Followers

Tuesday, November 1, 2011

BAB 7

Luqman melangkah laju ke bangunan 20 tingkat itu setelah kereta BMW arwah abahnya di parkir di hadapan lobi bangunan itu.. Penyambut tetamu di aras bawah hanya tunduk dan senyum sebagai tanda hormat. Tak lama kemudian, mereka berbisik sesama sendiri. Jarang-jarang ‘tuan muda’ mereka tunjuk muka di situ. Pasti ada sesuatu hal yang penting hingga membawanya ke situ.

Lif berhenti pada tingkat 30, tingkat paling atas. Dia terus melangkah laju menuju ke bilik Pengarah. Pintu bilik dibuka luas tanpa sempat ditahan setiausaha Pengarah.

Seorang wanita umur 30 an yang sedang sibuk bercakap di telefon tersenyum menyambut kehadirannya.Tangannya memberi isyarat kepada setiausahanya untuk memberi ruang kepada dirinya dan tetamu yang baru tiba.

“ Okey. Nuha faham.Baik. Assalamualaikum”. Gagang telefon di letakkan. Nuha Aleesya tersenyum panjang melihat Luqman Hakim di hadapannya.

“So, what bring you here my youngest brother? Dari JB ke KL drive? Impressive!”. Luqman hanya mampu mencebik. Mesti yang call tadi Mak Yah, tak pun Ummi. Kalau tidak, dari mana kak long tahu yang dia drive?Selalunya, dia hanya naik kapal terbang ke KL.

“ Saja, test power”. Pendek. Ringkas. Jawapan Luqman di sambut gelak tawa Nuha. Nak menipu, tapi tak reti!

“ Okey. Let me guess.Adik datang sini sebab nak ajak kak long pergi lowyat kan?”. Berkerut dahi Luqman Hakim mendengar pertanyaan kakak nya. Apehal pulak lowyat ni?

“ Nak buat apa pergi lowyat?”.

“ Shopping handphone baru la. Bukan ke phone adik dah hancur berderai tepi meja tv?”. Merah padam muka Luqman seketika. Isyhhhh…Mak Yah ni memang kaki reportlah!

Itu pun nak cerita ke?

‘ Apa lagi Mak Yah cerita kat kak long ? Busy body betul lah dia tu. Teman ummi kat rumah cukuplah. Ni sibuk pasal hal adik pulak”. Luqman mendengus kasar sambil mengigit-gigit ibu jari tangan kanannya.

“ Bukan busy body okey. Mak Yah tu sayangkan adik.Dia dah anggap kita semua macam anak dia. Hisyhhh…budak ni. Apesal buat kerja gila? Gaduh dengan Zara ye?”.Sengaja Nuha serkap jarang.Luqman menjuihkan bibirnya. Setakat baling handphone, apa sangatlah! Bukannya kerja gila pun.

“ Nak gaduh apanya. Bercakap pun tak”. Berkerut dahi Nuha seketika. Aihhh..dah dekat 6 bulan kahwin pun tak bercakap lagi? Kes berat ni!

“ So, adik dengan Zara tak gaduh la ni kan? Baguslah. I’m happy for you. Jadi, tak salahkan cadangan kak Long dulu untuk Luqman kahwin dengan Zara? Dia tu budak baik. Treat her nicely okey. Hmmm…tak lama lagi, bolehlah kak long dapat anak sedara kan?”.Sengaja Nuha menduga.

“ Forget it!”. Terbeliak mata Nuha mendengar jawapan Luqman.Muka adik bongsunya yang kelihatan keruh, di renungnya lama.Kalau bukan kerana Zara, sebab apa lagi ye?

“Luqman jumpa semula dengan Sofia ke? Luqman dah tau kan dia dah kahwin?”. Luqman angguk perlahan.Tangannya sibuk buat ‘putaran helikopter’ guna pen.Sesekali pen di hujung jarinya itu tercampak jauh menghampiri Nuha, tapi cepat-cepat di ambilnya semula.

“ Jadinya, adik frust? Sebab tu tumbuk tingkap, buang handphone dan datang jumpa kak long sampai ke KL ni?”. Terjegil mata Luqman seketika. Amboi! se’detail’ itu Mak Yah bercerita? Ini memang sudah lebih ni.

Perlahan Luqman mengeluh, kemudiannya geleng kepala. Nuha garu kepala. Kalau bukan sebab Sofia, sebab apa ye? Seingatnya, Luqman hanya buat perangai setiap kali hal yang ada kaitan dengan Sofia.

“ Isyhhh..kak long malas nak teka lah. Kalau adik tak nak cakap, kak long pun malas nak tanya banyak kali dah”. Sengaja Nuha menduga adiknya. Fail tender di hadapannya di buka semula. Pura-pura membaca sesuatu.Sesekali dia menje;ing ke wajah Luqman yang kelihatan sugul sahaja.

“ Ala kak long ni. Orang datang jauh-jauh, dia buat ‘dek’ pulak”. Luqman Hakim tarik muka. Merajuk. Nuha terasa ingin ketawa. Tapi di tahannya.

“ So? ”.Nuha terusan minta penjelasan.Luqman telan air liur. Berat rasanya hal itu nak keluar dari mulutnya.Hendak bercerita pada ummi, malu! Nak cerita pada Fakrul, teman paling rapatnya pun tak boleh. Lagi lama dia simpan sendiri, makin buntu dia dibuatnya. Sebab itulah dia buat kerja gila, drive seorang diri ke KL mencari Nuha. Erkkk..kerja gila ke? Tak adalah! JB ke KL hanya 4 jam saja kot! Apa yang gilanya?

“ Zara ada orang lain”. Ringkas. Lancar keluar dari mulutnya. Seketika, Nuha kelihatan terkejut mendengar berita itu. Tapi tak lama kemudian, dia gelak besar. Makin lama, makin kuat ketawanya memenuhi bilik itu. Luqman Hakim mendengus kasar. Entah apa yang lawaknya.

“ Jadinya, ini kes cemburu la ye!”. Nuha ketawa lagi.

‘ Mana ada !’ tingkah Luqman Hakim, tegas.Mulutnya di muncungkan. Kali ini, makin laju ‘putaran helikopter’ di buatnya.

‘ Adik, are you in love with Zara ? ‘. Tanya Nuha sambil tersengih-sengih. Jauh di sudut hatinya, dia rasa gembira sangat jika hal itu benar-benar berlaku. Kalau Nuqman boleh sayangkan Zara, sudah tentu Luqman juga boleh. Bukankah dari kecil mereka selalu suka kan benda yang sama!

‘ Mana adalah kak. Adik cuma tak nak di tuduh dayus sebab biarkan isteri adik ada hubungan dengan lelaki lain. Itu saja. It’s not about love okey. ‘. Nuha senyum panjang. Sejak bila entah, adik bongsunya itu jadi matang dia sendiri tak sedar.Sejak dia kahwin 7 tahun lepas, tumpuaannya hanya pada mengembangkan bisnes keluarga mereka. Sebab itu kadang-kadang dia kurang masa dengan adik-adiknya.

Namun, hati Nuha belum puas.Dia ingin terus menduga adik bongsunya itu. Luqman memang luarannya nampak keras. Tapi hatinya lebih lembut dari Nuqman.

“ Make it simple. Dulu, adik kawin dengan Zara hanya sebab nak selamatkan maruah keluarga kita.Bukan sebab cinta. Sampai sekarang pun adik masih tak ada hati pada Zara kan? So, ceraikan saja dia. Biar dia pergi hidup dengan lelaki tu. Jadi, tak akan timbul kes dayus tu. Betul tak?”.

Luqman Hakim terkesima. Cadangan Nuha memang ada benarnya...tapi mampukah dia?

###################################################################

Ikmal memandu perlahan memasuki ruangan parkir kereta Hotel Pan Pacific. Luqman yang duduk di bahagian belakang kereta Mercedes C200 hanya memandang sunyi ke arah suasana Kuala Lumpur di waktu malam.

“ Kak long, adik seganlah nak join Kak Long dengan Abang Long makan. Adik pun bukannya kenal kawan Abang Long tu. Adik pergi lepak dekat The Mall lah ye. Nanti dah boring, baru adik join”. Ikmal dan Nuha hanya mengagguk faham. Luqman mengatur langkahnya melintas jalan kea rah pusat membeli-belah The Mall manakala Ikmal dan Nuha melangkah masuk ke ruangan lobi hotel itu.Baru saja mereka melangkah ke dalam restoren di dalam hotel itu, langkah Nuha terberhenti seketika sebelum dia meneruskan semula langkahnya lalu tersenyum bertemu tetamunya.

Luqman Hakim sudah kebosanan. Tadinya, dia sudah pun membeli telefon Samsung baru. Terasa lapar pula.Usai mengisi perut di premis ‘Mc Donald’ dia berjalan keluar melalui booth di ruang legar pusat membeli belah itu. Semuanya barang perempuan. Tak tudung, blaus. Bosannya!

Melihatkan tudung-tudung yang bergantungan, dia teringatkan Mya Zara. Apa dia buat sekarang agaknya? Sejak mereka kahwin,beberapa bulan lepas sekalipun dia tak pernah menghadiahkan apa-apa padanya.

Ahhhh…dia pun bukan pernah bagi apa-apa pun pada aku! Luqman membebel dalam hati. Tapi tindakannya bertentangan dari apa yang difikirnya. Selesai membuat pembayaran, plastik berisi tudung itu bertukar tangan.

Terus dia mengatur langkah ke arah lobi hotel Pan Pacific. Namun langkahnya lambat-lambat dan akhirnya berhenti. Niatnya untuk ikut sama berbual di dalam di matikan. Plastik berisi tudung yang dibelinya tadi jatuh , terlepas dari pegangan tangannya.Perlahan-lahan dia memusingkan badannya dan menuju keluar hotel itu.

-Kak long, adik penat la meronda. Rasa malas nak masuk sana. Adik tunggu kat kereta lah ye –

MESSAGE SENT. Luqman Hakim mengeluh panjang. Hatinya rasa sakit.Sakit sangat-sangat. Lebih sakit dari waktu dia ditinggalkan oleh Sofea dulu!

######################################################

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi

Di saat aku mulai mencintaimu,

berharap engkau jadi kekasih hatiku,

Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,

Di saat kau tinggalkan diriku pergi,

Tak pernah ada yang menhiasi hariku,

Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,

Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,

Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta.......

Hi-fi di atas meja sebelah katilnya di jelingnya. Lagu apa ni? Menyakitkan hati saja.Kalau dah kena tinggal, mestilah tinggal sorang. Apa lagi? Huhh..nasib baik dia masih dirumah Kak Long lagi. Kalau tidak, dah lama radio itu jadi mangsa balingannya ke tingkat bawah rumah itu.

Luqman merenung kosong. Perlahan-lahan dia menarik nafas. Peristiwa malam tadi di Hotel Pan Pacific masih bermain di fikirannya. Hatinya kembali sakit.Rambutnya yang kusut masai itu di ramas perlahan.Ahhhh…perempuan tu boleh buat dia jadi gila nampaknya!

Tiba-tiba pintu biliknya terbuka perlahan. Sekilas dia memandang. Perasaan marah bercampur sedih meluap-luap menguasai dirinya masa itu. Cepat-cepat dia berlalu menuju ke arah tetamunya, tangannya ditarik kasar. Pintu bilik ditutup dan di kuncinya.

“ Apa kau buat kat sini ha? Kak Long suruh kau datang?”.tanya Luqman sambil memandang tajam ke arah tetamu tak di undangnya itu.

Mya Zara diam. Takut pula dia melihat mata Luqman yang merah dan memek mukanya yang seakan-akan nak ‘makan orang’.

Luqman tak puas hati dengan tindakan Mya Zara yang hanya berdiam diri. Tubuh Mya Zara yang kecil molek di tolaknya ke dinding. Dua tapak tangannya di lekap ke dinding, manakala tubuh Mya Zara di antaranya.

“ Ehhh...cakaplah! Sejak bila kau jadi bisu ni? Semalam kat hotel tu, beria-ia sangat aku nampak kau bercakap. Senyum pun dah sampai ke telinga aku tengok. Bila dengan aku, jadi patung pulak? Kenapa? Jahat sangat ke aku ni ha? Sebab tu kau layan aku mcam sampah? Sebab tu kau sanggup keluar dengan lelaki lain ke hotel? Sebab tu ke? Ehhh..jawablah!”. Tinggi suara Luqman menengking, menambahkan ketakutan di hati Mya Zara. Matanya berkaca. Sungguh dia menyesal menerima undangan Iskandar untuk menemaninya berjumpa kawan lamanya.

Pintu bilik diketuk kuat, bertalu-talu.

“ Adik,buka pintu ini!”. Luqman berpaling.Dia mendegus kasar.

“ Kakak jangan campur! Ini urusan adik dengan isteri derhaka ni!”. Mya Zara rasa seperti di tampar mendengar jawapan Luqman.Dia mengucap panjang. Berdosanya dia kerana suami sendiri memanggilnya derhaka. Masih dia ingat pesanan ibunya sebelum dia kahwin dulu. Isteri derhaka, tak cium bau syurga!Air matanya tiba-tiba mengalir perlahan.

“ Luqman...saya mintak maaf. Saya janji tak buat lagi.Tolong maafkan saya ye. Ini semua salah faham”. Jawapan Mya Zara mengundang ketawa Luqman.

“ Salah faham? Kau ingat,sebab kau ada master , kau boleh bodohkan aku ke Zara? Lelaki dan perempuan, berada di hotel. Untuk apa lagi kalau bukan untuk buat benda terkutuk tu!”.

“ Luqman!”. Kali ini suara Mya Zara pula meninggi. Sakit hatinya bila Luqman menuduhnya bukan-bukan.

“ Awak jangan samakan saya dengan perempuan-perempuan yang pernah keluar dengan awak tu. Saya bukan semurah itu!”. Tegas Mya Zara. Luqman mencebik, senyum menyindir.

“ Kau ingat aku jahat sangat ke? Aku mungkin keluar dengan ramai perempuan, tapi aku tak pernah bawa pergi hotel macam kau dengan pensyarah tak sedar diri tu ! ‘.Tempelak Luqman. Wajah mulus Mya Zara terasa ingin ditamparnya laju-laju ketika itu, tapi ditahannya.

‘ Saya dengan Iskandar ada seminar di PWTC. Kami menginap di situ. Kebetulan, dia ajak saya teman jumpa kawan lamanya.Itu saja”.

“ Bohong! Kau bohong!”.Jerit Luqman.Mukanya didekatkan ke muka Mya Zara. Tajam tenungannya. Makin lama, makin dekat. Cepat-cepat Mya Zara mengalihkan mukanya memandang ke tepi.

“ Kenapa? Sebab aku bukan Iskandar? Sebab itu kau paling muka dari aku kan?”. Tajam mata bulat Mya Zara merenung Luqman. Tak habis-habis lagi dia ni tentang Iskandar. Bukan kah dia sudah minta maaf, terangkan hal sebenarnya?

“ Bukan macam tu Luqman. Saya...sss…saya belum bersedia”. Mya Zara tunduk memandang lantai dengan air matanya masih bersisa. Sungguh dia memaksudkan kata-katanya. Dia masih belum dapat menerima kenyataan yang lelaki di hadapannya itu bukan Nuqman, tetapi Luqman.

“ Sebab aku bukan dia kan? Aku bukan Nuqman yang kau puja-puja tu…atau Iskandar, kekasih baru kau tu”. Mya Zara terdiam.Memang sebab kau bukan dia, Luqman! Kau bukan Nuqman! Mya Zara menjerit dalam hati.

Luqman pula hanya mengeluh panjang. Tangannya yang tadinya di dinding ditariknya ke sisi. Tak lama kemudian dia menarik nafas panjang sambil memicit-micit dahinya.

“ Macam nil ah Zara…kalau kau rasa berat sangat nak jaga maruah aku, aku tak kisah.. Aku boleh lepaskan…..”. Kata-kata Luqman terbehenti bila tangan kecil Mya Zara menutup mulutnya sambil menggeleng perlahan. Tajam mata Luqman memandang kea rah Mya Zara, minta penjelasan tindakannya itu.

“ Maafkan saya Luqman. Tolong jangan buat macam tu. Kasihankan lah ummi.Tentu ummi kecewa nanti kalau benda itu berlaku pada kita. Maafkan saya. Saya janji, benda macam ini tak kan berulang lagi”. Perlahan-lahan tangannya di alihkan.Kemudian tangan Luqman di tariknya,lalu di salamnya dan di cium perlahan. Tindakannya membuatkan Luqman terpaku, tanpa kata.

“ Maafkan saya Luqman. Saya balik dulu”. Mya Zara berlalu keluar. Luqman Hakim hanya menyoroti pemergian Mya Zara dengan pandangan kosong. Entah kenapa, hatinya bagai kosong ketika itu seperti sudah ada yang bawanya pergi!

4 comments:

Farah hana said...

seriusly...saye dah mcm hilang ingatan psl cite ni..balik2 kene rujuk bab 6..maybe sebab bace bnyk cite kot.Tapi, bile sebut psal nuqman...okay,dah ingat! hehe..best2, xsaba nk tau citer lepas ni..

Wild Cherry said...

dah terang lagi bersuluh yg Luqman ni jeles...

Salmah Hanim said...

serius.... memang tertarik dgn cerita niii...

AIFA BATRISYA said...

Farah hana : tq dear...enjoy ur reading ya!

wild cherry : jeles..tp takmo org tahu

salmah hanim : tq sbb sudi ikuti cerita ni ye..:-)

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon