Followers

Tuesday, May 28, 2013

My Dear Mr Dimple 7





“ Kakak nak kahwin ye?” tiba-tiba je  Zaim bagi soalan cepu emas  ditambah dengan  sengih perli secukup rasaWaktu tu, dia baru saja letak punggung atas sofa bed dekat depan televisyen.Tudung belum buka. Hand beg pun baru nak letak.  

Dengan hujung mata, wajah Zaim dijeling manja-manja kunun.  Mata  Zaim  yang sememangnya sepet ala-ala cina tu dah Nampak sebaris.  Beria benar gayanya  nak minta confirmation tentang breaking new dirinya itu. Ini tak lain, mesti mama Dhuha dah heboh kat satu rumah tentang tujuan utama dia balik ke sini pada petang hari  lepas kerja. Memang bukan kebiasaannya. Memang luar biasa.

“Baru nak kenal, jumpa-jumpa keluarga dial ah. Kalau okey, barulah kahwin,” balas Sofea malas-malas. Dengan budak kecik belum ambil SPM tak boleh cerita banyak-banyak. Heh, ada kaitan ke di situ?

“Eleh…nak tipu A’im  le tu. Kalau akak nak kahwin pun, apa salahnya. Kakak pun dah sampai hukum wajib kahwin dah A’im tengok. Angka 3 pun dah muncul!”.

Laju je bantal kecil dalam pelukannya dihempuk pada Zaim. Itu nak menuduh aku dah tua lah tu! Tak guna punya adik!

 Zaim ketawa mengekek sebelum ambil tempat disisi Sofea. Tangan ditarik untuk bersalaman. Nakal tetap nakal, tapi dia memang jenis budak lelaki ikut protokal dan penuh dengan adab. Kalah sikit aku yang anak dara ni.

“ Betul tu kak Rin, apa salahnya kalau akak kahwin. Kalau nak tunggu abang long , hai…alamatnya sampai  Aran habis matrikulasi, buat degree…sambung master pun dok macam tu je. Dok tunggu puteri kayangan tak sampai-sampai.” Sahut Zafran yang baru sahaja keluar dari ruang dapur dengan dulang berisi gelas berisi air warna oren. Minuman kegemarannya. I like!

“Terima kasih Aran. Sebab tu akak sayang Aran lebih sebab Aran amat memahami. Fuhhhh..lazatnya oren sunquick ini,” balas Sofea. Sempat juga dia buat iklan promo sebelum  gelas berisi oren diteguk kasar . Perghhh..baru boleh bernafas. Giler panas kat luar tu. Musim tengkujuh kea pa. Nak tunggu hujan setitik pun punyalah payah.

“Haaa…abang Aril mana?” 

“Haa…haa….itu tak lain nak tukar topic la tu kan? Kak Rin, mana gambo bakal suami akak tu…bagilah A’im  tengok,”.

“Ehhh..budak kecik ni. Kecik ..besor..kecik besor je aku tengok kamu. Pi masuk bilik..baca buku!” Sofea dah mula tunjuk kuasa veto sebagai kakak tunggal. Zaim dah tarik muka empat balas. Asal sebut suruh baca buku, mula lah nak tarik muka.

“Alaaaa….mama…tengok kakak ni,” Zaim dah berlari-lari anak kea rah Mama Dhuha dengan muka mengada-ngada gaya  gula-gula dia kena kebas. Cisss…dasar anak bongsu. Sikit-sikit nak mereport!

“ Dah lama ke Zarin sampai?”

“Baru je mama. Dalam 5 minit macam tu,” balas Sofea. Tangan  mama Dhuha di salami sebelum tubuh itu di peluk agak lama. Rindunya! Dah dekat 2 minggu tak balik. Semua gara-gara  nak menyiapkan report dan slaid pembentangan projek  yang tak berkesudahan tu.  Macam dah taka da kerja lain.Kalah wakil rakyat!

“ So, eventnya di bangi ye? Hujung minggu ni?”.

Sofea angguk malu-malu. Staright to the point sungguh! Segan pula bila disoal mama Dhuha macam tu. Tapi, kalau bukan pada Mama Dhuha…pada siapa lagi yang dia nak minta bantuan? Mama Dhuha lah mak dan abang long dah gaya macam ayah yang selalu melindungi dan menyokongnya sejak dulu lagi. Mereka jugalah keluarga buatnya.

“Dah besar anak dara mama kan? Tiba-tiba saja dah nak kahwin,” tutur Mama Dhuha lembut. Terus masuk, tepat dalam hati. Wahh…serius rasa touching semacam. Gaya macam esok dia dah kena kahwin dengan Naim dan pergi jauh-jauh dari situ. 

“Bukan setakat dah besar, dah tua pun mama. Dah hukum wajib kahwin!”.

Tetttt!!

Tiba-tiba saja mood ‘jejak kasih’ dengan mama Dhuha berubah jadi mood ‘ fear factor’. Tergedik-gedik je rasa nak mengejar budak Zaim ni. Dan sungguh, itu bukan setakat angan-angan…tapi dah jadi reality. Tak cukup tanah ruang tamu ruah tu  Zaim dikejarnya. Laju pula budak tu lari.

“ Zaim..Zarin..sudah tu…”.

“Ahhh…tak kira. A’im ni memang nak kena. Karang susah-susah, dia sekali mama kahwin kan. Rin tak kisah kalau kawin serentak. Sibuk kata orang tua ye. Kejar!!!”.

“Zarin….sudah tu. Adoii…pening kepala mama…”.

“Usaha diteruskan. Yiahhhhh….” Makin ligat dia mengejar Zaim yang mencicit berlari ke sana sini. Mentang-mentang dia kecik dan kurus gaya macam budak tingkatan 1! Zafran pula jadi tukang sorak. Langsung taka da usaha nak tolong tangkap si lipas kudung ni sekali.

“Aduhh!”.

Suasana bingit tadi tiba-tiba jadi senyap sunyi. Suara sorakan Zafran hilang, bebelan mama Dhuha pun terhenti sama sekali. Terhuyung-hayang Sofea seketika. Bahu yang terasa pedih diurut berkali-kali. Pipinya kemudian  ditepuk. Fuhh..kuat betul momentum pelanggaran tadi.  Nasib baik tak injured. Langgar apa tadi tu? Rasanya dah cukup  Jauh dari sofa.

“ Zarin Sofea…bila balik?”.

Terkedip-kerdip mata Sofea melihat objek yang dilanggarnya tadi. Sikit-sikit senyumnya ditarik bila tengok wajah abang Long yang Nampak terkejut sangat dengan kehadiran dia disitu. Mata abang long tak berkerdip langsung, mulut terbuka. Gaya macam Nampak puteri kayang turun. Eh…puteri kayangan?

“ Zarin ni ha, Aril. Nak ajak kita ke bangi hujung minggu ni.” Sahutan  mama Dhuha langsung hilangkan angan-angan puteri kayangan Sofea. Abang Long pula macam baru terjaga dari mimpi je muka dia waktu tu.

“Oh…ya. Ada apa?” soal Zafril sambil pandang wajah Sofea  dengan tanda soal sikit punya besar di muka dia.  Blur, plain face tapi nampak sangat kacak di mata Sofea. Huisyhhh….Pia. Back to your sense. Abang sendiri pun kau rasa kacak sangat ke bila dah lama tak  jumpa? Memang dah hukum wajib kahwin dah ni!Eh,  Tiba-tiba dia isyhtihar diri  jadi geng Zaim pulak. Cehh!

“Errr…err…”.

“Kakak nak kahwin la bang long! Dia ajak kita jumpa keluarga bakal suami dia. Itulah, abang long lambat sangat nak kahwin. Terpaksa kakak langkah bendul!” balas Zafran bagi pihak Sofea.

Dan sekali lagi, Zafril tayang wajah kosong, blur dan yang sewaktu dengannya. Dah gaya macam dalam drama televisyen pua wajah abang long masa tu.

Ala-ala like, what? You’re going to married? So what about me?
 Ah, drama lagi!
Okey, Pia. Hentikan angan-angan mu itu!

Tak tahu nak sahut penjelasan Zafran macam mana, kesudahnya dia hanya angkat dua jari pada Zafril. Peace yo!

***********

Lepas maghrib, Sofea hanya duduk termenung di beranda ruang belakang rumah kayu dua tingkat itu. Dah lama tak balik, tiba-tiba rasa canggung pula ada kat rumah sendiri. Makanan malam, dah siap masak. Hidang pun sudah.  Cuma menunggu Zafran, Zaim dan Mama Dhuha  balik dari solat Jemaah di Surau. Abag long? Entah. Lepas masuk bilik, langsung tak timbul-timbul.

“ Zarin Sofea…”.

Kusss semangat!  Sofia tepuk dada berkali. Minta semangat…mintak semangat. Hisyhhh… abang long ni memang lah. Suka muncul tiba-tiba. Dah lah tu, langsung taka da bagi signal. Derap kaki pun tak dengar. Tau-tau dah ada dekat tepi, berdiri sama.

“ Sorry, kalau abang buat Zarin terkejut,” tuturnya. Sopan. Anak-anak bujang Mama Dhuha memang sopan habis. Cuma dia saja yang lain macam sikit sebab dia bukan anak bujang,, tapi anak dara. Eh?

“Tak delah.” Tak delah? Wahhh…cover!
“Mmmm…macam mana nak cakap ye?”.

Wajah polos, sopan abang Long ditenung dalam kesamaran mentol oren yang tak berapa nak terang tu. Nak cakap pun kena fikir ke caranya? Ahh…lupa. Memang sejak kecil lagi abang long memang ada masalah bila nak bercakap dengan dia. Nak kena susun atur ayat dulu, baru dia boleh cakap. Pelik, tapi benar.

“Abang nak cakap apa sebenarnya? Cakap je. Rin sedia pinjamkan telinga Rin untuk abang. …tapi bahu…aaa..yang tu tak berapa nak boleh. Hehhehe.”

Daammnn…

 Abang long sedikit pun tak ketawa dengan lawak dia tadi. Senyum pun tidak. Rasa nak tutup muka dengan tudung saji tepi dinding ni je!

“Emmm…abang tak tahu pun yang Rin ada special.”

Gullpp!Special? Itu ke benda yang dia nak cakap sampai ambil masa lama benor nak memikir? Mata Sofea dah besar sedikit dari saiz asal. Lain macam bunyinya. 

“Errr…sebab, Rin tak pernah cerita.” Jawab Sofea, masih mood nak buat lawak tapi bila tengok wajah abang long waktu tu…dah terasa macam buat lawak tak berapa nak cerdik.

Sebab? Wajah Abang Long langsung tak beriak. 

“ Abang fikir, Rin tak berapa ambil kisah pasal hal cinta-cinta ni. Sebab dari Rin di bangku sekolah, buat degree sampai  ke master, Rin Nampak komited pada study. Bila dah kerja pun sama. Tak pernah pun Nampak Rin keluar. Paling tidak pun, Rin keluar dengan Lina…kan? Tapi..bila tiba-tiba mama cerita pada abang yang Rin nak kahwin, abang jadi speechless ”.

Speechless? Oh mai. Kenapakah?

Jadi, selama ni abang long memang memerhatikan semua tingkah laku aku ye? Dari dulu sampai sekarang? Hah, memang dasar abang long. Protective!

“Aaaa…Rin tahu. Abang rasa terpukul ye..sebab Rin bakal melangkah abang dengan kahwin dulu?”
“Tak.”
Tak? Amboi.Tegas lagi pendek jawapannya. 

“Dah tu. Dengki ye?” serkap jarang lagi sambil buat muka budget comel.
“Nope. Frust!”.

“Fff…..”. Tiba-tiba perkataan yang biasa dia dengar tu jadi susah pula nak disebut. Wait, frust? Abang long frust? Sebab aku nak kahwin? 

“Biar Rin teka, abang ada pandai-pandai nak  match maker kan Rin dengan kawan-kawan opis abang ke? Wowww…keji tau abang ni. Mentang-mentang umur Rin dah masuk awal 30, belum kahwin lagi…abang buat macam tu ye! Sedih! Nak merajuk la macam ni! ”.

“Bukan untuk kawan. Tapi untuk abang.”

Erkkkk!! Mulut yang laju mengusik tadi tetiba jadi kejang. Ni apa ni? Mimpi ke mabuk? Aku dengan abang long?

“ Kita bukan adik beradik Rin.” Sambung Abang Long lagi.

Wajah Sofea terasa bahang bila kenyataan itu diusulkan. 

Kita bukan adik-beradik. 

Ye, betul. 30 tahun yang dulu, dia cuma bayi yang baru lahir dan cukup bertuah untuk diambil oleh mama Dhuha sebagai anak angkat antara beratus lagi anak-anak yang kehilangan mak ayah yang menghuni di Rumah Aman ni. Itu saja. Tapi perlu ke soal itu diungkit? 

Dan…
“ Sampai sekarang, abang masih tak kahwin….”.
“Sebab Rin?”.

Abang Long angguk perlahan.
Okey, sebab aku. Sofea hilang kata. 

“ Abang tunggu masa yang sesuai untuk beritahu pada Rin dengan harapan, pemerhatian abang selama ni adalah betul. Tapi rupanya, abang silap. Bila kita suka, sayang…kita patut luahkan. Biar orang tu tahu. Tapi itulah, entah apa yang dah racun fikiran abang sebelum ni..buat abang simpan semuanya sendiri dan terus menunggu. But now, I guess..i’m too late.”

Sofea tenung wajah suram abang long yang Nampak payah benar nak tarik senyum pahit. Sungguh. Tak tahu apa yang patut dia balas waktu itu. I’m sorry? Nahhh…untuk apa?

“ Abang harap, Zarin akan berbahagia dengan dia..lelaki yang Zarin pilih.”
“ Aaa..amin! “

“Amin? Nama dia Amin?”.
Tawa Sofea dah pecah seribu. Boleh tahan juga abang long ni, sekali-sekala buat lawak.

“Dia…Lelaki tu, namanya Naim.”
“Oooo..Naim. Siapa lagi hensem? Abang ke…dia?”.

Laju saja lengan abang long ditumbuk sebelum mereka sama-sama ketawa. 

**********

Hujung minggu akhirnya tiba juga. Excited dan terujanya dia dah sampai tahap petala ke tujuh walaupun dia dah cukup kenal dengan future mom in law nya. Awal-awal lagi Puan Zahlia dah pesan supaya pakai pakaian yang menutup aurat, yang sopan. Kalau pakai baju kurung pun taka pa. Gaya macam sebelum ni dia pernah pergi opis pakai skirt pendek dengan sleeveless je! Sangat tak logic pesanan bakal mak mertuanya itu!

Dengan berbaju  kebaya moden warna unggu muda dan tudung half moon, Sofea melangkah perlahan ke lobi Hotel Equitorial seorang diri.  Mama Dhuha, abang Long dan yang lain katanya lewat sikit tiba sebab jammed teruk di jalan Istana. Katanya ada accident. Disuruhnya Sofea pergi dulu, takut pihak lelaki lama menunggu.

Sesekali jam ditangan dikerling sambil melangkah. Baru pukul 8.15 malam. Janji pukul 8.30 malam kan? Takpe, slow and steady. Taka da apa yang dikalutkan. Tambah kalut nanti kalau nak cepat sangat berjalan dan heel 3 inci ni yang setahun sekali pun belum tentu dipakai itu pulak terpeleot lalu patah. Itu baru kalut dan Haru!

Sampai saja di hadapan pintu masuk restoren itu, Sofea langsung melongo. Terkebil-kebil dia melihat papan tanda di hadapannya sebelum menjengah masuk ke dalam restoren itu. Laaa…restoren harmoni ni…Restoren Chinese Food? Biar betul Puan Zahlia ni!

Laju saja telefon dikeluarkan dari beg tangan sebelum nombor Naim didail. Tutup phone lagi! Haihhh, melampau-lampau surprise si Naim ni. Dah sampai hari yang ditunggu pun, nak main sorok-sorok lagi ke?

“Miss? Can I help you?”.
“Aaa…ya.  I’m with Puan Zahlia…”.

“Oooo..okey. Actually, the event has started just half an hour ago. But it’s okey, I can show you the place,” balas si penyambut tetamu yang berpakaian ala-ala cheongsam.

Melewati ruang luar restoren itu, Sofea di bawa ke satu ruangan lain. Ala-ala ruangan VIP gitu. Dan bila pintu bilik itu dibuka, Sofea langsung terpempan bila melihat kea rah ruang tengah bilik itu yang dihiasi dengan hiasan ala-ala fresh flower.

Matanya mencerun memandang kea rah Naim yang turut nampak terpempan dengan kehadirannya. Kemudian, matanya beralih kea rah perempuan ala-ala chinese look di sisi Naim yang anggun berjubah moden bertatahkan labuci dan akhir sekali pada Puan Zahlia yang baru saja selesai menyarungkan cincin.

Jadi….

Ini agendanya dan surprise yang dirancang dek Naim dan mamanya? Untuk aku, dan family hadir sama di majlis pertunangan Naim dan pilihan hati dia? Macam tu? Apa, mereka anak-beranak fikir susah sangat ke dia nak hadam kenyataan kalau diberitahu awal-awal yang dia dan Naim tak sesuai untuk bersama? Ha? Tak! Dia taklah tak secerdik tu!  Jerit Sofea dalam hati.

Jadi betullah kata Harlina kelmarin…

Kau ingat, Puan Zahlia tu sengal macam kau? Tak kanlah dia nak break the news depan-depan anak dia. Confirm dia ambil tempoh bertendang dulu, fikirkan strategi sebelum bertindak.

Dan Sofea akui, strategi nya benar-benar terancang sampai dia sendiri tak dapat menekanya.Mujur, mama Dhuha dan yang lain belum tiba.

“ Cik, mari. Duduk dengan saya."

Dan Sofea hanya menurut sahaja tangan yang kejap menarik lengannya untuk duduk sama di meja barisan belakang bilik VVIP itu waktu  matanya sudah berkaca dan kakinya pula masih berkira-kira sama ada hendak terus melangkah atau keluar saja dari situ.


p/s : Thanx for reading! Do appreaciate your comment :-)



Monday, May 27, 2013

My Dear Mr Dimple 6




Selesai je urusan mengambil sampel, Sofea tak terus balik ke pejabat. Sebenarnya dia malas nak mengadap muka si muncung mulut merah tu. Tahu sangat dia yang sampel tu tidaklah penting mana sangat nak digunakan le le tu jugak. Akalnya cuma si angry bird tu tak mahu dia ada sama dalam bangunan dua tingkat itu. Itu saja. Panas agaknya bila dapat tahu, staff yang paling dia tak suka bercinta dengan anak tunggalnya.

Bila mengenangkan kenyataan dan fakta itu, hati Sofea jadi kusut kembali. Dalam ramai-ramai lelaki dalam dunia ni, kenapa mesti Naim yang jadi anak dia ? Hmmm…kecik rupanya dunia ni. Dok bercakap sebelum-sebelum ni dalam telefon, idak le dapat di cam yang hak milik suara itu…Puan Zahlia. Waktu sembang, nampak okey je. Ala-ala calon mak mentua mithali. Padahal….

Dan tanpa sedar, keretanya sudah  di berhentikan di kotak parkir dan kakinya yang hanya disarung croc warna unggu itu laju saja melangkah menaiki tangga. Serius, dia tak sedar. Bagai dipukau.

Ketibaanya di tingkat atas bangunan kedai dua tingkat itu disambut dengan alunan bacaan ayat suci Al-Quran. Tenang pula rasa hati yang serabut bagai nak rak sejak tadi. Tiba-tiba rasa insaf datang.  Rasa nak balik umah terus, buka Al-Quran yang dah lama elok tersimpan dalam almari.

‘ Assalamualaikum….selamat petang. ‘

‘Waalaikumussalam…encik ? Saya belum order apa-apa lagi. ‘ balas Sofea sambil mata melirik ke arah bekas kecil yang berisi kurma dan kismis. Segelas air jernih juga turut dihidang bersama.

‘ Tak mengapa cik. Jamulah dulu manisan dan air zam-zam ni. Nanti, kalau cik dah nak buat pesanan, panggil je saya ye.Sila,’ balas si penyambut tetamu sebelum berlalu.

Ada orang belanja ? Siapa ? Laju saja matanya meliar ke arah sekeliling cafe itu. Selain dia, Cuma ada pelanggan yang ada dihujung bucu kiri cafe itu. Tapi, gayanya macam bukan mereka je. Tak kan lah dua orang budak perempuan tu yang belanja dia kut. Kenal pun tidak !

Mata Sofea kemudian terhenti bila melewati kaunter  bayaran. Dan bila mata mereka bertembung, laju saja pemuda di kaunter bayaran itu menundukkan pandangannya ke bawah sambil pura-pura menekan kalkulator di hadapannya. Hek eleh encik ustaz ni, nampak sangat cover line nya !

‘ Awak…awak belanja saya ye ? ‘ soal Sofea bersahaja.

‘Aaa…errr..ya. ‘balasnya pendek sambil tunduk,  tersipu-sipu malu. Kopiah putih di atas kepalanya di perbetulkan walaupun gayanya tak ada pun yang tak kena. Timbul lesung pipit di kedua belah pipinya. Manis sungguh la haih.

‘Laaa..nak malu-malu apanya.Saya okey je, kalau orang nak belanja ni. Tapi, tak kan lah belanja kurma dengan air zam-zam aje kut. Alang-alang belanja, belanja lah menu yang heavy sikit.  Lapar ni. Stress lagi ! Err..tapi, awak ada duit tak ni ?’

Si penjaga kaunter hanya tersenyum, sambil angguk kecil. Mata pula masih setia memandang ke arah kalkulator di hadapannya. Sopan habis ! Dah gaya dia pula yang tak tahu adab sopan. Selamba batak je pergi terjah anak bujang orang.

‘ Eh, jap. Kenapa tiba-tiba nak belanja saya ye ? Kurma dengan kismis pula tu. Awak perli saya ye, sebab muka saya masam macam…. ‘.

‘ Cik nak makan apa ya? ‘

Tak sempat dia nak habis cakap, dah kena potong. Nampak sangat nak mengelak dari cakap banyak dengan aku kan ? Cakap pun sepatah dua kata je. Haih..memang stok ustaz-ustaz betul mamat ni.

‘ Emm…saya tak makan tenghari lagi ni. Bagi saya nasi arab lah ye ! Kalau boleh cepat sikit, bagus juga. ‘

‘Baik. Cik duduk dulu ye. Saya ke belakang sekejap. Masak. ‘ balas si penjaga kaunter sambil berlalu. Sofea hanya memerhati dengan hujung mata hingga kelibatnya hilang dari pandangan. Terpegun dia sebenarnya.

Mana taknya. Dialah tukang jaga kaunter, dia tukang ambil pesanan. Tukang masak pun dia ? Haih, memang jimat kos betul tokey cafe ni.

Dan tak sampai 10 minit, sepinggan nasi arab terhidang di hadapannya. Sudah baca doa, baru saja hendak menyuap nasi tiba-tiba saja tempat duduk di hadapannya diduduki sebelum air zam-zam yang masih penuh sejak tadi ditarik lalu diteguk. Tak berkerdip mata Sofea memandang pengunjung tak diduga tu.

‘ Dahaga ! Panas cuaca kat luar tu kan ? ‘ luah Naim bersahaja. Gelas yang kosong dihulur semula .

‘ Naim ! Awak buat apa kat sini ? Mana awak tahu saya… ‘.

Naim tayang sengih sebelum tayang skrin Note II nya yang sememangnya besar gabak. Cehh ! Friend finder rupanya. Ingatkan, ada sixth sense ! Baru nak angan-angan yang mereka ni sehati sejiwa.

‘ Awak nak makan apa ? Order lah ’

Laju Naim menggeleng.

‘ Aaaa… kalau kita kongsi, boleh ? Nanti-nanti pun…semua nya kita akan kongsi…ye tak ? ‘ soal Naim. Muka dia dah jelas-jelas tayang muka gatal nak cepat kahwin. Haih. Dapat green light dari si angry bird tu ke ? Tak kan kut.

‘ Cer…awak pandang sekeliling. ‘

‘ Cer ? ‘ kening Naim dah bersambung.

‘ Cer tu cuba lah. Bahasa orang sekarang.’

‘Ooooo…haa, kenapa dengan cafe ni ?’ soalnya.

Sofea merengus perlahan. Kenapa dengan cafe ni ? Mamat ni rabun ke apa ? Laju mata Sofea menyoroti sekeliling restoren itu. Memang tak dinafikan, pengunjung tak ramai. Tapi, cafe ni kan ala-ala islamic macam tu. Cuba tengok dekorasi….mata Sofea terhenti bila sampai di kaunter bayaran namun bila menyedari yang dirinya masih diperhatikan Naim, cepat-cepat mata ditarik sebelum terus merenung pinggan yang sudah beralih tempat.

‘ Sedapnya ! Ni nasi arabkan ? Saya tak pernah  makan nasi arab sesedap ni tau awak. Awak order yang lain ye ! Saya laparlah. ‘ kata Naim sambil tangannya laju menyuap. Sofea ketap bibir. Geram. Bertuah betul lah dia ni. Tadi kata nak kongsi.

Belum sempat dia angkat tangan nak buat pesanan, sepinggan lagi nasi arab dihidangkan. Tapi kali ni bukan oleh si penjaga kaunter. Orang lain. Laju betul servisnya. Belum minta dah dapat. Kalah restoren segera yang charge macam-macam. Service charge la. Government charge la.

Naim dah melantak nasi arab ala-ala orang tak jumpa nasi setahun. Sikit pun kepala tak diangkat dari merenung nasi arabnya. Bau memang..perghhh.

Nasi arab di hadapannya pula direnung usai doa makan dibaca. Matanya kemudian beralih ke arah nasi arab yang ada dalam pinggan Naim. Gayanya macam lain je dari yang Naim dok makan tu. Rupa tak berapa nak sama.  Baunya pun lain. Hmmm..belasah aje lah. Yang penting, perut yang lapar perlu diisi !


***************


‘ Mama awak okey ke ? ‘

‘ Okey je. ‘

‘Maksud saya, dia okey ke bila tahu pasal kita. Saya ni kan, orang bawahan dia. ‘

‘ Bawah ke atas ke, yang penting saya suka pada awak. Betul tak ?’ balas Naim seraya tersenyum.
Sofea pula juih bibir. Ah, Naim. Ayat nak sedapkan hati je tu. 

Dan makan tengahari mereka yang dah merangkap minum petang itu adalah kali terakhir dia dengar khabar dari Naim. Sudah dua minggu berlalu, jangankan tayang muka…call pun tak ada. SMS? Lagilah tak ada. Bila di call pula, masuk peti suara. Tiba-tiba saja Naim hilang macam kena telan bumi. Hilang tanpa berita.
Kaedahnya, nak tahu berita yang terkini tentang Naim mudah aje. Tanya saja pada mama nya. Tapi dengan syarat, mamanya bukan Puan Zahlia. Itu baru boleh dikatakan mudah.

Sofea terus termenung. Mesin kromotografi yang sedang digunakan direnung sampai ala-ala tembus masuk ke dalam wayar dan fius kedalamnya. Sesekali dia mengeluh. Telefon pula dah berkali-kali di belek. Mana tahu kalau ada message masuk dan dia tak perasan.

‘ Itu yang orang kata karma Cik Pia oii. Dulu, waktu dia terhegeh-hegeh sua muka…kau tolak-tolak. Haa..sekarang, dah merindu-rindu.”

 Sofea tarik muka panjang.  Pen di jarinya di ketuk perlahan pada meja. Cari idea nak membidas.
“ Karma tu, bukan kepercayaan kita Puan Lina. Qada’ dan Qadar tu yang betulnya.”

“Ah, tak kiralah. Yang penting, sekarang baru kau terasa kehilangan dia kan?” ejek Harlina yang dah mula tarik kerusi bulat mendekatinya. Makanya, lama lagilah sesi soal jawab mereka.

“ Dia tak hilang. Dia cuma mendiamkan diri.”

“Mesti ada sebab kenapa dia macam tu. Kali terakhir kau jumpa dia, kau berdua bergaduh ke? Tak kan?” soal Harlina. Muka dah serius ala-ala wartawan tak bergaji. Sofea geleng kepala, sekadar melayan persoalan Harlina yang nampak bersungguh-sungguh.

“Dah tu, kau tak pelik kenapa dia tak call kau lebih dua minggu?”

“Pelik juga.” Balas Sofea bersahaja. Tangannya ligat tarik keluar botol sampel lain untuk di masukkan ke dalam ruang sampel.

“Haaa!!”
Sofea urut dada. Hampeh punya member. Nasib baik tak terlepas botol sampel ditangannya.
“ Entah-entah, Pn. Zahlia tak bagi dia kawan dengan kau dah kut!”

“Dah..tak payah nak buat spekulasi. Kalau dia tak bagi, awal-awal hari tu dia dah bagitau masa aku dengan Naim jumpa dia.”

“ Ehhh…tak semestinya. Kau ingat, Puan Zahlia tu sengal macam kau? Tak kanlah dia nak break the news depan-depan anak dia. Confirm dia ambil tempoh bertendang dulu, fikirkan strategi sebelum bertindak.”
Laju saja jarinya menjentik bahu Harlina.

“Deyy…ni apa ni? Tempoh bertendangla, strategi la. Untuk apa?” luah Sofea tak puas hati. Tadi dah gaya wartawan. Ini boleh pula bertukar jadi ala-ala ahli politik. Krisis identiti ke apa budak Lina ni?

“Strategi untuk memisahkan kau dengan Naim la!”

Tangan Sofea tak jadi nak capai botol sampel yang seterusnya. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dilepaskan. Lambat-lambat dia menoleh ke arah Harlina yang dah tayang wajah bersalah.

“Sorry beb….” Ucap Harlina perlahan. Lengan Sofea ditepuk perlahan, minta simpati.

Sofea tayang senyum biarpun matanya mula berkaca. Berkali-kali nafas ditarik dan dilepaskan, cuba nak tahan air mata yang gatal hendak melompat keluar dari bibir matanya. 

“Tak apalah Lina. Apa yang kau cakapkan tu, tak mustahil. Lebih-lebih lagi dengan reaksi luar jangka Naim yang tak pernah-pernah tutup telefon melebihi 24 jam macam ni. Aku rasa, apa yang kau cakap tu ada betulnya. Mungkin sekarang, Naim tengah relekskan diri dan cari cara untuk terangkan hal sebenar pada aku…betul tak?”.

“Pia…kau janganlah cakap macam tu. Aku minta maaf ye. Hmmm…walau apa pun, aku yakin yang Naim tu sayangkan kau. Dia mesti ada cara untuk yakinkan mama dia tu.”

“ Harap-harap, macam tu lah,” balas Sofea perlahan sambil meneruskan kerjanya yang sedikit tertunda.

Apa yang kita paling nak, itulah yang kita takkan dapat.

Dan entah kenapa, tiba-tiba saja kata-kata Yon dalam komik Kartini itu muncul pula dalam fikirannya. Langsung harapannya tadi yang mula-mula ada sepuluh persen, jatuh ke lima persen saja. Ahhh, kacau daun sungguh!

arghhh..tidak. mana pergi si budak Naim ni?

*******

Petang itu, sekali lagi Sofea ke Café Al-Faliq. Entah kenapa waktu melewati kawasan itu, stereng keretanya laju saja memusing ke arah café yang mula dapat tempat dihatinya. Makanan sedap, layanan pun okey, harga murah dan yang penting…ada dia. Dia?

Haip! Laju saja kepalanya dijentik sendiri. Tolonglah Pia.  Masalah dengan Naim belum selesai dah pandai-pandai pandang yang lain? Laju mulutnya beristighfar sendiri.

Dan hari ini, ramai pula pengujung yang datang ke café berkonspekan library ini. Mujur ada meja kosong berhampiran rak-rak buku. Automatik bila tiba sahaja di situ, matanya pasti terarah ke kaunter bayaran. Tapi, kali ni lain pula orangnya. Bukan dia. Mana dia agaknya ya? Entah-entah di dapur kot, memasak. Café ni kan, café mesra alam versi jimat cermat. Sofea membuat telahan sendiri.

“ Assalamualaikum, nak order apa ye cik?”.

“Waalaikumussalam. Jap, saya nak tanya. Ustaz yang dok jaga kaunter tu kat mana ye? Ada kat dapur ke? Saya nak order nasi arab yang dia masak. Tak nak orang lain.” 

“Ustaz?” si penyambut tetamu memandang sekilas ke arah kaunter bayaran sebelum menggeleng.

“Yang mana satu ye cik? Namanya? Pekerja di sini, ramai. Silih berganti. Ada yang dah berhenti, ada juga yang ditukar ke cawangan lain.”

Sofea melongo. Nama? Macamlah pekerja diaorang ni pakai tag nama macam ustaz kat sekolah tu.

“Aaa..yang ada lesung batu tu. Tak putih sangat orangnya. Biasa-biasa je.” balas Pia dengan muka yakin, tanpa was-was. 

“Lesung batu?”.

Sofea langsung tertawa kecil sebelum tepuk dahi sendiri. Apa kau merepek ni Pia?
“Maksud saya, dia ada lesung pipit kat pipi.”

Si penyambut tetamu garu kepala. Pada sahabatnya yang baru melalui meja mereka ditanya, tapi gelengan kepala yang diberi.

“ Maksud cik, bos kami ke?”

“ Bos? Ehh, bukan. Dia pun pekerja café macam awak juga,” balas Sofea sungguh-sungguh. Muda sangatlah haih, kalau dia tu nak jadi bos. Tak ada tokoh jadi bos pun. Ada ke bos masuk dapur, ambil pesanan?

“Aaa…saya tak pasti tentang tu cik. Mungkin, orang yang cik maksudkan dah berhenti kerja. Semalam, ada seorang budak bahagian dapur diberhentikan kerja. Maaf ye cik, tapi…cik nak makan apa ya? Minum?”

Berhenti kerja? Sofea terus tarik muka sambil buang keluhan. Punah. Musnah harapan nak mencuci mata merangkap mengusik dia yang nampak malu dan alim-alim tu. Nampak je alim, tapi buat perangai juga sampai diberhentikan kerja. Jadi betullah orang putih dok kata, don’t judge the book by it’s cover! 

“ Hmmm…bagi saya air milo ais je la macam tu. Terima kasih.”

Dan usai si penyambut tamu berlalu, matanya masih melirik ke arah kaunter bayaran. Terbayang-bayang mamat si lesung batu tu ada di situ sambil pura-pura picit kalkulator bila ditangkap memerhati.

Entah-entah, mamat tu ada masukkan apa-apa pada minuman atau makanan yang dia jamu aku tak? Sebab itu siang malam dok terbayangkan dia dan café ni? Hisyhhh! Terkena aku!

Cepat-cepat sisi peha nya ditepuk tiga kali. Buang kenan, bak kat Harlina.


***********

“Zarin Sofea.”

Langkah Sofea terhenti di hadapan bilik ‘ngeri’ itu waktu dia berjalan ke arah pantri. Tahu sangat dia, orang yang suka sangat panggil nama versi lengkap penuh IC tu. Laju saja matanya menyorot ka arah kakinya.

Arghhh, si kepala kucing! kantoi!

“Maaf  puan. Saya tak perasan waktu keluar bilik tadi. Saya ingatkan, saya dah sarung kasut dah tadi. Maaf puan, saya pergi tukar sekarang,” balas Sofea sebelum ditegur.

“ Berapa kali awak nak minta maaf  ni? Sekali , cukuplah.” Balasnya, sinis.Muka keras, kejung nak habis. Serius amat.

“Iye puan, maafkan saya….err..”
“Maaf lagi?”

“Erkkk…hehehehe.” Automatik dua jari tangan kanannya ditarik, tanda berdamai.

“Sengih, sengih. Ni…hujung minggu ni, awak free?”.

Gulpp! Tekak dah rasa berpasir. Takut-takut wajah bos nya dipandang sambil akal ligat berfikir tujuan soalan itu ditanya.

“Errr..biasanya, hujung minggu saya pergi mengajar…”.
“Ada saya tanya, kebiasaan awak? Saya tanya minggu ni..”

Ceh! Garangnya! 

“ Kalau ada hal yang penting, saya boleh cuba hadirkan diri. Ada apa ye puan? Ada seminar yang perlu saya hadiri ke?” soal Sofea, gaya macam pekerja harapan negara. Komitednya kau Pia, ujung minggu pun nak pergi seminar ke? Ada peluang dapat jawatan tetap ni! Sofea dah mula pasang angan sendiri.

“Bagus. Sabtu, lepas maghrib datang ke Restoren Harmoni, Hotel Equitorial. Ajak sekali parents awak atau ahli keluarga terdekat. Wajib hadir. Faham?” jelas Puan Zahlia sebelum berlalu ke arah bertentangan.
Erkk! Ni bukan berpasir anak tekak. Rasa tercekik tulang pun ada. Hotel, bawa ahli keluarga? Entah-entah, dia nak bincang soal aku dengan Naim tak?

Sofea dah melompat-lopat di hadapan pantri dengan mug ditangan, selipar kepala kucing di kaki. Tangannya kemudian laju saja menyeluk poket seluar sebelum dail nombor Naim. Haishhh..tutup phone lagi? Baru nak kongsi gembira sama-sama.

Jap, entah-entah Naim saja nak buat surprise tak? Sebab itu dua minggu dia diam je. Lebar senyuman Sofea hingga ke telinga. Hilang mood nak buat milo panas, laju saja langkah di atur ke bangunan sebelah. 
Rasa tak sabar nak jerit dekat telinga Lina. Weehhh…aku bakal jadi menantu Puan Zahlia!


********

p/s: sambung lagi...sudi2 kan komen ;-)

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon