Followers

Wednesday, August 21, 2013

Kasih, Tiada Ganti 9





Wajah suci Daim direnung dengan rasa sayang yang menggebu. Jari jemarinya kemudian mengusap lembut pipi comel yang sedang lena tidur di katil khas untuknya sebelum bibirnya menguntumkan senyuman.

“Apa yang papa dah buat tadi sayang? Papa sendiri tak tahu, kenapa papa  cakap macam tu pada mama zara,” bisiknya perlahan sambil mata masih ralit memerhati si comel itu.

“Mungkin…papa miss  mama so much…” tokoknya lagi, sebak. Mata sudah berkaca seribu. Bila-bila saja tembok kaca itu akan pecah.

“Papa miss mama so much Daim….miss her…so much!”

“Nuqman…”.

“Eh, ummi!”

Air mata yang mengalir di pipi cepat-cepat dikesat sebelum senyum ditarik. Ummi datang mendekati dengan wajah tak beriak. Agak-agak, ummi dengar ke apa yang dibualkan dengan Daim tadi ye?

“Ummi tahu, kamu masih sayangkan Zara kan?”.

Laju Nuqman menggeleng. Aduh, ni mesti ummi dengar!

“ Tak adalah ummi,” balasnya pendek. Selimut Daim diperkemaskan. Sesekali wajah comel itu diusap lagi tanpa rasa jemu. Raut wajahnya, persis arwah Nadine! Saling tak tumpah. Dengan kulit putih bersih, mata sepet.

“Ummi akan tolong Nuqman.”

“Tolong, tolong apa ummi?”soalnya, sedikit berteka-teki dengan nada dan gaya ummi berbicara kali ini.

“Tolong Nuqman dapatkan semula Zara. Nuqman kena kahwin dengan Zara. Ummi tahu, hanya Zara yang dapat bahagiakan Nuqman dan jaga anak-anak Nuqman,” jelas Ummi bersungguh-sungguh.
Mata Nuqman terbeliak. Wajah Ummi yang serius dipandang tanpa sela. Isyhh ummi ni, biar betul.

“Habis tu, Luqman dengan anak-anaknya macam  mana?”

Kali ini ummi tersenyum pula.

“Luqman kan playboy. Ramai perempuan yang bersusun tunggu dia. Lepas dia ceraikan Zara, dia carilah mama lain untuk si kembar tu!”.

“Nuqman…”.

Nuqman tersentak usai bahunya ditepuk. Wajah ummi yang tersenyum di sisinya dipandang dengan rasa tak percaya.

“Yang kamu tidur kat sini, kenapanya? Kamu dah makan?”.

Nuqman geleng laju. Matanya digenyeh berkali-kali dengan jari sebelum tekup mulut, menguap. Tertidur rupanya dia. Haih! Nasib baik bukan betul-betul! Tapi dalam mamai, wajah ummi masih dipandang dengan rasa takut-takut. Takut pula ummi ulang dialog yang sama macam dalam mimpinya tadi.

“Tuuu..handphone dalam poket tu, dari tadi bergetar. Kamu tak mahu angkat?” soal Ummi lagi.Cepat-cepat Nuqman bangun dan berlalu ke hujung bilik itu sebelum panggilan bersambung.

“Hai Nuqman!”.

“Hai..asalamualaikum. Siapa ya?”.

“ Errr..waalaikumussalam. Ni I lah, Sofea.”

Sofea? Wajah ummi dikerling sekilas sebelum akalnya sempat memikir. Sofea mana pula ni?

“Sofea yang mana ye?”.

“Alaaa..Sofea. Kita kan pernah jumpa dekat air port tempoh hari. You ada bagi name card you pada I kan? You lupa ye?”.

Sofea? Name card? Air port? Hmmmm.

“Oooo…Sofea yang model tu ye. Ohh..sorry. Saya tak teringat tentang tu. So, ada apa ye Puan?”.

“I cik la…”.

“Okey Cik Sofea, apa saya boleh tolong cik ye?”.

“Emmm…boleh kita jumpa?”

Jumpa? Sekali lagi wajah Ummi ditenung. Tapi kali ini respon ummi berlainan berbanding tadi. Beria-ia ummi buat signal suruh pergi.

“Untuk apa ya?” soal Nuqman lagi.

“Saja, nak berbual. Kenang-kenang kenangan lama masa kecik dulu. Jomlah Nuqman. Bolehlah ye? I boring ni. Baru habis shoot tak tahu  nak buat apa. Temanlah I minum ye”.

Nuqman dah garu kepala. Isyhhh, dia ni.Lain macam saja bunyinya. Dah lama tak jumpa, tetiba dah jumpa nak ajak mengenang cerita lama. Apa kes?

“Kalau saya ajak adik saya, boleh?”.

“Ehhhh..jangan! You seorang je la. Bolehkan? Kita jumpa dekat Coffea Bean, JPO? In 1 hours, boleh?”

JPO? Hmmmm.

“Okey. So, macam mana saya nak kenal awak ye?”.

“Don’t worry, saya kenal awal. See you then. Bye!”.

“Errr..bye.” balas Nuqman lambat-lambat sebelum panggilan di matikan.

“Sofea mana tu Nuqman?” soal Ummi tiba-tiba.

“Entah. Nuqman ada terserempak dengan dia waktu dekat air port sebelum ni. Dia ingat, Nuqman ni Luqman.”

“Sofea Az-Zahra ke?” teka Ummi tiba-tiba.

Nuqman jungkit bahu.

“Nuqman tak tahu nama penuh dia. Tapi yang Nuqman tahu, dia kawan lama kami berdua. Entahlah ummi, Nuqman pun tak tahu macam mana Nuqman tak boleh cam dia. Agaknya, kepala Nuqman ni masih gitu-gitu lagi kut!,” balas Nuqman sambil tertawa. Laju saja bahunya ditepuk manja dek Ummi.

“Tak baik kamu cakap macam tu. Apa kamu cakap tu, doa tahu? Hmm..dah, pergilah jumpa dia. Kamu tu pun dah lama tak keluar. Asyik terperap je dalam rumah ni ha. “

“Tapi ummi, arwah Nadine kan baru je pergi….”.

“Kamu keluar pun, bukan sebab nak menggatal kan? Nak jumpa kawan lama. Pergilah.”

Dengan nafas dihela berat, akhirnya Nuqman bersetuju. Pergi sajalah Nuqman. Jumpa dan dengar apa yang dia nak cakap. Itu saja. Tak salah rasanya. Sempat juga wajah tenang Daim dicium sebelum berlalu untuk menukar pakaian.

*****

“I tolong you, you tolong I…boleh?”.

Wajah Nuqman langsung berubah bila wanita dihadapannya itu menjelaskan semula tujuan utam a mereka betemu petang itu.

“Tolong? Tolong apa?”.

Sofea senyum panjang. Sesekali minuman dihadapannya di hirup perlahan sebelum melirik semula ke wajah seiras Luqman itu.

“You tolong I  dapatkan  Luqman dan I akan dapatkan Mya Zara untuk you. What say you?”.

“Whatt?” coffe latte di dalam mulut hampir tersembur keluar dari mulutnya. Cepat-cepat tisu dicapai lalu ditekup pada bibirnya.
“Apa awak cakap ni Sofea? Awak tahu kan yang mereka berdua tu suami isteri?”.

“Yaaa…I tau. So what? I pun tahu tentang kisah you dengan Zara yang tak jadi kahwin sebab kan Luqman.”

Nuqman langsung buang pandangan ke arah pengunjung yang tak surut sejak tadi menjejak kaki ke situ. 

“Tapi itu cerita lama Sofea….” balas Nuqman, perlahan.

“But the story never end…yet, it just started,” potong Sofea sambil tersenyum sinis. Tudung 3 tingkat yang dipakainya dibetulkan sekali-sekala sebelum bahunya dikibas berkali-kali dengan tangan.

“I tahu, you masih harapkan Zara. Tambah-tambah lagi, bila arwah wife you dah taka da…kan? Relax Nuqman. You’re just a normal guy. Mana-mana lelaki pun akan rasa benda yang sama kalau bakal isteri sendiri depan mata tapi…”.

“Dia bekas tunang saya, bukan bakal isteri saya lagi. Dia dah jadi isteri Luqman dan  mereka bahagia. Kenapa kita nak jadi watak antagonis pada satu cerita yang happy ending macam kisah mereka berdua?”.

Sofea gelak besar. Sesekali dengan matanya yang sarat dihias dengan celak tebal mengerling sinis ke wajah mencuka Nuqman.

“Tak semua cerita, harus happy ending Nuqman. It’s what we called life. Ada up and down side. Tak selamanya kita di atas.”

“Kita ni orang Islam Sofea. Dan sebagai sesama saudara seislam, tak sepatutnya kita jadi orang yang meruntuhkan masjid!” tempelak Nuqman. Sofea tersentap. Bibirnya diketap. Tahan geram dengan sikap optimis Nuqman. Jadi betullah bak kata Luqman sebelum ni, yang Nuqman ni ala belia. Jujur tak bertempat.

“But I thought…Luqman yang runtuhkan tapak masjid yang you dah beli.Secara rampasan pula tu!”.

“Stop it Sofea!” marah Nuqman tiba-tiba. Sofea terpempan.Mulutnya terkatup dari terus berbicara. Reaksi Nuqman sedikit mengejutkannya.

“FIY, saya datang sini sebab mengenangkan yang kita pernah jadi kawan zaman dulu walaupun kenangan itu, tak berapa saya ingat. Tapi, kalau ini niat sebenar awak panggil saya ke sini, saya minta maaf. Saya tak berminat dan suka sini saya ingatkan awak yang Mya Zara tu bukan sesiapa lagi pada saya. Dia hanya adik ipar saya. Noktah. Saya balik dulu. Assalamualaikum,” jelas Nuqman . Sempat juga not hijau disisipkan di bawah cawan sebelum dia berlalu.

Sofea mendengus kasar sebelum teguk  minuman yang masih bersisa. Tak guna punya Nuqman. Kalau dah namanya kembar tu, sama je perangainya! Macam bagus! Tungguu…aku tak kan biarkan kau dengan adik kau tu bahagia macam tu saja. Kalau bukan aku yang duduk di sisi Luqman, siapa-siapa pun tak boleh ada di sisi dia. Ini janji aku! Janji Sofea Az-Zahrah.
*****

“Comel Daim ni kan awak?” soal Mya Zara sambil mencium pipi comel itu berkali-kali. Terkerdip-kerdip mata Daim melihatnya dengan mata sepet yang hampir terpejam.

“Iya, comel. Dari tadi awak dok ulang benda yang sama. Bosanlah!” balas Luqman sambil kedua-dua tangannya menepuk si kembar. Di belah kiri Izzah, di belah kanan Iman.

“Habis, awak ingat saya tak bosan tiap kali awak cerita dekat saya pasal dibo awak tu?” sahut Mya Zara. Langsung Luqman mencemik.

“Ehh..dibo jangan sebut aaaaa.”

“Ha’ah! Dibo tu..best tau ummi…ijah suka dibo!” sahut Izzah tiba-tiba.

“Tapi Iman tak suka dibo. Iman suka Annie!”.

“Annie tu kuwus la Iman.”

“Ha’ah kan…kuwus cam alid..” tokok Iman.

Membulat mata Luqman memandang ke arah keduanya usai berbalas pandangan dengan Mya Zara yang turut nampak terkejut sama.

“Ehhh…tak tidur lagi ye? Berpeluh walid tepuk kamu suruh tidur boleh pula dia menyampuk?” tegur Luqman seraya tangannnya laju menggeletek ke pinggang si kembar. Menjerit kecil keduanya.

“Ummi…olong…ummi.”

“Hisyhhh awak.Sudahlah tu. Daim ni baru nak lelap, awak dah buat bising. Tidur Iman, Izaah. Dah malam ni. Siapa tak mau tidur, esok tak boleh ikut ummi pergi taman. Tidur cepat!”

Iman dan Izzah  menikus. Cepat-cepat mata dipejam tapi mulut masih lagi tersengih-sengih.

“Sebijik perangai awak! Dibo..dibo.” bisik Mya Zara betul-betul dekat dengan telinga Luqman.
“Tapi comel macam awak!” balas Luqman dengan sengihan.

Mya Zara tarik muncung panjang sebelum berlalu semula ke katil Daim. Dia sebut pasal comel, boleh pulak! Huhhh!Benci!

Dan tanpa sedar, kemesraan mereka sekeluarga sejak tadi diperhati dari jauh oleh seseorang dengan senyuman tak lekang.

Memang Mya Zara itu Luqman, bukan Nuqman. Dan itu sudah tertulis di atas sana. InsyaAllah, sampai bila-bila. Monolognya sendiri, sebelum pintu biliknya yang betul-betul dihadapan bilik tidur Daim ditutup rapat.



si kembar iman dan izzah ;-)

Monday, August 19, 2013

My Dear, Mr Dimple continue.....




“Betul ke rumah dia kat sini?”

“Iya, betul..tak kan saya nak tak tipu Datin pula. Sekejap ye. Eh…pintunya tak tertutup pula. Kenapa agaknya ye?” soal Zamri sendirian sambil kaki terus melangkah mendaki tangga. Seketika matanya tertancap pada sepasang sandal hitam yang tersusun elok di tepi pintu. Ahhh..mungkin Cik Sofea ada lagi, tak balik. Sebab itulah bos bukak pintu. Nak elakkan fitnah…mungkin?

“Assalamualaikum….bos..Oh..bos,” panggil Zamri sambil tanggal capal, tangan tolak perlahan daun pintu yang separuh terbuka.

“ Dia taka da kut!”.

“Ada, capal dia ada, bermakna dia ada di rumah ni. Tapi, itulah. Call tak berangkat. Salam pun tak berjawab. Pelik juga ni. Jarang-jarang bos buat perangai macam ni,” balas Zamri sambil kalih pandang ke hadapan, tapi kemudian langkahnya terhenti. Tergamam dia di muka pintu dengan mata membuntang.

“MasyaAllah…bos! Bos buat apa ni!” pekik Zamri sambil bergegas masuk.Tetamu yang mengekorinya dari belakang sejak tadi turut sama bergegas masuk tanpa sempat membuka kasutnya.

“Umar! Umar! Bangun!”.

Umar terjaga bila bahunya  dipukul berkali-kali. Terpisat-pisat dia memandang kea rah datang suara sebelum matanya memaku ke wajah itu.

“ Ma? Ma buat apa dekat sini? Macam mana mama tahu…”.

“kamu tu buat apa tidur di sini? Perempuan ni siapa?” soal Datin Gina dengan mata membulat, tangan disisip di pinggang.

“Perempuan?” soal Umar kembali. Matanya menala kea rah sekeliling rumahnya sebelum terhenti ke sisinya. MasyaAllah! Cepat-cepat dia bangun dengan wajah serba-salah. Rambut yang sedikit kusai dibetulkan beberapa kali dengan tangan.

“Bos…apa bos dah buat pada Cik Sofea? Bos bagi dia ubat tidur ke?” soal Zamri dengan wajah mencuka. Sesekali wajah Sofea yang masih tenang tidur dikerling dengan keluhan.

Mata Umar membulat kea rah Zamri. Mak aihh mulut! Ubat tidur? Suka-suki dia saje menuduh!Bibir diketap geram sambil matanya dikecilkan. Melihatkan respon itu, Zamri langsung tunduk menikus.

ehhh budak zam ni.... -umar-


“ Umar..siapa perempuan ni? Apa dia buat di sini?” soal Datin Gina tak puas hati. Wajah lena si gadis dikerling. Orang dok bising-bising kat sini, dia masih lena tak sedar-sedar lagi. Tidur mati kea pa ni?

“Dia..dia…dia isteri Umar ma,” jelas Umar dalam nada terpaksa.

“Isss…isteri? Ke..kenapa bos tak cakap pun….”. Zamri dah terduduk di sofa. Umar mendengus. Poyo amat budak Zamri ni, dia pula yang melebih-lebih responnya! Gumam Umar dalam hati sebelum tayang wajah bersalah pada mamanya.

“So..betullah cerita yang mama dengar sebelum ni yang Umar dah kahwin?” soal Datin Gina dengan kening terangkat, senyum menggulum.

Umar angguk lambat-lambat. Dalam hati masih sebal kerana ditangkap waktu dia terlena disebelah Sofea. Macam manalah boleh terlelap betul-betul tadi? Walhal awalnya tadi, setakat nak tenangkan hati sendiri saja. Rupanya? Hailah.

“Kami baru nikah ma…kahwinnya minggu depan. Emmm….Mama duduk dulu ye. Zam, tolong buatkan air..3 gelas ye. Bawa ke atas. “

Zamri angguk laju dan berlalu sambil tayang muka tak puas hati, masih mahukan penjelasan. Tapi Umar buat muka bersahaja, malas nak melayan.Nak menjawab pada mama, lagi payah dari nak memahamkan budak Zamri tu. Nanti-nanti pun boleh cerita. Kalau tak mahu cerita pun, taka pa. Seketika, pandangannya mati bila terpandangkan Sofea yang masih lena tidur.

“Mama nak tumpang toilet. Kamu kejutkan dia bangun dulu. Nanti terkejut pula dia bila bangun-bangun Nampak mama ada,” arah Datin Gina sebelum berlalu.

Dan Umar hanya mampu angguk kepala sebelum wajahnya ditekup, menahan malu yang masih belum surut.

****

“Dah lama ke kenal Umar?” soal Datin Gina, sekadar memulakan perbualan.

Sofea angguk lambat-lambat sambil tayang wajah mengantuk yang masih bersisa. Tapi bila terpandang wajah Umar yang sedang angkat kening ke arahnya, dia tersenyum sebelum menjawab.

“ Kami baru kenal dalam dua tiga minggu macam tu….”.

“Kenal dua tiga minggu dah nak kahwin? Nikah dulu pula tu….”
.
Sofea melongo. Lain macam saja bunyinya.Dia perli aku ke? Wajah wanita awal 50-an yang masih tidak dimamah usia, rambut pula diwarnakan keperangan itu ditatap. Adoyai Pia, macam mana kau ni? Dulu nak lari dari mak mentua macam angry bird,…tp dapat pula mak mentua gaya gini. Apa kes?

Soalan wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai mama Umar tadi, dibiar tidak berjawab. Matanya yang masih susah hendak dibuka, kesan mengantuk dan lepas nangis yang beria-ia tadi dia genyeh perlahan dengan hujung jari.

ngantuk woo..-pia-

Sekilas, wajah tenang Umar pula dipandang. Sekadar membandingkan lagak dan gaya kedua beranak dihadapannya ini. Macam langit dengan bumi je. Yang mama nye sekian, yang anaknya dah gaya ustaz-ustaz.Huisyhh, watch your mouth Pia! Agak-agak le nak mengutuk pun. Mak mentua sendiri tu.Laju saja mulutnya ditekup sebelum pura-pura batuk kecil.

“Ma, Umar yang ajak Sofea nikah awal. Dan Umar juga yang buat keputusan untuk tak tunggu lama lepas Umar yakin dengan istikharah Umar. Jangka masa kenal tak penting ma. Yang penting, kami berjodoh.”

Datin Gina mendengus perlahan. Sambil berpeluk tubuh, dia menyandar ke belakang dengan pandangan tajam. Masih belum Nampak berpuas hati dengan kehadiran Sofea yang tiba-tiba ada dalam kamus hidup anak terunanya itu.

“Awak tahu, Umar ni anak orang kaya?”.

Anak orang kaya? Dahi Sofea berkerut. Apa maksud dia? Nak tuduh aku ni perempuan Gillete ke?
Sekali lagi wajah Umar dipandang, mohon penjelasan. Tapi Umar langsung tak pandang. Asyik tunduk je ke bawah sambil kuis kaki pada karpet yang berambu ramba kaler unggu itu.

“ Jujurnya, pada awal perkenalan kami…saya kenal Umar hanya sebagai cashier di café al-faliq…”.

“What? Cashier café?” Datin Gina gelak besar tiba-tiba. Waktu itu juga Sofea dah rasa macam nak tumbuk mulut sendiri laju-laju. Boleh tak kalau cuba bersikap tak berapa nak jujur depan mak mentua wahai Sofea? Lurus sangat kut!

Sofea tarik nafas panjang sebelum menyambung kata. Puas otak menyusun ayat terbaik nak cover semula keterlanjuran katanya sebentar tadi.

“Tapi…bila kenal lebih lama, saya terfikir juga apa sebenarnya kerja dia. Mampu pakai motor sebesar itu, mesti kena ada kerja yang stabil bukan setakat jadi pekerja café aje kan? Ada juga saya cuba Tanya, tapi Umar tak pernah jawab. Even, sebelum datin sampai tadi pun…saya masih lagi soal perkara yang sama pada umar. But as usual, sebagai umar yang saya kenal..dia mengelak untuk jawab. Tapi saya tak kisah Datin. Apa pun kerja yang Umar buat, asalkan halal..saya terima dia seadanya. Dan  untuk jawab persoalan puan tadi, saya…memang tak tahu yang Umar ni anak orang kaya. Yang saya fikirkan…mungkin juga dia ada buat part time jadi bouncer kelab malam ke..ambik upah tarik kereta ke….”.

Gelak Datin Gina bersambung. Dari jarak sedepa, dia mengengsot menghampiri Sofea yang duduk berhampiran dengannya sebelum bahu Sofea diraih lalu dipeluk erat dengan senyum sampai ke telinga. Langsung berubah karakternya dari ala-ala nyonya Mansur pada calon mak mentua terbaik tahun ini. Melihatkan reaksi itu, Sofea hanya tersengih-sengih sendiri walau diri masih rasa kekok.

“Mama suka isteri kamu ni Umar. Dia sangat berterus-terang orangnya and..quite interesting. And the best thing is she is much better than your sister. Mesra alam. Hahahahha.”

comei menantu aku ni - datin gina


Sofea tarik sengih. Umar pun senyum kelegaan. Nampak jelas sangat dia gembira dengan keadaan itu bila mata mereka bertembung sebentar tadi. 

Phewwwwww….nasih baik. Rupa-rupanya, mama si Umar ni saja nak testing dia je tadi kut! Haih. Pelik-pelik perangai family si Umar ni. Dia dah sekian macam tu, mama dia pula dah sekian macam ni.Tapi… Sister? 

“Errr…Umar ada adik ke Datin?” soal Sofea, takut-takut berani.

“Isyhh..apa datin-datin ni? Panggil mama je sayang. Hmmm… Anak mama ada sepasang je. Umar dan adiknya. Adik dia dah kahwin, Umar saja belum. Tapi itulah, tak sangka pula dalam diam dia pun dah kahwin. Sampai hati, nikah diam-diam. Tak ajak mama langsung.”

Sofea sudah rasa tergigit lidah. Salah dia ke sebab tak sensitive tentang hal itu? Dia kira, yang menyarung cincin nikah tempoh hari itulah ibu kepada Umar sebab ada iras-iras wajahnya. Tapi rupanya, bukan. Yang ini.

“Maafkan Umar ma. Umar tak berniat nak rahsiakan hal ini dari mama dengan papa. Umar Cuma tak nak susahkan mama yang sibuk uruskan hal majlis adik. Itu je.” 

Penjelasan Umar bagaikan payang terjun yang menyelamatkan Susana tak tentu arah ketika itu. Walau Nampak macam bergurau, tapi mama si Umar ni Nampak macam double meaning je. Merajuk je gayanya.

“Kalau umar beritahu, kurang-kurang…boleh lah mama langsungkan sekali dengan adik. Kan lagi meriah."

Sekalikan? Adik umar baru kahwin ke?

“Sekalikan? Adik kan dah kahwin dulu macam mana pula nak sekalikan dengan kami. Lagi pun, Umar dengan Sofea nak buat majlis sederhana je. Sanding nanti pun, Cuma buat belah Sofea je Ma. Mama pun tahukan, jadual kerja Umar macam mana.”

Datin Gina hanya tarik senyum paksa sambil angguk. Pelukan pada Sofea dipereratkan lagi sebelum sebuah ciuman di hadiahkan ke pipi menantu sulungnya itu.

“Mama tak kisah Umar. Yang penting, kamu bahagia dengan isteri kamu yang comel ni.”

Sofea dah tarik sengih Nampak gigi. Segan pula bila dipanggil comel. Comel ke aku? Sengihan bersambung lagi sebelum bibir disungkit pada Umar, buat gaya berlagak. Mama puji saya tau! Awak ada?

“Muka comel pun, kena seiring juga dengan perangai ma…”.

Errrkkkk! Sengihan Sofea mati terus. Bibir dimuncung panjang sambil mata mengerling tajam kea rah Umar yang sudah tersengih ke arahnya. Huhh, dasar jeles!

“Mama yakin, semuanya comel dari perangai dan segala-galanya. Hehehe.Haaa…alang-alang dah terkantoi dengan mama ni kan, apa kata kamu datang rumah mama. Kita makan malam sama-sama nak? Dah lama Umar tak balik sana kan? Jomlah sayang. Mesti papa suka jumpa menantu perempuan dia ni. Boleh ye Umar?”.

“Haaa? Emmm…errrr…”.

Kening Umar dah berkerut seribu. Jelas lagi nyata dia keberatan dengan cadangan mama untuk mereka ke sana. Kalau dah makan malam, harus kena tidur sana kan? Dan…tak kan, aku dengan dia nak tidur sana kut? Errrr. Sofea jadi tak keruan. Macam mana nak mengelak ni?

“Kalau lain kali, boleh tak mama? Bukan apa, emmm..kami ni belum duduk serumah lagi ma. Jadi, baju Sofea taka da kat sini,” cepat-cepat Sofea cipta alasan sendiri. Nak tunggu Umar, haihh.Berjanggut!

“Alaaa..apa susah, awal lagi ni. On the way ke sana kita singgah je mana-mana butik. Betul tak umar?”.

Butik la pulak! Wajah Umar ditenung panjang, minta bantuan dan segala panggilan hayat yang mungkin. Tolong  saya Umar,tolong  cepat. Cari lah apa-apa dalih pun. Dan bagai ada telepati, matanya dengan mata Umar bertaut lama sebelum Umar mengangguk seraya buat isyarat supaya bersabar.

“Emmm..macam nil ah. Mama balik dulu dengan Sofea ye. Nanti Umar menyusul. Pasal baju tu, tak payahlah mama dengan Sofea singgah mana-mana. Nanti Umar cuba usahakan. Kalau tak sempat, kami singgah makan malam saja lah ye mama.”

Tak sempat? Jadi kalau sempat, memang mereka kena bermalam kat sana la kan? Apakah? Tak membantu langsung kut!

“Okey then. Kalau macam tu, lepas minum kita gerak ye! Wahhh…mama rasa gembira sangat hari ni tau sebab dapat kenal dengan menantu  mama ni. Patut dari dulu kamu kahwin dengan dia Umar. Tak adalah mama boring, shopping sorang-sorang. ”

Datin Gina dah mula pasang angan sendiri. Dan yang pasti, hidupnya lepas ni tak lagi boring dan sunyi dengan kehadiran menantu yang sporting dan sempoi macam gadis disebelahnya ini.

******

Wednesday, August 14, 2013

My Dear, Mr Dimple..last part






Sambil memandu, air mata yang mengalir di kesat dengan hujung jari.Sungguh dia keliru waktu itu. Tak tahu kendak ke mana dan pada siapa hendak mengadu. Pergi ke bilik Harlina, dia tak ada. Masuk meeting kata Muzammil, jiran bilik sebelah Harlina. Cuba call abang long, tak dapat. Telefon ditutup. Tak lain, mesti abang long ada operasi besar-besaran lah tu. Kesudahnya, kunci kereta dicapai dan kereta dipandu keluar tanpa isi borang keluar pejabat menuju ke arah bangi.

Usai saja kereta diparkir dan berlari-lari anak menaiki tangga,pintu café yang dah dianggap macam café hak milik sendiri ditolak kasar. Matanya yang merah tertancap pada kaunter bayaran, mencari si dia. Tapi bayangnya tiada.

Ahhh..kemana pula dia pergi? Takkan tak habis lagi rajuknya sampai sembunyi tak keluar lagi sampai hari ini? Call pun tak berangkat. Matanya kemudian menjalar ke arah sekeliling café itu. Di sudut hujung café, kelibat Zamri yang sedang menyusun buku-buku di rak buat hatinya rasa lega. Laju saja langkah diatur ke arah itu.

“Zam!”.

“Ehh..cik Sofea.  Bila cik sampai?” soal Zamri sambil sengih-sengih.

“ Baru je sampai. Umar ada? Dia tak kerja ke hari ni”

“Kerja. Tapi dia balik umah sekejap. Berehat. Letih katanya, sebelum subuh tadi baru sampai.”

Sampai sebelum subuh?Rumah?

“Err..Zam, awak tahu tak..rumah dia dekat mana?”.

Zamri gelak jahat, Beria-ia dia gelak sebelum tawanya terhenti bila wajah Sofea mula masam mencuka.

“Maaf cik Sofea. Saya tak sengaja. Err..tapi kan, tak kan Cik Sofea tak tahu rumah bakal suami sendiri dekat mana?”.

Jap…Bakal suami? Apa..Zamri dan yang lain masih belum tahu tentang pernikahan mereka? Tapi kenapa? Umar malu?

“Cik…Cik okey?”

“Rumah Umar di mana?” soal Sofea tegas.

Jari telunjuk Zamri tegak menunjuk ke atas siling kedai itu dengan sengihan. Sofea tarik beg tangan disisinya, sudah bersiap sedia nak hempuk Zamri yang terang-terang cuba loyar buruk dengannya.


“Awak jangan main-mainlah Zam. Saya tanya betul-betul ni. Rumah Umar di mana?”.

“Saya tak tipu Cik Sofea, rumah bos kat atas café ni je. Dia….”.

“Kalau awak bohong, siap awak!” balas Sofea sebelum bergegas memanjat tangga ke  atas. Usai tiba di depan pintu, loceng di tekan berkali-kali sambil tangan sebelah lagi laju mengetuk.

“Zamm…kan saya dah cakap…”.

“Awak!” jerit Sofea sambil meluru masuk dan cuba mendekati Umar. Umar yang terkejut, tanpa sengaja mengelak dari dipeluk menyebabkan  tubuh Sofea yang tidak seimbang hampir tersungkur. Mujur umar sempat tarik tali beg tangannya sebelum Sofea jatuh.

“Umar! Awak ni kan…”

“Err..Sofea, maaf. Saya tak sengaja. Emmm… macam mana awak tahu saya ada di sini? Eh, tak apa. Mari duduk dulu” soal Umar sambil menarik perlahan lengan Sofea yang sudah teresak-esak menangis untuk duduk di  sama di sofa berhampiran.

“Awak…saya.” Esakan Sofea berterusan. Umar jadi serba salah. Kepala digaru perlahan berkali-kali. Mencari cara paling sesuai untuk bertanya.

“Awak…okey ke?”.

Sofea geleng laju sambil terus menangis.


Umar ketap bibir. Jarinya laju saja menjentik dahi sendiri. Apa punya soalan daa.Dia kan tengah menangis, mestilah tak okey Umar oi!

“Errr..kenapa ni Sofea? Apa dah…”. Soalannya terhenti bila tiba-tiba saja Sofea labuhkan kepala dibahunya. Langsung tubuhnya keras disitu sambil mata terkebil-kebil.

“Saya…saya diberhentikan kerja.Macamana ni Umar? Apa saya nak buat lepas ni?”

“Berhenti kerja? Kenapa?” soal Umar lambat-lambat. Kalau tadi bahu, kali ini tangannya pula bagaikan beku bila disambar dan digenggam erat dek Sofea. Hanya matanya saja yang melorot ke arah tangannya dan kemudian ke arah Sofea disisinya.

“ Si angry bird tu lah! Saya tak faham lah dengan perempuan tu. Apa yang dia tak puas hati sangat dengan saya. Saya dah tinggalkan anak dia, supaya dia dapat menantu pilihan hati dia…apa lagi yang dia nak?”

Angry bird? Siapa? Mak si Naim tu ke? Dan menantu pilihannya, Umayra?

“Umar…macam mana ni? Majlis kita minggu depan..tapi.” Air mata Sofea masih deras mengalir. Geram, marah bercampur rasa. Kalau dapat dia debik je si angry bird tu tadi, bagus juga. Atau, koyakkan saja surat penamatan kontrak depan dia tadi? Hah, itu lagi puas hati!

“Tak apa Sofea, rezeki Allah atas muka bumi ni kan luas. Mungkin rezeki awak ada kat tempat lain.Dah, jangan nangis ye.”

“Tapi, apa salah saya sampai macam tu skali angry bird buat pada saya? ”.

“Sofea….istighfar banyak-banyak. Dah, jangan marah-marah macam ni. Biarlah, apa orang nak buat pada kita. Yang penting, Allah masih ada dengan kita dan saya yakin…Dia mesti ada perancangan yang lebih baik untuk awak lepas ni. Jadi, awak janganlah sedih-sedih lagi ye. Dan satu lagi, walau macam mana pun orang buat pada kita…janganlah sampai kita menggelar-gelar dia. Kadang-kadang tu kan, kita rasa kita tak ada buat apa salah pun tapi orang masih tak suka kita. Mungkin juga, sebab gelombang gelaran yang awak bagi pada dia tu sampai pada dia tanpa awak sedar.” Balas Umar sambil tersenyum memandang ke sisinya.

Gelombang gelaran? Laju saja kepalanya diangkat tanpa sedar yang Umar sedang memandang ke arahnya sebelum kepalanya dan dagu Umar terhantuk.

“Aduhhh!”

“Awakkk..sorry…ampun. Saya tak sengaja.Alaaa….kat mana sakit? Kat sini?” soal Sofea cemas. Sebelah tangan, lap air mata yang mengalir dan yang sebelah lagi pegang dahu Umar yang terbabas, terhantuk kepalanya sebentar tadi.

“Ehh…bibir awak pun…berdarah ni!” dari dagu, tangan Sofea sudah beralih ke bibir Umar. Tengah kalut darah yang keluar di lap dengan hujung tudungnya, mata mereka bertaut. Gerak tangan Sofea terhenti sambil mata tidak berganjak.

“Aaaa…err..tak apa.” Balas Umar laju sambil menarik perlahan tangan Sofea sebelum dia tunduk dengan kening berkerut-kerut. Melihatkan reaksi spontan Umar, Sofea dah tersengih sendiri. Terus datang niat hendak mengusik. Langsung lupa soal kerja dan kekejaman si angry bird sebentar. Oh, pembetulan. Bukan angry bird tapi Puan Zahlia.

“ Awak tau tak Umar, Ni… yang ini lah sebab utama..saya jadi jatuh suka pada awak,” kata Sofea tiba-tiba sambil jari telunjuknya menyentuh perlahan ke arah pipi kanan Umar yang sedikit berlekuk.

“Ha?” soal Umar terpinga-pinga. Biji matanya melorot ke arah yang ditunjukkan sambil kening berkerut memikir. Sofea senyum meleret dengan mata yang mula nampak membengkak.

“Satu lagi sebab ini…”. Dari pipi, telunjuk kecil itu beralih pula ke arah dada yang disarung dengan t-shir kosong putih polos.

“Hati yang ikhlas,sudi  terima kelebihan dan kekurangan saya walaupun Cuma kenal dalam masa yang singkat,” tambah Sofea lagi dengan senyum bersisa. Kemudiannya, tangan Umar di tarik sebelum di salam dan dikucup perlahan.

“Maafkan saya Umar, atas sikap saya sebelum ini dan terima kasih sebab sudi terima saya.”

Dalam keadaan masih terpinga-pinga, akhirnya Umar tersenyum sambil usap perlahan kepala Sofea.

“Jangan risau, saya akan selalu maafkan awak Sofea. Hmmm..dah, jangan sedih-sedih lagi ye. Tentang kerja tu, nanti kita fikirkan macam mana. Dan, kalau buat sementara awak nak duduk rumah pun..saya tak halang. InsyaAllah, saya masih mampu sara hidup kita berdua.”

“Haaa!!!  Apa kerja awak sebenarnya ya?”jerit Sofea tiba-tiba dengan sengih nakal.

“Kerja saya?” soal Umar dengan kening terangkat.

“Kenapa dengan kerja saya?” soalnya lagi.

“Saya tau…awak bukan setakat  tokei café bawah tu je kan? Apa kerja awak sebenarnya Umar? Awak ni…dengan saya pun awak nak berahsia kan? Dengan Lina, boleh pula awak story de mory kan.”

Story de mory? Apa tu? Umar garu kepala.

“ Kalau tak tahu, lagi elok kut. Tak ada apa yang nak dibanggakan sangat dengan kerja saya tu. Cukup setakat awak tahu, kerja saya tu..kerja yang halal. Bukan jual orang atau yang sewaktu dengannya,”.

Sofea cebik bibir. Ceh! Nak berahsia lagi tu.

“Halal tu memang halal, tapi kerja apa? Kenapa dari dulu awak asyik mengelak bila saya soal tentang kerja ye?Hmmm..something  fishy di sini”.

“ Mungkin sebab saya tak mahu awak fikir yang bukan-bukan tentang saya.”

Uikkk? Fikir bukan-bukan? Lain macam saja bunyinya. Wajah bersahaja Umar dikerling sekilas sebelum dipandang dari atas ke bawah berkali-kali. Hmmm…tak ada pula gaya pembunuh upahan ke, ah long ke. 

Dengan janggut sejemput, muka gitu-gitu…lebih mirip pada ustaz-ustaz je pada pandnagan peribadinya.

“Dengan buat statement macam tu, awak lagi buat saya nak fikir bukan-bukan tentang awak tau.”

Umar tarik sengih sebelum jungkit bahu.

“Awak mesti belum makan tengahari lagi kan? Saya masak kan nasi arab spesial, nak tak? Awak tunggu sini ye”.

“Oooo..nak lari ye!”

Umar tersengih seraya berdiri. Tangan yang ditarik erat oleh Sofea, ditolak perlahan diiringi gelengan.

“ Bukan lari, Cuma mengelak. Awak tunggu ye. Saya turun bawah sekejap.”

Sofea angguk perlahan lalu tersenyum. Pesanan Harlina beberapa hari yang sudah waktu dia buat sesi luahan perasaan tentang Umar, bagai di replay berkali-kali di kotak fikirannya. Dan kesimpulan dari bebelan panjang merangkap motivasi rumahtangga secara percuma oleh Harlina adalah, sudah-sudahlah mendesak. Bawa bersabar. Lambat laun, mesti segalanya akan berjalan lancar. Tak cukup dengan bebelan, SMS pula dihantar.

Take time to know and explore him and enjoy your new experience living with you unknown husband.

Sofea sengih sendiri. Macam-macam hal si Lina ni. Dan Sofea terus tersenyum hingga akhirnya terlelap di sofa, tanpa sedar.

*****
“Sofea?”

Langkah Umar terhenti di depan pintu masuk yang sedikit terbuka. Sedikit tergamam dia dibuatnya melihat Sofea terlentuk lesu di sofa. Tak berkerdip mata memandang sambil kaki melangkah mendekati.

Pinggan berisi nasi arab yang masih berasap, diletak perlahan ke atas meja sebelum ambil tempat di sisi Sofea yang sudah tidur mati. Tanpa sedar, bibirnya menguntum senyum. Hailah Sofea, awak ni macam angin tau tak? Sekejap sedih, sekejap lagi boleh tertawa dan sekarang boleh pula terlena?

Kasihan melihat keadaannya terlentok seperti itu,perlahan-lahan tubuh Sofea dibaringkan ke atas sofa dengan kaki di lunjurkan sebelum dia sendiri duduk bersila mengadap Sofea yang lena tidur.Nyenyak sungguh gayanya.

Dari sekadar memerhati dari jauh, tubuhnya diengsot mendekati sofa sebelum tangannya dijadikan bantal di tepi sofa untuk letak kepala sambil memerhati wajah polos itu dengan lebih dekat. Kemudiannya senyum ditarik, tanda puas hati. Ternyata sifat garang Sofea hanya luaran kerana bila dia tidur, gayanya tak ubah seperti bayi. Nampak comel dan mendamaikan.

“Saya sayangkan awak Sofea, insyaAllah…fillah,” tutur Umar perlahan sebelum matanya dipejam rapat. Cuba sedaya upaya untuk menenangkan hati yang jadi kacau serta-merta sebaik saja kata-kata tadi diluahkan.

Dan tanpa sedar, dia turut terlena sama dengan wajah mereka saling berpandangan dan dipisahkan setakat beberapa inci sahaja.


Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon