak ada nombor telefon Harlina?”.

“Eh? Bos nak buat apa dengan nombor dia? Harlina tu dah kahwin tau bos!”.

“ Saya tau lah! Saya ada hal sikit dengan dia. Awak ada nombor phone dia ke tak?”.

“Ooo..saya ingat bos cuba nak tackle kawan Cik Sofea tu. Bos jangan bos, Cik Sofea tu dah cukup baik dah bos..bos pun dah nikah pun kan dengan dia. Jangan buat hal bos…”.

“Zam!!!”.

“Okey bos! Sorry..sorry. Saya sent nombor dia pada bos ye.Selamat malam bos. Assalamualaikum…”.

“Waalaikumussalam.”

Umar tarik nafas lega. Harlinalah harapannya yang terakhir. Kalau tidak, mahu tak tidur malam dia dibuatnya. Mana pula nak mencari Sofea malam-malam macam ni?

Bunyi mesej masuk disambut dengan senyum panjang. Tanpa tunggu lama, nombor telefon Harlina didail sebelum panggilannya bersambung.



*****


“Masuklah Umar,”.

Umar masih setia di hadapan pintu masuk sambil kepala terjenguk-jenguk ke dalam. Tertawa kecil Harlina dibuatnya. Dah gaya pencuri je. Nak masuk, tapi takut-takut.

“Sofea dah tidur. Jangan risau.”

“Suami awak?”.

Harlina senyum lagi.

“Dia dah dekat area sini. Kejap lagi sampailah tu. Masuklah. Jangan risau, saya dah beritahu pada Samsul tentang awak. Masuklah Umar.”

Ada wajah lega terpancar di muka Umar sebelum dia melangkah masuk. Usai melabuhkan punggung di sofa, dia menyambung kata.

“Maafkan saya Lina, susahkan awak je. Ganggu malam-malam macam ni.”

“Tak adalah. Saya okey je. Pia memang biasa buat perangai macam tu. Dulu-dulu, kalau dia merajuk dengan Naim pun..saya juga yang dia cari.”

Naim? Wajah Umar serta-merta berubah.Rasa tak dapat nak telan air liur bila nama itu disebut-sebut lagi. Kan ke bagus kalau dulu, dia yang bertemu dengan Sofea. Bukan Naim? Ahh..Umar. Apa yang nak disesalkan? Semua yang Dia aturkan, pasti dah bersebab. Tak perlu nak menyesal. Lagipun, kalau bukan sebab Naim buat perangai…belum tentu lagi kau dapat kenal dengan Sofea kan?

“Hmmm..maafkan saya Umar. Saya tahu, awak kurang senang saya sebut pasal Naim tu.”

Teguran Harlina langsung mematikan monolog Umar dalam hati. Dalam paksa, dia tarik senyum bila mendengar pernyataan Harlina.

“Saya tak tahu nak terangkan macam mana.Tapi yang boleh saya beritahu, Cuma satu. Saya ikhlas, ambil Sofea jadi isteri saya. Tak ada niat lain. Jauh sekali bertujuan untuk sakitkan hati dia.” Jelas Umar dengan wajah polos. Seboleh mungkin dia mahu Harlina tahu tentang isi hati sebenarnya pada Sofea dengan harapan, Harlina mampu menyakinkan Sofea nanti.

“Saya tahu Umar. Awak jangan risau dan jangan terlalu ambil hati apa yang Sofea cakapkan. Kalau dia tengah marah, habis segalanya dia keluarkan.Cuma satu yang saya nak beritahu pada awak, jangan sekali-sekali mendesak dia sebab Sofea kalau didesak…dia akan lebih melawan. “

“InsyaAllah. Saya akan ingat pesan awak tu. Emmm…saya rasa, saya kena gerak dulu kut.Dah lewat ni.”

“Eh, nak ke mana pula? Tidur je la kat sini.”

“Haa? Ttt…”ayat Umar habis saja di situ bula Harlina dah tayang sengih.

“Laaa…awak kan dah nikah pun dengan Sofea.”

“Tak pe lah kut. Esok pagi-pagi, saya datang ye.” Balas Umar sambil bingkas bangun .

“Umar..sebaiknya awak tidur je kat sini malam ni. Mana tahu, celik-celik mata je dia nampak awak….hati dia boleh lembut semula?”.

Langkah Umar ke muka pintu terhenti. Keluhan dilepaskan sebelum senyum pendek dihadiahkan pada Harlina. Tak lama selepas itu, sebuah kereta Toyota Avanza pula masuk ke ruangan parkir. Tekanya, tentu lelaki ini Samsul, suami Harlina dan tak kan tiba-tiba sahaja lelaki ini sampai dia pula mahu keluar? Makanya, suka atau tidak..terpaksalah dia tidur juga disitu dengan harapan bila bangun esok pagi dia tak disumpah seranah dek Sofea. Amin!


p/s: sebab ramai yg tanya, ke mana hilang Umar..asyik2 teaser pasal Naim je..so sya up entry umar. aci kan?




Thursday, August 29, 2013

Siapa mereka?


Dia gadis yang ceria, bersahaja dan akan cakap serta buat apa sahaja yang terlintas dek akalnya tanpa perlu fikir panjang. Dia kira, Naim adalah jodohnya tapi ketentuan Allah sebaliknya. Entah apa masalahnya, mem besar di pejabatnya memang tak pernah anggap dia sebagai pekerja, sebaliknya musuh. Gaya macam pernah berhutang berjuta-juta tapi buat donno tak nak bayar.Apa dia buat semua serba tak kena dimatanya.Tambah gawat bila si jantung hati yang ditunggu-tunggu selama ini ditakdirkan adalah anak mem besar. Perlu kah dia teruskan hubungan mereka kalau sah-sah mem besar@ si angry bird tak pernah suka padanya?


"Kita tak berjodoh Naim. Mungkin kita ditakdirkan berjumpa, suka sama suka tapi kahwin dengan orang lain.Sudah-sudahlah awak mengejar saya "

~Zarin Sofea @ Rin@Pia ~
 


Asalnya, dia lelaki dan anak yang baik. Tapi dek kerana pengaruh mamanya dalam menentukan aturan hidupnya buat dia berubah jadi lelaki yang berbeza. Baginya cintanya hanya satu, hanya untuk Sofea biarpun bertahun mereka berjauhan beribu batu dan ianya tetap kekal biarpun dia disuruh kahwin dengan menantu pilihan mama.

"Awak tak akan bahagia Sofea selagi bukan saya yang ada di sisi awak. Ke mana pun awak lari walau sampai ke hujung dunia pun saya akan cari dan cuba bahagiakan awak. Ini bukan janji, tapi pasti!"

-Naim Idham @ Am~

 Dia jenis lelaki yang tak banyak cakap.Bila ditanya,  lebih suka angguk dan kemudian tunduk dan bila diusik hanya senyum sambil tayang lesung batu di kedua-dua pipinya. Punyalah susah nak buka mulut gaya macam ada emas, kena tutup rapat-rapat takut orang dapat tahu. Dan kerana tabiatnya itu, tak banyak hal tentang dirinya yang dapat diteka. Tapi, yang Pia tahu dia bekerja di Cafe-Al-Faliq. Entah kenapa sejak pertemuan pertama di cafe, dia selalu ada...di waktu yang tepat dan diwaktu yang diperlukan.Kata orang, kalau selalu jumpa secara kebetulan, kerap pula tu...berjodoh! Tapi, sudi ke Pia berjodoh dengan lelaki yang penuh 1001 tanda soal di mukanya?


"Alang-alang saya dah tolong awak tadi…apa kata, awak bagi saya teruskan?Saya akan lindungi awak Sofea..insyaAllah, selagi diizinkan oleh-Nya"

~Umar Faliq ~



p/s: amacam..okey tak intro?ergghhh..serius tak reti.

Tuesday, August 27, 2013

Encik lesung batu...




Usai solat dan mengaminkan doa, Sofea sedikit terkejut bila lihat Umar sedang duduk di hujung sudut tepi katil sambil memandang ke arahnya. Dia masih lengkap dengan jaket yang menutupi t-shirt putih kosong. Barangkali baru sampai waktu dia tengah solat tadi.

“Kenapa tak tunggu, boleh solat asar sama-sama,” tutur Umar perlahan dengan mata masih tak lepas memandang ke arah Sofea yang masih lengkap bertelekung.

“ Saya tak tahu, pukul berapa awak akan datang sini. Jadi, saya solatlah dulu. Ini pun dah lewat sangat ni. Satu rumah ni saya berpusing cari telekung tau!”

“Kenapa tak minta pada mama?”

“Bilik mama pun saya tak tahu, banyak giler kut bilik dalam rumah ni. Dah gaya asrama,” balas Sofea, polos. Dalam polos, riak mukanya masih Nampak beria-ia bercerita.

Umar senyum sambil garu belakang leher.Iye tak iye juga kan. Rumah ni, harap bili saja yang banyak tapipenghuni nya tak sampai separuh dari jumlah bilik yang ada. Hmmm... Mama ni pun, boleh pula tinggal Sofea dalam bilik bilik sorang-sorang.

“Ni, dari mana dapat ni?” soalnya lagi dengan ekor mata terarah ke telekung yang baru saja dibuka.
“Pinjam Mak Ita punya,” balas Sofea diiringi sengihan.

Umar hanya mengangguk manakala Sofea lambat-lambat meneruskan lipatan telekungnya yang tergendala tadi. Sesekali keluhan dilepas perlahan. Janggal, sangat janggal bila berdua-dua macam ni. Rasa macam…

“Nah.”

Beg kertas yang dihulurkan di sambut dengan kerlingan mata.
“Apa tu?”

“Pakaian awak untuk malam ni dan esok. Saya takut tak sempat nak pusing balik ke sini kalau saya balik ke rumah awak. Jadi, saya singgah dekat The Mines tadi.”

Dengan kening berkerut, leher dipanjangkan ke arah dalam beg kertas yang dihulurkan. Bila terlihat saja isi dalam beg itu, langsung membulat mata Sofea dibuatnya.

“Aaa…awak..beli semua ni?”.

Umar angguk tak bersalah sambil angkat kening sebelah.

“Kenapa ye?”.

Sofea dah tekup muka dengan tangan. Rasa tak cukup dengan itu, telekung yang elok berlipat tadi dibuat tutup mukanya sambil kepala disembam ke atas tilam.Isyhhh dia ni! Boleh pula dia Tanya kenapa? Aci tak kalau aku tanya dia balik, kenapa awak ni tak malu sangat? Arghhh.

“Sofea..kenapa ni? Awak okey ke?” soal Umar takut-takut. Teragak-agak tangannya menyentuh bahu Sofea yang bersimpuh di sisi katil itu sebelum bahu itu ditepuk perlahan. Lambat-lambat Sofea angkat muka usai telekung yang menutupi wajah dan kepalanya tadi dialihkan dek Umar.

“Awak ni…awak tak segan ke pergi beli sotong dengan adik-adik saya tu?” soal Sofea dengan mata sengaja dipejamkan dan wajah masih ditekup dengan tangan. Dia yang membayangkan pun boleh rasa malu yang amat, macam mana pula dia boleh buat biasa je?

“ Sotong? Saya tak beli sotong pun…” balas Umar, polos sambil tangannya menarik semula beg kertas yang dihulurkan sebentar tadi. Isi dalam beg dipandang bersilih ganti dengan wajah mencuka Sofea.

“maksud saya, yang warna pink tu…yang macam cermin mata tu…orang panggil sotong.”

Umar garu kepala. Tadi sotong, sekarang cermin mata? Yang mana satu betul ni?

“Errr….jap. Maksud awak…ini ke?”.

“Haippp! Jangan sentuh. Awak beli untuk saya kan? Bermakna, saya je boleh sentuh benda tu. Bak sini beg tu…”.

Beg kertas tadi bertukar tangan dengan ada senyum senget dihujung bibir Umar. Sempat juga mata Sofea scan segala tok nenek yang ada dalam beg kertas itu. Selain sotong dan adik-adik, ada tudung bawal 2 helai, jubah dua helai dan pyjamas di dalamnya. Mak aihh..jubah? Umar nak suruh aku pakai jubah?

“ Saya tak pasti, awak pakai saiz apa. Saya main agak-agak je.” Jelas Umar tanpa di pinta.
Sofea hanya membalas dengan kerlingan. Agak-agak ye. Entah-entah dalam diam, waktu aku tertidur dekat cafe tadi sempat dia scan satu badan. Erkkk…seram! Takmo fikir, takmo fikir! Sila ubah topic lain Pia sebelum isu size dan yang berkaitan dengannya jadi makin panjang.

“Err..umar, adik awak…dah balik ke? Saya teringin nak kenal orangnya. Bilik dia dekat mana ye? Tingkat bawah ye?”.

Wajah Umar berubah seketika sebelum keluahan panjang dilepaskan.

“Entah. Ada kut dekat bawah,” balas Umar acuh tak acuh sambil berlalu ke bilik air dengan tuala dan kain pelekat di sibai di atas bahunya.

Entah? Itu je jawapannya? Kelibat Umar dikerling tajam hingga hilang di balik pintu bilik air. Sengal punya abang! Adik sendiri pun buat tak tahu je.

 Tak tunggu lama, Sofea bergegas keluar dari bilik itu. Tolong Mak Ita pun bagus juga dari duduk lama-lama kat sini bercakap dengan orang yang ignorant macam dia ni.


                                                                  ******



“Oh My God, Sofea! Sofea buat apa tu?” jerit Datin Gina dari ruang depan dry kitchen sebelum berlari-lari anak ke arahnya. Larian tangan Sofea terhenti sebelum mendongak ke atas sambil tayang sengih pada mama.

“Sofea tumbuk sambal belacan ma. Mak Ita kata, papa suka makan sambal belacan kan?” balas Sofea sambil sambung menumbuk.Tapi baru anak lesung diangkat, tangannya dah disambar dek tangan Datin Gina dengan gelengan kepala.

“ Sofea…stop it dear. Dah, bangun! Siap bersila lagi atas lantai ni. Kotor baju Sofea nanti. Bangun sayang. Biarkan je lesung batu kat situ. Nanti Mak Ita boleh sudahkan.”

“Tak apa , ma. Sikit je lagi ni.”

“Nope. Dah bangun! Bangun! Hisyhh..Sofea ni.”

Akhirnya Sofea hanya  menurut bila lengannya dah ditarik-tarik supaya bangun. Pili air dibuka, sebelum tangan dibasuh dengan sabun.

“Mak Ita….”. Suara Datin Gina berbaur amaran. Tangan dah dicekak di pinggang ke arah Mak Ita yang tengah menimba gulai ayam dalam periuk.

“Ddd..datin, saya dah larang tapi Puan Sofea nak buat sendiri juga.”

“Betul tu ma. Sofea yang nak buat. Mak Ita dah larang Sofea tadi. Sofea tak tahu nak buat apa, jadi Sofea tolonglah mak Ita dekat dapur. ”

“Nope and no. Sofea tak boleh buat semua ni. Nanti kasar tangan Sofea, macam mana? Sofea kena jaga semua tu. Plus, Sofea kena tahu nature kerja Umar macam mana. Sofea kena…oh, by the way, Umar dah balik ke? Mama ada nampak motor dia dekat luar.”

Sofea angguk perlahan sambil dalam hati mendengus sendiri. Rasa tak sedap hati bila soal kerja Umar dibangkitkan dan kemudian dikaitkan dengan tangan kasar. Apa kaitannya di sini?Apa kerja umar tu sebenarnya? Buat part time telek tangan orang? Atau..jadi model pakaian lelaki? Kaitan?

“Dah…Sofea pergi naik atas dulu ye. Buat je apa-apa yang boleh. Tengok tv ke…golek-golek ke. Surf internet and what so over, tapi mama tak mahu nampak Sofea di sini. Okey? Pergi rehat ye sayang. Nanti bila makanan dah siap, baru Sofea turun.”

Dan Sofea hanya mampu menurut bila bahunya sudah ditarik sama untuk ke ruangan depan. Usai pintu lif terbuka, kakinya diheret malas-malas melangkah. Sempat juga senyum terpaksa dihadiahkan pada mama yang beria-ia melambai dan bagi isyarat ala-ala maskot KFC, angkat ibu jari.

Sampai sahaja di tingkat atas, pintu bilik dibuka perlahan sebelum matanya tertancap ke arah susuk tubuh yang hanya bertuala dihadapan wardrobe ralit memilih pakaian yang bergantung dengan mulut menggumam sendirian seakan merungut.

“Sss…saya tukar aturan baju tu. Awak…”.

Laju Umar berpaling masing-masing tergamam tanpa kata. Bibir Sofea sedikit bergerak-gerak, seakan  mahu menyambung kata-katanya yang terhenti sebentar tadi tapi entah kenapa tak terluah.

Akhirnya suasana tegang itu jadi reda bila tawa Sofea terhambur bila tiba-tiba sahaja Umar berlari-lari anak ke arah tingkap sebelum bersembunyi di balik langsir. Tertunduk-tunduk Sofea menahan tawa. Patutnya dia yang menjerit sebab terkejut, dah boleh pula Umar yang pergi menyorok sebab malu. Hailah umar.

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon