Followers

Tuesday, November 1, 2011

BAB 4

Luqman Hakim mengenyeh-ngeyeh matanya yang sedikit bengkak. Sesekali dia teringat peristiwa malam tadi.Bagaimana marah dan sedihnya dia melihat perkhabaran dari surat khabar semalam dan kemudian tindakannya memeluk Mya Zara di luar sedar. Tiba-tiba hatinya jadi marah pada diri sendiri. Marah dengan tindakan dan perilakunya pada Mya Zara.Sudah tentu Mya Zara fikirkan yang dia sengaja mengambil kesempatan.Ahhhh.....

“ Assalamualaikum, selamat pagi”. Luqman menjeling sedikit ke arah datang suara.Mya Zara sudah siap sedia di hadapan pintu, datang dengan dulang berisi hidangan sarapan pagi.

“ Haa...pagi”. Garau suara Luqman menjawab.Dibo di dalam pelukannya di letakkan ke sisi.

“ Awak tau, saya terpaksa bohong ummi. Saya cakap, awak sakit mata. So, awak tak boleh join mereka sarapan. Okey tak idea saya tu?”. Mya Zara tersengih sedikit sambil meletakkan dulang di meja sisi katil.

“ Idea bodoh”. Sengihan Mya Zara mati tiba-tiba lantas dia berpaling kea rah Luqman yang sejak tadi memandang tajam ke arahnya.

“ Saya tolong awak, awak kata saya bodoh?”, Entah kenapa, Mya Zara naik hantu pagi ini. Sudahlah sakit badannya tidur semalaman atas carpet sahaja. Sudah ditolongnya, di kata bodoh pula. Ini sudah lebih.

“ Aku bukan kata kau yang bodoh. Idea kau!”. Bersahaja Luqman Hakim membalas pertanyaan Mya Zara.Tangannya laju mengacau air milo yang masih berasap itu.

“ Samalah tu!” balas Mya Zara. Geram. Bibirnya diketap rapat.Matanya pula membulat melihat tingkah Luqman yang selamba itu. Cakap macam tak ada perasaan lah dia ni!

Luqman pula hanya mencebik. Tak kan itu pun nak terasa kot!

“ Ha…ni sampai bila kau nak menyemak dalam bilik aku ni? Lemaslah aku, ada unggas-unggas dalam bilik. Nak ‘Shiledtox’, takut dengan aku sekali padam”. Kesabaran Mya Zara makin menipis dengan sikap Luqman Hakim. Penumbuknya digenggam kuat.Dia kata aku unggas!! Mya Zara membebel dalam hati.

“ Petang ni, papa dengan mama balik”.Jawapan Mya disambut dengan helaan nafas lega dari Luqman Hakim. Baguslah! Tonight, this room is mine!

“ Awak tak nak cerita pada saya, tentang hal malam tadi?”. Tanya Mya zara walaupun berkali-kali dia bertanya sendiri relevean atau tidak soalannya itu. Namun hatinya nekad untuk bertanya. Apa pun impak disebalik soalannya itu, dia sudah pun bersedia.

Hirupan air milo panas terhenti. Perlahan-lahan Luqman Hakim letak semula gelas ke dalam dulang. Hati Mya Zara berdegup kencang.Dia mengeluh panjang. Tu kan Mya....sarang lebah jangan di kacau!

“ Kenapa? Seronok kena peluk?”.tanya Luqman Hakim.Serius.

“Haaa?”. Terbeliak mata Mya Zara mendengar soalan Luqman.Bukan itu jawapan yang dijangka dari Luqman.

Luqman lantas bangun dari katil dan berjalan perlahan menuju ke arahnya.

“ Aku tanya, seronok ke? Nak aku peluk lagi? Meh sini!”.

“ Tak nak!”. Mencicit Mya Zara lari keluar dari bilik itu diikuti gelak besar Luqman Hakim yang berpanjangan. Peluk aje kot! Bukan buat apa pun...omel Luqman , lalu terus tersenyum sendiri.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Suasana di Pasaraya UO dalam Plaza Angsana agak lengang petang itu. Almaklum, tengah-tengah bulan seperti ini kebanyakannya orang lebih memilih duduk di rumah berbanding keluar membeli-belah. Tapi bagi ummi, pendapatnya berbeza. Awal bulan ke, tengah bulan ke, setiap hari mesti keluar beli barang basah dan petang itu, selepas mama dan papa Mya Zara pulang Luqman dan Mya jadi mangsa untuk keluar membeli barang.

“ Eh, kau tak panas ke asyik berjubah aje? Dekat dalam rumah pakai jubah, keluar rumah pakai jubah. Tak kan lah gaji tutor tak cukup buat beli baju lain kot!”. Mya Zara menjeling tajam kea ah Luqman disisinya. Sudahlah berlagak macam bos, Cuma mengarah itu, ini. Troli barang pun, dia yang tolak.Lelaki itu hanya berjalan sambil berpeluk tubuh dan sekarang, mengutuk penampilan dia pula?

“ Saya suka. Ringkas”. Luqman mencebik.Ringkas la sangat!

“ Ringkas ke..pemalas nak gosok baju? Dah macam kumpulan nasyid aje”.Terjegil mata bulat Mya Zara memandang Luqman. Nasyid?Tak sayang mulut betul dia ni la.

“ Takpelah. Yang penting menutup aurat”.Singkat sahaja balasan dari Mya. Dia malas hendak memanjangkan cerita. Bukan dia tidak tahu, ‘taste’ Luqman semuanya yang ‘tak cukup kain’. Jadi, tidak mustahil dia jelak dengan penampilan dirinya.

“ A’ah…yelah tu. Jaga aurat tak bertempat. Dalam bilik, dengan suami sendiri pun berjubah bagai ‘. Langkah Mya Zara terhenti seketika.Sekilas dia menoleh ke arah Luqman Hakim yang berlagak biasa. Sedar ke tidak dia, apa yang di katakannya tadi.

“ Aurat saya, hanya untuk suami saya yang benar-benar anggap saya isterinya”.Kedengaran biasa tapi berbisa di telinga Luqman Hakim. Sesekali dia tersedar dengan jawapannya tadi. Ah Luqman! Kau bukan dia! Kau hanya pengganti angah. Jangan lupa!

“ Tak kiralah. Lepas ni, kalau keluar dengan aku tolong pakai baju lain.Sakit mata aku tengok baju labuh-labuh ni”. Lepas ini? Perlu lagi kah dia keluar dengan lelaki ini slepas ini?

“ Assalamualaikum.Luqman kan?”. Tiba-tiba ada suara menyapa di balik kekalutan isu penampilan Mya Zara tadi. Mya Zara berpaling ke arah datang suara. Seorang perempuan cantik berjubah moden,bertudung ala-ala Yuna berdiri di hadapan mereka. Persis seorang model muslimah di majalah lagaknya.Di sebelahnya pula seorang lelaki tampan berpakaian kasual sedang memegang erat tangan perempuan itu. Mya Zara dapat lihat inai yang masih merah menyala di jari pasangan itu. Baru kahwin agaknya, Mya Zara hanya meneka sendiri.

Sedang Mya Zara ralit memerhati pasangan itu, tak semena-mena pinggangnya di tarik rapat satu tangan. Laju Mya Zara berpaling ke arah Luqman Hakim yang nampak bersahaja.Lakonan apa pula kali ini?

“ Waalaikumsalam”. Pendek sahaja jawapan dari Luqman. Wajahnya serius, seakan tidak menyenangi pasangan di hadapan mereka.

“ Ini, isteri you ye Luqman ? Wahhh..cantiknya.Pandai you pilih ye. Natural beauty. Assalamualaikum, nama I Sofea Az-Zahra.I kawan lama Luqman. Perkenalkan, ini suami I….”.

“ Irfan Dato Arshad” Luqman Hakim menyambung sebelum sempat Sofea memperkenalkan suaminya.Sofea Az-Zahra tersenyum.

“ Ehhh…you kenal Irfan ye Luqman?”.

“ Siapa tak kenal pewaris tunggal Arshad Holding. Anyway, congratulations for your wedding. Semalam majlisnya kan?”.

“ Thank you Luqman. Yup, semalam. Tu lah, hari ini kami datang sini nak tengok baju untuk wedding sebelah pihak Irfan pula.Anyway, bila ye you kahwin? Tak dengar apa-apa pun, tiba-tiba you dah ada isteri. Yang I dengar-dengar dari kawan-kawan, Nuqman yang dah kahwin kan? “. Bergetar hati Mya Zara bila mendengar nama Nuqman disebut.Seketika hatinya rasa marah bila teringatkan nama itu

“ Silap info kot. I yang kahwin, bukan Nuqman. Well, memanglah you tak dengar pasal wedding I. I bukan model macam you. Bila kahwin, keluar di suratkhabar ”.Balas Luqman dalam nada menyindir. Mya Zara yang tidak tahu apa-apa hanya tersenyum sendiri bila sangkaannya tentang Sofea Az-Zahra tadi benar. Dia memang model muslimah.Patutlah wajahnya seakan biasa saja dia nampak.

“ Maybe silap info. Kadang-kadang I pun keliru antara you dengan Nuqman. Hampir sama! Tapi of course, you lagi garang dari Nuqman kan? Bersabarlah ye....emmm...sapa nama isteri you Luqman?”.

“ Saya Mya Zara”. Akhirnya Mya Zara berpeluang memperkenalkan dirinya. Dia bersalaman dengan Sofea dan hanya tunduk sedikit sebagai tanda hormat kepada suami Sofea.

“ Okeylah Irfan, Sofea. We’ve got to go. Ummi menunggu di rumah. Jumpa lagi”. Pelukan di pinggang Mya Zara dilepaskan. Selepas bersalaman dengan Irfan yang sejak tadi hanya diam tanpa suara, Luqman Hakim menolak troli laju kea rah lot parkir sambil Mya Zara terkedek-kedek mengejar dari belakang.

Di dalam kereta, keadaan tegang. Suasana senyap sunyi. Mya Zara pula tak berani hendak membuka radio walaupun itu keretanya sendiri. Kali ini Luqman yang memandu. Laju sahaja dia menekan pedal minyak.

“ Cantik kan Sofea tu? Haaa...sapa kata perempuan pakai jubah tak cantik? Tu..model terdekat dah ada dah”. Mya Zara sengaja membuka topik setelah sekian lama mereka berdiam diri.Diam. Tiada sahutan mahupun reaksi dari Luqman Hakim.

“ Padan mereka berdua tu kan. Yang perempuan cantik, lelaki pula hensem. Nampak baik pula tu. Beruntung Irfan, dapat isteri cantik dan baik macam Sofea”.Mya Zara terusan mengomel tentang pasangan yang baru dikenalinya tadi.

“ Mana kau tau dia baik?Kau ingat, semua perempuan berjubah macam kau ni baik ? Dalaman lagi buruk dari perempuan GRO, kau tau tak ! ‘ tempelak Luqman tiba-tiba. Seketika dia menukar gear,dan menekan pedal minyak lebih laju.Meter minyak hampir mencecah 130km/jam.

Terdiam Mya Zara seketika. Kecut perut dia dibuatnya. Silap topik lagi dia kali ini nampaknya. Sekilas dia memandang muka Luqman yang serius memandang hadapan jalan.

“ Ssss..saya,saya cakap saja.Awak..awak janganlah marah”. Balas Mya Zara perlahan .

“ Lain kali, kalau tak tau nak cakap apa.Diam! Faham!Menyakitkan hati saja”. Suara Luqman masih tinggi seperti tadi. Kali ini , Mya Zara hanya diam menikus. Bimbang, ayat seterusnya keluar dari mulutnya makin membangkitkan kemarahan Luqman. Tapi, apa yang nak dimarahkan sangat sebenarnya??

+++++++++++++++++++++++++++

Usai enjin kereta dimatikan, Luqman Hakim terus keluar dari kereta dan meluru masuk ke rumah tanpa sebarang kata meniggalkan Mya Zara dalma keadaan terpinga-pinga.. Mak Yah dan Ummi yang setia menungu di gazebo di hadapan rumah hanya memandang tanpa kata. Faham sangat ,mereka dengan kelakuan Luqman. Mesti ada apa yang tak kena tu!

Mya Zara melangkah perlahan menuju ke arah gazebo. Dia mengambil tempat berhadapan ummi. Kehadirannya di sambut dengan senyuman manis ummi.

“ Penat shopping? Anak ummi tu kenapa? Angin semacam saja ummi tengok.”. Pertanyaan ummi hanya dibalas dengan senyuman oleh Mya Zara dan kemudian dia mengangkat bahu tanda tidak tahu.

“ Sabarlah ye Zara.Anak bongsu,macam tu lah. Angin saja. Emmm..Mak Yah, tolong angkat barang-barang yang budak-budak ni beli ye. Lepas Asar nanti, kita masak. Hari ini, Mya masak ye. Masak Nasi Ayam boleh? Dah lama ummi tak makan”.

“ Boleh ummi, tak ada masalah. Beres!!!”. Balas Mya Zara lantas tertawa. Mujurlah ada ummi dan Mak Yah. Kalo tidak, sudah lama dia lari dari rumah itu!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Mya Zara sedung kusyuk menyiapkan soalan tutorial untuk hari esok. Sepatutnya, dia sudah pun balik ke rumah sewa lepas maghrib tadi tapi Ummi memujuk agarnya menemaninya menonton teleprima malam itu.. Bosan katanya, hanya menonton berdua dengan Mak Yah. Bila memikirkan kelasnya esok bermula 11 pagi, dia hanya bersetuju tanpa fikir panjang. Tentang Luqman pula, dia tidak tahu. Sejak mereka pulang membeli belah petang tadi, dia belum nampak lagi batang hidung Luqman. Mungkin juga dia sudah pulang ke rumah sewa waktu dia sibuk menyiapkan hidangan makan malam. Perangai Luqman yang tidak boleh dijangka itu, tidak memustahilkan dia balik ke rumah sewa tanpa makan malam.

Tiba-tiba kedengaran pintu biliknya diketuk perlahan. Ummi agaknya. Sekilas dia menjeling jam di tangan. Sudah pukul 12 malam! Ummi belum habis tengok televisyen lagi ke?

“ Ada apa ummi?Ummi tak tidur lagi, dah lewat dah ni”. Pertanyaan Mya Zara dibalas dengan keluhan panjang Datin Zahrah. Seketika dia memandang ke arah Mak Yah di sebelah ummi yang sedang memegang dulang berisi hidangan malam tadi, nasi ayam.Tanpa sebarang kata dia dapat menangkap maksud ummi dan Mak Yah datang ke biliknya selewat itu.

“ Luqman tak turun makan ye ummi? Zara ingatkan, dia dah balik “.

“ Belum sayang. Dah banyak kali ummi ketuk pintu, tapi tak ada jawapan. Zara tolong ummi ye. Risau pula ummi, dari petang tadi tak keluar-keluar bilik.Bilik pula di kunci. Entah sakit,entah lapar.Tadi, masa Zara keluar dia ada cakap apa-apa tak?”. Mya Zara hanya menggeleng perlahan. Tak ada apa, Cuma...Sofea Az-Zahra saja.Tapi...

“ Zara tolong panggilkan Luqman ye”. Mya Zara mengeluh perlahan. Kalau panggilan ummi pun tidak di sahut, inikan pula panggilan dari dia. Sudahlah tu, dia yang sebenarnya yang menimbulkan kemarah Luqman petang tadi. Sudah tentu panggilannya nanti di balas dengan teriakan kemarahan.

“ Tolong ye Zara. Luqman jarang-jarang buat perangai macam ini. Dulu-dulu adalah, masa dia mula-mula masuk Universiti....itu pun sebab... Sss‘. Penjelasan Mak Yah berhenti begitu sahaja selepas Ummi berdehem kecil beberapa kali. Tiba-tiba semangat ingin tahu tentang lelaki itu meluap-luap.Sebab apa ? Sebab apa ye Mak Yah ? Kadang-kadang dia sendiri bingung dengan sikap Luqman. Banyak kali dia menunjuk kebenciannya pada Mya Zara, tapi akhir-akhir ini,sifat halus dan lembut hatinya semakin kelihatan. Padanya, Luqman Hakim bukanlah seteruk yang di sangka kannya sebelum ini.

‘ Zara cuba ye Ummi. Kejap, Zara ambil tudung ‘.

Usai dulang beralih tangan, Mak Yah turun ke bawah manakala Ummi pula langsung masuk ke dalam biliknya meninggalkan Mya Zara terpinga-pinga di hadapan bilik Luqman seorang diri. Macam-macam perasaan dan fikiran yang timbul dalam diri Mya Zara. Kalau dibuatnya,Luqman baling dulang pada dia macamana ye? Ahhhhh....

“ Assalamualaikum...Luqman. Zara ni. Boleh saya masuk?”.

Diam. Tiada sahutan. Perlahan-lahan tangan halus Mya Zara memusing tombol bilik itu...lantas pintu terbuka. Aikk...tak kunci pun bilik ni.

Tanpa tunggu lama, Mya Zara melangkah masuk kebilik itu. Seketika dia beristighfar dalam hati melihatkan keadaan bilik tersebut.Macam dilanda tsunami! Buku berselerakan di atas lantai manakala barang-barang di atas meja solek tunggang terbalik. Takkanlah sebab petang tadi nak mengamuk macam ni kot!

Perlahan-lahan dia meletakkan dulang di atas meja sisi katil.Punggungnya dihenyakkan di atas katil.Comforter yang menyelubungi tubuh Luqman di selak perlahan. Dia sedikit terperanjat bila melihatkan Luqman tidak tidur bahkan hanya memandangnya tanpa kata.Matanya kelihatan sedikit bengkak dengan air mata sedikit bersisa. Mya Zara mengeluh perlahan.Menangis lagi! Cengeng juga anak bongsu ni ye.

“ Kenapa ni Luqman? Awak tahu tak, ummi dengan Mak Yah risau awak tak keluar bilik sejak petang tadi, tak turun makan malam? Kalau awak ada masalah pun, janganlah sampai buat Ummi risau. Awak tau kan, Ummi tu tak boleh terlampau risau nanti tekanan darah dia naik”.

“ Kenapa kau datang lambat?”.

“ Apa dia?Lambat?”.tanya Mya Zara.Pelik dengan soalan Luqman.

“ Aku tunggu kau”.Berkerut dahi Mya mendengar jawapan Luqman. Tunggu? Seingatnya, dia tak ada berjanji hendak kemana-mana tadi.

“ Aku lapar”. Luqman sudah pun duduk bersila di atas katil di sisi Mya Zara. Dah tahu lapar, berkubang dalam comforter ni siapa suruh? Mya Zara hanya membebel dalam hati.

“ Ni, saya masak nasi ayam tadi. Awak makanlah. Saya ada kerja nak siapkan”. Mya Zara lantas bangun tapi terberhenti bila tangan Luqman menarik tangan kanannya.

“ Teman aku makan”. Buat kali pertama mata Mya Zara bertentangan dengan Luqman. Satu perasaan lain terdetik dalam hati Luqman tiba-tiba. Seketika dia teringat kata-kata Fakrul.Waktu itu juga, dia sedar kebenaran kata-kata Fakrul tentang Mya Zara. Memang mata dia cantik!

“ Tolong, teman aku makan” ujar Luqman sekali lagi bila melihat tiada reaksi dari Mya Zara. Perlahan-lahan Mya duduk semula di atas katil. Sudu diambil, lantas sup dari mangkuk di cedok dan di tuang ke atas nasi. Kemudian, pinggan duhulur pada Luqman.Luqman menyambut tanpa kata, lalu makan hingga tiada sisa.

“ Lain kali, jangan buat ummi risau. Kesian ummi ‘. Sempat lagi Mya Zara berpesan sebelum keluar dari bilik itu sambil menatang dulang.

‘ Kau tak risau ? ‘. Terhenti seketika langkah Mya Zara mendengar soalan dari Luqman. Perlukah dia serisau itu , sedangkan hubungan mereka berdua hanya atas kertas? Dia sendiri tidak mahu memupuk perasaan pada Luqman. Bagaimana nanti kalau Nuqman balik?

Mya Zara terus melangkah tanpa kata menuju ke tingkat bawah rumah meninggalkan Luqman dengan soalannya tidak berjawab. Kemudiannya , dia menyambung semula kerjanya yang tertunda setelah mendapat ‘kerja tambahan’ dari Ummi tadi.

Jam kinisudah menunjukkan hampir pukul 2 pagi dan Mya Zara masih bersengkang mata menyiapkan soalan terakhir untuk kelas tutorialnya esok. Sesekali dia menutup mulutnya yang sudah entah berapa kali menguap. Matanya sudah tidak tertahan lagi untuk tidur, tapi di gagahkan nya juga untuk menaip soalan terakhir itu.

Tapi sekali lagi, kerjanya diganggu bila daun pintu biliknya diketuk.Fikirnya, mungkin ummi datang untuk bertanyakan hal Luqman tadi.Cepat-cepat dia kea rah pintu lalu membukanya.

“Luqman!”. Mya Zara terjerit kecil bila melihatkan orang yang disangkanya Ummi adalah Luqman. Menyedari, rambutnya terdedah tidak bertudung cepat-cepat pintu mahu ditutupnya semula tapi sempat di tahan oleh tangan Luqman.Pintu biliknya kini sudah terbuka luas.

“ Boleh aku tidur sini?”. Terbeliak mata Mya Zara yang tadinya mengantuk mendengarkan pertanyaan Luqman. Puas dia merenung wajah Luqman cuba memahamkan keadaan ketika itu. Luqman ni, bergurau atau mengigau agaknya?Biliknya sebesar itu. Kenapa datang ke bilik tetamu pula?Air cond pun tiada.

“ Aku nak tidur sini”. Bukan lagi soalan, tapi pemberitahuan dari Luqman pada Mya Zara. Tanpa mengendahkan Mya Zara yang hanya berdiri tegak di hadapan pintu bilik, Luqman melangkah ke arah katil milik Mya lalu menghenyakkan punggungnya ke atas tilam. Mya pula masih terkebil-kebil melihat perilaku Luqman.Rasa marah dan geram bercampur aduk. Tadi suruh teman dia makan, lepas ni apa pula?

“ Zara..tolong..temankan aku tidur malam ni”.Terkesima Mya Zara seketika. Ini sudah lebih ni. Jangan pula Luqman samakan dirinya dengan ‘perempuan’ dalam listnya itu!

Dia bukannya perempuan murahan!Meluap-luap kemarahan Mya Zara hingga terlupa keadaan dirinya yang tidak bertudung di hadapan Luqman.

“ Tolong aku Zara, hati aku rasa sakit sangat. Tolong teman aku ‘. Belum sempat Mya Zara bertempik menyuruh Luqman keluar,hatinya jatuh kasihan melihat mata Luqman yang berkaca dan suaranya yang lemah.

Mya Zara hanya mampu mengangguk perlahan. Entah kenapa hatinya selembut itu malam itu.Walau berkali-kali dia mengingatkan dirinya yang dihadapannya bukan Nuqman, sudah banyak kali dia melayan lelaki berstatus’suaminya’itu dengan baik.Mana tidaknya, sememangnya wajah mereka serupa! Hanya perangai dan perwatakan yang berbeza.Nuqman yang lembut bicaranya, muka redup menyenangkan hati. Luqman pula sedikit kasar,wajahnya pula nampak bengis dan nakal.

Mya Zara mengeluh lagi. Perlahan-lahan dia mengatur langkah dan duduk di sisi katil. Luqman pula sudahpun meluruskan badannya di atas katil sambil memejamkan matanya sambil memeluk ‘Dibo’.Seboleh-bolehnya dia cuba melupakan peristiwa petang tadi. Jauh di sudut hati, dia rasa amat menyesal kerana bersetuju untuk keluar. Jika tidak, tentu dia tak bertembung dengan perempuan itu!

Mya Zara hanya merenung wajah Luqman yang sememangnya sering mengingatkan dirinya pada Nuqman.

Bukan awak saja yang sakit hati Luqman...hati saya bukan saja sakit,tapi hampir mati disebabkan Nuqman!Sampai hati dia lari meninggalkan saya pada hari bahagia kami! Saya terus berada di sini, dengan awak seolah-olah tiada rasa apa dengan tindakan Nuqman sebab kasihankan ummi dan juga mama dan papa yang tidak tahu apa-apa.

Tanpa sedar, air mata Mya Zara mengalir perlahan.

++++++++++++++++++++++++++++

Mya Zara membuka matanya perlahan-lahan bila terasa ada cahaya terang menyuluhi mukanya. Jam di tangan di renung.Dia beristighfar panjang.Ya Allah! Sudah pukul 8 pagi! Seketika dia baru perasaan ada seseorang di sebelahnya. Cepat-cepat dia bangun lalu duduk.

Otaknya ligat memikirkan bagaimana dia boleh tertidur di sebelah Luqman. Seingatnya, dia hanya duduk di sisi katilnya itu malam tadi. Ahhhh..agaknya dia terlalu penat hinggakan tertidur. Mujurlah Luqman juga tidur lena hingga kini sambil memeluk ‘Dibo’ nya. Nasib baik dia peluk Dibo, tak peluk aku. Kalau tidak, hisyhhhh kes naya! Mya Zara hanya berkata-kata dalam hati..

“ Zara....”. Tak semena-mena pintu bilik terbuka. Mya Zara yang masih dalam keadaan terpinga-pinga terkejut dengan kehadiran ummi tanpa disangka.Secara automatik,dia berdiri tegak bagai terkena renjatan elektrik.

“Ehhh...emmmm ummi minta maaf. Tak ketuk pintu dulu. Ummi nak pergi pasar ni, tapi Mak Yah kata Zara tak ke kampus lagi”. Bersahaja saja ummi seakan-akan tidak nampak apa-apa. Cuma Mya Zara yang agak malu-malu.

“ Zara tertidur ummi. Ini pun Zara nak bersiap cepat-cepat.Kelas Zara pukul 11 nanti”. Mya Zara mencapai tuala di sisi dinding bilik. Luqman pula masih lena tidur.

“ Okeylah macam tu. Jangan lupa breakfast dulu ye sayang.Assalamualaikum”. Ummi berlalu dengan senyuman penuh makna membuatkan Mya Zara rasa bertambah malu. Tentu ummi fikir bukan-bukan tentang mereka. Bagaimanalah dia boleh lupa kunci jam malam tadi. Jika tidak, tentu dia tidak terlewat bangun pagi in dan sudah tentu juga Ummi tak nampak dia dalam keadaan ini. Emmm..tapi, ini bilik dia.Bukannya bilik Luqman!Aduhai.

Tanpa tunggu lebih lama, Mya Zara berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri.

*********************************

“ Selamat tengahari Luqman. Baru nak breakfast?”.

“ Hmmmm.....”. Pendek saja balasan dari Luqman Hakim.Kepalanya rasa pening. Terlebih tidur rasanya. Pukul 11pagi baru dia bangun. Jam di dinding sekarang, sudahpun menunjukkan pukul 12 tengah hari.

“ Lambat bangun. Tidur lena malam tadi?”. Tanya Datin Zahrah lagi sambil tersenyum sinis. Tangannya laju memasukkan barang-barang basah yang dibeli dari pasar tadi ke dalam peti ais.

“ Bolehlah”. Sepatah-sepatah Luqman menjawab. Tangannya laju menyuap nasi goreng cina masakan Mak Yah.Lapar!

“ Mestilah lena kan, kalau ada orang dekat sebelah”. Kali ini suapan Luqman terberhenti. Seketika dia berpaling ke arah umminya. Berkerut-kerut dahinya melihat wajah umminya yang tengah senyum meleret.Isyhhh...tak kan ummi perasan kot dia tidur di bilik Mya Zara ? Bukankah waktu tu dah lewat ? Ummi pun dah lama masuk tidur.Lagipun, bila masa pula dia tidur sebelah perempuan itu ? Bukan ke biasanya, jika dia tidur di katil, Mya Zara akan tidur di atas carpet? Ahhh..ummi serkap jarang ni.

‘ Okeylah Ummi. Luqman dah lewat. Petang nanti ada kelas”. Luqman bingkas bangun tanpa menghabiskan nasi di dalam pinggan. Tangan umminya ditarik dan di salam nya.

“ Ehhh..cepat sangat nak pergi nya. Baru pukul 12.Makanlah tenghari dulu”.

‘ Tak apa lah ummi. Dah kenyang. Kalau ada apa-apa calling-calling ye. Bye’. Luqman terus berlalu keluar.

Calling-calling ? Dia buat kita macam makwe dia pulak. Datin Zahrah hanya mampu tersenyum lantas menggeleng kepalanya. Hatinya berbunga riang bila teringatkan hal pagi tadi. Doanya, moga hal seperti itu akan jadi permulaan yang baik untuk mereka berdua.

4 comments:

blinkalltheday said...

hope nti nuqman blk zara x layan die sgt..knp tggal zara mcm tu je..pegecut la.

Wild Cherry said...

sofea tu mst bekas gf luqman, en?

AIFA BATRISYA said...

yup...cinta monyet luqman :-)

Salmah Hanim said...

hahahaa....
rupa2nya pasal ex gf.... dlm garang2 pn cari org utk temankan tidoq.... hehehe...

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon