Followers

Thursday, August 1, 2013

My Dear, Mr Dimple Part III






Pejam celik, pejam celik… minggu hadapan majlis kahwin dia dan Umar akan berlangsung. Tapi entah kenapa, rasa teruja untuk bersanding seolah tiada. Tambahan pula sejak peristiwa dalam teksi tempoh hari, Umar langsung tidak menghubunginya. Beberapa kali dia cuba sms, tak berjawab. Call pun, tidak berangkat. Sesekali ada juga dia pergi ziarah ke CafĂ© Al-Faliq tapi menurut Zamri, Umar memang tak ada di situ. Mungkin juga dia balik kampung, buat persiapan untuk majlis mereka.

Haih, teruk juga keadaannya bila lelaki merajuk ni. Kalah perempuan dibuatnya. Tapi kut ye pun merajuk, angkatlah call tu. Tidak pun, kalau malas sangat nak dengar suara...reply saja sms. Bukan susah pun. Ini tidak, diam je seribu bahasa. Jadi sanding ke tidak ni?

Dan bila memikirkan tentang majlis sanding mereka, Sofea terus jadi susah hati. Hari sanding dah nak dekat, tapi cuti rehat belum lagi dia pohon.  Bila terfikir yang dia perlu mengadap bos besar tu…kecut perut tahap petala ketujuh mula terasa. Agak-agaknya, apa akan jadi kalau puan bos  tu tahu, dia perempuan yang berniqab dan hadir majlis resepsi Naim tempoh hari ye? Ahhhh…mesti kena sembur kaw-kaw tu nanti!

Tapi, ah. Orang tak Tanya, kenapa nak mengaku? Diam-diam sudah. Siap je dia turun tandatangan, terus keluar bilik dia. Apa susah? Tengah diri berperang sama ada nak pergi mengadap si angry bird, atau tidak, telefon dibiliknya berbunyi minta diangkat.

“ Pia, dah ke belum?”.
“Belum.”

“Bilanya? Cepatlah! Aku dengar, bos-bos besar nak pergi management retreat next week. Kau jangan lengah-lengah masa lagi!” marah Harlina di corong telefon.

“Aku nervous la makcik! Sejak kes dekat hotel hari tu, aku mana ada bercakap dengan dia.”
Harlina mengeluh kuat.

“Deii…menachi…kan ke masa tu, hero kau tu dah selamatkan identiti kau dari terbongkar? Bil makna, si angry bird tu tak tahu perempuan malam itu adalah kau. So, Apesal engkau pula yang nak kena nervous? Dah, aku tak nak dengar apa alasan lagi. Aku tahu, hari ni jugak..kau kena minta cuti dekat dia. Majlis kau tinggal seminggu lagi kut. Minggu depan dia tak ada.”

“Iye.Baik.Baik. Aku pergi sekarang. Bye!”.

Gagang terus diletakkan.Nafas ditarik panjang sebelum dilepaskan perlahan berkali-kali. Senyum ditarik sambil tangan digenggam kuat.

Hwaiting Pia! Kau boleh!

*****

Hahh..boleh lah sangatkan? Kesudahnya, dok terkebil-kebil depan bilik yang pintunya legap dengan tangan kaku gaya nak mengetuk pintu. Hisyhhh..kenapa gemuruh semacam je ni Pia? Hati pun rasa tak berapa nak sedap.

“Awak buat apa depan ni?”

Sofea tergamam bila tiba-tiba pintu terkuak tanpa isyarat. 

“Err…saya. Err..saya.”

“Hmmm..masuklah.Saya pun ada hal nak bincang awak.”

Ada hal?Hal apa ya? Usai angguk kepala, langkah diatur kemas sebelum duduk berhadapan dengan bos paling digeruni dalam deparment mereka itu.

“So, ada apa awak tercongok depan bilik saya tadi?”.

Sofea tarik nafas panjang, sebelum menjawab. Dalam hati, sudah dihembus-hembus supaya si angry bird ni berlembut hati dan bagi dia cuti panjang sikit kali ini.

“Saya..saya nak minta cuti Puan.” Jawabnya sambil borang yang siap diisi dihulur perlahan. 

Dengan wajah tak beriak,borang Sofea direnung ke atas ke bawah sebelum dahinya 
berkerut..mulutnya memuncung. Tu diaaa…dia dah buat muka angry bird dia dah!

“Lama cuti, nak kemana? Kahwin?”

Uhuk!Uhuk! Tiba-tiba boleh tersedak pulak. Haisyh si angry bird ni, macam tau-tau je!

“Err..iye puan.InsyaAllah.”

“Dengan siapa?” soalnya laju dengan kening terangkat.

“Dengan tunang saya.” Sofea gelak jahat dalam hati. Wahh, loyar buruk tak hengat kau Pia! Sempat lagi tu! 

“Hmmm..sejak bila pula awak bertunang ni?” soal Puan Zahlia lagi,tenang. Sikit pun tak terkutik dek loyar buruk yang cuba dilemparkan tadi.

“Emm…kami bertunang sekejap je, terus nikah.”

“Kenapa? Dah terbabas ke?”.

Errrkk! Rasa tercekik pula air liur kat rengkong. Terbabas? Ingat aku ni player ke? Gerutu Sofea dalam hati.

“Alhamdulillah, setakat ni kami masih belum terbabas. Jumpa pun jarang-jarang. Pilihan keluarga.”
Sudah saja menjawab, bibirnya diketap geram. Haisyhhh..yang kau cerita banyak-banyak..buat apanya Pia? Kan abang long selalu pesan.

Don’t explain. Because the person who love you don’t need an explanation. And the person who hate you, just want to hear what they want to hear.

“ Ooo..pilihan keluarga. Kenapa tak pilih sendiri?”.

Ketapan di bibir dah bertukar kepada muncung secara automatik. Haaa..tu kan? Betul apa kata abang long? Biarpun terasa macam dah tersampuk dengan angry bird di depan dia ni, dia dah tak kisah. Dah cukup lama bersabar dengan pe el perli tak hengat si angry bird ni.

“Sebenarnya, apa yang puan tak puas hati sungguh dengan saya ni ye? Nak kata saya tak menurut arahan kerja yang puan tugaskan, rasanya setakat ni belum ada. Nak kata saya paksa anak tunggal Puan untuk kahwin dengan saya pun, tak ada juga. Dia pun dah selamat kahwin dengan menantu pilihan Puan. Apa lagi yang tak kena pada saya di mata Puan?” soal Sofea berani. Apa nak jadi, jadi.
Puan Zahlia hanya senyum kecil sebagai respon pada soalan nya yang bertalu-talu tadi tu. Tubuhnya disandar pada kerusi ala-ala big bos itu sambil mata ralit memerhati ke wajahnya.

“Semua. Semua tentang awak saya tak suka.”

What the? Sofea tarik nafas panjang. Mencari sisa sabar yang makin tipis setiap kali berdepan dengan puan bos yang seorang ini. 

“Saya tahu Puan tak sukakan hubungan saya dengan Naim,” bidas Sofea berani.

“Hmmm..betul. Jadi?”.

“Jadi, dengan rela hati saya tinggalkan dia supaya Puan dapat kahwinkan anak kesayangan Puan tu dengan menantu pilihan Puan dan sepatutnya di sini..saya dengan Puan. Kosong-kosong.”

“Memang dia dah kahwin, tapi dia masih ingatkan awak” tempelak Puan Zahlia.

“Dan itu bukan masalah saya sebab saya sendiri dah lupakan dia sejak saya dapat tahu yang dia dah ada tunang.”

Puan Zahlia tepuk tangan tiba-tiba. Dah gaya orang gila pun ada bila tepuk tangan tak kena acara. 

“Bagus. Ini menunjukkan yang awak ni sedar diri.So, bukan awaklah perempuan yang datang dengan Harlina tempoh hari ke majlis respsi anak saya tu kan?”.

“Bukan saya!” balas Sofea berani. Matanya sengaja di tajamkan ke arah Puan Zahlia. Marahnya sudah tak boleh disorok-sorok lagi. Suka tak suka, perhitungan mesti dilancarkan juga hari ini.

“Baiklah Sofea. Awak nak cuti kan? Saya luluskan,” sahut Puan Zahlia secara tiba-tiba.Laju je tangannya turunkan tandatangan. Sempat juga Sofea mendengus kasar. Sengal amat heh! Kalau dari tadi dia tandatangan kan senang. Saja je nak kasi orang panas hati dulu kan?

“Dan ini  surat  khas untuk awak.” Sambungnya lagi sambil hulur borang yang siap ditandatangan sekali dengan sampul surat.

Sofea tarik sampul surat , sambil belek-belek. Sesekali wajah Puan Zahlia dikerling minta penjelasan lebih lanjut.

“Surat? Surat apa ni ye?”.

“Untuk awak,” balasnya bersahaja.

“Tapi..surat apa?” soal Sofea lagi.

“Surat penamatan perkhidmatan kontrak awak di sini.Saya rasa, awak dah tak sesuai untuk terus bekerja di sini Sofea. So, alang-alang awak mohon cuti tadi..awak boleh terus bercuti..sampai bila-bila. Balik sahaja saya dari management retreat nanti, saya harap awak tak tunjuk muka awak lagi di sini. Terima kasih Zarin Sofea, atas perkhidmatan awak disini selama 4 tahun ini. Saya doakan, awak dapat bekerja dengan lebih bagus ditempat lain.”

Dan saya doakan, Puan serta anak Puan…tak akan bahagia dunia dan akhirat! Gumam Sofea dengan mata berkaca merenung wajah Puan Zahlia yang nampak berpuas hati.

Monday, July 29, 2013

My Dear, Mr Dimple part II




“Pia…kau okey tak ni?” soal Harlina, setelah beberapa ketika kereta Vios itu bergerak meninggalkan perkarangan Hotel.

Sofea hanya diam, tidak bersuara. Hati, masih ada macam-macam rasa. Dah gaya role coster! Yang paling tinggi dalam carta, rasa bersalah, malu dan marah pada diri sendiri.

Perlahan, jari jemarinya dipicit kuat-kuat sesama sendiri. Tapi..Ah, kuat mana pun dia picit..sakit mana pun rasanya…mesti tak sesakit hati Umar waktu ini pada dia kan? Heh, tak gunalah Pia oii. Lain kali, fikir dulu sebelum cakap! Bibirnya kemudian diketap diiringi helaan nafas panjang.

Berdosanya kau Pia! Kenapa sampai macam tu sekali reaksi kau walhal awal-awal lagi di dah mengaku yang dia maafkan kau? Kalau setakat ditegur pasal solekan, apa sangatlah yang nak dianginkan? Tak cukup dengan tu, siap up lagi pasal Naim yang sah-sah hampas punya orang sebab sanggup tunang diam-diam lepas tu mengaku masih sayangkan kau tapi dalam masa yang sama tegar tinggalkan kau dekat tepi jalan. Lelaki macam tu yang kau kata faham kau sangat-sangat?
Oh..sedihnya kau Pia. Buta hati rupanya!

“Pia…kau okey tak ni? Jangan buat aku risau Pia…” tegur Harlina lagi sambil tepuk perlahan lengan Sofea disisnya.

Sofea tarik senyum dalam paksa sebelum angguk perlahan.

“Umar…dia…marah kau kaw-kaw ke tadi Pia?” soal Harlina lambat-lambat.

“Tak…aku yang marah dia…”. Balas Sofea perlahan. Kepala tunduk memandang ke arah jari jemari yang masih dipicit sama sendiri.

“Kau marah dia? Kenapa pula kau yang marah dia?”soal Harlina, sarkastik.

“Hmmm..itulah yang aku tak faham Lina. Aku betul-betul tak faham..kenapa aku buat macam tu,” balas Sofea dengan nada suara bergetar. Mata dah mula berkaca.

Kali ini, Harlina pula yang mengeluh. Hailah Pia, dari dulu sampai sekarang memang anginnya susah betul hendak dikawal. Aci lepas je tak kira pada siapa. Mujurlah sewaktu dia ada hubungan dengan naim dulu, mereka duduk  berjauhan. Seorang di Malaysia, seorang lagi di US. Kalau tidak, mesti bernanah telinganya hari-hari  mendengar bebelan Sofea. Tapi itu dulu. Jodohnya dengan Naim pun, taka da. Sudah tertulis, Umar orangnya. Dan sekarang, Umar pula jadi mangsa? Gawat si Pia ni.

Sesekali pandangan di arahkan ke sisi, sekadar melihat reaksi sugul Sofea yang seakan sedang memarahi diri sendiri.

“Kau dah minta maaf pada dia ke belum lepas kau termarah dia tadi?” soal Harlina lagi. Gitu je cara paling sesuai nak bersoal jawab dengan orang yang ada angin monsun macam budak Pia ni. Anggap yang dia tak sengaja buat macam tu. Bila dia dah mengaku, tiaw lah balik.

Sofea geleng kepala.

“Kenapa tak minta maaf Pia oii. Tindakan kau untuk datang ke majlis tadi, dah sah-sah salah. Dan aku, sebagai kawan pun sama ‘ngek’ macam kau…pi sokong kau datang sekali.Hmmmm….”.

“Umar dah maafkan aku pasal tu…sebelum aku sempat minta maaf dari dia…”.

Mata Harlina membulat. Serius? Bagusnya mamat lesung batu tu!

“Dah tu, yang kau boleh U turn balik ke hotel ni kenapanya? Boleh pula Umar terus naik motor , blah macam tu je. Nasib baik aku tak balik lagi tau!”.

“Aku tak sengaja la LIna. Aku tak sengaja cakap…yang Naim tu lagi faham aku dari dia”

Gulppp!! Harlina hilang suara. Laju saja tangannya tepuk dahi. Sambil membebel tanpa butir bicara, dia geleng kepala.

“Kau ni Pia..adoyaiii. Kenapalah kau suka create scene? Umar tu dah cukup baik maafkan kau sebelum kau mintak maaf, kau carik pasal lagi sebut mamat hampeh tu buat apa?”.

“Dah tu…dia yang bakar-bakar aku. Kutuk  mekap aku. Kata aku buat  semua ni, pakai macam ni sebab nak pikat orang lain, apehal?” bentak Sofea. Hilang karakter sayu, bersalah dan ala-ala down to earth tadi. 

“ Betul ni, umar kutuk?”.

“Errrr…..”.

Senyum Harlina terbit tiba-tiba.

“ Dia bukan kutuk Pia, tapi dia cuba didik kau. Kau kan, isteri dia. Mestilah dia tak suka kalau lelaki lain pandang kau atas bawah macam nak makan. Hangin kut!”.

Wajah poyo Harlina dikerling. Menyampah! Tiba-tiba je Lina pun dah join Umar Fan Club.Benci! Bukan dia ke yang suggest aku pakai baju 'meriah' macam ni?

“Pia, Umar buat macam tu ada sebab. Itupun kau tak faham lagi ke Pia?”.

“Faham? Faham apa? Faham yang, aku ni diperli tapi masih tak sedar-sedar diri lagi. Macam tu?”.

Harlina tepuk dahi lagi.Budak Pia ni kan, macam machine gun! Sekali kita cakap, berderet jawapnya.

“Bukan daaa. Umar, cakap macam tu…sebab dia sayangkan kau la sengal!”.

Sayang? What the heck? Celah mana pula sayang tu datang dan releven ke perkataan tu dalam isu sekarang ni? Bagai nak tercabut biji mata dia menjeling Harlina dengan kening bertaut rapat.

“ Beb…dari kenal, sampai dah nikah seminggu ni …aku belum pernah dengan perkataan tu keluar dari mulut dia tu tau.”

Harlina tarik sengih.

“Alah…apa sangatlah setakat nak kena sebut sayang sana, sayang sini. Contoh terbesar, aku ni ha. Sampai sekarang si Samsul tu dok sayang –sayang aku. Taaaaapi….dia buka juga cawangan lagi satu dekat Johor tu. Sayang la sangat kan? Contoh kedua besar, tuu..mamat sengal merangkap obsesor kau tu. Naim. Baru turun dari pelamin ni, boleh telek-telek bini orang..panggil sayang sana, sayang sini. Padahal bini ada dekat sebelah. Haaa, cer kau fikir pia. Penting ke kau nak dengar Umar cakap perkataan tu pada kau? Dengan maafkan kau, sebelum kau sendiri minta maaf pun dah cukup tunjukkan dia sayangkan kau dan sanggup turunkan ego dia sebagai suami. Kalau Naim ditempat Umar, kau rasa…kau masih ada dengan aku sekarang…relax-relax macam ni? Tak ada maknanya! Kau baru sebut kau nak kahwin pun, dia dah tinggalkan tepi jalan kan?”.

Sofea angguk kepala, perlahan-lahan. Sesekali keluhan dilepaskan dengan hati yang berbolak-balik.

apa kau dah buat ni pia?

“Itulah bezanya Pia…antara hubungan dari satu perkenalan dengan hubungan dari hati. Dengan Naim, kau dah kenal lama tapi tak bermakna kau faham dan kenal hati budi dia yang sebenar. Siapa sangka, Naim yang kita kenal dulu boleh bersikap macam hari ini? Anak mak tu, satu hal. Pengecut, panas baran pula tu. Umar pula, kau kenal hanya melalui hati budi dia dan tup-tup tanpa kena paksa…kau dah sah jadi isteri dia. Kau tak rasa ke semua  bawa makna sesuatu Pia? Dan kau fikir, kalau Umar tu tak sayangkan kau…dia nak ke kahwin dengan kau?”.

Sofea hanya memandang sekilas kea rah Harlina, kemudian tunduk melengung. Rasa sedikit terpukul dengan kata-kata Harlina tadi. Tapi hendak dibidas, dia taka da modalnya. Tambah pula kata-kata Harlina tadi banyak benarnya.

“Pia..Status kau, bukan macam dulu lagi tau. Kau dah ada suami, tak boleh buat perangai angin satu badan kau macam dulu lagi dah. Kau kena ingat tu! Satu lagi, kau kena bagi ruang dan masa untuk diri kau dan  Umar  nak kenal diri masing-masing, nak dapat kesesuaian. Jadi, kalau ada apa-apa tu…kau janganlah terus melenting ye. Maafkanlah dia, sebab aku yakin yang Umar tu tak kan sia-siakan kau macam apa yang Naim dah buat pada kau. ”.

Kali ini, Sofea tak mengangguk sebaliknya air mata yang mengalir tanpa henti dan sengaja dibiar tidak diseka.

“Lina….kalau..kalau kau bawak aku jumpa Umar, boleh?”

Harlina senyum sebelum angguk laju. Puas hati bila kata-katanya tidak dibetah. Kurang-kurang, kalau ini keadaannya ada peluang juga leboh 50 persen nasihat dia tadi serap masuk dalam hati budak Pia ni.

“ Boleh, Tapi, rumah umar kat mana? “.

Erkkk! Sofea dah rasa macam jentik bibir sendiri sebelum menggeleng sayu.

“Aku… aku tak tahu Umar duduk mana.”

“Laahhh kau ni, tak kan kut! Rumah suami sendiri pun tak tahu. Dah, call dia cepat!”.

“Okey…okey. Sorry, sebab aku tak pernah terfikir nak tanya soal tu. Lagipun, Umar sendiri tak pernah nak cerita kat mana dia tinggal. Jap, aku call dia ” Dalam kalut, telefon bimbit dalam tas tangan dibawa keluar sebelum nombor Umar di dail. Pada harlina dia tersenyum bila panggilannya bersambut bila dengan suara Umar beri salam.
“Waalaikumussalam. "Umar, awak kat mana?”.

“ Rumah.”

Sofea sedikit tersentap. Pendek dan tegas saja jawapannya. Merajuk lagi ke dia ni?

“Rumah awak dekat mana? Boleh saya datang sana?”.

“Tak pelah. Dah malam ni. Awak dah sampai rumah ?” balas Umar mendatar, sengaja menukar topik perbualan.

“Saya nak pergi rumah awak. Rumah awak dekat mana umar? Saya masih dekat area bangi ni.”

Jeda, dan kemudian terdengar keluhan pendek di hujung talian.

“ Awak baliklah rumah Sofea, berehat.”

“ Saya okey je, tak letih pun. Saya nak jumpa awak ni Umar, tapi kenapa awak macam keberatan je nak beritahu rumah awak kat mana. Awak, masih marahkan saya ke ? Tadi kata, dah maafkan saya….”.

Tuttt…tuttt..tuttt.

Panggilan dimatikan.

Tangan Sofea kaku tiba-tiba. Keliru dan tergamam dengan apa yang baru berlaku tadi. Lambat-lambat, telefon bimbit diletak ke atas peha sebelum pipinya ditampar berkali-kali. Biar betul ni.Umar, matikan panggilan macam tu saja?

“Pia…kenapa?”.

“Umar….”.

“Kenapa dengan Umar? ”.

“Umar…dia….matikan panggilan macam tu je Lina…aku…”.

Dan Harlina hanya mampu geleng kepala bila melihatkan Sofea yang dah tersengguk-sengguk bahunya menahan tangis.

                                                               ******

Skrin IPhone nya hanya mampu dipandang kosong, tanpa riak. Kemudiannya jari yang menekan skrin pada perkataan END CALL pula jadi mangsa renungannya. Terkerdip-kerdip dia memandang telefon pintar itu dengan seribu satu rasa. Apa yang aku dah buat tadi sebenarnya? Apa tujuan aku berbuat macam tu? Merajuk? Jauh hati?Ahhh.

 Perlahan-lahan, telefon itu dicampak ke sisi sofa sebelum tubuhnya disandarkan. Wajah pula diraup berkali-kali dengan tangan sambil sesekali kepalanya digelengkan.

Kononnya hari tu, nak cuba lindungi Sofea dari gangguan Naim. Tapi, baru dia sebut nama mamat tu dua kali dah nak sentap sampai hantar semula dia pada Harlina. Apa kes ni Umar? Bisik suara hatinya yang agak memberontak dengan tindakan luar kawalnya tadi.

"Sabarlah Umar...sabar. Get back to your sense". lirih Umar perlahan, sambil mata dipejam rapat dan tangannya ditekup ke dada . Cuba mencari sabar yang sudah tinggal sisa sahaja tadi.



PESANAN DARI UMAR FALIQ;

sekian...jumpa lepas raya ye..insyaAllah.  :-)


Sunday, July 28, 2013

My Dear, Mr Dimple Part 1







Sejak mula perjalanan, Umar hanya mendiamkan diri tidak bersuara. Hanya buang pandangan ke arah luar tingkap kereta tapi tangan masih kejap memegang tangannya. Mujur juga pakcik teksi buka radio. Tidaklah rasa tegang sangat keadaan waktu itu. 

Sesekali, wajah itu dikerling…sekadar curi-curi pandang. Nampak gaya macam Umar memang marah sangat-sangat sampai tak boleh nak bercakap langsung. Ahhh..Pia. Apa kau dah buat ni?

“Awak…” seru Sofea, perlahan.

Diam. Umar langsung tak memandang. Masih melayan perasaan sendiri gayanya.

“Awak…” panggil Sofea lagi sambil tangannya yang digenggam di goncang peralahan.

“Iya?”

Takut-takut Sofea tarik senyum biar pun dia tahu, dalam kegelapan malam dengan wajah ditutupi niqab, mana mungkin Umar nampak senyumannya tadi.

“Saya minta maaf ye. Saya tahu, tak sepatutnya saya datang tadi. Tapi, saya dok ikut juga degil saya. Nak juga datang. Hurmmm..nasib baik awak ada. Terima kasih ye Umar. Kalau tidak, mesti kecoh majlis tadi dibuatnya” ucap Sofea perlahan. Tangan kasar yang setia menggengam tangannya tadi di kucup perlahan, buat kali kedua sejak perkenalan mereka. Yang pertama kali, waktu  majlis akad nikah semingggu yang lalu.

Lambat-lambat, senyum terukir di wajah Umar.Kepala kemudian diangguk.

“Saya maafkan. Tapi lain kali kalau saya larang, awak jangan lah memberontak dan lawan semula ye. Ada sebab kenapa saya tak galakkan awak datang ke majlis tadi.  Bukan saya saja-saja tak nak bawa awak ikut sama.”

“Ye ke? Sebab apa?” laju Sofea menyoal bila diberi peluang.

Tapi umar hanya sambung senyum.

“Umar... Awak dengan Mayra tu…ada apa-apa ke? Sebab, awak Nampak beria-ia sangat nak ada pada setiap majlis dia” soal Sofea, lambat-lambat. Sambil menyoal, jantung berdetak laju. Bimbang pula kalau soalan yang ditanya bakal jadi punca marah umar sekali lagi.

“Kalau ada?” soal Umar dengan senyum senget.

Errrkkk! Tersandar Sofea di tempat duduk seketika. Menyesal tanya tadi!

“Dia nak kahwin dengan saya, tapi saya tak nak,” luah Umar bersahaja.

Kahwin? Mata Sofea dah membulat besar. Kemudiannya Bibir pula digigit perlahan diiringi keluhan. Tapinya, tak lama bila akalnya mula menaksir sesuatu.

“Oooo..jadi, awak datang tadi…semata-mata sebab nak tayang pada Mayra yang awak sikit pun tak kisah dia kahwin dengan si hampas tu? Macam tu? Laaaa…kenapa tak cakap? Kalau nak lagi dramatic, awak sepatutnya ajak saya datang sekali…baru gempak!”.

Pecah tawa Sofea seketika tapi bila kain niqabnya beberapa kali masuk ke dalam mulutnya, tawanya terhenti. Tangan pula laju menanggal pin yang disemat di sisi tudungnya. Kelam-kabut kena tarik keluar dari dewan tadi sampai lupa nak tanggal niqab. Selesai niqab jarang itu disimpan dalam bag tangan, wajah Umar dipandang semula.

“Ehh..yang awak tunduk tu, kenapa pula?” soal Sofea, tak puas hati.

“Err..tak ada apa-apa!” balas Umar sambil berpaling semula ke arah luar tingkap. Sekadar memerhati kegelapan malam sepanjang lebuhraya itu.

“Awak…kenapa ni? Tadi kata, dah maafkan saya…tapi….”.

“ Sofea..”.

Sofea dah tunduk kepala sambil mata laju gerak ke kiri, ke kanan. Lembut je suara seru nama, ada apa-apa ke ni?

“Errr…iye.”

“Hmmm…lepas dari malam ni, awak tak payahlah pakai macam ni lagi ye. Kalau betul nak pakai, istiqamah. Jangan buka-buka lagi dan warnanya, tak perlulah semeriah ini ye.” Sambung Umar. Dalam lembut, ada nada tegas.

“Macam ni? Maksud awak? Berjubah?”
.
Umar geleng laju. Hanya jari yang di arah ke sisi tudungnya.

“Niqab?”.

Dia senyum seolah mengiyakan.

“ Ini kan Cuma fesyen je awak. Lina yang suruh saya pakai, supaya Naim tak perasaan saya ada sama kat majlis tadi tu.”

“Naim, atau saya?”.

Sofea terdiam. Wajahnya mendung sambil mata melirik tajam kea rah Umar yang hanya memandang, menanti reaksinya. Isyhh , dia ni pun. Boleh tak jangan sebut nama samdol tu lagi? Sofea hanya mampu jerit dalam hati. Jerit depan muka dia, harus dapat satu lagi markah belah bahu kiri sebab derhaka pada suami.

“Okeylah, abaikan tentang niat utama awak tadi yang kononnya untuk menyamarkan diri. “

“Mana ada konon!”.

“Okey, bukan konon. Menurut awak tadi tujuan utama awak pakai macam ni, untuk menyamarkan dirikan? Tapi, awak mungkin tak perasan yang pada masa yang sama awak cuba menarik perhatian orang lain untuk memandang awak. Sedangkan saya sendiri, yang memang halal…”

“Jap” suara Sofea sudah meninggi sambil tapak tangan di hala pada Umar. Tapi bila terperasankan jelingan si pemandu teksi dari cemin pandang belakang, perlahan-lahan tangannya diturunkan dan rasa amarahnya cuba ditahan.

“Saya tak ada niat macam tu tau!” bisik Sofea, geram.

“Kalau bukan niat macam tu, apa tujuan awak pakai celak yang pekat sampai menyerlahkan mata awak tu di tambah pula dengan pewarna lagi. Satu lagi Sofea, cara pemakaian niqab yang sebenar mestilah menutupi bentuk hidung..bukannya…..”.

“Ini bukan pewarna la. Orang panggil eye shadow! Dan FIY, saya pakai benda ni hanya untuk malam ni saja. Itupun, bukan saya yang nak…tapi Lina yang cadangkan.”

“Hmmm…” Umar langsung berpeluk tubuh sambil tersenyum sumbing ke arahnya. Lagi nak tambah kayu api pada bara yang memang dah menyala sejak tadi.

“Apa yang awak cuba cakap sebenarnya Umar? Yang saya ni, isteri yang cuba mengorat lelaki lain diluar dengan solekan? Macam tu?”

Umar geleng laju.

“Saya tak cakap apa-apa pun,”

“Alaa…awak tak cakap pun, saya boleh tahu la. Awak ni kan, apa saya buat..semuanya tak kena. Pakai salah,  tak pakai salah. Naim dulu..tak pernah komen pun tentang pakaian saya tau!” suara Sofea mula meninggi semula. Marahnya sudah tak boleh ditahan-tahan lagi. Pantang tok nenek sunggguh orang tegur pasal pemakaiannya yang dia kira masih beradab dan sopan.

“ Naim tak komen sebab dia bukan suami awak, tapi saya. Saya yang akan bimbing awak sama ada di ‘hari bersejarah’ itu nanti..awak akan kekal atas titian sampai ke penghujungnya, atau jatuh tergelincir dan join sekaki dengan perempuan lain yang tak hormat pada suami mereka sendiri.”

Sofea tergamam. Dia mati kata. Hanya mata yang kekal merenung wajah di hadapannya itu dengan rasa kebencian. Genggaman tangan ditarik kasar sambil bibirnya diketap rapat. Matanya pula sengaja dibesarkan.

“Saya benci awak Umar!Benci! Dan mungkin Naim…adalah satu-satunya lelaki yang faham tentang saya. Bukan awak!”

“Dan saya maafkan awak Sofea atas setiap langkah awak ke majlis tadi, tanpa keizinan saya. Juga pada setiap patah perkataan yang awak cakapkan tadi pada saya, saya anggapkan yang saya tak dengar. Sebab bagi setiap wanita yang derhaka kepada suaminya…tak ada yang lain melainkan kemurkaan Allah yang dia akan dapat dan saya, tak nak awak tidur malam ni dalam keadaan seperti itu. Bang, tolong hantar kami semula ke Hotel Equitorial, bolehkan? Saya tertinggal sesuatu kat sana. “
Sofea terdiam. Tanpa kerdip dia memandang ke arah wajah Umar yang tenang saja memandang ke hadapan…seolah tak ada apa. Cuma dia, yang sudah mula rasa sesuatu dek kerana keterlanjuran kata-katanya tadi. Tanpa sedar, bibirnyi digigit berkali-kali sambil keluhan dilepaskan.

Seriously Pia, dalam banyak-banyak lelaki yang kau kenal..kenapa harus nama Naim samdol tu yang kau sebut depan suami sendiri!


Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon