Followers

Wednesday, November 16, 2011

BAB 9

“ Apa? Biar benar kau ni Zara. Itulah, aku dari hari tu lagi dah suruh kau buat penjelasan pasal status kau pada semua orang kan? Tapi kau tak nak. Dah tu sekarang, macam mana kau nak buat dengan pensyarah tu?”. Beria-ia Farisya bertanyakannya. Lagak gaya macam wartawan rancangan Melodi yang bertudung tu pun ada. Penampilan pun dah memang sama! Bertudung lilit bagai.

Mya Zara mengeluh panjang. Fish n chip yang terhidang di hadapannya di renung kosong. Dek kerana bingung dengan gelagat Iskandar lah dia mengajak Farisya keluar petang itu. Sejak akhir-akhir ni kelakuan Iskandar seakan pelik di matanya. Ada sahaja ideanya supaya mereka dapat bertemu dalam sehari. Kadang-kadang rasa rimas pula dia dengan lelaki itu.

” Zara. Be realistic! Sampai bila kau nak rahsiakan hubungan kau dengan Luqman daripada semua orang? Lambat laun, orang lain akan tahu juga”.Makin keras suara Farisya bila melihatkan respon Mya Zara. Dia boleh buat muka ketat macam tu saja? Mya Zara ni memanglah lurus bendul.

” Aku tak tahu lah Sya. Semua bergantung pada Luqman. Aku tak boleh buat apa-apa. Tak kanlah aku beria-ia nak mengaku dia suami aku pula kot. Kalau dia tak nak mengaku aku isteri dia, macamana? Malu lah aku. Dahlah dia tu student aku”.

‘ Kau tunjuklah kad kahwin”. Mya Zara mengeluh lagi.

‘ Kad aku, Luqman pegang.Dia kata, bila dah sesuai waktunya baru dia nak bagi aku simpan”. Farisya mendengus kasar. Air sirap bandung dihirup kasar. Sesekali dia memicit kepalanya. Mya Zara memang lurus orangnya. Tapi tak kan lah kes macam ni pun dia nak ikut saja kerenah si Luqman tu?

‘ Masa sesuai tu bila? Bila Nuqman balik semula, nak tuntut hak dia pada kau? Macam tu?”. Farisya terusan memprovoke Mya Zara. Mya Zara memang perlu dibuka kan sikit pemikirannya tentang statusnya itu. Benda itu bukan benda mudah! Lagi rumit bila Iskandar pula muncul dalam cerita.

‘ Nuqman dah tak ada hak pada aku Sya. Aku isteri Luqman, bukan Nuqman!”. Tegas Mya Zara.

‘ Isteri atas kertas saja kan? Tapi duduk asing-asing. Status berkahwin pun hanya ahli keluarga terdekat saja yang tahu. Entah-entah, sentuh kau pun Luqman tak pernah!”. Terbeliak mata Mya Zara mendengar ulasan Farisya kali ini. Hatinya sedikit marah mendengarkan kata-kata Farisya itu walaupun semua yang dikatakannya itu benar belaka.

Mya Zara mengeluh panjang lantas tunduk memandang ke arah pinggannya masih belum terusik.

” Aku mintak maaf Zara. Aku tak berniat nak masuk hal rumah tangga kau. Aku ni kawan baik kau, aku tak nak tengok hidup kau terus macam ni. Kalau kau dengan Luqman rasa tak sesuai bersama, baik berpisah saja. Kalau tak ada cinta dalam hati, tak mungkin kau berdua boleh lama hidup bersama. Luqman pun muda lagi, baru 23 tahun. Belum habis belajar pun lagi. Bila dia mula kerja nanti, lingkungan pergaulan dia makin luas. Lelaki ada rupa macam dia, bukan susah nak buat perempuan terpikat”. Makin panjang keluhan Mya Zara kali ini. Dia sendiri tidak pasti akan perasaannya pada Luqman. Banyak kali dia keliru dengan perasaanya sendiri hanya kerana wajah Luqman seiras Nuqman.

” Jujur dengan aku Zara, apa perasaan kau pada Luqman?”.

Mya Zara menarik nafas panjang sebelum membuka mulut dan menjawap persoalan Farisya.

” Aku tak pasti Sya. Bila aku berdua dengan dia, aku selalu nampak diri Nuqman pada dia, biarpun perangai mereka sememangnya berbeza. Nuqman tenang orangnya. Susun kata teratur. Apa yang dia cakap, selalunya menenangkan hati aku. Tapi Luqman, berbeza. Dia ni, sedikit misteri orangnya. Walau pun dia sedikit kasar bila bercakap dengan aku, sikit pun tak terkesan pada hati aku. Boleh pulak aku balas macam dia tak buat apa-apa yang menyakit kan hati aku. Mungkin aku dah lali agaknya dengan cara dia”. Mya Zara tersenyum sendiri bila namanya menyebut nama Luqman. Air laici di sedut perlahan sambil senyuman kekal di wajahnya.

” Kau senyum! Itu pun kau kata tak pasti? Kau sayangkan Luqman sebab diri dia kan? Bukan sebab muka dia seiras Nuqman” teka Farisya.Hampir tersembur keluar air di mulut Mya Zara mendengar tekaan Farisya. Dia?Sayangkan Luqman?

” Tak mungkinlah Sya. Aku masih sayangkan Nuqman. Lagipun, Nuqman mesti ada sebab dia sendiri kenapa dia tinggalkan aku hari tu. Aku akan tunggu Nuqman balik. Luqman pun pernah cakap, bila masa sesuai dia akan pulangkan aku semula pada Nuqman”.

” A’ah...dia tinggalkan kau untuk kahwin dengan perempuan lain. Lelaki macam tu yang kau sayang?”. Tajam jelingan Mya Zara pada Farisya. Rasa marah kembali menguasai dirinya.

” Mana kau tahu? Kau ada jumpa dia?”. Farisya hanya tersenyum sinis sebelum menjawab persoalan Mya Zara yang seakan serius itu. Dia tahu tuduhannya itu menimbulkan kemarahan Mya Zara.

” Satu hari nanti, kau akan tahu juga hal sebenar Zara. Yang penting sekarang, hal kau dengan pensyarah tu.Cuba kau slow talk degan si Luqman tu pasal Iskandar. Mana tahu dia ada solution untuk problem kau ni”. Mya Zara geleng perlahan.Kurang bersetuju dia dengan cadangan Farisya. Luqman bukanlah seperti Nuqman yang senang dibawa berbincang.

‘ Bila aku nak bercakap dengan dia? Kami tak ada masa nak berborak pun. Lagi pula, kami tak duduk serumah”.

‘ Haaa..kan ke kau nak balik kampung dengan dia hujung minggu ni kan? Masa tu lah kau borak”. Cadangan Farisya di sambut keluhan panjang Mya Zara. Perlahan-lahan air laici dihirupnya.

‘ Itu lagi satu masalah. Aku tak tahu sama ada dia nak ikut aku balik ke tak lepas kes bunga semalam tu”. Mya Zara memuncungkan mulutnya. Fish n chip di pinggannya di cincang halus-halus. Selera untuk makan hilang tiba-tiba.

‘ Kau tak ada call dia terangkan hal sebenar tentang kes bunga tu?”. Mya Zara geleng. Farisya ketap bibir, lalu turut menggeleng kepala.

“ Tu lah kan. Kau ni, nampak saja lurus bendul tapi dalam hati tu keras gile! Kenapa kau tak call dia? Takkan itu pun aku nak ajar kot! Kau ni, macam orang tak pernah bercinta lah”. Farisya dah mula naik ‘syeh’. Ikut hatinya, mahu saja dia goncang-goncang badan Mya Zara. Mya Zara perlu dikejutkan dari mimpi!

“ Aku tak ada nombor telefon dia la Sya”.

Pappp!! Kuat Farisya tepuk dahinya sambil menggeleng kepala. Sesekali dia mengeluh.

“ Kau ni memang teruklah Zara. Nombor telefon suami sendiri pun kau tak tahu? Hisyhhh..minggu ni, macam mana cara pun kau mesti balik kampung dengan dia. Jangan lupa, minta nombor telefon dia sekali. Kalau dua-dua ni kau tak buat juga, lepas ni kau jangan call aku dah. Faham?”.

Mya Zara telan air liur melihatkan muka serius Farisya. Garangnya Farisya kali ini! Perlahan-lahan dia angguk perlahan sambil menyuap Fish N chip nya yang sudah hancur berderai ke dalam mulut.

************************************************************************

Luqman Hakim merenung kosong ke arah pemandangan sekitar UTM pagi itu. Jam baru menunjukkan seawal 7 pagi. Hanya dia sendirian di situ. Hujung minggu seperti itu biasanya ramai student yang bangun lewat. Kabus putih masih lagi kelihatan dari atas balai cerap. Sesekali dia menghela nafas panjang.Peluh yang meleleh membasahi mukanya di lap dengan hujung tangan.

Sedang dia kusyuk memerhatikan suasana pagi, telinganya menangkap bunyi enjin kereta. Siapalah agaknya yang jogging naik kereta ni?Tak mahu diganggu, sedikit pun dia tidak menoleh malah memejamkan mata. Cuba mencari ketenangan.

Matanya dibuka bila terasa kehadiran seseorang di sisinya. Sedikit terperanjat bila melihatkan tetamu yang tak diundang.

” Apa kau buat di sini? Mana kau tahu aku kat sini?”. Pertanyaannya di sambut dengan senyuman.

” Tadi saya pergi rumah sewa awak,Fakrul yang beritahu saya awak ada kat sini. Awal awak keluar jogging? Lupa ye, janji awak dengan saya hari ini?”. Luqman mencebik. Janji?

” Bila pula aku janji dengan kau ni?”. Mya Zara tarik muka. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah Farisya yang paksa dia datang juga menjemput Luqman.

” Hari isnin hari tu awak janji kan. Sampai hati awak buat-buat lupa ya?”. Luqman senyum mengejek. Di pandangnya Mya Zara ke atas, ke bawah.

” Aku lupa ye? Agak-agak, sama tak dengan kes kau yang lupa janji pada aku masa dekat rumah Kak Long hari tu?”. Mya Zara telan air liur. Terbeliak matanya memandang Luqman. Seketika dia menghela nafas panjang.

” Saya tak pernah lupa janji. Apa yang jadi isnin hari tu, bukan kehendak saya”suara Mya Zara sedikit menurun. Bunga yang diberi oleh Iskandar, sudah pun dia berikan pada Dalila di akhir kelas tutorial hari itu.Alasannya, dia tidak sukakan bunga. Senyum lebar Dalila menyambut bunga ros 18 kuntum itu.

” Itu aku tak tahu. Yang penting, janji dah dilanggar. So, tak salahkan kalau aku pun lupa janji?”. Mya Zara mengeluh lagi. Otaknya ligat berfikir.

” Luqman..tolonglah saya. Nanti apa kata family saya kalau awak tak balik sekali?”.

” Cakap saja aku ada kerja, kan senang”.Makin panjang keluhan Mya Zara mendengarkan alasan Luqman. Macam mana lagi agaknya cara nak memujuk Luqman?

” Luqman, jom kita balik ye. Don’t worry, semua saya tanggung”. Lengan Luqman dipautnya manja. Terbeliak mata Luqman seketika sebelum dia menjerit kecil.Amboi minah ni, beraninya dia!

” Oittt! Oittt! Apa ni? Nampak dek geng ’hisbah’ tak pasal-pasal aku yang kena sound nanti. Lepaslah!”. Teriak Luqman. Makin kuat pegangan Mya Zara. Sesekali dia tersengih nakal. Degil sangat kan? Padan muka!

” Tak nak! Kalau awak tak nak ikut saya, saya nak duduk sini peluk tangan awak sampai awak setuju ikut saya!”balas Mya Zara bersahaja. Makin panjang sengihannya melihatkan reaksi Luqman.

‘Oittt perempuan. Kita dalam kampus lah. Kau janganlah buat hal pulak. Aku ni student lagi tau. Lepaslah tangan aku”. Puas Luqman cuba meleraikan pegangan tangan Mya Zara tapi makin kejap pegangan Mya Zara. Sesekali mata Mya Zara liar memandang ke bawah bukit.Risau juga dia kalau ada orang lain yang sedang joging menaiki balai cerap itu.

” Baik awak setuju Luqman. Tuuu...ada couple tengah jogging tu”. Mencerun mata sepet Luqman memerhati ke bawah. Dia mengetap bibir. Kuat.

” Lepaslah weiii...aku kata tak nak ikut. Tak nak lah!”.

‘ Luqman, cuba jangan jadi macam budak-budak.Awak Cuma perlu ikut saya balik kampung saja.Bukan saya suruh awak bercucuk tanam! Awak nak ikut ke tak nak? Kalau tidak, biarkan couple yang tengah jogging tu nampak awak dengan saya macam ni. Saya tak kisah”. Mya Zara ketawa kecil.Entah macam mana dia dapat idea gila seperti itu. Ahhh..apa salahnya. Lelaki itu bukan orang lain, suaminya juga! Dia pun memang terdesak perlukan Luqman mengikutinya balik kampung.

Luqman mendengus kasar.Wajah putih mulus milik Mya Zara yang sedang tersengih-sengih nakal hanya jarak beberapa meter darinya direnung tajam. Tidak lama kemudian, dia tersenyum sendiri. Oooo..main kasar ye!

Sengihan Mya Zara mati tiba-tiba bila satu kucupan hinggap di pipinya. Lama. Automatik tangannya melepaskan pelukan pada lengan Luqman. Cepat-cepat pandangannya jatuh ke atas tanah.Terasa mukanya panas tiba-tiba. Fikirannya kosong. Malu.

‘ Haaa...tu apesal pula diam.Tadi beria-ia sangat ugut aku kan? Tak sangka aku, kau ni nampak je macam ni berjubah bagai, tapi nakal juga kan? ‘. Luqman terusan ketawa.Makin merona merah wajah Mya Zara di tegur sebegitu. Terasa menyesal pula dia mengikut idea gila seperti itu.Tanpa kata dia bangun untuk mengatur langkah ke keretanya. Belum sempat selangkah, tangannya di tarik dari belakang.

‘ Oittt..tak kan cium sikit nak merajuk kot!Sikit saja tu, tak luak pun. Jom cepat hantar aku balik rumah sewa, aku nak mandi kejap, ambil beg”. Cepat-cepat Mya Zara berpaling lalu tersenyum semula.

‘Awak nak ikut saya balik kampung ye! Terima kasih Luqman!”. Tangan Luqman di goncangnya berkali-kali. Lega hatinya mendengar persetujuan Luqman.

‘Oittt...dah..dah. Kau nampak dua makhluk yang baru nak naik tu? Jomlah cepat!”. Luqman menarik tangannya dari pegangan Mya Zara lalu mengatur langkah ke arah kereta satria neo milik Mya Zara sambil tersenyum sendiri. Seriously, minah ni makin menarik! Luqman senyum lagi......

***********************************************************************

Mya Zara menguap lagi untuk kali ke sepuluh sejak mereka bertolak dari Johor Bharu. Bosannya dia diam membisu sejak 2 jam lepas. Sudahlah tu, radio pun tak berbuka.Hendak dibuka sendiri, segan. Almaklum, bukan kereta dia!Luqman beria-ia hendak membawa keretanya sendiri, terpaksalah dia mengalah.

Mya Zara menoleh ke kanan. Luqman kelihatan tenang memandu sambil memakai kaca mata hitam.Luqman benar-benar mengingatkan dirinya dengan Nuqman.Ahhh..mereka kan kembar!

‘Haa..ada apa pandang-pandang? Tak pernah tengok lelaki hensem?”. Mya Zara menjelirkan lidah lalu berpaling ke luar memandang tingkap. Perasan!

” Berani kau ejek aku ye. Aku tinggal kat sini, baru kau tahu”. Diam. Tak ada balasan. Mya Zara malas hendak memulakan gaduh. Kot dibuatnya Luqman tukar keputusan, tak jadi balik kampung kan ke naya!

Irama lagu ‘ Cinta Dongeng’ nyanyian Stacy mengejutkan Mya Zara. Panggilan dari siapa agaknya? Tak mungkin ummi atau mama. Kedua-duanya sudah dimaklumkan tentang kepulangan mereka ke kampung.

Mya Zara ketap bibir melihatkan nama yang tertera di skrin telefonnya.Iskandar! Hujung minggu begini, apa agaknya dia hendak? Dia mengeluh panjang.

” Apasal kau tak angkat call tu? Isketambola call kau kan?”. Pecah gelak tawa Mya Zara mendengarkan soalan Luqman, tapi tawanya tak lama. Ketawanya mati tiba-tiba bila Luqman membuka kaca mata hitamnya dan merenung tajam ke arahnya.

‘ Hujung minggu, saya tak ada urusan kerja dengan dia”.

‘Eleh”. Pendek saja balasan dari Luqman. Kemudiannya masing-masing melayan perasaan sendiri. Tiba-tiba Mya teringatkan pesanan Farisya padanya tempoh hari.Alang-alang nama Iskandar sudah disebut, apa salahnya dia buka topik.

‘Awak, macam mana saya nak deal dengan orang macam Iskandar tu ye?”. Perlahan-lahan Mya Zara memulakan bicara. Inilah masa terbaik untuk dia berbincang dengan Luqman.Lepas ini, entah bila agaknya mereka ada masa berdua seperti ini.

” Apesal pulak dengan dia? Kau ada hati dekat dia ke?” tanya Luqman, bersahaja. Tangannya laju memberi lampu isyarat untuk memotong lori di hadapan mereka.

” Tak adalah. Saya anggap dia macam kawan sekerja saja.Tapi dia tu lah, lain macam saja saya tengok.Siap bagi bunga lah, ajak makanlah”.

” Kau melayan, memanglah dia suka”.

” Mana ada saya layan!”.Tegas Mya Zara. Luqman menghela nafas panjang.

“ Dah tu, kalau tak layan..apa masalahnya lagi?”. Mya Zara memuncungkan mulutnya. Menyampah pula berbincang dengan orang macam Luqman ni. Cakap macam tak ada perasaan!Kita nak ajak bincang, dia jawab asal boleh saja.

“ Kalau dia ajak saya kahwin, macam mana?”.

Sretttttt!!!!! Mya Zara terdorong ke depan bila brek ditekan kuat secara tiba-tiba.

”Luqman!Kenapa dengan awak ni? Nasib baik tak ada kereta di belakang”. Mya Zara mengurut dadanya perlahan-lahan. Mulutnya tidak habis-habis beristighfar dan mengucap. Luqman pula hanya berlagak biasa seolah-olah tiada apa.Dia meneruskan perjalanan tanpa sebarang kata.

” Awak, awak tak jawab pun soalan saya tadi”. Mya Zara kembali bersuara bila keadaan mulai sunyi seperti tadi.Senyap.Tiada jawapan mahupun reaksi dari Luqman.

”Luqman........”.

”Isyhhh..aku tengah drive ni kan? Boleh tak kita cakap hal lain? Aku muak lah dengar nama mamat tu. Dekat rumah sewa, nama dia. Dalam kelas, dekat fakulti pun nama dia jugak. Naik bernanah telinga aku ni kau tau tak. Kalau boleh tadah lah nanah tu, satu tong besar pun belum tentu muat!”.

”Iyelah..iyelah.Saya tak tanya dah”. Menurun suara Mya Zara kali ini.Sedikit kecewa dia kerana misinya tak tercapai. Mesti farisya tak mahu angkat call dia lepas ni!Hurmmmmm.

” Emmmm..awak. Nanti sampai kampung saya, awak jangan terkejut tau. Family saya, jarang-jarang cakap utara. Terutama makcik-makcik saya”.

Luqman menjeling sekilas ke arah Mya Zara. Topik apa pula kali ni?

” Duduk perak, tapi tak cakap utara? Habis tu , cakap bahasa apa? Tagalog? Urdu?”. Mya Zara ketawa kecil mendengar soalan Luqman. Pandai juga rupanya lelaki ini melawak. Tidaklah sepanjang masa serius macam hitler!

‘ Nenek moyang saya asal dari Banjarmasin, Indonesia. Tok saya orang banjar. Bukan orang melayu macam kita. Kata orang, orang-orang Banjar ni kebanyakannya putih-putih melepak. Tapi tak juga, ikut kawasan dari mana asal juga”. Luqman hanya mengangguk-angguk kepala sahaja.Entah kan faham atau tidak.

‘ So, kau nak cakap kat aku yang kau ni putih melepak sebab kau asal usul banjar la ye.Kau pandai ke cakap banjar?”.

‘ Saya faham apa pakcik, makcik saya cakap tapi saya tak berapa fasih nak jawab”. Luqman mencebik.

‘ Kiranya, kau ni banjar murtad la kan?”.

‘ Mana ada istilah banjar murtad la.Pandai-pandai saja awak ni tau!”. Luqman sengih bila ditegur sebegitu. Ahhh..apa salahnya, tambah kosa kata! Pedal minyak ditekan makin dalam.Rasa tak sabar nak dengar macam mana bahasa banjar!

***********************************************************************

Lebih kurang pukul 6 petang mereka tiba di perkarangan rumah lama Tok Wan Timah. Usai keluar dari perut kereta, Luqman menggeliat meluruskan badannya yang sakit-sakit akibat lama memandu tanpa henti.Tadinya, mereka hanya berhenti sekali sahaja di R&R Jejantas Sungai Buloh.

Kedatangan mereka di sambut oleh seorang wanita lebih kurang usia 50-an yang datang dari sekumpulan wanita yang kusyuk mengupas bawang di bawah rumah papan dua tingkat itu.

‘ Hanyar sampai kah? Uyuh kah di jalanan?”. ( Baru sampai ke? Mesti penatkan?) tegur Mak Lang Senah.

” I’ih..hanyar sampai nya. Aur nya bagawi. (A’ah, baru sampai. Nampak sibuk saja buat kerja)” balas Mya Zara bersahaja. Terbeliak mata Luqman seketika. Tak berkelip matanya memandang ke wajah Mya Zara. Kata tadi tak pandai cakap banjar!

” Dikit lagi han gawiannya. Ayuhai ka atas lagi am.Ajak laki mu sakali. Umak mu ada di ambin. ( Sedikit saja lagi kerjanya. Pergilah naik atas. Ajak suami sekali. Emak kau ada di beranda)”, balas Mak Lang Timah. Mya Zara hanya mengangguk perlahan, lantas menarik lengan Luqman yang sejak tadi terlopong tanpa kata.

” Awak, janganlah ternganga macam tu. Nanti masuk lalat, saya juga yang susah”. Tegur Mya Zara sambil tersengih. Cepat-cepat Luqman menutup mulutnya, lantas mendengus.

“ Kau cakap apa tadi? Mengutuk aku ye?” tanya Luqman sewaktu mereka sedang menaiki tangga di bahagian hadapan rumah itu.

“ A’ah. Saya cakap dengan Mak Lang yang awak ni pemalas! Jangan bagi awak buat kerja, mesti tak siap!”. Mya Zara ketawa kecil bila Luqman memuncungkan mulutnya tanda protes. Umur saja tua, tapi perangai macam budak-budak! Ikat mulut tu dengan getah, baru tahu! Mya Zara ketawa lagi. Hatinya berbunga riang melihatkan reaksi Luqman.

Seperti yang diberitahu, Puan Rania berada di beranda belah kanan rumah itu. Dia sedang sibuk menggantikan langsir ketika Mya Zara datang menepuk bahunya. Luqman hanya memandang suasana rumah itu dengan perasaan kagum. Cantiknya rumah ni. Macam istana lama dalam iklan adabi tu!

“ Zara, ni ka dia laki hang?”. Seorang gadis lebih kurang sebaya mereka datang dari arah belakang rumah menyapa mereka. Mya Zara hanya mengangguk lalu tersenyum.

“ Luqman, ini Qaseh. Anak Mak Long Rahmah. Umur dia sebaya awak. Dia belajar kat USM Transkrian. Dekat saja dengan rumah Tok Wan ni”. Qaseh menghulurkan tangannya ingin bersalaman tapi tiada sambutan dari Luqman. Dia hanya memandang kosong lalu tersenyum tanda hormat. Perlahan-lahan Qaseh menarik semula huluran tangannya yang tidak bersambut.

“Hmmm..hensem jugak laki hang ni no Zara! Pandai hang cari lelaki muda!”. Perli Qaseh sambil menjeling kea rah Luqman. Sejak kereta itu masuk ke perkarangan rumah lagi, dia sudah memerhatikan Luqman. Menurut ibunya, Luqman anak orang kaya bergelar Datuk! Ahhh..sayangnya lelaki hensem dan kaya seperti Luqman jadi suami kepada perempuan biasa macam Zara. Lelaki seperti Luqman lebih sesuai dengan perempuan bergaya dan cantik sepertinya. Bukan seperti Zara yang hanya tahu berjubah dan bertudung di kalangan ahli keluarga sendiri!

“ Alah, muda 2 tahun saja kot. Zara pun bukannya tua sangat. Umur je 25 tahun, tapi macam umur 15 tahun, kan sayang?”. Kelu lidah Mya Zara seketika mendengar jawapan Luqman. Lebih-lebih lagi bila pinggangnya di paut oleh tangan Luqman. Tanpa kata apa, dia hanya tersenyum memandang wajah Qaseh yang kelihatan sedikit berubah.

” Umang aihhh..tu dia pengantin baru. Macam belangkas dah mak long tengok! Haratnya muhak laki hang ni Zara! I’ilah pelakon korea”. Luqman kembali ternganga bila mendengar perkataan yang jarang-jarang dia dengar. Qaseh pula yang sejak tadi hanya memerhatikan reaksi Luqman, ketawa kecil.

” Mak saya kata, awak ni hensem. Macam pelakon korea kat tv tu!”, jelas Qaseh bagi pihak ibunya sambil tersenyum. Luqman menangguk tanda faham, lantas tersenyum kecil. Tangannya di hulurkan untuk bersalaman dengan ibu Qaseh.

” Zara, Luqman, jangan dilayan makcik rahmah kamu ni. Sampai malam pun belum habis ceritanya.Haah...mesti kamu berdua penatkan? Pergi masuk rehat dulu. Kamu pergi bahagian tengah rumah ni. Bilik kamu berdua di sebelah kiri ye!”. Puan Rania yang sudah selesai memasang langsir tiba-tiba mencelah.

” A’ah. Kesian pada Luqman, dari JB dia seorang saja yang drive. Kami pergi rehat sekejap ye mama, Mak Long”. Mya Zara dan Luqman berlalu sambil menjinjit beg pakaian. Qaseh hanya memandang tajam dengan hati yang berbulu.

********************************************************************

Luqman meluruskan badannya di atas katil besi lama yang dihias indah.Gaya macam pengantin baru pula! Cadar bukan main beropol-ropol. Siap ada kelambu lagi! Dia mengeluh panjang. Penat! Dari JB ke Parit Buntar, Perak hampir 7 jam perjalanan!Pergghhhh...mana tak penatnya? Sekilas dia menjeling ke arah Mya Zara yang duduk tegak di hadapan meja solek.

” Oittt..kau tak penat ke duduk tegak kat situ? Lama kot duduk dalam kereta tadi”, tegur Luqman bersahaja. Kakinya sengaja disilangkan, santai.

” Tak apa. Awak rehatlah dulu. Awak mesti lagi penat dari saya kan?”. balas Mya Zara lembut sambil memaksa dirinya untuk senyum. Sesungguhnya badannya rasa sakit-sakit dek kerana jauh perjalanan mereka. Kalau ikutkan hatinya, mahu saja dia baring dan tidur sebentar tapi terasa segan pula di hadapan Luqman.

” Ikut suka kau lah” balas Luqman, tegas lalu mengalihkan badannya membelakangi Mya Zara. Mya Zara senyum lagi. Dalam hati, dia memanjat beribu syukur kerana Luqman sudi mengikutnya pulang ke kampung. Kalau dia balik seorang, alamatnya makin bingitlah mulut-mulut makciknya mengata. Dahulunya, isu dia kahwin dengan lelaki lebih muda darinya juga belum selesai lagi.

Mya Zara cuba melelapkan matanya. Cuba mencari ketenangan dan merasai kedamaian angin yang sepoi-sepoi masuk melalui tingkap bilik itu. Perlahan-lahan dia menarik nafas, dan melepaskannya. Terasa tenang dan terbuai dengan suasana angin petang itu.Kepalnya mula tersengguk ke hadapan, dek kerana menahan mengantuk. Dia menegak kan kembali badannya bila tersedar. Tak lama kemudian, dia terlelap semula. Terasa badannya terarah ke belakang. Kali ini dia rasa benar-benar terbuai dan ingin merehatkan badannya tanpa menyedari badannya makin jatuh terkebelakang.

“Zara!”.

Mya Zara tersedar bila namanya di panggil kuat oleh satu suara. Terjegil matanya bila menyedari badannya dalam pelukan Luqman yang sedang tajam merenung wajahnya.

“Kau ni, boleh tahan degil juga kan? Kalau penat, kenapa tak baring saja berehat? Nasib baik kau tak jatuh ke belakang tadi!” bentak Luqman. Mya Zara diam mebisu. Rasa takut mengusai dirinya melihatkan muka Luqman yang merah padam. Tak kan itu pun nak melenting sangat kot.

Belum sempat dia membalas percakapan Luqman tadi, Luqman sudah siap sedia mendukungnya lalu meletakkannya di atas katil besar itu. Perlahan-lahan Luqman meluruskan kaki Mya Zara dan menarik selimut hingga ke paras lutut.

” Dah, rehat dulu. Jangan pikir macam-macam dah”. Luqman mengatur langkah ke arah bertentangan katil itu lalu merebahkan badannya dengan selamba di sebelah Mya Zara. Mya Zara yang terkejut dengan tindakan Luqman,cepat-cepat bangun dan duduk bersila.

“ Ni apehal pulak ni? Tadi aku tengok mengantuk sangat, sampai tersenguk-senguk. Tidur la kejap. Jangan risau, makcik-makcik kau tentu faham.Kita kan datang dari jauh”. Tanpa memahami keadaan sebenar yang difikirkan oleh Mya Zara, Luqman memeluk bantal peluk ke sisinya.

“ Saya...er awak..katil”.

“ Haihhh...sejak bila kau jadi gagap ni?”. Cepat-cepat Mya Zara menggeleng.Ahhh..kenapa susah pula perkataan-perkataan itu mahu keluar dari mulutnya?

” Tadi gagap, sekarang bisu pulak?”.Luqman terasa ingin ketawa melihatkan reaksi wajah Mya Zara, tapi di tahannya.Secepat kilat dia bangun lalu menarik tubuh kecil Mya Zara ke dalam pelukannya sebelum baring semula.Mya Zara yang terkejut dengan tindakan drastik Luqman terasa badannya seperti disambar petir. Seram sejuk! Terasa darah dalam badannya berhenti mengalir seketika.Hatinya kuat untuk meronta,melepaskan diri tapi entah kenapa kudratnya seakan tiada. Makin terasa nyaman pula berada di dalam keadaan seperti itu.

” Aku lupa bawak Dibo aku. So , kau lah kena ganti dia. Ahhhhh...mengantuknya. Mendung-mendung macam ni memang best tidur”. Luqman memejamkan matanya. Sesekali dia menarik nafas, panjang.Kemudian perlahan-lahan dia melepaskannya.Terasa damai hatinya seketika. Seakan tidak percaya, Mya Zara ada dalam pelukannya.

Perlahan-lahan Luqman membuka matanya, curi-curi pandang ke arah wajah Mya Zara yang melekap ke dadanya. Luqman mencebik bila melihatkan Mya Zara yang kelihatan begitu lena tidur. Cehhh! Cepatnya tidur! Letih sangat agaknya dia. Luqman tersenyum panjang.Wajah Mya Zara direnungnya tanpa berkerdip. Perlahan-lahan jarinya menyentuh lembut wajah Mya Zara dari dahi, ke hidung lalu ke arah mulut kecil milik Mya Zara.Wajah itu benar-benar cantik walau tanpa secalit make up pun! Kenapa baru sekarang dia nampak semua itu?

Perlahan-lahan Luqman meregangkan pelukannya, lalu meletakkan kepala Mya Zara di atas bantal. Kerongsang di bawah dagu Mya Zara di bukanya perlahan, bimbang mengejutkan Mya Zara dari tidur. Tudung yang dililit kemas,diuraikan. Begitu juga serkup kepala yang selama ini melindungi rambutnya dari pandangan orang lain selama ini.

Haruman wangi dari rambut Mya Zara, menggetarkan hati lelaki Luqman.Terasa tidak cukup setakat itu,perlahan-lahan Luqman menguraikan sanggul di kepala Mya Zara yang disimpul rapi. Cantiknya rambut dia! Lurus, hitam berkilat panjang hingga ke paras pinggang.Hampir 6 bulan lebih mereka berkahwin, baru hari ini dia dapat melihat kecantikan yang di simpan rapi oleh Mya Zara.

Perlahan-lahan dahi Mya Zara dikucupnya perlahan, kemudian beralih ke hidung dan pipi gebunya. Belum sempat sampai ke mulut kecil Mya Zara, Luqman tersentak dan tersedar seketika bila mulut Mya Zara seakan berkata sesuatu.

” Nuqman.....”. Walau perlahan, masih dapat ditangkap dek telinganya. Cepat-cepat dia baring semula, bimbang Mya Zara terjaga. Bibirnya di ketap kuat sambil penumbuknya di genggam. Nafasnya naik turun, laju. Rasa tak percaya dengan apa yang didengarinya keluar dari mulut Mya Zara yang tengah tidur lena tadi. Kalau masa boleh di putar semula, dia tidak mahu dengar nama itu disebut tadi.

Perlahan-lahan dia mengalihkan badannya membelakangi Mya Zara. Tak berkedip dia memandang dinding kayu bilik itu. Terasa seperti kepalanya ditekan kuat oleh sesuatu dan kelopak matanya terasa berat. Dalam hati dia hanya ada Nuqman! Dalam tidur pun hanya ada Nuqman di fikirannya, bukan Luqman! Perlahan-lahan tanpa dia sedari air mata lelakinya mengalir deras tanpa henti.



Note dr saya : lama benor tunggu di P2u..atas permintaan ramai,sya publish di blog dahulu...mohon bantuan semua comment entry sya supaya sya dapat perbaiki cara penulisan dan jalan cerita ye..tqvm sbb sudi baca novel ni :-)

8 comments:

sitinorafatien said...

sgt best..superb...tpi sedih la time luqman mengalirkn air mata..sy pun rasa sayu nie

blinkalltheday said...

knp si zara ni asyik duk sebut nama nuqman??

ummi rahimi said...

ya Allah,bestnya...sampai saya sekali menangis bila luqman tu menangis! terbaiklah!!

Anonymous said...

eee... geram dengan zara pulak... cite ni best dan harap sangat dibukukan!!! hee~ n_n

-sme_zea (rakan penulis di p2u juga)
salam perkenalan...

missfie_za&Lynn_are said...

mmg tbaik laa cite nie... suke sngt2..

Salmah Hanim said...

sayu hati Luqman.... x sapa yg tau.... terharu.... :(
bagi Zara masa... kesian gak pd dia...

rahimawati said...

best la bila nk kuar novl. x puas la bce camne, lame nk tugu.

Wild Cherry said...

kesian Luqman... mengaku jelah yg dia suke zara..

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon