Followers

Tuesday, November 1, 2011

BAB 6

Malam itu, mereka ramai-ramai tengok cerita ‘ Pirates Of Carribean’ yang terbaru. Adam yang siang tadi ke Taman Universiti,sempat membeli cd ‘pirate’ dekat kedai cina di hujung simpang belakang Maybank.

Zakri dan Adam sudah lama dibuai cerita itu. Tidak berkelip masig-masing memandang televisyen. Cuma Luqman Hakim yang hanya ada jasad di situ. Fikirannya, menerawang memikirkan seseorang. Seseorang yang baru-baru ini selalu saja membuatkan dia berfikir panjang.Fakrul yang perasan dengan keadaan itu, cepat-cepat menyiku Luqman di sebelahnya.

“ Beb! Sampai mana dah. Hollywood ke, Bangladesh?”. Luqman Hakim jeling sekilas. Ada apa kat Bangladesh yang best sangat nak pergi tu?

“ Sibuklah kau. Cuba kau jadi baik, join budak berdua tu.Duduk ‘hentap-hentap’ tengok tv. Jangan kacau aku lah”. Rungut Luqman. Fakrul sengih. Entah sejak bila, temannya itu suka bersendirian dan termenung.

Luqman terusan berfikir. Sesekali hatinya rasa risau. Sejak akhir-akhir ini, selalu sangat dia bertembung dengan Mya Zara di fakulti dan setiap kali itu juga mesti si ‘isketambola’ tu ada. Huhhh!!Dah macam parasit saja dia tengok pensyarahnya itu.Asyik melekat saja.

Betul ke mereka ada ‘affair’ ye? Sudahlah panggilan si ‘isketambola’ pada dia pun mesra. Zara.Huhh!! Siap ada nombor telefon lagi! Dia sendiri tak ada nombor perempuan tu. Di pejabat am fakulti pula, dia ada dengar-dengar dari ‘akak-akak ‘ kerani tentang gossip itu. Yang sedikit mengganggu jiwa dia bila masing-masing mendoakan hubungan mereka berdua berakhir ke jinjang pelamin. Hah? Nak ke pelamin?Habis tu, dia jadi apa ?pengapit mereka?Gila!!

“ Akim, Cik Mya tu sebenarnya sedara kau belah mana ye? Tak pernah pula aku jumpa dia mase lepak-lepak rumah kau dulu”. Luqman Hakim telan air liur. Ahhh Fakrul ni. Tengok ajelah cerita ‘Jack Sparrow’ tu.Tak habis-habis dengan Cik Mya dia .

“ Dua-dua belah pun boleh. Kau pilih je yang mana kau suka”. Malas-malas Luqman menjawab. Terbeliak mata Fakrul mendengar jawapan Luqman. Aci boleh pilih pulak? Biar betul budak ni.

“ Kau ni akim, seriuslah sikit. Alah,jangan risaulah. Aku tak paksa kau dah ‘kenen’ kan aku dengan dia. Dia kan dah ada Dr.Is sekarang ”. Kali ini suara Fakrul menurun. Luqman Hakim menoleh sekilas Fakrul di sebelahnya. Aikkk? Tak kan frust kot!

“ Betul ke dia dengan Isketambola tu?”. Gelak Fakrul pecah tiba-tiba. Tak lama kemudian, bantal kecil laju menuju ke arah mukanya. Adam dan Zakri buat isyarat suruh diam. Luqman mencebik. Macamlah dalam panggung wayang!

“ Berani kau panggil Dr.Is macam tu? Kot tersasul depan dia, baru kau tau ! ‘. Sambung Fakrul setelah gelaknya reda.

‘ Alah, kita tinggal semester depan aja lagi kat sini. Tak mungkin kita ada kelas dengan dia dah.’ Fakrul menganngguk-angguk, bersetuju dengan kata-kata Luqman Hakim.

“Ehh..dia kan sedara kau.Tak kan kau tak tahu kot!Ummi kau tak ada cerita?”.Beria-ia Fakrul bertanya. Entah sejak bila Fakrul suka bergossip.

“ Tak ada maknanya aku nak nyibuk hal dia”. Bersahaja Luqman menjawab. Fakrul tarik muka.

“ Aku rasa, sahlah dia orang ada ‘affair’. Adam ada cakap dengan aku, masa dia dating dengan Hawa dia nampak Dr.Is dengan Cik Mya makan dekat Pizza Hut Jusco Taman U. Tapi Cik Azwa ada sekali. Zack dengan aku pun banyak kali nampak dia orang makan dekat kafe cengal dengan meranti. Kadang-kadang berdua. Tapi banyak kali bertiga dengan Cik Azwa.” Yakin Fakrul mengeluarkan pendapatnya..Luqman pula hanya memandang Fakrul tanpa kata.

Betul lah tu agaknya. Jari-jarinya memicit kepala. Sakit kepala tiba-tiba!Seketika, dia rasa malam itu panas.Begitu jupa panas di punggungnya.Secepat kilat dia bangun menuju ke arah biliknya. Selesai menukar baju, kunci kereta di atas meja belajarnya di capai.

“ Oitt...nak ke mana tu. Wayang belum habisla!”. Tegur Zakri.

“ Aku nak buat wayang dengan Sheila. Bye!”. Jawapan Luqman di sambut dengan gelak tawa Adam dan Zakri, juga gelengan kepala Fakrul yang tak berkesudahan. Hakim...hakim. Tak habis-habis dengan perempuan. Entah bila agaknya dia akan berubah?

####################################################

Suasana kafe meranti agak lengang ketika itu. Baru pukul 11 pagi. Rata-rata pelajar masih ada kelas. Pukul 12 tengahari nanti baru masing-masing akan keluar mencari makan tengahari.

Mya Zara mengeluh panjang. Rasa kurang selesa,berdua dengan Iskandar. Sayangnya, Azwa tiba-tiba ada meeting Kelab Kejuruteraan Bioproses.Dia sebangai penasihatnya dia perlu ada dalam meting kelab itu. Risau mula terasa di hatinya.

Iskandar datang dengan tangannya memegang milo ais dan nescefe panas.

“ Betul ni, Zara tak nak makan apa-apa?”. Mya Zara angguk perlahan. Perutnya masih lagi kekenyangan.Pagi tadi,dia bangun awal. Jadinya , nasi malam tadi digoreng buat bekalan. Sesekali makan bekalan, sedap juga! Jimat pun jimat!

“ So, apa pandangan Zara tentang ‘gossip’ kat fakulti kita sekarang?”. Terberhenti sedutan air milo ais Mya Zara. Gossip?

“ Tentang apa ye?”.

“ Tentang kita”. Mya Zara terasa sepeti kena kejutan elektrik. Patutlah Kak Syida di pejabat am selalu sahaja mengusiknya.Kak Piah tukang sapu pun selalu tersengih-sengih bila bertembung dengannya. Rupa-rupanya hal ini dah jadi sebutan orang! Mya Zara istighfar dalam hati.

“ Kita? Saya rasa, tak ada apa tentang kita yang perlu di gossipkan. Kita kan rakan sekerja. Kebetulan,banyak agenda fakulti yang perlukan penglibatan Is dengan saya. Itu saja kan?”. Iskandar tersenyum. Fikirnya, Mya Zara sudah tahu isi hatinya.Rupanya tidak.

“ Itulah kan, Is pun pelik kenapa diaorang buat cerita tentang kita. Zara jangan beritahu boyfriend Zara hal ni. Kalau tidak, mesti dia terasa tau!”. Sengaja Iskandar nak menduga Mya Zara.

Melalui Azwa, dia tahu yang Mya Zara masih belum berpunya. Tapi kalau boleh, dia mahu pengakuan dari Mya Zara sendiri. Entah kenapa, sejak hari pertama dia bertemu dengan Mya Zara di Pejabat Am sewaktu hari pertama Mya Zara melaporkan diri hatinya sudah jatuh kasih padanya.

Mya Zara bt. Harith. Nama yang agak moden.Tapi perwatakannya seakan wanita melayu terakhir. Sopan dan lemah lembut.Tutur katanya selalu tersusun.Wajahnya, redup di pandang. Berkulit cerah, mata hitamnya bulat.Memang menarik hati.Semakin hari dia berkerjasama dengan tutor muda itu, hatinya makin tertarik.

Mya Zara terasa berat untuk menelan air liurnya mendengarkan telahan Iskandar. Boyfriend?

“ Saya tak ada boyfriend”. Tapi...saya dah bersuami! Namun kata-katanya itu hanya ada di dalam hati. Iskandar yang mendengar jawapan Mya Zara itu tersenyum panjang. Nahhh iskandar! Jawapan dah ada!Peluang memang ada di depan mata.

“ Ohhh ye ke. Baguslah macam tu”. Bagus? ISkandar ketap bibir. Terasa silap kata.Silap langkah.Lebih-lebih lagi bila Mya Zara hanya memandangnya dengan pandangan pelik, seakan tertanya-tanya.

“ Err..maksud is. Bagus sebab, tak adalah nanti Zara bergaduh dengan sesiapa sebabkan gossip tu”. Iskandar membetulkan langkah. Mya Zara mengangguk perlahan lalu tersenyum. Namun, senyumannya mati begitu sahaja bila matanya bertembung dengan mata Luqman Hakim yang entah sejak bila merenungya dari meja bertentangan ..Doanya, moga segala perbualannya tidak sempat ditangkap oleh telinga Luqman.

****************************************************************

Bunyi kaca pecah, meja diterbalikkan mengejutkan penghuni rumah teres setingkat itu. Zakri dan Fakrul cepat-cepat berlari kebilik utama rumah itu.Fakrul mengucap panjang, manakala Zakri hanya menggeleng kepala.

“ Beb! Apehal ni? Takkan pasal Sheila lu nak angin kot!”. Takut-takut Zakri menegur.Bukan dia tidak kenal dengan Luqman Hakim. Memang dia jarang marah. Tapi sesekali dia marah, boleh terbalik rumah di buatnya. Seingatnya, kali terakhir Luqman Hakim mengamuk adalah setahun yang lepas. Itu pun di sebabkan dia dapat B dalam subjek ‘Kaedah Numerical’.Tapi tak adalah sampai ‘tsunami’ macam ini. Paling tinggi, dia membebel seharian, bawak kereta laju-laju. Kali ini, pasal apa pula agaknya.Macam berat sahaja masalahnya.

Tiada jawapan dari Luqman Hakim. Mata Fakrul menangkap cecair merah yang mengalir deras dari tangan Luqman. Bergegas dia mendekati Luqman di celah-celah buku yang berselerakan.

“ Dalam luka ni weh. Zack, kau pergi start kereta. Kita kena pergi hospital sekarang”. Tegas Fakrul pada Zakri yang dari tadi terkebil-kebil ketakutan. Dia memang mabuk darah. Kalau tak ditegur Fakrul tadi, lama kelamaan mungkin dia boleh pengsan. Tanpa berlengah, dia mencapai kunci kereta Luqman di dinding bilik itu.

******************************************************************

“ Kamu ni Luqman. Kenapa suka buat ummi risau ha? Kalau iya pun kamu marah, janganlah sampai cederakan diri sendiri!”. Bebelan Datin Zahrah berterusan sejak tadi. Luqman menjeling tajam ke arah Fakrul di sisinya. Kecoh la mamat ni! Luka sikit pun nak panggil ummi malam-malam buta ni.

‘ Sorrylah beb. Aku cemas tadi. Sebab tu aku call ummi ‘. Luqman mencebik. Alasan tak diterima ! Bukannya dia kena langgar lori pun ! Setakat kaca tingkap kena tangan aje kot! Tiba-tiba dia terpandangkan seseorang yang sejak dari tadi setia berdiri di hujung pintu masuk bilik kecemasan itu. Luqman mendengus kasar.

“ Dia buat apa kat sini ummi?”. Keras dan perlahan sahaja suara Luqman bertanya tapi masih dapat ditangkap telinga Datin Zahrah dan Fakrul.Fakrul hanya memandang sekilas ke wajah tutor mereka. Sesekali terdetik rasa hairan di hatinya. Kenapa Luqman Hakim selalu tunjuk kebenciannya pada Cik Mya?Apa agaknya kesalahan tutor mereka , merangkap saudara Luqman itu hingga sekasar itu layanan Luqman padanya?

“ Ummi terkejut sangat tadi bila Fakrul call, rasa tak boleh drive. Sebab itu ummi call Zara, suruh ambil ummi”. Wajah Mya Zara yang tunduk memandang lantai di jeling tajam oleh Luqman. Dia mendengus lagi.

“ Lain kali, ummi tak payah susahkan dia. Pak Mat kan ada, suruh dia la drive. Ummi ganggu dia malam-malam,datang jauh-jauh semata-mata ambil ummi.Entah-entah dia tengah sibuk dating ke, ummi pulak kacau”. Sengaja perkataan ‘dating’ dia kuatkan.Mya Zara mengangkat wajahnya perlahan. Ahhhh...tentu Luqman dengar perbualannya dengan Iskandar petang tadi. Mya Zara mengetap bibirnya kuat. Rasa bersalah mula menguasai dirinya.

“ Ehhh..tak adalah. Mana ada Zara dating kan? Zara tengah buat soalan exam masa ummi call tadi”. Datin Zahrah memandang sekilas ke arah menantunya, lantas tersenyum.

“Haaa...back to you young man. Ni, kenapa mengamuk tak tentu pasal ni? Pasal perempuan lagi?”. Pecah ketawa Zakri dan Fakrul di bilik kecemasan itu mendengar omelan Datin Zahrah. Luqman mennunjukkan penumbuknya yang berbalut ke arah kawan-kawannya.Suka ye!

“ Amboii..tangan dah berbalut pun ada hati nak belasah orang ye.Kalau kamu berdua nak tahu. Luqman ni kalau mengamuk teruk sangat mesti ada perempuan yang dia dah ‘syok’ buat hal. Bukannya ummi tak tahu. Macam masa belum masuk Utm dulu....”. Tak sempat Datin Zahrah menghabiskan ceritanya bila mulutnya di tutup dengan tangan Luqman. Fakrul dengan Zakri gelak lagi.

“ Tapi ummi, mamat ni mana ada ‘steady girlfriend’. Semuanya dia buat stok bulanan aje. Tapi tak tahulah kalau-kalau dia dah ada yang berkenan, tapi dia senyap sendiri. Sekali, ada pulak yang kacau daun. Itu yang habis tingkap rumah pecah tu.Frust punya pasal”. Sengaja Zakri menghangatkan suasana. Tak lama kemudian bantal hospital hinggap di mukanya. Luqman dah mula naik angin semula . Zakri ni, macam tau-tau aje!

Datin Zahrah senyum lagi. Sesekali dia menjeling ke arah Mya Zara yang hanya diam membisu di sudut hujung bilik itu.Mya Zara menantu yang baik, tak mungkin dia menduakan anak bujangnya itu!

##########################################################

Kereta Volswagen Polo berhenti di ruang parkir banglo itu. Enjin kereta di matikan.Mya Zara . Setelah kunci kereta di berinya pada Mak Yah, dia berjalan menuju ke arah keretanya.

“ Ehhh, Zara nak balik dah ke? Tak nak tidur sini dulu? Dah lewat dah ni?”. Tegur Datin Zahrah. Luqman hanya memandang tajam tanpa kata.

‘ Tak apalah ummi. Esok Zara ada kelas pagi. Takut tak sempat sampai nanti”. Datin Zahrah angguk tanda faham.Kalau diikutkan, jarak rumahnya ke UTM tidaklah jauh. Hanya 1 jam perjalanan. Baru dia berpaling hendak berkata sesuatu pada Luqman, Luqman sudah naik ke atas biliknya. Dia hanya mampu menggeleng perlahan.

“ Hati-hati ye sayang. Kalau ada apa-apa call ummi. Jangan bawa laju. Hari macam nak hujan saja ni”. Mya Zara merenung langit yang gelap. Sesekali ternampak cahaya kilat.A’ahlah. Nak hujan pula.

“ Baik ummi. Assalamualaikum”. Enjin kereta dihidupkan. Mya Zara menghalakan keretanya ke arah jalan Skudai. Keadaan jalan lenggang ketika itu. Jam di kereta sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Sesekali hatinya dipagut kerisauan. Janganlah kereta buat hal masa-masa begini.

Tidak sampai 5 minit, kereta Satria neo nya tiba-tiba terhenti betul-betul di hadapan bus stop berdekatan Plaza Angsana. Mya Zara menyumpah dalam hati. Tu kan Mya! Jangan di sebut-sebut. Kan ke dah jadi?

Berkali-kali dia cuba start enjin, tapi tidak berjaya. Sekilas dia memandang ke dashboard keretanya.Ahhhhhh!!! Macam manalah dia boleh lupa isi minyak sebelum ke rumah ummi tadi?

Tiba-tiba matanya menangkap lambang premis ‘Shell’ lebih kurang 1 km di hadapannya.Dia menarik nafas lega.Bolehlah dia berjalan saja pergi beli minyak. Baru saja dia mahu membuka pintu kereta, hujan turun selebat-lebatnya. Mya Zara mengeluh panjang. Payung pun tak ada dalam kereta ni!

Cepat-cepat dia mencapai telefonnya di dalam beg tangan. Jarinya laju mendail telefon rumah ummi.Connection error!Ahhhh...kenapa pula dengan telefon ni? Masa inilah dia nak buat hal juga.

Tidak lama kemudian, ada message masuk.

“ Your credit is insufficient to make a call”. Perfect! Mya Zara hanya mampu menjerit dalam hati. Lewat malam, minyak kereta habis, hari hujan, payang tak ada dan sekarang kredit habis!

Terasa ingin menangis, tapi di tahannya. Bertimpa-timpa masalah yang di terimanya malam ini. Tentu dia ada buat dosa besar. Ya..dosa pada Luqman! Mya Zara mengeluh lagi.

Tidak lama kemudian. Cermin pintu keretanya diketuk perlahan. Mya Zara sedikit menjerit. Tapi bila seakan dikenali wajah di luar yang sedang berpayung,pintu kereta di bukanya sedikit.

“ Kenapa Zara? Kereta rosak ke?”.

“ Is buat apa kat sini?”.

“ Is dari rumah kawan. Kebetulan lalu sini, nampak kereta Zara kat tepi jalan. Meh, Is hantar balik”.

“ Ehhh..tak apa. Kereta saya tak ada minyak aje. Kalau Is nak tolong, saya cuma nak mintak tolong Is tolong belikan minyak.Tak jauh, depan itu aje”.

“ Zara, hari dah lewat ni. Hujan lebat pula tu. Kita tinggalkan saja kereta Zara kat sini. Esok, saya temankan Zara datang sini semula ye”. Bersungguh-sungguh Iskandar mengajaknya. Jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Tanpa fikir panjang, Mya Zara mencapai beg tangannya lalu mengikuti Iskandar kea rah keretanya.

##########################################################

Luqman Hakim merenung kosong kea rah televisyen di hadapannya. Bosan. Setakat tangan saja luka, mc nya sampai seminggu. Mengarutlah doctor ni!Penumbuk kanannya di renung kosong. Dia tentu dah hilang akal. Kenapalah sebab perempuan macam tu, dia mengamuk tak tentu pasal?Satu sen pun tak untung! Sakit pula yang dia dapat.Luqman mengeluh panjang.

Dia memandang ke sekeliling. Kosong. Ummi dengan Pak Mat dah ke pasar. Mak Yah pula basuh baju di belakang. Memang bosan. Rumah besar, tapi tak ada orang.Kak Long di Kuala Lumpur. Abang Ngah? Huhhh...hilang!

Sedang sibuk dia membebel sendirian, tiba-tiba telefon bimbitnya di atas meja berbunyi. Zakri. Apa lagi agaknya mamat ni nak? Tiap-tiap hari call. Macam tak ada kerja lain. Mentang-mentanglah dia pakai Hot Ticket. Boleh call ikut minit.Kelmarin call, sebab nak bagitau Shila carik sampai ke rumah sewa mereka. Semalam call, kata Adam pinjam kereta bawa Hawa pergi dating.Hari ini apa pula agaknya yang nak disampaikan?

“ Haaa..ada apa?”. Sapa Luqman malas-malas.

“ Hot news beb!!”. Suara Zakri di hujung corong telefon kedengaran macam teruja sangat nak bercerita. Tak lain, pasal awek la tu.

“ News apa nya? Aku baru tengok berita tengahari, tak ada apa pun yang menarik. Tak habis-habis pasal accident ada lah”.

“ Hahaha...ni bukan lagi accident. Memang dah ‘goal’..kantoi terang dah!”. Sengaja Zakri menghangatkan cerita. Luqman mencebik.Poyo betul mamat ni. Entah-entah ‘gebang’ aje lebih..

“ Amenda ni? Cakap aje la.”.

“ Sedara kau, cik Mya! Pagi tadi, dia datang fakulti naik Starex Dr.Is kot!!”.

Suara Zakri seakan kedengaran tenggelam timbul di gegendang telinganya.Yang kedengaaran hanya bunyi, telefon Nokia E series, yang pecah berderai dek kerana dibaling ke dinding.

4 comments:

blinkalltheday said...

pesal menyebok sgt watak si is??x suke laa..

Wild Cherry said...

pergh!! luqman da mengamuk... barannya dia...

Salmah Hanim said...

dlm benci... hati dh terjentik.... hahahahaaa... tp... Luqman jgn terus rasa bersalah klau hati dh tertarik pd isteri sendiri... hak dia... tanggungjawab dia... sudah x ada istilah sapa rampas sapa... klau Allah dh jodohkan... Zara bkn milik Nuqman....

AIFA BATRISYA said...

blikalltheday : is mengejar cinta di taman larangan..hehehe..sian dia, dia tak tahu apa-apa..katuh cinta pd org yg salah :-)

wild cherry : beza luqman n nuqman.nuqman seorang yg tenang..luqman panas baran.

salmah hanim:tqvm kak for the comment..hehehe...yup..betul3...jodoh di tangan Tuham, tak siapa boleh sangka

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon