Followers

Tuesday, November 1, 2011

BAB 3

Mya Zara memberhentikan keretanya dihadapan banglo dua tingkat yang tersergam indah di Bukit Tunku itu. Entah kenapa hatinya terasa berat dan sayu tiap kali melewati banglo itu.Terlalu banyak kenangan silamnya di rumah itu.

Pintu pagar terbuka perlahan lantas Mya Zara masuk ke dalam memakirkan keretanya di sebelah kereta Volkswagen Polo milik umminya.

“ Assalamualaikum anak ummi. Rindunya ummi pada Zara”. Kehadirannya di hadapan pintu banglo itu disambut dengan pelukan Datin Zahrah dan ciuman di pipi.

“ Ummi sihat?”. Mya Zara tersenyum kecil.

“ Sihat sayang. Zara? Kenapa Zara makin kurus ni? Sibuk ye?”. Mya Zara mengangguk manja. Datin Zahrah memang sudah dianggap seperti ibunya sendiri. Kadang kala dia rasa, hatinya lebih dekat dengan Datin Zahrah berbanding mamanya sendiri. Mungkin kerana sikap Datin Zahrah yang seakan kawan, membuatkan dia bisa berkongsi apa sahaja dengannya.

“ Ehhh...mana Luqman?”. Terjenguk-jenguk kepala Datin Zahrah ke luar rumah mencari anak bongsunya.

“ Errr...Zara balik seorang saja ummi.Luqman ada hal. Kejap lagi insyaAllah dia sampai”. Datin Zahrah mengangguk tanda faham.

“ Zara, jom kita ke dapur. Ummi ada buatkan kek coklat moist yang Zara suka tu.Mak Yah, Mak Yah tolong ambilkan barang-barang Mya ye. Letak dalam bilik yang kita dah kemas tadi”.

“ Baik Datin”. Mya Zara hanya tersenyum pada Mak Yah sebagai tanda hormat. Mak Yah yang dia kenal memang amat setia pada keluarga itu. Menurut Ummi, dek kerana sayangkan keluarga itu Mak Yah sanggup tidak kahwin sehingga sekarang. Sampai sahaja di ruang masuk dapur, telinga Mya menangkap bunyi enjin kereta.

“ Ummi, kenapa ummi suruh perempuan tu datang rumah sewa Luqman?”. Terjegil mata Datin Zahrah mendengar soalan Luqman Hakim yang tiba-tiba muncul di ruangan dapur. Mya Zara yang sedang kusyuk menghadap kek kegemarannya berhenti menyuap. Dia hanya tunduk kaku memandang meja.Faham benar dia ‘perempuan’ yang dimaksudkan oleh Luqman Hakim itu.

“ Kamu ni Luqman, masuk rumah tiada salam. Tahu nak melenting saja. Ummi tak pernah ajar anak ummi perangai macam tu” teguran Datin Zahrah meredakan kemarahan Luqman Hakim yang masih bersisa sejak dari dalam kereta tadi.Dia mendengus kasar.

“ Perempuan tu? Siapa perempuan yang kamu maksudkan tu? Alisya? Arissa? Dareena?”. Terkesima Mya Zara seketika. Ramainya dalam list dia!Ummi pun tahu ke ‘hobi’ Luqman?

“ Tu lah..perempuan yang dok sibuk mengadap kek coklat tu. Ehh..bak sini bagi aku sikit kek tu. Ummi masak untuk aku lah, bukan untuk kau.Kau jangan nak bolot sorang”. Kek di dalam pinggan Mya Zara di rampas kasar. Luqman Hakim ambil tempat di sebelahnya. Mya Zara hanya terkebil-kebil melihatkan pinggan di tangannya bertukar tangan.Datin Zahrah menggeleng perlahan, lantas tersenyum. Luqman memang tak pernah berubah!

“ Nanti ummi ambilkan Zara yang lain ye sayang”. Datin Zahrah menepuk bahu Mya Zara perlahan, cuba meredakan keadaan yang sedikit tegang sebentar tadi. Hailah Luqman, balik-balik sahaja dah buat ribut rumah ni, Mya Zara pula hanya tersenyum.

“ Tak mengapa Ummi, Zara boleh ambil sendiri”. Mya Zara bingkas bangun menuju ke peti sejuk.

“ Haaa...fresh orange satu ye”. Bersahaja Luqman Hakim membuat pesanan sambil mulut penuh berisi kek coklat. Mya Zara mencebik. Makan macam budak-budak! Comot sampai ke pipi.

“ Ehhh…kamu ni Luqman. Main order aje ye. Ini bukan kedai makan lah ‘. Usik Datin Zahrah lantas tertawa kecil. Mya Zara turut sama tertawa.

“ Alah ummi. Biarkan. Dia sibuk sangat nak kahwin, nak jadi isteri orang. Hahh..rasakanlah!”. Balas Hakim bersahaja. Langkah Mya Zara ke arah peti ais terhenti seketika dan tawanya mati terus….

“ Aku bukan dia. Kau faham tak…aku bukan dia!” jerit lelaki yang menikahinya beberapa jam yang lepas. Mujurlah ketika itu hanya mereka berdua yang ada di dalam bilik hotel itu. Jurumekap, jurudandan semuanya sudah pulang.Jika tidak, keadaan mungkin jadi makin kecoh.

“ Apa maksud awak Nuqman? Awak bukan dia? Zara tak faham!”. Mya Zara menarik lengan suaminya yang sejak tadi membelangkanginya.

Lelaki itu berpaling. Tiba-tiba kepalanya di pegang kuat lelaki itu.Lelaki itu mendekatkan muka ke wajahnya.

“ Cuba kau tengok muka aku betul-betul. Kau perhati betul-betul muka aku. Kau kenal tak aku ni siapa?”.Suara lelaki itu masih tinggi seperti tadi. Mya Zara semakin binggung. Sungguh dia tidak faham dengan pertanyaan suaminya itu.

“ Awak, Nuqman Hakim.Ssss..suami..suami saya”. Jawab Mya Zara, terketar-ketar. Lelaki itu tertawa besar.Pegangan dilepaskan lantas dia menghenyakkan punggungnya di atas katil yang dihias indah.

“ Perempuan suci macam kau ni, memang bodohkan? Suami sendiri pun tak kenal ‘. Dia terus tertawa tanpa henti. Mya Zara tersentak. Apa maksud lelaki ini sebenarnya ?

‘ Nuqman ! Kenapa dengan awak ni, awak janganlah bergurau yang bukan-bukan ‘. Balas Mya Zara. Mukanya kini sudah bertukar serius.

‘ Kau nampak muka aku macam bergurau ke ? Aku bukan dia! Kan aku dah kata, aku bukan dia! Kau tak faham lagikan?Aku bukan Nuqman, aku Luqman!”.

“ Luqman? Luqman Hakim?”. Lelaki di hadapannya terus ketawa sementara di tirai matanya mengalir air hangat selaju lajunya tanpa henti……

“ Oittt…oitt perempuan. Cakap sikit nak nangis. Aku suruh buat jus oren aje kot. Bukan suruh masak nasi beriani”, tegur Luqman Hakim dengan memek muka tiada perasaan. Datin Zahrah menoleh taktala mendengar omelan anak bongsunya.

“ Ya Allah, Zara .Kenapa ni? Kamu kecil hati ye. Luqman!Look, what have you done?”.Luqman hanya memandang tanpa rasa. Makin laju tangannya menyuap kek ke mulut.Terpejam-pejam matanya, membayangkan betapa sedapnya kek yang ada di dalam mulutnya.

“ Tak ada apa ummi. Bulu mata masuk dalam mata. Tu yang pedih sikit tu. Zara naik atas ye ummi. Nak solat zuhur’. Datin Zahrah menangguk perlahan. Pemergian Mya Zara diringi dengan pandangan sayu Datin Zahrah. Kesian menantunya itu. Dek kerana perangai gila anak bujangnya, dia terperangkap di sini.

**************************************************************

Usai solat Zuhur, Mya Zara hanya berteleku di atas sejadah. Sesekali dia mengeluh perlahan. Entah apalah yang akan berlaku pada masa akan datang? Bagaimanalah agaknya masa depannya dengan Luqman? Betulkah Luqman akan mengotakan janjinya bila tiba masa itu?

“ Oiii...apa kau buat dalam bilik aku ni?”. Luqman masuk tanpa salam, tanpa ketukan. Lagak gayanya sudah macam samseng sambil berdiri mencekak pinggang di atas sejadah. Betul-betul di hadapannya.

“ Awak, tak baiklah pijak sejadah macam tu”.

“ Habis, kau sembahyang, tak pijak atas sejadah? Kau terapung?”. Terbeliak mata Mya Zara mendengar soalan Luqman.Logik ke soalan dia tu?

“ Awak dah solat?” tanya Mya Zara, sopan . Tangannya laju melipat telekung sambil serkup di kepala masih kekal. Auratnya masih di jaga di hadapan Luqman Hakim sejak hari pertama dia masuk ke rumah itu.

“ Eeii..eii..aku tanya, kau buat apa dalam bilik aku ni? “.

“ Bilik saya, Mak Yah siapkan untuk mama dengan papa”.

“ Dah tu, kau tak boleh duduk bilik kak long?”.

“ Ummi yang....”.

“ Alah...mengaku saja lah, kau memang sengaja nak duduk sebilik dengan aku kan?Tak perlu nama jual nama ummi pulak”.

Luqman Hakim tersengih.Mengejek.

“ Mana ada...”.Laju Mya Zara menjawab. Luqman Hakim menjelir lidah ke arah Mya Zara. Tidak habis-habis lagi mengejek. Baju yang dipakainya dibuka dan dibaling ke atas lantai.Tuala di dinding di sambar laju.Sesekali dia menjeling ke arah Mya Zara. Suka dia melihat reaksi Mya Zara.

“ Tu..muka kau merah-merah tu kenapa pulak? Malu? Hisyhhhh...itu yang aku menyampah dengan perempuan macam kau ni”.

“ Errr...kenapa awak....”.

“ Bilik aku, suka hati aku lah nak buat apa. Kalau kau tak suka, kau tau pintu dekat mana kan? “. Makin kecil perempuan itu dimatanya.Perempuan ni menyusahkan sungguh lah!Tak kan lah dalam bilik sendiri pun tak boleh buka baju? Mya Zara terkedu. Benci sungguh lelaki ini padanya rupanya.

“ Luqman....”. Luqman Hakim dan Mya Zara serentak berpaling.

“ Cukup-cukuplah tu sayang. Ummi yang suruh Mak Yah letak barang-barang Zara di sini. Luqman ingat lagi kan janji kita? Sekejap lagi, Mama dengan Papa Zara datang. Luqman mahu mereka tahu perkara sebenar?”.

Terasa berat bagi Luqman untuk menelan air liurnya. Dia mendengus kasar. Kenapa dia pula yang kena galas tanggungjawab tu? Kenapa bukan orang lain?Kenapa mesti dia?

“ Tepilah! Aku nak mandi!”. Sengaja bahu Mya Zara dilanggarnya kasar. Mya Zara yang tadi kelihatan terpinga-pinga hampir terjatuh ke atas katil. Datin Zahrah hanya mampu menggeleng sahaja. Sudah cukup banyak pengorbanan yang Luqman lakukan, sebab itulah dia hanya mampu menegur setiap kelakuan anak bongsunya itu.

“ Zara sayang, ummi masak mee hun sup untuk makan petang ni. Boleh Zara rasa tak? Ummi jarang masak mee hun sup. Takut nanti Mama denga Papa Zara tak boleh makan pula sebab terlebih masin”. Mya Zara tersenyum kembali.

“ Kejap ye ummi. Zara pakai tudung. Nanti Zara turun ye!”. Datin Zahrah mengangguk lantas tersenyum. Jauh di sudut hatinya rasa sungguh bersyukur kerana dikurniakan seorang lagi anak perempuan yang sangat menyenangkan hatinya. Doanya, moga Mya Zara akan terus berada di dalam keluarganya.

********************************************************

“ Mama, Papa...tambahlah lagi ye. Zara tolong tambah sup nya lagi”. Mya Zara bingkas bangun tapi belum sempat dia berlalu dia ditahan Datin Zahrah.

“ Zara sayang, biar Mak Yah saja yang tambah sup tu. Zara tolong panggilkan Luqman ye. Dia tertidur agaknya kat atas tu”. Langkah Mya Zara terhenti. Sekilas dia memandang wajah Mak Yah mohon pengertian. Aci tak kalo Mak Yah saja yang kejutkan lelaki itu?

“ Biar Mak Yah ambilkan supnya ye”. Mya Zara ketap bibir. Aduhai Mak Yah ni pun, tak boleh di buat geng la! Mya Zara senyum, memaniskan mukanya di hadapan kedua ibu bapanya dan juga ummi.

‘ Zara naik sekejap ye ‘.

Langkah di tangga di naikinya perlahan-lahan. Malas.Kalau nanti dia marah aku macam mana? Bukan ke Luqman memang pantang diganggu tidurnya? Mya Zara menarik nafas panjang. Hatinya berdebar-debar. Terasa macam nak ke medan perang!

Perlahan-lahan dia duduk di sisi katil. Mya Zara merenung kosong ke wajah lelaki yang sedang enak dibuai mimpi sambil di selimuti dengan comforter. Dia ni, tidur siang macam tidur malam! Bercomforter bagai. Dibo the gift dragon pula, mesti ada dalam pelukannya. Perangai macam samseng, tapi dalam hati ada taman! Mya Zara tersenyum sendiri.

Lebih lama dia merenung wajah itu, hatinya tiba-tiba di pagut kesedihan.Entah kenapa dia rasa sayu bercampur marah. Air matanya mengalir lagi, di tambah dengan esakan perlahan.

“ Woi..woi...apa ni? Aku belum nak mati lagi lah. Yang kau beria-ia nangis ni apa halnya ? ‘. Mya Zara tersentak. Cepat-cepat disapu air matanya yang mengalir dengan hujung lengan jubahnya.

‘ Errr...saya..saya mintak maaf ‘. Luqman Hakim bingkas bangun lalu duduk merenung tajam kea rah Mya Zara yang sibuk mengelap air matanya. Sesekali terdengar keluhan berat.

“ Aku dah kata banyak kali kan? Aku bukan dia! Kau tak payah nak sedih-sedihlah. Isyhh..boleh gila aku dibuatnya kalau asyik nak tengok kau menangis saja. Kau ni cengeng la! Cuba la jadi kuat sikit. Kau ingat, berbaloi ke kau menangis sebab lelaki?”.

Mya Zara mengerling sedikit ke arah Luqman. Baru kali ini rasanya Luqman bercakap panjang dengan dia. Kalau tidak,paling banyak dua ayat sahaja. Selebihnya, memek muka benci yang ditunjukkannya.

“ Kau nak apa naik atas ni?” Tanya Luqman perlahan. Kesian pula dia melihat Mya Zara dalam keadaan itu. Gadis itu tak bersalah. Semua kerana angah!

“ Mama dengan Papa saya dah sampai”.Luqman Hakim mengeluh nafas panjang.

“ Kau turunlah dulu. Aku nak basuh muka jap”. Dia bingkas bangun lalu mengatur langkah ke bilik air. Mya hanya menghantar dengan ekor mata yang sayu.

######################################################################

Malam itu, mereka sekeluarga solat berjemaah bersama-sama. Encik Harith, papa Mya Zara menjadi imam mereka. Luqman Hakim entah kemana hilangnya. Selesai berbual dengan Encik Harith dan Puan Rania, mama Mya Zara petang tadi, dia mencapai kunci kereta dan keluar tanpa kata.

Selesai berjemaah, mereka ,makan malam bersama. Masak Lemak cili padi masakan Mak Yah memang menyelerakan. Sesudah itu, mereka menonton televisyen bersama-sama sambil berborak-borak. Kemesraan antara dua keluarga begitu kelihatan sekali.Alangkah baiknya jika arwah abah ada sekali.

Tiba-tiba kedengan enjin kereta di matikan dari luar. Luqman meluru masuk tanpa salam lantas terus menaiki tangga ke atas. Datin Zahrah dan Mya Zara saling berpandangan. Setelah mendapat isyarat dari umminya, Mya Zara meminta diri untuk ke atas bilik.

Perlahan-lahan pintu bilik di bukanya. Kelihatan Luqman Hakim sedang berdiri di balkoni sambil menghembuskan asap rokok.Menyedari kehadiran Mya Zara, rokok di tangannya dilempar ke bawah.Sebelah tangannya lagi memegang surat khabar. Takut-takut Mya Zara datang menghampirinya.

“ Awak pergi mana tadi Luqman? Awak dah makan?” tanya Mya Zara, perlahan mendekati Luqman dari sisi.

“ Awak nak makan?”. Senyap. Tiada jawapan juga untuk soalan kedua Mya Zara. Dia memberanikan diri memandang wajah Luqman Hakim. Tegang. Tegas.

“ Kalau awak nak makan, saya boleh siapkan. Saya bawa naik ke atas ye. Awak tunggu

tau”. Baru selangkah di atur, tiba-tiba tangan Mya Zara ditarik kuat lantas badannya terpusing ke belakang lalu terpeluk tubuh sasa milik Luqman.Badannya menggeletar.Jantungnya berdegup kencang.Ini kali pertama dia berada dekat dengan lelaki yang bukan muhrimnya.

“ Awak jangan tinggalkan saya. Please…. jangan tinggalkan saya”. Suara Luqman kedengan begitu sayu sekali. Tidak lama kemudian dia menangis teresak-esak. Niat Mya Zara untuk meloloskan diri dari pelukan lelaki itu, terhenti. Jatuh kasihan pula dia pada lelaki itu. Apa agaknya masalah yang dihadapinya sehingga dia sesedih ini?

“ Errr…baiklah.Saya tak tinggalkan awak”. Pendek saja jawapan dari Mya Zara. Itu sahaja yang mampu dikatakan. Cakap lebih-lebih , takut dimarahi pulak. Luqman mengeratkan lagi pelukannya...dan Mya Zara hanya mampu berdiri tegak, tanpa sebarang kata.

3 comments:

Wild Cherry said...

Luqman da jatuh cinta kat mya ke?

AIFA BATRISYA said...

nop..bukan cinta..dia cuma perlukan seseorang untuk teman dia, waktu dia tgh sedih :-)

Salmah Hanim said...

must be something happen yg mmbuatkan org keras kepala mcm Luqman tu bersedih... Adakah kena mngena dgn angahnya Nuqman???? x sabar nk tau sbbnya Luqman bersedih mlm tu....

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon