Followers

Tuesday, November 1, 2011

BAB 5

“ Wehhh Akim. Bila kau balik ni? Tak nampak pun kau kat rumah pagi tadi ‘ Tegur Fakrul sedang Luqman Hakim berselera makan pisang goreng cicah kuah kicap pedas.

‘ Aku pergi kelas dari rumah ummi aku.Tak masuk rumah pun lagi ‘.balas Luqman malas-malas.

‘ Akim, Fakrul kata cik Mya tu sedara kau ye. Sampai hati kau kan, buat tak kenal saja dengan dia...dah dekat dua bulan pulak tu dia mengajar kita. Ke , kau ada hati dekat sedara kau tu ! Almaklumlah, Heliza AF to be. Comey kot ! ‘. Zakri yang entah dari mana tiba-tiba duduk di sebelah Luqman lalu mencopet pisang goreng di pinggannya. Luqman menjeling sekilas ke arah Fakrul yang tersengih-sengih.Sejak bila entah, Fakrul jadi ‘kepochi’ ni ?

‘Alah...relekslah Akim. Takkan tu pun nak marah kot.Apa salahnya berkongsi maklumat sekali-sekala. Emmm...Akim, kasi lah nombor telefon Cik Mya kat aku ‘. Muka Fakrul penuh pengharapan. Luqman Hakim mendengus kasar. Nak bagi apa nya sedangkan dia sendiri tak ada nombor telefon perempuan itu.

‘ Kau nak buat apa nombor dia ? Nak message, berkenalan ? Lupakan. Mana ada tutor bercinta dengan student sendiri ‘.

‘ Haaa....kalau tak ada.Biarlah aku jadi yang pertama..bolehlah Akim. Kau ni kedekut sedara lah’. Zakri gelak besar. Kali pertama dia dengar terma kedekut sedara.Tangannya makin ligat mengambil goreng pisang di pinggan walau berapa kali di tepis tangan Luqman Hakim.Tiba-tiba, dia ternampak kelibat dua orang yang baru sahaja memasuki kafetaria N24 itu.

‘Haaa..Fakrul. Cepat tarik nafas dan bersabar.Melepaslah kau. Cik Mya, dah ada yang dah sambar’. Balas Zakri sambil muncung mulutnya menunjuk arah. Dari jauh , kelihatan tutor mereka sedang berjalan seiringan dengan Dr.Iskandar,pensyarah muda fakulti mereka yang mengajar subjek Bendalir Mekanik.Tajam mata Luqman memandang pasangan itu. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. Kunyahan mulatnya terhenti seketika. Hamboi ! Baru dua bulan dekat sini, dah dapat sorang !

‘ Tu lah kau Akim. Lambat bagitahu aku, kan ke Dr.Is dah mulakan langkah dulu. Mesti Cik Mya sangkut lah dengan Dr.Is. Dia tu anak orang kaya kot. Datang Fakulti pun naik Starex.Hensem, pandai pulak tu. Muda-muda dah ada PHD ‘. Makin laju jantungnya berdegup taktala mendengar celoteh Fakrul.Uhhhh...kenapa ni ?

‘Yang kau puji makhluk tu lebih-lebih, apesal ? Kau yakin ke Cik Mya tu suka kat dia ? Entah-entah diaorang bincang pasal kerja aje ‘, Balas Luqman Hakim bersahaja. Jantungnya mulai turun rentak. Terasa lega sedikit bila diri sendiri berkata begitu.

‘ Beb..hal kerja dekat opis ye. Di sini, kafetaria. Tempat minum, libur-libur gitu. Tempat dating, tempat ‘usha’ awek dan sewaktu dengannya.Ahhhh..sakitnya hatiku. Kekasihku di rampas orang ‘.Perli Zakri sambil gelak besar mentertawakan Fakrul yang sejak dari dulu menunjukkan minat pada tutor baru mereka itu. Fakrul buat muka toya.Luqman pula terasa sakit hati mendengar telahan Zakri .Seketika dia menangkap kehadiran dua orang junior baru mereka di kafetaria itu.

‘Hey, you. Haaa...iyelah.Awaklah, siapa lagi ‘. Dua orang student perempuan berperwatakan menarik menghampiri meja mereka setelah di sapa Luqman.

‘ Abang Akim panggil kami ye?Emmm..ada apa abang?”.Student yang berambut ikal mayang, berpakaian blouse pink berseluar jeans bertanya. Kawannya di sebelah, yang hanya berambut pendek paras bahu pula hanya tersenyum manis. Bangga sangat agaknya dipanggil senior paling terkenal di Fakulti mereka.

‘ Free tak malam ni? Jom lepak City Square nak? Abang belanja”. Balas Luqman. Sempat lagi dia memandang kea rah Mya Zara yang hanya dua meja jarak dari meja mereka. Mya Zara kelihatan bersahaja, berborak dengan Dr.Iskandar.

‘Ehhh..boleh. Tapi kami tak ada transport la abg Hakim”.

“ Don’t worry. Nanti abang dengan Abang Zack ambil. Nanti sms abang alamat okey?”. Balas Luqman hakim sambil menghulurkan kad pengenalan dirinya yang berisi nombor telefon. Kad itu memang sentiasa ada di kocek seluarnya.Apa tidaknya, itulah ‘modal’nya nak pikat perempuan. Zakri di sebelahnya pula hanya tersengih-sengih manakala Fakrul hanya menggeleng kepala.

Usai dua orang student perempuan itu berlalu, Zakri terusan tersengih sambil menepuk-nepuk bahu Luqman Hakim.

“ Aku memang tabik ‘spring’ la dengan kau ni Akim. Kau panggil perempuan cam tu je, terus boleh ajak keluar. Perghhhh!!! Cayalah”. Fakrul mengeluh panjang dan menggelengkan kepalanya sekali lagi. Wajah Luqman Hakim, teman rapatnya sejak tahun pertama di UTM di renungnya. Memang Luqman Hakim cukup pakejnya. Hidung terletak, kulit cerah,matanya sedikit sepet.Rambut, tegak-tegak, sengaja di letakkan ‘gel’ rambut. Baru ‘kasanova’ katanya. Tinggi lampai orangnya dan tegap. Kaya, tapi tak pernah kedekut. Pandai pula tu,hampir setiap semester dalam list anugerah dekan. Perempuan mana yang tak jatuh hati dengan dia?

Cuma satu sahaja sikap Luqman Hakim yang amat dia kesali.Kaki perempuan dan suka ambil remeh tentang agama. Jarang sekali dia nampak Luqman solat dan walau berkali dia mengajak ,setiap kali Luqman akan mengelak.

Luqman Hakim hanya tersenyum bangga mendengar pujian Zakri. Bangga dan gembira. Pada mulanya,dia sengaja bertukar-tukar perempuan dek kerana dendam lamanya. Tapi tidak lama kemudian, ia nya jadi satu hobi pula.Dia lebih senang begitu. Tiada komitmen, tak perlu pening kepala.

Sesekali dia menjeling lagi ke meja hadapannya. Kosong. Sejak bila entah mereka beredar, dia pun tak sedar.Mungkin masa dia sibuk meng’ayat’ budak-budak perempuan itu tadi.

“ Dah lah.Jom balik, malam nanti nak keluar lagi kan. Haaa...Fakrul, kau naik dengan aku tak?”. Fakrul menggeleng perlahan, lalu menunjukkan helmet motornya. Luqman Hakim berlalu dengan Zakri kea rah parkir lot diikuti dengan Fakrul.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“ Zara, kau tak payahlah susah-susah masak. Aku dah makanlah. Buat air jus oren sudahlah”. Farisya tersengih, menampakkan gigi taringnya. Mya Zara menjelir lidah. Jus oren ye! Ingat ni kedai makan ke?

“ Jus oren tak ada. Oren sunquick ada”. Dua gelas air oren diletakkan di atas meja. Mya Zara mengambil tempat di hadapan Farisya,teman rapatnya semasa di kampus UM dahulu.

“ Housemate kau pergi mana?”. Terjenguk-jenguk Farisya ke behagian belakang rumah itu.

“ Orang ada tunang duduk dekat, apa lagi. Dating lah !’.Mya Zara senyum.

‘ Habis kau tu, ada suami dekat..buat apa duduk rumah bujang ni ? ‘. Terasa berat Mya Zara nak telan air oren sunquik di dalam mulutnya dengan sindiran tajam Farisya.

‘ Kau ni, cakap perlahan la sikit Sya. Kalau di buatnya House mate aku balik, macam mana ‘. Farisya berhenti meneguk air orennya. Buntang matanya memandang Mya Zara.

‘ Zara !! Dia tak tau ke kau dah kahwin ? ‘. Mya Zara menggeleng perlahan.

‘ Pihak Universiti?”. Mya Zara menggeleng lagi.

“ Masa aku apply kerja kat sini, aku belum kahwin lagi dengan Nuqman”.

“ Pembetulan, Luqman okey. Bukan Nuqman”. Serius suara Farisya berkata-kata. Mya Zara mengeluh perlahan.

“ Oittt..mengelamun. Teringat Nuqman la tu! Ehhh Zara. Aku tak fahamlah dengan kau ni. Kenapa kau tak mintak cerai aje dengan Luqman tu. Lagipun, kau dah tahu dia tu bukan Nuqman. Masa akad nikah, kau tak dengar ke nama siapa yang tok kadi sebut ? Family kau, family Luqman , takkan tak perasan kot ! ‘.Berderet-deret soalan dari Farisya mengasak ke telinganya. Selama ini, dia hanya mampu mengadu pada Farisya melalui telefon sahaja. Kebetulan, Farisya baru sahaja di pindahkan kerja di Johor Bharu bulan ini. Inilah kali pertama mereka bertemu sejak dia kahwin.

“ Sya, Nuqman tak pernah cerita pada aku dia ada kembar seiras. Dekat rumah dia pun, tak ada gambar mereka berdua. Jadi, aku ingatkan semua gambar tu gambar Nuqman. Ummi pun sebelum ini tak pernah bercerita apa-apa pada aku. Luqman dan Nuqman.Kalau kita dengar pun, boleh keliru kan? Samalah aku waktu akad nikah tu Sya. Kalau Luqman tak bagitahu hal sebenar, sumpah sampai sekarang pun aku tak tahu. Awalnya, hanya Kak Long yang tahu hal ini sebab dia yang cadangkan supaya Luqman ganti tempat Nuqman. Kemudian ummi dan abah, lepas kami kahwin. Tapi , abah tak boleh terima berita tu dan abah pun ‘pergi’ tak lama lepas tu”.Farisya mendengar penuh minat dan kemudian mengeluh panjang.

“ Aku bengang betul dengan Nuqman tu. Hari tu, beria-ia benar ajak kau kahwin. Padahal masa tu, dia tengah belajar lagi. Tapi.....hisyhh...”. Farisya tak dapat meneruskan apa yang hendak di cakap kan nya bila mata Mya Zara mula merah dan berkaca-kaca.

“ Aku pun tak faham Sya kenapa Nuqman sanggup buat macam ni pada aku. Luqman pula jadi mangsa. Sebab itu, aku tak marah kalau dia benci aku pun”. Mya Zara tunduk memandang meja.

“ Kenapa kau tak mintak cerai aje Zara? Buat apa kau teruskan, kau pun dah tahu hal sebenar kan?”.

“ Aku kesiankan ummi. Dia dah cukup malu,bila saudara mara yang lain dapat tahu pasal hal ini. Mama dan papa aku pula, langsung tak tahu apa-apa lagi. Mereka ingatkan, aku bahagia kahwin dengan pilihan aku sendiri, Nuqman”.

Farisya mengeluh lagi. Air oren diteguk perlahan. Kasihan pula dia pada Mya Zara. Sesekali terdetik di hatinya tentang kelogikan cerita hidup Mya Zara. Macam mana lah, lelaki macam Luqman Hakim boleh bersetuju idea kahwin ‘ganti’ macam ini?

“ Kau tahu kat mana Nuqman sekarang?”. Mya Zara menggeleng lemah.

“ Sesiapa pun tak tahu dia kat mana Sya. Apa dia buat, kenapa dia pergi. Siapa pun tak tahu”. Mya Zara mulai sebak. Bila-bila masa sahaja takungan air mata dia boleh pecah.

“Habis tu, kalau tiba-tiba dia balik nanti, macam mana?Luqman nak pulangkan semula kau pada abang dia?”.Pertanyaan terakhir Farisya di sambut dengan aliran air mata Mya Zara yang mulanya perlahan, kemudian semakin deras. Buat kali pertama sejak dia kahwin, dia menangis semahu-mahunya di bahu Farisya.Sesungguhnya, dia tiada jawapan untuk soalan terakhir Farisya itu.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Mata Mya Zara menjeling ke arah telefon bimbitnya yang asyik bergetar sejak dari tadi di atas meja. Dia masih kusyuk menulis soalan tutorial di atas papan putih.Bunyi getaran berhenti. Tak lama kemudian, ia berbunyi lagi. Mya Zara mengeluh perlahan.

“ Cik Mya, Cik angkatlah dulu call tu. Dari tadi dok bising aje, tak dapat kami nak focus salin soalan. Boyfriend Cik Mya call kot!Angkat je, kami pura-pura tak dengar”. Tiba-tiba satu suara menegur dari belakang kelas. Mya Zara menoleh. Zakri. Memang tabiatnya mengusik. Mya Zara tersenyum, tapi tak lama bila matanya bertembungdengan mata Luqman Hakim yang tajam memandangnya.

“ Pandailah awak ni Zack. Mana awak tahu, boyfriend saya call?”. Sengaja Mya Zara melayan kerenah Zakri.Zakri hanya tersengih.

“ Luqman yang bagitahu. Dia kata, Cik Mya ada boyfriend. Dr,Iskandar kan?”. Riuh dan gamat tiba-tiba kelas itu bila mendengar pengakuan Zakri. Mya Zara pula hanya tersenyum lalu menggeleng kepala. Lantas telefon bimbitnya di atas meja dicapai.Eh, betullah. Iskandar!

“ Betullah tekaan awak Zack. Kejap ye, saya angkat call dari Dr.Is”. Mya Zara keluar dari kelas itu untuk menjawab panggilan Iskandar. Makin gamat kelas tutorial itu dibuatnya mendengar pengakuan tutor mereka.. Masing-masing sibuk memperkatakan gossip baru tentang tutor mereka dengan pensyarah muda fakulti mereka itu. Ramai yang bersetuju mengatakan mereka berdua sepadan.

Luqman Hakim pula hanya mendengar dengan penuh rasa meluat. Entah apa yang padannya mereka berdua, dia pun tidak tahu. Zakri di sebelahnya pula, rasa mahu di sekehnya. Pandai-pandai saja dia mengaitkan dirinya dengan gossip Mya Zara. Sesekali hatinya rasa sakit dengan berita itu.Cemburu?Ahh.. Tak mungkin!

Tidak lama kemudian, Mya Zara masuk semula ke bilik tutorial itu. Kelas senyap seketika.

“ Cik Mya, betul ke Dr. Is tu boyfriend Cik Mya?”. Dalila yang memang suka duduk di barisan paling depan kelas tiba-tiba bertanya. Mya Zara hanya senyum.

“ Kenapa Dalila? Awak pun percaya ke gossip Zakri tu?”. Dalila sengih, lantas menoleh ke belakang kelas. Zakri di belakang membuat memek muka seakan-akan menyuruh Dalila mempercayai kata-katanya.

“ Kalau betul pun, apa salahnya. Memang padan pun!”. Sekali lagi kelas itu gamat dengan suara mereka. Ada yang bersiul, ada yang menyanyi lagu ‘selamat pengantin baru’ dan ada juga yang membuat bunyi kompang kahwin.Mya Zara cuba menenangkan mereka, tapi tak berjaya. Ramai juga yang mengucapkan tahniah pada dirinya.

Luqman Hakim terasa punggugnya panas untuk terus berada di situ.Lebih-lebih lagi, melihatkan tingkah Mya Zara yang seakan-seakan suka keadaan itu. Setelah dia mengemas buku-bukunya, dia bangun.

“ Beb, aku keluar dululah. Pening kepala bising-bising macam ni. Jumpa tempat biasa”. Bahu Zakri di tepuknya perlahan.Luqman Hakim berlalu keluar ikut pintu belakang, tapi sempat ditangkap oleh mata Mya Zara. Sesekali terdetik di hatinya, menyesali tindakannya melayan gossip Zakri.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“ Luqman”.

Langkah Luqman Hakim terberhenti bila namanya dipanggil sewaktu dia melewati pejabat am pagi itu. Tanpa perlu menoleh, dia boleh agak siapa orangnya.

“ Ada apa?”. Luqman masih kaku. Sedikit pun dia tidak berpaling kea rah Mya Zara di belakangnya.

“ Tentang petang semalam, saya mintak maaf. Saya dengan Dr. Is, tak ada apa-apa”.

“ Ada aku kisah, kau nak berkawan dengan sesiapa? Suka hati kau lah. Kau dengan hidup kau, aku dengan hidup aku”. Keras suara Luqman kali ini. Mya Zara telan air liur. Luqman marah!

“ Tapi, awak patut tahu hal sebenar. Awak kan…”.

“ Zara, awak dah siapkan jadual gotong-royong minggu depan?”. Kali ini Luqman Hakim berpaling. Dia mendengus kasar. Zara?Kenapa bukan Cik Mya? Haahh…sudah terang, lagi bersuluh!

“ Cik Mya , nanti saya hantar soalan tutorial di bilik Cik ye. Saya pergi dulu Cik Mya, Dr. Is”. Luqman Hakim berlalu dengan 1001 rasa bercampur aduk. Iskandar pula hanya menghantar pemergian Luqman dengan ekor mata.Bukan dia tidak kenal dengan Luqman Hakim yang terkenal dengan kenakalan dan perangai ‘kasanova’ nya.

“ Zara, budak tu ada timbulkan masalah dalam kelas awak ke? “. Mya Zara yang sedang asyik memandang Luqman Hakim tersedar bila ditegur Iskandar.

“ Emmm..tak ada. Dia okey. Emmm...tentang tadi tu kan, apa kata kita bincang di bilik saya. Saya ada beberapa perkara yang tak faham tentang program gotong royong ni..Harap-harap, Is dapat terangkan”.Cepat-cepat Mya Zara mengubah topik. Tidak mahu hal tentang Luqman di panjang-panjangkan.

“ Sure. For you, anything”balas Iskandar lalu tersenyum penuh makna. Mereka mengatur langkah ke bilik Mya Zara di bangunan sebelah tanpa mereka sedari, ada mata yang masih mengawasi.

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon